Mak dah pesan, mulakan hari dengan lafaz Bismillahhirahmannirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, Insya-Allah, segala
yang kita buat akan berjalan baik dan dapat berkat. Tapi kalau dah namanya
manusia, alpa dan leka itu memang dah sebati dalam jiwa. Gara-gara tak mulakan
hari dengan lafaz keramat itu, pagi-pagi lagi dia dah kena bambu dengan Zariel
Amzar.
Alin menjeling encik sexy-goatee di sebelah. Dengan Ray Ban aviator
shades elok terletak di hidung, lelaki itu duduk tegak tak bergerak-gerak sejak
satu jam yang lalu. Tidur ke berjaga ni? Tak letih ke dia ni bersilang tangan
dari tadi? Hendak menegur, dia gerun. Nanti tak pasal-pasal kena lagi. Bila dia
kata Amzar macam perempuan datang bulan, marah. Tapi memang perangai macam itu
pun. Isyhhh…aku yang semulajadi perempuan ini pun tak angin sentiasa. Sebulan
sekali sahaja tahu!
Alin mengeluh lagi mengingatkan kejadian-kejadian awal pagi tadi. Rasanya
berkerja dengan Amzar ini akan menjadikan dia seorang pengeluh tegar.
# Kejadian pertama;
Sedang dia menunggu Amzar dengan penuh kesabaran di meja dia, dia dapat
panggilan telefon daripada lelaki itu. Punyalah ceria suara dia menjawab, tapi
alih-alih…
“Where are you?” Tak ada salam tak ada hello, good morning,
terus sahaja encik bos menyoal macam polis pencen. Kasar pula tu!
“Err…di atas, encik.”
“What?” Suara encik bos dah memetir. “Turun bawah sekarang!”
Tak tunggu lama, Alin terus berlari turun ke bawah. Sampai di entrance,
dia tengok Amzar tengah bersandar di sebuah SUV berwarna putih yang dah siap
ada pemandu. Muka tak payah ceritalah. Masam sentiasa. Tak mensyukuri nikmat
Tuhan langsung majikan dia ini. Dah dikurniakan muka kacak-seksi-bergaya macam
itu, cubalah dihiasi dengan senyuman. Sejuk juga mata memandang. Dia dapat
pahala, orang lain pun tak dapat dosa sebab kutuk-kutuk dia.
“You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala? Tak tahu
hendak tunggu di sini terus?” Soal Amzar pedas sebaik sahaja dia mendekati
lelaki itu.
“Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di
atas, saya naiklah!” Dia yang beri arahan tak clear, aku pula jadi mangsa.
Gumam Alin dalam hati.
“Tak boleh telefon tanya?”
Oh…soalan jenis ini boleh membangkitkan kemarahan! “Saya call, encik ada
jawab ke? SMS pun rasanya tak baca, kan?”
Punyalah jenuh dia tunggu Amzar balas panggilan dan SMS dia tapi haram
tak ada. Itu yang sudahnya dia naik ke atas tunggu Amzar.
Amzar merengus geram. Tak sangkalah agaknya dia menjawab. Sorry to
disappoint you, sir. Saya bukan heroine type angguk-tunduk-nangis bila kena
torture. Ini pemegang yellow-belt taek-kwando, ok! Walaupun tak habis
menuntut, tapi setakat bunga-bunga itu tahulah juga.
“Sudah, masuk!” Dan arahan itu membawa kepada kejadian kedua…
# Kejadian kedua;
Alin yang baru sahaja hendak bergerak terhenti bila teringatkan sesuatu.
Baik dia beritahu awal-awal pada bos dia sebelum kena lagi.
“Err…encik.” Fuh…janganlah melenting lagi.
Amzar yang baru hendak masuk ke dalam perut kereta menoleh. “Apa lagi?”
“Err…saya tak ada safety shoes.” Dia buat muka comel. Dengan mak,
selalu menjadi. Harap-harap si sexy ini pun tercairlah dengan muka comel dia.
“What? Selama you kerja ni, sepasang safety shoes pun you tak ada?”
Alin menggeleng. Nak buat apa dengan safety shoes? Dia duduk
dalam office saja pun.
“Habis yang you bangga beritahu I semua kerja engineers di Salam tu you cover
buat apa?”
Alin dah menjuling pandang atas. Bos aku ni belajar tinggi ke tidak
ni? “Maksud saya, kerja-kerja berkaitan paper
work. Pergi site tu segala mana saya pernah buat. Kalau encik lupa,
mari saya ingatkan. Saya ni kerani je encik. K.E.R.A.N.I. Kerani. Orang barat
sebut clerk. Which means, I do all the clerical works. Pergi site,
buat air tu semua tak masuk dalam skop kerja.” Sempat lagi dia sindir encik
bos.
Amzar dah menggosok dahi. iPhone dikeluarkan dari poket seluar dan satu
panggilan dibuat. Sempat lagi dia tanya saiz kasut Alin. Tak lama selepas itu,
seorang wanita dilihat berlari-lari mendekati mereka membawa sebuah beg kertas.
“Here you go, sir.” Beg kertas bertukar tangan.
“Ambil ni.” Amzar hulur beg kertas itu kepada Alin. Alin buka dan nampak
sebuah kotak kasut bertulis perkataan Red Wing. Oooo…safety shoes. Kena
bayar ke, free of charge ini?
“Saya nak kena bayar ke encik? Kalau nak kena bayar, tunggu gaji ye.
Sekarang ni simpanan ngam-ngam untuk belanja saja yang tinggal.” Beritahu dia
jujur.
Amzar tarik nafas dalam. Tengok muka macam hendak marah tapi… “Just
get in the car, Alina.” Itu yang terkeluar dari mulut dia. Dan ini membawa mereka kepada kejadian ketiga…
#Kejadian ketiga
Selepas disuruh masuk ke dalam kereta, Alina terus menuju ke tempat
duduk di sebelah pemandu. Sempat dia melambai pada pemandu yang setia menunggu
sejak tadi. Muka si pemandu nampak peramah. Boleh juga jadi teman borak nanti.
Nak berborak dengan encik bos? Entahkan sepatah dia tanya, setengah patah
sahaja dia menawab. Kalau bagi jawapan penuh mahu hujan dua hari dua malam
dibuatnya.
Baru sahaja hendak buka pintu, suara encik bos memetir kembali. Apahal
lagilah lelaki ni?
“What are you doing?”
Dahi Alin berkerut. Dia ni ada terhantuk di mana-mana ke pagi ni? Suka
betul tanya soalan bodoh!
“Encik suruh masuk, kan?”
“Siapa suruh duduk situ?” Tanya Amzar kasar.
Dia ni kan, kalau cakap elok-elok boleh berterabur ke gigi tu? Sabar
Alin. Sabar. Ingat. Itu B.O.S!
“Encik, saya ni staf kan. Mestilah duduk depan. Takkan nak duduk
belakang macam mem besar pulak?” Lepas tu kena duduk sebelah awak pulak tu.
Isyhhh….seram sejuk dibuatnya tahu!
“Kalau you duduk depan, macam mana I nak beritahu kerja apa yang you
perlu buat di sana nanti?” Amzar jawab dalam nada geram. “Sudah, masuk
sekarang. Di belakang ya, tuan puteri.” Beritahu dia sinis.
Alin tarik muncung. Apa susahnya nak beritahu. Mereka duduk dalam satu
kereta, kan? Bukannya dia di Malaysia, Amzar di Amerika. Saja tau dia ni. Itu
tak lain, hendak mengenakan dia lah tu!
Betul tak dia cakap, Amzar hendak mengenakan dia. Tengok sajalah, sudah dua
jam duduk dalam kereta, satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut dia.
Dari tadi static saja duduk di sebelah itu. Kata hendak beritahu kerja apa yang
dia perlu buat. Ini sampai Terengganu nanti, dia nak kena buat apa pun dia tak
tahu. Daerah mana mereka tuju di Terengganu pun dia tak tahu. Ini kalau Amzar
ada niat nak humban dia ke laut pun dia tak tahu. Pendek kata, memang dia tak
tahu apa-apa. Hendak bertanya pada Abang Keyrol, si pemandu jangan haraplah
boleh. Tadi pun masa dia buka mulut tanya nama siapa, encik bos di sebelah dah
berdeham-deham. Apa masalah pun dia tak tahu. Mental betul dibuatnya.
Alin curi pandang pada Amzar di sebelah. Nak tengok mata tak boleh sebab
terlindung di balik cermin mata hitam dia itu. Eee…tidur ke jaga dia ni? Berapa
lama nak diam saja ni? Boleh gila aku macam ini!
“That sexy, huh?” Tiba-tiba encik bos bersuara. Bukan dia tak perasan
Alin asyik curi-curi pandang pada dia sejak tadi.
“Oh mak kau!” Terjerit Alin dibuatnya. Dada diusap laju.
“Mama I di rumah. Nak jumpa ke? If I’m not mistaken, bakal mak
mertua you kan?” Perli Amzar sinis. Dalam hati tercuit rasa lucu melihat
tingkah Alin. Melatah rupanya cik kerani aku ni.
Alin tarik muka. Tak habis-habis lagi nak ungkit kes lama ke? Aku back-hand
juga dia ini nanti.
“Encik tahu tak, cakap tu doa? Betul-betul maam encik jadi mak mertua saya, sanggup
ke?” Alin perli balik.
Amzar cuma menjeling. In your dreams, lady. Tapi dalam hati kagum
juga dengan keberanian Alin. Kalau perempuan lain dah terdiam kena perli macam
itu.
“So, that sexy, huh?” Soal Amzar sekali lagi selepas mereka diam beberapa
minit. Wajah Alin dipandang dengan ekor mata. Suka pula tengok cik kerani dia
tarik muncung macam itu. Comel!
“What?” Alin tanya pelik.
“My goatee?” Tanya Amzar dengan kening terangkat dua belah.
Alin dah panas muka. Cic…cis…cis… Ini kes terlepas cakap semalamlah ni.
Mulut dia ini memang nak kena betul!
“Ehem…kita pergi berapa lama ni, encik?” Alin mulakan taktik tukar
topic.
“Two days.”
Alin angguk. “Kita hendak pergi mana ya?”
“I dah beritahu semalamkan?”
“Yalah. Yang encik beritahu semalam tu terlampau detail sangat
sampai saya tak perasan, which part of Terengganu we’re heading.” Balas
Alin sarkastik.
“Kemaman.”
“Prima Group ada projek di sana ke?”
“No.”
“Bakal dapat projek di sana ke?”
“No.”
“Jadi kita nak pergi intai peluang projek di sana?”
“No.”
“Encik nak buka cawangan di sana?”
“No.”
Ya Allah, kalaulah membunuh itu bukan satu kesalahan…
“Dah tu kita pergi sana untuk apa? Makan angin, jalan-jalan tepi pantai?”
Alin dah rasa macam nak tarik rambut sendiri.
“…dan tolonglah jangan bagi jawapan satu syllable lagi. Tangan
saya dah ringan sangat hendak bagi encik back-hand ni!”
Dan perkara yang tak disangka-sangka berlaku. Encik Sexy Goatee Suara
Sexy membuktikan gelaran itu bukan gelaran kosong semata-mata. Ruang yang hanya
riuh dengan suara Alin tadi, kini bergema dengan suara lain. Alin terpanar. Oh
my! He’s laughing! He’s smiling! Dan lekuk yang muncul di dagu itu… Hyperventilating!
Tarik balik kata-kata dia tadi. Jangan dihiasi wajah itu dengan senyuman dan
gelak ketawa encik. Boleh CAIR hati dibuatnya. Cair huruf besar!
Cepat-cepat Alin alih pandangan ke luar tingkap. Tangan diletak ke dada. Ada
rasa aneh di situ. Rasa yang dia takut nak rasa selama dia mula kenal erti
hubungan perasaan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Cik jantung dan cik
hati, please behave. Please! Alin pejam mata, dan sandarkan kepala ke
tepi. Dan Amzar di sebelah mula tersenyum penuh makna.
Hahahaha... kelakarlah..
ReplyDeleteadoiiii....i loiiiiike Amzar....tp pendeknya..sambung la lg
ReplyDeletewaaaaaaaaa......kuch2 hota hai la weiiii ....alin dah duk dak duk dak 2.....abeh la....yg si Amz 2 ape cer nak p sn....mmg betul2 p jenjalan mkn angin ataupun dia saja men2 kan si alin 2. kalo bukan pasai keje nak pakai safety booth wat kan x kan nak wat mandi tengah laut pakai mende 2 kan hahhahah
ReplyDeleteala la la la ...kene tunggu lama dah nak n3 baru ehhhhh.....
Amz byk agenda
Deletewoww woww woww!!!! alah pndeknye??? ish x sbr nk tgu ape jd lps ni!!!
ReplyDeletesabarrr
Deletehahaha
DeleteOh my gosh! Butterflies in my stomach oredi.... ♡♥♥♡♥♡♡♡♥♡♡♥♥♥ it writer :D
ReplyDeletethanks Yuhaniza
Deletesangat menarik. Kak sofi suka sangat!
ReplyDeletekak sofi, terima kasih..
DeleteHahaaahaaha.....nie bukan alin jerk cairrr
ReplyDeleteAdesssss. .....oOoooooohhhhh my sexy goatee!!!!
SA, cair eh?
Deleteoh myyyyy!!!! my heart's misbehaving!!!
ReplyDeletemama san, my heart too
Deleteapa ler muslihat sexy goatee tuuu..sabar jer laa Alin..
ReplyDeleteAlin mmg penybar
DeleteOoOoooohhhhh my sexy goatee.....
ReplyDeletemintak nyawa...mintak nyawa
hahaha..kelakarlah u ni
DeleteKelakarnya n3 ni..geram betul dgn si sexy goatee tu...hmmm
ReplyDeletegeram? wink wink
Deleteauchhh... mmg hangin la dgn sexy goatee man nie. hahahahah
ReplyDeletehe's not so bad. hahah
Deleteasyik dok gelak je baca pasal si Alin & Amzar si sexy goatee ni :)
ReplyDeleteterima kasih kerana terhibur.. :)
DeleteOh my! He’s laughing! He’s smiling! Dan lekuk yang muncul di dagu itu… Hyperventilating! - kenapalah sexy sangat
ReplyDeletesengaja betui laaaaaaa si sexy goatee nie! bikin panassssz jeee
ReplyDeletepanassszz in a good way, eh?
Deleteooohooooo..... ingat ye cik jantung & cik hati pls behave..... jgn overrrrr....si sexy goatee ada lekuk kt dagu rupanye ye..... heheheheh super hyperventilating lor...... n3 yg sgt cute fara..... suka suka.... satu hari 2 entry bole tak...... kih3 .... Fm : Ray's Mommy
ReplyDeleteRay's Mommy, thank u. you comments always make me smile
Deleteoh my!!! alin sudah jatuh chenta kah pd si sexy goatee... wink wink...
ReplyDeletewink wink
Deleteoh my!!! alin sudah jatuh chenta pd si sexy goatee ke... wink wink suka2..
ReplyDeletebca lambat2 takut abis..tapi abis gak..nak lagiiii..bunga2 mekar penuh dlm dada..
ReplyDeletehahah...kelakar pulak! baca lambat sbb takut habis?
DeleteFarahhhh!
ReplyDeleteOh megi. Oh megi. Ni bukan takat gula sepeket dah ni, ni tahap air gula selaut dah ni. kekekeke.
hahaha...selaut? betui ka?
Deletepergh...menguji kesabaran betui mamat sengal tu kan.. apa sebenarnya yg akan dibuat oleh mereka diTerengganu..kemaman tu..kalau bukan projek atau nak tgk site..dengan kena takzirah giler lagi pasai safety shoes..apa yg mamat tu nak buat ek.. akak rasa mamat tu mmg tak ada kerja..mungkin hidup dia boring tahap gaban kot selama ini..kerana tidak mempunyai kawan atau teman wanita yg boleh diajak bergaduh..!! dan tidak ambik pot dengan semua kata sinis dari dia..mungkin dia kagum kot dengan semua kata kata sinisnya dapat dipatahkan oleh minah poyo tu..
ReplyDeleteTeruja nak tahu ..what's happen next..
heheh...mungkinlah kak. selama ni dia rasa dia je betul. sekali jumpa spesis ini, memang sawanlahh dia
Deletekita pun dah mcm alin.. cik jantung & cik hati dah x seirama dah ni...
ReplyDeleteNorana, tq for reading :)
DeleteWah.. tersengih kambing membaca entry kali ni... en sexy gottee
ReplyDeleteheheh...tq
DeleteApakah sudah terjadi dia pandai getaway n semyum dah tak marah dah ke
ReplyDeletesekali sekala kena gelak juga...haha
Deleteces... hampes punya Amzar..
ReplyDeletenak g mana sebenar nya nie..
sabar alin.. sabar... klau rasa kuang sabar.. boleh je back hand si amzar nie..
hahahaha..
sweet pulak baca si amzar nie... heheheheheh
TT, terima kasih sudi baca.. :)
Delete3 words: saya sudah angau!
ReplyDeleteaiyoo adik..hahah
DeleteLa..klau bkn psal keje amzar bw alina ke t'ganu tu buat pe?
ReplyDeletenak buli
DeleteLIKE!!!!! LIKE!!!! LIKE!!!!! huruf besar LIKE ok!!!!! :)lyxa
ReplyDeletelyxa, THANK YOU huruf besar
Deletehaiya....sudah addicted!...best ler..ari2 ade entry baru...like sejota kali! :)
ReplyDeleteheheh... terima kasih ieyla
Deletekelakar! dari tadi dok tersenyum baca. bestt.. esok bab baru kan?
ReplyDeletehahah.. saya bace ni sambil dengar lagu mohabatein kt tv.. rase cm segala bunga2.. daun2 dah kuar.. hehehe..
ReplyDeleteheheh...mohabbatein lagu2nya best!
Deletebest! best..apa la muslihat mr sexy goatee ni...hurmm..
ReplyDeletetp part alin melatah mmg kelakar but cute..hehe
**tqvm cik Farah husain..semoga cepat sembuh**
tqvm to you dear. for sharing my link and promoting it to your friends.. :)
DeleteHahaha.... Suka..suka..suka...hihhihihi..
ReplyDeleteFarahhh..want moreee..hihihi
heheh..ok
DeletehAiskhhhhhh tadi kat opis dok teringat2 but mmg tak buka blog dll unless bila hal kerja..
ReplyDeletebalik rumah x sempat mandi n tukar baju tersu terkam blog2 yg sepatutnya ..
nih baru habis baca yours..
confirm mlm nih tdo mimpikan amzar n alina
hahhahahahahaha
eh eh..your name. macam Alin. hahah.. :)
Deletearkkk!!! baru senyum dah cair dah si alin tu.. gamakny kalau amz lancar ops memikat mau luruh sgala isi alin..
ReplyDeletekita tgk siapa yg luruh dulu. hahah
Deletestill i rasa macam kak nina. hehe. lalalala.
ReplyDeleteif you feel that way, saya tak boleh buat apa lah. :)
Delete:)
DeleteFarah random, giler best gua cakap lu (ni baru baca sekerat..)let's the game begin...part yg paling best-"kalaulah membunuh tu bukan satu kesalahan" lu memang gempakssss and kabooomm farah..bakal gegar ini dunia nobel malaya...laters baby-gegeltimsss
ReplyDeletegegeltimsss...u make me blush!
DeletePengsan...bangun dan pengsan balik heheheheh (dah kata dulu awak memang pakar tulis citer sweeet cam ni!) heheheh
ReplyDeleteKan. Farah tu ja tamau tulis. hahahaha.
DeleteKak noorul...PT, you both know me! hahah.. segan tak sudah
DeleteAkhirnya!! hahaha...
ReplyDeletewe did it, huh?
Deletegetting more interesting with that sexy goatee...wondering apa akan brlaku kt terengganu...woweeee~
ReplyDeleteyanims, stay tuned
Deleteomg..so sweet!next entry please..i love your writing skill...sgt mengujakan..hope success in your carrier..
ReplyDeletethank you.. :)
Deletecant wait other entry. . . baca sambil senyum sampai ke telinge. . :))))))
ReplyDeletesaya pun senyum tgk awak senyum... :)
Deletealahaii. tergoda dengan amzar. sexy. bile bace sengeh sorang2 aje. haha.
ReplyDeletealyn..eh..bunyi dah macam alin.. :)
DeleteFarah nak lagiiiii plzzzzzzzz...... Xleh tido ni.
ReplyDeleteAR... :)
Deleteoho ho ho ho...kejelesan yg terserlah...Amzar dlm atie dah ade taman rama2 kupu2 ke? nak tuduh2 2 siasat dulu noh jgn men hentam seske ski je tau sian kat alin 2...hang dah la x kenai dia sebenar2nya...maklumat yg hang dpt 2 pon skerat jln je x abes pon so sendiri mau ingat la bro...
ReplyDeleteitulah...kasi ketuk sikit kepala dia
Deletehaish kemana mr sexy goaate nk bwa alin ha???
ReplyDeleteekekekekeke.. apa hal si amzar ni ekkk
ReplyDeleteterbayang lah sexy goaate nee.. jawap sepatah sepatah kasi letuk sikit.. buat orang geram jee
ReplyDeletei just hope si sexy goaatee ne wujud~ woah.. berbunga hati wuahahahah :D
ReplyDelete