Followers

Google+ Followers

Thursday, January 30, 2014

Rahsia ~ Bab 1

Mimpi

Gelap. Sempit. Dia terasa lemas dan sesak nafas. Matanya cuba mencari walau sekelumit pun cahaya di dalam ruang itu namun pencarian sia-sia. Tiba-tiba telingannya menangkap satu bunyi yang aneh. Dia cuba mengamati bunyi besi yang berlaga sesame sendiri yang kedengaran. Dia berpusing-pusing di dalam kegelapan itu, mencari arah bunyi itu datang. Degupan jantungnya bertambah kencang apabila kini terdengar pula suara orang bercakap-cakap dan diikuti dengan suara tangisan yang mendayu-dayu.

“Bunuh dia!”

“Tapi dia tak bersalah!”

“Bunuh dia!”

Dan suara garau dan bunyi tangisan itu semakin lama semakin menghampirinya. Dia cuba berlari namun kakinya terasa  begitu berat seolah-olah ia dipasak ke lantai.

“Bunuh dia! Bunuh dia! Bunuh dia!” Suara itu kedengaran jelas di telinganya berselang-seli dengan tangisan yang mendayu-tadi.

Bingit dan memedihkan. Dia benci mendengar suara itu. Dia tidak sanggup mendengar suara tangisan itu. Entah kenapa, semua itu mengingatkan dia kepada sesuatu yang sudah sekian lama cuba dilupakan. Dia benci! Benci!

Dia mengangkat tangan, menutup kedua belah telinga, cuba untuk menghalang suara-suara-suara itu daripada terus menerpa deria pendengarannya. Matanya dipejamkan. Namun semakin kuat dia cuba menghalang, semakin kuat suara itu kedengaran malah dia dapat merasakan kedua belah tangannya sedang digenggam kuat oleh seseorang.

“Lepaskan aku! Lepaskan aku!” Dia menjerit kuat.

“Alyah! Hei, Alyah!” Tangannya cuba ditarik. Alyah terus mengeraskan tangan. Suara itu makin keras kendengaran.

“Alyah!”

“Lepaskan aku!” Jerit Alyah.

“Hei! Alyah! Buka mata kau!” Kali ini tubuhnya digoncang kuat.

“Alyah, bangunlah!” Sekali lagi badannya digoncang. Lebih kuat dari sebelumnya. Pipinya pula terasa ditampar-tampar. Keperitan mula terasa.

“Ya Allah, Ya Tuhanku! Alyah, bangun!” Pekik suara itu.

Perlahan Alyah membuka matanya. Tangan yang tadi kejap menutup telinga diturunkan perlahan. Pandangannya sedikit kabur. Wajah seorang gadis kelihatan di depan mata.

“Hei, kau ok ke?” Tanya gadis itu.

Alyah memejam celikkan matanya beberapa kali, cuba untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas. Beberapa ketika kemudian wajah gadis itu mula jelas kelihatan. Kulitnya putih bersih. Matanya sedikit sepet. Dahinya berkerut-kerut seolah-olah sedang kerisauan. Dengupan jantung Alyah yang deras tadi mula kembali normal sebaik sahaja dia mula mengecam wajah gadis di hadapannya.

“Ria?”

Gadis itu menghela nafas lega. Badannya yang sedikit membongkok tadi ditegakkan kembali.

“Dekat sini pun boleh tertidur? Siap mengigau lagi tu!”

“Tertidur?” Alyah memandang ke sekeliling. Dahinya berkerut hairan melihat pokok-pokok ru yang ada di sekitarnya.

“Kita dekat mana ni?”

Ria mengeleng. “Mamai lagi ya?”

“Hah?”

“Ya Allah dia ni! Hei, kitakan dekat depan universiti lama kita ni? We’re going on a trip, remember?”

Kolej. Trip. Alyah cuba mencerna signifikan perkataan-perkataan itu dengan dirinya. Matanya memandang kawasan taman yang agak luas itu. Matanya tertancap pada sebuah papan tanda berhampiran dengan pondok tempat dia berada kini. Universiti Tun Raha. Itu memang nama universitinya dahulu. Sedikit demi sedikit dia mula teringat sebab dia berada di sini. Dia akan mengikuti majlis perjumpaan semula rakan-rakan kolejnya.

Dia mengeluh perlahan. Disebabkan terlalu letih dia tertidur di pondok rehat di taman itu. Macam mana tak letih. Semalaman dia tidak dapat tidur semalam kerana menyiapkan laporan yang diperlukan untuk mesyuarat di pejabatnya pagi tadi. Kalau tidak kerana mengenangkan janjinya pada  Ria, memang dia sudah menarik diri dari aktiviti ini.

“Mana yang lain?” Dia mula berasa hairan bila rakan-rakannya yang tadi memenuhi kawasan taman itu sudah tidak kelihatan.

“Mereka dah pergi.”

Dahi Alyah berkerut. “Habis tu, kita?”

Ria tersenyum takut-takut. “Kita pergi dengan mereka.” Jari telunjuknya dihalakan ke arah tempat letak kereta berdekatan mereka.

Alyah menoleh. Serta merta darahnya tersirap bila melihat  empat invidu yang sedang berdiri bersebelahan dengan sebuah Vellfire berwarna putih. Alyah mendengus marah. Tanpa menunggu lama dia mencapai haversack  di sebelah.

“Aku nak balik.” Ujarnya mendatar.

“Al, janganlah macam ni. Kau dah janji kan?”

Mata Alyah merenung Ria tajam. Berang dengan kata-kata Ria.

“Aku janji nak ikut ke majlis itu sahaja. Bukan berjumpa dengan mereka!” Bentak Alyah.

“What do you expect, Alyah? Mereka tu pun kawan sekelas kita. Bila kau bersetuju nak hadiri reunion ni, kau patut tahu yang kau akan bertembung dengan mereka juga!” Tempelak Ria.

“Aku tahu mereka akan hadir tapi aku tak ingin nak jumpa atau dekat dengan mereka. Kalau di majlis tu nanti, pandailah aku nak larikan diri! You should know Ria how much I despise them!”

“I know! But for goodness sake, Al. It’s been seven years! Cukup-cukuplah tu kau membenci mereka. Fikir rasional sikit Alyah. Apa yang terjadi bukan 100% salah mereka. Kau pun ada silapnya. Tak patut kau terus menghukum mereka!” Bidas Ria.

“Tapi semua itu tak akan terjadi kalau bukan sebab mereka! Dan kau jangan lupa Ria, yang menanggung malu dan dosa untuk seumur hidup ni, aku. Aku, Ria. Aku yang menanggung seksa ni. Bukan mereka!” Ujar Alyah lirih.

Ria menarik nafas dalam. Wajah sedih Alyah dipandang sejenak sebelum pandangannya jatuh kepada wajah rakan-rakannya yang nampak sudah tidak senang menunggu.

“Alyah. Apa yang terjadi adalah takdir dari Tuhan. Kalau kau terus begini kau seolah-olah menyalahkan takdir Tuhan. Sudahlah Alyah. Jangan simpan lagi dendam tu. Ambil peluang ini untuk betulkan semuanya. Kalau kau rasa terseksa, kami juga rasakan benda yang sama Alyah. Kau dah lupa, all for one and one for all?” Soal Ria lembut.

Alyah terdiam. Masakan dia lupa kata-kata itu. Dia pernah melafazkan kata-kata itu satu masa dahulu. Tapi dia juga tidak lupa, kata-kata itulah yang membawa mereka kepada situasi mereka pada hari ini.

“Sekarang terpulang pada kau, Alyah. Kalau kau nak balik, silakan. Aku takkan halang lagi. Tapi aku harap sangat kau ikut sama ke majlis tu. Begitu juga dengan Jamie, Sue, Khairul dan Sham. Mereka semua rindukan kau. Gunakan peluang ni untuk hilangkan semua duka dalam hati kau tu. Beritahu mereka apa perasaaan kau sebenarnya. Jangan pendamkan terus hingga dalam hati, Al. Aku takut dendam tu akan jadi kanser yang bakal membunuh kau!” Ujar Ria tegas.

Beg pakaiannya dicapai lalu dia melangkah ke arah rakan-rakan mereka, meninggalkan Alyah yang masih lagi berbolak balik perasaannya.

Patutkah aku pergi? Benarkah semuanya akan kembali baik selepas ini? Tapi perasaan benci aku pada mereka terlalu dalam. Sukar untuk aku lupakan apa yang telah terjadi. Ya Tuhan, apa yang patut aku lakukan?

Tuesday, January 28, 2014

Rahsia ~ Prolog

Nak mengelakkan blog bersawang. AMARAN : This is not a love story. No sweetness-overdose-angau-overload scenes will appear. Sesiapa yang nak lari dari kisah cinta, jemput baca. Cerita pendek je ni. Ada 9 bab sahaja. :P
----


Will You Still Love Me Tomorrow

***
Inapan Setanggi

            Nafas lega ditarik sebaik sahaja kaki mereka memijak dua baris tangga bangunan dua tingkat itu. Badan mereka sudah lencun dibasahi hujan yang lebat menggila diiringi dengan angin kuat yang muncul tiba-tiba. Tubuh masing-masing menggigil menahan sejuk yang mencucuk hingga ke tulang. Langkah diatur laju memasuki pintu hotel yang terbuka luas. Masing-masing mengharap mendapatkan sedikit kehangatan bila berada di dalam.

            Langkah kaki terhenti tersendiri bila sahaja semuanya berada di bahagian dalam. Wajah masing-masing nampak terpegun melihat pemandangan di hadapan mata. Dari luar tadi bangunan itu kelihatan sederhana sahaja besarnya namun apa yang dilihat kini berbeza sungguh dengan tanggapan awal mereka. Mata mereka memandang keadaan sekeliling lobi hotel tersebut yang besar dan luas. Walaupun keadaan di luar tadi nampak sedikit mengerunkan kerana lampu yang terpasang di bahagian luar malap cahayanya, tetapi suasana di bahagian dalam berbeza sekali. Ruang lobi tersebut meriah dilimpahi cahaya lampu.

            Hiasan dalamannya nampak klasik seperti binaan arkitekur di luar tadi. Sekali pandang terasa seperti berada di dalam filem klasik 60-an. Perabot-perabot kebanyakkannya diperbuat daripada kayu dan rotan. Dinding hotel dihiasi foto-foto pemandangan kawasan desa dalam warna hitam putih. Lantainya dari parket bercorak geometri. Silingnya diukir dengan corak-corak bermotif bunga dan awan larat. Limpahan cahaya dari lampu chandelier yang tergantung di tengah-tengah lobi menaikkan lagi kesan corak di atas siling tersebut.

            Bahagian lobi tersebut terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan dengan sebuah grand stairs yang diperbuat daripada kayu yang nampak mahal di mata mereka. Di sebelah kanan lobi terletak sebuah kaunter reception. Di hadapannya terdapat set kerusi dan meja yang diperbuat daripada rotan. Mungkin digunakan sebagai tempat menunggu oleh pelanggan yang mahu mendaftar masuk dan keluar.

            Di sebelah kiri terdapat dua set kerusi dan meja kayu. Satu set terletak di bahagian hadapan berdekatan dengan pintu. Satu bahagian lagi di bahagian belakang berhampiran dengan tangga. Di atas meja terdapat beberapa majalah dan suratkhabar yang elok tersusun. Terdapat sebuah peti jukebox lama turut diletakkan di tepi dinding. Barulah mereka tahu dari mana datangnya lagu-lagu lama yang sejak tadi kedengaran.

            “Macam dah termasuk twilight zone pula rasanya.” Ujar Khairul.

            Yang lain-lain sekadar mendiamkan diri. Masing-masing takut bersuara. Ada satu perasaan halus yang tiba-tiba menjalar dalam diri. Tengkuk masing-masing sudah meremang namun demi menyedapkan hati dan perasaan sendiri semua menganggap itu kesan daripada kesejukkan berhujan tadi.

            Lagu di jukebox bertukar. Daripada lagu rancak beralih ke lagu yang kendengaran sayu. 

Khairul mendengus perlahan. “Dah macam duduk dengan arwah atuk aku pulak!” 

Dia cukup kenal lagu yang sedang berkumandang. Masakan tidak, sewaktu datuknya sedang sakit, rumah keluarga dia menjadi tempat tinggal baharu datuknya. Kegemaran datuknya mendengar lagu-lagu lama telah menyebabkan mereka terpaksa memasang lagu-lagu lama sepanjang masa. Dan lagu yang berkumandang itu adalah salah satu lagu kegemarannya.

            Tiba-tiba lampu yang terang benderang di lobi itu terpadam. Keadaan menjadi gelap gelita. Mereka melompat terkejut. Serentak dengan itu kedengaran bunyi pintu berdentam dentum. Pintu lobi yang terbuka luas tadi tiba-tiba tertutup. Rasa takut mula menyerang diri masing-masing. Yang perempuan sudah saling berpelukkan.

            “Stay close. Jangan berpecah.” Pesan Sham. Tangannya cuba memicit lampu suluh yang dibawa tadi namun tidak berjaya.

            “Shit! Masa ini jugaklah bateri nak habis!”

            “Apa kita nak buat ni? Takkan nak berdiri je dalam gelap ni?” Tanya Jamie.

            Sham meraba poket mencari pemetik api. Mujur poket jaketnya kalis air. Melalui cahaya dari pemetik api itu, dia mencari jalan untuk ke kaunter reception.

            “Engkau orang tunggu sini. Aku nak pergi kaunter tu, tengok kalau ada telefon.” Langkah diatur perlahan ke arah kaunter yang tidak berpenghuni tadi. Matanya cuba mencari telefon dalam samar-samar cahaya. Namun tidak kelihatan. 

            “Bro, ada tak?” Tanya Jamie.

            “Tak adalah.” Balas Sham. 

Pandangannya jatuh ke atas sebuah loceng yang terletak di atas kaunter. Tanpa berfikir lama, loceng itu dibunyikan dengan harapan pekerja hotel tersebut akan muncul. Berkali-kali loceng dibunyikan tetapi bayang seorang pun pekerja hotel itu tidak kelihatan. Dia mula hilang sabar. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dibaling loceng itu ke dinding. Dia berpusing mengatur langkah kembali kepada rakan-rakannya.

            “Cari siapa?” Tegur satu suara wanita yang muncul tiba-tiba.

            Rakan-rakannya sudah menjerit terkejut. Sham terasa lemah lutut. Kakinya tiba-tiba menjadi lembik lalu dia jatuh terduduk. Takut-takut dia mendongak memandang wanita yang menegurnya tadi. Sebatang lilin yang dipegang wanita itu. Melalui cahaya lilin itu Sham dapat melihat wajah wanita itu. Cantik. Sukar untuk dia mengagak usia wanita berkebaya pendek itu. Untuk seketika, dia terpesona.

            Kemudian wanita itu menunduk memandangnya. Wajah yang cantik itu merenungnya tajam. Bibirnya menguntum senyuman manis. Namun lama kelamaan pandangan tajam itu nampak semakin mengerunkan. Senyuman di bibir sudah tidak semanis tadi. Jantung Sham berdegup pantas. Tengkuknya meremang. Badannya mengigil. Wanita itu kemudian mendekatkan wajahnya pada Sham. “Cari siapa?”

                        

Monday, January 20, 2014

Bab 6 : Hanya Dia...Cinta


Zara sarung baju kurung kain cotton berwarna ungu lembut ke tubuhnya. Selepas semuanya nampak elok terletak di tubuh, dia ambil selendang panjang rona warna yang sama dari atas katil. Selendang dililit rapi di kepala. Wajahnya cuma disapu sedikit bedak kompak dan bibirnya cuma dioles dengan pelembab bibir. Selepas berpuas hati dengan penampilannya, Zara melangkah keluar dari bilik.
Langkah diatur turun ke bawah. Saudara maranya yang baru sampai petang tadi dah memenuhi ruang makan yang dah dialihkan mejanya bagi memberi ruang kepada kaum wanita solat jemaah bersama nanti.
“Aik, Zara, tak solat sama?” Soal Mak Ngah Zizah, kakak kepada mamanya.
“Err…” Zara cuma tersenyum kelat. Segan pula nak beritahu ‘kawan-baiknya’ tengah datang menjengah.
Mungkin faham dengan maksud senyuman Zara, Mak Ngah Zizah mengangguk dan ketawa. Mak Long, Mak Ndak dan Mak Usu dan sepupu-sepupunya yang lain pun sama ikut ketawa. Aduh! Memalukan sungguh! Mereka ni tak reti nak jaga air muka orangkah? Muka Zara dah membahang. Cepat dia bergerak ke dapur.
“Adik…” Masuk saja dapur, dah ada suara yang memanggil dia. Wajah Kak Long yang cantik bertelekung dipandang sejenak.
“Ya?”
“Tolong tengokkan orang-orang catering dekat bawah khemah?”
“Hah? Sekarang ke?” Maghrib dah nak masuk dah ni!
“Yalah. Sekejap saja. Takkan Kak Long pula nak pergi dengan telekung segala ni!”
“Ala…kenapa tak minta babah je? Seganlah kak long. Dekat depan tu ramai lelaki!” Nanti dari orang tak tahu semua jadi tahu yang dia tak boleh bersolat sama. Kakak aku  nilah! Tak reti betul nak jaga reputasi adik sendiri.
“Alaa…babah bukan tahu pun. Catering tu kan kak long yang uruskan. Bukannya kena buat apa pun. Adik cuma tolong tengok semuanya lengkap atau tak saja.”
Zara dah tarik muka.
“Fine. Kalau tak boleh tolong, tak apalah. Biar kak long je pergi.” Rajuk si kak long.
Zara rasa macam hendak hentak kaki sahaja. Tak adil sungguh! Suka sangat guna ayat sentap lepas tu buat ‘ugutan emosi’ dengan dia.
“Yalah…yalah. Zara pergi.” Dengan muka yang masam, Zara bergerak ke pintu belakang. Terpaksalah dia keluar ikut pintu belakang hendak menghala ke hadapan. Takkan nak ikut ruang tamu yang sah-sah dah penuh dengan jemaah lelaki itu.
“Thank you, sayang…” Ucap si kakak ceria.
Zara cuma mencemik. You are so not welcome! Tak pasal-pasal dah jadi tak ikhlas kerja yang dia kena buat ini.
Sampai di bawah khemah, Zara perhatikan krew catering yang sudah selesai menyusun tray-tray berisi makanan dan pinggan-pinggan makan. Selepas puas hati dengan segalanya, Zara cepat-cepat tinggalkan khemah, nak masuk semula ke dalam rumah. Sewaktu diri melalui pintu gelangsar berhadapan dengan taman mini mamanya, langkah Zara terhenti saat telinga menangkap sabaris nama yang disebut-sebut babahnya.
“Adhan, dah masuk waktu ni….”
Zara menoleh ke arah ruang tamunya. Dari luar dia melihat si jejaka yag disebut-sebut babahnya bangun dan bergerak ke bahagian hadapan. Sebelah tangan diangkat lalu diletakkan di telinga kanan. Tanpa sedar, bibirnya mencebik. Adhan nak laungkan azan? Biar betul? Nyanyi lagu rock pandailah!
Zara berpusing, hendak meneruskan langkahnya ke bahagian belakang rumah. Tapi belum sempat dia hendak melangkah, dia berhenti sekali lagi.
“Allahuakhbar…Allahuakbhar…”
Jantung Zara berdegup pantas. Pandangan kembali menghala ke bahagian dalam rumah. Tumpuannya kini hanya pada si jejaka berbaju melayu yang lengkap berbaju Melayu warna ungu dan berkain pelikat yang sedang mengalunkan azan, menyeru seisi rumah untuk mengerjakan solat maghrib.
Zara terpaku. Suara itu...
Kalau sebelum ini dia merasakan nyanyian Adhan di #2 kelmarin sedap, dia silap besar. Rasanya lantunan suara si jejaka melaungkan azan lebih merdu dari sebelumnya. Zara dah pegang dada.
“Masya Allah…” Dia memuji dalam hati. Kemudian dia menggeleng laju. Kenapa dengan aku ni? Sungguh, saat itu ada rasa halus yang mula menyusup dalam hati seorang Zara Harlina.

Usai solat maghrib, bacaan doa selamat dimulakan. Kemudian mereka semua teruskan ke solat Isyak. Selesai segalanya, semua yang ada beransur ke khemah di luar rumah untuk menjamu selera. Zara yang masih lagi dalam mode kagum dan tak percaya selesa berada di dalam rumah. Perut tiba-tiba rasa sebu pula. Hilang selera makannya bila hati dan fikiran mula bercelaru.
            “Adik…termenung pula dia. Jom ke depan, makan.” Nadine dah tarik ajak dia bangun.
            “Err..tak apalah. Kak Ngah pergilah.”
            “Laaa….dah apasal pulak ni?”
            “Tak ada apalah.”
            “Kalau dah tak ada apa, jomlah. Tu, Adhan seorang diri je dekat luar dulu. Pergilah layan dia.”
          Cepat Zara menggeleng. Tak nak!  Seram pula rasa bila memikirkan nak berhadapan dengan Adhan. Oh Tuhan, kenapa pula nak rasa macam ini, Zara?
“Pergilah layan dia…” Nadine dah tolak Zara ke hadapan.
“Isyhh…Kak ngah ni. Dia dah besarlah. Boleh layan diri sendiri, tak payah nak layan segala!”
Sebolehnya Zara hendak mengelak daripada berhadapan dengan Adhan. Entah kenapa lepas sahaja dia mendengar suara si jejaka melaungkan azan tadi, hati dia berdebar semacam bila terpandang wajah Adhan. Tambahan pula tengah hari tadi Adhan dah ucapkan ayat beli jiwa yang buat jiwa dia hampir nak terjual; because you’re mine. Kalau selalu kena gula-gula dengan ayat manis Adhan, mungkin juga kubu pertahanan dalam hati dia ini runtuh. No, can’t do! Belum masa lagi dia nak ucapkan selamat tinggal pada gelaran solo dia.
“Amboi…sedapnya bahasa tuan rumah. Dia tu tetamu rumah ni. Kenalah layan!”
“Tetamu rumah ni maknanya tetamu kak ngah juga kan? Kenapa Zarr je yang nak kena layan? Kak ngah layan tak boleh?” Zara beri alasan lagi.
“Kak Ngah sibuk.”
“Sibuk apanya? Dari tadi asyik berdiri dekat sini.” Dah macam mandur saja gaya kakaknya sejak tadi. Berdiri di hadapan pintu rumah memerhati keadaan sekeliling.
“Tu…nampak tu?” Nadine dah muncung mulut ke arah pintu pagar.
Zara kalih pandangan dan kemudian mengeluh perlahan melihat kelibat orang yang ditunjuk si kakak. Eh, datang pula doktor ni?
“Kata Abang Haikal kerja malam ni?”
“Memanglah. Dia on the way nak pergi hospital, singgah sini sekejap tunjuk muka. Oklah. Kak ngah nak melayan encik tunang tu ya. And I suggest you do the same with you soon-to-be-fiancĂ©.” Saran Nadine selamba.
 “He is not!”
He will be!” Ujar Nadine sebelum pergi mendapatkan tunangnya, Haikal.
Zara mencebik. Kalau tak buat bagai yang disuruh mesti mama pun membising sama nanti. Dengan muka cemberut, dia berjalan mendekati Adhan. Sempat dia singgah di meja buffet untuk mengambil dua gelas air.
“Ehem…” Zara berdeham panggil Adhan.
Adhan yang sedang membelek telefon bimbit mendongak dan untuk beberapa ketika wajah dia nampak terpaku melihat Zara. Ni apahal pandang aku macam tak berkelip mata ni? Hati Zara mengomel sendiri. Rasa berbahang pula wajah bila direnung Adhan begitu sekali.
“Nah, air…” Cepat-cepat dia hulurkan air di tangan ke arah Adhan, cuba hendak mengurangkan debar di hati. Arghhh…Zara Harlina, kenapa macam ini malam ni? Takkan sebab baru dengar merdu suara Adhan mengalunkan ayat Al-Quran, terus hati dia goyah?
 “Air!” Ulang Zara sedikit kasar bila melihat Adhan masih kaku di hadapannya.
Adhan terus-terusan merenung Zara. Kemudian perlahan bibir menguntum senyum sambil tangan mencapai gelas dari tangan Zara.
“Thanks.”
Zara sekadar mengangguk.
“You tak makan?” Soal Adhan.
“Sekejap lagilah. You kenapa tak makan?”
“Tak ada selera…”
“Laa…boleh pula macam tu?” Datang kenduri orang pun nak ikut ada selera atau tidak kah?
Adhan ketawa perlahan. “Itu tadi. Sekarang dah ada selera semula.”
“Pulak dah?”
“Yalah. Tadi I tak nampak you, sekarang dah nampak you terus datang selera makan I.” Adhan dah angkat-angkat kening.
Zara jeling Adhan Tajam. Ada saja lelaki ni!
Adhan senyum tengok jelingan si gadis. Air di tangan diteguk perlahan.
"Hmm…Manis."
"Apa yang manis? Air ni?" Tanya Zara hairan.
Dia labuhkan punggung di kerusi bersebelahan Adhan sebelum dia menyisip air sirap selasih di dalam gelas di tangannya. Berkerut-kerut dahinya, cuba mendapatkan rasa manis yang disebut Adhan.
"Tak manis pun. Sedang elok je.” Zara berpaling ke arah Adhan. Lelaki ini tak tahan minum benda manis-manis agaknya.
“You tak tahan manis ya? I minta bibik ambilkan air masak ya? Tak pun, you nak air lain? I boleh minta bibik buatkan." 
Adhan pandang Zara tak berkelip. Tak lama kemudian dia ketawa besar. 
"Wow!"
Zara dah buat muka hairan. "Apa yang wow?"
"You perasan tak, sejak kita kenal baru hari ni I dengar you cakap baik-baik dengan I.
Ambil berat juga you pasal I ya?" Adhan dah pasang senyum senget. 
Huh! Zara ketap gigi. Geram. Buat baik kena perli. Buat tak tahu kena tegur. Apa sajalah yang lelaki ni nak dari dia sebenarnya? Zara tarik muka empat belas. Barulah dia nak ajar hati dia berbaik-baik dengan Adhan tapi nampak gayanya lelaki ini memang suka buat darah dia mendidih. 
Gelas di tangan diletakkan di atas meja. Zara terus bangkit dari kerusi. Duduk di sini pun menyakitkan hati saja!
"Marah ke? I mengusik saja pun." Adhan bertanya dengan sengihan masih tak hilang di bibir.
"Malas nak layan you!"
"Get used to it Zara. Nanti dah kahwin lagi giat I usik you."
Zara mencemik. "Siapa nak kahwin dengan you?"
"You." Si jejaka bagi jawapan ringkas.
Zara cuma menjeling. Tak kuasa hendak beri apa-apa respon sebab tahu makin dilayan, makin menjadi-jadi usikan Adhan. Jalan paling baik ialah menjauhkan diri dari lelaki ini secepat mungkin. Biarlah mama nak marah dia sebab tak layan tetamu pun. Lagi elok kena marah sebab tak melayan dari tanggung dosa layan tak ikhlas.
Dia baru hendak pasang langkah bila Adhan tiba-tiba seru nama dia.
"Apa lagi ni?" Zara dah mula nak hilang sabar.
Adhan bangun dari kerusi dan berdiri di hadapan Zara.
"Manis." Dia ulang lagi ayat yang sama.
Zara dah mengeluh panjang. Tak habis-habis dengan manisnya!
"Isyhh...nanti..." Belum sempat dia hendak beritahu dia akan minta bibik buatkan air lain untuk Adhan, si jejaka dah angkat tangan.
"Bukan air tu yang manis." Beritahu Adhan.
"Dah tu?"
Adhan senyum. Kali ini bukan senyum senget yang selalu terukir setiap kali dia dalam mode hendak mengusik. Sebaliknya senyuman kali ini nampak ikhlas datang dari hatinya. Dan demi Tuhan, senyuman yang satu ini lebih membuatkan dia rasa tak tentu arah.
"You. You nampak manis macam ni, Zara. Without your make-up, without that scowl on your forehead. Terpelihara kecantikkan you.  Terserlah kesopanan you. And Demi Allah, Zara Harlina Elyas you looked more beautiful tonight than any other day. I wish I can see you like this every day..." Beritahu Adhan lembut dan tenang sebelum berjalan ke arah khemah berdekatan meninggalkan Zara yang dah terdiam dan tergamam.
Zara kembali terduduk di atas kerusi. Manis? Hanya dengan baju kurung kain cotton dan selendang panjang melilit kepala? Tiba-tiba sahaja hati dia jadi sebak. Mata mencari kelibat Adhan di bawah khemah. Lelaki yang berdiri yang membelakangkannya itu direnung dengan perasaan yang bercampur baur. Bagai terasa dirinya sedang direnung, Adhan menoleh membalas pandangan Zara. Saat itu ada sesuatu yang terdetak dalam hati. Cepat Zara larikan pandangan ke arah lain.

Ya Allah, Adhan! Kenapalah suka sangat buat hati dia tak tentu arah begini?


Saturday, January 4, 2014

Bab 5 : Hanya Dia...Cinta


Hujung minggu patutnya dia bermalas-malasan di rumah sendiri selepas penat mengadap kerja pejabat enam hari sebelumnya. Kalau tak beristirehat di rumah pun, waktu inilah dia keluar buat aktiviti kegemarannya dengan geng adrenalin junkies’ dia yang lain. Daki bukit, gunung, jungle tracking, ATV ride atau paling teruk pun pergi wall climbing. Tapi sejak Kak Long hendak kahwin, jadual hujung minggu Zara berubah jadinya. Apa jadi sekalipun, Zara kena balik tunjuk muka di rumah keluarga dia. Tolong Kak Long buat persiapan kahwinnya. Bila Puan Rohana dah keluar mandat, janganlah sekali-kali hendak membantah. Panjang tazkirahnya nanti. Tapi kalau hendak diikutkan macam tak ada fungsi pun dia balik. Nak tolong apa kalau semuanya dibuat bonda tercinta bersama dengan ahli persatuan wanitanya. Zara hanya duduk menjadi penonton di tepi sahaja.
“Isyh…jangan muncung sangat boleh? Kak ngah ikat juga muncung tu nanti!” Sergahan dari Nadine mengejutkan Zara yang tengah mengelamun.
“Kak ngah ni, terkejut oranglah.”
“Berangan lagi! Orang ajak balik suruh menolong, dia boleh pula termenung mengalahkan orang yang nak kahwin pula.” Nadine membebel.
Muncung Zara makin panjang.
“Bukan tak nak menolong tapi semua benda pun orang lain dah buat. Nak tolong buat bunga telur, tangan Zara tak berseni. Nak tolong siapkan goodies, Chik Yah tak bagi pegang. Jadi Zara nak buat apa? Kak ngah nak balik….” Zara dah merengek pada Nadine.
Nadine dah menggeleng laju.
“Tak boleh! Kalau awak nak dengar mama membebel tujuh hari tujuh malam beranilah balik. Lagipun, siapa kata tak ada kerja? Tu…di dapur tu, ada je kerja yang menanti.”
“Dapur? Oh hell no! Kak ngah nak suruh Zara bakar dapur tu ke apa?”
Kali terakhir dia masuk ke dapur (lebih sepuluh tahun yang lalu), hampir sahaja rumah mereka terbakar. Semuanya gara-gara Zara terlupa hendak tutup api dapur gas selesai buat scramble egg. Punyalah asyik makan, dia tak sedar dapur dah berasap. Tahu-tahu sahaja alat penggera dah berbunyi. Nasib baiklah abah pasang smoke detector di dalam rumah. Kalau tidak dah lama jadi arwah agaknya Zara Harlina. Disebabkan peristiwa tu, Zara naik fobia hendak masuk dapur. Sudahnya sampai sekarang dia tak pandai hendak memasak.
“Ada sajalah alasan dia, kan?” Nadine dah cubit lengan si adik.
“Ni nak kahwin nanti kak ngah tak tahulah macam mana nasib si Adhan tu!”
Mata Zara dah membulat. “Eh, apa kena mengena pula dia dalam ini cerita?”
“Aik, itu bukan ke bakal suami awak?”
Zara dah menggeleng laju. “Oh no!!! Zara tak pernah kata setuju pun ok!”
“Awak tak kata, tapi family kita dah kata.”
“Jadi biarlah family kita je yang kahwin dengan dia! Zara tak nak!”
Zara dah tarik muka. Geram. Menyampah. Nak marah pun ada. Tak habis-habis suruh dia kahwin. Macamlah dia dah tua sangat. Baru dua puluh lapan tahun saja pun! Dari kecil sampai besar, tak habis-habis hendak kawal hidup dia. Nak belajar di mana, nak ambil kursus apa, nak kerja di mana, semua nak ditentukan. Bab nikah kahwin ni tak boleh ke dia sendiri yang uruskan?
“You know what, adik. Dari pemerhatian kak ngah, kak ngah tengok dia tu sesuai sangat dengan awak. Dan nampak macam dia sayang saja dekat awak. Yang adik berkeras sangat tak nak dekat Adhan tu kenapa? Apa kurangnya dia?” Soalan Nadine buat Zara terdiam seketika.
Kurang? Sejujurnya memang dia tak nampak apa kurangnya Adhan. Tapi…entahlah! Bila sebut perkataan kahwin dan Adhan dalam ayat yang sama, dia rasa macam ada yang tak kena saja. Dan sayang? Betul ke Adhan sayang dia? Adhan cuma kata Adhan nak dekat dia saja. Nak tak semestinya sayang, kan?
“It’s not him, personally. It’s….” Apa dia? Arghhh! Payah betul dia nak terangkan.
"Kak ngah pernah terbaca satu quote ni. Katanya, pilihlah seseorang yang lebih sayangkan kita kerana orang yang kita sayang mungkin akan meninggalkan kita untuk orang lain yang dia sayang."
 “So?” Dahi Zara berkerut. Apa kaitan quote tu dengan dia? 
"Adik ni slowlah!" Geram dia tengok dahi si adik yang berkerut-kerut.
"Pulak? Kak ngah yang sibuk nak bermadah bagai. Cuba cakap straight to the point. Senang kan?" 
Nadine menggeleng. Kesian Adhan. Nasib kau lah kawan, kau yang nak sangat dekat si blur ni...
“Zara Harlina!” Perbualan dua beradik itu terhenti bila suara Puan Rohana kedengaran di belakang mereka. Kedua-duanya berpaling. Muka Puan Rohana yang nampak macam orang tak puas hati itu buat Zara dah tak tentu arah rasa.
“Ya Allah, dia boleh duduk bersenang-senang dekat sini!” Puan Rohana dah cekak pinggang.
“Kenapa tak pergi temankan Adhan dekat depan tu?” Soal Puan Rohana.
Zara dah ternganga. Temankan Adhan dekat depan? Bila pulak si mamat stubble tu sampai? Kenapa pula dia datang?
"Tunggu apa lagi? Pergilah layan Adhan tu."
“Layan apa pula mama ni? Bila pula dia sampai? Dia datang buat apa? Zara tak ajak pun!”
“Isyh…tetamu nak datang, takkan nak tunggu berajak?”
“Masalahnya apa kena mengena pula dia dengan kita yang nak datang selalu?” Tanya Zara geram. Tak malu ke asyik bertandang rumah orang?
“Datang sebagai anak kawan mama, tak boleh ke?”
“Kalau macam tu mama sajalah layan dia, aduh…” Zara dah gosok lengan. Mata menjeling ke arah Nadine yang baru saja menghadiahkan cubitan ketam padanya.
“Kenapa cakap macam tu dengan mama?” Aura seorang kakak dah keluar.
Zara gosok lengan. Auch..sakit. Sakit kena cubit. Sakit kena tegur. Sakit sebab terkurang ajar dengan mama sendiri.
“Sorry…”
Puan Rohana dah menggeleng. “Auntie Mai yang minta Adhan datang. Tolong-tolong apa yang patut. Malam ni kan abah nak buat doa selamat. Kita ni bukannya ramai saudara lelaki. Sebab itulah Adhan datang.”
Zara dah tunduk. Malu bila sedar diri terlebih syak wasangka pada Adhan.
“Dah, mama nak ke dapur. Pergi tengokkan Adhan tu. Kesian dia sorang-sorang di luar tu.”
Zara angkat kepala dan menjenguk sedikit ke bahagian luar rumah. Bibir mencemik bila melihat betapa ‘kasihannya’ si mamat stubble. Siap ketawa sampai nampak semua tiga puluh  dua batang gigi tu, kesian apanya?
"Ala...ramai je yang layan dia. Mama tengok tu, kawan-kawan mama tu. Bukan main mesra lagi dengan dia. Haa...ada yang berkenan nak buat bakal menantulah tu." Zara menjeling. Sebal. Sukalah tu orang 'hurung' dia macam semut hurung gula!
"Isyhh budak bertuah ni! Cakap tu doa tahu? Nak sangat ke Adhan pergi dekat orang lain?" Marah Puan Rohana.
"Kalau dah jodoh dia macam tu mama....Zara nak buat apa lagi?" Selamba Zara menjawab. Tapi…Erk! Kenapa rasa semacam saja hati ni?
"Amboi...pandai pula bercerita pasal jodoh ya? Bila kena dekat batang hidung dia macam-macam alasan dia bagi. Dah, jangan nak mengada-ngada lagi. Pergi depan tu temankan dia. Kalau tak nak layan sebagai bakal suami awak pun, layan dia sebagai tetamu. Tetamu ni datang bawa rezeki, tahu?"
"Ala ma... suruh kak ngah pergi." Zara cuba buat muka kasihan. Dia berpusing ke tepi tapi bayang kak ngahnya dah tak kelihatan. Bila masa pula dia cabut ni?
"No!"
"Mama...."
"Zara Harlina!"
Zara dah tunduk pandang lantai. Kalau Puan Rohana dah panggil nama penuh tu, tak ada makna lagi dah nak merengek segala. Tak ada kompromi! Dah masuk mode do or die!
Dengan muka bosan Zara berjalan mendekati Adhan yang sedang duduk di kerusi rehat di porch rumah. Macam tahu-tahu saja dia nak datang, makcik-makcik yang duduk dengan Adhan tadi beransur seorang demi seorang meninggalkan AdAdha
"Zara..." Tegur Adhan. Lembut.
"Adhan..." Balas Zara. Dingin.
Diam. Adhan renung Zara. Zara dah mula hangat muka. Terasa segan pula bila tak berkelip-kelip mata Adhan pandang dia. Be still my heart! Ini cuma seorang Adhan.
“Bila sampai?” Soal Zara dingin. Saja berbasa basi.
“Baru je.” Lembut Adhan menjawab. Hati Zara dah mula terusik. Isyhh…kenapalah yang baik sangat ni?
"Ehem...nak air?" 
"Tak nak."
"Nak nasi?"
"Tak nak."
"Nak kuih?"
"Tak nak."
Oh Tuhan, menduga kesabaran sungguhlah manusia depan aku ni!
Zara tarik nafas dalam-dalam. Cuba hendak menenangkan perasaan sendiri.
"Habis tu awak nak apa? Takkan datang rumah orang tak jamah apa-apa?"
Adhan senyum. Meleret. Senyuman yang selalu buat Zara tak tentu arah rasa.
Perlahan Adhan bangun dan bergerak mendekati Zara. Kepala ditundukkan sedikit dan selamba dia berbisik...
"I. Nak. You."
Whoa! Tenang Zara, tenang. Jangan nak cepat sangat cair dengan mamat sweet talker ni!
"Tapi I.Tak.Nak.You!" Zara sengih tayang gigi.
Adhan angkat bahu. Mulut dah senyum senget.
"Jangan yakin sangat, babe..."
"I memang yakin dengan benda ni, ok!" Tegas Zara. Yakin ke Zara? Kalau yakin kenapa tekak rasa kesat je nak luahkan ayat tu? Hati kecil Zara bersuara.
"If you say so, princess.”
“Adhan…”
Adhan dah senyum lebar.  “I suka dengar you panggil nama I.”
Zara ketap gigi. Ok. Mulai hari ini dia takkan sebut nama lelaki ni lagi!
“Kenapa?”
“Kenapa apa? Kenapa I suka dengar you panggil nama I?” Usik Adhan.
“No! Kenapa you beriya sangat nak kita bersama?” Soal Zara geram.
Adhan angkat bahu. "You're single. I'm single. Jadi I tak nampak apa masalahnya kita tak boleh bersama."
Zara angkat kening. Amboi, ayat penyata penuh kenyakinan diberinya. Don't be so sure mister!
"Who says I'm single?" Zara senyum sinis.
Adhan terkedu. Berubah air mukanya sebentar. Tapi tak lama lepas itu, bibir dah kembali senyum. Senget. Penuh makna.
Zara dah telan liur. He's up to something!
“Yes, you’re definitely not single princess.”
Adhan tundukkan sedikit kepala, hingga mulut berada dekat ke telinga Zara.
“Because you’re mine…”
Whoa! Zara dah terkedu.