Followers

Sunday, April 7, 2013

Bab 15 : Dia...Random Guy


Balik daripada makan tengah hari, Alin tak terus ke tempatnya. Sebaliknya dia terus ke kawasan tangga yang jarang digunakan orang. Di sana, dia terus menghubungi Wawa. Peristiwa yang terjadi terus diceritakan kepada Wawa dari A hingga Z.
“Sekejap. Let me get this straight. Kau terserempak dengan your worst nightmare. Orang yang buat dunia kau berpusing seratus lapan puluh darjah. Orang yang sama buat kau trauma berbulan-bulan lamanya, dan kau boleh terkedu? Tergamam sampai tak tahu nak buat apa-apa? Macam itu?” Soal Wawa panjang lebar.
“Err…yes?” Jawab Alin takut-takut.
Di hujung talian, Wawa dah mula menyumpah.
“Astagfirullahaladzim…” Cepat-cepat Wawa istghifar panjang.
“Nasib baiklah kau bukan depan muka aku sekarang Alin. Kalau tidak memang dah lama aku tampar laju-laju!” Ujar Wawa geram.
“Waa…” Alin dah buat suara kasihan.
“Dah, tak payah nak buat suara macam itu dengan aku. Tak ada makna aku hendak kasihan. Ya Allah, Alin…bukan ke kau yang beriya cakap dulu kalau kau jumpa lagi lelaki tak guna tu kau nak belasah dia cukup-cukup. Ini tidak, kau boleh kaku tak cakap apa-apa?” Suara Wawa kembali meninggi.
“Cakap memang senang Wawa tapi nak buat tu, kau ingat senang?”
“Apa yang susahnya? Kau cuba ingat balik apa yang dia dah buat pada kau, automatic perkataan-perkataan itu keluarlah!”
Darah Alin naik tiba-tiba. “Sebab aku ingat apa yang jadilah aku terkaku depan dia tadi Wawa. Bila aku teringatkan apa yang dia dah buat, terus aku ingat apa yang jadi pada hari malang tu.  Terus aku teringat malu yang aku dapat, malang yang timpa keluarga aku. Terus aku terbayangkan arwah terlantar sakit berbulan-bulan dalam hospital. Terus aku teringatkan mak yang siang malam menanggis disebabkan aku! And I did nothing, Wawa. I did nothing but locked myself in my room, crying my hearts out and just watched my family falls apart! Itu yang aku ingat, Wawa!” Tempelak Alin.
Wawa terdiam. Lama mereka berdua mendiamkan diri. Masing-masing cuba menenangkan hati yang sedang panas.
“Alin…”
“Wawa…”
Serentak mereka bersuara. Akhirnya ketawa kecil meletus.
“I’m sorry, Alin.”
“Yeah, me too. Kesian baby, terpaksa dengar mummy dia menjerit-jerit.”
“It’s ok. Baby dah biasa dengar mama dia jeritkan papa dia yang sengal tu.” Wawa buat lawak.
“So, what now?” Tanya Wawa.
Alin mengeluh. “Aku tak nak jumpa dia lagi Wawa. Tapi…”
“Tapi apa?”
“Harapan tinggal harapan saja nampak gayanya. Si sos salad tu bukan main baik hatilah pula tadi siap bertukar kad nama dengan si Hairi tadi.” Jawab Alin berang.
Ringan sahaja dia hendak sahaja dia ketuk tangan sos salad semasa dia bertukar-tukar kad nama dengan Hairi tadi.
“Sos salad? Sos salad mana pula ni?” Tanya Wawa hairan.
Alin tepuk dahi. Terlupa pula Wawa tak tahu cerita nama Amzar kini dah bertukar jadi sos salad. “Dia, random guy.”
“Ooo..bos kau. Eh, kenapa pula jadi sos salad sekarang ni?”
“It’s a long story. Nantilah aku cerita.” Dia tak mood nak bercerita pasal sejarah asal usul nama sos salad sekarang ni sebab dalam kepala dia asyik teringatkan Hairi, si Encik Ex.
“Random guy tak tanya ke pasal Hairi?”
Alin mengangguk gaya macam Wawa boleh nampak melalui telefon. “Ya, dia tanya.”
“Dah tu, kau jawab apa?”
Alin teringatkan perbualan terakhirnya dengan Amzar tadi sebelum Kak Ida dan Anne masuk ke dalam kereta.

Dia diam, Amzar pun diam. Entah untuk tempoh berapa lama dia sendiri tak tahu. Mungkin juga sebab dah tak tahan dengan keadaan sunyi yang menyelubungi mereka, akhirnya Amzar bertanya.
“Who is he?”
“A nobody.”
Amzar ketawa tanpa perasaan. “A nobody? Come on Alina. You can do better than that!”  Kalau dia tu nobody, yang you pucat lesi macam orang nampak hantu tu kenapa?”
Alin hanya mendiamkan diri. Kalau cerita, benda mesti akan jadi panjang sedangkan dia sebolehnya hendak lupakan sejarah lama dia.
“Dia kawan you?” Tanya Amzar perlahan.
Laju Alin mengeleng. “Tidak!”
Mati hidup balik pun dia tak akan anggap Hairi kawan dia. Lebih-lebih lagi selepas apa yang terjadi.
“Enemy?”
“Sort of.” Selepas apa yang jadi pada keluarga dia angkara si Hairi, memang layaklah Hairi tu dia anggap musuh.
“Encik…”
“Hmmm?” Lembut sahaja Amzar menyahut.
“I hate him and I don’t want to talk about him. Please?” Pinta Alin.
“Okay, lady.”
Dan kisah Hairi tidak ditimbulkan lagi sehinggalah mereka sampai ke pejabat.

“Alin?” Panggilan Wawa mengejutkan lamunan Alin.
“Ya?”
“So, random guy cakap apa?” Soal Wawa sekali lagi.
“Nothing. I told him I hated Hairi and we dropped the subject.” Jawab Alin. Lega betul hati dia bila Amzar tak buat perangai mendesak dia itu.
 “Jadi apa kau nak buat sekarang?”
Alin angkat bahu. “Macam yang aku selalu buat.”
Wawa ketawa sinis. “Apa? Kurung diri dalam bilik?” Sindir Wawa.
“Ouch…Wawa!!!”
Pedih hati mendengar sindiran kawan baik sendiri. Kenapa hari ini Wawa asyik nak cari pasal dengan dia? Dia ingat mengadu dengan kawan baik sendiri boleh ringankan beban, tapi menambahkan lagi rasa gusar adalah.
“It’s the truth, right? Setiap kali ada masalah, kau lari masuk bilik dan berkurung dalam bilik tu berhari-hari. Bukan kau fikirkan tentang kami yang jenuh risaukan kau ni.” Marah Wawa.
“Itu tak adil Wawa. Aku selalu kongsi dengan kau setiap masalah aku, kan?” Tukas Alin, geram.
Wawa ketawa kuat. “Petty things, Alin. Kau cuma berkongsi masalah kecil. Masalah yang bukan masalah pun kalau difikirkan betul-betul. Tapi bila ada masalah besar, apa kau buat? You shut me out. Hell, you shut your own family out! Bila kami dapat tahu, semuanya dah terlambat.”
“Aku cuma tak nak menyusahkan orang, salah ke?” Bentak Alin. Air mata mula bergenang di tubir mata.
“Pernah tak kau terfikir, dalam kau tak nak menyusahkan itu, kau merumitkan lagi keadaan?” Suara Wawa dah mula serak.
Wawa menarik nafas dalam sebelum menyambung, “Alin, I love you. More than I love my own sister. Jadi tolonglah. Kalau Hairi cuba buat kacau sekali lagi, cerita dengan aku? Jangan biarkan aku jadi orang terakhir yang tahu macam dulu Alin. Jangan buat keputusan terburu-buru sampai boleh menjejaskan masa depan kau sendiri Alin. Please, I beg you. Jangan sisihkan kami dan tanggung semuanya seorang diri Alin. Kau ada kami, ingat tu.” Lirih suara Wawa mengingatkan dia.
Alin seka air mata yang bergenang. Terasa bersalah sangat buat kawan baik dia macma ini. “I’m sorry Wawa. Buat kau risau begini.”
Ini semua Hairi punya pasal. Kali ini, kalau dia jumpa lagi lelaki itu memang dia akan pastikan dia tak akan terkedu lagi!
“Aku tak kisah risau untuk kau, Alin because that’s what friend are for. Aku bukan teman kau masa senang. Aku nak kau tahu, aku juga teman kau masa kau sedang susah. Tapi untuk jadi teman masa susah kau, aku perlu tahu apa yang ada dalam hati kau tu. Please, babe. Don’t keep it to yourself. Belajarlah kongsi masalah kau dengan orang sayangkan kau. Please!” Wawa dah teresak-esak di hujung talian.
“I’ll try Wawa. I’ll try.” Alin berjanji. Tapi jauh di sudut hati dia tahu susah untuk dia berbuat demikian. Bukan kita tak nak, kan cik hati? Tapi pengalaman banyak mengajar kita supaya simpan segalanya sendiri sebab orang yang kita sayang, bukan selamanya akan berada di sisi kita. Bila dia dah pergi nanti, pada siapa kita nak berkongsi lagi?
Selepas menamatkan panggilan telefon dengan Wawa, Alin keluar dari kawasan tangga. Sisa air mata di pipi di lap dengan hujung tudung. Kaki melangkah menuju ke dalam bilik pejabatnya  namun langkahnya terhenti bila terserempak dengan Amzar yang kebetulan sedang berjalan keluar dari tempat yang dituju. Pandangan Amzar yang tajam buat dia jadi tak tentu arah.
“You kenapa?” Soal Amzar. Hati terusik melihat mata Alin yang sedikit merah. Menangiskah dia? Tapi sebab apa? Sebab lelaki bernama Hairi tadikah?
“Tak ada apa-apa.” Balas Alin. Dia cuba berjalan namun langkahnya terhalang dek tubuh Amzar.
“You menangis?” Tanya Amzar perlahan.
Air mata yang baru hendak berhenti mengalir tadi kembali bergenang di pelupuk mata. Cik hati dah keluarkan tisu. Alahai encik…janganlah tanya saya dengan suara lembut macam itu. Mahu luruh air mata saya nanti encik.
“Alina? Talk to me…”
“Mana ada saya menangis. Mata masuk habuk. Saya masuk dulu encik. Tumpang lalu?” Jawab Alin dengan suara yang tertahan-tahan.
Janganlah baik sangat dengan saya, encik. Cik hati saya ni tengah belajar nak lupakan perasaan istimewa yang muncul untuk encik ini. Kalau encik buat baik macam gini, nanti cik hati langgar janji! Saya juga yang parah nanti.
“Alina, I…” 
Amzar mengeluh. Ada sesuatu yang hendak dia cakapkan tapi entah kenapa dia tak tahu perkataan apa yang wajar digunakan. Takut jika tersalah cakap, emosi cik kerani akan terganggu lagi. Bukan dia tak nampak mata cik kerani yang berkaca-kaca. Tangan ringan hendak menyeka air mata yang hampir hendak jatuh itu tapi dia tahu setakat mana batasnya. Sudahnya dia bergerak ke tepi, membiarkan cik kerani masuk ke dalam.
Dia terus memerhatikan belakang cik kerani hinggalah kelibat Alin hilang dari pandangan. Siapa Hairi, Alina? Dan kenapa hati dia meronta-ronta hendak tahu apa sejarah yang tercipta di antara cik kerani dengan lelaki tadi? Amzar, what’s happening to you, man?

37 comments:

  1. Thanks Farah.. Lama dok tgu entry ni... Pehal la sos salad ni x take action...

    ReplyDelete
  2. kak Farah... ur trademark.. menanggis tu.. ade jugak terselit.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Pergilah tanya Alin tu.. Amzar oiiii! Atleast.. ambik berat cikit pun x per...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh...tunggulah dia fall in love nanti. takut tak larat je nak layan ambil berat dia tu.

      Delete
  4. heeheheehe...akhirnya lepas juga rindu

    ReplyDelete
  5. Sian alina...x puas ati btul sbb x tau ape sbnr yg hairi buat..

    ReplyDelete
  6. waaaaa........like3...sayang u lebih la FH sbb sudi bg n3 pd hari2 minggu neh....dah lama nak mintak tapi takut u bz ehehhe

    ReplyDelete
  7. tq lina 4 new n3..lama dah dok tunggu..

    ReplyDelete
  8. Apa si hairii ni wat? Oh no!! Alin.. Pleaseeee! Tegas skket ngn hairi tu!!

    Acu

    ReplyDelete
  9. sobss...sobss... sedeih la entry nie.. Alin, be strong lady and soh cik hati tu dengar ckp Wawa. sharing is caring.. :D Amzar plak.. aissshhh *speechless* caringnyeerrr. thanks Farah ;-*

    ReplyDelete
  10. wuwuwu....sedeyh sedeyh... sian alin..apela ksah sebenor-benornye neh!!!??huhu

    ReplyDelete
  11. pergh..apa yg sebenarnya yg telah dilakukan oleh siHairi pada Alina yg menyebabkan dia menjadi murung sehingga ayahnya terlantar dihospital berbulan bulan lamanya kemungkinan kerana terkezut akan apa yg berlaku kepada dirinya dan familinya berantakan..adakah Hairi telah merogol Alin..(actually this is d worst scenario yg akak boleh fikirkan yg terjadi pada Alin)..
    Nampaknya ada hati yg telah terpaut kepada Alin...adakah Amzar mengambil berat akan diri Alin ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ida... huishh.. tak sampai tahap itu lagi kak.. :P

      Delete
  12. Tabah yer alin..
    aisssh..sos salad@ sexy goatee masa ni
    la dia speechless plak selalu ada jer kosa kata yg berlebihan..huhu

    TQvm cik Farah..

    ReplyDelete
  13. Akhirnya... setelah puas mengintai kamar cik farah kita... any way tq

    ReplyDelete
  14. wah... semakin menarik neh... sos salad vs si pematah hati

    ReplyDelete
  15. nape sy rase boring dgn watak Alin ni!
    previous bab ok je tapi start bab 14 & 15 tu eh..???

    ReplyDelete