Zara sarung baju
kurung kain cotton berwarna ungu lembut ke tubuhnya. Selepas semuanya nampak
elok terletak di tubuh, dia ambil selendang panjang rona warna yang sama dari
atas katil. Selendang dililit rapi di kepala. Wajahnya cuma disapu sedikit
bedak kompak dan bibirnya cuma dioles dengan pelembab bibir. Selepas berpuas
hati dengan penampilannya, Zara melangkah keluar dari bilik.
Langkah diatur
turun ke bawah. Saudara maranya yang baru sampai petang tadi dah memenuhi
ruang makan yang dah dialihkan mejanya bagi memberi ruang kepada kaum wanita
solat jemaah bersama nanti.
“Aik, Zara, tak
solat sama?” Soal Mak Ngah Zizah, kakak kepada mamanya.
“Err…” Zara cuma
tersenyum kelat. Segan pula nak beritahu ‘kawan-baiknya’ tengah datang
menjengah.
Mungkin faham
dengan maksud senyuman Zara, Mak Ngah Zizah mengangguk dan ketawa. Mak Long, Mak Ndak dan Mak Usu dan sepupu-sepupunya yang lain pun sama ikut ketawa. Aduh! Memalukan sungguh! Mereka ni
tak reti nak jaga air muka orangkah? Muka Zara dah membahang. Cepat dia
bergerak ke dapur.
“Adik…” Masuk
saja dapur, dah ada suara yang memanggil dia. Wajah Kak Long yang cantik
bertelekung dipandang sejenak.
“Ya?”
“Tolong
tengokkan orang-orang catering dekat bawah khemah?”
“Hah? Sekarang
ke?” Maghrib dah nak masuk dah ni!
“Yalah. Sekejap
saja. Takkan Kak Long pula nak pergi dengan telekung segala ni!”
“Ala…kenapa tak
minta babah je? Seganlah kak long. Dekat depan tu ramai lelaki!” Nanti dari
orang tak tahu semua jadi tahu yang dia tak boleh bersolat sama. Kakak aku nilah! Tak reti betul nak jaga reputasi adik
sendiri.
“Alaa…babah
bukan tahu pun. Catering tu kan kak long yang uruskan. Bukannya kena buat apa
pun. Adik cuma tolong tengok semuanya lengkap atau tak saja.”
Zara dah tarik
muka.
“Fine. Kalau tak
boleh tolong, tak apalah. Biar kak long je pergi.” Rajuk si kak long.
Zara rasa macam
hendak hentak kaki sahaja. Tak adil sungguh! Suka sangat guna ayat sentap lepas
tu buat ‘ugutan emosi’ dengan dia.
“Yalah…yalah.
Zara pergi.” Dengan muka yang masam, Zara bergerak ke pintu belakang.
Terpaksalah dia keluar ikut pintu belakang hendak menghala ke hadapan. Takkan
nak ikut ruang tamu yang sah-sah dah penuh dengan jemaah lelaki itu.
“Thank you,
sayang…” Ucap si kakak ceria.
Zara cuma mencemik.
You are so not welcome! Tak
pasal-pasal dah jadi tak ikhlas kerja yang dia kena buat ini.
Sampai di bawah
khemah, Zara perhatikan krew catering yang sudah selesai menyusun tray-tray
berisi makanan dan pinggan-pinggan makan. Selepas puas hati dengan segalanya,
Zara cepat-cepat tinggalkan khemah, nak masuk semula ke dalam rumah. Sewaktu
diri melalui pintu gelangsar berhadapan dengan taman mini mamanya, langkah Zara
terhenti saat telinga menangkap sabaris nama yang disebut-sebut babahnya.
“Adhan, dah
masuk waktu ni….”
Zara menoleh ke
arah ruang tamunya. Dari luar dia melihat si jejaka yag disebut-sebut babahnya bangun
dan bergerak ke bahagian hadapan. Sebelah tangan diangkat lalu diletakkan di
telinga kanan. Tanpa sedar, bibirnya mencebik. Adhan nak laungkan azan? Biar
betul? Nyanyi lagu rock pandailah!
Zara berpusing,
hendak meneruskan langkahnya ke bahagian belakang rumah. Tapi belum sempat dia
hendak melangkah, dia berhenti sekali lagi.
“Allahuakhbar…Allahuakbhar…”
Jantung Zara
berdegup pantas. Pandangan kembali menghala ke bahagian dalam rumah. Tumpuannya
kini hanya pada si jejaka berbaju melayu yang lengkap berbaju Melayu warna ungu
dan berkain pelikat yang sedang mengalunkan azan, menyeru seisi rumah untuk
mengerjakan solat maghrib.
Zara terpaku. Suara
itu...
Kalau sebelum
ini dia merasakan nyanyian Adhan di #2 kelmarin sedap, dia silap besar. Rasanya
lantunan suara si jejaka melaungkan azan lebih merdu dari sebelumnya. Zara dah
pegang dada.
“Masya Allah…” Dia
memuji dalam hati. Kemudian dia menggeleng laju. Kenapa dengan aku ni? Sungguh,
saat itu ada rasa halus yang mula menyusup dalam hati seorang Zara Harlina.
Usai
solat maghrib, bacaan
doa selamat dimulakan. Kemudian mereka semua teruskan ke solat Isyak. Selesai
segalanya, semua yang ada beransur ke khemah di luar rumah untuk menjamu
selera. Zara yang masih lagi dalam mode kagum dan tak percaya selesa berada di dalam
rumah. Perut tiba-tiba rasa sebu pula. Hilang selera makannya bila hati dan
fikiran mula bercelaru.
“Adik…termenung
pula dia. Jom ke depan, makan.” Nadine dah tarik ajak dia bangun.
“Err..tak
apalah. Kak Ngah pergilah.”
“Laaa….dah
apasal pulak ni?”
“Tak
ada apalah.”
“Kalau
dah tak ada apa, jomlah. Tu, Adhan seorang diri je dekat luar dulu. Pergilah
layan dia.”
Cepat
Zara menggeleng. Tak nak! Seram pula
rasa bila memikirkan nak berhadapan dengan Adhan. Oh Tuhan, kenapa pula nak
rasa macam ini, Zara?
“Pergilah layan
dia…” Nadine dah tolak Zara ke hadapan.
“Isyhh…Kak ngah
ni. Dia dah besarlah. Boleh layan diri sendiri, tak payah nak layan segala!”
Sebolehnya Zara
hendak mengelak daripada berhadapan dengan Adhan. Entah kenapa lepas sahaja dia
mendengar suara si jejaka melaungkan azan tadi, hati dia berdebar semacam bila
terpandang wajah Adhan. Tambahan pula tengah hari tadi Adhan dah ucapkan ayat
beli jiwa yang buat jiwa dia hampir nak terjual; because you’re mine. Kalau
selalu kena gula-gula dengan ayat manis Adhan, mungkin juga kubu pertahanan
dalam hati dia ini runtuh. No, can’t do! Belum masa lagi dia nak ucapkan
selamat tinggal pada gelaran solo dia.
“Amboi…sedapnya
bahasa tuan rumah. Dia tu tetamu rumah ni. Kenalah layan!”
“Tetamu rumah ni
maknanya tetamu kak ngah juga kan? Kenapa Zarr je yang nak kena layan? Kak ngah
layan tak boleh?” Zara beri alasan lagi.
“Kak Ngah
sibuk.”
“Sibuk apanya?
Dari tadi asyik berdiri dekat sini.” Dah macam mandur saja gaya kakaknya sejak
tadi. Berdiri di hadapan pintu rumah memerhati keadaan sekeliling.
“Tu…nampak tu?”
Nadine dah muncung mulut ke arah pintu pagar.
Zara kalih
pandangan dan kemudian mengeluh perlahan melihat kelibat orang yang ditunjuk si
kakak. Eh, datang pula doktor ni?
“Kata Abang
Haikal kerja malam ni?”
“Memanglah. Dia on the way nak pergi hospital, singgah
sini sekejap tunjuk muka. Oklah. Kak ngah nak melayan encik tunang tu ya. And I suggest you do the same with you
soon-to-be-fiancĂ©.” Saran Nadine selamba.
“He will be!” Ujar Nadine sebelum pergi
mendapatkan tunangnya, Haikal.
Zara mencebik. Kalau
tak buat bagai yang disuruh mesti mama pun membising sama nanti. Dengan muka
cemberut, dia berjalan mendekati Adhan. Sempat dia singgah di meja buffet untuk
mengambil dua gelas air.
“Ehem…” Zara
berdeham panggil Adhan.
Adhan yang
sedang membelek telefon bimbit mendongak dan untuk beberapa ketika wajah dia
nampak terpaku melihat Zara. Ni apahal pandang aku macam tak berkelip mata ni?
Hati Zara mengomel sendiri. Rasa berbahang pula wajah bila direnung Adhan
begitu sekali.
“Nah, air…”
Cepat-cepat dia hulurkan air di tangan ke arah Adhan, cuba hendak mengurangkan
debar di hati. Arghhh…Zara Harlina, kenapa macam ini malam ni? Takkan sebab
baru dengar merdu suara Adhan mengalunkan ayat Al-Quran, terus hati dia goyah?
“Air!” Ulang Zara sedikit kasar bila melihat
Adhan masih kaku di hadapannya.
Adhan terus-terusan
merenung Zara. Kemudian perlahan bibir menguntum senyum sambil tangan mencapai
gelas dari tangan Zara.
“Thanks.”
Zara sekadar
mengangguk.
“You tak makan?”
Soal Adhan.
“Sekejap
lagilah. You kenapa tak makan?”
“Tak ada selera…”
“Laa…boleh pula
macam tu?” Datang kenduri orang pun nak ikut ada selera atau tidak kah?
Adhan ketawa
perlahan. “Itu tadi. Sekarang dah ada selera semula.”
“Pulak dah?”
“Yalah. Tadi I tak
nampak you, sekarang dah nampak you terus datang selera makan I.” Adhan dah
angkat-angkat kening.
Zara jeling
Adhan Tajam. Ada saja lelaki ni!
Adhan senyum
tengok jelingan si gadis. Air di tangan diteguk perlahan.
"Hmm…Manis."
"Apa yang
manis? Air ni?" Tanya Zara hairan.
Dia labuhkan punggung di kerusi
bersebelahan Adhan sebelum dia menyisip air sirap selasih di dalam gelas di
tangannya. Berkerut-kerut dahinya, cuba mendapatkan rasa manis yang
disebut Adhan.
"Tak manis pun. Sedang elok
je.” Zara berpaling ke arah Adhan. Lelaki ini tak tahan minum benda manis-manis
agaknya.
“You tak tahan manis ya? I minta
bibik ambilkan air masak ya? Tak pun, you nak air lain? I boleh minta bibik
buatkan."
Adhan pandang Zara tak berkelip.
Tak lama kemudian dia ketawa besar.
"Wow!"
Zara dah buat muka hairan.
"Apa yang wow?"
"You perasan tak, sejak kita
kenal baru hari ni I dengar you cakap baik-baik dengan I.
Ambil berat juga you pasal I ya?" Adhan dah pasang senyum
senget.
Huh! Zara ketap gigi. Geram. Buat
baik kena perli. Buat tak tahu kena tegur. Apa sajalah yang lelaki ni nak dari
dia sebenarnya? Zara tarik muka empat belas. Barulah dia nak ajar hati dia
berbaik-baik dengan Adhan tapi nampak gayanya lelaki ini memang suka buat darah
dia mendidih.
Gelas di tangan diletakkan di atas
meja. Zara terus bangkit dari kerusi. Duduk di sini pun menyakitkan hati saja!
"Marah ke? I mengusik saja
pun." Adhan bertanya dengan sengihan masih tak hilang di bibir.
"Malas nak layan you!"
"Get used to it Zara. Nanti
dah kahwin lagi giat I usik you."
Zara mencemik. "Siapa nak
kahwin dengan you?"
"You." Si jejaka bagi
jawapan ringkas.
Zara cuma menjeling. Tak kuasa
hendak beri apa-apa respon sebab tahu makin dilayan, makin menjadi-jadi usikan
Adhan. Jalan paling baik ialah menjauhkan diri dari lelaki ini secepat mungkin.
Biarlah mama nak marah dia sebab tak layan tetamu pun. Lagi elok kena marah
sebab tak melayan dari tanggung dosa layan tak ikhlas.
Dia baru hendak pasang langkah bila
Adhan tiba-tiba seru nama dia.
"Apa lagi ni?" Zara dah
mula nak hilang sabar.
Adhan bangun dari kerusi dan
berdiri di hadapan Zara.
"Manis." Dia ulang lagi
ayat yang sama.
Zara dah mengeluh panjang. Tak
habis-habis dengan manisnya!
"Isyhh...nanti..." Belum
sempat dia hendak beritahu dia akan minta bibik buatkan air lain untuk Adhan,
si jejaka dah angkat tangan.
"Bukan air tu yang
manis." Beritahu Adhan.
"Dah tu?"
Adhan senyum. Kali ini bukan senyum
senget yang selalu terukir setiap kali dia dalam mode hendak mengusik.
Sebaliknya senyuman kali ini nampak ikhlas datang dari hatinya. Dan demi Tuhan,
senyuman yang satu ini lebih membuatkan dia rasa tak tentu arah.
"You. You nampak manis macam
ni, Zara. Without your make-up, without that scowl on your forehead. Terpelihara
kecantikkan you. Terserlah kesopanan you.
And Demi Allah, Zara Harlina Elyas you
looked more beautiful tonight than any other day. I wish I can see you like
this every day..." Beritahu Adhan lembut dan tenang sebelum berjalan
ke arah khemah berdekatan meninggalkan Zara yang dah terdiam dan tergamam.
Zara kembali terduduk di atas
kerusi. Manis? Hanya dengan baju kurung kain cotton dan selendang panjang
melilit kepala? Tiba-tiba sahaja hati dia jadi sebak. Mata mencari kelibat
Adhan di bawah khemah. Lelaki yang berdiri yang membelakangkannya itu direnung
dengan perasaan yang bercampur baur. Bagai terasa dirinya sedang direnung,
Adhan menoleh membalas pandangan Zara. Saat itu ada sesuatu yang terdetak dalam
hati. Cepat Zara larikan pandangan ke arah lain.
Ya Allah, Adhan! Kenapalah suka
sangat buat hati dia tak tentu arah begini?
No comments:
Post a Comment