Followers

Thursday, March 14, 2013

Bab 8 : Dia...Random Guy


Ampun... lewat bangat kan? And sorry sebab bab 8 ni banyak naratif dari dialog. Ini versi raw ye. Tak edit. Tak baca semula. Terus taip dan post. Kalau ada yang terlebih dan terkurang minta maaf sangat2.  So, happy reading. (I hope) :P

Beberapa jam kemudian, SUV yang dipandu Keyrol membelok ke simpang masuk kawasan hotel Awana Kijal. Alin yang sudah terjaga ternganga melihat keindahan pantai di hadapannya.
“Wah…cantiknya!” Dah lama rasanya tak ke pantai. Kali terakhir dia melihat pantai rasanya waktu dia di sekolah dulu. Itu pun setakat pantai Port Dickson. Ini kalau dapat mandi laut, syoknya!
Dia menoleh ke arah Amzar. ““Encik, rasa-rasanya kita ada peluang tak nak mandi laut?”
“Kita nak kerja, bukan nak jalan-jalan tepi pantai makan angin.” Balas Amzar mendatar.
Alin mencemik. Tak sporting langsung!
Tak lama kemudian Keyrol berhenti di hadapan perkarangan hotel. Amzar dan Alin keluar serentak. Sementara menunggu bag pakaian mereka dikeluarkan, Amzar mengamit Alin menghampirinya.
“Kita check-in dulu. You go and freshen-up and meet me downstairs an hour later. Ok?”
Alin angguk. “Lunch, encik?”
Kening Amzar terangkat. “Belum apa-apa dah cerita lunch?”
Alin sengeh segan. “Dah nak pukul satu ni. Saya ni ada gastrik. Lambat makan nanti, sakit perut. Kalau dah sakit nanti satu kerja pun tak boleh buat. Bila dah tak boleh buat, encik juga yang susah.”
Amzar tersenyum kecil. “You ni memang banyak cakap, ya?” Wajah Alin dipandang lama.
Walaupun matanya tersorok di balik aviator shades, namun panahan itu masih dpat dirasai Alin. Ok, nak putus nafas dibuatnya. Breath Alin, breath!
“Amz?” Tegur seseorang. Save by a stranger!
Alin pandang lelaki yang mendekati mereka. Boleh tahan juga. But Mr Sexy di sebelah ni masih champion lah.
“Alina, Fahmi. Fahmi, Alina.” Amzar mulakan sesi suai kenal.
“So, this is the infamous Alina…” Ujar Fahmi dengan senyuman meleret.
“Infamous?” Alin dah pandang Amzar dan Fahmi semacam. Ada sesi mengutuk aku yang aku tak tahu ke ni?
“Oh…maksud I…”
Belum sempat Fahmi hendak bercakap, Amzar dah potong, “Kita dah lambat ni. Bilik dah ready?”
“Dah. Aku letak kau berdua satu level. Senang kalau ada apa-apa.” Dua set kad dihulurkan kepada Amzar. “Aku ke sana teruslah. Pak su dah ada di sana.” Beritahu Fahmi.
“Ok. I’ll see you there. Alina, let’s go.” Alin terus mengikut Amzar ke dalam hotel.
Satu jam kemudian, mereka kembali ke bawah. Amzar bawa dia makan Restoren Meraga Beris yang terletak di dalam hotel. Selesai makan, mereka ke perkarangan hotel menunggu Keyrol. Sementara menunggu Keyrol tiba, Alin memandang lagi pantai di hadapannya dengan pandangan penuh mengharap.
“Teringin sangat ke?” Soal Amzar di sebelah.
“Hah?” Alin menoleh sekilas pada Amzar. Nak pandang lama-lama takut sebab sejak kejadian ketawa di dalam kereta tadi, dia mula rasa lain macam dengan majikannya ini. Kenapalah sekarang pula juga kau nak perasan dia ni kacak bukan main?
“Laut tu. You teringin sangat ke nak mandi di situ?”
Alin tersenyum sendiri. “Nak ikutkan hati memanglah teringin encik. Tapi macam encik cakaplah, kita datang sini nak kerja. Manalah ada masa nak mandi laut segala. Oh, ya. Sebenarnya kita nak ke mana ni?”
“SJC.” Jawab Amzar ringkas.
“SJC?” Kenapa macam biasa dengar? Tak sempat alin hendak bertanya panjang, Keyrol pula tiba.  
Lima belas minit kemudian mereka tiba di hadapan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan. Kedatangan mereka disambut oleh Fahmi dan…
“Tuan haji?” Terkejut Alin melihat bekas majikannya ada bersama Fahmi
“Assalamualaikum, Alin.”
“Errr…tuan haji buat apa di sini?” Alin pandang muka Haji Salam, Fahmi dan Amzar silih berganti.
“Buat apa lagi. Bukan ke kita ada projek di sini?” Jawab Haji Salam. “Sepatutnya saya yang tanya awak. Awak buat apa di sini? Bukankah awak dah resign dari Salam Consultant?”
“Apa? Resign? Bila masa pula…”
“She’s here to help us, Pak Su.” Amzar terus potong kata dia.
“Alin? Err… Amz tahukan dia ni kerani saja?”
“Ya.”
“Apa yang dia boleh buat?” Tanya Haji Salam. Hairan kenapa kerani dia yang dibawa Amzar meninjau projek terbengkalai syarikatnya. Dan bukan sahaja Haji Salam hairan. Alin sendiri hairan!
“Because she claimed she knows everything.” Jawab Amzar selamba.
Alin ketap gigi geram. Oh, memang kes nak balas dendamlah ni?
Amzar pandang Alin. Prove to me that you’re something, lady.
Alin pandang Amzar. Oh, game on sir!
***
Macam hendak tercabut lutut dibuatnya. Memang Amzar dera dia cukup-cukup di tapak projek tadi. Uruskan hal pekerja yang tak mahu teruskan kerja, uruskan hal supplier yang tak mahu supply barang, uruskan stok barang yang terbiar…pendek kata semuanya harus dilakukan Alin kecuali kerja-kerja berkaitan teknikal. Mujur jugalah sewaktu di Salam Consultant dulu dia memang dah biasa buat semua itu. Kalau tidak, jenuh juga dibuatnya.
Menjelang petang, mereka kembali ke hotel. Haji Salam dan Fahmi tak ikut serta sebab mereka bermalam di Kuantan. Ada saudara di sana katanya. Sampai sahaja di hotel, Alin tak tunggu lama. Terus dia melompat naik ke atas katil. Lega tubuh bila dapat berehat di atas katil yang empuk.
            Baru sahaja hendak terlena, telefonnya berbunyi. Tanpa melihat nama, Alin terus menjawab.
            “Hello?”
            “Alina?”
Tegak terus badan Alin mendengar suara itu. Tak ada orang lain yang panggil dia Alina kecuali…
“Ya, encik?”
“Buat apa?” Alahai…kenapalah suara dia ni romantic benar bunyinya?
“Baring-baring…”
“Dah lewat ni. Pergi mandi dulu, jangan tidur. Tak elok.” Alahai…kenapalah caring sangat pula ni?
“Ok, encik.”
“About dinner tonight…” Alin dah teruja. Nak ajak dinner tepi laut ke?
“You turun je ke restoren kita makan tadi. Kalau malas, call room service.”
“Hah? Encik tak makan sekali ke?” Aiyoo…Alin. Why sound so desperate? Mulut dipukul dengan tapak tangan.
“I got dinner date. Laters, lady.” Dan panggilan telefon terus dimatikan.
Dinner date? Dengan siapa? Dan kenapa, tangannya diletakkan ke dada, ada rasa pelik di sini?
***
Pukul 8.45, Alin turun ke bawah. Niat asal nak call room service tapi rasa lemas pula terperap di dalam bilik. Sewaktu hendak ke restoren, dia terlihat sesuatu yang membuatkan langkah dia terhenti. Amzar sedang duduk berbual dengan seorang gadis di coffee house. Wow, cantiknya! Puji hati kecil Alin. Ini ke dinner date si sexy dia? Alin amati kedua-dua mereka. Yang gadis ayu berblaus warna merah hati dan dipadankan dengan selendang lilit rona hitam. Dan yang lelakinya pula kacak bergaya dengan T-Shirt Polo Haus warna yang sama dengan si gadis. Amboi, bukan main ceria wajah si lelaki. Wajah yang sama yang hanya sempat dilihat Alin seketika sahaja tadi sewaktu di dalam kereta.
Sekali lagi tangannya naik ke dada. Pedih. Haishh…jangan nak macam-macamlah cik jantung dan cik hati. Bawa sedar diri tu sikit. Kaki yang hendak melangkah ke restoren tadi, patah balik. Rasa macam hilang selera pula.
“Cik Alin?” Alin menoleh ke kanan bila terdengar namanya disebut.
“Eh, Abang Keyrol? Buat apa di sini?” Setahu dia Keyrol tak menginap di hotel ini.
“Abang hantar barang pada bos tadi. Cik Alin buat apa di bawah ni?”
“Ingat nak makan, tapi hilang selera pula.”
“Laa…kenapa pula? Nanti kosong perut tu. Tak elok tidur dengan perut kosong, tahu?”
            Alin senyum segaris. “Tahu…tapi tekak tak berapa nak ngam dengan makanan di hotel ni.” Alin cipta alasan. Banyaklah aku punya tak ngam. Tekak ni jenis hentam apa saja!
            “Ya ke? Kalau macam itu, jom ikut abang. Pergi makan makanan paling best di sini.” Pelawa Keyrol.
“Paling best? Di mana?”
“Kat kawasan port tu. Jomlah!”
Alin pandang Keyrol kemudian pandang Amzar. Melihat si sexy tengah seronok ketawa, dia tarik nafas dalam.
“Oklah, jom!”
Rupanya tempat makan yang Keyrol bawa adalah gerai makan milik keluarga dia. Memang tak silap Alin ikut. Makanan yang dijual memang sedap-sedap belaka. Sempat jugalah dia berkenalan dengan isteri Keyrol dan dua orang anaknya yang masih kecil. Barulah Alin tahu, Keyrol memang asalnya orang Terengganu. Cuma sekarang bekerja di Prima Group. Seminggu sekali dia akan balik ke sini bertemu isteri dan anak-anaknya.
Dua jam kemudian, Alin kembali semula ke hotel. Sebelum balik tadi sempat dia minta Keyrol berhenti di sebuah kedai serbaneka. Nak belikan roti untuk si sexy. Manalah tahu kalau-kalau Amzar lapar tengah malam nanti. Daripada order makanan hotel yang mahal ya amat itu, baik makan roti krim. Murah dan mengenyangkan.
“Ok, Abang Keyrol. Terima kasih belanja Alin makan ye. Kirim salam pada Kak Maz.” Alin melambai hinggalah kereta yang dipandu Keyrol hilang dari pandangan. Dengan senyuman yang masih bersisa di bibir, Alin melangkah masuk ke dalam hotel.  Ramah mulut dia menegur pekerja-pekerja hotel yang berada di kawasan lobi itu.
Saat pandangan Alin melewati kawasan kaunter registration, dahinya berkerut bila ternampak kelibat seorang lelaki yang berdiri membelakanginya. Jam di tangan dibelek. Dah pukul 11, tak reti nak tidur ke bos aku ni? Dia teringat roti di tangan. Elok juga terserempak ni. Tak perlu susah-susah hendak ketuk pintu bilik dia.
Alin terus berjalan mendekati Amzar yang sedang bercakap dengan dua orang pekerja kaunter. Apa sajalah yang si kerek ni cakap sampai stress muka cik akak tu dibuatnya.
Pap! Belakang badan Amzar dipukul lembut. “Encik!” Dia sengih tanyang gigi.
Amzar berpaling. Buat seketika ada riak lega di wajahnya sebelum ia bertukar masam. Hah, sudah! Tertelan apa pulak dah bos aku ni, kelat semacam je muka?
“Encik buat apa di bawah ni? Ada kerja ke? Kenapa tak tidur lagi? Cik adik cantik manis tadi mana?” Bertubi-tubi dia bertanya. Tetapi Amzar hanya memandang dia tajam. Dada turun naik, menahan geram mungkin.
“You…” Amzar tak mampu hendak bercakap. “Naik!” Arahnya sebelum dia menapak ke arah lif. Dua orang staf di kaunter hanya mampu mengukir senyum simpati pada Alin.
Di dalam lif masing-masing diam membisu. Alin menjeling Amzar dari ekor mata. Alin mencemik. Mulalah tu perangai datang bulan dia. Isyhh…baru je berdamai tadi, dah nak berkelahi semula. Payah betul!
“Encik…” Alin cuba nak mulakan perbualan tapi Amzar tetap kejung.
Keluar dari lif masih lagi juga membisu. Sungguhlah Alin tak faham apa penyakit bos dia ini. Tadi masa kali terakhir tengok bukan main ceria bergelak ketawa dengan perempuan cantik itu. Sekarang ni masam mencuka pula. Kena tinggal agaknya dengan perempuan cantik tadi, itu yang mood teruk sangat itu. Lepas itu aku pula yang jadi mangsa. Gumam Alin sendiri.
Sampai di depan bilik, Alin dah tak tahan dengan kebisuan Amzar. Amzar yang sedang buka pintu bilik terhenti bila lengannya ditarik Alin.
“Encik ni kenapa? Nak moody tak tentu pasal? Kena sampuk jembalang laut? Ada pergi jalan-jalan tepi pantai ke tadi? Itulah, encik. Lain kali tak payah nak ikut sangat skrip drama Korea tu, jalan-jalan waktu malam tepi laut. Romantiklah kononnya. Lepas tu esok pagi masing-masing kena selsema. Itu di Korealah. Kita di Malaysia ni lautnya jadi tempat buang benda-benda halus. Silap-silap…” Bebelan Alin terus terhenti bila…
“Alina Suffiya!” Tinggi suara Amzar menyebut nama dia sambil kedua belah lengannya dipegang kuat dan badannya ditolak ke belakang, melekap ke dinding.
“Shut. Up!” Bisik Amzar. Alin mengangguk perlahan. Cik jantung dan cik hatinya mula menakal. Satu dah berbunga-bunga, yang satu lagi mulakan mainkan lagu cinta. Dalam perut pula, terasa macam ada beribu-ribu rama-rama berterbangan. Mana tidaknya. Jarak antara mereka berdua terlalu hampir hingga Alin boleh nampak betapa wajah Amzar sempurna tanpa cela.  Mata bertentang mata. Alin menelan liur bila pandangan Amzar sudah turun ke hidung. Nafas ditahan saat bibirnya pula yang dijamah mata Amzar. Lama.
Dumm! Bunyi pintu dihempas mengejutkan mereka. Ya Allah, apa yang aku buat ni? Dada Amzar ditolak kuat. Dalam hati tak henti-henti beristghifar, menyesali khilaf diri. Amzar pula meraup muka. Nafas ditarik, cuba menenangkan diri.
“Where have you been?” Soal Amzar tenang.
“Hah?”
“You pergi mana tadi? Dah lewat macam ini baru ingat nak balik?” Suara Amzar kembali tegang.
Alin pandang Amzar tak percaya. Eh…kenapa macam dah drama sebabak suami isteri bertengkar pula ni? Sah! Memang bos aku ni dirasuk jembalang laut.
“Saya pergi makan dengan Abang Keyrol dan…”
“What?” Amzar terus potong cakap dia. “Pergi makan sampai lewat begini?” Suara Amzar dah naik satu oktaf.
“Lepas makan, kami pergi jalan-jalan…” Sekali lagi, ayat dia kena cantas.
“Jalan-jalan? Dengan Keyrol?” Mata Amzar dah macam nak makan dia. Alin mengangguk. Gerun hendak menjawab. Kenapa entah dia rasa, setiap kali dia bercakap, tekanan darah bos dia ini akan naik satu graf. Baik diam. Kena darah tinggi nanti, aku juga yang susah.
Amzar menyilang tangan ke dada dan tegak memandang Alin. Tajam. Dadanya turun naik menahan rasa.
“Perempuan jenis apa you ni?”
Alin tersentak mendengar soalan Amzar. Aura-aura cari pasal sangat ketara dalam soalan Amzar.
“Apa maksud encik ni?”
“You tahu Keyrol tu dah kahwin?”
“Tahu, jadi?” Alin sengaja buat provokasi. Hati dah tahu sangat bagaimana perbualan ini akan berakhir.
Mata Amzar membesar. Darahnya naik serta merta. Where’s your shame, lady? “Dah tu kenapa you keluar juga berpeleseran dengan dia? Tak risau kalau ada family members atau saudara mara dia ternampak you berdua-duaan dengan suami orang?”
Alin ketawa tawar. Tak tahu nak bereaksi bagaimana. Nak marah ada, nak ketawa pun ada. Inikah Zariel Amzar yang sebenar? Suka berprasangka tanpa usul periksa?
Melihat Alin yang masih mampu ketawa, menambahkan lagi bara di hati Amzar. Terus keluar soalan yang memang masuk kategori hendak minta penampar, “Suka kalau rumahtangga orang porak peranda sebab you?”
Kali ini Alin tahu reaksi apa yang harus diberikan. Menyirap darah Alin dibuatnya mendengar tuduhan Amzar. You just cross the line, sir! Sabar Alin, sabar. Alin istghifar dalam hati. Dia tak kenal kau, jangan salahkan dia cakap macam itu. Tegur dia elok-elok. Alin tarik nafas dalam. Wajah Amzar dipandang dalam.
“You don’t know a thing about me. You don’t have the right to judge me.” Alin bersuara lembut tapi tegas. Lengan Amzar yang berbalut dengan sweatshirt ditarik. Bungkusan berisi roti yang dibeli untuk Amzar tadi disangkutkan ke pergelangan tangan lelaki itu.
“Saya takut encik lapar tengah-tengah malam nanti, jadi saya belikan roti ni buat alas perut. Kalau sudi, makanlah. Kalau tidak beri saja pada housekeeping nanti. Jangan buang pulak. Membazir. Saya masuk tidur dulu. Selamat malam, assalamualaikum.” Alin terus buka pintu bilik dan masuk. Masuk saja di dalam, Alin bersandar di pintu. Mata dipejam. Nafas ditarik dalam.
“Suka kalau rumahtangga orang porak peranda sebab you?” Tuduhan Amzar tadi kembali terngiang di telinga. Sungguhlah lelaki ni. Kalau sehari tak menyakitkan hati aku, tak sah putaran hidup agaknya. Dia belum gila lagi sampai nak kacau rumah tangga oranglah! Tangan diletak ke dada. Pedih sangat rasanya. Chill, Alin. It’s been years! Tapi kata orang, luka di tangan boleh kering dan sembuh. Di hati? Rawatlah macam mana sekalipun, ia akan terus merah berdarah.
Tangan di dada digenggam kuat. Rasa pedih dek penangan kata-kata Amzar tadi diusir jauh-jauh. Alin menggeleng laju. No! Jangan nak mengada-ngada menangis. You’ve survive all this years, Alin. Jangan disebabkan si kerek tu, kau nak breakdown and cry pulak. Tak berbaloi! Dah, tutup lampu. Pergi tidur. Esok mulakan hari baru dengan senyuman. Dan, oh, bismillahirahmanirrahim jangan lupa. Mood encik bos dekat bilik depan tu bukan boleh dijangka.
***
Di bilik depan, Amzar berdiri tegak merenung pemandangan malam di luar tingkap. Rasa marah masih bersisa. Punyalah macam orang gila dia mencari cik kerani di sekitar kawasan hotel. Makan malam dengan Soraya, sepupunya pun terpaksa dibatalkan bila dia tak dapat hubungi Alin. Niat asal memang hendak makan malam berdua dengan Soraya, tapi memikirkan Alin yang makan seorang diri, dia minta izin pada Soraya untuk ajak Alin bersama. Dan sepupu dia yang memang jenis suka berkawan, terus sahaja setuju. Tapi bila dua tiga kali dia cuba menghubungi Alin tapi tak dapat, darahnya mula berderau.
Bellboy di lobi hotel tadi entah berapa kali kena soal dengan dia sampai budak itu naik takut bertembung dengan dia. Itu belum kira lagi berapa kali dia asyik ke kaunter pendaftaran. Risau? Oh tidak! Lebih kepada rasa tanggungjawab seorang majikan kepada pekerjanya sahaja. Cik kerani dia seorang ini bukan boleh diduga. Crazy and impulsive!  Kena cuit sikit mulalah ambil tindakan bukan-bukan. Entah tangan lelaki mana pula yang disauknya nanti. Dapat lelaki macam dia, ada ampunnya lagi. Dapat lelaki yang….arghhh…dah jauh sangat kau berfikir, Amzar!
Leher diusap untuk kurangkan tegangan. Mata terpandang bungkusan roti di atas meja. Dia mengeluh perlahan. Saat itu rasa bersalah dah mula nak curi-curi masuk ke dalam hati. Melampau sangatkah dia bercakap tadi? Rasanya tidak. Apa yang Alin buat memang boleh timbulakan syak wasangka. Malaysia ini bukannya besar mana. Buatnya ada saudara mara Keyrol ternampak mereka berdua-duaan tadi, kan ke boleh timbulkan fitnah? Yang cik kerani dia ini pun satu. Baru sahaja kenal dengan si Keyrol itu hari ini dah berani hendak keluar makan segala? Mudah sangat percayakan orang! Buatnya si Keyrol itu buat apa-apa, siapa yang susah? Wait! You’re over thinking again, Amzar!
            Roti krim perisa vanilla dicapai dari dalam plastic, dibuka lalu dikunyah geram. Kenapa bila tiba hal yang melibatkan Alina Suffiya, emosi dia boleh jadi tak stabil macam ini? This is not me. Why the hell did I let her get under my skin? Sebungkus lagi roti dicapai dan dikunyah geram. Keep it cool, Amzar. Esok layan sahaja dia macam biasa. Ya. Macam biasa…

82 comments:

  1. Ohsemmn la cik writer...... ♡♥♡♥♡♥ it...

    ReplyDelete
  2. Amboi...cinta sudah berputik ya Encik Amzar??? Kekekeke ;D

    ReplyDelete
  3. Yippie....malam ni dah boleh tidur lena...tenkiu chingu.

    ReplyDelete
  4. alahai... mcm tak cukup je.. sabarlah hati ye, kita tunggu esok pulak.. =P

    ReplyDelete
  5. wow... mmg pms 24/7 betul si sexy gothe ni.. hati & jntung i pun dah berirama rock ni.. bergegar for both side.. hihi best la farah...

    ReplyDelete
  6. ohsem!! gelak2 jer baca.. drama sebabak tu buat byk2 babak yer best la pulok!
    marah2 pon 2 bungkus roti ko tibai yek.. hahaha

    thanks farah..dah blh mkn ubat selsema.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu, drama sebabak itu tidak over ke? hehhe..risau pulak.

      Delete
  7. i am loving this story and i love alin's selambaness

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amz cakap "laters", oh so christian grey

      Delete
    2. i'm in the path of becoming an avid reader of 50! aiyark!

      Delete
    3. good luck, i stopped after book 2, got tired of too much scenes and not much story...cerita random guy u lebih menarik, seriously

      Delete
    4. awww..thanks nana. terharu

      Delete
  8. hahaha!!!amzar amzar... kunyah roti tu kunyah!!! haha... tgk ape jd sok..'layan macam biasa' sangaatt......heheh

    ReplyDelete
  9. hoho.comelnya.suka2

    ReplyDelete
  10. Ayooo...mnarik sgt,hti smkin jdi tk sbr

    ReplyDelete
  11. RadziahMohdHashim15 March, 2013 03:56

    jalan cerita yang sangat mengujakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih radziah. ini cuma cerita ringan untuk hiburan... :)

      Delete
  12. Haha. .Terbaikkk. . Bunge2 cinta dah mula nk gugur tuu. . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh-eh kalau gugur dah tak cinta dah la kan?? hehe

      Delete
    2. heheh... bunga sedang berkembang

      Delete
  13. Dont deny your cemburu feelings..ada makna tu mr sexy goatee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia rasa dia bertanggugjawab je...kata dia.. :P

      Delete
  14. Si sexy goatee tu dah mula jeolous...hahaha...

    ReplyDelete
  15. Hai laaa bos .... risau kan cik kerani ye...... dlm hati ada taman hahaha

    ReplyDelete
  16. oh my gosh!!! rama2 dah berterbangan...

    ReplyDelete
  17. Hahahaha.... Besttt sangat... Amz dah over caring ni,ade apa2 kerr???? Hehehehehe.....

    Mulut kata lain,hati seru lain...hehehe..

    Good job sis Farah,xsabar nk baca next entry... >___<

    ReplyDelete
  18. Farahhhhhh! *terus pitam 45 saat*.

    Okey dah bangun. Hahahahaha.

    ReplyDelete
  19. amboi macam laki marah bini je amzar ni...

    ReplyDelete
  20. Haha suke cik bos dah mula nak risau

    ReplyDelete
  21. yes!!yes!!en amzar da tersangkut dekat cik kerani..weee

    ReplyDelete
    Replies
    1. CaPiTal Iz, penyangkut dia belum cukup kuat

      Delete
  22. oh,mr sexy goatee dh mula ada feeling2 kah??

    ReplyDelete
  23. haisssh..Amz ni mmg luar alam sungguh la..
    but i like dua2..kombinasi yg gilerrr..hehe
    TQvm..cik FH..

    ReplyDelete
  24. adoi la cepatla diorang ni verchenta....hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha...verchenta? tunggu 5-6 chaps lagi kot

      Delete
  25. Haaaa.... baca sambil lalu.. simpan utk telek buku nanti :P. good job beb!

    ReplyDelete
  26. Dah agak dah! si amz ni bwak alin gi tganu bukan nak pegi jenjalan. nak mendera! Haihla amzar bakpo mu gi potong alin nak cakap? kan dah salah faham..? Ni satu lagi, Alin beli roti bnyak2 bukan nak suruh hang perabih semua sekaliguih malam tu jugak. Jaga six packs tu, karang hilang nangis la ko amz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah...mamat ni kaki gym. takkan hilang punya

      Delete
  27. alahai. Amz and Alin cute sangat. suka2. :)

    ReplyDelete
  28. farah pls... bab 9, dah x sabar nak tunggu ni... :)

    ReplyDelete
  29. suka sgt..cpt la bg amz n alin jatuh chenta..bab 9 plisss...

    ReplyDelete
  30. Good work Farah. Keep it up..im.waiting. ('',)

    ReplyDelete
  31. a bit like HA. just my two cents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm assuming we're thinking about the same HA here. If it is, I'll take your comment as a compliment. She is a great writer. :)

      Delete
  32. i'm a new reader here.. my..my..my.. cerita nie best bangat..!! suke..suke..suke..
    later lady.. soo christian grey and boleh plak sy terpikirkan mr. sexy goatee tue mcm mr. grey. hahaha. cant wait for your next chappy :) ~Lisa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa, fan CG and 50's eh? heheh... thanks for reading.

      Delete
  33. FH.. yup suka giler kat CG and 50's.. *hides* (blame my friend coz perkenalkan novel tu pd sy.. hahaha) perfect sungguh karekter CG dlm tue. adakah mr. sexy goatee seperfect CG?? hehehehe

    ReplyDelete
  34. pergh..jahatnya si mamat sexy tu ek..saja dia bawak minah tu untuk diuji tahap kata kata minah tu yg mengclaim yg selama dia berkerja di Salam dia yg membuat kerja kerja tu..nasib baik dia boleh buat..semua tu at her finger tips sahaja kan..adakah dia sudah melepasi piwaian mamat sengal tu.. dan kenapa pula mamat tu boleh amok sakan bila minah tu hilang dari pandangan mata dia..dan tanpa usul periksa dia telah menyembur gadis itu tanpa meminta penjelasan ..sepatutnya panggil lah keyrol dan tanya..tidak kah dia tahu yg minah ni bosan bila tinggal keseorangan dibilik dan kebetulan keyrol ada untuk membawanya bersiar siar di tempat itu dan mengenalkannya dengan familinya..adakah mamat tu akan menanya keyrol ..apa dia buat bersama minah tu..terujanya nak tahu..

    ReplyDelete
  35. Terbaik citer Farah.... Kudos to u... Da tak sabra ni tunggu next n3.

    ReplyDelete
  36. encik amzar meh nk ckp sikit... awak dah jatuh cinta ngan alina..hihi

    ReplyDelete
  37. O oooo... Bunga bunga cinta dah berputik.... Jaga2 cik salmah....

    ReplyDelete
  38. miahahahhahahahaa... caring ngalahkan bini ilang plakk.. adehh
    siannyer alin!!

    ReplyDelete