Alin berlari keluar pejabat macam orang tak cukup tanah. Cis…cis…cis!
Hati tak habis-habis menyumpah. Kaki bergerak pantas ke arah lif. Tempat
dituju, bumbung Menara Premier yang tingginya 30 tingkat itu. Itulah tempat dia
‘berfikir’ kalau dia ada masalah. Sampai di atas, dia terus dail nombor Wawa.
Dalam kelam kabut nak melarikan diri dari jejaka suara seksi tadi, sempat juga
dia capai handphone dari atas meja.
“Wawa…”
“Alin? Kenapa ni?” Nada suara Wawa kedengaran risau.
“Matilah aku, Wa. Matilah aku!”
“Ya Allah, cakap itu doa, Alina Suffiya! Mati betul-betul, nak?” Marah
Wawa. Alin cepat-cepat istighfar. Sedar diri terkhilaf tadi.
“Cuba bawak bertenang. Cerita dengan aku elok-elok. Kau jangan buat aku
risau, Alin. Mahu terberanak juga aku nanti ni!” Pujuk Wawa.
Alin tarik nafas dalam. Cuba menenangkan diri. Tapi tak sampai lima saat
ketenangan itu dirasakan, wajah si dia tadi muncul dalam kepala. Mulalah dia
jadi kelam kabut semula.
“Apa aku nak buat ni, Wawa?”
“Kenapanya?”
“Dia, Wa! Dia!”
“Dia mana pulak ni?” Kat hujung talian Wawa dah mula tak senang duduk.
Risau betul dengan keadaan kawan dia yang seorang itu.
“Dia…Mr Random Guy… He’s here, at my office.”
“Hah? Come again?”
“Dia, Wawa. Mr. Random. Guy.” Sebiji-sebiji dia sebut nak bagai
Wawa faham.
“Oh Tuhan!” Wawa dah mengucap panjang. “Apa dia buat kat situ?”
“Dia bos baru aku.” Lemah Alin menjawab.
“Oh, crap!”
Alin pejam mata. Cuba nak anggap ini semua mimpi. Tapi bila dia buka
semula, keadaannya sama macam tadi. Teringat kata Wawa sekejap tadi. Cakap itu
doa. Dan kejadian dua malam lalu terbayang semula dalam ingatan…
***
Dua
malam sebelumnya…
Telinga dia rasa berbahang tiba-tiba. Tak tunggu lama, dia terus heret
Wawa, kawan baik dia keluar dari Restoren Chitralada Palace ke tandas
berhampiran. Dalam kalut dia menarik Wawa, dia terlanggar seseorang di depan
pintu masuk. Sengal jugalah bahu dibuatnya.
“Sorry,” dia segera minta maaf sebab sedar salah sendiri.
Orang yang dilanggar tak pandang muka dia tapi sempat menyindir, “Mata
letak kat lutut, ke?” Ek eleh, kerek pulak mamat ni. Aku dah minta maaf, kan?
Tak sempat Alin nak jawab, mamat kerek kemeja biru dah berjalan masuk ke dalam
restoren. Memandangkan ada benda lebih penting yang dia perlu buat, dia biarkan
saja hal itu berlalu.
Sebaik sahaja sampai di tandas, dia terus soal Wawa.
“Kau kata dia tak ada?” Besar
Alin jegil mata pada Wawa.
“Err…aku tersalah info?” Wawa gigit hujung lidah.
“Banyaklah kau punya tersalah info. Bukan kau salah seorang committee
member ke? Sampai hati kau tipu aku!” Tempelak Alin kuat. Gunung berapi dah nak
meletup!
“Alah…kalau aku terus-terang mesti kau tak nak datang punya. Setiap
tahun macam itu. Ada sahaja alasan kau nak bagi. Aku pun tak larat nak tipu
diaorang. Tahun lepas, kau outstation, kononnyalah. Tahun ni apa pulak? Kucing
kau nak beranak?”
“Snowball tu kucing jantanlah. Mana boleh beranak!”
“Which never cease to makes me wonder? Kenapalah kau namakan kucing jantan Snowball? Kesian
kat dia…”
Mata Alin jadi bersinar-sinar. Kalau bercakap pasal kucing kesayangan,
memang inilah rupa dia. “Sebab bulu dia fluffy dan putih macam snow.
Cute gila! Rasa nak picit-picit je kalau dia buat muka comel dia tu dan kau
tengah nak alihkan topik! Kenapa kau tipu aku?”
Wawa hanya mampu sengih tayang gigi. Dah memang betul dia tipu, nak
diapakan. Alin mendengus geram. Kalau tak sebab Wawa beriya cakap yang
perempuan itu tak ada dalam majlis reunion ini, memang dia tak akan buang masa
datang. Sudah hampir 15 tahun dia tinggalkan alam persekolahan, tak pernah
sekali pun dia libatkan diri dengan majlis reunion yang ex-classmates dia
anjurkan. Ada 2 sebab utama kenapa dia tak minat dengan semua ini.
Pertama, dia malas nak tadah telinga dengar semua orang boasting and
gloating tentang kehidupan masing-masing. Semuanya yang indah-indah belaka.
Pakai kereta besarlah. Dah beli rumah besarlah. Suami kerja hebatlah. Yang
buruk-buruk macam hutang bertimpa-timpa di bank sebab nak hidup mewah itu tak
nak pula diceritakan. Sebab kedua,
kerana sebaris nama – Zufazlin Irwayu binti Dato Ahmad. Musuh dia sejak dulu.
Bukan dia yang declare hubungan itu pun. Tapi Zufa sendiri yang canang
pada semua orang, mereka bermusuh. Entah kenapa, sejak belajar sekelas dengan
anak taukeh franchise petrol pump itu, asyik nak bertegang urat sahaja
kerjanya. Dan yang selalu cari fasal, tentulah Zufa. Ada wayar putus dalam
kepala agaknya.
“Rilekslah, beb. Teruk macam mana pun, dia tetap kawan kita.”
“Huh! Kawan? Sejak bila pula dia anggap aku kawan? Tak ingat dulu di sekolah
dengan bangganya dia announce aku dengan dia musuh?”
“Sheesh…benda zaman budak-budak pun ingat lagi ke?”
“We were 17, Wawa. In some country, that’s a legal age
to get marry ok.
Budak-budak apanya?”
“Alaaa…lupakan ajelah. Be a grown up, here. Please?” Wawa pujuk
dia.
“Masalahnya dia awal-awal lagi dah mula nak cari pasal. Tak nampak tadi
belum apa-apa dia dah sindir-sindir aku? Seorang je?” Alin ajuk suara Zufa.
“You know what your problem is? Kau ni terlalu judgmental. Semua benda kau
rasa tak betul. Semua orang kau rasa ada secret agenda. Entahkan dia genuinely
tanya soalan tu sebab tengok kau duduk sorang je kat meja tu tadi. Beb, it’s
been 15 years. People change ok. Give her a chance, will you?”
“A leopard never changes its spot, Wawa! Dan dia tu mak kepada segala leopard!”
Wawa dah geleng kepala. Susah betul nak cuba nasihat orang yang negatif
ni!
“Macam inilah. Kita keluar dulu dari tandas ni. Aku pun dah mula
pening-pening lalat bau tandas ni. Not good for my baby, ok. Kalau dia
buat hal, kita balik?” Wawa cuba pujuk dia lagi. “Anggap je you’re doing
your god son a favor, please?” Wawa gosok perut dia yang memboyot.
Alin mengeluh. Kalau dah masuk part bakal anak angkat dia ini,
memang dia lemah. Dia letak tangan atas perut Wawa. Tiba-tiba terasa ada
pergerakkan dari perut Wawa. Amboi, baby pun menyokong ya? Fine, for you
baby boy, mummy will endure it. Tapi kenapalah hati rasa tak tenteram saja
ni?
***
Lima belas minit selepas itu, Alin mula rasa menyesal. Aku patut ikut gut
feelings aku tadi. Menyesal kemudian tak guna Alin! Dia cuba nak sabar tapi
melihat perangai gedik Zufa yang dah macam ular kena palu itu, tahap kesabaran
dia makin menipis. Kalau Zufa tak libatkan dia, tak apalah. Dia boleh tahan
lagi. Ini tidak. Setiap ayat mesti nak masukkan nama dia. Nampak sangat Zufa
sengaja nak bikin dia panas. Cik Zufa, sarang lebah jangan dijolok. Karang tak
pasal-pasal kena sengat dengan aku!
“So,
Alin. You kerja dekat mana sekarang?” Zufa mulakan sesi interrogation
dia.
Alin dah juling mata ke atas. Berapa kali dia nak ulang benda ni?
Rasanya tadi, Affan, bekas ketua tingkatan dia dulu dah tanya dan dia dah jawab
pun.
“Kan dia dah bagitahu tadi, dekat Menara Premier.” Affan tolong jawab
bagi pihak dia. Alin pandang Affan, Affan kenyit mata dekat dia. Faham sangat
dengan kekeruhan hubungan dia dengan Zufa. Thank you, Affan, Alin ucap
dalam hati.
“Duhhh...I tahulah di Menara Premier. Tapi bukan satu office aje dekat
sana. Banyakkan? So, which one do you work for?”
Alin jeling Wawa yang tengah sengih kerang. Ini semua kau punya pasal!
“Aku kerja bahagian admin di Salam Consultant Sdn. Bhd. Firma perunding
M&E.” Alin beri jawapan penuh. Ambil kau!
“Salam Consultant? Hmmm…Tak pernah pula dengar. Darling, you
pernah dengar? You kan involve dalam dunia construction ni…” Zufa
bertanya pada lelaki di sebelah dia. Katanya tadi bakal tunang. Well, for
having leopard as your soon-to-be-fiancé, you have my deepest condolence, sir. Kesian,
muka handsome tahap model tapi dapat pasangan macam orang tak cukup akal.
“Actually…”
Tapi belum sempat ‘Darling’ nak jawab, si leopard dah potong… “Kejap!
Admin? You?” Zufa pandang dia tak percaya.
“Ya, kenapa?” Kening Alin terangkat sebelah. Bunga-bunga nak kena kutuk
dengan Zufa dah mula kedengaran.
“Tak ada apalah. I just thought, you know… You ni kan budak
pandai kat sekolah dulu. Ingatkan dah besar nanti jadi lawyer, akauntan atau
engineer ke. Tak sangka pula you end-up buat kerja-kerja admin…” Zufa
ketawa menyindir.
Menyirap darah dibuatnya. Aku buat kerja admin ke, kerja tak admin ke,
ada kacau kau ke? Janji kerja halal, apa aku nak kisah? Ringan sahaja mulut nak
membalas tapi mujur jugalah budak pelayan hantar main dish mereka waktu
ini. Selamat kau, Zufa.
“Err…sila makan dulu. Nanti kita borak-borak lagi…” Jazlee, kepala committee
majlis reunion ini merangkap suami Wawa pelawa mereka makan. Perut
masing-masing tengah lapar. Kalau diteruskan juga perbualan hangat macam gini,
mahu ada yang makan orang sekejap lagi.
Alin capai semua lauk atas meja. Kerapu tiga rasa, tom yam, ayam goreng
pandan, kerabu mangga dan kangkung goreng belacan, semuanya dihimpunkan dalam
pinggan. Geram punya pasal, perut menjadi sangat lapar dibuatnya.
Baru saja nak suap nasi ke dalam mulut, si leopard bersuara lagi. “So
you ni, still single lah ye?”
Oh Tuhan! This is a very touchy subject, Cik Leopard. Kau memang
nak cari pasal! Di hujung meja, Wawa dah tak senang duduk. Lengan suami disiku
tapi Jazlee yang asyik menghirup tom yam buat tak tahu sahaja.
Alin tarik nafas dalam-dalam sambil tangan mencocok-cocok isi ikan
kerapu dalam pinggan yang dah nampak macam muka Zufa. Kill…kill…die…die!
“Itulah you. Masa sekolah dulu jual mahal sangat. Fan, bukan dulu you
suka kat Alin ke? Kalau you terima dia dulu, Alin, agaknya dah beranak pinak
you sekarang…” Zufa ketawa besar.
Alin pandang muka Affan yang macam ayam berak kapur dah rupanya. Mana
tidaknya, si isteri kat sebelah dah berubah air muka. Muka kawan-kawan lelaki
yang lain pun dah lain macam riaknya. Haruslah mereka risau, takut nama mereka
pula dipetik Zufa. Maklumlah, masing-masing dulu pernah cuba nak bercinta
monyet dengan Alin tapi Alin saja yang malas nak layan. Cinta macam monyet,
siapa yang nak? Nampak gaya, dia kena selamatkan keadaan sebelum ada di antara kawan-kawan
dia yang kena tidur di luar malam ini.
“Memang I single…” Zufa dah senyum lebar. Puas hatilah agaknya
sebab dia lebih dari Alin kali ini. “….tapi tak available…” sambung Alin
bersahaja.
Di hujung meja, Mata Wawa dah membulat pandang Alin. Dan Zufa pula dah
berubah air mukanya. You asked for it, missy!
“Mak...mak…maksud you?” Dah tergagap-gagap Zufa bertanya.
Alin sembunyi senyum. Puas hati dapat buat Zufa tak tentu arah. “I dah
bertunang…” Terdengar bunyi air tersembur keluar mulut di hujung meja. Alin
pandang Wawa yang tengah mengurut dada. Dahi dah berkerut-kerut dan di muka
nampak soalan ‘apa yang kau buat ni, Alin?’ Alin cuma angkat bahu buat tak
tahu. Tak pasal-pasal buat dosa kering aku hari ini. Semuanya si leopard punya
pasal.
“Bertunang?”
“Yup!”
“Bila?”
“Dah enam bulan…”
“Hah?”
“Sorry tak jemput korang semua. Majlis kecil-kecil je…” Serentak itu satu SMS
masuk ke dalam telefon Alin.
WTH? Jgn buat hal. U r better than her. X stoop to her
level!
Alin abaikan amaran dari Wawa itu. Alang-alang dah mula, teruskan sahaja
sampai habis. Entah dari mana dia ada terbaca, alang-alang dah buat jahat itu,
buat betul-betul. Jangan hendak buat separuh-separuh. Dosanya sama juga. Lagipun
dia tak bercadang pun jumpa lagi dengan mereka semua.
“You tunang dengan siapa?” Akhirnya soalan cepu emas itu keluar juga. Ok,
Alin it’s time to be a great story teller.
“Dengan anak bos, I.”
Tak semena-mena kali ini ‘Darling’ pulak yang tersembur air minumannya.
Apa hal pulak mamat ni? Wire short macam bakal tunang juga ke?
“What?” Mulut Zufa dah ternganga. Alin terpaksa gigit bibir dari ketawa.
Seronok sungguh tengok muka Zufa yang dah merah padam. Geram kot sebab
perempuan kerja admin macam dia boleh dapat big fish. Hurm…Darling dia
kerja apa agaknya, ya?
“Err…apasal you tak bawa dia sekali?” Soal Zufa selepas dia kembali
bertenang.
“Dia outstation.” Jawapan paling selamat.
“Really?” Dah lain macam bunyi ‘really’ Zufa.
“Ya. Kami baru dapat projek dengan Kemaman Port. So, dia ada kat sana to
close the deal.” Ok, bab ini dia bukan menipu. Memang pun syarikat baru
dapat projek kecil dekat Kemaman. Cumanya yang pergi uruskan Senior Engineer
dia merangkap bos dia juga, Haji Salam.
Tiba-tiba Alin rasa tak senang duduk sebab ‘Darling’ pula dah pandang
dia tajam. Bibir ‘Darling’ tersungging sedikit. Dia nampak terhibur pula dengan
perbualan Alin dan Zufa. O-key…kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Alin alih
pandangan ke tempat lain.
“Ehem!” Wawa berdeham. “Alin, temankan aku ke tandas kejap.”
Tanpa banyak soal, Alin bangun mengikut Wawa. Belum sempat sampai
tandas, Wawa dah soal dia macam-macam.
“What the hell was that? Kau hilang akal ke? Tunang? Boyfriend pun tak ada,
macam mana kau boleh bertunang?”
“Habis tu kau nak suruh aku diam je bila dia dok perli-perli aku macam
itu? Lepas tu dok sibuk-sibuk buat kisah zaman sekolah dulu bagai. Kau tak
nampak muka kawan-kawan yang lain. Dah ketat semacam aku tengok. Aku tak nak
jadi punca dia orang bergaduh suami isteri pulak, ok!”
“Dia orang tak akan nak bergaduh
sebab benda kecil macam itulah!” Wawa urut dahi. Gelagat mereka mula mencuri
tumpuan orang ramai yang lalu lalang di kaki lima Great Eastern Mall itu.
“Mana kau tahu? Jujur dengan aku, kalau tadi Zufa petik nama Jazlee dan
kes dia hendak mengurat aku masa kita form 5 dulu, kau tak akan terasa hati?”
Soal Alin tegas.
Wawa buka mulut, katup mulut. Tak tahu nak jawab lagaknya.
“Tapi janganlah ekstrem sangat sampai mengaku diri tu dah bertunang.
Nanti sampai masa diaorang tanya bila nak kahwin, kau nak jawab apa? Nak aci
pakai tarik je mana-mana random guy jadi bakal suami?”
Alin angkat bahu. “Aku bukan akan jumpa diaorang lagi. Sampai masa,
cakap ajelah kami dah putus tunang.”
“Eee…Senang je kau cakapkan?”
Alin gelak perlahan. “Apa yang susah? Buka mulut, cakaplah.”
Wawa mengeluh perlahan. Letih betul dibuatnya emosi dengan kawan dia
seorang ni! “Suka hati kaulah. Aku cuma harap benda ni tak berpanjangan. Its
starts here and its end here. Faham?”
“Yalah, cik puan. Dah jomlah masuk. Aku lapar ni.”
Mereka masuk semula ke dalam restoren. Sebaik sahaja sampai di meja,
mereka terdengar suara rakan-rakan perempuan mereka bercerita. Punyalah seronok
sampai tak perasan, subjek yang sedang menjadi isi cerita sudah kembali ke
meja.
“Aku rasa dia tipulah.”
“Kan? Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba bertunang? Kalau nak
menipu pun agak-agaklah.” Berdesing telingan Alin dengar.
“Isyhh…takkanlah Alin nak tipu. Dia bukan jenis yang macam itulah.”
Mimah cuba back-up dia.
“Mana kau tahu? Manusia ni berubah, Mimah. Dulu baik belum tentu lagi
sekarang baik. Lagipun, aku dengar, sejak arwah abah dia meninggal, Alin dah
berubah, tau!”
“Mana kau tahu?”
Dila juling mata. “Mak aku kawan dengan mak tiri Alin. Ya tak ya juga.
Kalau betul Alin dah bertunang, mesti mak aku tahu!” Yang lain terdiam. Masuk
akal juga kata-kata Dila itu.
Zufa pun ambil peluang itu nak masuk jarum. “Itulah I cakap dengan you
all. Dia menipu. Dia tu tak nak kalah dengan I. Dia tengok I dah ada
Zafril, dia pun sibuk nak ada tunang.”
Alin mendengus geram. Sedap mulut mengumpat dia. Tapi apa hak kau nak
marah, Alin? Memang kau tengah membohong tadi kan? But still…it hurts.
“Kesian dia kan? Sampai macam itu sekali dia kena buat semata-mata nak
jaga air muka…”
“Nak kesian buat apa? Itulah, dulu masa sekolah berlagak sangat. Orang
nak, jual mahal. Perasan diri dia tu baik sangat. Tak nak bercinta masa sekolah
konon. Huh! Sampai ke sudah tak laku. Padan muka!” Dila mencebik.
Kali ini bukan berdesing lagi telinga Alin. Dah sampai tahap keluar asap
dah ini. Tangan menggigil menahan geram. Wawa di sebelah dah terkedu. Mula
timbul rasa menyesal paksa Alin datang ke majlis ini.
“Kiranya, dia tu dah tahap andartulah ye?” Pecah ketawa mereka. Mereka
yang dah perasan kemunculan dia mula tunduk terkedu. Ada yang berani, cuba bagi
isyarat supaya yang sedang ralit mengata dia supaya diam. Tapi kalau dah jenis
hati kelam tu, memang tak reti bahasa.
“Sabar, Alin…” Wawa cuba tenangkan dia. Tapi tahap kesabaran dia memang
dah sampai had.
“They’re too much!” Balas Alin dari celah gigi.
“Kesian, kan? Muka lawa tapi tak laku!” Zufa tambah perisa lagi. Makin
galak mereka ketawa.
Darah Alin dah membuak-buak. Mereka memang dah melampau! Masing-masing
memang hendak kena ajar. Think Alin, think. Tunjuk sikit kat mereka yang
kau tak seteruk yang mereka katakan. Tiba-tiba hujung matanya ternampak
sesuatu. Atau lebih tepat lagi seseorang yang berada berhampiran dia. Mamat
kerek baju biru! Timbul satu idea gila dalam kepala. Desperate time call for
desperate measure. Dan sekarang dia betul-betul desperate.
“Ehem!” Dia berdeham kuat sebagai isyarat dia ada bersama mereka.
Ketawa terhenti. Muka dah pucat lesi. “Err…bila kau masuk?” Tanya Dila
takut-takut.
Alin senyum segaris. “Sorry, lambat. I pergi jemput tunang I kat
bawah tadi.”
Wawa terkejut sampai terbatuk. Kawan-kawan yang lain sudah
terpinga-pinga. Alin tarik nafas dalam-dalam sambil melangkah ke sebelah kanan.
“Kenalkan…” Dia sauk lengan mamat kerek baju biru
yang dia langgar tadi. “…my fiancé, Kay.” Shortform for Kerek,
sambung dia dalam hati.
Wawa hampir terjatuh tapi sempat disambut Jazlee.
Kawan-kawan di meja dah jatuh rahang.
Zufa dah melopong.
‘Darling’ Zafril pula terus berdiri dan pandang dia dan
Kay-bukan-nama-sebenar silih berganti.
Di belakang dia terdengar suara nyaring seorang perempuan menjerit-jerit
marahkan seseorang. Dan di saat itulah, bak kata pepatah orang putih, all
hell breaks loose…
Tidak semena-mena, muka dia kena simbah dengan fresh orange dan mamat
kerek dapat tamparan wanita dari perempuan yang menjerit-jerit di belakang dia
tadi.
“So, perempuan nilah punca you nak break-off dengan I? Tak ada
persefahaman konon. You memang kejam!” Perempuan itu terus berlari keluar
sambil menangis.
Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Dan kalau dia fikir itu bahagian
yang paling teruk, dia silap besar sebab sebaik sahaja Darling Zafril buka
mulut, Alin rasa macam nak tumbang masa itu juga.
“Amzar? Sejak bila pula kau bertunang dan along tak tahu?”
***
“Apa aku nak buat ni, Wawa?” Kalaulah dia boleh putarkan masa, memang
dia akan buat. Sumpah, mati hidup balik pun dia tak akan ambil tindakan gila macam
itu. Dia lebih rela jatuh air muka depan Zufa. Apabila fikir semula memang
terasa bodoh sangat. Just because of my pride, I did something stupid. And
where did that get you, Alin? Menambahkan masalah lagi adalah. Air muka dia
bukan setakat jatuh malah dah kering betul. Penipuannya dia akhirnya terbongkar
juga. Rupa-rupanya mamat kerek itu namanya Amzar, adik Zafril, teman lelaki
Zufa. Patutlah si Darling itu lain macam sungguh kelakunya apabila Alin cipta
hikayat. Dan Zufa, sah-sahlah kenal si Amzar. Naik kebas muka dia menahan malu
bila kawan-kawan dia asyik senyum menyindir. Dan lelaki itu. Ya Allah, masih
segar lagi dalam ingatan dia wajah merah padam Amzar menahan rasa. Tangan dia
sewaktu itu masih lagi memagut lengan Amzar dan dia boleh rasa betapa tegangnya
Amzar saat itu. Agaknya kalau tak disebabkan mereka di tempat awam, dah lama
dia kena tutuh dengan lelaki bernama Amzar itu.
Wawa mengeluh kuat. “Aku nak cakap, I told you so pun tak guna.
Nak marah pun benda dah jadi. Aku harap ini kali pertama dan terakhir kau buat
perangai macam ini. Alin yang aku kenal bukan macam Alin malam kelmarin.”
You and me both, beb. Dia sendiri tak tahu apa yang merasuk dia malam itu.
“Sekarang ni aku nampak kau cuma ada 3 pilihan.”
“Pilihan apa?” tanya dia lemah.
“Pertama, confront dia dan minta maaf.”
Hah? Bunyi senang tapi dia yang nak mengadap ni rasa macam nak tercabut
nyawa. Lelaki itu garang, ok! Ini dah jadi bos, lagilah payah dibuatnya. Tidak,
cadangan pertama tidak boleh diterima sama sekali.
“Pilihan kedua?” Harap-harap cadangan yang ini lebih bernas.
“Quit your job?”
Alin tepuk dahi. “Lepas tu aku nak buat apa? Tanam jagung belakang
rumah? Come on, Waa. I’m 32. Ada SPM
je pulak tu. Majikan mana yang nak ambil bekerja?”
“Betul juga. Itulah kau, dulu lagi aku suruh habiskan belajar tak nak.
Sekarang siapa susah?” Wawa dah masuk mode membebel.
“Wa, tolonglah. Aku dah cukup serabut ni. Tak payah nak sebut lagi
tentang hal itu, boleh tak?” Suara Alin dah bertukar dingin.
Di sebelah sana, Wawa dah memukul mulut sendiri.
Sedar dia dah mengusik hati kawan baik sendiri. “Well, then you only have
one more choice. You can avoid him like the plague!”
Otak Alin cuba mencerna cadangan Wawa. Now
that, I can do. Walaupun
dia bos, tapi jawatan yang aku sandang tak memerlukan aku berurusan direct
dengan dia. Ya. Aku akan jauhkan diri dari dia. Harus jauhkan diri. Wajib!
oh megi oh megi. sangat best. nak lagi. hahahaha
ReplyDeleteNak megi apa? Ha ha ha
DeleteNgaa, suka sangat, first because panjang and puas baca, second, very very full of mystery =D
ReplyDeleteNgaaa... Idea tgh overflow, itu yg panjang. Kalau tidak, 5 muka pun payah nak capai.
DeleteOkeh.. Nebes plak bace cite ni.. Hehhe
ReplyDeleteNebes sy nak sambung... Hi hi hi
Deletebest. bset. best. alin lain kali nak sauk tngn org tu usha-usha la dulu..
ReplyDeleteHeh...kan? Buatnya tersauk bangla acaner?
Deleteowh3 lala masak asam pedas....kesian Alin weyhhhh....ape la nasib malangnye sat agi 2...konfirm pasti la pasni dia kene gulai idup2 ngan Amzar hadoyy la...bertabah saja la Alin oiii nak wat cam ne kerete dah x jumpa gear reverse....teruskan je la kan....
ReplyDeleteHohoho...amzar hati kering. Dia tak main gulai. Dia bako je terus.
Deletemalang nye Alin.. kikikikiii
ReplyDeleteKikikiki...sendiri menempa malang.
DeleteKalau makan nasi memang kenyang, panjang bab dua menyeronokkan untuk di baca.puas hati sebab ceritanya best.tetap mantap dan mengujakan dengan mistri tersendiri.Yhumb up Nina...
ReplyDeleteThanks again bonda.
Deleteai loike!! :)
ReplyDeleteTq :)
Deletehoho... best sgt2..
ReplyDeletesuka...best...tertarikkk..menarikkk..nak lagiiiii dan lagiii
ReplyDeleteHeheh...insya-allah, esok ye.
Deletekak farah....!!!!!
ReplyDeletesuper best!!!!
nak lagi... ngeee =p
Heheh...esok ye.
Deletebaca bab 1 jer dah gelak2..
ReplyDeletemsk bab 2 ni bertambah menarik
tp kesian la kat alin tu..nak selesai masalah tambah berselirat plak..huhu
mmg best!
Hehehe... Tgh desperate, semuanya tak fikir panjang.
Deleteaduh..memang sengsara la ko alin...
ReplyDeleteheheh... sendiri cara masalah, kenalah tanggung, ye tak?
Deletehahaha!!! kelakar gile!!abes kantoi..apelah c alin ni..buat bnde xnk fikir..kan da susah..hah hambek!!mr random guy dah jadi boss die!!acaner tuu...hahaha
ReplyDeletePitam!!!s lima saat. Kesiannya Alin.. same age lah dgn zz.. andartu ek? adeh... next pelase!
ReplyDeletesama zz ekk...hihihi...tp zz dh ada tuan insiyur...:)
DeleteAdesssss....mak suker noks
ReplyDeleteAlin.....hang ker bertabah ok...
heheh..terima kasih.
Deleteeerkkk.. kesian alin...
ReplyDeleteheheh... kesianlah juga
DeleteOooooooo begitu kesahnya. ... kesiannya Alin, tak patut betul ada kawan2x macam tu.... bengong punya boyfriend yg dok dengar saja tu pasai apa nasihat la sikit ....
ReplyDeleteboyfriend blur!
Deletehihi siannya die... tpi kwn2 alin tu pun xptot la ckp cmtu..
ReplyDeleteOwh mcm tu rupenye kisah amzar tbe2 jd tunang alin...
ReplyDeleteoh tidakk baru baca bab tu dah rasa nk beli satu novel...bila nk jd novel ni huhuhuhuhu
ReplyDeleteBest sangatt..seronok baca
ReplyDelete