Followers

Google+ Followers

Sunday, March 31, 2013

Bab 14: Dia...Random Guy


Amzar renung cik kerani tajam. Geram. Rasa nak cekik-cekik leher cik kerani saat ini. Ingatkan bolehlah makan tengah hari berdua. Ambil peluang yang ada untuk sejukkan hati cik kerani. Sudahnya, dari berdua terus jadi berempat. Patutlah cik kerani beriya sangat beritahu akan tunggu dia di bawah. Tak perlu turun bersama. Rupanya dia bawa dua escort bersama. Bukan main lebar lagi senyuman Kak Ida dan Anne bila cik kerani selamba beritahu ‘bos nak belanja makan tengah hari, hari ni’. Bijak betul cik kerani mainkan dia.
“Kita nak makan di mana encik? Di kafe ke?” Tanya Anne.
Mulut dia ringan hendak menjawab, ya, makan di kafetaria sahaja walaupun dia dah rancang hendak bawa cik kerani di Restoren Enak. Siap dah buat tempahan. Tapi cik kerani ringan mulut menjawab bagi pihak dia.
“Takkanlah bos nak belanja di kafe saja, nyonya. Mestilah di tempat yang best, kan encik?” Soal Alin selamba. Bukan main lebar lagi senyuman dia.
Hendak tak hendak, Amzar terpaksa mengangguk tapi mata dah mencerlung pandang cik kerani. Berani betul dia tersenyum ya. Kalau tak fikir dosa pahala, dah lama jadi mangsa bibir itu!
Setengah jam kemudian, mereka berempat dah selamat duduk di dalam restoren. Pesanan dibuat. Terpegun Amzar dibuatnya melihat selera Kak Ida, Anne dan Alin. Badan masing-masing bukan main kecil. Tapi selera bukan main besar lebih-lebih lagi cik kerani dia. Segala jenis lauk hendak dicubanya. Amzar  tak pasti, cik kerani betul-betul hendak makan atau sekadar hendak mengenakan dia.
Sementara menunggu hidangan tiba, mereka di jamu dengan kerepek emping sebagai kudapan. Sambil mengunyah, bukan main lagi mulut cik kerani dia berbual dengan Kak Ida dan Anne. Dia yang berada di situ macam dah tak wujud pula dibuatnya. Cik kerani, sejak sampai tadi asyik mengelak daripada memandang dia. Ok. Kita tengok, lama mana dia boleh bertahan.
“Cantiknya tempat ni kan, Alin?”
Alin mengangguk. Mata memerhati ke sekeliling kawasan restoren yang nampak agak eksklusif itu. Sesuai dengan konsep restoren makanan Melayu, hiasan dalamannya banyak mempamerkan ciri-ciri keMelayuan. Warna merah, hitam dan putih menjadi warna pilihan untuk setiap perabot di dalam restoren itu. Sungguh, dia memang terpegun saat kaki melangkah masuk ke dalam restoren ini tadi. Seumur hidup, belum pernah lagi dia masuk ke tempat begini. Kalau tidak kerana sos salad Newman’s Own di hadapan dia ini rasanya dia tak akan ada peluang masuk ke tempat begini. Sos salad? Hurm…sedap juga nama tu. Ok cik hati dan cik jantung, that is his new name. Jangan nak sexy mexy lagi!
Alin tahu sos salad di hadapan dia ini tengah bengang dengan dia. Tak perlu dengar suara Amzar tinggi, dia dapat rasakan perasaan bengang Amzar itu melalui pandangan tajam Amzar sejak tadi. Nasiblah encik. Saya dah kata tak nak pergi, encik paksa juga. Saya ni tengah dalam proses nak jauhkan encik dari dalam hati. Jadi hendak tak hendak terpaksalah saya import dua orang cik akak ini sekali sebab kalau kita berdua saja, mahu cik hati dan cik jantung saya ni berpaling tadah. Ini pun dah mula mengada-ngada nak bersorak.
“Encik Amzar, terima kasihlah ya bawa kami ke sini.” Ucap Kak Ida.
“Yalah, encik. Tak sangka kami, encik sudi belanja kami makan. Di tempat mahal macam ini pula tu.” Tambah Anne.
“Ya, I pun tak sangka…” Mendatar Amzar jawab.
Kak Ida dan Anne terpingga. Alin yang sedang mengunyah emping rasa hendak tercekik mendengar jawapan Amzar. Isyh, dia ini kan. Mulalah tu nak buat perangai kerek dia tu!
Alin jenggil mata pada Amzar. Kenapa cakap macam itu?
Amzar balas dengan menjungkit kedua belah keningnya. Salah ke?
Alin mendengus geram. Tak pandai jaga perasaan orang langsung!
Amzar tersenyum kecil. You honestly think I care?
Alin ketap gigi. Geram.
Amzar akhirnya ketawa. Gembira.
Kak Ida dan Anne hanya mampu jungkit bahu tak faham.
Tak lama selepas itu, hidangan sampai. Bercahaya betul mata cik kerani tengok makanan yang nampak menyelerakan itu. Dia tarik balik prasangka dia tadi. Tak mungkinlah cik kerani hendak mengenakan dia dengan  memesan makanan sebanyak ini. Tengok muka teruja cik kerani menyenduk makanan ke dalam pinggan nampak sangat yang cik kerani memang suka makan. Dia pula yang jadi kenyang tengok cik kerani gembira.
“Kak Ida, cuba rasa pucuk paku ni. Sedap tau!” Pelawa Alin.
Kak Ida mengeleng laju. “Tak apa Alin. Akak tak makan sayur hijau.”
“Hah? Macam ini pun ada. Nyonya, tak nak rasa?” Alin pelawa Anne pula.
“Boleh, boleh. I makan saja semua benda.” Anne angkat tangannya ke tepi, memberi ruang kepada ALin untuk sendukkan lauk ke dalam pinggan dia.
“Sedapkan?” Tanya Alin. Anne mengangguk setuju.
Kemudian dia teruskan proses yang sama dengan lauk-lauk yang lain. Rajin betul dia sendukkan lauk ke dalam pinggan Kak Ida dan Anne.
 Amzar sejak tadi hanya memerhati. Rasa geram pada cik kerani muncul kembali. Memang cik kerani anggap dia tak wujud di sini ke apa? Tak boleh jadi. Dia pun hendak juga orang sendukkan lauk ke dalam pinggan.
“Ehem!”
Cik kerani buat tak dengar.
“Ehem!” Dia berdehem sekali lagi.
Cik kerani, masih lagi buat tak dengar. Ok, dia memang nak cabar kesabaran aku.
“Alina!” Kan dah kena panggil nama.
“Hmm?” Balas cik kerani.
Amzar pandang pinggan dia yang hanya berisi nasi putih. Alin angkat sebelah kening tak faham. Amzar pandang  ayam masak cili api di hadapan Alin kemudian dia pandang semula ke arah pinggan dia. Kali ini Alin angkat kedua belah kening dia pula. Oh, dia memang nak cari pasal!
“Alina Suffiya.” Dia dah sebut nama penuh.
“Ya, encik?”
“I nak lauk ayam tu.”
“Ok.” Alin senduk lauk ayam masak lemak cili api ke dalam pinggan Amzar. Kalau dari tadi cakap elok-elok dengan dia, bukan ke senang. Ini nak berdehem, main isyarat-isyarat mata bagai. Macamlah dia ada masalah pendengaran dibuatnya.
“I nak rendang.”
Satu sudu rendang diletakkan ke dalam pinggan.
“I nak pucuk paku.”
Pucuk paku pula dimasukkan ke dalam pinggan.
“Nak ikan tu…” Amzar muncungkan bibir ke arah pinggan ikan.
“Anything else, encik?” Tanya Alin separa memerli.
“No.” Amzar terus suap nasi ke dalam mulut.
Alin menjuling mata ke atas. “Manja betul!” Gumamnya perlahan namun masih boleh didengar Amzar. Amzar cuma tersenyum. Alin dah tarik nafas dalam. Kalau kerja dia asyik nak senyum macam itu, macam mana aku nak kuatkan hati ni? Isyhh! Masalah sungguh. Kenapalah bukan sos Knorr yang muncul dalam hidup aku ni? Kenapa mesti sos mahal macam dia ni? Hati dia membebel sendiri.
Dia sambung semula makan. Tapi entah kenapa, tiba-tiba dia rasa pelik. Semacam ada mata yang sedang memerhati dia sekarang. Dia angkat kepala, memandang Amzar tapi sos salad yang satu ini sedang asyik makan. Dia kembali mengadap makanan dia tapi perasan itu masih lagi terasa. Malah lebih kuat dari tadi.
Alin angkat kepala dia semula. Mata memandang ke sekeliling restoren. Semua orang sedang sibuk menjamu selera. Pandangannya terhenti ke arah meja yang berada betul-betul di belakang Amzar. Ada lebih kurang enam orang semuanya. Satu persatu wajah yang ada di meja itu diperhatikan hinggalah pandangannya jatuh ke arah seorang lelaki yang sedang juga sedang memerhatikan dia. Pandangan mereka bersatu dan Alin terasa macam hendak putus nafas. Sudu dan garfu terlepas dari tangan.
“Alina, kenapa ni?” Tanya Amzar. Mata cik kerani tiba-tiba membulat memandang sesuatu di belakang dia. Tangannya menggeletar.
“Alin, amoi you kenapa?” Tanya Anne. Kak Ida di sebelah juga mula risau melihat Alin yang tiba-tiba pucat mukanya.
“Alina!?” Panggil Amzar sedikit kuat dari tadi.
Alin tersentak. Serentak dengan itu, lelaki yang asyik merenungnya tadi sudah bangun dan berjalan menghampiri mereka. Degupan cik jantung dah mula menggila.
“We need to go. I need to go…Now, please!?” Dia benci merayu macam ini. Dia benci keadaan begini. Dah bertahun Alin, kenapa kau masih biarkan dia pengaruhi emosi kau?
Tak menunggu jawapan daripada Amzar, Alin terus capai dompetnya dan bergerak laju keluar dari restoren itu. Tak. Dia bukan lari. Dia cuma belum bersedia sahaja dengan pertemuan ini.
“Stay. Biar I yang tengok dia.” Keras Amzar bersuara. Dia bergegas mendapatkan cik kerani yang sudah keluar dari dalam restoren.
“Alina, tunggu!” Panggil Amzar. Namun cik kerani dia makin laju menapak.
“Alina, slow down!”  Ujar Amzar lagi. Apa kena dengan dia ni?
“Alina Suffiya, stop!” Jerit Amzar. Dia dah tak peduli lagi dengan pandangan orang ramai yang berada di sekitar mereka.
Alin berhenti. Amzar segera mendapatkan cik kerani. Wajah cik kerani dah hilang warna. Bibir terketar-ketar macam hendak berkata sesuatu. Tubuh cik kerani pula mengigil macam orang ketakutan.
“Alina, what’s wrong?” Tanya Amzar risau. Tak pernah dia lihat cik kerani dia takut begini.
Alin cuba hendak bersuara tapi macam ada yang menghalang suaranya dari keluar. Ya Allah, kenapa lemah sangat ni Alin? Cik jantung, bukankah kita dah janji nak jadi kuat? Cik hati, bukankah kita dah janji kita akan biarkan rasa itu mati? Habis itu kenapa kita macam ini?
“Alina, tell me. What’s wrong? Siapa yang you nampak sampai you takut begini?” Pujuk Amzar. Dia tahu ada seseorang di dalam restoren itu yang membuatkan cik kerani dia bereaksi hingga begini.
“Alina…” Tiba-tiba ada suara yang menegur mereka dari belakang.
Alina terkaku. Darah rasa macam baru disedut keluar dari badan. Tubuh terasa ringan. Semangat dia dah melayang-layang pergi. Tanpa sedar tangan dia memegang lengan Amzar. Kuat, seolah-olah ingin meminjam sedikit kekuatan daripada Amzar untuk berhadapan dengan pemilik suara garau yang menyeru nama dia tadi.
Amzar pandang tangan yang sedang mencengkam kuat lengan dia. Dia dapat rasakan betapa badan cik kerani sedang mengigil dan puncanya berada di belakang dia sekarang. Dia menoleh ke belakang. Mencerlung matanya memandang lelaki tinggi lampai yang sedang berjalan menghampiri mereka. Who the hell is this guy? Darahnya rasa menggelegak. Tiba-tiba wujud rasa benci kepada lelaki ini.
“Alina…” Sapa lelaki itu sebaik sahaja dia berada di hadapan Alin. “It’s been a long time…” Sambung lelaki itu dengan senyuman nipis di bibir.
Darah Amzar makin menggelegak. Siapa lelaki ini? Dari gaya dia bercakap seolah-olah dia dah lama mengenali cik kerani. Alina? Kenapa dia rasa meluat dengar lelaki itu panggil cik kerani begitu?
Amzar menoleh ke arah cik kerani. Dada dia tiba-tiba terasa pedih. Is that tears in her eyes? Amzar pandang mata cik kerani yang nampak berkaca-kaca. Tangan ringan mahu menyentuh tangan cik kerani yang masih kuat memegang lengan dia. Entah kenapa, timbul perasaan mahu melindungi diri cik kerani apabila melihat dia yang sentiasa tersenyum, dia yang selalu menceriakan hari-hari dia hanya dengan bebelan yang ada masanya menyakitkan hati, hanya mampu berdiri kaku. Oh Tuhan, what’s happening to me?
“Alina?” Perlahan dia menyeru nama cik kerani. Namun cik kerani nampak seperti berada di dunia lain…
Dan ya, Alin memang berada di dunia lain. Dia dah tak nampak orang lain selain daripada lelaki yang sedang berdiri di hadapan dia. Dia dah tak dengar suara lain selain daripada suara lelaki di hadapan dia. Ya Allah. Dia masih tak berubah. Masih seperti dulu. Wajah yang satu masa dulu pernah menjadi igauan dia, nampak bertambah kacak dan lebih dewasa daripada dulu. Mata yang satu masa dulu pernah buat dia lemah lutut setiap kali pandangan mereka bersatu masih lagi memberikan kesan yang sama. Senyuman itu…oh Tuhan. Ia masih mampu buat cik jantung dan cik hati dia diam terpaku.
“Apa khabar, Alina?” Tanya lelaki itu lembut. Macam dulu-dulu. Lelaki itu memang sentiasa berlembut dengan dia.
Alin tarik nafas dalam sebelum menjawab, “Baik...”
Liur ditelan, “…Hairi.”

Bab 13 : Dia...Random Guy


Ada peribahasa Inggeris berbunyi, Hell hath no fury like a women scorned. Maksudnya, jangan buat seorang wanita itu marah sebab dia akan pastikan kita menderita seteruk-teruknya. Dan Amzar mula memahami maksud peribahasa Inggeris itu walaupun dia sendiri tak tahu kesalahan besar apa yang dia dah buat hingga dia kena tanggung rasa sakit dalam hati ini. Tiga hari. Tiga hari hidup dia jadi tak tentu arah. Tidur malam dia tak lena. Konsentrasi kerja dia terganggu. Semuanya kerana Alina. Dan demi Tuhan, dia sendiri tak faham kenapa dia bersusah payah hendak melayan semua hal ini.
Hari pertama.
Dia datang ke pejabat dengan perasaan gembira. Maklumlah, sebelah malamnya dia seronok melayan kawan baiknya Helena yang datang makan malam di rumah. Bukan setakat Helena, Soraya juga ada bersama. Sepupunya itu datang ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja. Masuk ke pejabat, dia terus mencari cik kerani kerana dua sebab. Hendak pulangkan Tupperware yang bakal mak mertua bekalkan tempoh hari dan sebab utamanya hendak minta maaf sebab tak dapat temankan cik kerani makan hari sebelumnya. Walaupun taklah besar mana pun hal itu, tapi dia rasa dia perlu juga minta maaf. Manalah tahu kalau-kalau cik kerani kecil hati pula.
Alin tak ada di tempat dia ketika dia masuk. Baru sahaja dia hendak bertanya kepada Anne, dia terdengar suara cik kerani sedang bergelak ketawa di belakang dia. Cik kerani dia baru keluar dari pantry bersama Kak Ida.
“Selamat pagi, Encik Amzar.” Sapa Ida.
Amzar mengangguk. Dia tunggu cik kerani tegur dia tapi cik kerani cuma senyum dan terus berjalan ke tempat duduk dia. Yang buat dia geram, senyuman itu nampak sangat macam dipaksa-paksa.
“Alina.”
“Ya encik?”
“Tupperware you.” Amzar hulurkan Tupperware di tangan kepada Alin. “Ada kek coklat dalam tu. Helena yang buatkan. You remember, Helena from yesterday?”
“Oh, ya ke? Susah-susah je encik.” Cik kerani ambil dan terus simpan dalam laci. Lepas tu cik kerani terus mula buat kerja. Amzar hendak bertanya apa yang tak kena, tapi staf-staf yang lain dah mula memerhati. Jadi dia terus masuk ke bilik dia.
Dalam bilik, baru sahaja dia hendak duduk mata dia terpandangkan not lima puluh ringgit di atas meja. Terus dia intercom setiausahanya dan tanyakan tentang duit itu. Jawapan daripada setiausahanya buat darahnya mendidih. Alin dipanggil mengadap serta merta.
“Apa ni?” Dia tunjuk not lima puluh ringgit di atas meja pada Alin.
“Duit.”
“I belum bodoh lagi tak tahu itu duit. Maksud I, kenapa duit tu ada atas meja I?”
“Ini duit yang encik berikan semalam. Saya pulangkan semula.”
“Tapi kenapa? I suruh you makan semalam, kan?”
Cik kerani mengangguk. “Ya. Dan saya dah makan pun.”
“Habis tu kenapa you pulangkan semula duit ni? Bukankah I dah kata I nak belanja you makan?”
Cik kerani tarik nafas dalam. “Encik nak suruh saya jujur atau bagi alasan yang boleh buat hati encik senang?”
“What?”
“Honestly, I feel offended when you gave me the money.” Beritahu cik kerani dingin.
“Alina, I tak bermaksud apa-apa ok. Niat I memang nak belanja you makan.”
“Dan saya terima niat encik tu. Cuma dalam kamus saya, bila kita sebut nak belanja orang makan, orang itu perlu ada bersama. Kalau tak ada, itu bukan belanja makan namanya. Dah macam bagi charity pula rasanya.” Cik kerani jawab selamba sambil ketawa. Tapi ketawa itu bunyinya sumbang sangat di telinga Amzar.
“Alina, I’m…” Tak sempat dia nak minta maaf, cik kerani dah potong cakap dia.
“Encik, kalau tak ada apa-apa lagi saya nak keluar dulu. Nak siapkan kerja. Nanti ada pula yang asyik nak bambu saya. Saya keluar dulu, ya?” Dan cik kerani terus keluar tanpa mahu mendengar penjelasan dia. Waktu itu baru dia teringat janji dia pda Alin mahu bercakap dengan Tina Jeling. Amzar mengeluh panjang. Patutlah cik kerani dia dingin semacam! Nampak gaya dia kena tebus semula silap dia.
Sebelah tengah hari, tiba waktu makan tengah hari dia keluar cari cik kerani. Cik kerani sedang berbual di telefon bimbitnya bila dia menghampiri. Bila nampak sahaja dia, cik kerani hanya senyum. Bila cik kerani habis berbual, terus dia ajak cik kerani keluar makan bersama.
“Sorrylah encik. Tapi saya dah janji dengan orang lain.”
“Siapa? You tak boleh re-schedule ke hari lain?”
Belum sempat cik kerani hendak jawab, dia terdengar nama cik kerani dilaung seseorang.
“Cepatlah sayang, orang dah tunggu tu. Naik sejuk dah nasi! Eh, encik pun ada?”
Terkesima dibuatnya Amzar bila mendengar Boy, budak dispatchnya panggil Alin sayang. Sayang? Sejak bila pula mereka ni bercinta? Dan cik kerani pun satu. Dah tak ada orang lain lagi ke yang nak dijadikan teman. Budak dispatch muda belia itu pun jadi juga? Dia ingat panggilan Boy sahaja yang buat dia tercengang. Jawapan balas cik kerani lagi mengejutkan.
“Coming dear…Sayang nak kemas barang sekejap.”
Dear? Sayang? Damn, kenapa dia rasa macam nak bagi orang makan buku lima sahaja saat ini?
“Encik, sorry ya. Saya ada lunch date. Pergi dulu…” Alin sengih gembira sebelum meninggalkan dia yang dah merah padam muka menahan rasa. Dan sejak tengah hari itu, mood dia terus merundum hingga ke malam.
Hari kedua.
Dia masuk ke pejabat sebelah pagi seperti biasa. Entah kenapa, muka pertama yang dia cari sebaik sahaja kaki masuk ke bahagiannya ialah muka cik kerani. Hari kedua, mungkin mood cik kerani dah bertambah baik. Dia sendiri tak sedar sejak keluar dari lif, dia dah mula menahan nafas sebab sebaik sahaja nampak muka cik kerani ketawa riang  dia menghela nafas lega. Tapi sebaik sahaja pandangan mereka bertembung, ketawa cik kerani mula kendur. Arghh…let her be. Datang bulan agaknya! Dia buat andaian sendiri.
Sebelah tengah harinya, dia mencuba nasib sekali lagi. Tapi belum sempat dia buka mulut, sekali lagi Boy the Dispatch muncul di antara mereka. Seperti semalam, masing-masing bukan main mesra dengan panggilan sayang-dear mereka. Waktu itu dia rasa macam hendak tukarkan sahaja Boy the Dispatch ke cawangan lain. Meluat betul dia tengok budak muda itu asyik bersayang-sayang dengan cik kerani. Yang cik kerani pun bukan main galak melayan. Dan sekali lagi, harinya berakhir dengan moodnya jatuh merundum.
Hari ini. Hari ketiga.
Dia sampai agak awal pagi ini. Sewaktu pintu lif yang dinaiki berhenti di aras 10 Bahagian Sumber Manusia, dia nampak cik kerani berdiri tercegat di depan pintu. Dia nampak dengan jelas, cik kerani hendak melangkah masuk tapi sebaik sahaja nampak muka dia, terus cik kerani patah balik masuk ke pejabat Sumber Manusia. Mulanya dia ingat cik kerani ada tertinggal barang, jadi dia hanya buat tak endah.
Tapi tadi, sekali lagi cik kerani buat aksi yang sama. Kali ini di dalam bilik pantry. Dia ke bilik pantry hendak ambil air mineral. Sewaktu dia ke sana, kebetulan Kak Ida ada di dalam sedang membancuh air. Dia sedang bertanyakan sesuatu pada Kak Ida bila nama Kak Ida diseru dengan manja oleh seseorang.
“Kak Ida, Alin nak…” Tapi ayat cik kerani terhenti di situ sebaik sahaja ternampak dia. “Err…tak apalah.” Dia terus tak jadi melangkah masuk ke bilik pantry.
O-key. I don’t like this. I really don’t like this. Keluar dari bilik pantry dia mencuri pandang ke arah cik kerani yang elok berbual dengan Anne. Bukan main rancak mulut dia bercakap. Seolah sedar diri dia sedang diperhatikan, cik kerani menoleh. Nampak sahaja muka dia, terus cik kerani diam. Tapi dia masih sudi tersenyum pada Amzar walaupun senyuman itu tak sampai ke mata.
That’s it! Something is definitely off with cik kerani. Dia dah tak boleh tahan. Hari ini, hendak tak hendak cik kerani kena juga bercakap dengan dia. Rasa geram bercampur dengan rasa…risau? Ya, risau. Dia risau tengok cik kerani tak berkicau macam biasa. Geram sebab cik kerani tak berkicau hanya dengan dia. Macam di Terengganu dulu. What the hell did I do? Takkan sebab tak dapat temankan dia makan, nak buat perangai sampai macam ini? Bukankah dia dah janji nak tebus semula. Tapi cik kerani juga yang asyik menolak. Yang asyik ada hal.
Amzar tegak memandang Alin yang berada di meja. Apabila melihat cik kerani bangun dengan membawa sebiji mug, dia segera keluar dari biliknya. Langkah diatur mengekor Alin yang menuju ke pantry.
“Are you avoiding me?”
“Oh mak kau!” Alin melatah. Tangan mengusap dada yang berdebar dek sebab terkejut. Alin pandang Amzar yang berpeluk tubuh di muka pintu pantry. Oh my, kenapa si sexy macam terlebih kacak hari ni? Haip, Alina! Remember Newman’s Own! Cepat-cepat dia alih pandangan.
“Encik ni kenapa? Tak tahu nak beri salam?”
“Are you avoiding me?” Amzar ulang soalan.
“No!” O-key, terlalu defensive bunyinya itu Alin. Tone down sikit nada itu.
“Really?” Amzar dah naik sebelah kening.
“Kenapa pula saya nak elakkan diri dari encik?” Soal Alin selamba.  Tangan sibuk membancuh Nescafe di dalam mug.
“Entah, mungkin merajuk sebab lunch date kelmarin?” Tebak Amzar dengan senyuman nipis.
Dush! Kena tepat ke ulu hati. Alin ketawa, cuba menyembunyikan rasa gugup. “Tak ada makna saya nak merajuk sebab hal kecil macam itulah, encik.”
Bull’s eye! Memang betul anggapan dia, cik kerani buat perangai sebab lunch date tak jadi mereka tempoh hari. Bunyi ketawa cik kerani yang kedengaran sedikit sumbang itu sudah cukup menjadi bukti.
“Betul you tak merajuk?”
Alin menggeleng laju.  Kepala menunduk pandang mug berisi Nescafe yang sudah siap dibancuh. Nak pandang Amzar, dia tak berani. Takut Amzar nampak apa yang dia sedang cuba sembunyikan. Malu ooo…  Cukuplah Tan Sri P.Ramlee sahaja yang buat cerita Antara Dua Darjat. Dia tak nak lah jadi penyumbang kisah Antara Dua Darjat 2.0 pula.
“Then look at me…” Kata orang mata tak menipu, kan? “Look at me in the eyes, and tell me you’re not sulking…” Hah, terus terang permintaan dia.
“Err…” Alin dah mengelabah. Apa nak buat ni? Dia dahlah tak reti nak menipu sebenarnya. Ini nak suruh tengok mata semua bagai, memang kantoilah!  Eh, cik jantung dan cik hati  tolonglah, apa nak buat ni?
Amzar makin mendekati. “Look at me, Alina.”
Alin pusing badan namun kepala masih menunduk. Mug Nescafe sudah di bawah ke dada sebagai pelindung.
“Look at me…” Kali ini suara itu kedengaran dekat sangat dengan dia. Tangan Alin menggenggam kuat mug, cuba menahan rasa.
“Kenapa tak pandang? Takut?” Amzar mendengus perlahan sambil tersenyum sinis. Berani lagi nak cakap tak merajuk?
Alin tersentak.  Terus kepala terangkat memandang Amzar. Senyuman sinis itu dan soalan yang keluar dari mulut Amzar membuatkan cik jantung tiba-tiba berdegup lebih pantas. Oh, jangan salah faham. Cik jantung bukan suka. Tapi marah. Geram. Menyampah pun ya melihat muka Amzar saat ini. Dia, Alina Suffiya, takut? Sorry to disappoint you, Zariel Amzar. You want me to be honest, huh?
Mata memandang tepat ke dalam anak mata Amzar. Dengan nada suara lembut namun masih tegas, Alin bertanya, “Encik tu siapa sampai saya nak merajuk segala, hmm?”
Amzar terpegun seketika. Tak sangka itu yang keluar dari mulut cik kerani. Cik kerani direnung tajam. Buat pertama kalinya, cik kerani tak mengalihkan pandangan. Malah dengan berani merenung dia kembali.
Hurmm…Jadi betullah dia tak merajuk? Hati Amzar bertanya sendiri.
Otak yang rasional cakap, drop the subject Amz. She’s right. Kau siapa dengan dia sampai dia nak merajuk segala? Masalahnya sekarang, hati dia sejak kebelakangan ini tak nak dengar cakap otak kalau ada hal yang melibatkan perempuan bernama Alina Suffiya ini. Macam sekarang, hati dia ingin terus mendesak cik kerani sebab hati dia yakin sangat yang cik kerani memang sengaja menjauhkan diri dari dia. There’s only one way to find out, Amz.
“Keluar lunch dengan I hari ni.” Nada dia bukan lagi nada mempelawa tapi lebih kepada mencabar. Prove to me that I am wrong, lady.
Alin gigit bibir. Sah degil betul manusia di hadapan dia ini. Kita fikir dulu cik jantung dan cik hati. Rasanya dia ini tak akan berhenti mendesak selagi kita tak kata setuju. Kalau dia terus menerus mendesak, macam mana kita nak laksanakan misi lupakan sos salad mahal ni? Macam mana kita nak jauhkan dia dari cik hati? Jadi, solusinya satu. Iaitu…
“Ok. Let’s have lunch together.” Harap-harap misi kali ini berjaya, ok cik hati dan cik jantung? Tolonglah beri kerjasama atau kita sama-sama sakit nanti.

Tuesday, March 26, 2013

Bab 12: Dia...Random Guy


Take care of your leg.
Jangan gerak banyak sangat.
Tell my future MIL, the karipap are definitely the best in town. ;)
How’s the leg today?
Ambil mc lagi kalau kaki masih tak elok
You’re working today, right? Take care. Jangan nak berangan lagi masa berjalan!
Alin sengih seorang diri di mejanya. Setiap hari sejak kejadian kaki dia cedera itu, si sexy tak pernah lupa hantar SMS pada dia. Dia pula setiap hari tak jemu-jemu baca SMS itu. Terasa diri di awang-awangan saja. Siapa sangka, si sexy yang dulunya kerek dan selalu moody tak tentu pasal rupanya seorang yang sangat mengambil berat. Cik hati dan cik jantung dia sejak kebelakangan ini bukan main lagi perangainya. Bak kata orang Terengganu, suka sokmo!
Terengganu? Kenangan indah itu kembali menerjah fikiran. Makin lebar senyuman di bibir. Oh, stop it Alin! Angau overdose kau ni. Tapi... bila dah dilayan baik macam ini, siapa yang tak angau? Tak pernah seumur hidup orang lain selain daripada mak, Ijoy dan Wawa ambil berat tentang dia sebegini rupa. Ok, satu masa dulu adalah. Tapi itu kesilapan besar dalam hidup dia jadi tak boleh diambil kira. Tapi yang ini...Oh Tuhan, am I falling for this guy? This sexy and kind guy? Orang gila saja agaknya yang tak jatuh hati.
“Syarikat bayar you untuk senyum dan berangan ke?” Terbantut angan-angan Alin bila disergah seseorang.
“Err...Cik Tina Jeling!” Automatik dia berdiri.
Mata Tina Jeling dah mencerun pandang dia. “What did you call me?”
Alin gigit lidah. Rasa nak tampar-tampar sahaja mulut dia yang suka menderhaka ini.
Tina Jeling mendengus geram. Dua buah fail keras di hempas ke atas meja Alin. “Taip report ini. I nak ada atas meja I pukul dua tepat nanti. Faham?!”
Alin mengangguk. Haishhh...suara tu kalau tak memetir tak boleh agaknya. Hilang seorang yang suka menjerit-jerit pada aku, muncul pula seorang lagi. Ini tak tipu. Kerja di sini memang beri risiko besar untuk dia mengalami masalah pendengaran.
“Tunggu apa lagi? Do it now!” Tina Jeling jerit lagi.
“Yes, Cik Tina.” Alin pantas duduk. Mata memandang jam di skrin computer. Hah?! Biar betul?
“Cik Tina!” Alin panggil si jeling sebelum sempat perempuan itu masuk ke dalam pejabat dia.
Tina Jeling pusing dan pandang dia tajam.
“Err...sekarang dah nak pukul dua belas. Saya takut tak sempat...”
Tina Jeling senyum sinis. “Well, everybody said you pekerja yang cemerlang. Takkan a simple report macam itu pun tak boleh buat?”
Ewah...mencabar aku nampaknya si jeling ni. Cik hati dan cik jantung dah mula sarung boxing glove. Fine! Jom kita buktikan yang kita boleh. Ganbatte, Alin! Tumpuan diberikan seratus peratus pada tugasan yang diberikan.
Masa terus berlalu. Kemunculan Kak Ida di sisi dia mengejutkan dia yang leka membuat kerja.
“Lunch?” Ajak Kak Ida. Nyonya Anne sudah sedia menunggu di pintu.
“Laaa....dah pukul satu ke?” Alin pandang jam di komputer. Dia mengeluh lemah.
“Tak bolehlah kak. Kalau saya keluar lunch, tak siap laporan yang si jeling tu nak kejap lagi.” Hati macam nak menanggis mengenangkan laporan yang masih banyak lagi belum dibuat. Tapi perut memang lapar betul.
“Banyak lagi ke?” Soal Kak Ida. Alin mengangguk.
“Kalau macam itu, akak bungkuskan sajalah untuk Alin. Ya?”
Alin senyum senang hati. “ Ok kak! Terima kasih. Sayang akak banyak-banyak. Alin nak...”
Kak Ida dah angkat tangan. “Nasi goreng kampung, kan?”
“Wah, hebatlah akak ni!”
“Tak ada yang hebatnya. Kalau dah hari-hari itu yang kau makan, macam mana akak tak tahu? Dah. Siapkan kerja tu cepat. Nanti akak bungkuskan nasi. Tak tahulah mana silapnya kau ni. Asyik kena buli sahaja dengan si jeling tu.” Omel Kak Ida sebelum menapak tinggalkan dia.
Alin menjungkit bahu. Entah. Dia pun tak tahu mana silapnya dia. Takkanlah si jeling tu marah lagi pasal hal dia kena angkut ke Terengganu dengan si sexy? Tak masuk akal betul! Teringatkan si sexy, Alin panjangkan leher memandang ke arah bilik Amzar. Tertutup. Dia tak datang ke hari ni? Rindu pula rasanya. Eh! Stop...stop! Kurangkan angau, tingkatkan kerja. Nanti tak pasal-pasal kena bambu pula dengan si jeling itu.
Jari laju menaip. Office dah sunyi sepi. Yang tinggal hanya dia dan ikan emas tiga ekor yang berenang-renang di dalam akuarium berhampiran. Sedang asyik menaip, tiba-tiba dia rasa bulu romanya meremang. Choi! Siang hari macam ini pun, nak mengacau ke? Mulut Alin kumat-kamit baca segala jenis doa yang dia ingat. Tak lama kemudian, dia rasa panas semacam. Hah, sudah! Betul ke kena kacau ni? Kemudian terasa ada nafas hangat menyapa pipi kanannya. Oh Tuhan, apa pula ni?
“What are you doing?” Satu suara garau kedengaran dekat di telinganya.
Pantas Alin menoleh. Cik jantung macam hendak melompat keluar bila pandangan jatuh pada sebentuk bibir yang sedang tersenyum padanya. Nafas rasa macam susah hendak ditarik bila melihatkan jarak antara dia dan si dia yang menegur. Dekat...sangat dekat. Dan tiba-tiba...
“Allahuakhbar...Allahuakhbar...” Alunan azan yang diset secara automatic di computer mengejutkan Alin.
“Arghhh!!!” Dia menjerit kuat. Tubuh si sexy yang hampir dengannya ditolak kuat. Gagal mengawal pergerakkan, Alin sendiri jatuh terduduk dari kerusi. 
“Auwww...” Dia mengaduh sakit. Sengal punggung dibuatnya. Mata menjeling tajam si sexy yang sedang ketawa senang hati. Hah, tadi rindu sangatkan? Padan muka! Perlahan dia bangun. Tangan hendak sangat menggosok punggung yang pedih tapi tak sesuai pula sebab si sexy ada di hadapan. Tahan sajalah.
“Tiga...” Ujar si sexy tiba-tiba.
Dahi Alin berkerut. “Apa yang tiga?”
“Ini kali ketiga you jatuh depan I.”
Alin mencebik. Ciskek, siap kira! “Kalau encik tak buat saya terkejut, tak ada mana saya nak terjatuh!”
Amzar tergelak kecil. “Hey, yang ini I mengaku memang salah I. But the other two? Apa yang I dah buat?” Amzar angkat kening.
Wajah Alin dah kepanasan. Yang itu pun salah awak. Siapa suruh tayang body tu depan saya? Siapa suruh nak kacak bergaya sangat depan saya? Siapa suruh buat cik hati dan cik jantung ini over excited?
 “I wonder when you will fall again.” Amzar bersuara sambil tersenyum.
Oh dear! Keep on smiling like that and I will fall over and over again, encik.
“By the way, you buat lagi dalam office waktu macam ini? Kenapa tak keluar lunch?” Soal Amzar.
Alin buat muka kasihan. “Tak sempat. Saya nak kena siapkan laporan ini untuk Cik Tina Jeling.” Alin tunjukkan fail di atas meja pada Amzar.
“Cik Tina who?!”
Alin sengih tayang gigi. “Dah dia suka sangat menjeling saya. Saya panggillah dia Tina Jeling.”
Amzar menggeleng. Cik kerani dia ini memang handal bab bagi nick name pada orang. Teringat gelaran si sexy yang terkeluar dari mulut cik kerani tak lama dulu. Ok, Amz. Let’s not go there.
“I tak suka macam ini. Syarikat dah tetapkan bila waktu bekerja dan bila waktu berehat. Sekarang waktu makan tengah hari. I expect all my staff to obey the rules.” Awak tu dah lah kurus sahaja. Cubalah jangan nak skip makan sangat. Bisik hati Amzar.
“Habis nak buat macam mana. Dah orang atas beri arahan suruh siapkan kerja, kenalah saya siapkan. I am obeying your rules, ok.”
Amzar belek fail di atas meja Alin. Bekerut-kerut dahi dia melihat isi kandungan fail. “Tina suruh you taip report ini?”
            Alin mengangguk.
“But this isn’t due until next week. Dan tak penting mana pun. She can do it herself.” Beritahu Amzar. Dia pandang wajah Alin. Kemudian dia mengeluh. Tak ada lain, ini kes membuli pekerjalah ini.
Fail yang terbuka ditutup. Komputer Alin diset ke standby mode.
“Let’s go.” Ajak Amzar.
“Nak pergi mana?” Alin dah terpinga-pinga.
“Lunch.”
“Tapi encik...”
“Alina Suffiya...” Dia buat dah panggil nama penuh. Habis kerja aku ni siapa nak buat?
“My work?” Alin pandang fail di atas meja.
“I’ll talk to Tina. Dah, jom cepat. Clock’s ticking.” Amzar terus berjalan menuju ke pintu.
Alin mengeluh kuat. Makin bertambahlah kebencian si jeling nanti. Tapi dalam masa yang sama cik jantung dan cik hati dah keluarkan pom pom bersorak gembira. SMS dikirim pada Kak Ida. Tak perlu nak belikan dia nasi goreng kampung lagi. Hari ini dia lunch with Mr. Sexy Goatee. Hoyeah!

Dah, simpan pom pom itu. Tak perlu nak gembira sangat. Makan di kafetaria Prima Group sahaja pun. Marah Alin pada cik hati dan cik jantung. Ingatkan si sexy nak bawa dia pergi makan di restoren besar. Rupanya di kafetaria di bawah ini sahaja? Ceh, buang karan!
Alin pandang sekeliling. Macam biasa, memang tak ramai mana orang yang makan di sini. Yang ada pun pegawai-pegawai pangkat tinggi. Setakat kerani macam dia, memang tidaklah. Mahal bukan main, siapa yang nak? Tengok harga set makan tengah harinya cukuplah. Kalau makan di gerai Kak Ani di seberang jambatan, boleh bayar untuk dua orang punya makan.
“You nak makan apa?” Tanya Amzar yang beratur di hadapan dia. Mata ralit membaca menu di display board.
“Err...” Mahallah encik. Over budget saya ni.
“My treat...” Beritahu Amzar. Macam boleh baca pula apa yang dia risaukan.
“Nak set C!” Cepat Alin jawab. Rezeki jangan ditolak bak kata orang. Tekak dah terasa-rasa ayam masak merah, nasi beriyani dan air tembikai.
Sementara menunggu giliran mereka tiba, Alin ambil peluang meneliti Amzar di hadapannya. Hari ini si sexy mengenakan kemeja lengan panjang warna biru lembut. Macam biasa, kalau dah tengah hari, lengannya sudah dilipat ke atas. Tali leher bercorak jalur warna kelabu biru juga sudah dilonggarkan. Tanpa sedar Alin mengeluh perlahan. Why am I drawn to him?
“Zariel Amzar Yusof.” Tiba-tiba ada suara wanita yang serak-serak basah memanggil nama si sexy.
Serentak Alin dan Amzar menoleh. Rahang Alin rasa macam hendak jatuh ke bawah. Wajahnya penuh dengan rasa kagum. O-key. Ini ratu cantik sesat dari mana ni? Tinggi lampai, muka jangan cakaplah. Memang jenis yang boleh buat lelaki toleh dan renung tak henti-henti. Dengan rambut ikal hitam dibiarkan lepas. Wajahnya hanya dioleh make-up nipis. Kalau Amzar Mr Sexy, ini boleh sangat dipanggil Miss Sexy. Walaupun pakaiannya tak pendek macam orang tak cukup kain, tapi penampilannya memang memberi definasi baru kepada perkataan seksi itu. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, wanita ini memang ada kelasnya yang tersendiri. Tiba-tiba dia rasa rendah diri pula dengan baju kurung kain cotton dan selendang lilit dia ini.
“Helena?” Amzar sudah berjalan mendapatkan wanita itu.
Si sexy kenal wanita itu? Soalan jenis apalah kau tanya ni, Alin. Dah sebut nama bagai, takkan tak kenal?
“Hai, Amz.”
Amboi suara. Lembut dan husky. Dia terpaksa akui itu. Kalau lelaki dengar, memang confirm cair.
“When did you get back?” Tanya Amzar.
Si cantik itu hanya ketawa. “Mama you tak beritahu ke?”
Aduhai...ketawa pun bukan main sopan lagi. Dan dia sebut ‘mama you’. Mama si sexy ke? Dah kenal rapat ke mereka ini? Cik jantung dan cik hati, sila bawa bertenang!
“Mama? Dia tahu you nak balik?”
“Dear, malam ini dia siap invite I dinner at your house. Of courselah dia dah tahu.”
Dear? Wah...siap ada panggilan manja. Hati rasa pedih tiba-tiba. Oh, cik hati. Sabar dulu. Jangan cepat sangat nak jump to conclusion.
“I datang ni nak ajak you lunch. Jom? Banyak benda nak cerita dengan you.”
“Sure. Why not.”
Hah, sure, why not!? Hello, saya di sini nak buat apa? Jadi patung cendana? Cik hati dah mula sebak. Chill, cik hati. Jangan nak bikin malu kompeni.
“Oh, wait!” Langkah Amzar terhenti.
Cik hati mula nak senyum semula. Dia tak lupa kita lagi.
“Alina, sorry. I dapat tak makan sekali dengan you. Take this. Eat! Dah makan, baru mula kerja. Faham?” Si sexy hulurkan not lima puluh ringgit kepada dia. Alin pandang si sexy yang dah berada di sisi wanita bernama Helena itu. Helena senyum dan tunduk ke arah dia. Senyuman yang nampak ikhlas. Baiklah pula perempuan ini. Jadi dia tak boleh nak benci. Senyuma Helena dibalas terpaksa.
“Makan!” Pesan Amzar sebelum berlalu pergi dengan Helena.
Alin pandang duit di tangan. Kemudian dia pandang kelibat Amzar dan Helena yang sudah menghilang di balik tembok. Tangan yang menggenggam duit di bawa ke hati. Pedih dan sebak bercampur baur. Kenapa ya, dia rasa terhina dengan duit yang Amzar berikan?
  
Habis waktu pejabat, Alin tak terus pulang ke rumah. Hari ini Wawa ajak temankan dia beli barang dapur. Hati berat hendak pergi. Tak ada mood! Sejak tengah hari, memang semangat dia jatuh. Tentang Amzar satu hal. Yang si Tina Jeling pun mengusutkan lagi jiwa. Memang berbakul-bakul dia kena seranah dengan perempuan itu. Dia malas hendak menjawab sebab tahu memang salah sendiri. Yang si sexy pun satu, konon kata ‘I’ll talk to Tina’ tapi sampai ke sudah, tak nampak langsung batang hidung dia di pejabat. Ya, lah orang tengah mengulit perempuan cantik. Manalah nak ingat dia yang entah siapa-siapa ini, kan?
“Kita pergi Giant, ok?” Ujar Wawa sambil memandu.
“Dah kahwin pun nak beli barang dapur dengan kawan lagi. Encik suami mana?” Soal Alin tanpa perasaan.
Wawa gelak. “Ada je di rumah tu. Alah, Alin. Kau tahu sajalah Jaz tu. Kalau ajak dia beli barang-barang macam ini, manjang nak cepat saja. Tak sempatlah aku nak belek-belek, compare harga semua. Geram aku dibuatnya!”
Alin mendengus. “Lain kali ketuk saja kepala dia kalau dia buat perangai macam itu.”
“Amboi, yang kau nak suruh ketuk tu suami aku tau. Syurga aku.”
“Dah tu yang mengada sangat buat apa? Kau beli barang-barang ni pun bukan untuk orang lain. Nak bagi perut dia juga yang kenyang kan? Tak tahu nak compromise?” Tempelak Alin, geram.
Wawa terkedu. “Err... Alin. Kau ok ke?” Tanya Wawa takut-takut. Bukan dia tak perasan, sejak dia ambil Alin di tempat kerja tadi mood kawan baik dia ini tak ceria macam selalu. Muka jangan cakaplah. Masam mencuka. Bila bercakap pula, suara mendatar semacam saja.
Alin tarik nafas panjang. Tolonglah cik jantung dan cik hati. Bawa bertenang , boleh? Yang nak emo tak tentu pasal ini kenapa? Ini Wawa tau, kawan baik kita. Jangan nak lepaskan geram pada dia pula.
“Sorry, Wawa. Penat sikit hari ni.” Memang betullah dia penat. Fizikal dan emosi.
“Kalau macam itu, kita baliklah. Malam nanti aku ajak Jaz temankan beli.”
Alin tarik tangan Wawa. “Isyhh...dah sampai dah ni. Tak payah nak buat ayat drama melayu sangat. Jom, cepat pergi beli. Cepat beli, cepat balik, cepat aku dapat rehat.”
Beriringan mereka masuk ke dalam pasar raya. Dari satu lorong ke satu lorong mereka menyorong troli. Wawa asyik bercerita tentang perkembangan hidup dia. Alin hanya mendengar dan sekali sekal mengangguk. Tapi sungguhlah, satu apa pun tak masuk kepala. Semangat dia memang dah melayang-layang pergi sejak peristiwa tengah hari tadi.
“Ooo...salad dressing. Jom, teringin pula nak makan salad malam ni. Kau tahu, Alin. Sejak mengandung ni, anak angkat kau di dalam perut ni asyik nak makan western food saja. Mujurlah mummy dan ayah dia ni berduit. Kalau tidak, keluar nanti meleleh air liur dia.” Wawa tolak troli ke hadapan.
Alin berdiri di hadapan rak yang menempatkan pelbagai jenis salad dressing. Wawa di sebelah sibuk mengomel tak tahu yang mana satu mahu dibeli. Mata Alin menghala ke arah sebaris salad dressing yang berlabelkan wajah seorang lelaki. Newman’s Own. Dia pernah dengar tentang jenama ini. Ramai yang kata sedap. Selama ini, kalau teringin dia capai Thousand Island jenama Knorr sahaja. Tiba-tiba tekak teringin pula nak cuba yang ini. Tangan mencapai sebuah botol. Nampak sedap saja. Kemudian mata memandang harga yang terpampang di rak. Bulat mata dia melihat harga bagi sebuah botol yang kecil sahaja saiznya itu.
“Oh my, besar ini nak cecah dua puluh ringgit?” Dia mengomel sendiri. Manalah dia mampu nak beli! Bukan tak ada duit, tapi budget yang dia buat setiap bulan memang dah cukup-cukup untuk tampung kehidupan mereka. Tak ada kurang dan tak ada lebih. Tiba-tiba wajah si sexy muncul dalam kepala dan cik hati mula rasa sayu. Saat itu semuanya jadi jelas. Dia terasa macam baru tersedar daripada sebuah mimpi indah.
“Who am I kidding?” Alin tergelak sendiri. Tawar tanpa rasa.
“Huh?” Wawa di sebelah pandang dia.
Aku tak mampu nak beli ni. Walaupun ramai yang kata sedap. Tapi aku mana mampu, Wawa. Mahal. Tak setara dengan gaji yang aku dapat setiap bulan.” Alin tunjuk botol di tangan.
“Eh...kalau dah suka tu, ambil je lah. Sekali sekala apa salahnya langgar sikit budget kau tu!”
Alin genggam botol di tangan. Kuat. “Memang aku suka. Tapi tak semua yang kita suka tu, kita boleh dapatkan? Kita kena tengok juga kemampuan kita. Kesesuaian kita. Lagipun, kalau kita seorang yang saja yang suka, yang satu lagi tak suka, tak boleh jalan juga. Kan? Dan katakan kalau aku ambil sos ni. Aku suka. Suka sangat. Dan aku nak sos yang sama untuk seumur hidup aku. Macam mana? It’s too expensive. Aku tak mampu nak beli setiap bulan.”
“Err...Alin. Baru dua puluh ringgit. Taklah mahal mana.” Wawa tunjuk pada harga yang tertera.
Alin menggeleng. “Pada kau mungkin tak mahal sebab memang kau mampu, Waa. Tapi aku? Setiap bulan kena berkira-kira hendak belanja. Bukan boleh sebarangan. Dua puluh ringgit, aku boleh beli sos yang lebih murah. Mungkin rasa tak sama dengan yang ini, tapi kalau itu saja yang aku mampu, berpuas hati sajalah, kan?” Sungguh dia teringin. Tapi dia tak mampu.
“Err...” Wawa dah kehilangan kata. Apa kena dengan kawan aku ni?
Alin merenung botol Newman’s Own di tangan. “I want you, but I can’t afford you. Not now anyway but could I ever?” Alin bersuara perlahan.
Macam Amzar, bisik hati Alin. Boleh tenung, hyperventilate, berangan, drooling...itu sahaja yang dia boleh buat. Tapi lebih daripada itu?
“Babe, it’s just a salad dressing.” Ujar Wawa. Risau pula tengok kawan dia yang terlebih emosional.
Alin hela nafas panjang. Kepala mengangguk menyokong kata Wawa.  Botol Newman’s Own diletakkan kembali di rak. Kemudian tangan mencapai Sos Thousand Island jenama Knorr lalu dimasukkan ke dalam troli. Yang ini dia mampu.
“It’s just a salad dressing, Alin.” Dia pujuk hati sendiri.
  Dia pula hanya seorang lelaki. Yang kacak, kaya, sexy dan baik hati. Alin mengeleng laju-laju. Stop it! Even if he is within your reach but Alin, you are way out of his league. Alin buat mental note pada diri sendiri. Ok salad sos, shall train my mind and heart not to want you ....start by deleting all SMSes!


Malamnya, di atas katil, dengan cik hati dan cik jantung yang diam tanpa aksi, Alin belek SMS di dalam telefon. Newman’s Own dan Knorr.
“Belajarlah untuk sedar diri, Alina Suffiya.” Dia mengeluh sendiri. Satu persatu SMS dari si sexy di delete. Masa untuk bermimpi dah tamat. Nombor telefon si sexy direnung. Butang edit ditekan.
Y... di padam. It’s been fun, kan cik hati?
X... di padam. Hidup kita ceria seketika, kan cik jantung?
E... di padam. Esok kita behave, ok?
S... di padam. Bye-bye Sexy. Oh pedihnya hati!
Kemudian jari laju menaip nama penuh si sexy. Zariel Amzar. Cik hati mula nyanyi lagu sedih. Kita dah tak ada hak nak panggil dia sexy lagi, cik hati. It’s time to get back to reality. Cik jantung pun dah ikut sekali. Hush...hush...cik jantung. Jangan nak berteriak sangat. It’s not the end of the world...