Followers

Wednesday, November 30, 2011

Nickelback - Here And Now (Album Preview)



Aku bosan. Aku shopping online. Puas beli buku, aku terjah webstore yang jual cd. Dan hasilnya, aku beli album ni!

Monday, November 21, 2011

Kita Tak Bodoh



Pembaca paling muda yang membaca novel aku berusia 12 tahun. Dan baru-baru ini dia email aku dan mengadu result UPSR nya tidak begitu memberangsangkan. Kesian aku baca luahan hati adik ni. Aku dapat bayangkan apa yang dia rasa sebab aku pernah berada di tempat adik tu lapan belas tahun lalu. Adik Fi, sabar ya sayang. 

Pengakuan berani mati; result UPSR aku cuma 3A 1B (Zamana aku dulu 4A). Yup, aku bukan stock budak2 bijak pandai. Yang dapat 4A. Masa result diumumkan, aku bukan ada kat selayang pun. Masa tu aku berada di kampung. Cuti sekolahlah katakan. Jadi yang pergi mengambil result aku tu adalah ayah. Aku tahu, walaupun mulut ayah cakap, tak apa. Bagus juga 3A 1B tu, tapi dalam hati aku tahu dia kecewa. Dia harap sangat aku dapat 4A. Kalau tidak takkan dia buat statement "bilalah dia ni boleh jadi macam budak2 tu?" ketika dia tengok berita yang siarkan reaksi murid-murid yang berjaya dapat 4A. Aku agak terasa hatilah masa tu. Bukan setakat ayah aku je. Ibu saudara, nenek, atuk dan seisi keluarga pun ada rasa yang sama. Maklumlah, aku ni cucu sulung. Jadi apa sahaja yang aku buat, mesti jadi perhatian mereka. Mereka nak aku jadi benchmark untuk adik2 sepupu aku yang lain. Sangat besar tanggungjawab itu sebenarnya.

Tapi nak buat macam mana. Aku dah berusaha bersungguh-sungguh. Masa aku darjah 6, TV adalah perkara yang paling dilarang. Boleh kira dengan jarilah berapa kali aku dibenarkan menonton TV. Semuanya sebab nak suruh aku concentrate pada studi. Aku tak pergi tuisyen pun macam budak-budak lain. Ilmu tambahan aku cuma dari kelas tambahan yang cikgu buat di sekolah. Masa trial UPSR result aku, 2A 1B 1C. Memang semangat aku dah jatuh masa tu. Dah lah masa darjah 6 aku ni duduk dalam kelas budak-budak pandai. Jadi bila result aku macam tu memang ada rasa rendah diri sebab member2 semua dapat 4A. 

Sebaik sahaja aku masuk sekolah menengah, aku pasang tekad sendiri. Whatever happend, aku akan pastikan result PMR aku gempak. Nasib aku baik sebab dapat masuk kelas ke-2. Kiranya ni kelas ke-2 terhebatlah dalam sekolah. Kelas pertama tu khas untuk budak2 yang dapat 4A tapi tak dapat masuk asrama penuh. Gila-gilalah aku belajar masa sekolah menengah. Tapi kalau dah masukk kelas budak2 pandai kan, jadi nak result terbaik tu susahlah sikit. Walaupun A berderet tapi peratusan keseluruhan markah tak tinggi sangat. Tapi itu cukup membanggakan aku. Ya lah, aku kan budak tak berapa nak pandai. So, kalau dapat lebih sikit daripada biasa tu memang bangga gilalah!

Result PMR yang gempak membuatkan aku dipaksa masuk aliran sains. Ya, aku dipaksa. Kalau ikutkan hati nak duduk kelas akaun. Tapi sebab pelajar yang pilih aliran sains tak ramai, maka mereka2 yang dapat banyak A tu kena masuk kelas sains. Ada kes ugur mengugut lah masa tu. Aku yang lurus bendul ni, terus percaya je dengan ugutan2 tu. Maka aku pun bergelarlah pelajar Science Stream. Dan macam biasa, kalau kita tak minat tu kan, semua benda pun serba tak kena. Result exam hancus. Aku palingg benci subjek Fizik, Kimia dan Add Math. Pengakuan berani mati lagi; untuk 3 subjek itu aku selalu dapat F9! Ya, di Tingkatan 4, aku adalah di antara penyumbang kemerosotan peratusan markah untuk 3 subjek itu. Masa tu lah baru cikgu suruh fikir balik keputusan aku duduk kelas sains dan aku dinasihatkan masuk aliran sastera. Gila? Dah setahun aku perah otak duduk kelas sains, lepas tu nak suruh aku masuk kelas sastera pula? Dah setahun kot! Aku ni bukan budak genius yang boleh catch up semua benda yang dah diajar dalam tempoh setahun tu dalam jangka masa yang pendek. Jadi, nak tak hendak aku kena belajar sukakan Fizik, Kimia dan Add Math. Aku masuk kelas khas yang cikgu buat tiap-tiap pagi. Kelas yang memang dibuat khas untuk budak2 bermasalah. Perasaan malu kena tolak tepi. Nak pandai kan?

Alhamdulillah, berkat usaha keras aku berjaya juga dalam SPM. Habis SPM aku dapat tawaran buat Sains Komputer di UPM. Ini pun satu hal jugak. Aku tak suka course tu tapi mak ayah beriya suruh aku ambil sebab nak tengok aku masuk universiti. Puas aku cakap, aku tak minat. Aku tak suka buat benda yang aku tak minat sebab aku tahu it will end up in a disaster! Tapi akhirnya aku kena pergi juga. Namun, Allah itu Maha Pengasih. Sehari selepas hari aku mendaftar di UPM, aku dapat surat tawaran dari UiTM untuk kursus Pengajian Media dan Komunikasi! Dan ayah sedikit lenient kali ini. Dia tanya aku, nak pergi tak? Aku tak fikir panjang terus jawab ya! Dan akhirnya aku berjaya bergelar mahasiswa UiTM.

Aku berkongsi semua ini untuk Adik Fi dan mereka di luar sana yang senasib dengan Adik Fi. Aku nak mereka tahu yang apa yang mereka lalui kini pernah aku dan aku percaya, orang lain juga pernah lalui. Tak apa dik, kalau adik tak dapat 4A, 5A hatta 6A sekalipun. Perjalanan hidup adik masih jauh. Jangan berputus asa. Tingkatkan lagi usaha. Akak asalnya bukan dari golongan pelajar-pelajar cemerlang tapi alhamdulillah, akak berjaya menjadi 'manusia' hari ini. 

Remember sayang, It is not about how many A's you get, but the knowledge you pick up along the way.
Semoga berjaya Fi...

Thursday, November 10, 2011

Slot Pagi Puan J!



"Kau tidur pukul berapa malam tadi?" Soal Mak. Aku dah mengeluh. Terasa menyesal pula masuk dapur pagi ni. Kalau aku tahu mak akan buat sesi soal-jawab pagi ni, aku akan terus tuju pintu depan dan pergi ofis.

"Entah. 12 lebih kot." Aku jawab nak tak nak. Mak dah jengil mata. Aku dah buat muka bosan. Itu tak ada lain, nak mulakan slot pagi bersama Puan J kat dapur rumah.

"12 lebih apanya. Mak bangun pukul 3 tengok kau dok mengadap kertas-kertas tu lagi. Tu, mata dah macam panda tak cukup makan. Kulit muka dah kusam. Kes tak cukup tido lah tu kan?" Kan aku dah cakap. Dia mula dah....

Disebabkan kepala aku dah berdenyut-denyut, badan pun sekejap sejuk, sekejap panas, aku pun slowly bangun dari kerusi, capai handbag, capai laptop dan jalan ke depan. Kalau aku duduk lagi lama kat dapur tu, aku takut penyakit migraine datang je. Ingat dah selesai, rupanya mak ikut aku sampai ke ruang tamu.

"Kau baca tak suratkhabar mak suruh baca semalam?" Aku angguk.

"Hah! Dah tu? Nak sangat kena depression ke?" Aku sengih je. Nak kena depression, tak payah tunggu aku kerja macam hamba tu. Dengar mak punya membebel pun boleh depressed! Tapi aku cakap dalam hati je lah. Nak cakap depan-depan, kecil pula hati Puan J nanti.  Mak aku teruskan ceramah pagi dia sampailah kena tegur dengan ayah aku. Agaknya Encik Husain pun dah tak tahan dengar pitching mak yang luar biasa tingginya pagi tadi. Tapi macam biasalah. Kalau dah namanya Puan J tu, manalah dia reti berhenti walau disuruh-suruh. Selagi hati dia tak puas, dia akan continue bagi ceramah tu. Yang buat aku bangga tu, pagi tadi aku boleh diam je bila mak bagi ceramah. Kalau tidak mulut aku rajin sangat buat serangan balas. Hohoh..satu hal yang tidak sihat ye kawan-kawan. Berdosa besar menjawab cakap mak!

Kesudahannya pagi tadi aku pergi kerja dalam keadaan yang tak berapa nak tenang (dalam erti kata lain, marah!) Walaupun aku tak menjawab, tapi hati aku ni geram jugaklah dengan ceramah mak tu. Aku tahu mak tu risau je tengok aku kerja macam orang tak berapa betul kebelakangan ni. Balik kerja lambat. Lepas tu sambung balik buat kerja kat rumah. Tidur tak tentu masa. Lepas tu komplen sakit kepala. Kalau aku jadi mak pun aku bising. 

Tapi nak buat macam mana. Memang sekarang ni waktu sibuk. Siapa yang kerja bidang construction ni mesti tahu, kalau projek dah nak habis memang banyak benda nak kena buat. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan kerja yang bermasalah macam projek sekarang. Banyak documentation kena buat. Handover report, as built drawings, warranty, T&C, UAT dan macam-macam lagilah. Kena pulak client kami ni banyak sangat songehnya. Macam-macam nak sampai benda yang tak perlu ada pun di adakan. Macam mana kami tak rungsing?
Next week, proses handover building. Maknanya kerja aku selesai. Jadi buat mak tersayang, bertahanlah 2-3 hari lagi ye dengan jadual gila saya. Saya akan ambil cuti dan rehat cukup-cukup. Lepas ni jangan pulak bosan tengok muka saya tercongok je kat rumah.

p/s: sampai je office kepala aku bertambah sakit. pergi klinik kat bawah doktor kata aku demam. adoilah. ini bahana sebab keluar kerja dalam keadaan marah kat mak lah ni. huhuhu..nasib baik mak dah ampunkan! Kepada kawan-kawan, jangan melawan cakap mak! tinggi daulatnya seorang ibu ni.

Friday, November 4, 2011

Crossroad

Left, right, forward, backward. 4 choices. 1 decision. Very limited time given.