Followers

Google+ Followers

Wednesday, December 3, 2014

Dear Cinta 2.0 - Bab 2

Dear Cinta…Trouble in paradise?

Ok. Pesanan untuk diri sendiri. Lain kali jangan nak mengadu pada kawan baik sendiri kalau tengah perang dingin dengan buah hati sendiri. Sebabnya? 

1. Dia kawan baik yang dah kenal kita luar dan dalam dan dia tak akan takut nak keluarkan pendapat dia walaupun pendapat tu boleh buat kita nak sentap 30 hari!

2. Dia kawan baik yang dah kenal kita luar dan dalam dan tak akan lapik sikit pun cakap dia walaupun dia tahu kata-kata dia tu boleh sakitkan hati kita.

Nombor 1 & 2

Senang cakap, sebab mereka kawan baik kita maka mereka hanya nak yang terbaik untuk kita. Sebab itulah mereka tak teragak-agak nak betulkan kita kalau kita salah. Betullah agaknya kata-kata pujangga. Sahabat yang baik adalah yang berkata benar dengan kamu, bukan yang membenarkan kata-kata kamu. Truth sucks!

“You’re suppose to side with me!” ujar Tasneem geram.

Dayah pandang Tasneem. “Grow up!”

What the… Tasneem pandang Dayah tak puas hati. Terkumat kamit mulut nak mencari perkataan yang sesuai untuk serangan balas tapi sudahnya yang keluar…

“Shut up!” Kata-kata orang yang mengaku kalah. 

Dayah senyum sinis. Muka bangga gila sebab menang lagi. Yeay! 

“Benda kecil macam ini pun kau nak besar-besarkan. Tolonglah, Tasneem. Jangan nak cari pasal hanya kerana benda remeh gini, boleh tak?”

Tasneem dah jatuh rahang. “Amboi…sedapnya mulut bercakap. Sebab bukan kau yang kenakan, senanglah kata benda remeh. Cuba nanti kalau ex-girlfriend si Iman tu muncul. Boleh ke kau nak berlagak tenang sangat?” soal Tasneem separa mencabar. 

“Boleh je.” Tenang saja si kawan baik menjawab.

“Pfttt!”

“Betullah. Kau nak tahu kenapa?”

Tasneem angkat kening sebelah, menanti jawapan Dayah.

“Because Iman never had a girlfriend.” Selamba sahaja muka Dayang beri jawapan.

Jatuh rahang sekali lagi. “What?”

Iman, stok menantu-pilihan-ala-imam-muda itu tak pernah ada teman wanita? Tapi kalau fikir secara logik pun, masuk akal juga perkara itu. Si tinggi lampai, berjanggut ciput dan selalu bercakap dengan nada lembut tu bukan jenis hu-ha-hu-ha. Kata Dayah, arkitek muda itu bukan jenis yang suka masuk kelab atau melepak tak tentu hala. Kalau ada masa lapang, dia rela bawa kereta rentas tiga sempadan negeri untuk balik ke kampung melayan ibu dan ayah. Selain dari itu, hidup Iman hanya berkisar dengan kerja…kerja…kerja.

Dayah angkat bahu. Tangan kembali rancak menekan papan kekunci desktopnya. 

“But even if he had an ex, I would't worry much. Sebab saat aku terima dia dulu, saat tu hati aku dah yakin dengan dia. Dengan hubungan kami. Come on, Tas. Nisha tu macam Ariff cakaplah. She was his past. Leave it there. It's you and him now. Live for the moment. Lagipun, cuba jujur dengan aku...” Dayah kalih memandang dia semula.

“Kalau apa yang Ariff cerita bukan apa yang kau nak dengar, dah cukup kuat ke hati tu?”

Tasneem terkedu. Cukup kuat ke? Rasanya tak... kut. Kalau kuat, takkanlah sikit punya hal pun dia nak merajuk macam ini,kan? Crap! Memang aku suka cari masalah.

“Taklah tu,kan?” sinis Dayah.

Tasneem diam. Tak nak menyahut. Tak guna nak tegakkan benang basah. Kalau dah namanya bercakap dengan peguam, memang payah nak menang!

“So? Nak perang dingin lagi ke?”

 


TAK NAK. Dia tak nak perang dingin lagi. Sebab itulah petang ni dia tercangak kat depan Good Life Fitness. Dia buat keputusan nak jadi orang dewasa dalam hal ni. Merajuk tak pasal-pasal tentang hal yang remeh macam ini? Lagipun mungkin dia dah patut ikut nasihat Dayah. 

“It’s me and you now. Live for the moment.” 

Berbekalkan nasihat itu, akhirnya Tasneem beranikan diri ke GLF. Tapi belum pun sampai sepuluh minit dia kat sini....

            Boleh tak dia rasa macam nak menjerit sekarang? Mamat ini memang suka buat hati dan kepala dia pusing! Dia bukan reti nak baca bahasa badan ni nak-nak bahasa badan Ariff Hakimi. Dengan muka beku tak ada riak macam itu, dia pun tak tahu apa yang sedang dirasai lelaki itu. Nak kata marah, tak nampak muka marah. Nak kata tak marah, habis kenapa Ariff tak layan langsung sejak dia masuk ke GLF tadi? Punyalah banyak peluang dia bagi. 

Dia sengaja berulang alik depan Ariff yang duduk di kaunter pendafatran dengan Wawa. Tak cukup dengan itu, dia sengaja borak-borak dengan Wawa. Tapi mamat tu tetap buat muka beku dengan telinga bersumbat earphone. Paling buat dia nak sentap, sikit pun Ariff tak angkat muka pandang dia. Macamlah besar sangat salah dia. Dia bertanya saja pun pasal ‘my past’. Bukannya ada niat lain. Lagipun dah dua hari kut perkara itu terjadi. 

Takkan sentap lagi? Ini kira baik dia nak beralah, buat muka tak malu datang ke GLF. Ini tanda dia nak minta maaflah kalau dia yang salah. Tapi sikit pun lelaki itu tak hargai. Arghh…serabut!

Tasneem lajukan kelajuan treadmill. Dia tahu. Tak boleh sebenarnya mulakan larian dengan kelajuan macam itu. Silap haribulan boleh kejang otot tak pun mendatangkan kecederaan. Dah lah tak warm up dulu. Tapi sebab geram punya pasal manalah nak fikir mana elok mana tak elok. Waktu macam ini, memang emosi yang kawal segalanya. Bukannya akal dia yang waras. Arghh, gasaklah! Jatuh ke…cedera ke…kejang otot ke…bukan ada orang nak ambil peduli. Pelupuk mata Tasneem mula hangat.

Di kaunter pendaftaran…

“Macam budak-budaklah abang ni!” bebel Wawa sambil menepuk lengan Ariff.

Sakit hati pula melihat perangai si abang. Dia tak tahulah apa yang jadi antara si abang dengan bakal kakak ipar dia (minta-mintalah menjadi!) Gaduh besar ke, gaduh kecil ke, dia tak tahu. Tapi kalau tengok muka keruh Tasneem tadi, rasanya mesti si abang yang punya angkara. Kesian pula tengok muka si bakal kakak ipar bila si abang buat tak tahu saja bila Tasneem datang dekat dengan mereka tadi. Nak kata tak sedar, rasanya Tasneem tu bukanlah saiz macam kacang sampai dia tak nampak. Nak kata tak dengar suara Tasneem berbual dengan dia tadi, lagilah tak boleh diterima akal sebab walaupun telinga si abang bersumbat dengan earphone, hujung earphone tu bukannya ada cucuk ke dalam mana-mana gadjet pun. Propa lebih!

“Apa hal korang ni sebenarnya?” tanya si adik sambil menarik earphone yang tersumbat di telinga si abang.

“Budak-budak jangan masuk campur hal orang dewasa.”

Wawa mencebik geram. “Budak-budaklah sangat! Umur kita je kecil dari abang tau. Tapi rasanya perangai kita ni lagi senonoh sikit dari perangai abang yang kononnya dewasa sangat tu, tahu tak?”

Ariff mengigit bibir, cuba menahan diri dari tersenyum. Tahu adiknya marah dengan perangai dia. Alah, bukannya dia ada niat apa-apa pun. Sengaja nak usik perasaan Cik Puffy. 

Dah dua hari perkara tu jadi. Dia pun dah boleh terima rajuk Tasneem. Malam tu sungguh dia terlupa pasal hal silam Tasneem. Terlupa tentang rasa 'insecure' Cik Puffy. Walaupun nampak macam Misi No.13 Tasneem dah berjaya tapi dia tahu tahap keyakinan Tasneem pada diri sendiri belum 100% lagi. Dan dia tak membantu dengan cara dia menangani hal berkenaan Nisha. 

Nisha. 

Sebaris nama yang pernah menghuni hati dia dulu. Bukannya niat dia nak berahsia dengan Tasneem tentang hal lalunya. Tapi bila mengingatkan Nisha, dia teringat tentang dia yang dulu. Tentang kegagalan dia yang lalu. Dan dia benci dengan Ariff Hakimi yang dulu. Yang pentingkan diri sendiri. Yang terlalu obses dengan kerja hingga orang-orang di sekelilingnya terabai. Dia mahu lupakan semua itu. Dia nak biarkan masa lalu dia tinggal di masa lalu. Dia tak mahu semua itu merosakkan hari yang sedang dan bakal dilalui. 

Itu maksud dia bila dia enggan menurut kehendak Tasneem. Tapi sayangnya cara penyampaian dia tak sampai hingga buatkan Tasneem terasa hati dan merajuk.

Mengingatkan Tasneem, dia senyum sendiri. Tasneem datang cari dia. Maknanya Tasneem tak merajuk lagi. Puas juga dia nak tahan senyum tadi bila tengok Tasneem berjalan ulang alik di depan dia. Rasa nak peluk pun ada bila Tasneem berdiri di depan dia berborak dengan Wawa tadi. Okey...peluk? Not good, Ariff. Belum halal lagi!

“Dah sengih pulak! Abang ni menakutkan tahu tak? Kejap masam. Kejap sengih. Macam orang gila pun ada Wawa tengok...”

Ariff ketawa. “Memang gila...abang tengah gilakan...” Kata-kata Ariff bila tiba-tiba telinga menangkap bunyi kekecohan di bahagian tengah gym.

“Apahal tu?” Wawa dah terlebih dahulu bertanya. 

Baru sahaja Ariff angkat punggung, namanya diseru Korie yang kelam kabut berlari ke arahnya.

“Bos...”

“Apahal Korie?”

“Tasneem...bos. Dia...”

Hati Ariff terus mengecut. Tas?




Tuesday, December 2, 2014

Dear Cinta 2.0 [Prolog + Bab 1]

Kisah ini saya tulis untuk mereka yang masih ingin membaca kisah Ariff dan Tasneem. Maaf andai manis terlebih gula, tawar tak bergaram atau tak hangat sepeti yang lain. I can't please everyone. I just write what my heart tells me to write.


Prolog
Dear Cinta…bukan senang nak dapat bahagia rupanya.
CINDERELLA, Snow White dan Princess Aurora. Siapa tak kenal dengan Disney Princess ini. Kalau dah namanya perempuan, masa kecilnya mesti sentiasa disogok dengan kisah-kisah dongeng yang melibatkan nama-nama ini. Kisah bagaimana mulanya mereka menjadi damsel in distress kemudian diselamatkan si putera raja yang kacak dan kemudian hidup bahagia selamanya. Tipulah kalau kata tak pernah sekejap pun dalam tempoh hidup ini, dia tak pernah berangan nak jumpa Prince Charming, The Prince dan Prince Philip. Dia pun teringin nak jumpa putera dia sendiri.
Waktu dia kecil, semua itu nampak mudah. Nampak macam senang saja nak jumpa putera idaman sendiri. Cuma perlu jadi lemah sedikit, mesti ada putera yang datang selamatkan diri. Cinderella, dapat mak tiri dan kakak tiri yang jahat cuma perlu tinggalkan sebelah kasut sahaja untuk temukan dia dengan Prince Charming. Snow White pula cuma perlu lari hidup dengan 7 orang kerdil dan gigit epal beracun untuk jumpa dengan The Prince. Princess Aurora lagilah mudah. Sebab jari tercucuk jarum hingga buat dia terlena bertahun-tahun menemukan dia dengan Prince Philip. Mudahnya nak menemui cinta dan bahagia selama-lamanya…
Tapi dalam hidup sebenar? Apa yang Disney lupa nak beritahu dia, dalam hidup sebenar-benarnya bukan mudah nak temui semua itu. Prince Charming? Bertuah badan kalau jumpa. Dalam kehidupan sebenar, dapat jumpa lelaki yang ada 1% persamaan dengan Prince Charming pun dah cukup baik. Dan bukan semudah itu nak menemui cinta yang bawa boleh dia ke arah bahagia untuk selama-lamanya. Banyak dugaan, cabaran dan ujian yang perlu dia lalui. Kalau kuat nak hadapi semuanya, alhamdulillah. Bahagia akan bersama. Tapi kalau tidak…
Kisah dia dan Encik Trainer mungkin berakhir dengan frasa ‘dan mereka hidup bahagia selama-lamanya,’ namun perjalanan nak menuju ke arah bahagia selama-lamanya itu tak semudah kisah Cinderella, Snow White dan Princess Aurora. Hampir saja dia hendak tertewas. Tapi…
If it’s meant to be, then it’s meant to be…

***
Bab 1
Dear Cinta…orang barat cakap curiosity killed the cat!
TIGA bulan. Tujuh hari. Dua belas jam. Hah! Itulah usia hubungan teman-mesra-dalam-hati-ada-taman anatra dia dan Ariff. Pathetic? Sebab dia boleh kira semua tu? Cakaplah apa saja, dia tak peduli. Sebab untuk kali keduanya dalam hidup dia, dia jatuh cinta. Dan untuk kali pertamanya dalam hidup dia, dia rasa bahagia sangat dengan cinta baru ini. Dulu dengan Zack the douche bag, dia tak rasa semua ini. Mungkin jugalah masa itu dia masih muda remaja. Jadi perasaan keanak-anakkan itu masih menebal. Sekarang ini, bila dah dewasa, rasa indah yang dia rasa dalam hati itu memang berbeza sangat dengan rasa yang dia rasa masa dulu. Faktor usiakah atau pun faktor pasangan belahan jiwa dia itu? Hurm…
Tiga bulan. Tujuh hari. Dua belas jam. Tak sangka dah banyak macam itu usia hubungan mereka. Tempoh yang cukup lama untuk dia dan encik trainer kenal hati budi masing-masing. Sepatutnyalah. Tapi walaupun nampak macam dah lama, walaupun dia rasa bahagia, jauh di sudut hati seorang Tasneem Sofi, ada sesuatu yang terbuku. Nak luah, tak terluah. Nak pendam, dia takut makin pendam lama-lama makan diri sendiri.
Arghhh! Serabut! Dia rasa nak tarik rambut sendiri tapi serupa orang tak betul pula jadinya nanti. Ini semua gara-gara sebaris nama yang dia dengar meluncur keluar melalui bibir Ariff tadi. Nama yang buat konsentrasi dia terhadap kerja terganggu dan jiwa dia kembali kacau…
“Laa...kau tak kenal siapa Nisha?”
Tasneem angkat bahu. “Adalah pernah terdengar nama tu sekali dua masa di GLF. Tapi setiap kali aku tanya dia orang cuma geleng dan kata tak penting pun dia tu. Jadi aku malaslah nak tanya lebih-lebih.”
“So kau tak tahulah Nisha tu bekas girlfriend buah hati kau tu?”
Tasneem telan liur. “Bekas girlfriend Ariff?”
Dayah angguk.
“Ariff Hakimi?”
Dayah juling mata ke atas. “Ada Ariff lain lagi ke?”
“Ariff Hakimi ex-lawyer a.k.a encik trainer aku tu?”
“Ya Allah, yalah Tasneem Sofi! Takkan Ariff tak pernah cerita?”
“Mestilah pernah!” Cepat dia jawab walaupun hakikat sebenarnya, encik trainer tak tak pernah cerita. Secara teknikalnya tak pernahlah. Cuma dulu Ariff pernah cakap dia tahu apa perasaan Tasneem masa baru lepas frust bercinta dulu. Jadi secara tak langsung Ariff dah pernah beritahu dia tentang bekas teman wanita dia dulu. Kan?
“Jadi Nisha tu teman wanita dia masa dia masih working in that legal firm?” soal Tasneem.
“Aku dengar macam itulah. Dia berhenti kerja sebab frust bercinta dengan Nisha tu. Kena tinggal. Kesian kan? Hensem. Baik. Punyalah cukup pakej macam itu pun kena tinggal juga. Kalau si douchebag macam Zack tu aku fahamlah juga. Tak reti bersyukur betul perempuan tu.”
Tasneem mengeluh sendiri mengenangkan perbualan dia dengan Dayah kelmarin. Sejujrnya dia pun tak adalah hendak ambil tahu sangat masa itu. Itukan kenangan lama Ariff. Benda dah lama, biarlah kekal jadi kenangan. Yang dia sibuk-sibuk nak ambil tahu buat apa. Cumanya perasaan ingin tahu dia tiba-tiba melonjak naik grafnya bila terdengar Ariff sebut nama itu ketika dia jawab panggilan dari Benny tadi. Lebih-lebih lagi bila air muka Ariff bertukar keruh sebaik sahaja nama itu disebut.
 “Babe…”
Tasneem tersentak. “Hah?”
Tasneem alih pandangan dari skrin computer ke arah Ariff yang ralit membaca e-book di Galaxy Notenya.
Ariff senyum kecil. “Lama lagi ke nak habis kerja?” tanya Ariff tanpa mengalihkan pandangan dari skrin telefon.
“Err…tak. Sikit je lagi. Awak nak cepat ke? Kalau ada hal, tak payahlah tunggu saya. Nanti saya balik sendiri.”
“Dah pukul 9 malam ni. You nak balik naik apa?”
“Teksi ada.”
“Hell no! Jangan harap I nak lepaskan you balik sendiri dah malam macam ini. Siapkan aje kerja tu. I tunggu. Kita dinner sekali. Ok?”
Tasneem tarik senyum. Angguk teruja. Mengebu-gebu hati dibuatnya mendengar nada prihatin dalam suara Ariff. Namun senyuman itu perlahan-lahan mati bila ada suara jahat mula tanam soalan-soalan negatif dalam hati dan fikiran.
‘Dulu dia begini jugakah dengan Nisha?’
‘Dulu Ariff jaga Nisha sebaik ini ke?’
‘Dulu Ariff sayangkan Nisha macam Ariff sayangkan dia ke?’
‘Mana lagi dalam. Sayang Ariff pada dia, atau sayang Ariff pada gadis bernama Nisha itu?’
Tasneem menggeleng laju. Arghh…Setan jahat! Jahat! Jahat! Tak boleh jadi! Kalau asyik fikirkan perkara-perkara macam ini, boleh kacau jiwa dibuatnya.
"Ariff..."
"Yes, Tasneem?"
Mendengar suara lembut Ariff, Tasneem jadi serba salah. Nak tanya atau nak buat senyap? Kalau tak tanya, nanti hati dia meronta-ronta hendak tahu. Kalau tanya, dia takut jawapannya tak seperti yang dia inginkan.
“Sayang?” 
Tasneem pandang Ariff. Sayang? Sedap saja bunyinya bila dilantunkan suara garau Ariff. Ariff jenis lelaki yang maksudkan setiap kata-katanya. Dan bila dia sebut sayang, maknanya Ariff memang sayang dia. 
Tasneem tarik nafas. Dalam. Yakin dengan itu, Tas. He loves you. Jadi tanya sajalah.
“Saya nak tanya sesuatu…”
Ariff dah senyum, tunggu soalan Tasneem.
“Siapa Nisha?”
Senyuman Ariff terus mati.
Oh o! Wrong question asked Tasneem. Tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kau tunggu sajalah akibatnya. Dan melihat air muka Ariff yang keruh, Tasneem tahu akibatnya tak seindah mana. Dada terus berdebar menanti reaksi encik trainer.
“Dah siap kerja?”  Dingin saja suara encik trainer bertanya.
Tasneem telan liur. Lain yang dia harapkan, lain yang ditanya. Aduh Tasneem, memang kau sengaja cari penyakit!
“Err...dah.”
“I tunggu dekat bawah.”
Terus encik trainer keluar dari kubikel dia dan berjalan ke pintu keluar. Tidak menunggu lama, Tasneem terus kemas barang. Dia dah kenal sisi baik Ariff. Dia dah jatuh suka dengan sisi nakal Ariff. Tapi sisi dingin macam tadi? Belum pernah nampak dan dia sendiri tak yakin hati dia cukup kuat hendak berdepan dengan sisi yang satu ini.
Selesai mengemas barang-barangnya, Tasneem terus dapatkan Ariff di luar. Laju langkah diatur menuju ke arah Ariff yang sedang bersandar di dinding dengan kedua belah tangan diletakkan ke dalam poket jeansnya. Muka? Keruh semacam. Macam orang tengah fikir masalah berat sahaja gayanya. Tengah fikirkan Nisha ke tu? Hati kecil Tasneem dah mula fikir yang bukan-bukan. Bad heart. Bad…bad…heart!
“Awak...”
Ariff tersentak. Terkebil-kebil dia pandang wajah Tasneem di sebelah. Untuk beberapa ketika, Ariff nampak ‘lost’.
“Tasneem?” Perlahan nama Tasneem disebut Ariff.
Hati Tasneem mula nak sentap. Kenapa nada suara Ariff macam terkejut sahaja nampak dia? Geram pula dia rasa.
“Yalah, saya. Or were you expecting someone else?” Perli Tasneem geram.
Ariff hela nafas berat. “Mengarut apa ni?”
“Habis tu yang awak buat muka terkejut nampak saya tu apasal?”
“Perasaan you sajalah. Dah, jom pergi makan dulu, lepas tu I hantar balik.” Ariff dah pasang langkah menuju ke tempat letak kereta.
Tasneem ketap gigi. Geram. Sentap. Kecil hati. Dia melangkah. Tapi bukan menuju ke arah Ariff, sebaliknya ke arah tempat menunggu teksi berhampiran. Mengada-ngada? Mungkin. Tapi dah nama pun teman wanita jadi dia ada visa khas untuk buat perangai macam ini.
Ariff keluarkan kunci kereta. Bila merasakan keadaan terlalu sunyi, dia berhenti lalu berpusing ke belakang. Berkerut dahi dibuatnya bila wajah yang dicari tak kelihatan. Mata meliar mencari kelibat Tasneem. Ariff mengeluh perlahan bila ternampak si pemegang hatinya menonong ke tempat menunggu teksi. Terus dia berpatah balik, mengejar Tasneem.
“Tasneem...”
Senyap. Langkah Cik Puffy makin laju ke hadapan.
“Tasneem...” Nada memujuk dah keluar. Tapi macam tadi, Cik Puffy masih buat tak tahu. Rasa sabar dah mula nak menipis tapi cepat-cepat dia istighfar. Cool, Ariff. Cool. Dia tak faham, jadi jangan nak salahkan dia. Ariff tarik nafas dalam.
Nisha...”
Akhirnya langkah Tasneem mula perlahan.
She’s my past.”
Langkah Tasneem terhenti terus. Ariff berjalan mendekati Tasneem, memandang tepat ke dalam mata Tasneem.
“And I don’t want to talk about her.”
“Why?” Perlahan Tasneem bertanya.
Ariff gosok leher. Why? Soalan yang paling dia paling nak elakkan sebab dia tak rasa kisah dia dan Nisha penting untuk dikongsi bersama. Benda dah lepas kenapa nak dikenang-kenang lagi.  Kenapalah orang perempuan ini suka hendak tahu perkara yang tak penting untuk dia tahu?
“It’s not important, Tasneem. Macam I cakap tadi. She’s my past. Just leave it there.”
Tasneem dah ketawa tanpa perasaan. Deja vu. Kenapa dia rasa macam pernah lalui situasi macam ini? Ariff dah mula nak berahsia. Macam Zack juga dulu. And I’m not going through this again. Tasneem genggam tangan, kuat.
“Just tell me something.”
“What?”
“Will she be a problem?”
“No!”
“Will you be seeing her again?”
“No! God! Kenapa tanya soalan-soalan macam ini?” Ariff dah mula rimas.
Tasneem pusing, pandang wajah Ariff dalam-dalam.
“Because I’ve been on this road before, Ariff. I don’t have it in me to walk on that same road again. Saya penat!” balas Tasneem tegas.
“Dahlah. Saya nak balik.” Tasneem dah melangkah menuju ke arah kereta Ariff tanpa memperdulikan muka Ariff yang dah merah padam menahan geram.
“I’m not Zack, Tasneem!” Ariff bersuara keras. Lengan Tasneem dipegang.
Tasneem terhenti.  Dia toleh ke tepi, pandang wajah Ariff dengan senyuman tawar di bibir.
“No, you’re not.” balas Tasneem perlahan. Dan itulah yang saya takutkan Ariff. Dengan Zack perasaan saya tak sedalam ini. Jatuh pun saya masih mampu bangun. Tapi awak? Kalau saya jatuh lagi kali ini, saya tak tahu saya cukup kuat atau tak nak bangun semula.
Namun kata-kata itu hanya mampu bergema di dalam hatinya.
Setengah jam kemudian, kereta yang dipandu Ariff membelok masuk ke sebuah kawasan perumahan yang letaknya di utara Kuala Lumpur. Niat nak makan malam terus terbantut bila soalan demi soalan yang ditanya pada Tasneem dibiar sepi tanpa jawapan.
“Nak makan tak?”
“Kita makan dulu ya?”
“Jom, kita dinner dekat Las Carretas. You suka Mexican food kan?”
Dua kali bertanya dia tahan lagi. Tak apalah walaupun terasa macam bercakap dengan dinding sekalipun.  Sayang punya pasal…
Tapi masuk kali ketiga, sabar dia pun ada had. Hati dia belum cukup kuat nak bersabar. Keperibadian Rasulullah yang satu itu belum lagi berjaya dicontohi sepenuhnya. Bila dah tiga kali bertanya jawapan yang dia terima tetap kebisuan, dia pun pilih benda yang sama. Diam. Tak nak cakap apa-apa. Nak merajuk sebab perkara remeh macam ini? Silakan. Agak-agak bila dah sedar betapa kebudak-budakkannya perkara ni, tahulah mana Tasneem nak cari dia. Terus kereta dilencongkan ke arah rumah  keluarga Tasneem.
Sekarang, tepat tiga puluh lapan minit perjalanan, Audi R8 milik Ariff berhenti di depan sebuah semi-D. Jeda. Yang kedengaran hanya suara The Great Big World asyik suruh Say Something.
“Perli ke apa?” Sempat Tasneem menggumam sendiri.
“Hah?” Ariff menoleh. Dia cakap sesuatu tadikan? Bibir dah mula nak menguntum senyum. Cik Puffy dah tak buat perangai lagi!
“Tak de apalah. Bye!” Terus pintu kereta dibuka dan Tasneem terus menonong masuk ke rumah tanpa menoleh lagi.
Di dalam kereta, senyuma Ariff mati terus. Dia memandang belakang badan Tasneem dengan hati yang bengkak. Kepala digeleng. Suka hatilah! Tak kuasa nak layan.