Pengumuman penting: Ok. Berita ni tak taulah nak kata baik ke tidak. Dia...Random Guy telah mendapat perhatian satu publisher. Dan Insya-Allah, DRG akan ke versi cetak (sebaik sahaja saya siapkan manuskrip penuhlah). Alhamdulillah, tak sangka sebenarnya ada pihak yang tertarik dengan DRG. Jadi impian kita nak tengok DRG jadi novel bercetak akan terlaksana, Insya Allah. Tapi.... publisher dah beritahu saya awal-awal, Farah, sila berhenti di bab 18. So demi menghormati permintaan publisher, ini akan jadi bab terakhir di blog. Huhuh...saya tahu you all semua tak suka tapi saya terpaksa. Tapi, saya akan cuba naikkan teaser. Jangan risau, bukan 2 lines teaser yg biasa saya buat tu. Heheh.... But all those panjang2 punya teaser, saya hanya akan letak di dalam Grup Tell a Tale. So, if you want to continue reading it, join the grup. Maafkan saya kalau ada yg tak suka dengan pengumuman ini. Saya tak berani janji bila jadi bukunya. Yang saya boleh cakap, saya akan usaha sedaya upaya. Dan saya harap, anda tak perlu tunggu sampai 5-6 bulan. Heheh... Terima kasih kerana tak jemu2 menyokong DRG. Dulu buat untuk puaskan hati sendiri saja tapi sekarang I'm writing this story for you all ~~
Alina
mengeluh kuat. Dia dah tak tahu nak guna bahasa apa lagi hendak bagi Hairi faham.
Kelmarin selepas Hairi buat pengakuan tentang hubungan dia yang sudah berakhir,
Alina juga dah memberikan jawapannya. Alina tak mahu ada apa-apa kaitan dengan
Hairi lagi. Rasa cinta dia pada lelaki itu sudah mati. Rasanya dah cukup jelas
dan terang dia bercakap. Bahasa Melayu dah guna, bahasa Inggeris pun dah guna.
Tapi nampak gayanya lelaki ini masih juga tak berhenti menganggu hidup dia. Nak
suruh dia bercakap bahasa Mandarin, dia tak tahu. Bahasa Tamil lagilah tak
tahu. Cakap Korea, Jepun atau German? Dia belum masuk mana-mana kelas lagi.
Kaki melangkah mendekati Hairi yang
sudah tersenyum simpul memandang dia. Kehadiran Hairi mencuri perhatian
beberapa orang kakitangan wanita Prima Group. Siapalah yang tak terpaut dengan
lelaki kacak macam Hairi ini. Tapi kalau setakat muka sahaja kacak tapi
dalamannya berceloreng, buat apa.
“Apa lagi ni Hairi?” Tahap kesabaran
dia makin menipis bila melibatkan hal lelaki ini.
“Happy birthday, sayang!” Sejambak
bunga ros merah dihulurkan kepadanya.
Alin terpempan. Tak sangka Hairi
masih lagi mengingati tarikh lahirya.
“Thank you.”
“Dinner with me?” Ajak Hairi sebaik
sahaja Alin menerima pemberian Hairi.
Alin menggeleng laju. “No. Hairi,
look. I rasa dah cukup jelas I cakap dengan you kelmarin. I dah tak nak ada
apa-apa hubungan dengan you. Jadi tolonglah jangan muncul depan I lagi.”
“Tapi sayang, I dah cakap kan. I
dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan. Let’s start over, Alina.” Hairi cuba
memujuk dia.
“No! Hairi, even if she’s dead, I
will still give you the same answer. I tak nak! Tolonglah faham!” Dia dah
sampai tahap nak merayu dah ini.
Tapi Hairi masih lagi terus memujuk
dan merayu. Sungguhlah ada juga yang mati kena hantuk kepala ke dinding sekejap
lagi. Tangan Alin dah ringan nak naik mendapatkan kepala Hairi tetapi tiba-tiba
dia terdengar satu suara ceria memanggil namanya.
“Kak Alin!!!” Tiba-tiba badannya
dipeluk erat.
“Aya?” Alin pandang wajah sepupu sos
salad yang sedang tersenyum lebar memandang dia.
“How are you my future sister in law?”
“Err…Aya buat apa dekat sini?”
Soalan Soraya dijawab dengan soalan. Future sister in law? Huh, you wish!
“Angah Amz tak ada di sini kalau Aya
datang nak cari dia.” Beritahu Alin. Cik jantung dan cik hati mula bertindak
balas sebaik sahaja nama sos salad mula disebut-sebut.
“Aya tahu. Angah Amz ke pejabat Pak
Su, kan? Aya bukan nak cari dia. Aya nak cari Kak Alin. Jom, pergi makan? Tapi
sebelum tu, ini siapa?” Soraya pandang
Hairi di sebelahnya.
Belum sempat Alin hendak menjawab,
Hairi terlebih dahulu bersuara. “I’m Hairi, Alin’s boyfriend.”
Alin rasa macam hendak tercekik. Eh,
kejap. Bukan dia hendak tercekik. Dia rasa hendak mencekik si Hairi sebenarnya.
“Boyfriend, huh?” Soraya dah pandang
Hairi dan Alin silih berganti. Ini ke punca Angah Amz jadi tak tentu arah?
Tanya Soraya dalam hati. Hurmm… I have to do something!
“Uuu…roses!” Soraya capai jambangan
bunga rose dari tangan Alin. Kad yang terselit di celah Bungan rose merah itu
diambil lalu dibaca. Tiba-tiba dia tersenyum gembira. “Kak Alin and boyfriend Kak Alin. You berdua dah ada rancangan?”
Tanya Soraya.
Alin dan Hairi mengeleng. Senyuman
Soraya makin melebar.
Setengah jam kemudian, bukan setakat
Hairi yang hendak dicekik. Cik sepupu sos salad pun hendak dicekik sama!
Pandai-pandai cik sepupu tempah sebuah meja di sebuah kelab di tengah Bandar untuk
sambut harijadi dia. Itu tak apalah juga. Yang buat dia bertambah geram bila
melihat tetamu yang hadir. Entah bilalah cik sepupu ini buat kerja menjemput
dua orang manusia yang duduk bertentangan dengan dia ini.
Muka sos salad yang masam mencuka
dipandang lama.Tadi masa di pintu masuk, sumpah, muka sos salad tak macam ini.
Dia berani kerat jarilah cakap yang sos salad nampak gembira nampak dia tadi. Dia
sendiri rasa hendak melompat suka apabila ternampak sos salad walaupun hati
sedikit pedih bila ternampak kelibat soon to be mrs sexy goatee di belakang
Amzar.
"Encik!"
"Alina!"
"Alina!"
Serentak mereka bersuara. Nampak sangat masing-masing tak sangka akan
bertemu di sini. Muka Amzar yang kelat sewaktu masuk ke dalam kelab tadi
tiba-tiba jadi berseri.
"Angah Amz, you're here! Great. Jom masuk." Soraya terus
tarik tangan Amzar dan Alin masuk ke dalam. Helena di belakang cuma tersenyum.
Hairan juga Alin tengok reaksi Helena yang bersahaja.
Alina curi pandang sos salad.
Berapa hari dah kita tak jumpa?
Amzar curi pandang cik kerani.
It's been three days, lady.
Dia senyum pada sos salad dan sos salad pun balas senyuman dia. Hampir
tiga hari mereka tak bertemu. Bohonglah kalau Alin cakap dia tak rindu walaupun
dia tahu kalau bertemu pun Amzar bukan melayan dia dengan baik. Tapi orang
kata, kalau dah suka tu manalah nak nampak benda buruk lagi.
Tapi seri di wajah Amzar hilang dan
senyuman di bibirnya mati sebaik sahaja mereka sampai di meja. Amzar kembali
menjadi mamat kerek kejung yang menjengkelkan. Sungguh Alin memang tak faham
dengan mood swing lelaki yang seorang ini. Tengok tu, pandang aku macam hendak
membunuh tu kenapa?
Tiba-tiba dia terdengar suara Soraya
dah Hairi menyanyikan lagu Happy Birthday di belakangnya. Soraya dah Hairi
berjalan mendekatinya dengan sebiji kek di tangan Soraya.
Happy birthday to you…
Happy birthday to you…
Happy birthday dear Alina..
Happy birthday to you….
Happy birthday to you…
Happy birthday dear Alina..
Happy birthday to you….
Soraya, Helena dan Hairi bersama menyanyikan lagu Happy Birthday untuk
Alin. Sos
salad?
Berdiri macam patung cendana dengan muka tak puas hati di sisi Helena.
“Yeay…blow the candle, Kak Alin…” Soraya halakan kek dekat ke muka
Alin.
Nafas ditarik lalu ke hembus ke arah tiga batang lilin di atas kek. Dua
terpadam namun ada satu yang masih lagi menyala. Apa hal pula yang payah sangat
ni?
Alin cuba
menghembus tapi api lilin hanya meliuk lintuk. Haish…degil pula yang sebatang
ni. Terkenan perangai sos salad ke apa?
“Here, let me help you Alina.” Tiba-tiba Hairi mendekatkan diri ke
sebelah.
“Err…” Tak sempat Alin hendak melarang, Hairi sudah mendekatkan muka ke
arah kek.
Jarak mereka hanya beberapa inci sahaja. Haruman Drakkar Noir yang
menjadi pewangi kegemaran Hairi menusuk ke hidung Alin. He smells good.
Like always. Haip, cik hati! Behave!
Api lilin terpadam. Hairi menoleh pandang muka dia. Sebuah senyuman
manis terukir di bibirnya. Woah…cair...cair…cair… Haip, cik jantung! Bawa
bertenang, boleh? Tapi macam biasa, cik jantung dan cik hati dia memang payah
hendak mendengar kata. Otak dah suruh pandang ke arah lain, tapi mata tetap nak
renung wajah Hairi. Wajah yang satu masa dulu buat tidur malam dia tak lena.
Makan dia tak kenyang. Mandi mujurlah masih basah lagi.
“Ehem! How long are we going to stand like this? Let’s get this over
with. I banyak kerja lagi.” Tiba-tiba Amzar bersuara keras.
Alin yang tersentak dengan suara keras Amzar segera menjarakkan diri
dari Hairi. Tidak, Alin. Jangan cepat sangat nak lembut hati.
Mata kemudian melirik ke arah sos salad yang dah duduk di sebelah
Helena. Helena dilihat sedang berkata sesuatu pada Amzar yang membuatkan wajah
lelaki itu bertambah tegang. Ini apa hal yang nak masam mencuka saja ni? Tak
ikhlas nak datang ke apa? Banyak sangat kerja, pergilah balik. Bukan dia pun
yang minta harilahir dia disambut. Cik sepupu awak juga yang plan, ok! Hati
Alin mengomel sendiri.
“Ok…time for presents!” Soraya, cik sepupu yang ceria sentiasa cuba
meredakan keadaan yang sedikit hangat.
“Kak Alin, ni untuk akak.” Soraya hulurkan bungkusan hadiahnya kepada
Alin.
Hadiah yang berbalut dengan kertas pembalut berwarna merah hati itu bertukar tangan.
Hadiah yang berbalut dengan kertas pembalut berwarna merah hati itu bertukar tangan.
“Err…nak kena buka ke?” Tanya Alin bila tengok muka Soraya teruja
sangat memandang dia.
“Of course! Cepatlah….” Gesa Soraya.
Walaupun hati berat, tapi Alin turutkan juga permintaan Soraya.
Pembalut dibuka. Melihat label yang tertera di atas kotak, mata Alin sedikit
terbeliak. Erk…Alin pandang wajah Soraya dan renung dia dengan pandangan are-you-serious?
Soraya hanya kenyit mata.
Hailaa…cik sepupu ni. Kenapalah terlebih daring sangat budak ni?
“What is it Alina? Come, share with us.” Helena bertanya.
Cepat Alin menggeleng. Nak cari penyakit tunjuk benda ni pada semua
orang?
“Err…just, something…” Kotak itu dibalut semula.
“Ala…takkan tak boleh share? Knowing Aya, I know she must have bought
something nice.”
Haah…something nicelah sangat! Gumam dia dalam hati.
“Alina?” Hairi pula yang bersuara dengan pandangan yes-share-it-with-us.
“Tak apalah…” Alin letakkan hadiah Soraya ke tepi.
“Laa…memang tak boleh share? Please?” Helena terus mendesak.
“Tak boleh!” Hah, kan dah tinggi suara dia. Tak faham bahasa ke apa?
Namun bila melihat air muka Helena dah berubah rona, Alin rasa bersalah
pula.
“Err…Cik Helena…” Belum sempat dia hendak minta maaf, tiba-tiba sos
salad bangun dan mendekati dia.
“Oh, for the love of…Just show the damn thing, Alina!” Kotak hadiah di
sebelah Alin dicapai.
“No!” Alin cuba hendak halang namun Amzar dah memegang kuat kotak
hadiah itu. Jangan cari pasal encik. Malu saya nanti!
Sesi tarik menarik berlaku. Memburukkan lagi keadaan, Hairi pula masuk
campur. Daripada sesi tarik menarik berdua, kini dah jadi bertiga.
“Hey, she said no. Tolong hormat sikit.”
Amzar pandang Hairi tajam. “It’s none of your concern. Stay out of it.”
“When it comes to Alina, it is my concern!”
“Who the hell do you think you are?” Soal Amzar.
“Who the hell do you think you are?” Hairi soal balik.
“I’m her…”
“Oh Tuhan! Stop it you two!” Alin menjerit geram. Rasa nak tampar dua
manusia di kiri kanan dia ini laju-laju.
“Nak sangat tengok kan?” Kotak hadiah dibuka.
“Nah, tengok puas-puas!” Kotak ditolak ke dada Amzar.
“Happy?” Tanya Alin sarkastik.
Mata Amzar dah membulat pandang isi kotak. Speechless! Apa yang ada
dalam fikiran adik sepupu dia ini sampai sanggup hadiahkan cik kerani dia pajama
satin ini? Amzar pandang Alin dan kotak di tangan silih berganti. Kepala dah
mula hendak berfikrian nakal. Apabila melihat Hairi mula nak tumpang tengok
sama, cepat-cepat dia tutup kotak lalu diserahkan kembali kepada Alin.
“Simpan!” Ujar Amzar tegas.
“And don’t you dare show it to him!” Mata menjeling ke arah Hairi. It’s
for my eyes only, bisik hati Amzar. Kemudian dia kembali mengambil tempat di
sisi Helena.
“Ok, jom potong kek…” Soraya cuba menceriakan kembali keadaan selepas
beberapa minit mereka berdiam diri. Kek dipotong lalu diagih-agihkan. Soraya
cuba mencerikan keadaan dengan keriuhan mulutnya. Namun rasa janggal itu masih
lagi terasa. Tak lama kemudian, Soraya minta diri mahu ke tandas. Dan tempat
mereka terus menjadi sunyi.
Alin hanya tunduk dan bermain-main dengan krim kek di dalam piring. Tak
ada selera langsung hendak menikmati chocolate indulgence itu. Hairi yang cuba
mengajak dia berbual tidak dilayan. Sesekali mata Alin melirik ke arah sos
salad yang seperti dia, hanya menguis-guis krim kek di dalam piring. Marah
lagikah sebab dia meninggikan suara kepada Helena tadi?
“Kak Alin…” Panggil Soraya yang baru kembali ke tempat duduknya.
“Jom…” Tangan Alin ditarik Soraya.
“Nak pergi mana?”
“Karoks…” Soraya sengih lebar.
“Karoake?”
“Ya. Come on!” Ajak Soraya bersungguh-sungguh.
“Tapi suara Kak Alin tak best...” Alin cuba mengelak.
“Duhh...Mana ada orang yang berkaraoke suara sedap? Kalau sedap, baik
jadi penyanyi je kak. Jomlah...let’s do it for fun. Boleh release tension
juga.”
“Mana ada akak tension!” Cepat Alin menafikan kata-kata Soraya.
“Ye lah tu. Dari kita sampai tadi, Aya boleh nampak something is
bothering you. Care to share?”
“No!”
“Jadi betullah akak ada masalah?”
“Errr...” Takkan nak beritahu Soraya cik hati dengan cik jantung dia
tengah libang libu sebab abang sepupu dia?
“Let it all out, Kak Alin.” Soraya pandang dia penuh makna.
“Apa maksud Aya?” Lain macam saja pandangan cik sepupu ini.
Soraya hanya senyum. Tangan Alin ditarik bangun.
Soraya hanya senyum. Tangan Alin ditarik bangun.
“I know just the perfect song for you.”
“Soraya...” Alin cuba hendak membantah tapi kalau dah namanya satu
keturunan dengan si sos salad, memang gen degil itu sangat dominan.
“Where are you going?” Tanya Amzar.
“Aya dengan Kak Alin nak karaoke.”
“What? No!” Amzar cuba tarik tangan cik sepupu supaya duduk kembali
tapi cepat cik sepupu tepis.
“Rilekslah angah. You all just sit back and enjoy the song, ok?” Ujar
Soraya kepada yang lain. Sempat juga dia kenyit mata pada Amzar.
“Aya...akak tak naklah!” Alin dah panas muka bila beberapa mata mula
memberi tumpuan kepada mereka. Isyhh...tak pernah dibuat keturunan menyanyi di
tempat awam macam ini. Lagi pula kena menyanyi depan si sexy, si encik ex dan
si soon-to-be-mrs sexy. Cik jantung dan cik hati pun dah tak keruan dibuatnya.
“Kak Alin! Listen to me. Aya tahu...”
“Tahu apa?”
“What’s in your heart. Angah Amz...” Sekali lagi Soraya tersenyum penuh
makna sambil jungkit kening.
Alin dah menggelabah. Aiyooo kalau Soraya boleh nampak, orang lain
macam mana?
“And I want you to know, I’m rooting for you.”
“Hah?” Cik sepupu ni ada teropong hati ke? Semua benda pun dia tahu?
Haishh...malu pula rasanya.
“Angah Amz tu typical male. Ego je lebih. Buta hati! So let’s push him
a bit, shall we?” Soraya mula tersenyum nakal.
Oh no! I smell trouble. Jangan nak bukan-bukan sangat cik sepupu oii.
Soraya berbisik sesuatu ke telinga tukang jaga peralatan karaoke. Lepas
angguk sana, angguk sini, si pengendali peralatan karaoke berjalan mendekati
mikrofon.
“Ok ladies and gentlemen, we have another couple who’s going to sing
for us tonight. Give it up for Miss Soraya and Miss Alina!”
Bunyi tepukan bergema di segenap pelusuk kelab. Alin dah ditarik Soraya
ke tengah pentas. Nak lari tak boleh. Tangan cik sepupu punyalah kuat
mencengkam tangan dia.
“Ok. This special song is dedicated to a special someone in this lovely
lady's life. Enjoy!”
Sebaik sahaja muzik intro kedengaran, Alin dah rasa macam hendak pitam.
Hailaa cik sepupu kenapa lagu ini juga yang awak pilih.
“Listen to your heart, Kak Alin,” bisik Soraya sebelum dia mula
menyanyi.
You're just too good to be true
I can't take my eyes off you
You'd be like heaven to touch
I wanna hold you so much
At long last love has arrived
And I thank God I'm alive
You're just too good to be true
Can't take my eyes off you…
Alin menyanyi mengikut rentak muzik yang terpasang. Kemudian mata Alin
automatic memandang ke arah meja mereka. Gulp! Rasa macam hendak minta
lantai yang dipijak telan dia hidup-hidup sekarang ini.
Si sos salad masam mencuka....
Si encik ex sedang tersenyum sampai telinga…
Oh Tuhan, make me disappear!!!
Setengah jam
kemudian, Amzar dan Helena memandu pulang bersama. Itu pun selepas dia bertengkar
kecil dengan Alina dan Hairi di hadapan kelab. Hairi bertegas mahu menghantar
cik keraninya pulang ke rumah. Amzar pula entah kenapa, apabila memikirkan cik
kerani akan duduk satu kereta dengan Hairi hati dia jadi sakit. Memburukkan
lagi hal, adik sepupu dia pun macam hendak beri peluang Hairi dan cik kerani
berdua-duanya. Mujurlah itu adik sepupu sendiri. Kalau orang lain dah lama kena
dengan dia.
“Dia datang
dengan aku, biar aku hantar dia balik!” Kata Hairi.
“She’s my staff. Dia bawah tanggungjawab aku. Biar aku yang hantar dia
balik!”
“Tapi rumah Angah dengan rumah Kak Alin kan lain arah. Takkan Angah nak
patah balik dua tiga kali, kot?”
“Then you send her home!”
“Tak boleh. Aya ada janji dengan kawan Aya lepas ni. Biarlah Abang
Hairi yang hantar Kak Alin balik. Rumah mereka pun satu hala. Angah hantar saja
Kak Helen balik. Senangkan? Suka sangat nak rumitkan keadaanlah angah ni!”
Bebel Soraya.
Amzar tahu dia dah kehabiskan modal hendak menghalang Hairi dari
menghantar cik kerani balik. Nak cakap bertekak lebih pun tak ada guna
memandangkan cik kerani sendiri tidak bersuara. Sudahnya dia hanya mampu
memandang cik kerani berlalu pergi dengan Hairi.
“You like her don’t you?” Soalan
Helena menyentak lamunan Amzar.
Soalan Helena dibiarkan tanpa jawapan.
“I take that as a yes.” Helena jawab sendiri sambil ketawa kecil
“Jangan tunggu lama-lama Amz. Dari apa yang I tengok tadi, that guy,
Hairi pun nampak berminat dengan Alin tu.”
“She hates him!” Keras Amzar menjawab. Terlalu keras hingga dia tak
tahu sama ada dia sedang membuat satu kenyataan kepada Helena atau pun sedang
cuba menyakinkan diri sendiri.
“Really? Then tell me. Kenapa I yang berada dalam kereta you sekarang
dan bukannya Alin?” Helena angkat kening sebelah.
Amzar mendengus geram. Helena ketawa.
“Oh, you’ve fallen hard, buddy!”
“Shut up, Helen!” Amzar bersuara dari celah gigi.
“Hey, I’m just being honest. Dan I rasa you sendiri kena buat perkara
yang sama. Jujur dengan diri sendiri. Susah sangat ke?” Sindir Helena.
Amzar jeling Helena, tanda dia tidak suka hendak bercakap tentang
perkara ini.
“Amz…” Panggil Helena.
“I don’t want to hear it, Helena!”
“But…”
Amzar menoleh ke arah Helena dan merenungnya tajam. “Shut up!”
Helena angkat tangan menyerah. Beberapa minit kemudian dia menyeru
kembali nama Amzar.
“Oh Tuhan! What Helen? What? You nak suruh I cakap apa? Ya, I sengaja
tak ke syarikat tiga hari ni sebab nak jauhkan diri dari Alin sebab I sakit
hati tengok dia dengan lelaki itu. Ya, I tak pernah rasa nak belasah orang
macam yang I rasakan tadi masa tengok Alina balik dengan lelaki tu. Ya, jiwa I
tengah kacau sebab Alina. Itu yang you nak dengar?” Bentak Amzar.
Helena tersengih. “Err…sebenarnya I nak minta you berhenti dekat
7-Eleven depan tu. I nak beli barang sikit.” Jawab Helena selamba.
Amzar mendengus geram. Kalau tak
memikirkan Helena ini kawan baik dia sejak kecil, memang dah lama ditinggalkan
di tepi jalan ini. Tak pasal-pasal rahsia hati dia dah terbongkar. Lain kali
belajar untuk menjadi lebih bersabar, Amzar!
Kereta dihentikan di tepi jalan. Sebelum keluar sempat Helena bersuara,
“Jiwa yang kacau tu ada ubatnya, Amz. You kena buang sikit ego tu saja,
sembuhlah kekacauan you tu.”
Amzar
mengeluh kuat. Kepala di sandarkan ke belakang. Cermin kereta diturunkan,
membiarkan udara dari luar masuk ke dalam. Namun itu masih belum dapat
menenangkan hatinya. Pintu kereta dibuka lalu dia melangkah keluar. Dia
bersandar di badan kereta dengan kepala mendongak ke atas. Saat itu
pandangannya tertancap kepada bulan yang mengambang penuh di dada langit.
“She loves to look at the moon,” bisik Amzar perlahan.
Kenangan dia bersama cik kerani menikmati keindahan bulan di pantai
Terengganu beberapa minggu lalu kembali terlayar di fikiran. Perlahan bibirnya
menguntum senyum mengingatkan wajah cik kerani yang asyik merenung bulan.
Senyuman di bibir mengendur tiba-tiba bila teringatkan janjinya yang tidak
ditepati. I promised her I will try not to raise my voice. Tapi nampaknya sudah
berkali-kali dia memungkiri janji. Hatinya bertambah tidak senang.
iPhone dikeluarkan. Nombor telefon cik kerani di cari lalu panggilan
dibuat. Pick up, Alina. Please pick up, pinta Amzar dalam hati. Selepas lima
kali deringan, talian cik kerani bersambung. Amzar tarik nafas lega.
“Hello…” Dingin suara cik kerani menjawab panggilannya di sebelah sana.
“Alina?”
“Ya…”
“Are you home?” Tanya Amzar perlahan. Remember your promise, Amzar.
“Ya. Baru sampai.”
“You di mana sekarang?”
“Di laman rumah. Ada apa encik telefon saya ni?” Tanya Alina. Masih
dalam nada suara yang sama.
Amzar tersenyum nipis. “I’m sorry…”
Di sebelah sana, Alina dah mula lembut hati. “Untuk apa?”
“Untuk semuanya. I’m sorry.”
Di sebelah sana, Alina dah tersenyum.
“Alina…”
“Ya?” Cik jantung dan cik hati dia rasa
berbunga-bunga mendengar Amzar menyebut namanya.
“Look up at the sky…”
Alin pandang ke langit. Bulan penuh yang menghiasi dada langit mengamit
pandangannya.
“Subhanallah… Cantiknya.” Ujar Alin perlahan. Sungguh ciptaan Yang Esa itu
memang terlalu indah untuk digambarkan dengan perkataan.
“Selamat ulanngtahun kelahiran, Alina Suffiya.” Ucap Amzar perlahan.
Alin
tersenyum. Nada suara Amzar yang lembut mengingatkan dia kembali kepada detik
ketika Amzar berjanji tidak akan meninggi suara dengan dia.
“Alina…”
“Hmm?” Alin pejam mata. Dia
rindu nada suara itu. Nada suara yang Amzar gunakan ketika mereka menikmati
keindahan bulan di Terengannu. Ya Allah, Amzar. Don’t use that tone, please! Tembok yang
dibina di sekeliling cik hatinya mulai hendak rntuh.
Di sebelah sini, Amzar berjeda lama. Kemudian nafas ditarik dalam.
Tanya sajalah Amz. To ease your mind.
“Lagu yang you nyanyi tadi…” Here goes nothing!
“Ya? Kenapa?” Cik jantung dah berdegup pantas.
“Was it for him?” Amzar tahan nafas.
Alin terkedu. Mata dibuka perlahan. Jawapan apa yang perlu diberi? Yang
palsu demi untuk menjaga air muka sendiri atau jawapan yang sebenar demi
ketenangan hati dan perasaan dia sendiri?
“Listen to your heart, Kak Alin…” Dia teringat kata-kata Soraya tadi.
Ya, mungkin dah sampai masa dia dengar kata cik hati.
Alin pejam mata, tarik nafas
panjang dan buka kembali mata. Dengan suara yang tenang dia menjawab, “No, it’s
not for him…”
Di sebelah sini, Amzar menghela nafas lega.
“Jadi untuk siapa?” Tanya Amzar. Namun belum sempat dia mendengar jawapan
Alin dia terdengar namanya diseru Helena yang sudah selesai membeli barang
“Is that Cik Helena?” Soal Alin.
“Err…ya.” Teragak-agak Amzar menjawab. Kenapa tiba-tiba dia rasa…bersalah?
“Alina…”
“Good night, encik.” Talian terus dimatikan.
“Alina? Alina? Damn it!” Amzar menjerit geram.
“Amz? What’s wrong?” Tanya Helena yang kelam kabut mendapatkan Amzar.
Amzar pandang Helena. What’s wrong? Hati dia tengah sakit. Good night, encik.
Kenapa dia rasa ucapan cik kerani itu seperti good bye?
Di sebelah
sana, Alin pegang dada. Pedih. Perit. Kenapalah dia tak pernah nak pegang
kata-kata sendiri? Dia dah pasang tekad hendak lupakan perasaan yang baru
bercambah untuk Amzar. Tapi malam ini, hanya kerana lelaki itu kembali menjadi
lelaki yang buat dia jatuh hati di Terengganu dulu, terus dia lupa pada
tekadnya. Listen to your heart, konon. Sudahnya ini yang dia dapat? Dia dah ada
soon-to-be-mrs sexy, Alin! Untuk seketika tadi dia terlupa tentang hal itu. Mental
note pada diri sendiri. Lain kali jangan dengar cakap cik hati atau kita akan
cepat mati!
Dari dalam rumah, suara Patty LaBelle mengalunkan lagu If Only You Knew kedengaran dari stesen radio
kegemaran mak.
I must have rehearsed my lines a thousand times
Until I had them memorized
But when I get up the nerve to tell you…
Alin ketawa perlahan. Tubir mata terasa hangat. If only you knew,
Zariel Amzar. If only you knew…
Oppppppp sedeynyaaa..nk lagii :(
ReplyDeletePengsannnnnn.....lama plak nk tunggu sambungan kat versi cetak. Congrats sis....luv it so much
ReplyDeletesuka sangat Farah. cepat2 bagi pd publisher ya. cepat jd buku, cepat kak sofi dpt baca. thanks
ReplyDeleteLet us wait together for DRG to be complete. Our doa will always be with you,Chingu. Insya Allah,it will be worth it. All the best....huhuhu,miss my mr sexy goatee already
ReplyDelete:)
Tahniah!! Farah..
ReplyDeleteakak doakan yg terbaik utk DRG
moga2 dipermudahkan segala urusan supaya
semua dpt bertemu dgn Amz & Alin :)versi cetak nnt..
** Tqvm FH entry ni wat akak rasa gembira & sedih serentak **
oh touching nye baca n3 ni.. tgk ke luar tingkap tp x nmpk bulan la pulak...
ReplyDeletelast n3 di blog??? sedihnye cik hati & cik jantung tp kita bersabar ye demi nak peluk DRG versi novel. buat masa ni kita peluk je dulu botol sos salad ye...
congrats farah..
oh my sexy goatee can be romantic too :) ..... ohhhhh.... just for ur eyes eh Amz???? na--kal!!!
ReplyDeleteCongratulations dear... Cant wait for the printed version...good luck...Jgn bagi we all tunggu lama2 ok... Take care Huggs..
ReplyDeleteTahniah... X sabar nk tunggu jd buku... Hopefully sgalanya berjalan ngan lancar
ReplyDeletetahniah... tahniah.. tahniah.. mudah-mudahan semuanya bjalan lancar and printed version akan berada di pasaran secepat mungkin... i'm waiting...
ReplyDeleteAlahaiiiii...kacau daun tul helena ni. org br nk beromantika de amor. Dh x psl2 kena tgu. Jgn lama2 sgt farah.x mnahannanggubg rindu kat sexy goatee hahaha
ReplyDeleteTahniah Cik penulis dan moga versi cetak cepat2 keluar, akan pasti dimiliki...
ReplyDeletecpt2 bg kat publisher ya..moga cpt kami dpt peluk DRG nih.. hmm..will miss them both so badly..
ReplyDeleteharap2 cptlah keluar ,,tk tahan rindu ngan sos salad,,
ReplyDeletealahai ko ni amzar..jeles tp x nak ngaku..si hairi ni pun menyibuk je...
ReplyDeletetahniah FH...will be missing sexy goatee n cik kerani...cik jantung n cik hati,please sabar ya,nanti2 bleh jmpa diorg blk..cik writer,inshaaAllah,moga dipermudahkan segalanya ya...:)
ReplyDeleteTahniah Farah.. Cik hati akak kata sedih sbb dah x jumpa n3 lg kat sini tp cik jantung akak hepi sbb akan jumpa versi cetak!!! :)
ReplyDeleteok saya sedih! confirm!
ReplyDelete“Selamat ulanngtahun kelahiran, Alina Suffiya.” Ucap Amzar perlahan. - like this part
tq cik Farah
sdeynyee..:(..x puas lagi dating dgn alina n amzar.:(...
ReplyDeletehaissshhhhhh....
ReplyDeleteAisey...man...lepas ni kena tunggu publish version pulak..huhu. Mesti rindu giler..cik kerani & sos salad kalu 4-5 bulan baru publish...pasrah!
ReplyDeleteAlahai dahhabis..kena tunggu novel plak huhu...
ReplyDeleteoh my la... jgn la sedih alin... adus.. kacau jer la helena ni... tapi akak sedih jugak... waaaa... mcm mana ni.. dah la last n3... rindu la nanti pd alin dgn amz...uhuk uhuk... dear Farah,... moga dipermudahkan urusan utk menyiapkan DRG... tak sabar nak dptkan DRG versi cetak...
ReplyDeleteOhhh dear jangan leeee tahun depan cik hati n cik jantung ni keluar mati kering akak huhuhu
ReplyDeleteYeayyy.... soon...dpt peluk DRG.. tahniah akak kusyg... *kene sabar tunggu jela ni* hehe
ReplyDeleteHatiku berbunga..hehe
ReplyDeletealahh...sedehnye ni last entry..sbrla cik hati nk tnggu versi cetak!!! nsib akk da jnji bg teaser..huhu...btw congrats kak akhirnya berjaya menarik perhatian publisher...thumbs up! =)
ReplyDeletecongratulation farah...it's awesome and really good news for us..DRG ke versi cetak..yeay...!! hopefully it will pretty soon..nanti war warkan kat we all..by d way..akak book satu dulu ya...walaupun MSS tak siap lagi..tapi akak mmg suka citer ni ,,nak buat koleksi..so cayo cayo..,,
ReplyDeleteE3 yg sedih pulak bila membacanya kerana Alin dah salah sangka..dan Amz ..aduhai..bila lah mereka ni nak berdepan depan dan cakap yg betui betui yg mereka memang menyukai..apa kata Amz pinang saja gadis ni..abis citer..tak payah nak tanya direct coz mak Alin kan suka dia..so baik grab the opportunity sebelum mamat sengal Hairi tu potong jalan...tak ke haru nanti...
Last entry ni rase perfect je.. Mentang2 last entry.. hehhe...,Tp mmg best!! Awesome!!! Buatkan sy excited nk tggu versi cetak..
ReplyDeletelast n3 online...what to say, kena accept demi versi cetak DRG. Farah, pls dont us 'meroyan' lama2 ye. Cepat2 siapkan manuskrip tu. Miss Alin n Amz already...All the best!!
ReplyDeleteCongratez Farah.
ReplyDeleteLepas ni kiteorang mesti rindukan Sos Salad n Cik Kerani.
Kenapalah tetiba Helena muncul time tuu? Sedih pedih. Warghhh.. :'(
ohhh.. tidakkk. baru nak beromantika Helena dah kacau daun. Listen to your heart Alin :D
ReplyDeleteaaaaa....gonna miss this!! harap2 x payah laa tunggu lama sgt!! anywayyy good job!! thank youuu...
ReplyDeletecik hati kena sabarrrrr...semoga cepat boleh peluk cium DRG..good luck farah:)
ReplyDeleteWahhhhhhh best... harap2 cepat la cetak.....
ReplyDeleteaaahhh...x sabar cik hati dan cik jantung nak baca next next next chpter. kui kui kui :) .. gd luck utk farah! wish u all the best.
ReplyDeleteomg.......
ReplyDeletei can't wait.......
cepat2 kuar buku.....
xsabarnya........
n cogret.....
Bestnya!!! Tak sabar nak nak tunnggu di cetakkan!!!!
ReplyDeletebatah lagi nak tunggu sambungan nya tapi best !!! :)
ReplyDeletebila nak siap ni sis? Batah nyer~ cepat cepat lah yee.. Nanti ada yg jadi giler sebab tunggu lama~
ReplyDelete