Followers

Wednesday, June 24, 2009

Transformers - Revenge of The Fallen

Yes, movie yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juga. Edisi ke-2 siri Transformers, Revenge of The Fallen akan mula ditayangkan mulai hari ni. Macam biasa, aku akan pergi menonton movie ni dengan bestfriend aku yang sekarang ni tengah mabuk-mabuk (sebab pregnant ye, heheh). Transformers The Movie dulu memang mengujakan, dan dari trailer yang aku sempat tengok kat web, Revenge of The Fallen ni nampak lagi hebat. Tak sabar nak tengok Bumblebee, Optimus Prime, Sam & Captain William Lennox (sebab Josh Duhamel je...hahah). Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu, minat le sangatnya tengok kartun Transformers sampai aku paksa ayah aku belikan mainannya. Tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Hahaha... Jadi bagi peminat-peminat Transformers, mari kita pergi menonton movie ni!!!

Sabtu, 27.6.2009 --pergi menonton dengan kawan...best gile (utk diehard fan Transformers lah) 5* utk Revenge of The Fallen. Walaupun adegan pertempuran antara robot-robot tu agak lama, tapi syok tengok effect CGI dalam filem ni. Lepas menonton hari tu kami berdebat, bolehkah karyawan Malaysia hasilkan filem sehebat ini? Dan persoalan yang timbul dalam 'perdebatan' tu, adakah kami akan menonton filem itu kalau pengarahnya anak tempatan? Hmmm...Konklusi aku? Selagi penyakit 'tidak menyokong produk buatan Malaysia' masih tebal dihati warganya, buatlah filem sehebat manapun, pasti ramai yang akan mencebik...

Tuesday, June 23, 2009

Aku temui Riffki!

Hehehe...khusus buat Anita Aruszi ni, saya dah jumpa Riffki yang betul-betul wujud...

Nak tahu siapa....

Tadaaa.....Presenting Riffki:

Sebenarnya si comel ni nama penuhnya panjang (memang trend parent sekarang bagi nama anak panjang-panjang kot). Tapi dalam nama dia tu terselit nama Riffki (walaupun ejaan dia Rifqi, tapi sebutan dia sama je...heheh...) Masa tengok nama tu terus terkenang pada Riffki Aidan.

Note: Picture credit tu Rifqi's mama, Shamaz.

Award dari Kak Zara Aluwi










Meronda-ronda ke blog Kak Zara pagi ni, aku ternampak nama aku termasuk dalam 5 orang sahabat kakak yang paling cool ni untuk dianugerahkan award...heheh...thank you very much kak zara...heheh...dengan penerimaan award ini sekaligus blog ini ter hupdate...
Dan seperti yang diberitahu, penerima award kena laksanakan perkara-perkara berikut:-

1.Poskan gambar anugerah di blog - ok

2.Sebutkan siapa yang memberi anugerah ini dan sertakan pautan blog pemberi anugerah - http://zaraaluwi.com

3. Beri anugerah ini kepada lima orang sahabat

a) Anita Aruszi - hehehe...jgn marah ye cikgu
b) Juliaesqa - untuk mengumbirakan hati cik zuliana yang tensi...heheh
c) Kak Liza Brunei - thank you sebab sudi jadi cyber friends saya
d) Puteri Lily - sahabat baru dari Singapura
e) Sesiapa sahaja yang sudi melayari blog ini...terimalah award ini sebagai tanda terima kasih..