Followers

Wednesday, April 24, 2013

Bab 19 : Dia...Random Guy


Sorry ~ Buckcherry
“Apa hal aku ke sini?” Soal Amzar sendiri sebaik sahaja dia sedar kereta dia sudah berhenti di hadapan rumah cik kerani.
Damn! Jiwa dia betul-betul tengah kacau ni! Tadi rasanya dia bercadang hendak ke gym. Macam mana pula dia boleh memandu sampai ke Taman Melawati ini? Arghhh…kacau betul!
Dia pasang gear reverse, tapi belum sempat dia hendak tekan minyak tiba-tiba tingkap kereta diketuk perlahan. Amzar tengok ke luar. Alamak, mak mertua olok-olok! Tak boleh nak larilah jawabnya ni. Amzar mati enjin kereta dan segera keluar.
“Amzar?” Tegur Puan Haniza. Mata memandang ke tempat duduk sebelah, mencari kelibat si anak dara. Manalah tahu kalau-kalau encik tunang olok-olok si anak yang hantar balik. Tapi batang hidung si anak pun tak nampak.
“Makcik. Apa khabar?” Amzar tunduk menegur Puan Haniza.
Puan Haniza mengangguk. “Sihat. Buat apa datang sini?”
“Err…” Nak jawab apa? Nak jawab jiwa dia asyik teringat cik kerani sampai kereta dia macam ada fikiran sendiri dan terus saja memandu ke sini? Silap haribulan kena kejar dengan mak mertua olok-olok sebab dah macam perangai stalker pula!
“Saya cari Alina.” Jawapan paling selamat.
Dahi Puan Haniza berkerut-kerut. “Alin di pejabatlah. Tak jumpa dia ke?” Apasal lain macam sahaja menantu olok-olok dia ini?
“Err… jumpa. Cuma tadi lupa nak pesan pada dia pasal kerja esok. Saya cari dia di tempat dia, dia dah balik.” O-key. Sejak bila pula dah pandai mengikut perangai cik kerani suka reka cerita ini?
“Eh…tapi Alin sejak dua tiga hari ni asyik balik lambat saja. Bukan dia di pejabat?” Soal Puan Haniza hairan.
“Eh, kenapa pula nak berbual di sini. Mari masuk, makcik buat air sekejap.” Pelawa Puan Haniza. Pagar dibuka dan Amzar dipelawa duduk di kerusi di laman rumah sebelum Puan Haniza masuk ke dalam buatkan air.
“Where the hell is she?”
Amzar bertanya sendiri sementara menunggu Puan Haniza kembali ke laman rumah dengan air. Bila difikir semula, memang sejak dua tiga hari ini cik kerani dia akan hilang dari pandangan dia tepat pukul lima setengah. Dia tahu sebab sejak dua tiga hari ini memang mata dia tak nak lepas dari pandang cik kerani. Tak tahu kenapa, ada rasa takut kalau cik kerani hilang dari depan mata. Selama ini dia ingat, habis sahaja waktu pejabat, cik kerani akan pulang ke rumah. Tapi lain pula cerita yang dia dengar dari mak mertua olok-olok.
Tiba-tiba dada dia berombak. Jangan cakap dengan dia, cik kerani berjumpa dengan Hairi?  Sebab itukah dia dah tak nampak Hairi setiap pagi lagi? Hairi dah tukar berjumpa dengan cik kerani lepas waktu kerja pula? Takkan mereka dah into a relationship? But she said the song was not for Hairi! No. Tak boleh jadi. Hari ini dia kena selesaikan kekalutan hati dia. Tak boleh dibiarkan macam ini selama-lamanya. Tak tentu arah hidup dibuatnya!
“Jemput minum, Amzar. Maaf ya. Hari ini tak ada kuih. Makcik seorang sahaja di rumah. Ijoy keluar dengan kawan-kawan. Yang anak dara pula selalu balik dah malam.” Beritahu Puan Haniza ramah.
“Dia beritahu makcik dia buat kerja lebih masa ke?” Soal Amzar bersahaja sambil menghirup air kopi yang sediakan Puan Haniza. Nada je yang bersahaja. Di dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu ribut yang melanda.
Puan Haniza mengeleng.
“Tak juga. Makcik yang anggap macam itu sebab setiap kali makcik tanya dia ke mana dia jawab dia ada kerja.”
Amzar genggam tanggan kuat. Ada kerja? Pukul 5.30 on the dot bayang cik kerani dah tak kelihatan, ada kerja apanya? Memang sah dia keluar dengan Hairi! Tiba-tiba darah Amzar kembali menggelegak. Calm down, Amz. Rumah orang ni!
Tiba-tiba Puan Haniza ketawa.
“Kenapa makcik?” Tanya Amzar.
“Anak makcik tengah bercinta agaknya…” Jawab Puan Haniza bersahaja.
Bertambah menyirap darah Amzar. Bercinta dengan orang yang kononnya dibenci separuh mati tu?
“Amzar ada nampak dia berkawan dengan sesiapa ke di pejabat tu?” Tanya Puan Haniza sambil menyisip kopi di hadapannya.
Amzar tersenyum sinis. Cik kerani dengan si Hairi tu boleh dipanggil kawan ke? Kalau bukan kawan, apa status hubungan mereka? Kekasih? Cik kerani mata-mati kata benci. Yang dia tahu cik kerani dan Hairi dah lama berkenalan. Mungkinkah bakal mak mertua olok-olok dia tahu tentang Hairi? 
“Saya tak nampak Alina rapat dengan sesiapa, cuma…” Amzar mula berkira-kira hendak bercerita. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa tak tenang.
“Cuma apa, Amzar?” Puan Haniza dah teruja hendak tahu. 
Amzar tarik nafas dalam-dalam. Tanya sajalah! Sekurang-kurangnya dapat juga jawapan kepada semua persoalan dalam kepala.
“Ada seorang lelaki ni. Hairi. Selalu juga dia datang cari Alina.” Beritahu Amzar.
Sebaik sahaja ayat itu keluar dari mulut Amzar, cawan yang dipegang Puan Haniza terlepas dari tangannya. 
“Makcik? Kenapa ni?””
Amzar terus bangun mendapatkan Puan Haniza yang tiba-tiba kepucatan. Reaksi ibu cik kerani serupa dengan reaksi yang cik kerani tunjukkan sewaktu mereka terserempak dengan Hairi kelmarin. Ada apa dengan lelaki itu sampai begini teruk reaksi orang yang mendengar nama dia?
Puan Haniza memegang lengan Amzar kuat.
“Siapa nama yang kamu sebut tadi?” Tanya Puan Haniza dengan suara tertahan-tahan.
“Err…Hairi.” 
“Hai…Hairi Zainal?”
Amzar mengangguk. Itulah nama yang tertera dalam kad yang Hairi berikan kepada dia tempoh hari.
“Ya Allah! Amzar…tolong jauhkan lelaki tu dari Alin.” Pinta Puan Haniza dengan suara terketar-ketar.
“Tapi kenapa makcik?” 
Puan Haniza kembali duduk. Dia menggeleng lemah. Lagaknya seperti sedang cuba hendak melupkan sesuatu yang sangat teruk.
“Makcik?” Panggil Amzar yang sudah bertinggung di sisi Puan Haniza.
“Kenapa dia muncul semula?” Perlahan Puan Haniza bersuara. “Dia tak patut muncul semula lepas apa yang dia dah buat pada Alin.” Sambung Puan Haniza lagi.
“Apa yang dia dah buat pada Alina?” Jantung Amzar dah berdebar kencang. Apa yang si keparat tu dah buat pada cik kerani dia? 
Puan Haniza tersenyum tawar. “Dia buat Alin jatuh cinta.”
Dada Amzar macam nak pecah dibuatnya. Jadi itu bekas kekasih cik keranilah?
Ingatkan hati boleh lega lepas dapat tahu status hubungan cik kerani dah Hairi tapi rupanya makin sakit dibuatnya. What have you done to me, Alina?
“Dan Alin jatuh dan terus jatuh hingga kami semua ingat dia tak akan bangun lagi.” Puan Haniza terus bercerita tanpa menunggu reaksi Amzar.
Amzar cuma diam mendengar. 
“Alin tak patut jatuh cinta dengan dia. Tapi makcik tak salahkan Alin. Dia terlalu muda masa itu. Dan Hairi pula, pandai melayan dia. Kami semua sukakan Hairi. Tak ada celanya lelaki tu. Cuma yang makcik kesalkan…” Puan Haniza terdiam. 
“Apa dia makcik?” 
“Hairi tu suami orang.”
Darah Amzar tersirap. Gigi diketap kuat. Tangannya sudah mengepal penumbuk. Amzar terus bediri tegak. Jawapan Puan Haniza betul-betul buat dia berang. Alina Suffiya, you really are something!
***
Oh penatnya! Alin terus hempas badan atas sofa. Ingatkan dah tiga emat hari, kuranglah sikit rasa sengal-sengal uratnya. Rupanya sama juga. Inilah bahana kalau dah lama sangat tak longgarkan otot-otot di tubuh itu. Sekali bila buat, ambil kau, sampai sakit badan dibuatnya. Tapi sekurang-kurangnya, bila buat aktiviti ini fikiran Alin ringan sedikit. Tak adalah dalam otak itu asyik teringatkan sos salad dan Hairi. Hairi itu tak apa lagi. Setakat rasa sakit hati sahaja. Yang buat dia mental penat sangat itu siapa lagi kalau bukan Amzar. Dengan rasa makan hati, geram, sayu dan err...suka yang bercampur aduk dalam hati, betul-betul buat dia lelah!
Alin mengeluh kuat. Seminggu ini, hubungan dia dengan sos salad sangat...rumit? Agaknya inilah yang dimaksudkan dengan status ‘it’s complicated’ di dalam Facebook itu. Sejak malam hari lahir dia, layanan Amzar pada dia dah jadi sangat lain. Alin teringat kembali kejadian keesokkan paginya selepas malam hari lahir dia itu.
Sampai sahaja di pejabat, dia nampak kelibat Amzar tengah berdiri berpeluk tubuh di pintu masuk pejabat. Muka, jangan cakaplah. Serabut habis! Sah bergaduh dengan Helena lah tu. Siapa suruh telefon perempuan lain bila teman wanita ada di sebelah? Mulanya dia hendak buat tak tahu sahaja, tapi takut nanti Amzar perasan pula dia cuba hendak menjauhkan diri. Jadi dengan senyum plastik, dia berjalan mendekati si sos salad. Dan soalan yang terbit dari mulut si sos salad sebaik sahaja mereka face to face buat dia terkedu sekejap.
“Are you leaving me?”
Terkejut Alin dibuatnya sampai hilang kosa kata dia yang selalunya banyak itu.
“Err...I mean, are you leaving the company?”
Dahi Alin dah berkerut.
“Err...no?” Bila masa pula dia ada cakap hendak berhenti?
Selepas dengar sahaja jawapan Alin, si sos salad hela nafas lega. Muka yang serabut tadi dah berseri semula.Senyum bukan main lebar sampai nampaklah lekuk di dagu itu. Cik jantung dengan cik hati dia masa itu jangan cakaplah. Kalau boleh melompat keluar, dah melompat dah rasanya. Hailaa...macam mana nak keraskan hati kalau dia senyum begini?
“Ok. Jom naik!” Ajak Amzar dengan senyum lebar.
Paling Alin tak sangka, selamba si sos salad tarik lengan dia. Tak sempat dia nak sound apa-apa, Amzar dah sengeh senget dan cakap awal-awal, “Beralas, lady.”
Amboi, sejak bila pula beralas tu jadi tiket lelaki dan perempuan bukan mahram bersentuhan? Hendak ditempelak, mereka di tempat terbuka. Air muka majikannya, Alin kena jaga juga.
Itulah detik yang menambahkan lagi rasa haru biru cik hati. Sejak dari pagi itu, perangai Amzar lain benar. Baik sangat! Suara dah tak meninggi. Makan tengah hari pun sibuk hendak mengendeng dia, Kak Ida dan Anne. Dah tak ada lagi dia suruh Alin buat kerja yang tak termasuk dalam skop kerja. Malah Alin rasa beban kerja dia pun dah kurang sikit. Yang paling best, Tina Jeling pun dah kurang menjeling!
Okaylah. Nak kata dia tak suka dengan perubahan Amzar, tipu sangatlah kan. Siapa yang tak suka kalau dilayan dengan baik. Cuma dia rasa tertekan sangat sebab segala kebaikan Amzar tu buat cik hati dan cik jantung makin tak menentu. Senang kata, cik hati dan cik jantung dia dah makin suka dengan si sos salad. Nak keraskan hati pun tak boleh sebab dah tak ada alasan yang kukuh. Kalau dulu boleh jugalah dia gunakan perangai Amzar yang macam perempuan datang bulan itu sebagai penyebab untuk tanam rasa tak suka pada si sos salad. Sekarang? Yang si sos salad tu pun punyalah baik layan dia kenapa? Serabut fikiran dibuatnya!
Sebab itulah dia mulakan aktiviti baru dalam hidup dia sekarang. Orang cakap, kalau jiwa kacau, cuba sibukkan diri dengan benda lain. Mesti boleh lupakan kekacauan yang melanda diri. Caranya? Masuk dance class! Entah macam mana hatinya tergerak hendak sertai kelas tarian yang dibuat di sebuah studio berhampiran dengan pejabat selepas dapat flyers dari kakitangan studio tarian itu ketika dia keluar makan tengah hari.
Jadi sekarang, jadual dia, tepat jam 5.30, cabut dari pejabat dan terus ke studio depan Prima Group. Pada kawan-kawan pejabat termasuk Amzar, dia beritahu dia kena pulang cepat sebab keadaan kesihatan mak tak menentu. Bukanlah dia menipu. Memang mak tak berapa sihat pun takpi tak adalah sampai kena dijaga 24 jam. Pada mak pula, dia beritahu dia ada kerja. Bukan tak nak berterus terang tapi malu pula nak beritahu mak dia pergi menari. Mahu mak kata dia buang tabiat! Pada Hairi, well, she just ignores him. Sebab itulah tepat pada masa dia kena cabut. Lewat seminit, mesti terserempak dengan Hairi yang tak jemu-jemu merayu.
Alhamdulillah, cara itu berjaya buat dia lupakan sos salad. Walaupun tak lama mana, sekurang-kurangnya untuk beberapa jam itu dia dapat jadi Alina Suffiya yang dulu. Yang hanya perlu fikirkan hal kerja dan keluarga.
            “I miss the old me,” keluh Alin sendiri.
“Hai…mengeluh nampak, anak dara mak ni?” Tiba-tiba Puan Haniza muncul dari dalam bilik.
“Penat ke?” Tanya Puan Haniza sambil melabuhkan punggung di sisi anak dara tersayang.
“Letih sikit, mak.” Alin letak kepala di atas riba Puan Haniza.
“Ijoy mana, mak?”
“Adik awak tu kalau dapat peluang bercuti mana pernah lekat di rumah. Ada saja aktiviti dia. Hari ni pergi wall climbing dengan kawan-kawan dia katanya.” Jawab Puan Haniza. Tangan melurut rambut Alin, lembut.
Alin ketawa kecil. “Biarlah mak. Orang muda.”
“Dia mak tak risau. Tapi Alin ni yang mak risaukan.”
Alin pandang wajah Puan Haniza dengan dahi berkerut. Apa yang aku dah buat sampai mak nak risaukan aku pula?
Bagai mengerti dengan muka si anak dara yang penuh tanda tanya, Puan Haniza terus bertanya, “Alin ke mana lepas waktu pejabat?”
Alin gigit bibir. Adoi…nak beritahu ke tak? Beritahu nanti agaknya mak ketawa tak?
“Tak sudi nak beritahu mak apa-apa lagi ke?”
“Laa…mak ni. Ke situ pula dia.”
“Yalah, sekarang mak tengok anak mak ni dah pandai dah berahsia bagai dengan mak.” Macam masa Alin dengan Hairi dulu, sambung Puan Haniza dalam hati. Hati meronta hendak tahu tentang Hairi tapi dia hendak tunggu Alin sendiri yang buka mulut.
“Bukan Alin berahsialah mak. Memang Alin ada hal lepas waktu kerja. Mak janganlah fikir yang bukan-bukan.”
Puan Haniza mengeluh. Ya Allah, anak. Betul ke kamu ada hubungan sekali lagi dengan Hairi, sayang? Mintalah dijauhkan. Tak sanggup rasanya tengok anak dara dia menderita lagi.
“Alin ada masalah ke?” Tangan Alin yang berada di atas perut digenggam kuat.
Alin ketawa kecil. Pelik pula tengok perangai mak dia petang ini.
“Mana ada mak.”
Puan Haniza dah sebak. Ya Allah, memang dah jadi macam dulu semula. Sewaktu Alin dengan Hairi. Alin yang suka berahsia. Alin yang suka simpan semuanya sendiri. Tak nak berkongsi apa-apa dengan dia.
“Mak? Kenapa ni?” Alin pegang tangan Puan Haniza yang sedang mengenggam tangan dia.
Puan Haniza dah tak boleh tahan. Dia perlu bertanya pada si anak segera sebelum si anak ‘terjatuh’ lagi.
“Hairi ganggu Alin lagi ke?” Tanya Puan Haniza terus terang. Tak ada lagi mukadimah berbunga-bunga.
Alin tergamam. Terus dia bangun dari ribaan si emak. Wajah Puan Haniza yang dah mendung direnung tajam. Macam mana mak boleh tahu tentang Hairi? Takkan peristiwa lama berulang kembali kot?
“Mana mak tahu tentang Hairi?” Tanya Alin dengan suara tertahan-tahan.
“Jadi betullah Hairi muncul semula?” Soalan si anak dijawab dengan soalan semula.
“Mak…”Alin cuba hendak menerangkan perkara sebenar tapi terhenti bila Puan Haniza dah mula menangis.
“Ya Allah, sayang. Apa lagi lelaki tu nak dari Alin? Tak cukup lagi ke apa yang dia dah buat dulu?” Lirih Puan Haniza bersuara.
“Mak…” Alin capai tangan si emak.
“Janganlah fikir yang bukan-bukan. Ya, memang Alin ada jumpa Hairi tapi tak ada apa-apa yang jadi pun mak. Dia tak nak apa-apa pun. Jumpa setakat itu je. Mak jangalah susah hati pasal benda ni. Alin pandai jaga diri.” Alin cuba pujuk si emak. Risau hati bila tengok Puan Haniza dah susah hati. Dahlah ada penyakit darah tinggi. Kalau terlampu tension nanti, mencanak darah naik tak ke naya? Tapi siapa yang beritahu mak pasal Hairi ni? Hati Alin bertanya sendiri. Memang nak kenalah siapa yang bawa mulut ni!
“Kalau tak ada apa-apa, kenapa Amz cerita dia selalu cari Alin di office?”
Alin terpempan. Sekejap, telinga kita belum salah dengar kan? Tadi mak sebut nama, Amz kan, cik hati?
Cik hati dah gedik mengangguk. Reaksi biasa bila nama si sos salad disebut-sebut. Tapi kita minta kepastian dulu. Manalah tahu salah dengar.
“Mak sebut siapa beritahu tadi?”
“Amzar.” Balas Puan Haniza.
Cik jantung pula mula beri reaksi. Dah berdebar-debar tak tentu hala.
“Amzar? As in Zariel Amzar, bos Alin, menantu olok-olok mak tu?” Alin cuba minta kepastian sekali lagi. Manalah tahu kalau ada Amzar lain pula.
“Ya, Alina Suffiya. Zariel Amzar. Dia yang beritahu mak masa dia datang petang tadi.” Jawab Puan Haniza. Wajah si anak direnung lama.
Alin melompat bangun. Rahang macam nak jatuh ke lantai sebab terkejut. Apa ke hal yang si sos salad sampai berani datang ke rumah dia ni?
“Dia buat apa datang sini?”
Terus dia terlupa hal Hairi. Hal si sos salad cari dia sampai ke rumah lagi penting!
“Dia cari Alin, lah.”
 “Dia nak apa?” Soal Alin. Kaki dah tak tahu duduk diam, dia mundar mandir di hadapan si emak.
“Hal kerja katanya.” Balas Puan Haniza.
“Hal apa?”
“Ya Allah, Alina Suffiya. Manalah mak tahu.” Pening kepala Puan Haniza tengok si anak pulang balik di hadapan dia.
Alin dan mula gigit jari. Kenapa dada dia tiba-tiba rasa lain macam? Serentak dengan itu, system pesanan ringkas telefon bimbitnya menghantar isyarat pesanan masuk . Mulanya dia hendak buat tak tahu tapi cik mata gatal hendak pandang nama yang tertera di skrin.
Sos Salad!
Dengan jari terketar-ketar Alin capai telefon dan pesanan yang diterima dibuka.
“TWO STRIKE!”
Alin terduduk di kerusi. Huruf besar tu! Apa yang aku dah buat kali ni? Tiba-tiba dia rasa macam darah dia disedut keluar dari badan. Hairi…mak…Amzar. Tiga nama itu berlegar-legar dalam kepala membentuk satu rantaian kisah. Oh Tuhan! Takkanlah dia dah tahu?
Alin pandang wajah si emak. Cik jantung dah berdebar. Cik hati dah kerisauan.
“Mak…” Alin telan liur. Nafas ditarik dalam-dalam.
“Apa mak dah cerita pada Amzar?”
Wajah Puan Haniza berubah. Alin dah rasa macam nak pitam. Oh please, mak. Please tell me you didn’t tell him everything, doa Alin dalam hati. Malu Alin, mak. Malu!
“Mak beritahu dia tentang Hairi.”
Cik jantung rasa macam nak luruh.
“Mak minta dia jagakan Alin. Jangan beri peluang Hairi rapat lagi dengan Alin.”
Cik hati rasa macam nak mati.
“Ingat sayang. Hairi tu suami orang. Jangan ulangi lagi kesilapan lalu tu, Alin.”
Alin tersandar di kerusi. Lemah segala sendi badan mendengar kata-kata si emak. Mak tak tahu lagi si Hairi dah menduda. Dan kalau mak tak tahu, maknanya cerita dia pada Amzar pun bukanlah cerita penuh. Baru separuh sahaja. Dan sekarang, mesti sos salad dah fikir yang bukan-bukan tentang dia. Sebab itukah dia dapat the second strike?
Hailaa…Kenapa makin rumit hidup aku ni?





Tuesday, April 16, 2013

Bab 18 : Dia...Random Guy


Pengumuman penting: Ok. Berita ni tak taulah nak kata baik ke tidak. Dia...Random Guy telah mendapat perhatian satu publisher. Dan Insya-Allah, DRG akan ke versi cetak (sebaik sahaja saya siapkan manuskrip penuhlah). Alhamdulillah, tak sangka sebenarnya ada pihak yang tertarik dengan DRG. Jadi impian kita nak tengok DRG jadi novel bercetak akan terlaksana, Insya Allah. Tapi.... publisher dah beritahu saya awal-awal, Farah, sila berhenti di bab 18. So demi menghormati permintaan publisher, ini akan jadi bab terakhir di blog. Huhuh...saya tahu you all semua tak suka tapi saya terpaksa. Tapi, saya akan cuba naikkan teaser. Jangan risau, bukan 2 lines teaser yg biasa saya buat tu. Heheh.... But all those panjang2 punya teaser, saya hanya akan letak di dalam Grup Tell a Tale. So, if you want to continue reading it, join the grup. Maafkan saya kalau ada yg tak suka dengan pengumuman ini. Saya tak berani janji bila jadi bukunya. Yang saya boleh cakap, saya akan usaha sedaya upaya. Dan saya harap, anda tak perlu tunggu sampai 5-6 bulan. Heheh... Terima kasih kerana tak jemu2 menyokong DRG. Dulu buat untuk puaskan hati sendiri saja tapi sekarang I'm writing this story for you all ~~         


Alina mengeluh kuat. Dia dah tak tahu nak guna bahasa apa lagi hendak bagi Hairi faham. Kelmarin selepas Hairi buat pengakuan tentang hubungan dia yang sudah berakhir, Alina juga dah memberikan jawapannya. Alina tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Hairi lagi. Rasa cinta dia pada lelaki itu sudah mati. Rasanya dah cukup jelas dan terang dia bercakap. Bahasa Melayu dah guna, bahasa Inggeris pun dah guna. Tapi nampak gayanya lelaki ini masih juga tak berhenti menganggu hidup dia. Nak suruh dia bercakap bahasa Mandarin, dia tak tahu. Bahasa Tamil lagilah tak tahu. Cakap Korea, Jepun atau German? Dia belum masuk mana-mana kelas lagi.
            Kaki melangkah mendekati Hairi yang sudah tersenyum simpul memandang dia. Kehadiran Hairi mencuri perhatian beberapa orang kakitangan wanita Prima Group. Siapalah yang tak terpaut dengan lelaki kacak macam Hairi ini. Tapi kalau setakat muka sahaja kacak tapi dalamannya berceloreng, buat apa.
            “Apa lagi ni Hairi?” Tahap kesabaran dia makin menipis bila melibatkan hal lelaki ini.
            “Happy birthday, sayang!” Sejambak bunga ros merah dihulurkan kepadanya.
            Alin terpempan. Tak sangka Hairi masih lagi mengingati tarikh lahirya.
            “Thank you.”
            “Dinner with me?” Ajak Hairi sebaik sahaja Alin menerima pemberian Hairi.
            Alin menggeleng laju. “No. Hairi, look. I rasa dah cukup jelas I cakap dengan you kelmarin. I dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan you. Jadi tolonglah jangan muncul depan I lagi.”
            “Tapi sayang, I dah cakap kan. I dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan. Let’s start over, Alina.” Hairi cuba memujuk dia.
            “No! Hairi, even if she’s dead, I will still give you the same answer. I tak nak! Tolonglah faham!” Dia dah sampai tahap nak merayu dah ini.
            Tapi Hairi masih lagi terus memujuk dan merayu. Sungguhlah ada juga yang mati kena hantuk kepala ke dinding sekejap lagi. Tangan Alin dah ringan nak naik mendapatkan kepala Hairi tetapi tiba-tiba dia terdengar satu suara ceria memanggil namanya.
            “Kak Alin!!!” Tiba-tiba badannya dipeluk  erat.
            “Aya?” Alin pandang wajah sepupu sos salad yang sedang tersenyum lebar memandang dia.
            “How are you my future sister in law?”
            “Err…Aya buat apa dekat sini?” Soalan Soraya dijawab dengan soalan. Future sister in law? Huh, you wish!
            “Angah Amz tak ada di sini kalau Aya datang nak cari dia.” Beritahu Alin. Cik jantung dan cik hati mula bertindak balas sebaik sahaja nama sos salad mula disebut-sebut.
            “Aya tahu. Angah Amz ke pejabat Pak Su, kan? Aya bukan nak cari dia. Aya nak cari Kak Alin. Jom, pergi makan? Tapi sebelum tu, ini siapa?”  Soraya pandang Hairi di sebelahnya.
            Belum sempat Alin hendak menjawab, Hairi terlebih dahulu bersuara. “I’m Hairi, Alin’s boyfriend.”
            Alin rasa macam hendak tercekik. Eh, kejap. Bukan dia hendak tercekik. Dia rasa hendak mencekik si Hairi sebenarnya.
            “Boyfriend, huh?” Soraya dah pandang Hairi dan Alin silih berganti. Ini ke punca Angah Amz jadi tak tentu arah? Tanya Soraya dalam hati. Hurmm… I have to do something!
            “Uuu…roses!” Soraya capai jambangan bunga rose dari tangan Alin. Kad yang terselit di celah Bungan rose merah itu diambil lalu dibaca. Tiba-tiba dia tersenyum gembira.       “Kak Alin and boyfriend Kak Alin. You berdua dah ada rancangan?” Tanya Soraya.
            Alin dan Hairi mengeleng. Senyuman Soraya makin melebar.

            Setengah jam kemudian, bukan setakat Hairi yang hendak dicekik. Cik sepupu sos salad pun hendak dicekik sama! Pandai-pandai cik sepupu tempah sebuah meja di sebuah kelab di tengah Bandar untuk sambut harijadi dia. Itu tak apalah juga. Yang buat dia bertambah geram bila melihat tetamu yang hadir. Entah bilalah cik sepupu ini buat kerja menjemput dua orang manusia yang duduk bertentangan dengan dia ini.
            Muka sos salad yang masam mencuka dipandang lama.Tadi masa di pintu masuk, sumpah, muka sos salad tak macam ini. Dia berani kerat jarilah cakap yang sos salad nampak gembira nampak dia tadi. Dia sendiri rasa hendak melompat suka apabila ternampak sos salad walaupun hati sedikit pedih bila ternampak kelibat soon to be mrs sexy goatee di belakang Amzar.
"Encik!"
"Alina!"
Serentak mereka bersuara. Nampak sangat masing-masing tak sangka akan bertemu di sini. Muka Amzar yang kelat sewaktu masuk ke dalam kelab tadi tiba-tiba jadi berseri.
"Angah Amz, you're here! Great. Jom masuk." Soraya terus tarik tangan Amzar dan Alin masuk ke dalam. Helena di belakang cuma tersenyum. Hairan juga Alin tengok reaksi Helena yang bersahaja.
Alina curi pandang sos salad.
Berapa hari dah kita tak jumpa? 
Amzar curi pandang cik kerani.
It's been three days, lady.
Dia senyum pada sos salad dan sos salad pun balas senyuman dia. Hampir tiga hari mereka tak bertemu. Bohonglah kalau Alin cakap dia tak rindu walaupun dia tahu kalau bertemu pun Amzar bukan melayan dia dengan baik. Tapi orang kata, kalau dah suka tu manalah nak nampak benda buruk lagi.
            Tapi seri di wajah Amzar hilang dan senyuman di bibirnya mati sebaik sahaja mereka sampai di meja. Amzar kembali menjadi mamat kerek kejung yang menjengkelkan. Sungguh Alin memang tak faham dengan mood swing lelaki yang seorang ini. Tengok tu, pandang aku macam hendak membunuh tu kenapa?
            Tiba-tiba dia terdengar suara Soraya dah Hairi menyanyikan lagu Happy Birthday di belakangnya. Soraya dah Hairi berjalan mendekatinya dengan sebiji kek di tangan Soraya.
Happy birthday to you…
Happy birthday to you…
Happy birthday dear Alina..
Happy birthday to you….
Soraya, Helena dan Hairi bersama menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Alin. Sos
salad? Berdiri macam patung cendana dengan muka tak puas hati di sisi Helena.
“Yeay…blow the candle, Kak Alin…” Soraya halakan kek dekat ke muka Alin. 
Nafas ditarik lalu ke hembus ke arah tiga batang lilin di atas kek. Dua terpadam namun ada satu yang masih lagi menyala. Apa hal pula yang payah sangat ni? 
Alin cuba menghembus tapi api lilin hanya meliuk lintuk. Haish…degil pula yang sebatang ni. Terkenan perangai sos salad ke apa?
“Here, let me help you Alina.” Tiba-tiba Hairi mendekatkan diri ke sebelah.
“Err…” Tak sempat Alin hendak melarang, Hairi sudah mendekatkan muka ke arah kek.
Jarak mereka hanya beberapa inci sahaja. Haruman Drakkar Noir yang menjadi pewangi kegemaran Hairi menusuk ke hidung Alin.  He smells good. Like always. Haip, cik hati! Behave!
Api lilin terpadam. Hairi menoleh pandang muka dia. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya. Woah…cair...cair…cair… Haip, cik jantung! Bawa bertenang, boleh? Tapi macam biasa, cik jantung dan cik hati dia memang payah hendak mendengar kata. Otak dah suruh pandang ke arah lain, tapi mata tetap nak renung wajah Hairi. Wajah yang satu masa dulu buat tidur malam dia tak lena. Makan dia tak kenyang. Mandi mujurlah masih basah lagi.
“Ehem! How long are we going to stand like this? Let’s get this over with. I banyak kerja lagi.” Tiba-tiba Amzar bersuara keras.
Alin yang tersentak dengan suara keras Amzar segera menjarakkan diri dari Hairi. Tidak, Alin. Jangan cepat sangat nak lembut hati. 
Mata kemudian melirik ke arah sos salad yang dah duduk di sebelah Helena. Helena dilihat sedang berkata sesuatu pada Amzar yang membuatkan wajah lelaki itu bertambah tegang. Ini apa hal yang nak masam mencuka saja ni? Tak ikhlas nak datang ke apa? Banyak sangat kerja, pergilah balik. Bukan dia pun yang minta harilahir dia disambut. Cik sepupu awak juga yang plan, ok! Hati Alin mengomel sendiri.
“Ok…time for presents!” Soraya, cik sepupu yang ceria sentiasa cuba meredakan keadaan yang sedikit hangat. 
“Kak Alin, ni untuk akak.” Soraya hulurkan bungkusan hadiahnya kepada Alin.
Hadiah yang berbalut dengan kertas pembalut berwarna merah hati itu bertukar tangan. 
“Err…nak kena buka ke?” Tanya Alin bila tengok muka Soraya teruja sangat memandang dia.
“Of course! Cepatlah….” Gesa Soraya.
Walaupun hati berat, tapi Alin turutkan juga permintaan Soraya. Pembalut dibuka. Melihat label yang tertera di atas kotak, mata Alin sedikit terbeliak. Erk…Alin pandang wajah Soraya dan renung dia dengan pandangan are-you-serious? Soraya hanya kenyit mata.
Hailaa…cik sepupu ni. Kenapalah terlebih daring sangat budak ni?
“What is it Alina? Come, share with us.” Helena bertanya.
Cepat Alin menggeleng. Nak cari penyakit tunjuk benda ni pada semua orang?
“Err…just, something…” Kotak itu dibalut semula. 
“Ala…takkan tak boleh share? Knowing Aya, I know she must have bought something nice.”
Haah…something nicelah sangat! Gumam dia dalam hati.
“Alina?” Hairi pula yang bersuara dengan pandangan yes-share-it-with-us.
“Tak apalah…” Alin letakkan hadiah Soraya ke tepi.
“Laa…memang tak boleh share? Please?” Helena terus mendesak.
“Tak boleh!” Hah, kan dah tinggi suara dia. Tak faham bahasa ke apa?
Namun bila melihat air muka Helena dah berubah rona, Alin rasa bersalah pula.
“Err…Cik Helena…” Belum sempat dia hendak minta maaf, tiba-tiba sos salad bangun dan mendekati dia.
“Oh, for the love of…Just show the damn thing, Alina!” Kotak hadiah di sebelah Alin dicapai.
“No!” Alin cuba hendak halang namun Amzar dah memegang kuat kotak hadiah itu. Jangan cari pasal encik. Malu saya nanti!
Sesi tarik menarik berlaku. Memburukkan lagi keadaan, Hairi pula masuk campur. Daripada sesi tarik menarik berdua, kini dah jadi bertiga.
“Hey, she said no. Tolong hormat sikit.”
Amzar pandang Hairi tajam. “It’s none of your concern. Stay out of it.”
“When it comes to Alina, it is my concern!”
“Who the hell do you think you are?” Soal Amzar.
“Who the hell do you think you are?” Hairi soal balik.
“I’m her…”
“Oh Tuhan! Stop it you two!” Alin menjerit geram. Rasa nak tampar dua manusia di kiri kanan dia ini laju-laju. 
“Nak sangat tengok kan?” Kotak hadiah dibuka.
“Nah, tengok puas-puas!” Kotak ditolak ke dada Amzar. 
“Happy?” Tanya Alin sarkastik.
Mata Amzar dah membulat pandang isi kotak. Speechless! Apa yang ada dalam fikiran adik sepupu dia ini sampai sanggup hadiahkan cik kerani dia pajama satin ini? Amzar pandang Alin dan kotak di tangan silih berganti. Kepala dah mula hendak berfikrian nakal. Apabila melihat Hairi mula nak tumpang tengok sama, cepat-cepat dia tutup kotak lalu diserahkan kembali kepada Alin.
“Simpan!” Ujar Amzar tegas.
“And don’t you dare show it to him!” Mata menjeling ke arah Hairi. It’s for my eyes only, bisik hati Amzar. Kemudian dia kembali mengambil tempat di sisi Helena.
“Ok, jom potong kek…” Soraya cuba menceriakan kembali keadaan selepas beberapa minit mereka berdiam diri. Kek dipotong lalu diagih-agihkan. Soraya cuba mencerikan keadaan dengan keriuhan mulutnya. Namun rasa janggal itu masih lagi terasa. Tak lama kemudian, Soraya minta diri mahu ke tandas. Dan tempat mereka terus menjadi sunyi.
Alin hanya tunduk dan bermain-main dengan krim kek di dalam piring. Tak ada selera langsung hendak menikmati chocolate indulgence itu. Hairi yang cuba mengajak dia berbual tidak dilayan. Sesekali mata Alin melirik ke arah sos salad yang seperti dia, hanya menguis-guis krim kek di dalam piring. Marah lagikah sebab dia meninggikan suara kepada Helena tadi?
“Kak Alin…” Panggil Soraya yang baru kembali ke tempat duduknya.
“Jom…” Tangan Alin ditarik Soraya.
“Nak pergi mana?”
“Karoks…” Soraya sengih lebar.
“Karoake?” 
“Ya. Come on!” Ajak Soraya bersungguh-sungguh.
“Tapi suara Kak Alin tak best...” Alin cuba mengelak.
“Duhh...Mana ada orang yang berkaraoke suara sedap? Kalau sedap, baik jadi penyanyi je kak. Jomlah...let’s do it for fun. Boleh release tension juga.”
“Mana ada akak tension!” Cepat Alin menafikan kata-kata Soraya.
“Ye lah tu. Dari kita sampai tadi, Aya boleh nampak something is bothering you. Care to share?”
“No!”
“Jadi betullah akak ada masalah?”
“Errr...” Takkan nak beritahu Soraya cik hati dengan cik jantung dia tengah libang libu sebab abang sepupu dia?
“Let it all out, Kak Alin.” Soraya pandang dia penuh makna.
“Apa maksud Aya?” Lain macam saja pandangan cik sepupu ini.
Soraya hanya senyum. Tangan Alin ditarik bangun.
“I know just the perfect song for you.”
“Soraya...” Alin cuba hendak membantah tapi kalau dah namanya satu keturunan dengan si sos salad, memang gen degil itu sangat dominan.
“Where are you going?” Tanya Amzar. 
“Aya dengan Kak Alin nak karaoke.”
“What? No!” Amzar cuba tarik tangan cik sepupu supaya duduk kembali tapi cepat cik sepupu tepis.
“Rilekslah angah. You all just sit back and enjoy the song, ok?” Ujar Soraya kepada yang lain. Sempat juga dia kenyit mata pada Amzar.
“Aya...akak tak naklah!” Alin dah panas muka bila beberapa mata mula memberi tumpuan kepada mereka. Isyhh...tak pernah dibuat keturunan menyanyi di tempat awam macam ini. Lagi pula kena menyanyi depan si sexy, si encik ex dan si soon-to-be-mrs sexy. Cik jantung dan cik hati pun dah tak keruan dibuatnya.
“Kak Alin! Listen to me. Aya tahu...”
“Tahu apa?” 
“What’s in your heart. Angah Amz...” Sekali lagi Soraya tersenyum penuh makna sambil jungkit kening.
Alin dah menggelabah. Aiyooo kalau Soraya boleh nampak, orang lain macam mana?
“And I want you to know, I’m rooting for you.”
“Hah?” Cik sepupu ni ada teropong hati ke? Semua benda pun dia tahu? Haishh...malu pula rasanya.
“Angah Amz tu typical male. Ego je lebih. Buta hati! So let’s push him a bit, shall we?” Soraya mula tersenyum nakal. 
Oh no! I smell trouble. Jangan nak bukan-bukan sangat cik sepupu oii.
Soraya berbisik sesuatu ke telinga tukang jaga peralatan karaoke. Lepas angguk sana, angguk sini, si pengendali peralatan karaoke berjalan mendekati mikrofon. 
“Ok ladies and gentlemen, we have another couple who’s going to sing for us tonight. Give it up for Miss Soraya and Miss Alina!” 
Bunyi tepukan bergema di segenap pelusuk kelab. Alin dah ditarik Soraya ke tengah pentas. Nak lari tak boleh. Tangan cik sepupu punyalah kuat mencengkam tangan dia.
“Ok. This special song is dedicated to a special someone in this lovely lady's life. Enjoy!”
Sebaik sahaja muzik intro kedengaran, Alin dah rasa macam hendak pitam. Hailaa cik sepupu kenapa lagu ini juga yang awak pilih.
“Listen to your heart, Kak Alin,” bisik Soraya sebelum dia mula menyanyi. 
You're just too good to be true
I can't take my eyes off you
You'd be like heaven to touch
I wanna hold you so much
At long last love has arrived
And I thank God I'm alive
You're just too good to be true
Can't take my eyes off you…
Alin menyanyi mengikut rentak muzik yang terpasang. Kemudian mata Alin automatic memandang ke arah meja mereka. Gulp! Rasa macam hendak minta lantai yang dipijak telan dia hidup-hidup sekarang ini.
Si sos salad masam mencuka....
Si encik ex sedang tersenyum sampai telinga…
Oh Tuhan, make me disappear!!!

Setengah jam kemudian, Amzar dan Helena memandu pulang bersama. Itu pun selepas dia bertengkar kecil dengan Alina dan Hairi di hadapan kelab. Hairi bertegas mahu menghantar cik keraninya pulang ke rumah. Amzar pula entah kenapa, apabila memikirkan cik kerani akan duduk satu kereta dengan Hairi hati dia jadi sakit. Memburukkan lagi hal, adik sepupu dia pun macam hendak beri peluang Hairi dan cik kerani berdua-duanya. Mujurlah itu adik sepupu sendiri. Kalau orang lain dah lama kena dengan dia.
“Dia datang dengan aku, biar aku hantar dia balik!” Kata Hairi.
“She’s my staff. Dia bawah tanggungjawab aku. Biar aku yang hantar dia balik!”
“Tapi rumah Angah dengan rumah Kak Alin kan lain arah. Takkan Angah nak patah balik dua tiga kali, kot?”
“Then you send her home!”
“Tak boleh. Aya ada janji dengan kawan Aya lepas ni. Biarlah Abang Hairi yang hantar Kak Alin balik. Rumah mereka pun satu hala. Angah hantar saja Kak Helen balik. Senangkan? Suka sangat nak rumitkan keadaanlah angah ni!” Bebel Soraya.
Amzar tahu dia dah kehabiskan modal hendak menghalang Hairi dari menghantar cik kerani balik. Nak cakap bertekak lebih pun tak ada guna memandangkan cik kerani sendiri tidak bersuara. Sudahnya dia hanya mampu memandang cik kerani berlalu pergi dengan Hairi.
“You like her don’t  you?” Soalan Helena menyentak lamunan Amzar.
Soalan Helena dibiarkan tanpa jawapan.
“I take that as a yes.” Helena jawab sendiri sambil ketawa kecil
“Jangan tunggu lama-lama Amz. Dari apa yang I tengok tadi, that guy, Hairi pun nampak berminat dengan Alin tu.”
“She hates him!” Keras Amzar menjawab. Terlalu keras hingga dia tak tahu sama ada dia sedang membuat satu kenyataan kepada Helena atau pun sedang cuba menyakinkan diri sendiri.
“Really? Then tell me. Kenapa I yang berada dalam kereta you sekarang dan bukannya Alin?” Helena angkat kening sebelah.
Amzar mendengus geram. Helena ketawa.
“Oh, you’ve fallen hard, buddy!”
“Shut up, Helen!” Amzar bersuara dari celah gigi.
“Hey, I’m just being honest. Dan I rasa you sendiri kena buat perkara yang sama. Jujur dengan diri sendiri. Susah sangat ke?” Sindir Helena.
Amzar jeling Helena, tanda dia tidak suka hendak bercakap tentang perkara ini.
“Amz…” Panggil Helena.
“I don’t want to hear it, Helena!”
“But…”
Amzar menoleh ke arah Helena dan merenungnya tajam. “Shut up!”
Helena angkat tangan menyerah. Beberapa minit kemudian dia menyeru kembali nama Amzar.
“Oh Tuhan! What Helen? What? You nak suruh I cakap apa? Ya, I sengaja tak ke syarikat tiga hari ni sebab nak jauhkan diri dari Alin sebab I sakit hati tengok dia dengan lelaki itu. Ya, I tak pernah rasa nak belasah orang macam yang I rasakan tadi masa tengok Alina balik dengan lelaki tu. Ya, jiwa I tengah kacau sebab Alina. Itu yang you nak dengar?” Bentak Amzar.
Helena tersengih. “Err…sebenarnya I nak minta you berhenti dekat 7-Eleven depan tu. I nak beli barang sikit.” Jawab Helena selamba.
Amzar mendengus geram.  Kalau tak memikirkan Helena ini kawan baik dia sejak kecil, memang dah lama ditinggalkan di tepi jalan ini. Tak pasal-pasal rahsia hati dia dah terbongkar. Lain kali belajar untuk menjadi lebih bersabar, Amzar!
Kereta dihentikan di tepi jalan. Sebelum keluar sempat Helena bersuara, “Jiwa yang kacau tu ada ubatnya, Amz. You kena buang sikit ego tu saja, sembuhlah kekacauan you tu.”
Amzar mengeluh kuat. Kepala di sandarkan ke belakang. Cermin kereta diturunkan, membiarkan udara dari luar masuk ke dalam. Namun itu masih belum dapat menenangkan hatinya. Pintu kereta dibuka lalu dia melangkah keluar. Dia bersandar di badan kereta dengan kepala mendongak ke atas. Saat itu pandangannya tertancap kepada bulan yang mengambang penuh di dada langit.
“She loves to look at the moon,” bisik Amzar perlahan.
Kenangan dia bersama cik kerani menikmati keindahan bulan di pantai Terengganu beberapa minggu lalu kembali terlayar di fikiran. Perlahan bibirnya menguntum senyum mengingatkan wajah cik kerani yang asyik merenung bulan. Senyuman di bibir mengendur tiba-tiba bila teringatkan janjinya yang tidak ditepati. I promised her I will try not to raise my voice. Tapi nampaknya sudah berkali-kali dia memungkiri janji. Hatinya bertambah tidak senang.
iPhone dikeluarkan. Nombor telefon cik kerani di cari lalu panggilan dibuat. Pick up, Alina. Please pick up, pinta Amzar dalam hati. Selepas lima kali deringan, talian cik kerani bersambung. Amzar tarik nafas lega.
“Hello…” Dingin suara cik kerani menjawab panggilannya di sebelah sana.
“Alina?”
“Ya…”           
“Are you home?” Tanya Amzar perlahan. Remember your promise, Amzar.
“Ya. Baru sampai.”
“You di mana sekarang?”
“Di laman rumah. Ada apa encik telefon saya ni?” Tanya Alina. Masih dalam nada suara yang sama.
Amzar tersenyum nipis. “I’m sorry…”
Di sebelah sana, Alina dah mula lembut hati. “Untuk apa?”
“Untuk semuanya. I’m sorry.”
Di sebelah sana, Alina dah tersenyum.
“Alina…”
“Ya?” Cik jantung dan cik hati dia rasa  berbunga-bunga mendengar Amzar menyebut namanya.
“Look up at the sky…”
Alin pandang ke langit. Bulan penuh yang menghiasi dada langit mengamit pandangannya.
“Subhanallah… Cantiknya.” Ujar Alin perlahan. Sungguh ciptaan Yang Esa itu memang terlalu indah untuk digambarkan dengan perkataan.
“Selamat ulanngtahun kelahiran, Alina Suffiya.” Ucap Amzar perlahan.
Alin tersenyum. Nada suara Amzar yang lembut mengingatkan dia kembali kepada detik ketika Amzar berjanji tidak akan meninggi suara dengan dia.
“Alina…”
“Hmm?” Alin pejam mata.  Dia rindu nada suara itu. Nada suara yang Amzar gunakan ketika mereka menikmati keindahan bulan di Terengannu. Ya Allah, Amzar.  Don’t use that tone, please! Tembok yang dibina di sekeliling cik hatinya mulai hendak rntuh.
Di sebelah sini, Amzar berjeda lama. Kemudian nafas ditarik dalam. Tanya sajalah Amz. To ease your mind.
“Lagu yang you nyanyi tadi…” Here goes nothing!
“Ya? Kenapa?” Cik jantung dah berdegup pantas.
“Was it for him?” Amzar tahan nafas.
Alin terkedu. Mata dibuka perlahan. Jawapan apa yang perlu diberi? Yang palsu demi untuk menjaga air muka sendiri atau jawapan yang sebenar demi ketenangan hati dan perasaan dia sendiri? 
“Listen to your heart, Kak Alin…” Dia teringat kata-kata Soraya tadi. Ya, mungkin dah sampai masa dia dengar kata cik hati.
Alin  pejam mata, tarik nafas panjang dan buka kembali mata. Dengan suara yang tenang dia menjawab, “No, it’s not for him…”
Di sebelah sini, Amzar menghela nafas lega.
“Jadi untuk siapa?” Tanya Amzar. Namun belum sempat dia mendengar jawapan Alin dia terdengar namanya diseru Helena yang sudah selesai membeli barang
“Is that Cik Helena?” Soal Alin.
“Err…ya.” Teragak-agak Amzar menjawab. Kenapa tiba-tiba dia rasa…bersalah?
“Alina…”
“Good night, encik.” Talian terus dimatikan.
“Alina? Alina? Damn it!” Amzar menjerit geram.
“Amz? What’s wrong?” Tanya Helena yang kelam kabut mendapatkan Amzar.
Amzar pandang Helena. What’s wrong? Hati dia tengah sakit. Good night, encik. Kenapa dia rasa ucapan cik kerani itu seperti good bye?

Di sebelah sana, Alin pegang dada. Pedih. Perit. Kenapalah dia tak pernah nak pegang kata-kata sendiri? Dia dah pasang tekad hendak lupakan perasaan yang baru bercambah untuk Amzar. Tapi malam ini, hanya kerana lelaki itu kembali menjadi lelaki yang buat dia jatuh hati di Terengganu dulu, terus dia lupa pada tekadnya. Listen to your heart, konon. Sudahnya ini yang dia dapat? Dia dah ada soon-to-be-mrs sexy, Alin! Untuk seketika tadi dia terlupa tentang hal itu. Mental note pada diri sendiri. Lain kali jangan dengar cakap cik hati atau kita akan cepat mati!
Dari dalam rumah, suara Patty LaBelle mengalunkan lagu  If Only You Knew kedengaran dari stesen radio kegemaran mak.
I must have rehearsed my lines a thousand times
Until I had them memorized
But when I get up the nerve to tell you…
Alin ketawa perlahan. Tubir mata terasa hangat. If only you knew, Zariel Amzar. If only you knew…