Followers

Saturday, February 1, 2014

Bab 7 : Hanya Dia...Cinta


Dewan hotel dihias cantik. Tema shine bright like a diamond yang diidam-idamkan si pengantin perempuan berjaya juga direalisasikan. Seluruh pelusuk dewan dihias dengan bunga-bunga dan perhiasan berwarna putih dicampur sedikit dengan warna silver. Di bahagian pelamin, batu-batu swarvoski yang digambarkan seperti berlian nampak berkelipan bila terkena pancaran lampu limpah yang dipasang. Memang nampak mewah! Terlalu mewah untuk majlis yang hanya berlangsung selama beberapa jam sahaja itu, keluh Zara sendirian.
Muka dah penat asyik tersenyum. Lutut pula rasa hendak tercabut sebab terpaksa berdiri menjadi penyambut tetamu sebelah keluarganya. Sebentar tadi dia baru sahaja menjalankan tanggugjawabnya mengiring Sofea untuk upacara bersanding di atas pelamin, memandangkan dia salah seorang daripada bride’s maid. Ingatkan bila semua hal diuruskan wedding planner, tak adalah letih macam ini. Tapi sama saja gayanya dengan menguruskan sendiri.
“Senyum…” Bisik Nadine di sebelahnya.
“Senyumlah ni. Kak Ngah nak suruh Zara senyum lebar mana lagi?” Lenguh muka tahu tak?
“Senyum dengan ikhlas. Ini nampak sangat memaksa. Kalau kena capture dengan jurugambar stesen tv tu muka keluarga pengantin perempuan macam ini, kan ke nampak tak elok?”
Zara tarik muncung. Ikhlas tak ikhlas biar dia dengan Tuhan saja yang tahu! Dan ada dia hairan dengan stesen tv tu?
“Tengok tu. Muncung pulak! Adik ni kan, kalau masa majlis kak ngah adik buat gaya gini memang kak ngah cubit-cubit muncung tu!” Nadine dah mengacah mahu mencubit bibir si adik yang bercalit hanya dengan pelembab bibir.
Zara ketawa. “Kak ngah, masa tu dah tentu-tentu kak ngah tengah bersanding. Manalah kak ngan nak nampak Zara muncung ke tidak?”
“Oh, ada niatlah nak memuncung ya?” Nadine dah cekak pinggang.
“Kalau kak ngah buat gaya gini, mungkinlah kut,” balas Zara selamba.
Nadine senyum nipis. “Adik nampak ada gaya kak ngah ke?”
Soalan dari Nadine Zara balas dengan gelengan. Dia tahu kakaknya yang satu ini jenis yang bersederhan. Macam dia juga. Cuma kak long dia sahaja yang lain macam sedikit perangainya. Entah mama terkenan siapa masa mengandungkan Sofea dulu pun dia tak tahu.
“Membazir.”
“Tak apalah adik. Reza mampu.”
“Kalau mampu sekalipun, apa salahnya bersederhana? Majlis tak sampai berapa jam pun tak habisnya beratus ribu. Bukankah yang wajib tu yang harus kita utamakan? Kadang-kadang Zara tak faham dengan kak long ni.” Zara luahkan rasa yang terbuku di hati.
“Rezeki mereka lebih, jadi mereka nak meraikan keluarga dan sahabat mereka. Benda baik adik. Asalkan niat mereka betul, bukan sebab nak menunjuk-nunjuk cukuplah. Kita doalah majlis ni diberkati, Zara.” Nasihat Nadine.
“Zara…” Panggilan dari Puan Rohana mematikan perbualan antara dua beradik itu.
Zara pergi mendapatkan mamanya yang berdiri berhampiran sebuah meja VIP. Sebaik sahaja sampai dekat dengan meja itu, jantung Zara dah mula berdebar tak tentu arah. Mana tidaknya, meja itu diduduki keluarga Adhan! Lelaki yang kali terakhir ditemui dua minggu lalu di rumahnya.
“Cantiknya Zara malam ni…” Laju mommy Adhan memuji sebaik sahaja dia tunduk menghulurkan salam ke arah wanita itu. Adhan yang duduk selang satu kerusi dari mommynya dijeling dari ekor mata. Kenapa serius sahaja wajah si dia?
Tersipu Zara dibuatnya. Bukanlah dia tak biasa dipuji tapi bila dipuji secara terbuka macam ini, segan dibuatnya. Lebih-lebih lagi bila ada sepasang mata yang pandang dia tak lepas-lepas memandang dia. Tiba-tiba dia teringat perbualan terakhir dia dengan Adhan dua minggu lalu. Ya Allah, entah kenapa tiba-tiba dia rasa macam hendak lari jauh dari situ. Malu bila mengenangkan gaun labuh yang dia pakai ini menampakkan susuk tubuh. Rambut dia yang dulu ditutupi selendang panjang hari ini didandan dan disanggul. Terasa panas muka pula!
“Zara dah makan? Kalau belum, come join us? Temankan mommy?” Pelawa Puan Maisarah.
“Err…” Zara baru hendak menolak tapi mamanya terlebih dahulu bersuara.
“Yalah. Zara tak makan lagikan? Temankan Auntie Mai dan Adhan makan.” Puan Rohana terus keluar arahan.
Apabila Puan Rohana dah buat nada suara ala mejar pencen itu, apa lagi pilihan yag dia ada selain daripada menurut perintah? Dengan hati yang berat, dia duduk juga di sebelah Puan Maisara. Duduk di sebelah Puan Maisarah, bermakna duduk di sebelah Adhan juga. Debaran di dada makin kuar dirasakannya.
“Err…Uncle Iskandar mana, auntie?”
Sejak tadi hanya Puan Maisarah dan Adhan sahaja yang kelihatan. Kelibat Encik Iskandar langsung tak nampak.
“Papa ke Dubai. Ada kerja.” Akhirnya si dia di sebelah bersuara juga.
Hati macam nak melompat keluar dari badan sebaik sahaja suara yang sudah hampir dua minggu tidak didengar itu menyapa telinganya. Hairan juga dia sebenarnya ke mana menghilangnya lelaki itu. Kalau tidak itu ke mana sahaja dia pergi, ada sahaja Adhan. Kalau tidak pun, telefon dia tak pernah putus daripada menerima Whatsapp dari lelaki itu. Tapi dua minggu ini, memang lelaki itu sepi tanpa berita. Kunjungan dia ke Café #2 pun tidak menemukan dia dengan Adhan Mikhail. Memang dia tak nak mengaku tapi hati dia sekarang dah pandai tercari-cari kelibat lelaki ini.
“Papa tu sibuk sentiasa. Nanti bila Adhan ambil alih tempat papa, jangan dia pun sibuk macam itu sudah. Kesian Zara nanti asyik kena tinggal.”
Tersedak Zara dibuatnya mendengar penyataan Puan Maisarah. Pedih mata jadinya bila air yang diminum tersalah masuk saluran.
“Mommy…” Tegur Adhan.
Puan Maisarah hanya tersenyum lebar. Zara pula makin tak selesa dibuatnya. Tapi dalam pada itu, timbul juga rasa ingin tahu dalam hati. Apa maksud Puan Maisarah yang Adhan akan ambil alih kerja Encik Iskandar? Bukankah Adhan ada perniagaan sendiri?
“Sorry about that. Are you ok?” Tanya Adhan sebaik sahaja Puan Maisarah dah beralih tumpuan kepada orang di sebelah kirinya.
“Yeah. I’m fine.”
Adhan senyum, menampakkan lekuk di kedua belah pipinya. Cepat-cepat Zara alih pandangan, bimbang kalau hati terusik dengan senyuman itu.
"So, how are you?” Adhan bertanya.
Wajah Zara yang dihiasi solekkan nipis dipandang tak berkelip. Dua minggu tak bersua muka. Rindu jangan cakaplah. Tapi bukan dia sengaja hendak buat begini. Dia ada sebabnya. Dia hendak ajar hati seorang Zara Harlina untuk merindu. Dia hendak ajar hati seorang Zara Harlina untuk menerima kehadiran seorang Adhan Mikhail. Dan dia berharap tempoh dua minggu ini cukup untuk hati Zara mula menyebut nama dia.
"Fine. Sihat je. You pulak? Hidup lagi you ya?" Laju saja ayat tu meluncur dari mulut dia tanpa sempat ditapis. Crap! Crap! Crap! Kenapalah lancang sangat mulut ni Zara Harlina?
Adhan di hadapan mata dah menjeling tajam. O-kay. Nampak gayanya dua minggu tak cukup untuk seorang Zara Harlina merindu dia. Silap percaturan rupanya dia. Atau memang dia silap menaruh harapan sejak mula lagi?
"Nak sangat I mati ke?" Dingin saja soalan balas dari Adhan.
“Adhan…I…” Minta maaf Zara! Susah sangat ke?
“Don’t worry. Kalau I mati, mesti family I beritahu you.” Mendatar sahaja Adhan bersuara.
Ya Allah, Zara. Kau dah kecilkan hati dia!
“Adhan, I’m sorry.”
“Hmmm…”
Hmmm? Apa makna hmm tu? Hmmm, I maafkan. Atau hmmm apa-apa sajalah? Baru sahaja Zara hendak buka mulut bertanya, suara pengacara majlis kedengaran dari bahagian depan dewan. Upacara potong kek hendak dimulakan. Sofea dan Reza berjalan beriringan dari meja makan beradap menuju ke arah sebuah meja khas yang menempatkan sebuah kek empat tingkat.
Zara dan Adhan tegak memandang Sofea dah Reza yang sedang ketawa gembira sambil menyuap kek ke mulut masing-masing. Jelas nampak rasa bahagia terpancar di wajah kedua-dua pengantin baru itu. Siapa sangka, hubungan yang pada mulanya diatur keluarga berakhir dengan perkahwinan.
“She looks happy.”
Zara mengangguk setuju. Ya, kak long dia memang nampak bahagia.
“Tak nampak macam kahwin paksa pun…”
Zara tersenyum nipis. “She’s lucky, I guess. Walaupun Abang Reza tu pilihan mama dan babah, tapi dua-dua boleh jatuh suka bila dah kenal.” 
“I see…” Balas Adhan perlahan.
Keadaan sunyi kembali antara mereka. Yang kendengaran hanya lagu This I Promise You yang menjadi lagu iringan acara potong kek Sofea dan Reza.
“I wonder…” Adhan bersuara selepas beberapa ketika.
Zara menoleh, memandang wajah Adhan yang nampak serius. Berkerut dahi menanti apa yang bakal keluar dari mulut Adhan.
“Can we get our own happy ending?” Adhan toleh pandang Zara, merenung tepat ke dalam mata si gadis yang dah lama mencuri masuk ke dalam hati dia. 
Pandangan tajam Adhan buat Zara lemah lutut. Demi Tuhan, dia memang tak mampu nak alihkan pandangan. Ada sesuatu yang di dalam pandangan Adhan yang buat fikiran Zara tiba-tiba jadi kosong...hati dia tiba-tiba jadi kacau dan jantung dia tiba-tiba berdegup kencang.
“Can we, Zara?” Tanya Adhan sekali lagi dengan muka yang serius.
Zara telan liur. Demi Tuhan, dia tak tahu nak jawap apa.
“Will you ever be my happily ever after, Zara Harlina?” Sekali lagi Adhan beri soalan yang tak mampu dijawab.
Tiba-tiba Adhan tersenyum. Tawar tanpa perasaan.
“I guess tak semua dari kita bertuah macam Sofea dan Reza, kan?” Adhan kembali merenung pasangan pengantin.
Dan Zara?

Hanya mampu memandang Adhan dengan perasaan yang sukar hendak dimengertikan.

No comments:

Post a Comment