Followers

Wednesday, November 6, 2013

Bab 3 : Hanya Dia...Cinta

Demi memenuhi cabaran Syah Syah dan Que Sera Sera....Saya bawakan anda Bab 3 #2...
----

Nafas ditarik dalam-dalam. Pandangan ditala ke luar tingkap. Dia rimas dan dia lemas. Kalau tak mengenangkan itu Kak Long sendiri, memang dah lama dia cabut keluar dari bridal gallery itu. Masuk kali ini dah tiga kali dia kena hadiri sesi fitting baju bride’s maid. Tiga kali! Nak kata baju dia ada masalah, rasanya sejak sesi mencuba kali pertama dulu dia dah beritahu kurung modennya itu elok muat di tubuh. Tapi kak longnya, Sofea masih hendak heret dia ke sini. Bajunya serupa itu juga. Masih blink-blink dengan batu dan manik bagai. Bukanlah ada berubah apa-apa pun!
            Zara jeling suasana riuh berhampirannya. Muncung ditarik.
          “Kalau ya pun tak suka, janganlah tunjuk sangat cik adik sayang…” Tegur kakak keduanya, Nadine.
            “Kak Ngah…” Zara merengek manja.
Antara Sofia dan Nadine, dia lebih rapat dengan kakak keduanya ini. Mungkin sebab Nadine sekepala dengan dia. Sempoi dan tak banyak karenah.
“Sabarlah sikit. Sekejap lagi settlelah,” pujuk Nadine.
“Zara tak fahamlah. Kenapa Zarr kena ada kat sini juga? Tak ada purpose pun!”
Nadine senyum nipis. “To show your support? This is our sister’s wedding, dik. Kak ngah tahulah Zarr tak suka dengan benda ni semua but please, bear with her. She’s over the moon and she wants to share this journey with us.”
Zara mengeluh. “Fine…” Nak komplen banyak pun gaya macam Nadine nak sebelahkan dia. Kakak dia yang seorang ini rasional orangnya. Tak mainlah nak side sesiapa. Kalau tak betul tu, semua pun kena! Tapi kakak yang inilah dia paling sayang.
“So…anything interesting happened in your life lately?” Soal Nadine.
“Nothing.”
“Really?” Kening Nadine dah ternaik sebelah.
Zara jeling si kakak. Buat-buat tak tahu pula. Macamlah Nadine tak tahu apa yang jadi dalam hidup dia sekarang. Selain daripada rasional, Nadine juga yang paling ambil berat tentang hidup dia. Sofea? When the mood suits her sajalah.
“How’s that guy?” Tanya Nadine sambil tersenyum.
“I don’t want to talk about him!” Balas Zara geram.
“Aik, marah lagi ke?”
Zara mendengus perlahan. Marah? Mahu taknya. Adhan dah buat dia termalu sendiri!
“Kalau ikutkan, bukan salah dia pun dik. Awak yang jump to conclusion. Perangai yang sat utu bilalah nak berubah, Zara?”
Zara tarik muncung. “Kak Ngah ni asyik nak sebelahkan dia saja kenapa?”
“Laa…bukan Kak Ngah nak sebelahkan dia. Kak Ngah cakap benda yang benar kan? Awak yang suka sangka bukan-bukan. Dah lah tu, tak nak minta maaf pula.”
“Dia yang salah!” Zara cuba lagi nak tegakkan benang basah.
Nadine ketawa perlahan.
“Ya lah, semuanya salah Adhan. Awak tak salahlah ya?” Perli Nadine.
Zara gigit bibir. Salah dia ke? Yalah...memang salah dia. Tapi... Kenangan dua malam lepas di café #2 kembali terlayar di kotak memori…

“So, Adhan still ganggu kau?” Tanya Nani.
“Mahu taknya? Tak cukup call, dia datang office. Tak datang office, dia text aku! Kalau kau nak tahu, baru tadi dia text aku tanya apa jawapan aku!” Gumam Zara geram.
Nani ketawa besar. “He’s really into you, huh?”
“Banyaklah kau punya, into you! Dia tu tak faham bahasa sebenarnya!”
“Rileklah Zara. Kau ni aku hairanlah. Orang dah nak, kau tak nak. Eh, he’s a good catch tau. Apa yang tak cukupnya dia tu? Pakej lengkap untuk calon suami.” Beritahu Nani panjang lebar.
“Kalau kau nak, kau ambillah!” Lancang mulut Zara bersuara.
“Betul? Eh, babe. Kalau si Adhan tu nak kejar aku, memang aku grab dah. Masalahnya he only got his eyes on you. Ada faham?”
“Whatever! Mata dia je kat aku. Mata aku bukan pada dia pun.” Balas Zara. Sudu dan garfu dicapai. Belum sempat pineapple fried rice disudu, tiba-tiba dia rasa tengkuknya meremang. Apahal pula ni? Zara angkat kepala, pandang ke sekeliling. Satu persatu wajah pelanggan café dipandang. Dan bila tiba ke arah seseorang berhampiran kaunter…
“Biar benar!” Suara dia dah meninggi.
“Apanya?” Soal Nani yang baru hendak menyuap nasi ke dalam mulut.
“Dia ni memang melampau!” Zara hempas sudu dan garfu ke atas meja lalu berdiri,
tinggalkan pineapple fried rice yang belum sempat dicuit dan berjalan menuju ke arah insan
yang buat darah dia asyik naik sahaja hari ini.
“Adhan Mikhail!” Panggil Zara geram.
Adhan berpaling. Dahi berkerut seketika sebelum dia tersenyum lebar.
“Hai, princess!”
“Hai?! Hai?! Are you serious?” Soal Zara berang.
“Err....”
Tak sempat Adhan hendak menjawab, Zara dah potong cakap dia. 
“You buat apa dekat sini?” 
“Err, I...”
Sekali lagi kena cantas. 
“You ikut I, ya? Ya Allah, Adhan! What is wrong with you? I know you want your answer, tapi beri I masa boleh? You ingat benda ni benda mudah ke? Tadi you soal, sekejap lagi dapat jawapan? I need time, I need space. You tak payahlah nak mengekor I setiap masa! Dah macam stalker saja rupanya!” 
“Err...boss?” Tiba-tiba ada suara ketiga yang muncul antara mereka.
Zara dan Adhan menoleh serentak ke arah seorang pemuda yang baru mendekati mereka.
“Yes, Jo?”
“Sorry ganggu, boss. But I need your signature.” Pemuda bernama itu Jo menyerahkan sebuah clipboard kepada Adhan. 
Boss? Zara dah mula rasa lain macam.
Adhan dilihat meneliti clipboard di tangan sambil tersenyum. Selepas tandatangan diturunkan seperti yang diminta, diserahkan kembali clipboard itu kepada Joe. 
“Boss, nanti ke belakang sekejap. Supplier nak jumpa.” 
“Ok. Lima minit. Saya ada hal sikit nak settle dengan customer ni,” beritahu Adhan sambil menjeling sekilas ke arah Zara. Sebaik sahaja Joe berlalu, Adhan kembali mengadap Zara.
Zara dah mula rasa nak demam. Gulp!
“So, you were saying?” Adhan dah senyum nakal dengan kening terangkat sebelah.
 “Zara?” Panggil Adhan bila melihat Zara dah terdiam.
“B…b…bos?” Tanya Zara. Please don’t let it be true!
“Yup…”
“This is your café?”
“Yup…”
Zara dah rasa nak pengsan. Oh Tuhan! Oh malu! Mana sorok muka? Tak tunggu lama, Zara terus pusing ke belakang dah kemabli duduk di mejanya.
“Weh…itu Adhan kan?”
Zara angguk.
“Dia buat apa dekat sini?”
Zara telan liur. “Apparently, he own this place.”
“What?” Mata Nani dah membulat.
Zara angguk. How ironic! Punyalah selama ini dia dan Nani melepak di café ini. Dia boleh tak tahu ownernya Adhan? Lelaki yang tengah asyik nak kejar dia. Nak kahwin dengan dia. Ish…ni yang rasa nak hantuk kepala ke dinding saja ni.
“Wow! Tambah lagi pointer untuk dia. Babe… really. Apa lagi yang kau nak? Dia dah cukup sempurna dah tu.  He’s hot! He’s kind. Boss besar tempat paling happening di KL! Apa lagi yang kurangnya Zara?”
“Dia…”Zara teragak-agak nak jawab.
“Dia apa?” Soal Nani.
“Dia…” Haishhh…serba salah betul nak jawab.
“Dia apa?” Naik satu oktaf suara Nani.
“Dia belum buat perut aku rasa macam ada beribu-ribu kupu-kupu lagi!”
“Hah?”
Zara terus tertunduk. Alasan memang nampak mengarut tapi memang itu yang dia rasa. Bila dengan Adhan, dia belum ada rasa 'itu' lagi. Tiba-tiba dia rasa belakang tengkuknya meremang. O-kay. I don’t like this feeling. Perlahan Zara angkat kepala, pandang muka Nani yang tengah tersengih-sengih sambil memandang ke arah belakang Zara.
Yes! I definitely don’t like this.
“He’s behind me, huh?”
Nani angguk. "Oh yeah..."
“So…” Suara ‘he’ yang sedang diperkataan kedengaran tiba-tba dekat dengan telinga dia. 
“You want butterflies in your stomach, huh?” Adhan dah angkat-angkat kening
Zara dah panas muka.
“Well, princess. Satu cara sahaja nak bagi impian you tu terlaksana…” Adhan senyum meleret.
“What?” Zara dah rasa nak ketuk kepala sendiri. You should shut your mouth, Zara!
Senyuman Adhan makin meleret. Perlahan dia dekatkan mulut ke telinga Zara dan
berbisik, “Jom…kahwin! I’ll give you millions of butterfly!” 
Gulp!
Belum sempat Zara nak beri apa-apa reaksi, tiba-tiba dia terdengar nama Adhan dipanggil seseorang. Adhan berlalu tinggalkan dia dan mendapatkan seorang lelaki yang berdiri berhampiran dengan pentas kecil di bahagian hadapan café. Selepas sesi angguk-angguk dan bisik-bisik antara Adhan dan lelaki itu, Adhan pandang Zara, kenyit sebelah mata dan senyum senget.
Zara dah berkerut dahi bila melihat Adhan dah berjalan ke arah sebuah stool yang diletakkan di tengah stage. Si lelaki yang menyeru nama Adhan tadi dilihatnya menghulurkan sebuah gitar ke arah Adhan. Oh my! Jangan cakap dengan aku dia nak menyanyi?
“Hai ladies and gentleman. Memandangkan house band kami malam ini ‘hilang’ penyanyi utamanya, so I’ll take this opportunity to take his place for tonight. I hope its ok with you guys?”
“Yesssss!” Jawab hampir kesemua pelanggan café.
Adhan senyum, menampakkan lekuk di dagunya. Matanya terus mencari kelibat Zara. Dengan pandangan tepat ke dalam anak mata Zara, dia berkata “This one goes for her…” Dan suara garau Adhan mula memenuhi ruang café…
"But if there's a pill to help me forget, God knows I haven't found it yet, But I'm dying to, God I'm trying to, 'Cause trying not to love you, only goes so far Trying not to need you, is tearing me apart..."
"Damn Zarr. He's really into you!" Bisik Nani di sebelahnya.

Zara terkedu. Kupu-kupu dalam perut? Rasanya tak perlu tunggu sampai dia kahwin dengan Adhan. Sekarang ni pun dah mula rasa! Damn, he is hot!

No comments:

Post a Comment