Followers

Sunday, March 31, 2013

Bab 13 : Dia...Random Guy


Ada peribahasa Inggeris berbunyi, Hell hath no fury like a women scorned. Maksudnya, jangan buat seorang wanita itu marah sebab dia akan pastikan kita menderita seteruk-teruknya. Dan Amzar mula memahami maksud peribahasa Inggeris itu walaupun dia sendiri tak tahu kesalahan besar apa yang dia dah buat hingga dia kena tanggung rasa sakit dalam hati ini. Tiga hari. Tiga hari hidup dia jadi tak tentu arah. Tidur malam dia tak lena. Konsentrasi kerja dia terganggu. Semuanya kerana Alina. Dan demi Tuhan, dia sendiri tak faham kenapa dia bersusah payah hendak melayan semua hal ini.
Hari pertama.
Dia datang ke pejabat dengan perasaan gembira. Maklumlah, sebelah malamnya dia seronok melayan kawan baiknya Helena yang datang makan malam di rumah. Bukan setakat Helena, Soraya juga ada bersama. Sepupunya itu datang ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja. Masuk ke pejabat, dia terus mencari cik kerani kerana dua sebab. Hendak pulangkan Tupperware yang bakal mak mertua bekalkan tempoh hari dan sebab utamanya hendak minta maaf sebab tak dapat temankan cik kerani makan hari sebelumnya. Walaupun taklah besar mana pun hal itu, tapi dia rasa dia perlu juga minta maaf. Manalah tahu kalau-kalau cik kerani kecil hati pula.
Alin tak ada di tempat dia ketika dia masuk. Baru sahaja dia hendak bertanya kepada Anne, dia terdengar suara cik kerani sedang bergelak ketawa di belakang dia. Cik kerani dia baru keluar dari pantry bersama Kak Ida.
“Selamat pagi, Encik Amzar.” Sapa Ida.
Amzar mengangguk. Dia tunggu cik kerani tegur dia tapi cik kerani cuma senyum dan terus berjalan ke tempat duduk dia. Yang buat dia geram, senyuman itu nampak sangat macam dipaksa-paksa.
“Alina.”
“Ya encik?”
“Tupperware you.” Amzar hulurkan Tupperware di tangan kepada Alin. “Ada kek coklat dalam tu. Helena yang buatkan. You remember, Helena from yesterday?”
“Oh, ya ke? Susah-susah je encik.” Cik kerani ambil dan terus simpan dalam laci. Lepas tu cik kerani terus mula buat kerja. Amzar hendak bertanya apa yang tak kena, tapi staf-staf yang lain dah mula memerhati. Jadi dia terus masuk ke bilik dia.
Dalam bilik, baru sahaja dia hendak duduk mata dia terpandangkan not lima puluh ringgit di atas meja. Terus dia intercom setiausahanya dan tanyakan tentang duit itu. Jawapan daripada setiausahanya buat darahnya mendidih. Alin dipanggil mengadap serta merta.
“Apa ni?” Dia tunjuk not lima puluh ringgit di atas meja pada Alin.
“Duit.”
“I belum bodoh lagi tak tahu itu duit. Maksud I, kenapa duit tu ada atas meja I?”
“Ini duit yang encik berikan semalam. Saya pulangkan semula.”
“Tapi kenapa? I suruh you makan semalam, kan?”
Cik kerani mengangguk. “Ya. Dan saya dah makan pun.”
“Habis tu kenapa you pulangkan semula duit ni? Bukankah I dah kata I nak belanja you makan?”
Cik kerani tarik nafas dalam. “Encik nak suruh saya jujur atau bagi alasan yang boleh buat hati encik senang?”
“What?”
“Honestly, I feel offended when you gave me the money.” Beritahu cik kerani dingin.
“Alina, I tak bermaksud apa-apa ok. Niat I memang nak belanja you makan.”
“Dan saya terima niat encik tu. Cuma dalam kamus saya, bila kita sebut nak belanja orang makan, orang itu perlu ada bersama. Kalau tak ada, itu bukan belanja makan namanya. Dah macam bagi charity pula rasanya.” Cik kerani jawab selamba sambil ketawa. Tapi ketawa itu bunyinya sumbang sangat di telinga Amzar.
“Alina, I’m…” Tak sempat dia nak minta maaf, cik kerani dah potong cakap dia.
“Encik, kalau tak ada apa-apa lagi saya nak keluar dulu. Nak siapkan kerja. Nanti ada pula yang asyik nak bambu saya. Saya keluar dulu, ya?” Dan cik kerani terus keluar tanpa mahu mendengar penjelasan dia. Waktu itu baru dia teringat janji dia pda Alin mahu bercakap dengan Tina Jeling. Amzar mengeluh panjang. Patutlah cik kerani dia dingin semacam! Nampak gaya dia kena tebus semula silap dia.
Sebelah tengah hari, tiba waktu makan tengah hari dia keluar cari cik kerani. Cik kerani sedang berbual di telefon bimbitnya bila dia menghampiri. Bila nampak sahaja dia, cik kerani hanya senyum. Bila cik kerani habis berbual, terus dia ajak cik kerani keluar makan bersama.
“Sorrylah encik. Tapi saya dah janji dengan orang lain.”
“Siapa? You tak boleh re-schedule ke hari lain?”
Belum sempat cik kerani hendak jawab, dia terdengar nama cik kerani dilaung seseorang.
“Cepatlah sayang, orang dah tunggu tu. Naik sejuk dah nasi! Eh, encik pun ada?”
Terkesima dibuatnya Amzar bila mendengar Boy, budak dispatchnya panggil Alin sayang. Sayang? Sejak bila pula mereka ni bercinta? Dan cik kerani pun satu. Dah tak ada orang lain lagi ke yang nak dijadikan teman. Budak dispatch muda belia itu pun jadi juga? Dia ingat panggilan Boy sahaja yang buat dia tercengang. Jawapan balas cik kerani lagi mengejutkan.
“Coming dear…Sayang nak kemas barang sekejap.”
Dear? Sayang? Damn, kenapa dia rasa macam nak bagi orang makan buku lima sahaja saat ini?
“Encik, sorry ya. Saya ada lunch date. Pergi dulu…” Alin sengih gembira sebelum meninggalkan dia yang dah merah padam muka menahan rasa. Dan sejak tengah hari itu, mood dia terus merundum hingga ke malam.
Hari kedua.
Dia masuk ke pejabat sebelah pagi seperti biasa. Entah kenapa, muka pertama yang dia cari sebaik sahaja kaki masuk ke bahagiannya ialah muka cik kerani. Hari kedua, mungkin mood cik kerani dah bertambah baik. Dia sendiri tak sedar sejak keluar dari lif, dia dah mula menahan nafas sebab sebaik sahaja nampak muka cik kerani ketawa riang  dia menghela nafas lega. Tapi sebaik sahaja pandangan mereka bertembung, ketawa cik kerani mula kendur. Arghh…let her be. Datang bulan agaknya! Dia buat andaian sendiri.
Sebelah tengah harinya, dia mencuba nasib sekali lagi. Tapi belum sempat dia buka mulut, sekali lagi Boy the Dispatch muncul di antara mereka. Seperti semalam, masing-masing bukan main mesra dengan panggilan sayang-dear mereka. Waktu itu dia rasa macam hendak tukarkan sahaja Boy the Dispatch ke cawangan lain. Meluat betul dia tengok budak muda itu asyik bersayang-sayang dengan cik kerani. Yang cik kerani pun bukan main galak melayan. Dan sekali lagi, harinya berakhir dengan moodnya jatuh merundum.
Hari ini. Hari ketiga.
Dia sampai agak awal pagi ini. Sewaktu pintu lif yang dinaiki berhenti di aras 10 Bahagian Sumber Manusia, dia nampak cik kerani berdiri tercegat di depan pintu. Dia nampak dengan jelas, cik kerani hendak melangkah masuk tapi sebaik sahaja nampak muka dia, terus cik kerani patah balik masuk ke pejabat Sumber Manusia. Mulanya dia ingat cik kerani ada tertinggal barang, jadi dia hanya buat tak endah.
Tapi tadi, sekali lagi cik kerani buat aksi yang sama. Kali ini di dalam bilik pantry. Dia ke bilik pantry hendak ambil air mineral. Sewaktu dia ke sana, kebetulan Kak Ida ada di dalam sedang membancuh air. Dia sedang bertanyakan sesuatu pada Kak Ida bila nama Kak Ida diseru dengan manja oleh seseorang.
“Kak Ida, Alin nak…” Tapi ayat cik kerani terhenti di situ sebaik sahaja ternampak dia. “Err…tak apalah.” Dia terus tak jadi melangkah masuk ke bilik pantry.
O-key. I don’t like this. I really don’t like this. Keluar dari bilik pantry dia mencuri pandang ke arah cik kerani yang elok berbual dengan Anne. Bukan main rancak mulut dia bercakap. Seolah sedar diri dia sedang diperhatikan, cik kerani menoleh. Nampak sahaja muka dia, terus cik kerani diam. Tapi dia masih sudi tersenyum pada Amzar walaupun senyuman itu tak sampai ke mata.
That’s it! Something is definitely off with cik kerani. Dia dah tak boleh tahan. Hari ini, hendak tak hendak cik kerani kena juga bercakap dengan dia. Rasa geram bercampur dengan rasa…risau? Ya, risau. Dia risau tengok cik kerani tak berkicau macam biasa. Geram sebab cik kerani tak berkicau hanya dengan dia. Macam di Terengganu dulu. What the hell did I do? Takkan sebab tak dapat temankan dia makan, nak buat perangai sampai macam ini? Bukankah dia dah janji nak tebus semula. Tapi cik kerani juga yang asyik menolak. Yang asyik ada hal.
Amzar tegak memandang Alin yang berada di meja. Apabila melihat cik kerani bangun dengan membawa sebiji mug, dia segera keluar dari biliknya. Langkah diatur mengekor Alin yang menuju ke pantry.
“Are you avoiding me?”
“Oh mak kau!” Alin melatah. Tangan mengusap dada yang berdebar dek sebab terkejut. Alin pandang Amzar yang berpeluk tubuh di muka pintu pantry. Oh my, kenapa si sexy macam terlebih kacak hari ni? Haip, Alina! Remember Newman’s Own! Cepat-cepat dia alih pandangan.
“Encik ni kenapa? Tak tahu nak beri salam?”
“Are you avoiding me?” Amzar ulang soalan.
“No!” O-key, terlalu defensive bunyinya itu Alin. Tone down sikit nada itu.
“Really?” Amzar dah naik sebelah kening.
“Kenapa pula saya nak elakkan diri dari encik?” Soal Alin selamba.  Tangan sibuk membancuh Nescafe di dalam mug.
“Entah, mungkin merajuk sebab lunch date kelmarin?” Tebak Amzar dengan senyuman nipis.
Dush! Kena tepat ke ulu hati. Alin ketawa, cuba menyembunyikan rasa gugup. “Tak ada makna saya nak merajuk sebab hal kecil macam itulah, encik.”
Bull’s eye! Memang betul anggapan dia, cik kerani buat perangai sebab lunch date tak jadi mereka tempoh hari. Bunyi ketawa cik kerani yang kedengaran sedikit sumbang itu sudah cukup menjadi bukti.
“Betul you tak merajuk?”
Alin menggeleng laju.  Kepala menunduk pandang mug berisi Nescafe yang sudah siap dibancuh. Nak pandang Amzar, dia tak berani. Takut Amzar nampak apa yang dia sedang cuba sembunyikan. Malu ooo…  Cukuplah Tan Sri P.Ramlee sahaja yang buat cerita Antara Dua Darjat. Dia tak nak lah jadi penyumbang kisah Antara Dua Darjat 2.0 pula.
“Then look at me…” Kata orang mata tak menipu, kan? “Look at me in the eyes, and tell me you’re not sulking…” Hah, terus terang permintaan dia.
“Err…” Alin dah mengelabah. Apa nak buat ni? Dia dahlah tak reti nak menipu sebenarnya. Ini nak suruh tengok mata semua bagai, memang kantoilah!  Eh, cik jantung dan cik hati  tolonglah, apa nak buat ni?
Amzar makin mendekati. “Look at me, Alina.”
Alin pusing badan namun kepala masih menunduk. Mug Nescafe sudah di bawah ke dada sebagai pelindung.
“Look at me…” Kali ini suara itu kedengaran dekat sangat dengan dia. Tangan Alin menggenggam kuat mug, cuba menahan rasa.
“Kenapa tak pandang? Takut?” Amzar mendengus perlahan sambil tersenyum sinis. Berani lagi nak cakap tak merajuk?
Alin tersentak.  Terus kepala terangkat memandang Amzar. Senyuman sinis itu dan soalan yang keluar dari mulut Amzar membuatkan cik jantung tiba-tiba berdegup lebih pantas. Oh, jangan salah faham. Cik jantung bukan suka. Tapi marah. Geram. Menyampah pun ya melihat muka Amzar saat ini. Dia, Alina Suffiya, takut? Sorry to disappoint you, Zariel Amzar. You want me to be honest, huh?
Mata memandang tepat ke dalam anak mata Amzar. Dengan nada suara lembut namun masih tegas, Alin bertanya, “Encik tu siapa sampai saya nak merajuk segala, hmm?”
Amzar terpegun seketika. Tak sangka itu yang keluar dari mulut cik kerani. Cik kerani direnung tajam. Buat pertama kalinya, cik kerani tak mengalihkan pandangan. Malah dengan berani merenung dia kembali.
Hurmm…Jadi betullah dia tak merajuk? Hati Amzar bertanya sendiri.
Otak yang rasional cakap, drop the subject Amz. She’s right. Kau siapa dengan dia sampai dia nak merajuk segala? Masalahnya sekarang, hati dia sejak kebelakangan ini tak nak dengar cakap otak kalau ada hal yang melibatkan perempuan bernama Alina Suffiya ini. Macam sekarang, hati dia ingin terus mendesak cik kerani sebab hati dia yakin sangat yang cik kerani memang sengaja menjauhkan diri dari dia. There’s only one way to find out, Amz.
“Keluar lunch dengan I hari ni.” Nada dia bukan lagi nada mempelawa tapi lebih kepada mencabar. Prove to me that I am wrong, lady.
Alin gigit bibir. Sah degil betul manusia di hadapan dia ini. Kita fikir dulu cik jantung dan cik hati. Rasanya dia ini tak akan berhenti mendesak selagi kita tak kata setuju. Kalau dia terus menerus mendesak, macam mana kita nak laksanakan misi lupakan sos salad mahal ni? Macam mana kita nak jauhkan dia dari cik hati? Jadi, solusinya satu. Iaitu…
“Ok. Let’s have lunch together.” Harap-harap misi kali ini berjaya, ok cik hati dan cik jantung? Tolonglah beri kerjasama atau kita sama-sama sakit nanti.

21 comments:

  1. Akhirnya... Mmg penantian suatu seksaan

    ReplyDelete
  2. ape sambungan 'Kalau s' tiba2 hilang seterusnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaz. Nothing. Error typing tadi. Tak check terus publish. Sorry.

      Delete
    2. Yaz. Nothing. Error typing tadi. Tak check terus publish. Sorry.

      Delete
    3. So kne abaikan those words.. Okay

      Delete
  3. Late supper?...hoyeahhhh...tq cik writer :)

    ReplyDelete
  4. subuh breakfirst.. yummy.. x sabar nak tau cik jntung & cik hati wat apa... hihi

    ReplyDelete
  5. Tolonglah cik jantung dan cik hati beri kerjasama. Jgn layan sgt ego tu.. Be honest hokay... Tak perlu selalu nak handover something very precious just because you think you dont deserve it... Come on la.. Hati dan jantung kata mr sexy goatee belong to alin...

    ReplyDelete
  6. Go girl!! Prove it! Boleh ke Alin? :)

    ReplyDelete
  7. pergh...akak speechless juga...aura Alin mmg kuat bagi mamat poyo ni kan...tapi kesian pulak bila membaca selama 3 hari berturut turut mamat poyo ni cuba untuk memujuk rajuknya tetapi minah ni main tarik tarik tali saja kan...bagaimanalah mamat ni nak tahu apa yg difikirkan oleh alin antara darjat mereka sedangakan dalam diari kehidupan mamat poyo tu..there is no such thing...kelakar juga part yg sidespatch bersayang dan alin berdear didepannya membuatkan hatinya terbako dek cemburu...

    ReplyDelete
  8. Cik abang dah jatuh chinte , cik adik buat buat merajuk la pulak

    ReplyDelete
  9. Cabaran tu alina..sahut..jgn x sahut

    ReplyDelete
  10. oh my!!! boleh ke alin??... hehehe...

    ReplyDelete
  11. Cik abg tgh pujuk... Hehehee... Harap2 amzar cepat2 pujuk alin...

    ReplyDelete
  12. hurmm..dorg gaduh2 manjer yer..haha
    i suka..i suka..bru la amz tu nampak human sket..
    xla beku jer..

    tqvm cik Farah.. ;)

    ReplyDelete
  13. dupdapdupdap bce di awl smpai akhir..huhu

    ReplyDelete
  14. Ho yeahhh! Well done Alin!! ;)
    I like ur answer... Hamek kau amzar.. Hehehhehe

    So amzar, what happen bro? :p

    Errr.. Ngan boy tu dia saja2 ke apa.. How come Alin bhsakann diia sayang lak ngn boy nihh.. Sedara ka apa? Hehehe..

    ReplyDelete