Followers

Friday, July 11, 2008

Bulan sampaikan padanya

Bulan
Katakan pada dia…

Aku rindu
Aku rindu pada senyumnya
Aku rindu pada tawanya
Aku rindu pada sedihnya
Aku rindu pada rianya

Aku sedih
Aku sedih tanpa suaranya
Aku sedih tanpa jagaannya
Aku sedih tanpa marahnya
Aku sedih tanpa nasihatnya

Aku marah
Aku marah pada sepinya
Aku marah pada egonya
Aku marah pada kesibukannya
Aku marah pada diamnya

Bulan,
Sampaikan padanya
Aku rindu kerana sayang
Aku sedih kerana kasih
Aku marah kerana cinta

Tapi Bulan,
Andai kata dia masih membisu
Andai kata dia tidak mengendahkan mu
Katakan saja padanya
Sayang aku bisa bertukar menjadi benci
Kasih aku bisa beralih arah
Dan cinta aku tak kan menjadi miliknya lagi

Kerana kini aku mula mengerti
Sayang aku bukan miliknya
Kasih aku bukan untuknya
Cinta aku bukan haknya

Sayang aku milik-Nya
Kasih aku untuk-Nya
Cinta aku hanya hak-Nya


kl
july 08

No comments:

Post a Comment