Followers

Google+ Followers

Tuesday, February 19, 2008

Brain Vs. Heart

Brain vs. Heart

Kenapa degil sangat ni?
Kan aku dah kata tak nak?
Sebab aku tahu, tak nak kau tu hanya dimulut, bukan di sini..

Kenapa nak ikut sangat perasaan?
Kan aku dah suruh fikir dulu?

Sebab aku bukannya sempurna, kadang-kadang hasutan syaitan tu tak dapat aku elakkan…

Kenapa nak berdebar-debar?
Kan aku dah suruh bertenang?
Sebab di sini wujud satu perasaan halus bila dia memandang…

Kenapa nak pendamkan rasa tu?
Kan aku dah suruh luahkan?
Sebab aku takut luahan aku tu akan menyedihkan mereka…

Kenapa nak cakap benda bukan-bukan?
Kan aku suruh diamkan aja?
Sebab aku berasa sakit yang teramat bila dengar kata-kata tu….

Kenapa nak berahsia?
Kan aku dah suruh berterus-terang?
Sebab aku takut apa yang aku rasa tak sama dengan apa yang dia rasa…

Kenapa nak tipu dia?
Kan aku dah suruh berkata benar walaupun kebenaran itu menyakitkan?
Sebab aku tak sanggup lihat air mata dia bila kebenaran itu diluahkan…

Kenapa?
Kenapa kita selalu tak sehaluan?
Sebab kita dicipta dengan fungsi masing-masing.
Kau dengan cara kau…dan aku dengan cara aku…
Kau selalu berfikir sebelum bertindak..aku selalu megikut rasa…


Sampai bila kita akan begini?
Selagi iman di dada tak cukup kuat…
Selagi itulah kita akan begini…
Bila iman kita dah cukup kuat, kau dan aku akan menjadi satu…
Insya-allah..kala itu semuanya akan sempurna….