Followers

Monday, July 14, 2008

My View: Novel Dedalu Di Hati by Anita Aruszi



Semalam, dalam kesibukan menguruskan hal-hal pertunangan adik aku, Emi, aku masih punya masa untuk re-read buku Dedalu di Hati. Buku ni dah aku baca 2-3 bulan yang lalu. Dedalu di Hati adalah buah tangan sulung penulis baru Anita Aruszi. Sejujurnya aku tak mengenali siapa wanita ini. Tapi bila ada kesempatan aku akan 'mengular' melawat cari.forum terutamanya bahagian Book Lits. Di sinilah aku menegenali Anita Aruszi. Banyak review tentang buku DDH ni. Kebanyakannya yang positive. So aku pun berusaha mencari buku ni. Mujur aunty yang menjual majalah & novel di PM dekat kawasan perumahan aku ade menjual novel ni. Dapat je grab buku ni aku pun buatlah marathon (tidak digalakkan sama sekali kerana anda akan miss melakukan kewajipan yang lain!)
First impression aku bila baca buku ni: NOT BAD! Tapi kenapa jalan ceritannya macam pernah aku lihat? Baru aku teringat ceritanya mirip jalan cerita sebuah anime jepun yang pernah aku tonton masa kecik-kecik dulu; DADDY LONG LEGS! Tapi hanya beberapa part ajelah. Bahagian yang ketara ialah watak hero yang membantu heroine dalam diam. Aku tertarik dengan cara penulisan Anita Aruszi. Segar and santai. Tak memeningkan kepala. Bagi aku seorang penulis itu layak digelar penulis jika tulisanya meninggalkan kesan pada pembaca. Anita Aruszi berjaya membuat aku menanggis, ketawa, sedih, marah, geram dan segalam macam emosilah, melalui novelnya. Dan sejak Dedalu Di Hati, aku telah menjadi peminat novelis muda ini. Sekarang ni tengah tunggu karyanya yang lain. Aku harap masalah-masalah yang dihadapi penulis ini akan berjaya di atasi. Adalah menrugikan jika karya-karya penulis ini tidak dibukukan dan dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment