Followers

Sunday, March 31, 2013

Bab 14: Dia...Random Guy


Amzar renung cik kerani tajam. Geram. Rasa nak cekik-cekik leher cik kerani saat ini. Ingatkan bolehlah makan tengah hari berdua. Ambil peluang yang ada untuk sejukkan hati cik kerani. Sudahnya, dari berdua terus jadi berempat. Patutlah cik kerani beriya sangat beritahu akan tunggu dia di bawah. Tak perlu turun bersama. Rupanya dia bawa dua escort bersama. Bukan main lebar lagi senyuman Kak Ida dan Anne bila cik kerani selamba beritahu ‘bos nak belanja makan tengah hari, hari ni’. Bijak betul cik kerani mainkan dia.
“Kita nak makan di mana encik? Di kafe ke?” Tanya Anne.
Mulut dia ringan hendak menjawab, ya, makan di kafetaria sahaja walaupun dia dah rancang hendak bawa cik kerani di Restoren Enak. Siap dah buat tempahan. Tapi cik kerani ringan mulut menjawab bagi pihak dia.
“Takkanlah bos nak belanja di kafe saja, nyonya. Mestilah di tempat yang best, kan encik?” Soal Alin selamba. Bukan main lebar lagi senyuman dia.
Hendak tak hendak, Amzar terpaksa mengangguk tapi mata dah mencerlung pandang cik kerani. Berani betul dia tersenyum ya. Kalau tak fikir dosa pahala, dah lama jadi mangsa bibir itu!
Setengah jam kemudian, mereka berempat dah selamat duduk di dalam restoren. Pesanan dibuat. Terpegun Amzar dibuatnya melihat selera Kak Ida, Anne dan Alin. Badan masing-masing bukan main kecil. Tapi selera bukan main besar lebih-lebih lagi cik kerani dia. Segala jenis lauk hendak dicubanya. Amzar  tak pasti, cik kerani betul-betul hendak makan atau sekadar hendak mengenakan dia.
Sementara menunggu hidangan tiba, mereka di jamu dengan kerepek emping sebagai kudapan. Sambil mengunyah, bukan main lagi mulut cik kerani dia berbual dengan Kak Ida dan Anne. Dia yang berada di situ macam dah tak wujud pula dibuatnya. Cik kerani, sejak sampai tadi asyik mengelak daripada memandang dia. Ok. Kita tengok, lama mana dia boleh bertahan.
“Cantiknya tempat ni kan, Alin?”
Alin mengangguk. Mata memerhati ke sekeliling kawasan restoren yang nampak agak eksklusif itu. Sesuai dengan konsep restoren makanan Melayu, hiasan dalamannya banyak mempamerkan ciri-ciri keMelayuan. Warna merah, hitam dan putih menjadi warna pilihan untuk setiap perabot di dalam restoren itu. Sungguh, dia memang terpegun saat kaki melangkah masuk ke dalam restoren ini tadi. Seumur hidup, belum pernah lagi dia masuk ke tempat begini. Kalau tidak kerana sos salad Newman’s Own di hadapan dia ini rasanya dia tak akan ada peluang masuk ke tempat begini. Sos salad? Hurm…sedap juga nama tu. Ok cik hati dan cik jantung, that is his new name. Jangan nak sexy mexy lagi!
Alin tahu sos salad di hadapan dia ini tengah bengang dengan dia. Tak perlu dengar suara Amzar tinggi, dia dapat rasakan perasaan bengang Amzar itu melalui pandangan tajam Amzar sejak tadi. Nasiblah encik. Saya dah kata tak nak pergi, encik paksa juga. Saya ni tengah dalam proses nak jauhkan encik dari dalam hati. Jadi hendak tak hendak terpaksalah saya import dua orang cik akak ini sekali sebab kalau kita berdua saja, mahu cik hati dan cik jantung saya ni berpaling tadah. Ini pun dah mula mengada-ngada nak bersorak.
“Encik Amzar, terima kasihlah ya bawa kami ke sini.” Ucap Kak Ida.
“Yalah, encik. Tak sangka kami, encik sudi belanja kami makan. Di tempat mahal macam ini pula tu.” Tambah Anne.
“Ya, I pun tak sangka…” Mendatar Amzar jawab.
Kak Ida dan Anne terpingga. Alin yang sedang mengunyah emping rasa hendak tercekik mendengar jawapan Amzar. Isyh, dia ini kan. Mulalah tu nak buat perangai kerek dia tu!
Alin jenggil mata pada Amzar. Kenapa cakap macam itu?
Amzar balas dengan menjungkit kedua belah keningnya. Salah ke?
Alin mendengus geram. Tak pandai jaga perasaan orang langsung!
Amzar tersenyum kecil. You honestly think I care?
Alin ketap gigi. Geram.
Amzar akhirnya ketawa. Gembira.
Kak Ida dan Anne hanya mampu jungkit bahu tak faham.
Tak lama selepas itu, hidangan sampai. Bercahaya betul mata cik kerani tengok makanan yang nampak menyelerakan itu. Dia tarik balik prasangka dia tadi. Tak mungkinlah cik kerani hendak mengenakan dia dengan  memesan makanan sebanyak ini. Tengok muka teruja cik kerani menyenduk makanan ke dalam pinggan nampak sangat yang cik kerani memang suka makan. Dia pula yang jadi kenyang tengok cik kerani gembira.
“Kak Ida, cuba rasa pucuk paku ni. Sedap tau!” Pelawa Alin.
Kak Ida mengeleng laju. “Tak apa Alin. Akak tak makan sayur hijau.”
“Hah? Macam ini pun ada. Nyonya, tak nak rasa?” Alin pelawa Anne pula.
“Boleh, boleh. I makan saja semua benda.” Anne angkat tangannya ke tepi, memberi ruang kepada ALin untuk sendukkan lauk ke dalam pinggan dia.
“Sedapkan?” Tanya Alin. Anne mengangguk setuju.
Kemudian dia teruskan proses yang sama dengan lauk-lauk yang lain. Rajin betul dia sendukkan lauk ke dalam pinggan Kak Ida dan Anne.
 Amzar sejak tadi hanya memerhati. Rasa geram pada cik kerani muncul kembali. Memang cik kerani anggap dia tak wujud di sini ke apa? Tak boleh jadi. Dia pun hendak juga orang sendukkan lauk ke dalam pinggan.
“Ehem!”
Cik kerani buat tak dengar.
“Ehem!” Dia berdehem sekali lagi.
Cik kerani, masih lagi buat tak dengar. Ok, dia memang nak cabar kesabaran aku.
“Alina!” Kan dah kena panggil nama.
“Hmm?” Balas cik kerani.
Amzar pandang pinggan dia yang hanya berisi nasi putih. Alin angkat sebelah kening tak faham. Amzar pandang  ayam masak cili api di hadapan Alin kemudian dia pandang semula ke arah pinggan dia. Kali ini Alin angkat kedua belah kening dia pula. Oh, dia memang nak cari pasal!
“Alina Suffiya.” Dia dah sebut nama penuh.
“Ya, encik?”
“I nak lauk ayam tu.”
“Ok.” Alin senduk lauk ayam masak lemak cili api ke dalam pinggan Amzar. Kalau dari tadi cakap elok-elok dengan dia, bukan ke senang. Ini nak berdehem, main isyarat-isyarat mata bagai. Macamlah dia ada masalah pendengaran dibuatnya.
“I nak rendang.”
Satu sudu rendang diletakkan ke dalam pinggan.
“I nak pucuk paku.”
Pucuk paku pula dimasukkan ke dalam pinggan.
“Nak ikan tu…” Amzar muncungkan bibir ke arah pinggan ikan.
“Anything else, encik?” Tanya Alin separa memerli.
“No.” Amzar terus suap nasi ke dalam mulut.
Alin menjuling mata ke atas. “Manja betul!” Gumamnya perlahan namun masih boleh didengar Amzar. Amzar cuma tersenyum. Alin dah tarik nafas dalam. Kalau kerja dia asyik nak senyum macam itu, macam mana aku nak kuatkan hati ni? Isyhh! Masalah sungguh. Kenapalah bukan sos Knorr yang muncul dalam hidup aku ni? Kenapa mesti sos mahal macam dia ni? Hati dia membebel sendiri.
Dia sambung semula makan. Tapi entah kenapa, tiba-tiba dia rasa pelik. Semacam ada mata yang sedang memerhati dia sekarang. Dia angkat kepala, memandang Amzar tapi sos salad yang satu ini sedang asyik makan. Dia kembali mengadap makanan dia tapi perasan itu masih lagi terasa. Malah lebih kuat dari tadi.
Alin angkat kepala dia semula. Mata memandang ke sekeliling restoren. Semua orang sedang sibuk menjamu selera. Pandangannya terhenti ke arah meja yang berada betul-betul di belakang Amzar. Ada lebih kurang enam orang semuanya. Satu persatu wajah yang ada di meja itu diperhatikan hinggalah pandangannya jatuh ke arah seorang lelaki yang sedang juga sedang memerhatikan dia. Pandangan mereka bersatu dan Alin terasa macam hendak putus nafas. Sudu dan garfu terlepas dari tangan.
“Alina, kenapa ni?” Tanya Amzar. Mata cik kerani tiba-tiba membulat memandang sesuatu di belakang dia. Tangannya menggeletar.
“Alin, amoi you kenapa?” Tanya Anne. Kak Ida di sebelah juga mula risau melihat Alin yang tiba-tiba pucat mukanya.
“Alina!?” Panggil Amzar sedikit kuat dari tadi.
Alin tersentak. Serentak dengan itu, lelaki yang asyik merenungnya tadi sudah bangun dan berjalan menghampiri mereka. Degupan cik jantung dah mula menggila.
“We need to go. I need to go…Now, please!?” Dia benci merayu macam ini. Dia benci keadaan begini. Dah bertahun Alin, kenapa kau masih biarkan dia pengaruhi emosi kau?
Tak menunggu jawapan daripada Amzar, Alin terus capai dompetnya dan bergerak laju keluar dari restoren itu. Tak. Dia bukan lari. Dia cuma belum bersedia sahaja dengan pertemuan ini.
“Stay. Biar I yang tengok dia.” Keras Amzar bersuara. Dia bergegas mendapatkan cik kerani yang sudah keluar dari dalam restoren.
“Alina, tunggu!” Panggil Amzar. Namun cik kerani dia makin laju menapak.
“Alina, slow down!”  Ujar Amzar lagi. Apa kena dengan dia ni?
“Alina Suffiya, stop!” Jerit Amzar. Dia dah tak peduli lagi dengan pandangan orang ramai yang berada di sekitar mereka.
Alin berhenti. Amzar segera mendapatkan cik kerani. Wajah cik kerani dah hilang warna. Bibir terketar-ketar macam hendak berkata sesuatu. Tubuh cik kerani pula mengigil macam orang ketakutan.
“Alina, what’s wrong?” Tanya Amzar risau. Tak pernah dia lihat cik kerani dia takut begini.
Alin cuba hendak bersuara tapi macam ada yang menghalang suaranya dari keluar. Ya Allah, kenapa lemah sangat ni Alin? Cik jantung, bukankah kita dah janji nak jadi kuat? Cik hati, bukankah kita dah janji kita akan biarkan rasa itu mati? Habis itu kenapa kita macam ini?
“Alina, tell me. What’s wrong? Siapa yang you nampak sampai you takut begini?” Pujuk Amzar. Dia tahu ada seseorang di dalam restoren itu yang membuatkan cik kerani dia bereaksi hingga begini.
“Alina…” Tiba-tiba ada suara yang menegur mereka dari belakang.
Alina terkaku. Darah rasa macam baru disedut keluar dari badan. Tubuh terasa ringan. Semangat dia dah melayang-layang pergi. Tanpa sedar tangan dia memegang lengan Amzar. Kuat, seolah-olah ingin meminjam sedikit kekuatan daripada Amzar untuk berhadapan dengan pemilik suara garau yang menyeru nama dia tadi.
Amzar pandang tangan yang sedang mencengkam kuat lengan dia. Dia dapat rasakan betapa badan cik kerani sedang mengigil dan puncanya berada di belakang dia sekarang. Dia menoleh ke belakang. Mencerlung matanya memandang lelaki tinggi lampai yang sedang berjalan menghampiri mereka. Who the hell is this guy? Darahnya rasa menggelegak. Tiba-tiba wujud rasa benci kepada lelaki ini.
“Alina…” Sapa lelaki itu sebaik sahaja dia berada di hadapan Alin. “It’s been a long time…” Sambung lelaki itu dengan senyuman nipis di bibir.
Darah Amzar makin menggelegak. Siapa lelaki ini? Dari gaya dia bercakap seolah-olah dia dah lama mengenali cik kerani. Alina? Kenapa dia rasa meluat dengar lelaki itu panggil cik kerani begitu?
Amzar menoleh ke arah cik kerani. Dada dia tiba-tiba terasa pedih. Is that tears in her eyes? Amzar pandang mata cik kerani yang nampak berkaca-kaca. Tangan ringan mahu menyentuh tangan cik kerani yang masih kuat memegang lengan dia. Entah kenapa, timbul perasaan mahu melindungi diri cik kerani apabila melihat dia yang sentiasa tersenyum, dia yang selalu menceriakan hari-hari dia hanya dengan bebelan yang ada masanya menyakitkan hati, hanya mampu berdiri kaku. Oh Tuhan, what’s happening to me?
“Alina?” Perlahan dia menyeru nama cik kerani. Namun cik kerani nampak seperti berada di dunia lain…
Dan ya, Alin memang berada di dunia lain. Dia dah tak nampak orang lain selain daripada lelaki yang sedang berdiri di hadapan dia. Dia dah tak dengar suara lain selain daripada suara lelaki di hadapan dia. Ya Allah. Dia masih tak berubah. Masih seperti dulu. Wajah yang satu masa dulu pernah menjadi igauan dia, nampak bertambah kacak dan lebih dewasa daripada dulu. Mata yang satu masa dulu pernah buat dia lemah lutut setiap kali pandangan mereka bersatu masih lagi memberikan kesan yang sama. Senyuman itu…oh Tuhan. Ia masih mampu buat cik jantung dan cik hati dia diam terpaku.
“Apa khabar, Alina?” Tanya lelaki itu lembut. Macam dulu-dulu. Lelaki itu memang sentiasa berlembut dengan dia.
Alin tarik nafas dalam sebelum menjawab, “Baik...”
Liur ditelan, “…Hairi.”

37 comments:

  1. Oh...hairiku sudah muncul...ha...ha...kak g

    ReplyDelete
  2. Cik jantung hati dah mai weh...

    ReplyDelete
  3. Oh what telah happen? Who is hairi???

    ReplyDelete
  4. La sape plak bdk hairi ni ???? Huhuhu

    ReplyDelete
  5. Errrrr....is hairi her encik ex?? hoho,cik jantung n cik hati mula trtnya2...oh.la.la~

    ReplyDelete
  6. Jeng jeng jeng... heeeee :)

    ReplyDelete
  7. sibuk tul la en. ex ni nak muncul segala... x yah la sibuk2 cari alin.. & pls don't call alina... alina mr sexy je yg leh guna.. ;)

    ReplyDelete
  8. Please protect alin wahai sos salad newman's own....

    ReplyDelete
  9. Hah! Ambik ko! 2 n3 1hari.. Tq Farah? Rindu kat c sexy goatie ni. Opsss.. x mo sexy mexy bak kata Alin.
    Hairi.. maybe boyfriend lama yg dah jd suami org tu. Amzar... bw le c Alin tu pegi!!

    ReplyDelete
  10. Dusshhh.....cik jantung n cik hati am tertusuk belati
    Hihihi....cool sos salad..jgn cepat melatah

    ReplyDelete
  11. pergh...satu soalan ..who's d hell is Hairi? yg menyebabkan Alin bertindak sebegitu..adakah apa apa yg telah dilakukan oleh jejaka yg bernama Hairi pada gadis ini...adakah Hairi merupakan cinta pertamanya dan telah meninggalkannya bila dia drop out from University atau dia yg meninggalkan lelaki ini kerana lelaki ini curang..
    Apakah akan terjadi seterusnya..adakah c sexy goat ni akan melindungi minah ini..dan bersapa dengan mamat itu..dan cuba mencari sejarah mereka...wah..terujanya akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Ida 2 bukan 1 soalan lagi dah...bh bersoalan-soalan dah hahhahah

      Delete
  12. siapa dia? apa yg dia dah buat?

    ReplyDelete
  13. Sape hairi ni..dh huru harakan alina ni..

    ReplyDelete
  14. Aduhai.. sekali ngan cik jantung & cik hati miza pun jd tak normal baca entry ni..huhuhu

    ReplyDelete
  15. Ohhhh cik jantung n cik hati cik abang pulak yg berkompang tak senang duduk hohoho

    ReplyDelete
  16. best citer nih....cpat2 update next entry pls....

    ReplyDelete
  17. Oh tidak... Habislah si sexy...

    ReplyDelete
  18. Omo..what happen??
    why?..why reaksi alin jd camtu bila nampak hairi..
    aduhh..cik jantung&hati apasal rasa cam ada yg xkena jer neh..
    Mr.sos salad please help her..

    Tqvm cik Farah Husain.. :)

    ReplyDelete
  19. TENKIU CIK FARAH..WEEE...EX CIK KERANI DA MAI MAKIN XSENANG DUDUK LA ENCIK SOS SALAD..AHHAHA

    ReplyDelete
  20. adoii sakit jiwa..hairi ni bekas tunang alina ek kak?

    ReplyDelete
  21. Whoot whootttt! Who is he? Alina's ex?

    Alaaaa..dtg wt kacau plak!!! Nape reaksi Alin smpai cenggitu..? Kecewa sgt2 eh.. Ka pnh jd sesuatu yg m'lukakan ati? Sian alin..

    Timbul perasaan ingin melindungi eh amzar? How sweet!! ;)

    ReplyDelete
  22. Waa..ape tu..? Sape tu?..siapa yg berani nak menganggu kebahagiaan yg br berputik..rasa nak gedebush je org tu..tak sanggup..tak sanggup..faraaa

    ReplyDelete
  23. ♡♥♡♥♡♥♡♥♥♥♥ as always

    ReplyDelete
  24. oh noo... siapa plak si Hairi?? dan kenapa Alin takut sampai mcm tue sekali?? persoalan yg bermain2 skang nie.. *dushh... dushh.. dushh.. kat Hairi* sweeetttnya Amzar nk protect Alin dr lelaki tue.. sweetness overload dah nie :D

    ReplyDelete
  25. thank you farah... saya dah 3 kali baca entry nie.. aigooo siapa Hairi? kenapa mesti reaksi Alin macam tu?ermm ni yang tak sabar nie nak tunggu next entry.. eotteohge?

    ReplyDelete
  26. Ohhhhooooo i likeeee....14 chapters in 1 day n oh my im so in love with mr sexy goattt.hahaha...

    ReplyDelete
  27. Is gud to have contender...amzar vs hairi heheh....way to go ms author.....

    ReplyDelete
  28. sama gak 14 chapter dlm satu ari.....OMG.. I ♡♡♡♡♡♡♡♡ it...nak lagi......

    ReplyDelete
  29. tiap kali baca cerita ni..bibir sentiasa tersenyum..mmg cerita yg BEST sesangatttttt!!!!!! now...dahi lak berkerut. adoiyaiiiii...apa pula slps ini? cepat2 laaaa sambung....!!!!!!!

    ReplyDelete
  30. bila nk sambung ni cik farah?. ari2 buka kut2 ada update. x sabar rasanya.

    ReplyDelete
  31. B3tul la faizah.... lamanya farah nak update cite br...
    Hari2 buka..... tp .........=(

    ReplyDelete
  32. oohoo..saingangan dh muncul...

    ReplyDelete