Followers

Wednesday, March 6, 2013

Bab 1 : Dia...Random Guy.


“OMG! Handsome ok. Ini bukan Fahrin-Ahmad-Aaron-Aziz punya handsome. Ini drop-dead-gorgeous-tall-dark-and-handsome-novel-type punya handsome. Ya Allah, akak. Kalaulah Jen dapat kak. Rawrrr….memang tak lepas!”
Macam tadi, Alin cuma angguk sambil tangan makin laju menekan keyboard di atas meja. Kerja tengah banyak, tapi si Jen dari tadi tak habis-habis ajak dia bergossip. Hailaa… Saat syarikat tengah di ambang darurat ini pun si Jen masih ada hati lagi hendak cuci mata. Dia sendiri rasa macam tak cukup tangan nak buat kerja.
“Akak!”
“Apa Jen?” Mendatar suara dia jawab. Take a hint, kid. Aku memang tak ada masa nak layan kau ni.
“Penat tau Jen cerita dari tadi. Akak buat donno je. Memang hati kering betullah akak ni!” Jen dah buat aksi hentak-hentak kaki.
Kalau hari lain memang dia dah bagi pandangan don’t-mess-with-me pada Jen sebab panggil dia hati kering. Hati dia elok lagi merah berdarah dalam badan ini, celah mana pula keringnya? Tapi hari ini sebab fikiran dia dah cukup serabut dengan kerja, dengan hal peribadi dan segala benda yang ada di sekeliling, dia akan buat tak tahu. Cakaplah apa pun Jen. Akak bagi peluang ni. Esok lusa, belum tentu dia sebaik ini.
“Tengok tu. Lagi buat tak tau. Eeee…menyampah!” Sudahnya Jen terus kembali ke tempat duduk dia. Lega hati Alin dibuatnya. Fokus kembali kepada laporan tapak yang perlu disiapkan A.S.A.P. sebelum orang bahagian projek datang melalak di telinga dia. Tapi tak sampai lima minat Jen diam, ada pulak makhluk tuhan lain yang jadi siaran berbayar Astro. Asyiklah mengulang cerita yang sama.
“Tuhan…handsomenya dia! Tak tahan mak jemah tengok!” Rubi buat aksi ulat bulu naik daun. Ishhh, kalaulah nama dia Rubiah, eloklah juga rupanya. Ini dah sah-sah namanya Ruben a/k Dabro. Wakil symbol circle and arrow, bukan circle and cross. Berbulu mata dibuatnya.
“Kan, Ruby? Rasa-rasa dia dah ada girlfriend ke, hah?”
“Ala, kalau ada pun ada mak jemah kisah? Kapal terbang pun boleh kena hijack, noks!
“Kau…over eh? Buatnya Haji Salam dengar, memang ‘kirim salamlah’ kau dibuatnya.”
Alin dah mula sakit kepala dengar budak berdua itu berbual. Mata menjeling ke arah Kak Sofi, Senior Clerk Bahagian Pentadbiran syarikat dia cari makan ini. Ciskek betul! Boleh pula dia pakai headphone? Itu tak ada lain tengah melayan drama korea online lah tu. Eeee…kenapalah orang-orang bahagian admin ni semua buat perangai macam orang tak sayang kerja? Dia orang sedar tak apa yang tengah terjadi sekarang ni?
“Nama pun sedap kut. Zariel Amzar. Memang sesuai dengan diri dia yang tinggi lampai, badan yang sasa and that sexy goatee. Ruby, kau nampak tak abs dia? Uuuu…six pack ok!” Jen senyum gatal.
Ruben dah ketawa mengekeh. “Weh, noks. Mana pula kau nampak six pack dia? Lebih kau perempuan. Sampai benda dalam baju pun boleh tahu!”
“Cleo. Edisi bulan ni. Kau tak beli lagi ke, beb?”
“Serius?” Ruy buat muka teruja. “Aku nak pergi cari kat kedai Apu, lah.”
“Serius ok. Full page lagi tu. Rasa macam nak nips those abs inch by inch. Delici…”
“Janariah Ismail! Watch your words! Ni apa anak dara cakap benda macam gini. Nak nips a guy abslah. Six packlah. Badan sasa lah. Sexy goatee lah. Tak molek tahu tak cakap openly macam gini?” Akhirnya Alin bersuara. Telinga dah tak menahan dengar Jen mula keluarkan ayat-ayat 13PG ini. Anak dara zaman facebook dan twitter ni memang dah hilang malu agaknya.
“Alah…bukan ada orang lain pun. Kita-kita perempuan je.”
Mata Alin mencerun ke arah Ruben. “Itu apa?”
Jen tayang gigi. “Dia ni luar alam Kak Alin. He he he…Jadi tak mengapa kut.”
“Dahlah Jen. Kau bukan tak tahu perangai Kak Alin kau tu. Hati kering. Manalah dia tahu nak menikmati keindahan makhluk Tuhan paling seksi tu.” Tiba-tiba Kak Sofi bersuara. Huh, dengar rupanya mak orang ni!
“Kan, Kak Sofi? Punyalah jenuh saya cerita tadi, dia boleh buat bodoh je. Buang air liur je.”
“Seriously Alin. Kau ni memang tak ada perasaan kat lelaki ke? Tak teringin nak kahwin?” Soal Kak Sofi tiba-tiba.
Woah! Direct to the point sungguh Kak Sofi ni. “Soalan jenis apa tu kak?”
“Soalan yang tak ada multiple choice answers. Jadi jawab secara wajar.”
“Ala Kak Sofi… Lagi mahu tanya ke? She’s 32. Not married. Don’t have a boyfriend. That should give you a solid answer, kan?” Ruben tolong jawab bagi pihak Alin.
Alin dah hangat hati. Back to the same old topic are we? Kat rumah jenuh kena soal dengan mak. Kat office jenuh kena soal dengan minah-minah plus mamat terlebih kromosom X ni pulak. Hairan betul dia kenapa dia orang risau benar dia tak kahwin. Menjejaskan ekonomi negara ke kalau Allina Suffiya tak kahwin? Kalau KDNK negara menurun sebab dia tak kahwin barulah boleh nak kecoh.
“Hairan akak. Nak kata tak lawa. Bolehlah tahan muka tu. Tapi kenapa tak ada boyfriend sampai sekarang? Kau ni memilih sangat kut, Alin?” Kak Sofi mula buat analisis sendiri.
Alin tarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab, “Kak Sof ingat pilih suami ni macam pilih baju kat shopping mall ke kak? Boleh main grab aje mana yang nak lepas tu acu kat badan tengok muat ke tidak? Kalau tak muat boleh pakai buang je dalam bakul unwanted item tu? Saya ni nak cari imam kak. Yang boleh bagi masjid saya bercahaya. Setakat muka handsome, badan sasa dengan six pack macam Zariel Amzar yang Jen dok puja-puja tu tak guna juga kalau peribadinya boleh buat kita dapat tiket first class to hell, buat apa?” Hah! Ambil kau. Kan dah terkeluar mode ‘ustazah pilihan’ dia.
Kak Sofi ternganga mulut. Jen pulak dah muka takut-takut. Yang Ruben pula serius dah macam orang nampak hantu pucatnya. Haishhh…takkan sehebat ini impak kata-kata aku pada mereka?
“Hah? Apasal diam?”
Kak Sofi tunduk. Ruben garu kepala dan si Jen pulak sibuk memuncung-muncung pada dia.
“Kau kenapa Jen? Sakit bibir? Itulah, banyak lagi bercakap benda bukan-bukan…”
“Ehem!” Tiba-tiba ada suara lain yang berbunyi. Terus kejung Alin dibuatnya. Dia kenal suara itu. Hailaa… pemilik suara inikah yang membuat kawan-kawan dia terkedu tadi?
“Allina…” Tegas suara Haji Salam seru nama dia.
Dia buat muka kenapa-tak-cakap-dengan-dia-Haji Salam-ada-kat-belakang-dia pada Kak Sofi, Jen dan Ruben. Kawan-kawan dia hanya jungkit bahu. Perlahan dia pusing dan…
Oh Tuhan! Apakah? Biji mata dia terasa macam nak terkeluar dari soket! Oh, bukan sebab Haji Salam, tapi manusia di sebelah Haji Salam. Dan manusia yang menjadi punca biji mata dia nak terkeluar itu pun nampak terkejut sekejap. Dahi bekerut macam orang cuba mengingatkan sesuatu. Please don’t remember me…please don’t remember me! Hati Alin dok ulang-ulang ayat itu. Apa orang kata, kalau cakap lebih 40 kali, boleh jadi kenyataan?
“Well…well…well…” Alin telan liur mendengar jejaka di sebelah Haji Salam bersuara. Harapan tinggal harapan. Tengok air muka mamat itu pun dah tahu yang dia masih ingat lagi siapa Alin. Ayat klise ‘dunia ini kecil sahaja’ dah tak rasa klise lagi pada dia saat ini. Sungguhlah dunia ini kecil.
“What do we have here? Hmm...” Di dalam tekak macam terasa ada batu. Jantung terasa nak melompat keluar bila si jejaka mula mendekat. Dan bila dia tunduk merapatkan bibir dia ke telinga Alin, darah panas terus menyerbu ke muka.
“If it isn’t my beloved fiancé…” Bisik suara garau lagi seksi itu ke telinga dia. Oh Tuhan…boleh tak nak minta lantai ofis ini terbuka dan sedut dia? Rasa macam dah tak sanggup berdiri lagi dah ni.
Si jejaka tegak badan dan pandang muka dia tajam sambil tangan mengusap dagu yang dihiasi sexy goatee macam yang Jen cakapkan tadi. Oh…oh. This is not good!
“First class ticket to hell, huh?” Suara seksi itu tiba-tiba kedengaran bertambah seksi pula. Si jejaka senyum meleret. “Kalau I upgrade to business class ticket to heaven, ok? Because that’s exactly where you’re heading when you’re with me, sayang…” 

61 comments:

  1. Takkan satu bab je?? kasi la sampai bab 4!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hahaha....bab 4 tunggu hari ke empat. Kaedahnya, 1 hri 1 bab

      Delete
  2. oh megi oh megi. Cerita baru tuuuuuu ^^ (nak lagi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita yg dateline nya bulan 8 ini....tgh laju menyiapkan

      Delete
    2. kak farah.. dah kua..jgn luper roger ek.. dah masuk list wajib beli ni.. hahaha

      Delete
  3. Ehem! Sexy goatee? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn nak ehrm sgt! Urs truly lagi sexy. Ahaks!

      Delete
    2. Jgn nak ehrm sgt! Urs truly lagi sexy. Ahaks!

      Delete
  4. Oh myyyy.... Gilerrr best citer nie... Tq kak hanina abdullah bg link citer nie... To writer.... Great story dear.... Xsabar nk baca next n3....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm. Hopefully the oncoming chapters won't dissapoint u.

      Delete
  5. Macam mana tak ingat nama tunang , sibuk sangat buat kerja yeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noorliyana, dia tgh risau fikir benda lain tu, itu yg x perasan nama tu familiar...

      Delete
  6. Huwarghhh...siapa si ganteng with husky voice tu? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si ganteng yang terasa diri dia yg paling hebat.

      Delete
  7. My dear Farah make sure tomorrow ada bab 2

    ReplyDelete
  8. My Dear Farah make sure tomorrow ada bab 2

    ReplyDelete
  9. oh-oh baru jumpablog slps direcommend oleh kak hanina. hai cik writer! rasa mcm tngh baca english novel malay ver.je. best! mana nak cari novel yg guna those eng term?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr... Sy menulis ikut cara pergaulan seharian. He he he... Dgn kawan2 mmg cakap campur2 gini.

      Delete
    2. it's not da way u write la.. it's ur writing theme! mcm eng novel.. i likey! :)

      Delete
    3. Oh...hehehe..thanks. hope it will not dissapoint you

      Delete
  10. My Dear Farah make sure esok ada bab seterusnya

    ReplyDelete
  11. waaaa wiiiiii junior jussssss.....tunang weyhhhh mamat hansem, seksi, tinggi, with gothee n six pax...owh3...abes la Alin kali nih....mn dtgnye tunang ni yeh...boleh pulak tersesat kat tempat si Alin ni...sah la jd bos dia nanti....masaaakkkk....rentung jugak la si Alin ni nanti kene akikah ngan tunang dia nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah... Bukan takat akikah lagi nanti tu... :p

      Delete
  12. Dah publish in print, holler me!!!! Sha mmg confirm beli. Sha tengah baca time travel romance ;-) best gilerrrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he.. Will do (kalau jadi novel lah)

      Delete
  13. Hanina ...ni cerita Nina ker?.As usual you are the best.padat ,mantap , menarik dan best.Make sure reserve me one book.Its beautiful.Lebih baik dari PMS.TQVM for this.I want to read the next one.

    ReplyDelete
  14. Oh my...skali alin bersuara ingat smua org kagum tp rupa2 nyer...bala kah?

    ReplyDelete
  15. Wahh... Interesting pulak citer ni... Sambung la lagi...

    ReplyDelete
  16. haila haila komen yg pertama td dah ilang ke...patut la x nampak hadoyyyy....dah lupa ape yg kite komen masa memula 2 ahahhaha....tp xpe la kite komen balik...owhh mama mia maisara en tunang la wey lelagi hensem, gojes, tinggi n six pack 2...abeh la alin kene gulai masak kari la dia pasni ...nampak gaya cam xkan dilepaskan dengan sesenang mee mamak je 2...bertabah la Alin yeh...kite sokong dari belakang kasi tampung dari jatuh...kalo jatuh soh la Amzar tulun sambut mehehhe

    cik pengarang...cenonetnyeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah...cenonet? Udah 10 pages dah ni yang!

      Delete
  17. saya nak angau kat sini pulak la... ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee... wajib curang ni kak.. tp tula.. nak kan abg ke adik ek?? kompius ni.. hahahaha

      Delete
  18. OMG3X! this is superb, Farah. Tag me, PM me when the next chapter is up...

    ReplyDelete
  19. OMG!!

    Tak sangka Kak Farah tulis cerita yang hot n sexy ni? haha!!

    Keep up good works, akak! Saya tunggu ni, tau...*sambil membayangkan makhluk plg seksi itu...haha*

    ReplyDelete
  20. Haha...i can't believe it myself. Aci gitu?

    ReplyDelete
  21. OMG!!! sexy goatee... oouucchhh...
    “Kalau I upgrade to business class ticket to heaven, ok? Because that’s exactly where you’re heading when you’re with me, sayang…” walahhhh... ;)

    ReplyDelete
  22. Wauuuu......mmg best superbbb
    Kita sambung pembacean noks!!!

    ReplyDelete
  23. Homaiiiiiiiiiiii....best weh..yummy.

    ReplyDelete
  24. Hadoiii... Best you... Kalau publish sure akak rembat satu..

    ReplyDelete
  25. Suka nye citer ni.. Thanx tu kak nina sbb kongsi link this blog... Hehehe gud job writer

    ReplyDelete
  26. pening rite now @@' terlalu byk watak @@ stop reading jap... so far mmg ok laa...x abis bce lgi senanye..kple tgh ngntokk..kire cm tak fokus XD smbung esok jgn mrh ye :)

    ReplyDelete
  27. jus found this blog.. weeeeee... i loikeee!!!

    ReplyDelete
  28. WC baru stat bace... cite best... bahasa pon santai =)

    ReplyDelete
  29. nice one! awesome sngt cra akak tulis! sempoi je. hilang jap stress sy nk kuiz esk ;) thanks a lot!
    # mula2 ingt sje nk buat blog-walking, but after nie,
    confirm, sy dok brtenggek je lah kt blog akak nie!

    ReplyDelete
  30. I love this! Two thumbs up! Following~~

    ReplyDelete
  31. Mas Ayu Othman07 May, 2013 15:31

    saya org baru join blog nie....tu pun dpt dr fb Hani Fazuha....permulaan bab yg best....nk marathon bab2 lain plak...

    ReplyDelete
  32. o goshhh farah darling, br nmpk kat fb idea kreatif awaknyer link blog dek,plsssss sayang, finish up all those thing n get printed soon, kak lis bc intro ni pun dah excited, tak mo la blog jer, nk buku citer siap hihiiiii siap jer buku, bgtau cos dah ada ready market ni :-)

    ReplyDelete
  33. Best <3 . Bila nak publish ? Roger2 :3

    ReplyDelete