Followers

Google+ Followers

Friday, July 31, 2009

Salam

Salam buat semua yang mengunjungi blog ini. Maaf kerana sunyi dari memasukkan entri baik di sini atau di Blog Kasih Ilham. Seperti yang diketahui (bagi mereka yang rajin membaca chat box) saya berada di kampung sepanjang minggu lepas (terima kasih Cik Jue kerana menjadi orang perantaraan. Nanti bila kita jumpa lagi, saya belanja spaghetti carbonara eh? ^_^)
Buat pengetahuan semua, keadaan kesihatan orang tua saya tidak begitu memuaskan buat masa ini. Dan kalian tentu maklum, kurang dari 7 hari lagi adik saya akan melangsungkan majlis perkahwinannya. Jadi masa dan perhatian saya harus ditumpukan 110% kepada perkara-perkara ini lebih-lebih lagi bila ‘tanggungjawab’ yang dipikul oleh orang tua saya telah dipindahkan ke bahu aku.
Buat sementara waktu ini saya akan ‘perlahankan’ seketika dunia blogging ini. Kena pakai gear rendah..heheh..Ada perkara yang lebih memerlukan perhatian saya buat masa ini. Keutamaan saya sekarang ini adalah kesihatan mak. Dengan keadaan fikiran saya yang agak sarat ketika ini, saya tak mampu menumpukan sepenuh perhatian kepada penulisan. Saya akan masuk ke sini bila ada kesempatan tetapi untuk memasukkan entri baru mungkin tidak selalu. Jadi bagi yang sering membaca Kasih Ilham, entrinya akan lambat dari biasa. Maaf, ya. Insya-Allah, selepas majlis adik saya selesai dan kesihatan mak beransur pulih, saya akan aktif semula... ^_^
Kepada semua yang mengambil berat, terima kasih saya ucapkan.

Monday, July 20, 2009

Macam-macam Ahad

Hari ahad baru satu jam meninggalkan kita. Dan hari ahad ini ialah hari ahad yang betul-betul memenatkan aku! Pagi tadi aku kena ke sekolah adik aku sebab ada acara sukan tahunan. Pelik betul sekolah sekarang ni. Dah setengah tahun baru sibuk nak buat sukan. Zaman aku sekolah dulu, sukan sekolah diadakan 2-3 bulan pertama sesi sekolah. So, dah masuk tengah tahun tu semua acara-acara yang segolongan dengannya dah selesai. Pelajar boleh concentrate pada study. La ni aku tengok dah lain pulak. Entahlah. Mungkin dah polisi cam gitu. Ikutkan ajelah.

Balik dari sekolah kena sambung balik kerja mengecat dinding luar rumah. Walaupun rumah kami ni tak sebesar mana tapi jerih jugaklah nak menyiapkannya. Heheh..aku tak boleh komplen banyak sebab aku jugak yang sukarela nak buat. Kalau ikutkan ayah aku, dia nak upah orang je buat. Tapi aku fikir buat apa membazirkan duit bayar upah sedangkan kerja tu kami semua boleh buat sendiri kan? Jadi dengan tenangnya aku puncakap dengan ayah aku biar aku dengan adik-adik aku je yang kerjakan dinding rumah tu. Hahahah...masa tu adik-adik aku dah pandang aku dengan panahan yang membunuh la. Geram lah tu. Tapi aku tak peduli. Sekali sekala memang adik-adik aku ni kena dikerahkan buat kerja-kerja macam ni. Apa guna jadi lelaki dalam rumah tu kalau kerja macam ni pun tak boleh buat, betul tak?

Jadi hari ni aku habiskan menyiapkan cat rumah. Kerja lain memang dah tak pandang dah. Mujurlah adik sepupu aku ada sekali jadi ada lah xtra tangan yang tolong. Kerja yang kitaorang mulakan dari pukul 11.00 pagi tu akhirnya selesai pukul 5.00 petang tadi. Hehehe...terasa bangga pulak bila tengok hasil kerja sendiri masa tu. Hilang rasa penat lelah bila dengar ayah aku cakap 'kemas jugak korang buat keje ni eh..' Ayah aku siap bagi cadangan supaya kitaorang buka company cat rumah lepas ni. Adui...minta ampun lah, ayah ku. Tak de kerja le anakanda nak mengecat rumah orang pulak. Cukuplah rumah kita yang satu ni. Itupun sesak nafas aku nak menyiapkannya...huhuhuh...

Malam barulah aku ada peluang nak buat benda lain. Mengadap laptop, iron baju, baca paper dan sebagainya. Dan masa tengah baca paper tadi aku terbaca satu cerita pasal H1N1. Yang buat aku tersentak tu bila aku baca perenggan yang ini :-

Beliau berkata, kluster ketiga di Politeknik Kota, Melaka Tengah apabila 44 pelajar dari blok dan tingkat yang berbeza mengalami gejala ILI dan mereka dikuarantin di satu blok yang khusus sejak 16 Julai.
Sebanyak tiga sampel diambil secara rawak dan keputusan makmal mengesahkan kesemua sampel itu positif Influenza A (H1N1). Institusi itu diarah tutup sehingga 24 Julai.

Huhuhu..kenapa aku tersentak? Sebab adik sepupu aku yang membantu kitaorang tadi tu adalah student di Politeknik Kota, Melaka Tengah. Jumaat lepas masa dia datang rumah aku ingatkan dia cuti sebab tak ada kelas. Aku taklah tanya dia kenapa turun Selayang. Lepas baca berita tu baru aku tahu pasal kes yang melanda tempat dia. Nasib baik dia bukan dari kalangan 44 pelajar tu. Kata dia masa nak balik itu hari dia dah buat check-up dan doktor dah sahkan dia sihat. Nanti 24hb dia balik semula ke sana kena jalani satu lagi check-up. Harap-harap okaylah semuanya. Kata dia lagi kat Melaka tu sekarang bukan setakat H1N1 je. Kes denggi pun banyak. Hai...macam-macam penyakit sekarang ni. Kepada semua, aku harap kita ambillah iktibar dari semua ni. Jangan lupa jaga kebersihan disekeliling kita. Sama-samalah kita berdoa semuanya akan selamat dah minta dijauhkan kita dari penyakit-penyakit ini...mudah-mudahan...

Sunday, July 12, 2009

My View: Novel Street Vendetta by Mazni Aznita

(picture taken from anita aruszi's blog)


Love is always a beautiful things in our hearts. Sweet and sour..

Aku baru selesai membaca Street Vendetta. Komen? One of the best story ever written by Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi! 4* untuk cerita ni. Masa baca SV ni rasa macam naik roller coaster. Macam-macam rasa ada. Aku tak tahulah orang lain tapi SV buat aku gelak tak ingat dunia dan menanggis macam kucing mati anak. Walaupun genrenya romantik komedi, tetapi ada juga bab-bab yang boleh buat kita meleleh air mata (atau aku yang over sensitive? hehehe...)
Cerita ni permulaannya nampak sempoi gila. Lelaki jumpa perempuan. Gaduh. Lepas tu mula kuch kuch hota hai. Nampak tipikal. Tapi penulis berjaya menggarap watak Kojie dan Anabella ni lari jauh dari 'ketipikalan' ni (amaran, perkataan ini tak wujud dalam kamus dewan). Aku rasa inilah novel pertama yang aku baca yang menampilkan hero, heroine dan watak-watak pembantunya yang berperangai macam manusia normal. Berperangai macam kita! Bila tengok cara mak Bella melayan Bella, teringat pulak dekat mak saudara aku yang layan sepupu aku macam tu..hehehe. Tak pernah lagi aku jumpa heroine yang sengal macam si Bella atau hero yang sempoi dan terlampau baik macam Kojie.
Jalan ceritanya pun menarik. Buat aku tak sabar nak ke muka surat seterusnya lebih-lebih lagi bila watak Fakruzi muncul (walaupun sebenarnya masa ni hati dah rasa sakit sikit sebab Kojie dah mati). Nak sangat aku tahu siapa si Fakruzi ni sebenarnya. Dan bila dah tahu, hambalah manusia yang paling happy dalam dunia ni...hahaha...(maaf tak boleh nak beritahu sebabnya kenapa kerana ianya akan spoil mood orang yang belum baca). Gaya bahasa yang digunapakai pun menarik. Ayatnya mudah dan ringkas. Macam ayat-ayat yang kita guna sehari-hari.
Overall, Street Vendetta best! Tak ada perkataan lain yang boleh digunapakai selain best. Bagi yang meminati genre romantik komedi, belilah cerita ni. Kepuasan adalah dijamin. Korang mesti nak gelak aje. Walaupun tajuknya kedengaran agak-agak ganas (hendaknya perkataan Vendetta tu) tapi jangan risau, tiada pertumpahan darah yang berlaku (err... kecuali ada satu bab tu). Kalau rasa-rasa hati tu tengah berduka, memang buku ni boleh buat orang ketawa.

Membaca SV akan membuat kita tersenyum sendiri sebab sedar atau tidak, dalam hidup kita apa yang dialami oleh mereka di dalam SV turut dialami oleh kita. Setakat ni aku belum ada kawan macam si Bella atau Kojie. Tapi aku kenal orang yang macam Tumirah Kuncup, Nora dan Iqbal. Hehehe..bos macam Encik Hafiz pun aku pernah jumpa.
Meminjam kata-kata Anita Aruszi di belakang novel; 'Kisah Bella dan Kojie digarap dengan watak-watak mereka yang berada dekat dalam kehidupan saya sendiri dan mungkin juga kehidupan anda'. Sangat-sangat bersetuju dengan penyataan ini.

Hehehehe....
Ok. Jam dah pukul 4.30 pagi. Masa aku untuk tidur. Pukul 9.00 nanti ada discussion dengan bos aku. Huhuhu..hari ahad pun kena keje. Bosan betul! Huwaaaa...aku pun tak ingat nak discuss pasal apa nanti. Jangan tercerita pasal Bella dan Kojie sudah...

Tuesday, July 7, 2009

Perjumpaan AVA

Abg Khar (sifoo di AVA)(:P), aku, Jue (a.k.a JuliaEsqa), Fadxiora,Ilmar Ilmia

Diskusi tentang penulisan dgn Sdr. Farid
(Nota: Gambar-gambar di ambil dari blog
http://ejenmanuskrip.blogspot.com.
Heheh..Jangan marah ye, sir. Anak murid tak bawa kamera pada hari kejadian)
Hari Sabtu tanggal 4 Julai 2009 jam 10.30 pagi yang lalu aku menghadiri satu perjumpaan tak rasmi dengan ahli-ahli Agensi Villa Aksara (acara sepatutnya mula pukul 10 tapi aku terlewat tiba..hehehe...jenuh le telinga tahan 'ayat-ayat power' dan jelingan abg. Khar). Walaupun hanya berenam tapi perjumpaan itu berjalan dengan jayanya. Aku harapkan ada ramai lagi ahli yang hadir tapi masing-masing punya komitmen dan hal yang lain. Tapi tak kisahlah. Jumlah kehadiran yang kurang tak menghalang aku mendapat info-info yang berguna dari mereka semua. Dapatlah dengar pengalaman Abg Khar dan saudara Farid dalam bidang penulisan ni. Memang teruja dengan perjumpaan tu. Lebih-lebih lagi bila dengar tentang program-program yang akan dianjurkan buat ahli AVA. Rugi tau siapa tak join agensi ni! Terharu rasanya bila ada pihak yang sanggup buka peluang pada kami yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan ni untuk ketengahkan bakat (erk..ada bakat ke? hehehe) yang ada. Lebih terharu lagi bila pihak agensi yakin yang kami boleh melakukannya. Kalau nak diikutkan aku sendiri sebenarnya tak yakin yang aku mampu buat. Tapi insya-allah, aku akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan impian untuk menulis ni jadi kenyataan (fuh...ayat klise habis...heheh).
(P/S: Kepada mereka yang minat menulis, marilah join agensi ni. Banyak benda berguna yang boleh kita dapat. Tak rugi punya...)