Followers

Google+ Followers

Wednesday, December 30, 2009

Top 10 Novel 2009 - Selamat Tahun Baru 2010

Jangan ingat lagu saja ada top 10, buku pun ada tau! Hehehe...Ini cuma novel-novel yang paling best yang saya baca sepanjang tahun 2009. Walaupun banyak yang saya baca tapi hanya novel-novel ini yang meninggalkan kesan pada diri saya. Buat semua pembaca-pembaca novel, Selamat Tahun Baru 2010 saya ucapkan kepada semua. Semoga tahun 2010 ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelum ini. 


Bad Moon Rising - Sherrilyn Kenyon
(Kisah mengenai kumpulan werewolf. Novel ini adalah sebahagian daripada novel siri Dark Hunter beliau (Dark Hunter merupakan novel bersiri tentang sekumpulan lelaki yang dihidupkan kembali untuk membunuh kumpulan vampire!)



 
Street Vendetta - Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi 

Kisah komedi romantik yang mencuit hati. Boleh senyum sorang-sorang kalau membaca novel ini. Hehehehe



 
Viva Sakura - Zuliana Abuas  
Kalau terasa nak ke Korea, silalah baca novel ini. Hehehe...



 
Yang Sebenarnya - Aisya Sofea 
Karya terbaru daripada penulis kegemaran saya. Kisahnya kali ini agak santai tapi masih mampu buat saya terbuai. Aduhai...kalaulah saya juga boleh menulis karya romantik...





 
Evermore (The Immortal Series) - Alyson Noel

Kalau ada novel tu ada watak undead dan yang pelik-pelik saya memang suka. Dan Evermore ini merupakan salah satu daripada novel yang mempunyai elemen-elemen yang saya suka...



 
Born of Night (The League Series #1) - Sherrilyn Kenyon 
Buku pertama dari Siri League. Kisah kumpulan yang digelar League Assassin. Kisah ini adalah genre Sci-Fi. Sangat menarik. 




 

Born of Fire (The League Series #2) - Sherrilyn Kenyon
Buku kedua dari Siri League. Heronya merupakan teman baik hero dari siri pertama.



 

 Born of Ice (The League Series #3) - Sherrilyn Kenyon 
Buku ketiga dari Siri League. Kali ini di fast forward kan ke beberapa tahun akan datang (dari tarikh buku pertama dan buku kedua). Buku yang nombor tiga ini menceritakan tentang anak kepada pasangan dari buku no.2. Saya gemarkan novel-novel dari The League Series ini penulis menggunakan latarbelakang sci-fiction. Seronok membaca bagaimana watak-wataknya bergerak dari satu planet ke planet yang lain.




 

9 Nyawa - Ramlee Awang Murshid
Karya terbaru dari RAM. Karya yang ini saya senang nak cerna berbanding karyanya yang lain.



 

Lakaran Rindu - Ezi Afiza

Sebuah kisah romantik. Walaupun agak pendek tapi saya puas hati :-)

Saturday, December 26, 2009

Ignorance?



Ignorance is bliss...
unfortunately I found out the true meaning of the word the hard way..



Wednesday, December 23, 2009

Hari yang indah



Saja nak berkongsi kegembiraan pada hari ini. Kenapa? Sebab hari ini Allah  S.W.t permudahkan semua urusan kerja saya. Syukur, alhamdulillah.  Hari ini tiada sebarang urusan yang A.S.A.P. Tiada kontraktor yang buat perangai. Bos-bos pun tak banyak karenah. Klien pun bercakap dengan nada yang lembut. Waktu berurusan dengan pihak berkuasa tempatan, pegawai yang selalunya bersikap 'kurang mesra pelanggan' melayan saya dengan baik hari ini. Hari ini pegawai tersebut tidak kedekut senyuman. Barulah nampak ketampanan wajahnya. Dan tadi dapat email dari klien yang selama ini selalu buat kami semua di pejabat sakit kepala. Bahasanya sangat sopan. Tiada lagi permintaan yang bukan-bukan malah dia masih bertimbang rasa dalam soal mengemukakan laporan audit yang akan datang ni. Pendek kata hari ini saya berjaya bekerja dalam keadaan yang tidak tertekan! Macam ada pelangi yang sedang menghiasi ruang pejabat hari ini. So NO ranting from my cube today!...hehehe

Tuesday, December 22, 2009

Cubicle Rant : Episode A.S.A.P


1st Boss: I want this A.S.A.P!
Colleague: This need to be submit A.S.A.P!
Client: Can you sent the report A.S.A.P?
Another Client:  Need the hard-copy  A.S.A.P!
2nd Boss: This invoice need to be settled A.S.A.P!
Another Colleague: Help me. Give me the info A.S.A.P!
Contractor: Can you sent me the data A.S.A.P?

My aunt: Return my call A.S.A.P!
My friend: Call me back A.S.A.P!
A.S.A.P! A.S.A.P!A.S.A.P!
Me: Dah nak naik berASAP!

Thursday, December 17, 2009

Hijrah




Sejak dua minggu ni jadual aktiviti malam saya berubah sedikit. Kalau sebelum ni lepas pukul 10 adalah masa saya terperap di dalam bilik dan menyiapkan manuskrip, sekarang waktu tu terpaksa saya injakkan ke pukul 12 malam. Sekarang, setiap malam jam 10-11.30, saya mengikuti kelas mengaji Al-Quran. Atas permintaan ayah, seorang ustaz akan datang ke rumah kami setiap malam untuk mendengarkan kami membaca Al-Quran. Walaupun kami semua memang sudah tahu membaca Al-Quran tetapi ayah merasakan ada lagi yang kurang tentang cara pembacaan kami. Mudah-mudahan dengan kelas ini cara bacaan dan sebutan kami akan lebih tepat lagi.
Dua minggu sudah ketika pertama kali ustaz jalankan sesi audition (nak mengaji pun kena ada audition tau!) ada kata-kata yang ustaz lontarkan yang buat saya terkedu seketika. Saat itu saya rasa betapa hinanya diri kita ini sebenarnya. Kata ustaz “Kita bila belajar mengaji ni jangan kita harapkan hari ni belajar, esok terus pandai. Kadang-kadang bertahun belajar pun belum tentu kita akan pandai. Jangan tanya kenapa Tuhan berikan laluan susah untuk aku. Kenapa Tuhan tak nak bantu aku? Kalau ada antara kamu yang berfikir macam itu fikir pula tentang ini. Berapa lama pula kamu dah lupakan Al-Quran tu? Setahun, dua tahun, tiga tahun? Tapi Allah masih bersabar dengan kealpaan kamu dan masih lagi berikan kamu ruang untuk menumpang di bumi-Nya.”
Demi Tuhan saat tu saya terasa teramat malu dan rendah diri. Saya melihat maksud yang tersurat dalam ayat-ayat itu. Kata-kata ustaz tu saya telan walaupun pahit.
Ya, kita manusia sering sahaja bersungut dan bertanya kenapa dan mengapa jika ada sesuatu yang buruk berlaku. Jika keinginan kita tidak tercapai kita mudah sangat menyoal KENAPA? Ayat-ayat "apalah nasib aku ni, apalah dosa aku, kenapalah aku saja yang kena terima semua ni" adalah di antara ayat-ayat yang selalu kita dengar jika hidup tak seperti yang kita harapkan. Dan cuba pula kita lihat kalau kita diberikan kesenangan? Bila semua kerja kita dipermudahkan? Berapa ramai antara kita akan teringatkan-Nya? Berapa ramai yang menyebut Alhamdulillah?
Saya akui kadang kala saya juga selalu tak ingat dan alpa. Bukan sengaja lupa tetapi saya cuai dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai umat.  Tetapi kita harus belajar dari kesilapan. Jika terkhilaf, cepat-cepatlah beringat. Ruang untuk berubah masih terbuka selagi nyawa di kandung badan dan matahari belum terbit dari barat.
Sempena Awal Muharram ini marilah kita sama-sama berhijrah untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang. Entri ini saya tulis demi mengingatkan diri saya sendiri. Kiranya ada sesiapa yang terasa, saya mohon maaf. Salam Maal Hijrah untuk semua teman-teman dan pengunjung blog ini.


Wednesday, December 16, 2009

Bengkel Penulisan Novel




Show, don’t tell. Nak tahu apa maknanya tu? Itu adalah satu teknik yang saya  pelajari sewaktu bengkel penulisan novel anjuran AVA pada 12.12.2009 kelmarin. Sebulan dua ni memang saya asyik bebengkel. Lepas cerpen, saya ikuti bengkel anjuran Alaf21. Yang terbaru bengkel penulisan novel anjuran AVA. Alhamdulillah, semangat saya masih kuat lagi walaupun novel Nadi di bedah sedalam-dalamnya. Tajuk Nadi yang saya pilih itu pun sebenarnya tidak kuat. Bibir tersenyum tapi dalam hati menanggis waktu tu. Aduhai…melihat ‘baby’ saya di bedah sebegitu rupa memang memedihkan. Tapi saya akui yang novel itu memang masih lemah. Itu baru Prolog dan Bab 1. Kalau diberi mereka baca kesemuanya mahu saya menanggis hari tu. Heheheh…
Jumlah kehadiran bengkel kali ini tak seramai bengkel cerpen dahulu. Walaupun tak ramai, suasana bengkel sangat meriah. Memang menyeronokkan bengkel ini. Kebanyakan yang hadir saya dah kenal kecuali Kak Lili, Nadir (karya KIUB nya sangat menarik), Farah No.2 (hehehe…sebab nama kami sama jadi kena letak nombor di belakang nama), dan peserta termuda sekali, Faiz. Hari itu kami juga bertuah sebab dapat berkenalan dengan penulis Saga Horizon, Fadli Al-Akiti. Saya dan Jue dah kecut perut bila nampak kehadiran beliau. Kenapa? Sebabnya beliau merupakan seorang editor di DBP.  Mujur beliau seorang yang ‘sempoi’. Kurang sikit rasa gementar tu. Sesi bengkel bermula dengan penerangan tentang teknik menulis bab pertama dari Pn. Nisah. Saya ingatkan selama ini menulis ni boleh pakai hentam sahaja. Rupanya ada teknik yang perlu digunakan. Patutlah saya sendiri pening kepala baca Bab 1 novel Nadi. Hahaha… Sesi seterusnya adalah sesi membedah novel. Sesi yang paling saya dan Jue geruni. Jika di bengkel cerpen, sesi pembedahan saya di waktu-waktu akhir. Kali ini saya ‘terpilih’ menjadi orang pertama. Aduh! Tersekat-sekat suara menerangkan mana datangya idea untuk novel ini. Sebab terlalu gemuruh, saya terlupa baris lirik yang menjadi inspirasi saya menulis cerita ini sedangkan saya cukup hafal liriknya! Sesi bedah Nadi berlangsung hampir satu jam. Alhamdulillah, ramai tukang bedah yang memberi saya komen yang saya kira begitu membina. Terima kasih buat semua…
Syukur kerana digerakkan hati saya untuk ikuti bengkel ini. Baru saya sedar yang saya masih perlu perbaiki lagi teknik menulis saya. Kata Kak Maria (salah seorang peserta bengkel yang saya kira sudah layak menjadi mentor) "Cerita ini akan menjadi cerita yang hebat sebab gaya penulisannya sudah matang cuma dari segi teknikal sahaja yang perlu ditajamkan." Jadi sekarang saya sedang giat memperbaiki novel Nadi. Memandangkan novel ini dah saya tulis banyak, jadi kerja membetulkannya juga agak banyak. Jangan tak tahu, ada beberapa bahagian dalam novel ni yang saya potong dan buang. Selepas di potong saya dapati cerita ni masih boleh ‘berdiri’ lagi. Maknanya bahagian yang di potong tu tidak memainkan peranan langsung dalam novel itu sekadar nak menambahkan jumlah muka surat sahaja. Hahahah…Banyak lagi yang bakal di potong ni. Saya mohon pada Yang Esa agar dikuatkan lagi semangat yang ada ini. Kalau semangat tak kuat…entahlah.


Monday, December 14, 2009

Bengkel Penulisan Puisi - 7.2.2009

Salam,

Atas permintaan ramai AVA akan menganjurkan bengkel penulisan puisi. Perserta hanya dihadkan 15 orang sahaja. Jika perserta yang mendaftar kurang dari 10 orang, bengkel tidak akan dijalankan. Sila hantar nama, nama pena, no selfon dan sebuah sajak (yang diletakkan tajuk dan nama perserta) untuk dibengkelkan ke ejenmanuskrip@yahoo.com. Nama perserta dan sajak akan disiarkan di blog kelak.

Pembimbing : (Belum ditetapkan - kemungkinan Prof. Rahman Shaari / klik juga di sini) [Tertakluk pada perubahan]

Tarikh : 7 Febuari (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (ICY)
Masa : 9 pagi - 4 petang
Yuran bengkel : RM 100.00

p/s : Sebelum pertanyaan Setiakasih, sudah ada beberapa pertanyaan dari rakan-rakan AVA di FB.
KHAR
013-6963826 (9 pagi - 5 petang sahaja)
AGENSI VILLA AKSARA (AVA)
http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

Monday, December 7, 2009

My View : Novel The Immortal Series by Alyson Noel


Ok, sekarang ada satu lagi siri baru yang berjaya membuatkan aku 'demam' selepas Saga Twilight. Secara kebetulan aku ke Popular semalam dan ternampak sebuah buku cover berwarna hitam. Yang menarik perhatian adalah bunga Tulips di atas cover tu. Aku pun ambil dan baca sinopsis dan terus teruja nak beli. Dan buku tu tak mengecewakan langsung. Kumpulan sasaran penulis ini adalah young adults, which I'm not. Heheheh... Tapi kalau dah namanya pembaca tegar, buku budak kecil pun aku boleh baca.
Bagi yang meminati saga Twilight, anda semua cubalah baca Siri The Immortals  karya Alyson Noel ni. Sedikit berbeza dengan Twilight melainkan bahagian Immortals itu. Setakat ini dah ada 3 novel untuk siri The Immortals ini. Novel pertama ialah Evermore. 
Secara ringkasnya Evermore menceritalkan tentang hidup seorang gadis bernama Ever yang yatim piatu. Asalnya dia seorang remaja yang normal dan popular di sekolah sehinggalah dia terlibat dalam sebuah kemalangan yang mengorbankan ibu, bapa dan adik Ever. Dan kesan dari kemalangan itu Ever memperolehi kuasa psikik yang membolehkan dia melihat aura manusia, mendengar fikiran mereka dan boleh melihat kehidupan manusia itu melalui sentuhan. Ini membuatkan Ever digelar sebagai freak di sekolah. Sehinggalah dia bertemu denga pelajar baru di sekolahnya, Damen Auguste. Bila baca bab ni ala-ala macam Edward dengan Bella lah. Ever tak boleh nampak aura Damen atau baca fikiran dia. Bila dia dekat dengan Damen, dia rasa tenang. Kenapakah? Hheheheh...Damen adalah seorang Immortals dan dia dan Ever sebenarnya pernah berkongsi sejarah. Kalau nak tahu apa, bacalah siri ini.
Siri kedua lepas Evermore adalah Blue Moon. Dan akan diikuti dengan Shadowland  (tahun depan baru release). Kalau korang boleh jatuh cinta dengan Edward Cullen, pasti korang boleh jatuh cinta dengan Damen Auguste. Untuk info yang lebih sila ke http://www.immortalsseries.com/
Synopsis Evermore
Since a horrible accident claimed the lives of her family, sixteen-year-old Ever can see auras, hear people’s thoughts, and know a person’s life story by touch. Going out of her way to shield herself from human contact to suppress her abilities has branded her as a freak at her new high school—but everything changes when she meets Damen Auguste...
Ever sees Damen and feels an instant recognition. He is gorgeous, exotic and wealthy, and he holds many secrets. Damen is able to make things appear and disappear, he always seems to know what she’s thinking—and he’s the only one who can silence the noise and the random energy in her head. She doesn’t know who he really is—or what he is. Damen equal parts light and darkness, and he belongs to an enchanted new world where no one ever dies.


Thursday, December 3, 2009

Cubicle Rant : Episode Annoyed



Location: Boss's Room
Boss: Settle this contractor's claim. We need to submit it a.s.a.p!
Me: Ok. 


Location: My cubicle
I switched on the computer and look for the folder.
Me: Damn! This sheet is protected!
And so I picked up the phone and call Ms. X. Unfortunately, she's 'otherwise occupied'. So I leave a message. After several hours, she returned my call.

Me: Can you email me the unprotected BQ for the XXX projects? I need to make some amendment on that thing.
Ms. X: Sorry dear, I'm not the office right now. Can I email it to you tomorrow?
Me: I really need to settle the claim today! Why don't you just give the password so I can 'unprotected' the sheets myself...
Ms. X: Sorry dear, I dah lupa lahhh.....
Me: ???

Wednesday, December 2, 2009

Cubicle Rant : Episode Regret




Regret is an intelligent and emotional dislike for personal past acts and behaviors. Regret is often felt when someone feels sadness, shame, embarrassment, depression or guilt after committing an action or actions that the person later wishes that he or she had not done. From Wikipedia, the free encyclopedia

And I am beginning to have this feeling right now!


Tuesday, December 1, 2009

Twilight Saga - New Moon


~Watched it. Enjoyed it. Loved it.~
Next installment; Eclipse...


Cubicle Rant : Episode Questions



I was sitting in my cube
As I stumble upon an interesting yet disturbing article
and I start to wonder;
Why do people makes commitment,
when they already know they're not going to stick to it?
Why do people makes promises,
When they know the can't fulfill it?
And why do they even bother to meddle in the first place?
When the truth is they don't even care?


Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha



Salam Aidiladha diucapkan kepada pengunjung blog ini. Bagi yang memandu pulang ke kampung tu, aku doakan kalian selamat pergi dan selamat kembali. Berhati-hati di jalanraya. Bagi yang berada di pantai timur aku doakan segalanya berjalan lancar buat kalian. Selamat hari raya aidiladha semua. Mohon maaf kiranya ada tersalah atau tersilap sepanjang perkenalan di alam maya ini.


Wednesday, November 18, 2009

Bengkel Penulisan Thriller & Aksi - Alaf 21




 Gambar diambil dari website Alaf21
Penceremah Bengkel - Encik Ramlee Awang Murshid & Encik Eyman Hykal

Sabtu, 14.11.2009 yang lalu aku bersama dua lagi ahli AVA, Zuliana Abuas a.k.a JuliaEsqa dan  Kak Noorul menghadiri satu lagi bengkel penulisan di Akademi Karangkraf. Bengkel anjuran Alaf 21 ini memfokuskan kepada genre penulisan aksi dan thriller. Penceramah kali ini adalah Encik Ramlee Awang Murshid dan Encik Eyman Hykal. Kedua-dua nama ini memang cukup gah bagi peminat novel aksi dan thriller di Malaysia. Sebut saja nama Ramlee Awang Murshid pasti novel-novel hebat seperti Bagaikan Putri, Cinta Sang Ratu, ADAM dan Mikhail akan muncul dibenak kita. Dan novel aksi Meniti Maut karya Encik Eyman, memang mengagumkan.

Bengkel ini memang menyeronokkan dan seperti biasa banyak tips yang peserta perolehi khususnya dalam menghasilkan novel genre aksi dan thriller. Walaupun asasnya sama seperti mana kita menghasilkan genre novel yang lain, ada beberapa elemen tambahan yang perlu dimasukkan bagi genre aksi dan thriller.  Kami diajar tentang cliff hanger, hook dan macam-macam lagi. Sewaktu bengkel ini juga kami turut berkongsi pengalaman berharga yang dilalui oleh kedua orang penulis ini.  Tentang betapa payahnya Encik Ramlee mencari bahan dan maklumat dalam menghasilkan karya memandangkan ketika beliau mula menulis zaman internet belum lagi bermula! Yang paling aku terharu adalah beliau tidak segan silu menceritakan tentang kekurangan beliau ketika zaman kanak-kanaknya. Siapa sangka kini beliau kini menjadi salah seorang penulis tersohor tanah air. Memang hebat! 
Sesuatu yang disebut di sana membuatkan saya tersenyum sendiri. Perkara yang sama yang saya dengar lewat bengkel anjuran AVA. Malah di blog AVA dan sesi bual santai dengan AK pun perkara yang sama selalu dibangkitkan. Saya sendiri sebenarnya sudah sedar tentang perkara ini dan sekarang sedang cuba memperbaiki sikap saya. DISIPLIN! Walaupun perkataan ini tidak disebut secara jelas sewaktu bengkel tetapi disebalik setiap kata-kata mereka berdua, terselit maksud tersirat tentang hal ini. Untuk anda menjadi penulis, anda mesti berdisiplin. Jangan selalu mencari alasan. Bak kata seorang rakan yang merupakan penulis terkenal, kerana dia minat menulis dalam sehari dia akan memperuntukkan masa untuk menulis walau sesibuk mana sekalipun hari yang dilalui. 

Jadi mulai hari ini bagi mereka yang merasakan anda benar-benar minat menulis (termasuk tuan punya blog ini, :P) disiplinkan diri anda. Iya, memang kita sentiasa sibuk dengan kerja dan pelajaran tapi demi minat dalam bidang ini kenapa tidak kita cuba meluangkan sedikit masa untuk menyiapkan karya yang tertangguh itu? Meminjam sedikit tips dari Agensi Villa Akasara:
"Kalau kau tak dapat siapkan satu bab, tulislah setakat beberapa perenggan yang kau termampu. Andai kata hanya mampu satu perenggan, maka lakukanlah. Kiranya tidak dapat juga, memadailah dengan sebaris ayat. Gagal? Maka, selaklah lembaran demi lembaran yang telah dituliskan. Di situ nanti, ilham akan menjelang tiba sekiranya kau tidak memburu ilham di tubir benak."

Satu tips lagi dari Encik Ramlee yang wajar dipraktikkan oleh semua ialah DOA. Mulakan segalanya dengan doa dan istifhar agar perjalanan kita dalam bidang ini dipermudahkan. Kerana segalanya dalam dunia ini datang dari Allah S.W.T.  Idea, inspirasi, ilham hanya akan datang jika diperkenankan oleh-Nya. Jadi berdoalah sentiasa kerana Allah Maha Adil, Allah Maha Pemurah. Mintalah apa sahaja, Insya-Allah akan dimakbulkan.
Bulan hadapan satu lagi proses pencarian ilmu akan aku hadiri. Kali ini bengkel penulisan novel anjuran AVA yang akan dikendalikan pemudahcara Puan Nisah Hj. Haron. Bengkel kali ini memerlukan peserta menghantar sinopsis dan satu bab novel yang sedang diusahakan peserta. Dan sekarang aku sedang mencari-cari lagi sinopsis yang mana satu harus dibengkelkan...


Bersama peserta bengkel di Akademi Karangkraf
(Gambar diambil dari website Alaf21)



Sesi Bengkel
(Gambar diambil dari website Alaf21)




Makan tengahari - Terima kasih untuk hidangan yang sedap-sedap tu.. :)
(Gambar diambil dari website Alaf21)



Bersama Ramlee Awang Murshid, anak beliau dan Zuliana
(Gambar diambil dari kamera aku...hehehe)

Terima kasih kepada pihak Alaf 21 kerana mengangurkan bengkel penulisan aksi dan thriller ini. Menyeronokan dan tidak puas rasanya mendengar bicara Ramlee Awang Murshid dan Eyman Hykal. Dan seronok juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru dalam bidang ini . Semoga bengkel seperti ini akan diadakan lagi dimasa akan datang.


Monday, November 9, 2009

Zzzzz....



Aku di office dengan selsema dan batuk yang menjadi-jadi. Nak MC terasa rugi sangat sebab dah setengah hari berada di ofis. Nak tak nak, aku terpaksa juga makan ubat. Akibatnya aku menjadi begitu mengantuk! Huwaaa....benar-benar berharap jarum jam segera ke 5.30 petang!


Thursday, November 5, 2009

The Time Traveller's Wife



Semalam filem lakonan Eric Bana dan Rachel McAdams ini menjadi pilihan kawan baik aku Jo, untuk dijadikan filem melepas tekanan final examnya. The Time Traveller's Wife merupakan filem yang dibikin berdasarkan sebuah novel yag mempunyai judul yang sama.  Penilaian aku? Dari lima bintang, aku hanya boleh berikan 2.5*** sahaja. Maaf, aku tak dapat nak connect dengan filem ini. Mungkin harapan aku terlalu tinggi memandangkan aku pernah membaca novel karya Audrey Niffenegger ini sedikit masa dulu. Membaca novelnya lebih meninggalkan kesan berbanding menonton filem ini semalam. Hahaha...air mata aku mengalir dalam bab-bab terkahir di dalam novel ini dan semalam, ketika babak yang sama, aku tak dapat merasakan kesedihan yang dirasai Claire bila mendapat tahu yang suaminya akan mati. Teman aku Jo, dah tersedu sedan di sebelah aku.
Secara peribadi aku kurang gemar menonton filem yang diadaptasikan dari bestselling novel ini. Tengok saja apa yang terjadi pada Twilight, The Notebook, P.S I Love You, Message in A Bottle, Angels and Demons, etc (sekadar menyebut beberapa tajuk). Filem-filem ini tidak memberikan aku kepuasan seperti mana yang aku rasakan jika membaca novel. Mungkin kerana aku ini book person jadi aku lebih gemarkan buku dari filem. Bagi aku melalui novel aku lebih menghayati apa yang dilalui oleh watak-watak di dalamnya. Aku bebas membayangkan di dalam fikiran apa yang sedang dibaca. Jadi, bila novel itu dijadikan filem dan apa yang aku tonton berbeza dengan apa yang diimaginasikan, aku jadi kecewa.
Aku tahu, mana mungkin pembikin filem dapat mengikut 100% apa yang tertulis di dalam novel kerana tidak semua yang tertulis mampu divisualkan contohnya jika ia berkaitan dengan emosi dan perasaan. Di sini, yang memainkan peranan adalah pelakon yang mendukung watak tersebut. Jika tersilap pilih pelakon, memang hancurlah karya itu. Aku sendiri tidak tahu bagaimana sebenarnya pembikin filem memilih apa yang patut dan apa yang tidak patut dimasukkan di dalam filem (kita masih bercakap mengenai filem yang diadaptasi dari novel). Mungkin soalan ini boleh ditanya kepada Tuan Shahrul Ezad ketika Bengkel Penulisan Skrip Drama tahun depan. Hmmm...have to take note on this.
Hujung bulan ini ada satu lagi filem yang diangkat daripada novel akan ditayangkan. Filem yang ditunggu-tunggu bagi peminat Twilight Saga. New Moon bakal ditayangkan di pawagam pada 27.11.2009. Memandangkan umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban ketika itu, maknanya hanya pada awal bulan 12 sahajalah aku dapat memenuhi janji dengan kawan baik aku tu. Apa-apa pun, kali ini aku tak nak letakkan harapan yang tinggi. Aku akan pergi menonton tanpa memikirkan yang aku sudah membaca novelnya. Benda yang susah nak dilakukan tapi terpaksa juga dibuat agar tak merasa kecewa...

Monday, October 26, 2009

Bahasa Oh Bahasa


Beberapa bulan lalu aku ada masukkan entri tentang ‘Bahasa budak-budak zaman sekarang’.
Ini merupakan entri yang berkaitan. Aku terdorong untuk bercakap tentang hal ini sekali lagi kerana peristiwa yang berlaku jumaat lepas. Aku berkesempatan bertemu dengan junior aku. Sekarang dek kerana kegawatan ekonomi, dia telah kehilangan kerja tetapnya dan bekerja sebagai guru tuisyen yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Topik perbualan kami pelbagai. Dari kenangan lama sewaktu zaman belajar dahulu hinggalah ke topik semasa seperti PPSMI.
Bila bercakap tentang PPSMI dia mengeleng. Ayat pertama yang dia keluarkan yang membuat aku tersenyum sendiri “Janganlah di ajar budak-budak tu dalam Bahasa Inggeris, kak. Gerun saya dibuatnya.” Aku hairan juga bila mendengar dia bercakap begitu. Terfikir juga takutkah dia bercakap dalam Bahasa Inggeris walhal dia tergolong dalam golongan yang fasih bercakap bahasa itu. Rupanya aku silap. Sebenarnya dia takut bila mengenangkan nasib Bahasa Melayu jika pelajar-pelajarnya asyik disogok dengan bahasa Inggeris. Dia tunjukkan pada aku karangan yang ditulis oleh salah seorang pelajarnya. Terkedu bila aku membaca esei yang kalau diikutkan hati aku mahu saja aku campakkan dalam bakul sampah. Ya Tuhan, bahasa apa yang dipakai oleh budak-budak ni?
“Akoo pown suka kat ko” Tolong beritahu aku, siapa yang faham dengan perkataan-perkataan ini? Aku kah yang lembab dan tidak mengikuti perkembangan semasa atau memang perkataan ini tidak masuk dek akal? Menurut kata teman aku, memang dia perlu banyak bersabar kalau mengajar pelajar-pelajarnya. Mereka kini cenderung menggunakan bahasa SMS di dalam penulisan formal. Alasannya, kerana mereka sudah biasa. Walaupun peratusan yang menulis begitu sedikit tetapi yang sedikit itulah yang harus diberi perhatian penuh, takut-takut akan merebak pada yang lain. “BM pun tunggang langgang lagi kak. Bahasa ibunda kita tu. Kalau disuruh budak-budak tu berlebihan belajar dalam bahasa Inggeris saya tak tahulah apa akan jadi! Nasib baik kerajaan setuju mansuhkan PPSMI tu. Kalau tidak...” Kita sendirilah yang fikirkan kesudahannya.
Aku belek telefon ditangan dan aku suakan kepadanya SMS yang aku terima dari ‘adik-adik’ ku.
“Sy otw p opis akk da n..”
“Ari n ke kak? N bwu lek kelas...Lau ptg xbley ke kak? Kelas pai kul 5 la kak..”
“Alg..de uit x?”
“Alg..owg x lik ri ni – far8”
Itu adalah antara SMS ‘sakit kepala’ yang aku dapat dari mereka yang berpangkat adik dengan aku. Aku ambil masa 10 minit untuk fahamkan setiap satu SMS yang dihantar. Bukan sekdar omongan kosong tetapi itulah hakikat yang aku alami. Kadang-kadang aku hampir putus asa hendak memahami pesanan mereka itu.
Inilah yang berlaku dalam hidup budak-budak muda sekarang (merujuk kepada mereka yang lahir lewat 80-an dan 90-an ke atas). Bahasa SMS digunapakai dalam urusan formal. Bagi yang rajin membaca e-novel yang tersiar di blog, pasti kalian ada ternampak perkara yang aku perkatakan ini. Seperti kata kawan aku tadi, walaupun peratusannya kecil tetapi kalau tak diberi perhatian kemungkinan ia akan merebak adalah tinggi.
Entri ini sebenarnya adalah ingatan untuk diri aku juga. Aku akui tahap penguasaan Bahasa Melayu aku masih rendah. Di sekolah menengah dulu aku boleh berbangga bila mendapat P1 untuk subjek Bahasa Melayu tetapi kalau di suruh mengambil peperiksaan yang sama sekarang kemungkinan aku untuk mendapat F9 adalah cerah. Kenapa? Kerana aku kurang latihan. Ya, untuk memahirkan semula penguasaan kita di dalam Bahasa Melayu, kita harus kerap membuat latihan. Bukan sekadar latihan menulis tetapi juga dalam perbualan kita seharian. Elakkan dari mencampur adukkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam perbualan kita. Banyakkan membaca material dalam Bahasa Melayu. Jika tidak fahamkan sesuatu perkataan, rajin-rajinlah menyelak kamus.
Ini bukan bermakna kita tidak boleh langsung mendalami Bahasa Inggeris tetapi biarlah seimbang. Kalau sehari kita boleh membaca sebuah artikel dalam bahasa Inggeris, mengapa tidak kita lakukan perkara yang sama untuk bahasa Melayu?
Dulu aku pernah memberi alasan, “Sudah terbiasa”. Kemudian aku diberi satu kata hikmah yang aku kira wajar dipraktiskan kita semua, “Betulkan yang biasa, biasakan yang betul”.


Friday, October 23, 2009

Bengkel Penulisan Novel AVA

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel penulisan ini, ada beberapa perkara yang diperlukan :

1) Hanya terbuka kepada 15 orang sahaja (terbuka kepada semua dan yang menempah awal). Sila daftar dengan menghantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com dengan memberikan nama, nama pena (sekiranya ada), alamat, nombor telefon.

2) Sila hantar/emel sinopsis lengkap novel (tidak kira apa genre) kepada ejenmanuskrip@yahoo.com bagi dinilai di dalam bengkel kelak. Boleh memasukkan sinopsis untuk watak-watak, latar tempat, masa dan sebagainya. Contoh/format akan diberikan kepada perserta melalui emel perserta dalam masa yang terdekat.

3) Menyertakan bab 1 (bukannya salah satu daripada bab yang ada/siap)


4) Tarikh : 12 Disember 2009 (Sabtu)

5) Pemudahcara : Puan Nisah Hj. Haron

6) Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

7) Yuran pendaftaran : RM 100.00 (Dibayar sewaktu pendaftaran bengkel)
8) Selain itu, pemudahcara memohon agar perserta membaca semua sinopsis - agar dapat memahami apa yang bakal diterangkan serta dapat memberi buah fikiran dan pendapat.

9) Makan dan minum disediakan, surau ada di tempat bengkel.

p/s : Sekiranya ada sambutan atau sesiapa yang berminat dan tidak dapat mengikuti bengkel ini, tarikh bengkel penulisan novel seterusnya adalah 3 Januari 2010 (Ahad). Sila buat tempahan awal, kerana untuk menjaga kualiti bengkel, hanya 15 orang perserta sahaja yang dapat menyertai. Terima kasih.

Tuesday, October 20, 2009

Bengkel Penulisan Cerpen


(Gambar dipinjam dari blog AVA)

Alhamdulillah, 18hb lepas aku berjaya menghadiri Bengkel Penulisan Cerpen anjuran AVA di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di Cheras. Bengkel dikendalikan oleh Puan Nisah Haron, penulis novel dan cerpen yang tidak asing lagi bagi mereka yang menggemari bidang penulisan. Selain daripada tips penulisan cerpen, beliau turut menyelitkan sedikit hal-hal yang berkaitan dengan hak cipta dan hak penulis. Bengkel ini turut memberi peluang kepada kami semua untuk mengetahui sedikit tentang proses penerbitan dengan kehadiran seorang editor dari Tintarona Publication Tuan Rozlan MN. Banyak jugalah info tentang penerbitan yang aku perolehi.

Bengkel yang diadakan dalam suasana santai itu dimulakan dengan sesi suai kenal antara peserta bengkel. Beberapa orang dari peserta memang sudah aku kenali. Ada juga yang hadir pernah aku temui lewat perjumpaan pertama AVA di KL Sentral yang lalu dan ada yang aku kenali melalui dunia blog. Selepas berkenal-kenalan, sesi pertama dimulakan. Sesi pertama ini menumpukan kepada asa penulisan cerpen memandangkan kebanyakan peserta tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang ini.

Sesi kedua bermula selepas rehat. Inilah sesi yang buat aku dan Jue kecut perut. Sesi 'membedah' cerpen yang dihantar tempoh hari. Kelakar bila mengenangkan 'ketakutan' melampau kami. Sampai kami berdua berebut mahu mengangkat tangan bila ditanya siapa yang mahu cerpennya dibedah. Ada asasnya kami menjadi takut. Kebanyakan cerpen yang dibengkelkan bagus-bagus belaka sampai kami tidak menyangka yang itu merupakan kali pertama mereka menulis cerpen. Tahniah kepada mereka yang mendapat komen baik positif mahupun negatif sepanjang sesi itu. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi memberi komen terhadap cerpen aku, Khilaf Diriku (yang akan ditukar tajuknya  berdasarkan komen Puan Nisah yang merasakan tajuknya kurang mantap). Cerpen itu akan aku baik pulih mengikut nasihat dan komen yang kalian berikan. Mana tahu, mungkin tergerak hati ini nak menghantar ke meja penerbit. :-)

Ini merupakan bengkel penulisan yang pertama yang pernah aku hadiri dan insya-Allah segala input yang diperolehi akan aku gunakan untuk memperbaiki lagi mutu penulisan aku.
Tahniah buat AVA kerana berjaya menganjurkan bengkel pertama ini. Walaupun hanya AK seorang sahaja yang menguruskannya, tetapi segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang kepada kami yang baru hendak berjinak dalam bidang penulisan untuk mendapat sedikit ilmu. Diharap banyak lagi bengkel seperti ini dapat dianjurkan AVA dimasa hadapan.

Saturday, October 3, 2009

Rancangan Akhir Tahun


Wah...pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke sepuluh dah tahun 2009 ni. Kejap betul masa berlalu. Tak sedar rupanya ada tinggal 2 bulan saja lagi untuk kita habiskan segala azam yang dibuat awal tahun dulu untuk 2009 ni. Tadi aku belek-belek diary, rupanya banyak benda lagi yang aku belum buat. Antaranya menyiapkan naskah manuskrip aku yang tergendala sepanjang bulan puasa hari tu. Alhamdulillah, sekarang ni aku dah kembali aktif menyiapakan apa yang patut.

Kasih Ilham masih lagi dibaik pulilh. Sejujurnya aku kurang berpuas hati dengan naskah yang satu ni sebab terlalu banyak kesalahan yang aku buat dalam manuskrip tu. Masa aku siapkan dalam bentuk e-novel, aku tak ambil kisah sangat tentang ejaan dan pengunaan tatabahasa. Ada beberapa fakta dalam cerita tu yang aku tak pasti betul atau tidak lebih-lebih lagi bila bab nama tempat-tempat di Pulau Langkawi. Almaklumlah, aku baru sekali jejakkan kaki ke pulau tu. Selebihnya aku dapatkan maklumat dari internet yang aku kira hanya boleh dipercayai 70% sahaja. Sebab apa? Bila aku pergi website yang ini, keterangannya lain. Aku ke website yang lain, keterangannya lain. Sampai aku pun naik konfius! Hahahah..ada sesiapa yang kat sini arif pasal Langkawi tak?

Nadi pun semakin rancak pembikinannya. Sekarang ni masih di stage ke-3. Aku dah nak masuk bab yang akan merungkai segala persoalan. Bagi sesiapa yang nak tahu, aku menulis ada 5 stage. Stage pertama, aku drafkan segala maklumat penting bagi kisah itu cthnya nama watak, lokasi, lagu yang sesuai (aku memang perlukan lagu untuk menulis..hehehe) dan sebagainya. Stage ke-2, aku mula rangka jalan cerita supaya kronologinya betul. Stage ke-3, aku mulakan menaip ke dalam laptop dan mula publish ke blog. Stage ke-4, aku baca semula dan mula buat editing (bila dah sampai stage ni, aku akan mula lambat publish kat blog, macam yang jadi dgn Kasih Ilham..hihihihi...peringkat ni perlukan keazaman yang sangat tinggi kalau tak memang akan terbengkalai macam projek perumahan terbengkalai tu). Stage ke-5, final editing dan bila dah selesai aku akan timbang-timbangkan untuk hantar pada pihak yang berkenaan atau tidak (peringkat yang ini belum tiba lagi sampai la ni...isyh...isyh..isyh...)

Bulan October ini juga kerja dipejabat sibuk kembali. Ada 3 projek yang dateline nya hingga ke penghujung October ni. Mujur ada TA baru. Sekurang-kurangnya kerja membelek pelan-pelan tu aku tak perlu buat lagi. Setakat tolong sikit-sikit je. Aku boleh concentrate hal-hal dokumentasi tender. Ringan sikit beban kerja.

Bulan ini juga aku akan menghadiri bengkel yang berkaitan dengan penulisan. Kalau ikut rancangan, 10hb ni sepatutnya ada Bengkel Penulisan Thriller dan Aksi anjuran Alaf21. Dengan penulis terkenal Encik Ramlee Awang Murshid dan Encik Eyman Hykal. Mulanya aku tak boleh nak hadiri sebab ada program lain, tapi lepas kena pujuk dan goda dengan Jue dan Kak Nurul, aku ikut juga. Sekali kena cancel lah pulak! Haiiii... Menurut kata pihak Alaf21, bengkel tu akan diadakan sekitar bulan November. Tak kisahlah kan, janji bengkel itu akan diadakan. Cuma cepat atau lambat je.

Pada 18hb ni pulak, aku akan menghadiri satu lagi bengkel penulisan tapi kali ini penulisan cerpen. Bengkel ni anjuran AVA ni akan dikendalikan oleh Puan Nisah Haron. Aku sebenarnya tak sabar nak hadiri bengkel ni tapi dalam tak sabar tu, ada terselit rasa takut dan gerun. Bukan apa, kami dikehendaki hantar cerpen untuk dibengkelkan masa bengkel ni nanti. Aku rasa takut pula bila mengenangkan cerpen tu akan dibaca orang lain. Aiyakkk!!!!

Apa-apa pun aku harapkan segala perancangan yang dirancang berjalan lancar. Walaupun sebenarnya aku ni jenis yang tak boleh merancang sebab sejak azali lagi, semua benda yang dirancang awal2 akan tergendala. Aku hanya boleh merancang 2-3 hari sebelum aku nak buat apa-apa. Masa tu insya-allah semuanya berjalan lancar. Teringat pula kata-kata hikmah yang satu ni 'Manusia yang gagal merancang adalah manusia yang merancang untuk gagal'. Masalahnya aku tak pernah gagal merancang cuma faktor persekitaran yang sering membuat rancangan aku gagal. Macamana tu?

Monday, September 14, 2009

Salam Aidilfitri

Sedar tak sedar dah hampir tiga minggu kita berpuasa. Kurang dari tujuh hari lagi, kita akan menyambut ketibaan Syawal pula. Cepat betul masa berjalan meninggalkan kita kan? Makin dekat Syawal bermakna makin hampirlah kita ditinggalkan Ramadhan. Macamana Ramadhan kawan-kawan semua? Dah tercapaikan semua niat di awal Ramadhan dulu? Huhuhu...bagi aku, ada nita yang terlaksana dan ada juga yang tidak. Khatam Quran alhamdulillah hampir berjaya. Cuma solat terawih aja yang ngongak. Ada masanya aku pergi, ada masanya tak pergi. Tapi masa dah berlalu kan. Tak guna dikesalkan. Doa aku moga tahun depan kita semua berpeluang bertemu Ramadhan lagi dan dapat menyempurnakan Ramadhan kita dengan jayanya. Inysa-Allah.
Persiapan raya tahun ni kami semua buat ala kadar aje. Tak ada tukar langsir atau apa-apa yang baru. Kami pakai aje langsir yang kami gunakan waktu kenduri kahwin itu hari. Hehehe..yang benonya aku malas nak tukar benda-benda tu semua. Lagipun langsir yang ada tu masih elok lagi. Tak payahlah nak membazir kan? Kuih raya macam tahun-tahun lepas, kami buat sendiri. Mak aku ada ambil tempahan buat kuih kan. Jadi terlanjur dia siapkan kuih tempahan tu, kami buatlah sekali untuk rumah.
Raya tahun ni kami akan beraya di Selayang aje. Kalau tak ada apa-apa halanngan, lepas solat raya kami akan balik ke Melaka. Pergi melawat saudara mara dekat sana. Raya ni office aku tutup seminggu. Aduh..pening juga kepala fikir nak buat apa cuti lama-lama tu. Nak jalan rumah saudara mara pun aku rasa tiga hari raya dah habis ronda kot. Almaklumlah, saudara mara aku duduknya sekitar Melaka dan KL je. hehehe...pusing-pusing, tang tu jugak.
Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ahli keluarga dan teman-teman aku. Buat mak dan ayah (aku tahu adik aku akan sampaikan kat diorang lepas ni) Selamat Hari Raya saya ucapkan dan mohon maaf zahir batin atas semua kekurangan saya. Buat adik-adik aku, Alan, Eyma, Ami, Farid dan Fuad, salam aidilfitri dari along.
Buat teman-teman dan kenalan aku; Anita, Jue, Kak Zara, Kak Non, Putri Lily, Kak Noorul, Liza, Reben Merah, Sonata, Abang Khar, Kash, Palwasha, Ani, Omi, Nurul, Fasya dan semua pengikut blog ini, blog Kasih Ilham dan Nadi, aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aku mohon maaf zahir dan batin kiranya sepanjang perkenalan ini aku ada berkasar, membuat kesalahan atau mengecilkan hati kalian. Semoga persahabatan yang terjalin antara kita ni akan berkekalan hingga sampai masanya. Buat silent reader Kasih Ilham dan Nadi, Salam Aidilfitri buat anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca karya saya yang serba kekurangan itu. Mohon maaf jika ada kesalahan atau kesilapan yang saya lakukan di blog-blog ini.
Oh ya, sebelum terlupa. Bagi mereka yang akan memandu balik ke kampung pada musim perayaan ini, selamat memandu aku ucapkan. Tolonglah memandu dengan berhati-hati. Ingatlah keluarga yang menunggu kepulangan anda semua. Biarlah wajah anda yang dilihat mereka saat pintu rumah terbuka. Bukannya wajah anggota polis yang datang membawa khabar buruk tentang anda.
Akhir kata, Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog The Who In Me. Mohon maaf zahir dan batin buat kalian semua...

Salam Aidil Fitri,
Farahusain

Tuesday, September 1, 2009

Salam Merdeka

Sana-sini orang sibuk mengucapkan selamat meyambut hari kemerdekaan. Yang buat aku ketawa sendiri tu bila aku baca satu ucapan salam merdeka di FB dari seorang teman lama. Aku ketawa bukan sebab ucapan itu tapi sebab mengenangkan sikap si penulis ucapan yang selama ini selalu saja berunsur negatif. Ada saja yang tak kena di mata dia sampai kadang-kadang aku rasa nak jerit saja pada dia 'Kau ajelah yang mentadbir negara!' Itu tak betul..ini tak betul...rungsing aku bila bercakap dengan dia. Lebih-lebih lagi kami berlainan kaum, jadi kadang-kadang tu perbualan kami tu boleh bertukar jadi debat yang hangat. Sampai satu ketika aku rasa aku lebih banyak membuang masa bila bercakap dengan dia. Tapi disebabkan kami bersahabat, aku gagahkan jugalah diri mendengar kata-kata dia walaupun bicara dia tu boleh buat telinga berdesing.
Malam Ahad lepas aku menonton filem 1957-Hati Malaya. Cepat-cepat aku sms dia sebelum filem itu mula. Pada dia aku pesan 'tonton filem ni. hayati dan fahami betul-betul maksudnya'. Heheheh...lepas sahaja habis filem tu, dia balas sms aku ' :)' (ikon senyum). Entah apa maksud dia, aku pun tak faham. Mungkin dia dapat hayati filem tu atau mungkin juga tidak. Atau mungkin dia faham yang aku cuba nak perli dia. Entahlah...Yang pasti, air mata aku tengah berlinangan masa tu.
Buat semua teman-teman di sini, salam kemerdekaan aku ucapkan pada semua. 52 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Dah banyak yang kita perolehi dalam tempoh ini. Semuanya hasil perjuangan dan pengorbanan datuk nenek kita. Tugas mereka telah selesai. Mendapatkan kemerdekaan buat anak cucu mereka. Buat bangsa mereka. Tapi tugas kita dan mereka yang akan datang belum lagi selesai dan tak mungkin akan selesai selagi bumi Malaysia ini masih wujud di peta dunia. Tugas kita sama beratnya dengan tugas mereka. Memelihara apa yang kita ada hari ini agar ia dapat terus kita dan generasi akan datang nikmati. Hari ini kita dah boleh nampak ada tangan-tangan 'nakal' yang cuba merosakkan kedamaian yang kita ada sekarang. Tegarkah kita melihat semua ini musnah? Tepuk dada tanyalah iman...

Saturday, August 22, 2009

Selamat Pengantin Baru Alan & Eyma

Tanggal 7.8.2009 yang lepas dengan rasminya keluarga kami dapat ahli baru. Adik aku selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Buat adik aku, Alan dan adik iparku, Eyma, Selamat Pengantin Baru along ucapkan. Sorilah ye sebab bagi free exposure untuk korang dekat blog ni. Hehehe...Benda baik, tak apa kalau kita hebahkan kan?

Malam 7.8.2009 di Masjid Batu Jalan Ipoh, mereka sah bergelar suami isteri. Hahaha...ada insiden kelakar masa majlis akad nikah tu. Adik aku yang selama ni selalu confident bila bercakap boleh terkelu lidah bila kena soal dengan jurunikah. Seronok jugak bila kitaorang dapat peluang gelakkan dia. Petang tu bukan main eksyen lagi dia dengan kami semua. Bila sampai masa, terketar jugak. Hahaha..tapi kata orang-orang tua, semua tu memang lumrah. Darah gemuruhlah katakan. Apa-apapun, selepas dua kali lafaz, akhirnya sahlah majlis nikah tu.

9.8.2009 pulak berlangsung majlis persandingan mereka di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid. Huhuh..banyak pahit manisnya dalam melangsungkan majlis persandingan tu. Tapi biarlah itu menjadi pengalaman pahit manis aku seorang. Yang penting, semuanya telah selesai dan selamat berlangsung.

Sekarang, ahli keluarga kami dah bertambah seorang lagi. Heheheh...mak dan ayah aku nampak relaks je tapi sebenarnya diaorang masih lagi kekok dengan kehadiran orang baru ni. Mak aku sampai sekarang ada masa dia tersasul bahasakan dirinya Makcik dengan adik ipar aku tu. Aku pun sampai sekarang tak reti nak bahasakan diri aku along. Mana tidaknya, dari zaman sekolah sampai lah diaorang bercinta, aku dah biasa bahasakan diri aku Kakak dengan dia. So, kalau nak tukar tu susahlah sikit. Sudahnya panggilan Kak Farah tu je lah kami berdua gunakan. Belasah ajelah kan? Sekurang-kurangnya ada jugak nama nak dipanggil.

Untuk Rebenmerah, yang nak sangat tengok gambar adik kak farah kahwin, ini ada beberapa keping gambar yang kak farah berjaya selongkar dari dalam laptop. Hehehe..sorilah tak leh nak pos banyak-banyak. Takut tuan punya badan marah pulak nanti...Heheheh...


Malam Akad Nikah..Mak kami, Eyma, Alan dan ayah kami.

Sebelum berarak masuk dewan

Majlis Persandingan di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid