Followers

Google+ Followers

Thursday, April 7, 2011

Janji Julia


Janji Julia
Terbitan: One Nusantara Sdn Bhd


Berjanji memang senang. Hendak ditunaikan tu saja yang susah.  Kalau kita terpaksa berhadapan dengan puak pemberontak, wabak maut dan kekacauan di sana sini, sanggup ke kita teruskan janji kita? 
Tapi bagi seorang gadis bernama Julia, dia seorang yang amat bepegang pada janjinya. Walau apapun cabaran yang dihadapi, dia akan hadapi asalkan janjinya pada sahabatnya tertunai. Siapa pula Julia ni? (Saya pun tak kenal sangat lagi! hihihi) Hah! Kalau anda semua nak kenal siapa Julia, dapatkan novel karya mentor saya Pn. Maria Kajiwa yang berjudul Janji Julia. Novel ini berunsur aksi-thriller. Selepas membaca teaser2 yang disiarkan di blog Elara, saya boleh beritahu anda yang ia berjaya buat saya phobia setiap kali melalui Lebuhraya Utara-Selatan! 
Novel ni boleh didapatkan di kedai buku online Bookstation . Janji Julia juga akan dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di Booth Gemilang Publishing. Kata Puan Maria, ada cenderamata 'kecil'  menanti 15 pembeli terawal. Jadi, jangan lupa dapatkannya di sana nanti ya?

Blurb Janji Julia:
Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak yang disebabkan oleh virus Rhyto F99. Wabak ini membunuh hampir kesemua rakyat negara ini dan melumpuhkan sistem ekonomi dan pertahanan negara.
Dalam keadaan yang semakin genting akibat ancaman daripada puak pemberontak No-Mondus yang cuba mengambil alih negara, Julia, seorang pelajar jurusan Farmakognosi telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Di Lebuh Raya Utara-Selatan, kereta mereka diserang hendap oleh pasukan No-Mondus. Lebuh raya bertukar menjadi sungai darah dan Julia telah membawa Mimi lari ke dalam ladang kelapa sawit.
Mampukah Julia dan Mimi mencari jalan pulang?
Siapakah Dr Idzham dan Dr Simon yang mereka temui di dalam hutan itu?

Wednesday, April 6, 2011

Bunga di Rimba



Rimba itu adalah rumahnya. Tempat di mana dia berbicara dengan alam, meneruskan kehidupan siang yang rutin tetapi mengembirakan. Menjalani kehidupan malam yang panjang tetapi cukup mendamaikan. Bagi Ajura, hidup dan matinya, biarlah di rimba itu. Namun sesuatu telah berlaku. Pemergian si ayah yang sudah melangkau waktu, benar-benar membuat dia buntu. Akhirnya, gadis itu terpaksa memberanikan diri, cuba menjengah dunia luar yang asing yang tidak pernah diimpi. Dalam pencarian, dia bertemu Yusri, lelaki yang berbudi. Lelaki yang dalam diam menyimpan hati padanya tapi takut meluahkan. Dapatkah Ajura bertemu dengan ayahnya semula, apakah hubungan Yusri dan Ajura akan berkembang mekar?  kredit to: NB Kara

Di atas ni adalah blurp dari novel sahabat baik saya, Zuliana Abuas. Siapa yang pernah membaca Viva Sakura pasti kenal siapa yang saya maksudkan. Ini adalah buah tangan kedua Jue (panggilan manja antara rakan-rakan...hehehe) selepas Viva Sakura. Diterbitkan oleh penerbit yang sama menerbitkan karya sulung Jue dulu iaiti NB Kara. Ini adalah salah satu novel wajib beli (ya, saya akan beli walaupun ini buku kawan sendiri!) sewaktu PBAKL 2011 nanti. Saya pernah ikuti novel ni sewaktu ia masih dalam versi e-novel beberapa tahun dahulu. Lepas tu Jue hentikan siarannya untuk dikemaskinikan ke dalam bentuk manuskrip lengkap. Dan alhamdulillah, April ini saya akan dapat membaca keseluruhan novel ini tanpa perlu tunggu update minggu ke minggu lagi. Kepada Jue, tahniah atas kelahiran novel ini dan yang no. 3 (Novel ke-3 Jue ialah Puteri Karla a.k.a Epik Cinta Laikra. Tapi tak boleh nak siarkan kat sini sebab belum dapat greenlight dari empunya badan). Aku doakan kau terus sukses dalam bidang ini dan semoga cita-cita kita berdua tercapai hendaknya. Proud to be your friend! *hug*

* Amaran awal: Ini bukan 100% cerita cinta. Prepare yourself sebelum membacanya, ya. :)