Followers

Google+ Followers

Friday, July 25, 2008

trying something..will it work?

Macam rajin sesangat pulak nak tulis blog kali ni. Why ha? I have a LOT of works to do. Emails to reply too but somehow I'm just to lazy to do all that. Right at this momment, I just feel like writing and telling people what I feel and doing right now. Ro, if you happen to read this, I'm sooo sorry for not being so 'email-sms friendly' (does this word ever exist?!!) nowadays. Hhehehe..I'm in my 'malas' mood this few days. With my work and family matters, I just feel like I want to scream my lungs out. But if I do that, people might think I'm crazy (which I'm going to be if I'm not carefull :P). So the best way is to write everything down here at my blog.Well, what's new in my life?
I'm doing something BIG in my life right now. What is it? Let me keep it to myself at the momment. If it works, I'll share it with all of you. I'm doing this 'thing' seriously and I pray that the outcome will be for the good of mankind. Chewah... But seriously, what I'm doing right now, the result will change my life, my family, friends and others too. A special thank you to my Mak for introducing me to that someone, who are now helping me doing the thing I'm doing right now. Confusing huh? Well, just be glad that you guys are not in my shoes. Pray for me that this thing will turn out to be okay.

my brother's engagement

A few pictures at my brother's engagement ceremony


the couple


my brother with the girl's hantaran


last minute check-up

Wednesday, July 23, 2008

Letih yang teramat

Hui..selesai dah majlis tunang adik aku, Emi. Penatnya Ya Rabbi!! Aku bukan complaint penat sebab buat kerja-kerja tu semua. Buat kerja-kerja tu dah jadi kewajipan bagi orang perempuan. Mengemas, memasak & melayan tetamu. Dalam tiga-tiga kerja tu yang paling aku tak gemar melayan tetamu. Tetamu yang paling aku tak suka layan tetamu yang suka bertanya itu ini. Korang faham-faham ajelah, kalau dah majlis tunang tu, soalan apa yang selalu akan ditanya. Hendaknya yang bertunang tu adik aku. Mestilah diaorang sibuk tanya kat aku, si kakak yang still single mingle lagi ni. Kalau seorang tanya bolehlah aku jawab. Tapi kalau dah hampir semua tetamu yang datang tanya, naik menyampah pulak aku nak jawab. Kadang-kadang terfikir, kenapa tak de orang yang buat peraturan bila kita ke mana-mana majlis adn kebetulan kat majlis tu ada anak dara/teruna yang single, jangan ditanya soalan jodoh pada mereka? Jadikan perkara itu satu kepantangan. Kalau ditanya majlis yang sedang kita hadiri tu akan ditimpa musibah? Hehehe..Wishfull thinking lah Cik Farah oii.. Mana lah ada benda macam tu nak jadikan?
Satu lagi yang buat aku penat sangat masa majlis tu ialah kerenah budak-budak. Aku memang suka budak-budak tapi tengok jugaklah jenis yang macamana. Kalau jenis macam aku dan adik-adik aku, memang aku sayang sangatlah. Pandai bawak diri kat majlis orang. Tak banyak kerenah. Dengar kata. Pandai hormat cakap orang tua. Tapi kalau perangai macam adik-adik sepupu and anak2 buah aku tu, Ya ampun, boleh tercabut nyawa dibuatnya. Degil, suka buat bising, tak reti bahasa, suka buat sepah adn yang plaing aku geram MELAWAN CAKAP! Nak aje aku tampar mulut budak-budak tu tapi apakan daya, anak orang. Haishhh... Nak salahkan siapa kan? Slah mak ayah diaorang juga sebab manjakan sangat budak-budak tu. Kalaulah diaorang tu dapat mak and ayah aku yang tegas tu, aku rasa tak jadi macam tu kot. Ntahlah...
Majlis adik aku tu berlangsung dengan selamatnya. Alhamdulillah. Majlis dekat rumah perempuan pun okay. Tapi sedih sikit aku tengok bakal adik ipar aku tu. Saudara mara jauh nun kat Sarawak so yang menyambut kami hari tu hanya dua tiga orang aje termasuklah kakak and abang ipar dia. Berubah jugak muka abang ipar die bila tengok kami datang ramai-ramai. Pucat. Hhehehe..Relaxlah bang, kitaorang tak makan orang lah. Emi akan bertunang selama setahun kalau ikut perancanganlah. Tapi kalau awal lagi bagus. Bukan apa, diaorang beruda dah lama kawan. Tak elok pulak rasanya asyik ke sana sini berdua tanpa ikatan yang sah.
Apa-apa pun sekarang semua dah okay. Tunggu tahun depan pulak, nak peningkan kepala aku dengan majlis kahwin dia..Insya-Allah...
Oppss...lupa pulak..next week aku nak ke Bandung...Yahooooooooooo..Pergi holiday!!!

Monday, July 14, 2008

My View: Novel Dedalu Di Hati by Anita Aruszi



Semalam, dalam kesibukan menguruskan hal-hal pertunangan adik aku, Emi, aku masih punya masa untuk re-read buku Dedalu di Hati. Buku ni dah aku baca 2-3 bulan yang lalu. Dedalu di Hati adalah buah tangan sulung penulis baru Anita Aruszi. Sejujurnya aku tak mengenali siapa wanita ini. Tapi bila ada kesempatan aku akan 'mengular' melawat cari.forum terutamanya bahagian Book Lits. Di sinilah aku menegenali Anita Aruszi. Banyak review tentang buku DDH ni. Kebanyakannya yang positive. So aku pun berusaha mencari buku ni. Mujur aunty yang menjual majalah & novel di PM dekat kawasan perumahan aku ade menjual novel ni. Dapat je grab buku ni aku pun buatlah marathon (tidak digalakkan sama sekali kerana anda akan miss melakukan kewajipan yang lain!)
First impression aku bila baca buku ni: NOT BAD! Tapi kenapa jalan ceritannya macam pernah aku lihat? Baru aku teringat ceritanya mirip jalan cerita sebuah anime jepun yang pernah aku tonton masa kecik-kecik dulu; DADDY LONG LEGS! Tapi hanya beberapa part ajelah. Bahagian yang ketara ialah watak hero yang membantu heroine dalam diam. Aku tertarik dengan cara penulisan Anita Aruszi. Segar and santai. Tak memeningkan kepala. Bagi aku seorang penulis itu layak digelar penulis jika tulisanya meninggalkan kesan pada pembaca. Anita Aruszi berjaya membuat aku menanggis, ketawa, sedih, marah, geram dan segalam macam emosilah, melalui novelnya. Dan sejak Dedalu Di Hati, aku telah menjadi peminat novelis muda ini. Sekarang ni tengah tunggu karyanya yang lain. Aku harap masalah-masalah yang dihadapi penulis ini akan berjaya di atasi. Adalah menrugikan jika karya-karya penulis ini tidak dibukukan dan dikongsi bersama.

Friday, July 11, 2008

Bulan sampaikan padanya

Bulan
Katakan pada dia…

Aku rindu
Aku rindu pada senyumnya
Aku rindu pada tawanya
Aku rindu pada sedihnya
Aku rindu pada rianya

Aku sedih
Aku sedih tanpa suaranya
Aku sedih tanpa jagaannya
Aku sedih tanpa marahnya
Aku sedih tanpa nasihatnya

Aku marah
Aku marah pada sepinya
Aku marah pada egonya
Aku marah pada kesibukannya
Aku marah pada diamnya

Bulan,
Sampaikan padanya
Aku rindu kerana sayang
Aku sedih kerana kasih
Aku marah kerana cinta

Tapi Bulan,
Andai kata dia masih membisu
Andai kata dia tidak mengendahkan mu
Katakan saja padanya
Sayang aku bisa bertukar menjadi benci
Kasih aku bisa beralih arah
Dan cinta aku tak kan menjadi miliknya lagi

Kerana kini aku mula mengerti
Sayang aku bukan miliknya
Kasih aku bukan untuknya
Cinta aku bukan haknya

Sayang aku milik-Nya
Kasih aku untuk-Nya
Cinta aku hanya hak-Nya


kl
july 08

Mencari yang sempurna

Kisah ini khas buat dia yang sedang mencari yang sempurna....

Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini aku masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu aku di Utara, aku berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Aku fikir inilah wanita ideal untukku dan sesuai menjadi isteriku. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.


Di Selatan aku bertemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru aku tahu, dia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di Timur, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Aku terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang aku temui. Sampai pada suatu hari, aku bersua dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidupku yang dikirim oleh Tuhan untukku".

"Jadi", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa dia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".


Moral of the story? Tiada siapa yang sempurna di dunia. Hargai lah apa yang ada di depan kita walaupun banyak kekurangan dalam dirinya kerana kita sendiri tidak tahu samada kita akan menemui yang lebih baik di masa depan. Kepada Si Adam, jika mahukan isteri sebaik Khadijah siapkan dirimu dengan sifat2 terpuji Muhammad dan kepada Si Hawa pula, jika mahukan lelaki sesempurna Muhammad, jadikanlah dirimu seperti Khadijah. Janganlah cuba mencari kesempurnaan yang kita sendiri tidak ada... ^-^

Thursday, July 10, 2008

Berbakatkah aku?

Ada orang menggalakan aku menulis semula. Katanya aku punya bakkat dalam bidang ni. semuanya gara-gara aku pandai mengedit cerita/artikel/esei yang orang buat. Hakikatnya aku memang boleh menulis. Tapi dah lama aku tinggalakan bidang ni. Masa sekolah dulu memang 'champion'. Kalau tak masakan essei yang aku tulis selalu jadi bahan rujukan kawan-kawan. Dan cikgu pula selalu gunakan essei aku sebagai contoh buat classmates yang lain. Pernah jugalah essei aku terpampang di dalam majalah. In fact, essei bahasa Inggeris aku dapat temapat ke-3 dalam pertandingan menulis essei. Tapi mana hilangnya bakat aku tu. Sejak masuk universiti, aku dah macam malas nak menulis. Aku lebih kerap membaca sekarang. Malas? Mungkin. Tapi aku rasa aku dah ketandusan idea nak menulis. Bukan tak pernah cuba tapi baru je 2-3 mukasurat aku dah mati akal nak tulis apa. Hmmm...nampak gaya aku kena mula semula. For begining, I will start to write in my blog. Tak kisahlah benda apa. And then slowly, I'll start to write something more heavy. Macam novel? Hahaha..Aku harap boleh. Kalau orang lain percaya aku boleh buat, kenapa aku tak percaya pada diri sendiri pulak kan? Insya-Allah. Aku harap dengan doa 'kawan-kawan' aku, aku akan boleh lakukan. Smapi bila nak jadi editor aje kan? So, Iman..hwaiting!!!