Followers

Thursday, March 7, 2013

Bab 3 : Dia...Random Guy


“Alina m.c, tuan.” Berita yang disampaikan setiausaha, Haji Salam, Puan Jehan disambut dengan senyuman sinis. Avoiding are we? Sudah dua hari dia minta Jehan dapatkan Alina untuk datang mengadap dia, tapi dua hari dia dapat jawapan yang sama. Dia sikit pun tak percaya ‘cik tunang’ dia itu sakit. Well, at least no psychically. Mentally? Dia tak berani nak jamin sebab kemungkinan itu ada kalau kejadian malam kelmarin diambil kira. Orang waras tak akan ambil tindakan gila macam itu.
Sebaik sahaja Jehan keluar, Zariel Amzar alihkan tumpuan kepada Fahmi, pembantu peribadi merangkap kawan baik sendiri yang duduk di hadapannya.
“Shoot.” Fail di atas meja diambil lalu diteliti.
 “So, her name is Alina Suffiya Hakim. Tapi kawan-kawan panggil Alin. Berumur 32 tahun. Bujang. Anak tunggal dan yatim piatu tapi sekarang tinggal dengan mak tiri dan seorang adik tiri…”
“Let me guess, another Cinderella story?” Soal Amzar penuh sinikal. Gambar berukuran passport di dalam borang maklumat peribadi cik tunang dipandang lama. Patutlah perangai tak serupa orang. Mesti hidup selalu kena dera dan kurang mendapat kasih sayang, encik jurutera cum MD buat analisis sendiri.
“Err…on the contrary. Hidup bahagia saja nampaknya. Ini bukan species mak tiri Cinderellalah, Amz. Anyway, arwah ayah dia kahwin dengan the stepmom when she’s 15. Stepmom  janda anak satu.”
Kening Amzar terangkat sebelah. “Dan dia terima sahaja, macam itu?” Luar biasa. Selalunya bukan senang hendak terima ayah sendiri berkahwin lain.
Fahmi angkat bahu. “Apparently, she’s used to it.”
“Hah?” Ini memang luar biasa.
“This is her 5th stepmom.” Ternaik dua belah kening Amzar. This is interesting. Hebat juga arwah ayah ‘tunang’ dia ini. Enam kali kahwin!
“Cerita yang terperinci aku tak dapat lagi sebab masa yang kau bagi suntuk sangat. Yang aku tahu, Puan Haniza, the stepmom ada seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertama. Selepas suami dia meninggal, dia jumpa dengan Encik Hakim, they fall in love, decided to  get married and they live happily for almost eight years. Lepas tu Encik Hakim jatuh sakit dan meninggal dunia.” Amzar mengangguk faham. Kemudian mata dia mengecil membaca sesuatu di dalam borang.
“SPM saja? Keputusan bagus, kenapa tak sambung belajar?”
Fahmi angguk. “Sebenarnya University drop-out.”
Amzar menggeleng. Now, why am I not suprprised? Inilah dia anak Melayu. Dapat peluang belajar di menara gading disia-siakan macam itu sahaja. Lepas itu berani lagi hendak demand free education? Sekali lagi encik jurutera buat analisis. Fail di tangan dicampak ke atas meja. Taraf pendidikan macam ini, ada hati hendak jadi tunang aku? In your dreams, lady.
“Anything else?”
Fahmi angkat tangan. “Macam yang tertulis dalam file tu. Lepas drop-out, dia cari kerja. Rezeki dia, dia dapat jadi kerani di sini. And the rest is history.”
“Jadi dia tu boleh di anggap senior lah di Salam?”
Fahmi angguk. “Now it’s your turn.”
“What?”
“Kenapa yang kau beriya sangat nak tahu pasal Alina ni?” Soal Fahmi.  Sejak dia diarahkan untuk cari maklumat tentang Alina semalam, soalan inilah yang asyik difikirkan. Agak menghairankan apabila seorang Zariel Amzar mencari seorang perempuan sebab Zariel Amzar yang dia kenal tak cari perempuan tetapi dicari perempuan.
“Apparently, she’s my fiancée.”
Terkejut besar Fahmi dengar jawapan Amzar. “Bila masa kau bertunang?” Dia kawan baik Amzar, takkanlah dia tak tahu Amzar sudah bertunang? Yang paling penting, sejak bila pula Amzar ini menjalin hubungan dengan perempuan nama Alina tu? Setahu dia, satu-satunya perempuan yang mengaku diri itu kekasih Amzar adalah Surihani. Itu pun Amzar beritahu dah putus. Takkanlah Dato dan Datin ada buat arrangement senyap-senyap?
“Bro, jangan cakap dengan aku kau kena kahwin paksa, bro? Novel melayu sangat tu!”
            Ternaik kening Amzar mendengar kata-kata Fahmi. “Macam mana pula kau tahu pasal novel Melayu ni?” Muka ganas, tapi baca novel?
            Fahmi gelak besar. “Kalau dah isteri tersayang kaki novel, terpaksalah join sekali. Ada juga benda nak dijadikan modal berborak. Takkan aku nak cerita pasal load current atau cabel core dengan Iza. Tapi serius ni, Amz. Bila masa kau bertunang ni?”
            Amzar tersenyum kecil. Teringat cerita dari Alongnya kelmarin. Menurut cerita, dia dan cik tunang dah bertunang 6 bulan lalu. Majlisnya kecil, tak jemput sesiapa. Cuma ahli keluarga terdekat sahaja. Huh, in reality jangan haraplah hendak majlis kecil-kecil macam itu. Anak Dato Yusof dan Datin Mariana buat majlis kecil-kecilan? Mama boleh dapat panic attack dibuatnya! Yang paling best, dia di dalam cerita perempuan itu adalah anak kepada Haji Salam. Hebat betul perempuan itu reka cerita. Mesti dah biasa menipu sebab itulah berani macam itu.
Perasaan geramnya masih bersisa pada perempuan itu. Tak pasal-pasal, pipi dia dapat penampar percuma dari Surihani. Sudahlah sebelum itu jenuh dia menadah telinga dengar Surihani menangis sebab kononnya tak nak terima perpisahan mereka. Yang itu pun satu hal. Entah bilalah mereka bercinta tapi Surihani dah canang satu kawasan mereka pasangan kekasih. Mulanya dia buat tak tahu. Biarlah asalkan tak menganggu hidup dia. Tapi apabila cerita itu sudah sampai ke telinga mama dia, dia tahu dia perlu bertindak segera. Mama memang tengah sibuk nak carikan jodoh untuk dia. Silap haribulan, sebab dah teringin sangat hendak bermenantu, Surihani pun boleh masuk senarai calon menantu pilihan walaupun hakikatnya Surihani itu bukan type dia. Rupa paras, memang tak ada masalah. Tapi perangai, nauzubillah. Bukan jenis yang layak jadi isteri.
Sebab itulah dia ke Chitralada Palace kelmarin. Kononnya untuk menyelesaikan hal antara mereka berdua. Tapi selesai yang itu, timbul pula hal lain. Dan semuanya berpunca daripada perempuan bernama Alina Suffiya.
Amzar capai semula fail dari atas meja. Gambar Allina yang bertudung litup itu dipandang lama. Cantik. Perkataan pertama yang muncul dalam kepala dia saat dia terpandangkan wajah Alina malam itu. Dalam dia terkejut dek tindakan Allina tarik lengan dia pada malam itu sempat juga dia belek perempuan berwajah cerah itu. Tapi sayang, pembohongan yang dicipta telah mencalit noda pada wajah cantik itu. Amzar ketawa kecil mengenangkan wajah pucat lesi Allina sebaik sahaja menyedari Zafril adalah abangnya. Tuhan itu Maha Besar. Orang yang teraniaya pasti akan terbela nasibnya.
“Cantikkan?” Puji Fahmi yang sudah berdiri di sebelah dia merenung gambar yang sama.
Amzar mendengus geram. “Cantik tapi perangai tak semenggah buat apa!” Fail dicampak kembali ke atas meja. Amzar bangun lalu berdiri mengadap tingkap. Sambil matanya memandang keindahan bandaraya Kuala Lumpur, dia menyoal Fahmi, “How bad is Salam?” 
“Depends on your definition of bad.”
“Maksud kau?”
“Kalau ikut kamus Tuan Haji Salam, not so bad. Tapi kalau ikut kamus kita, dah teruk sangat syarikat ni. Tunggu masa hendak terbalik saja.” Jawab Fahmi sambil tangan mencapai fail berwarna merah yang turut dibawa masuk ke bilik Amzar tadi.
“Lima projek terbengkalai sebab tak mampu nak perform according to contract. Syarikat dah disenarai hitam dalam sistem perolehan kerajaan. Sekarang ni pun survive on small projects by private sectors dan pinjaman yang Dato berikan. Itu pun cuma boleh bertahan untuk tiga bulan lagi. Selepas tu, Tuan Haji tak akan mampu bayar gaji pekerja.” Terang Fahmi panjang lebar.
Amzar mengeluh panjang. Dia tahu Salam Consultant sedang teruk tapi tak sangka seteruk ini. Dulu syarikat bapa saudaranya ini tidak bermasalah. Tetapi selepas diambil alih oleh sepupunya, Shazli, semuanya berubah. Hendak salahkan Shazli seratus peratus pun tak boleh. Salah pak su juga sebab berikan sepenuh kepercayaan pada anaknya yang baru sahaja keluar university itu. Budak baru nak naik, perasaan teruja itu memang melebih. Habis semua projek hendak dibuat tanpa meneliti keupayaan diri sendiri.  Apabila sudah terhantuk macam ini, dilepaskan sahaja tangan.
“Jadi kita hendak teruskan rancangan kau tu?” Soal Fahmi.
Amzar mengangguk. Apa lagi pilihan yang dia ada? Pak su minta dia pulihkan keadaan syarikat ikut cara yang dia rasakan terbaik. Dan inilah cara yang paling baik untuk masa depan syarikat kecil ini.
 “Set-up a meeting dengan semua senior officer. Arahkan mereka untuk sediakan laporan prestasi untuk semua kakitangan di bawah mereka.” Amzar ambil blazer yang tersangkut di kerusi. Sewaktu tangan hendak mencapai kunci kereta di atas meja, pandangannya jatuh kembali ke fail Allina yang terbuka.
“Fahmi…” Panggil Amzar. Fail dicapai lalu dihulurkan kepada Fahmi yang menanti. “This lady…” Sekali lagi dia tersenyum sinis.
“Ya?” Fahmi mula tak sedap hati. Faham sangat makna senyuman Amzar itu.
“Masukkan dia dalam senarai liabiliti.” Amzar terus keluar dari bilik Haji Salam.
Fahmi mengeluh panjang. Moto kerja Amzar, simpan asset, buang liability dan Alina Suffiya baru sahaja dimasukkan ke dalam senarai liabiliti Amzar. Matanya merenung gambar Allina di dalam fail.  Kasihan. Apalah yang kau dah buat, Alina Suffiya sampai Amzar terus bagi kau tiket kelas pertama untuk dipecat dari syarikat ini?
***
“Uhuk…uhuk…uhuk…” Alin urut dada yang pedih sebab tersedak. Air milo yang baru separuh diminum diletakkan di atas meja. Sehelai kain lap diambil lalu dilap air milo yang tersembur dari mulut dia tadi.
“Siapalah yang menyebut nama aku sampai tersedak dibuatnya ni?” Kain lap dibasahkan lalu dilap semula bahagian yang tertumpah tadi. Tidak semena-semena wajah mamat kerek muncul di fikiran.
“Dia ke yang menyebut?” Alin menggeleng laju-laju. Mustahil. Takkanlah dia yang menyebut. Entahkan dia tak teringat langsung pada tunang tipu dia ini. Sudah dua hari dia ambil cuti sakit, tak sekali pun handphone yang dia angkut ke mana sahaja dia pergi itu berbunyi. Dia tunggu juga kawan-kawan satu ofis telefon. Kalau encik tunang cari, mestilah budak-budak itu sibuk report pada dia, kan? Ini senyap sahaja. Maknanya encik tunang tak carilah.
“Kalau macam itu, selamatlah aku.” Alin senyum sendiri.
“Apa yang selamatnya, Alin?” Sergah Puan Haniza yang baru muncul di dapur.
“Kus, semangat! Mak ni, terkejut Alin dibuatnya!” Dada yang baru hendak reda pedihnya, diusap sekali lagi. Selalu macam gini, boleh pendek umur aku!
“Tak habis-habis perangai terkejut dia tu. Orang tua-tua kata, orang mudah terkejut ni kuat berangan. Ni berangankan siapa tadi?”
“Mana ada mak. Orang tengah fikir pasal kerjalah, mak.” O-key. Bohong sunat namanya ni. Tapi kalau ikut logic, bukanlah dia seratus peratus berbohong. Dia tengah fikirkan pasal bos baru dia. Jadi adalah kaitan dengan kerja juga.
“Hmmm… Cerita pasal kerja ni. Badan tu dah sihat ke?” Tanya Puan Haniza. Risau tengok anak dara dia yang seorang ini cuti sakit sampai dua hari. Seingat dia, sejak Alin bekerja, jarang-jarang Alin ambil cuti sakit. Demam pun akan ke pejabat juga melainkan kalau betul-betul tak larat.
“Err…dah ok dah. Esok Alin masuk kerja.” Bohong lagi! Isyhh…Kenapalah semenjak dua menjak ini mulut ini ringan sahaja hendak buat cerita?
“Betul?”
“Betul, mak.” Balas Alin yakin.
“Ermmm…eloklah tu. Nanti kesian pula kawan-kawan kat ofis tu kena cover kerja Alin.”
Alin ketawa kecil. Kesian? Kalau mak nak tahu, selama ini anak mak ni yang cover kerja mereka mak. Not the other way around. Apabila difikir semula, elok juga dia cuti ini. Biarkan Ruby dan Jen kelam kabut buat kerja. Muahaha…dia gelak jahat dalam hati.”
“Alin, duduk sekejap. Mak nak cakap sikit.”
“Ada apa mak?”
“Alin ada apa-apa nak cerita pada mak?” Puan Haniza bermukadimah dulu. Nak tanya secara terus, takut anak dia menggelabah pula walaupun hati dia memang dah meronta-ronta hendak tahu.
Alin kerut dahi. Ada benda yang aku lupa nak cerita dengan mak ke? Oh, pasal benda itu kut. Alin tepuk dahi. “Alin lupa hendak beritahu mak.”
Puan Haniza rapatkan badan ke anak dia. “Hutang kita dengan Makcik Som tu dah habis dah. Lepas ni mak tak payah lagi jahitkan baju free untuk dia, tau!”
Puan Haniza mengeluh. Hailaa…anak bertuah. Benda lain yang aku fikir, benda lain yang dia sebut. “Itu mak dah tahu. Makcik Som dah beritahu mak. Ini cerita pasal benda lain. Alin, tak ada rahsiakan apa-apa dari mak ke?”
Alin garu kening. Kepala laju menggeleng. “Rahsia apa pula ni mak?”
“Sikit pun tak ada?”
Kali ini kepala dia pula yang dia garu. “Sungguh mak. Tak ada apa-apa rahsia!”
Puan Haniza sinsing lengan baju kurung yang dipakai. “Sungguh ni, tak ada?”
“Ya Allah, Ya Tuhanku mak. Betullah! Isyhh…selama ni pernah ke Alin rahsiakan apa-apa dari mak? Semua benda pun Alin cerita, kan?” Kecuali kalau benda itu akan menyusahkan hati mak, Alin rahsiakan. Tambah Alin dalam hati.
Sekali lagi Puan Haniza mengeluh. “Habis tu, cerita yang Makcik Latifah sampaikan ke mak tu, bukan rahsia?”
Makcik Latifah? Kenapa nama itu kedengaran sangat familiar? Tiba-tiba dia teringat kenapa nama itu macam biasa didengar. Kantoi! Alin dah tak senang duduk. Wajah Dila si mulut laser terbayang di mata.
“Jadi mak dah tahulah ni?” Tak payah dia hendak pusing-pusing lagi. Nanti kepala sendiri pula yang pening.
“Kenapa sampai macam itu sekali, Alin?” Tanya Puan Haniza lembut. Dia bukan jenis yang hendak menghukum tanpa usul periksa. Mesti ada sebab kenapa si anak buat perangai macam itu. Alin baik budaknya. Cantik pekertinya. Alin, walaupun bukan datang dari rahim dia, tapi kasihnya pada anak arwah suaminya ini sudah macam sayangkan anak kandung sendiri. Alin yang baik, Alin yang sentiasa mendahulukan keluarga. Kalau tidak, takkanlah anak dara dia ini sanggup berhenti belajar walaupun tinggal lagi 2 semester di university semata-mata kerana hendak menjaga dia yang sakit? Alin tak pernah menyusahkan malah dia dan anak lelaki dia yang banyak menyusahkan anak gadis ini.
“Alin tersilap langkah mak. Maafkan Alin?”
“Alin tak salah, sayang. Mak yang salah.” Tangan si anak dara diusap lembut.
“Isyhhh…mak ni. Alin yang memandai buat cerita mengaku diri dah bertunang, apa kena mengena pula dengan mak?”
“Kalau bukan sebab mak selalu tanya pasal jodoh, Alin tak akan buat benda tu semua, kan?” Air mata Puan Haniza dah bergenang.
Alin tarik tangan si ibu lalu digenggam kuat. Tak sanggup melihat si ibu menangis sebab kebodohan sendiri. “Mak, ini tak ada kena mengena dengan mak. Alin yang sengaja cari pasal malam itu. Sebab geramkan budak-budak tu, Alin buat cerita macam itu. Tapi sudahnya, Alin balik yang termalu. Tuhan tu nak tolong, Alin agaknya. Tak nak Alin terus-menerus menipu. Tapi hal ni dah selesai, mak. Mak janganlah, macam gini, ya?” Air mata si ibu sapu dengan tapak tangan. Pedihnya hati! Lain kali Alin, nak buat apa-apa fikirlah pasal mak, tahu? Nasihat dia pada diri sendiri.
“Kesian anak mak. Sebab sibuk jaga keluarga, sampai tak ada masa nak cari kebahagian sendiri.” Lirih hati Puan Haniza mengenangkan nasib si anak.
“Laa…mak, cara mak bercakap ni macamlah selama ni Alin ni dirundung malang saja. Alin bahagia kut. Alin ada mak, ada Ijoy, ada Wawa… cukuplah tu.”
“Tapi…”
“Mak, dengar sini…” Alin genggam tangan ibunya. “Jodoh tu kerja Tuhan mak. Jodoh Alin tak sampai lagi bukan sebab mak atau keluarga kita. Tapi sebab masa belum sampai lagi untuk Alin bertemu dengan dia. Nanti, bila Allah kata, nah Alin, ini jodoh kau, berdesup Alin bawa balik jumpa mak. Ok? Dahlah. Tak mahulah nangis macam gini. Kang Alin pun nangis juga, tak pasal-pasal banjir Taman Melawati ni mak!”
Sesi pujuk memujuk dua beranak itu terganggu seketika bila handphone Alin berbunyi. Alin tengok nombor yang muncul di skrin. Erk…ini nombor pejabat ni. Automatik tangan menggeletar. Akhirnya encik tunang mencari dia, kah?
“Hello?” Dia jawab dengan suara yang dibuat-buat tenang.
“Oh, Kak Sofi... Ada apa ya?” Kepala Alin terangguk-angguk mendengar kata-kata Kak Sofi.
“Err…esok Alin masuk pejabat semula kak. Kenapa?” Jawapan dari Kak Sofi memberi tindakan reflex yang agak ekstrem. Alin terbangun, kerusi terbalik. Mulut dah ternganga. Jantung rasa macam hendak berhenti. Darah dalam badan rasa macam dah disedut keluar. Telefon C3 yang dah semulajadi uzur it uterus melurut jatuh dari tangan dan terus bercerai isi dari badan.
“Alin? Alin kenapa ni?” Bahu si anak digoncang kuat.
“Mak….” Terketar-ketar suara si Alin.
“Ya, sayang…kenapa ni?” Air mata si anak dara dah bergenang. Tak lama lepas itu, dia meraung kuat.
“Makkk!!!” Makin kuat raungan Alin.
“Ya, Alin…kenapa ni?” Si ibu menjadi panik.
“Dia, mak…”
“Dia siapa?”
“Random guy!”
“Hah?” Puan Haniza bertambah pelik. Random guy mana pulak ni?
“Menantu mak tu lah!” Jawab Alin kuat. Maaflah mak, bukan niat hendak tinggikan suara. Tengah geram ya amat ni! Tak professional! Memang kerek to the core! Harapkan goatee je seksi tapi perangai macam hantu! Berbakul-bakul kutukan dihadiahkan buat encik tunang.
“Hah?” Terus terduduk Puan Haniza. Bila masa pulak dia ada menantu? Ijoy belum habis belajar. Anak dara ni baru je cerita pasal jodoh bertemu lagi. “Menantu mana pula ni, Alin?” Aduh, pening kepala dibuatnya.
“Zariel Amzar!”
Boleh tahan juga nama menantu dia. “Kenapa dengan menantu mak tu, nak?” Layankan sajalah karenah si anak.
“Menantu mak dah pecat Alin!”
“Hah?!”
“Zariel Amzarrrrrr! Arghhhhh…. I hate you!!!”
***
“Uhuk…uhuk…uhuk…” Amzar urut dada yang pedih. Mujur tak tersembur air lemon yang diminum.
“You ok, Amzar?” Tanya Dato Yusof.
“Ya, I’m ok…”
Dato Yusof tersenyum kecil. “Ada orang menyebut tu…”
Amzar pandang wajah papanya dengan kening terangkat sebelah. Habit dia kalau dia malas nak bersuara.
“Orang tua-tua kata, kalau tak semena-mena kita tersedak tu, maknanya ada orang menyebut.
Amzar mencemik. “Nonsense!” Tiba-tiba wajah cik tunang muncul di fikiran. Choi! Apa ke hal pula perempuan tak betul tu muncul ni?

56 comments:

  1. Nakkk lagiiiii....kakaka... Seyesss x puasss....

    ReplyDelete
  2. main sedak2 pulak yer... alahai, sama masa lak tu. kata zz ada jodoh namanya tu. ngee. mak tiri baiks ni. saya suka saya suka. mak tiri zz pun baik... tingat pulak kat mak.
    okey..next!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiks...based on real life person. Dia seorang mak tiri yang deboom!

      Delete
  3. oh tidakkkkkk! Farah. Bertukar kulit kah? hahahahaha. Apapun good job. Makin nebes ni. Lepas ni up laju-laju lagi tau. *peluk kuat2* amik aura Farah. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Belum angau lagi, kan? Hehe

      Delete
    2. sbb dah baca sampai bab 6.. yes.. dah mula angau.. hahaha

      Delete
  5. Waaaaaa.....xsbauuuu nak next n3
    Teruja nak tau xrandom guy kena ganyang nyan alin.......hahhaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berani sgt lah alin nak ganyang. Silap haribulan dia yg kena balik.

      Delete
    2. Farahh kita tggu...sape yg kena
      Haahaaha

      Delete
  6. Bila versi cetak keluar? Hahahah boleh mula kumpul duit :) Tahniah Farah...tapi AD jangan dilupakan ye :)

    ReplyDelete
  7. adesss!!! jgn la dipecat alin tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh... Pecat ke? Atau umpan nak bg alin jumpa dia je kot?

      Delete
  8. Kejam hero ni. Next entry please.

    ReplyDelete
  9. “This is her 5th stepmom.” Ternaik dua belah kening Amzar.

    Ni bukan stakat kening amzar je yg naik, sekali kening kening saya pon ternaik sekali.Inche Zariel amzar awak snggh tak professinal! ada ke ptut main pecat org gitu je? sekeh kpala tu kang!

    ReplyDelete
  10. ahhahahahah....men kate owang tua2 eh...tersedak x benti2 ni...ape la Amzar ni x macho langsung men buang cenggitu je..x tunggu penjelasan pon dari alin 2 hishhh ....kesian kat alin...mn la dia nak keje pasni...idup pon cukup2 mkn je depa 2...keje xde skunk ni, susah balik la idup dia ngan keluarga....baru ingat boleh mengelak je dari RG rupanya x sempat nak ngelak dia kene tendang dulu...mmg x jumpa terus la pas ni gayanya huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah...komen awak selalu buat saya gelak! Keep it coming!

      Delete
  11. hahahaha...hadoiii!!! Alin2...Amzar2... c Amzar bapak kejam!!! yg c Alin ni, tu la psl..buat bnda xnk fikir...huhu!!nk lg nk lg!!hehe!!! nmpak gaye 2 bab 1 hari neh!!heh!!! eh Amzar umo bpe ek?

    ReplyDelete
  12. woott...kejam pi pecat cik tunang!!!

    ReplyDelete
  13. menarik...
    i follow u la lpas ni...hehehe

    ReplyDelete
  14. Fara, dek sebab nak tau sangat sambungan citer-tengah bz pun layan jap...berdebar2 tunggu scene si Alin confront si mamat random tu...-timi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frontal confrontation eh? Heheh... Berpeluh cik writer nak karang ni

      Delete
  15. alahai..sian Alin...emmm.....sila sebut lagi..biar si Amz tersedakkk..uhukkk...uhukkk..hihi
    Farah...next n3...plss

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. asyik mak tiri jahat je, bosn juga kan? lagipun mak tiri yang saya jumpa semua baik2 so no experience with wicked step mom. jadi tak leh nak tulis.

      Delete
  17. Nk next n3... Sian alin... :-)

    ReplyDelete
  18. Kesiannya n baiknya dia dgn mak tirinya. ....susah nak jumpakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... yg saya jumpa majoritinya mmg baik. yg tak baik je tak jumpa lagi.

      Delete
  19. alahai..encik boss ni jgn la kejam..alin pekerja berdedikasi tu..ish3x rugi company nnt..hehe
    tp camna ni alin mak dgr nama pun dah suka..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak belum jumpa lagi...bila jumpa suka kuasa 2 jadinya

      Delete
  20. mcm gaya kak nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? but she's unique. rasanya tak boleh pun jadi dia. hehe

      Delete
  21. sian alin... but cool alin, rezeki ada di mana-mana... x yah layan mamat kerek tu..

    ReplyDelete
  22. erk??ngape x rply dkt setiap komen..penen bce komen cik/pn writer bturut2..thehehe.. nseb bek phm. emmm baiklah sy akn menantikan detik umor c amzar diumumkan..thehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanie...hahaha...silap setting lah. ni dah betul dah.

      Delete
    2. hahaha... bru cerah mate tgk... hehe. sng komen. xyah nk word2 verfction bgai.. hehe

      Delete
  23. Ishk naper x kuar bab 4 ni. X sabir dah ni. Asyik dok buka tutup buka tutup kat 10 x dah blog ni. Adoiyaii cepatlah ci farah plssssssss.....

    ReplyDelete
  24. mmg best ... next plzz... perrhhh semua otai2 komen

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. mmg best cite ni, ngam ngan akak...tak tau brape kali sehari visit cni. credit to hanina for sharing this blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak gee... and yes, should be thanking cik nina juga. :)

      Delete
  27. nasib la mak tiri baik..igtkn mak tiri yg jahar..jahatnya..nape smpi nk kna pecat ..hmmmm geram

    ReplyDelete
  28. siannye Alin..
    jahat tau amzar nih!!!
    nape xkaji dlu nape si alin tu blaja sekerat jalan..

    ReplyDelete