Followers

Saturday, March 23, 2013

Bab 11: Dia...Random Guy


Don't know why but I'm sooo reluctant nak up entry ni. Maybe sebab menulis dalam keadaan lemau? Oh dear! Kena cepat cari mood atau cerita ini akan pergi ke laut. Bear with me ok?
p/s: In ms word version, ini ada 16 pages! Panjang sehhh!

Balik dari Terengganu, hidup Alin kembali macam biasa. Pergi kerja balik kerja. Cuma bezanya, dulu dia berkerja di Salam Consultant. Sekarang dia di Prima Group yang… “menakutkan!” hati Alin mengomel sendiri. Sejak dua hari yang lalu, dia rasa semacam sahaja bila masuk ke pejabat. Macam ada beberapa pasang mata yang pandang dia dengan rasa tak puas hati.
            O-key. Melebihlah tu kalau sebut beberapa pasang mata. Yang sebenarnya ada sepasang mata sahaja yang asyik menjeling dan suka sangat cari pasal dengan dia. Sepasang mata itu milik seorang perempuan bernama Tina. Kata jiran sebelah kubikel dia, Tina tu salah seorang jurutera di situ. Kagum Alin dibuatnya. Dahlah lawa, jurutera lagi tu. Memang berebut-rebut para ibu yang ada anak bujang nak buat jadi calon menantu.
            Tapi rasa kagum itu hilang bila…
            “Selamat pagi, Cik Tina…” Sapaan dia dibalas dengan jelingan tajam. Itu di hari pertama selepas dia balik dari Terengganu.
            “Nak keluar makan, Cik Tina?” Tanya Alin sekadar berbasa basi pada waktu tengah harinya. Dan jawapan yang dia dapat, sekali lagi satu jelingan tajam.
            “Nak balik Cik Tina?” Soal Alin pada sebelah petangnya pula. Try her luck. Manalah tahu kalau-kalau kali ini si jurutera wanita itu hendak bercakap dengan dia. Dan untuk kesekian kalinya, dia dapat jelingan wanita itu. Sudahnya Alin buat konklusi, Cik Tina Jeling memang ada masalah dengan dia.
            Dan hari ini, konklusinya ternyata benar. Baru sahaja punggung cecah kerusi, sebuah fail dicampak ke atas meja dia. Terkejut dibuatnya.
            “Taip report ni. I want it on my table by ten.” Sangat angkuh bunyi arahan cik jurutera. Tak sempat Alin nak balas apa-apa, dia dah menonong masuk ke bilik dia. Apa masalah perempuan seorang ini?
            “Hey, amoi. You ada buat apa sama itu singa?” Soal jiran sebelah kubikel dia, Anne.
            Alin jungkit bahu tanda tahu.
            “Dia ikut itu bos pergi kerja luarlah, Anne. Itulah dia punya salah…” Sampuk jiran depan kubikel dia pula, Kak Ida. Hah? Sebab dia ikut si sexy goatee pergi Terengganu, dia kumpul musuh di sini? Alin termangu seketika. Akhirnya dia faham kenapa Tina Jeling suka jeling dia.
            “Dia suka sama bos, ya?” Tanya Alin.
            Kak Ida dan Anne ketawa mengekek. “Sebab itulah dia layan Alin macam itu. Geramlah tu. Kawan tu punyalah lama kerja sini, tak pernah sekali pun bos bawa pergi outstation. Alih-alih Alin yang kerani ni pula yang kena angkut. Punyalah dia bersungguh-sungguh buat bos perasan kewujudan dia, tapi satu pun tak jalan. Mahu tak membara hati kawan?” Balas Kak Ida.
            Alin mengangguk faham. Kes cemburu lah ni. Hailaa…apalah kebudak-budakkan sangat? Nama saja belajar tinggi sampai dapat jadi jurutera. Tapi cara berfikir macamlah orang tak ada ilmu. Awak tu siapa nak cemburu bagai? Kekasih Amzar? Isteri? Dan dia ke sana pun sebab kerja. Bukan bersuka-ria. Kecuali hari terakhir itulah. Mengenangkan hari terakhir itu, Alin senyum sendiri.
            “Hey, berangan pula dia. Cepat siapkan report tu. Nanti naik angin pula si singa tu.” Tegur Kak Ida. Alin cepat-cepat mulakan kerjanya.
            Tepat jam sepuluh report dihantar ke bilik Tina. Mujurlah dia memang cekap buat kerja jadi Tina Jeling tak banyak komen. Tanpa ucapan terima kasih, terus sahaja dia arahkan Alin keluar. Kurang sopan sungguh! Macamlah boleh hilang anak tekak tu kalau berterima kasih dengan aku.
            Kerja dia diteruskan. Menjelang waktu makan tengahari, dia keluar bersama rakan-rakan sekerja barunya. Nasib baik jumpa beberapa orang yang sekepala. Taklah bosan sangat dibuatnya.
            “Alin, cubalah cerita sikit pasal Terengganu.” Pinta Kak Ida.
            Tersedak Alin yang sedang asyik mengunyah nasi goreng kampong. Gelas air kosong dicapai lalu diteguk. “Nak cerita apa?”
            “Isyhh…budak ni. Awak ke sana dengan bos yang kacak bergaya macam itu. Takkan tak ada cerita? Ceritalah…” Gesa Kak Ida.
            “Ya Allah, kak. Kami pergi kerja. Bukan bersuka ria. Itu sahajalah ceritanya.” Dan kami juga ada tengok bulan dan matahari terbenam bersama-sama. Mandi laut sama-sama. But that’s for me to know and for you not to ever find out. Miahahahah….Alin gelak jahat dalam hati.
            “Betul ke ni? Tak ada babak kuch kuch hota hai? Sebab akak hairan tau. Kenapa dia bawak awak eh? Sedangkan awak ni kerani saja pun. Apa yang tahu?” Kalau dari orang lain, soalan itu mungkin agak menyakitkan hati. Apa, ingat dia kerani cabuk ke? Tapi melihat air muka Kak Ida yang nampak ikhlas bertanya, Alin layankan sahaja.
            “Mungkin sebab dia tahu saya familiar dengan kawasan itu agaknya. Itu yang dia bawa saya bersama.” Itu alasan paling logic yang dia boleh fikirkan. “Dan kak, saya ni sedar diri lagi. Kerani sahaja. Encik Amzar tu, bos. Anak datuk pula tu. Tak ada maknanya nak ber ‘kuch kuch hota hai’ dengan Encik Amzar tu. Dia pun tak ada nak ada perasaan macam itu dengan saya.” Iya ke? Teringat pula kejadian tengok matahari terbenam kelmarin. Ya. Cantik. Dan saat itu mata si sexy pada wajahnya. Bukan pada si bola merah. Miahahaha…sekali lagi cik jantung dan cik hati ketawa jahat.
            Selesai makan, mereka kembali ke pejabat. Lagi beberapa meter mahu sampai ke tangga pejabat, Anne dan Kak Ida berhenti melangkah. Mata masing-masing bukan main bercahaya memandang ke hadapan. Alin ikut pandang benda yang dipandang. Oh…si sexy goatee rupanya. Baru sampai pejabatkah? Hati dia bertanya sendiri bila melihat si sexy goatee keluar dari kereta dengan beg laptop di bahu.
            “Handsomenya dia….” Kak Ida pegang kedua belah pipi, mengagumi keindahan ciptaan Tuhan.
            “Kalau I tak kahwin lagilah, dah lama I cuba mengorat dia…” si nyonya Anne pula berangan.
            Dan Alin ikut sama tersengih-sengih. Memang handsome dengan kemeja putih  yang dilipat lengan hingga ke siku  dan tali leher warna kuning air yang sudah dilonggarkan.  Sejak balik dari Terengganu, baru hari ini dia nampak wajah si sexy goatee. Jujur dengan hati, memang ada sikit rasa rindu.
            “You tengok body dia, Ida. Aiyooo…suami wa pun kalah ooo…” Kata Anne. Amboi, nyonya seorang ini. Siap admire badan bagai. Boleh tahan juga gatalnya. Alah, Alin. Tak payah nak berlagak suci murni sangat. Jangan lupa pool scene. Drooling, ok. Drooling!
            “Alin…” Suara Kak Ida memanggil nama dia.
            “Hurmm?” Kaki ALin terus melangkah ke hadapan. Mata tak putus-putus memandang si sexy yang sedang bercakap-cakap dengan seorang kakitangan.
            “Alin!” Kali ini Anne pula yang memanggil. Sedikit kuat dari Kak Ida.
            “Hah?” Dan dia terus melangkah.
            “Ba…” Alin terjelepok ke bawah.  “…tu!” Jerit Kak Ida dan Anne serentak.
            “Auww….” Alin mengaduh sakit. Mana datang pula batu besar di tengah-tengah jalan ni?
            “Alin, ok ke?” Kak Ida dan Anne dah berlari dapatkan dia. Kakinya yang sakit digosok. Itulah, Tuhan itu nak tunjuk. Gatal lagi pandang anak teruna orang. Kan dah terpijak batu!
            “Sakit…” Pergelangan kaki kanannya dipegang. Ngilu betul rasanya. Kak Ida dan Anne cuba bangunkan dia tapi kesakitan yang dialami membuatkan dia terduduk kembali.
            “Aduh kak…sakitnya…” Nak menitik air mata dibuatnya.
            “Kenapa ni? Alina?” Dan demi mendengar suara itu, memang menitik air mata dia. Malu!!!
***
            Alin tunduk, segan nak pandang Amzar di sisi. Bila doctor tanya macam mana dia boleh jatuh, rasa macam nak menyorok bawah kerusi sahaja. Amzar yang menjawab bagi pihak dia. Kata dia “Dia terpijak batu besar. Khusyuk sangat berbual sampai batu pun boleh tak nampak.”  Aduh…bisanya ayat. Tapi itulah alasan yang Kak Ida tolong ciptakan untuk dia sebelum mereka ke klinik tadi. Kalau beritahu hal yang sebenar, memang dia lari terus pergi Tanzania! Tak sanggup rasanya nak tunjuk muka depan si sexy goatee.
Keluar dari bilik doktor, Amzar tawarkan diri hendak hantar Alin pulang ke rumah walaupun Alin berkeras hendak naik teksi sahaja. Malu satu hal. Dan mak pun satu hal.
“Kaki dah terhencot-hencot macam itu, nak berdegil lagi?” Marah Amzar.
“Encik...” Alin dah menjeling.
“Apa?” Amzar dah jengil mata.
“Your promises! Dah tak ingat?” Lembut sahaja Alin mengingatkan. Baru balik KL, dah mula nak tinggi-tinggi suara dengan aku. Back-hand sekali, nak? Kaki aku dahlah tengah sakit ni.
Amzar hela nafas. “Kalau you nak I pegang janji, you tu boleh tak jangan sengaja nak naikkan darah I?”
“Bila masa pula saya naikkan darah encik?”
“Kalau I cakap apa-apa tu, jangan nak membantah.”
“Dah tu, encik nak saya mengangguk setiap masa? Lagipun encik tu siapa yang saya nak kena ikut kata sentiasa?” Cakap mak pun kadang-kadang saya tak dengar, nak kena dengan cakap awak pula?
“I’m your boss!”
“In the office. Sekarang kita di luar, jadi secara teknikalnya encik bukan bos saya!” O-key. Alasan agak childish tapi belasah sahajalah Alin.
“Tapi masih dalam waktu pejabat. So technically, you are still under my responsibility!” My responsibility? Eh, apa yang aku cakap ni? Amzar dah rasa macam nak gunting lidah sendiri.
“Dah, jangan nak banyak cakap. I hantar you balik.” Nada kuasa veto dah keluar.
“Tak nak!” Alin membantah keras. Nak mampus suruh si sexy ni hantar dia balik? Dah tentu kena kenalkan dengan mak. Mak pula tahu apa yang terjadi sebelum ini. Kalau tak kena kejar dengan parang, paling-paling mak kejar encik bos ini dengan penyapu! Walaupun hati teringin juga nak tengok aksi itu, tapi dibuatnya encik bos buang dia kerja sekali lagi, tak ke naya?
“I hantar!”
“Tak nak!”
“Alina Suffiya!” Dah panggil nama penuh tu, memang sah dia tengah geram.
“Zariel Amzar!” Ingat saya tak pandai nak sebut nama penuh awak?
“Jangan degil boleh tak?”
“Jangan nak memaksa boleh tak?”
“Err...abang, kakak..?” Sesi gaduh mulut terganggu sebentar dengan panggilan dari pembantu klinik.
“What?” Serentak Alin dan Amzar menjawab.
“Err...bil dan ubat isteri abang...” Si pembantu klinik  yang memakai tag nama Rodhiah tunjukkan plastic berisi ubat di tangan.
“She’s not my wife!”
“He’s not my husband!”
Sekali lagi mulut serentak menafikan anggapan si pembantu klinik. Si pembantu klinik tersenyum kecil. “Laa...iya ke? Tengok gaya bertengkar macam orang dah sepuluh tahun kahwin. Comel!”
Alin pandang Amzar. Amzar pandang Alin. You. Me. Marriage? Err...
***
Sepuluh minit selepas awkward moment di dalam klinik, Alin dan Amzar berada di dalam kereta menghala balik ke rumah Alin di Taman Melawati. Sungguhlah encik bos dia ini degil. Dah kata tak perlu hantar, baik sangat hendak hantar. Ini kalau kena serang dengan mak, jangan nak salahkan dia. Tanggung sendiri!
“Berapa hari doctor beri mc tadi?” Amzar bertanya pada cik kerani yang diam membisu. Marah sangat lagaknya kena hantar balik dengan dia. Orang nak bagi diri itu senang pun tak nak.
“Tiga hari.” Jawab cik kerani.
“Good. Take care of your leg. Jangan banyak gerak. Nanti bertambah sakit. Silap-silap boleh bentan. Lagi lama nak elok.” Amzar mula bagi nasihat.
“Yes, mother!” Balas Alin sarkastik. Sungguh, macam ibu-ibu beri nasihat pula dah bunyinya.
Amzar menjeling geram. “I cuma mengingatkan. Tak perlu nak loyar buruk pula.”
Alin mencebik. Concern sangatlah kononnya tu.
“Ingat cantik sangat?” Soal Amzar.
“Apa yang cantik?”
“You buat muka macam itu, ingat cantik sangat?” Perli Amzar selamba. Geram melihat cik kerani mencebik sambil buat muka tak puas hati begitu.
Alin mendengus geram. Cik jantung dan cik hati dah melompat-lompat suruh buat counter attack. “Cantik apa. Kalau tidak, takkanlah ada orang tak berkelip-kelip mata dia tengok saya di suatu senja.” Bukan dia tak perasan Amzar asyik merenung dia waktu tengok sunset di pantai kelmarin. Cuma dia segan nak menegur sahaja. Sedangkan masa itu, muka dah panas menahan rasa.
“Uhuk…uhuk…uhuk…” Amzar batuk terkejut. Berani betul cik kerani hari ni? Darah panas menyerbu ke muka. Apa serangan balas yang wajar diberi? “Dengar muziklah. Seronok sikit…” Sudahnya itu yang terkeluar dari mulut Amzar. Lima markah untuk Alin!
Sambil ditemani celoteh DJ di siaran Fly FM, Amzar memandu menyelusuri jalan raya menghala ke Taman Melawati. Sebaik sahaja kereta masuk ke kawasan perumahan Alin, dia bertanya, “Jalan mana?”
Alin tunjukkan lorong ke arah rumahnya. “Encik berhenti di bawah pokok tu.”
Dahi Amzar dah berkerut seribu. “Tak ada rumah pun di situ?”
“Memanglah. Rumah saya di depan lagi. Tak apa, saya jalan kaki sedikit je ke rumah saya.”
Amzar menarik nafas geram. “I dah cakap akan hantar you sampai rumah, maknanya sampai depan pintu rumah I akan hantar. Just show me the way, Alina!”
Alin dah rasa macam nak tarik rambut sendiri. Kenapalah degil sangat si sexy ni? “Tak perlulah sampai depan rumah!”
“Why not?”
“Seganlah saya.”
“Nak segan kenapa?” Sungguh Amzar tak faham.
“Nanti menyusahkan encik sahaja.” Alin berikan alasan yang sangat tak boleh terima akal.
“I dah sampai sini, Alina. Menyusahkan apa?” Oh Tuhan, kenapalah perempuan seorang ini suka merumitkan perkara yang mudah?
“Tapi…”
“Alina Suffiya!” Amzar dah panggil nama penuh dia. Alin mengeluh kuat. Suka hatilah encik. Mak kejar nanti, jangan nak marah saya!
“Fine! Masuk ke sana…” Dia tunjukkan arah ke rumah dia. Beberapa minit kemudian, kereta Amzar berhenti di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Cosy, perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan rumah cik kerani. Di hadapan rumah, seorang wanita bertudung dilihat sedang asyik menyiram bunga.
“You mother?” Tanya Amzar. ALin mengangguk lemah. Adui, mak. Kenapalah masa ini juga mak nak siram bunga?
“Tunggu, I tolong you keluar…” Tak sempat Alin nak cakap apa-apa, Amzar dah keluar dari kereta dan berlari-lari anak ke tempat duduk penumpang.
“Err…hands off please. Kita bukan mahram!” Alin tegur bila si sexy selamba pegang lengan dia.
Si sexy mendengus perlahan. “Ada alas, lady. I belum buta hukum lagi!”
“Alin? Ya Allah, nak. Kenapa ni?” Puan Haniza terjerit kecil melihat anak gadisnya terhencot-hencot keluar dari kereta.
“Dia terjatuh tadi makcik.” Amzar jawab bagi pihak cik kerani.
“Ya Allah, sayang. Macam mana boleh terjatuh?” Jelas riak risau di wajah si ibu.
Alin gigit bibir. Terasa bersalah pula buat mak risau. Ini semua si sexy ni punya pasal. Kenapalah suka sangat buat cik jantung dan cik hati dia excited tak tentu pasal? “Maaf, mak. Kaki salah landing…” Tak pasal-pasal terpaksa bohong mak sendiri.
“Kaki dia tak apa-apa makcik. Terseliuh sikit saja.” Amzar cuba tenangkan hati si ibu. Kesian pula lihat wajah si ibu yang jelas nampak susah hati.
“Err…anak ni?” Puan Haniza bertanya. Sejak tadi rajin betul lelaki ini jadi jurucakap si anak.
“Saya, Zariel Amzar. Majikan Alina.” Amzar mengenalkan diri. Alin di sisi dah tak tentu arah rasa bila melihat riak muka mak yang pelbagai. Dari riak ingin tahu ke riak berfikir. Dan sebaik sahaja nama itu muncul di celah bibir Amzar, riak I-know-who-you-are muncul di wajahnya. Oh Tuhan…this is it. Mana batang penyapu? Mata Alin meliar pandang sekeliling. Sorok Alin…sorok!
“Zariel Amzar? Bos baru Salam Consultant?” Puan Haniza minta kepastian.
Amzar menggangguk. Si ibu ini macam kenal sahaja dia? Dan perkara yang tak disangka-sangka Alin berlaku. Mak… ketawa?
“Inilah rupanya menantu mak, ya?” Pandai anak aku pilih. Kacak bukan main.
Alin dah rasa macam nak tumbang lebih-lebih lagi bila si sexy dah buat muka tahan ketawa pandang dia. Jangan nak buat muka macam itu sangatlah encik!
“Sayang! What happened to you?” Tiba-tiba ada suara yang menegur. Wajah cik kerani yang masam tadi terus bertukar ceria. Amzar pantas menoleh.
“Baby!!!” Alin terus tolak Amzar ke tepi.  Terhencot-hencot dia pergi mendapatkan babynya. Rasanya kalau kaki dia elok, dah berlari dah dia mendapatkan ‘baby’ yang sedang tersengih-sengih mendekati.
“Miss you like crazy. Bila sampai?” Alin bertanya riang.
Amzar terpana. Selamba saja cik kerani dia tolak dia ke tepi. Ini memang kes dah dapat gading, tanduk dilupakan. Tapi kalau tengok betul-betul, dia lagi layak jadi gading daripada si baby.
“Tengah hari tadi. Sayang, kenapa kaki ni?” Si baby dah tunduk memegang kaki Alin yang berbalut.
“Terjatuh…” Manja betul Alin menjawab. Siap muncung-muncung bibir lagi.
“Macam mana boleh jadi macam ini?” Tangan si baby mengusap kaki Alin.
“Ada orang gila tolak!” Alin merengek. Saja hendak bagi bunyi dramatik.  Kalau beritahu dia terjatuh sebab skodeng si sexy mahu kena bahan dengan si baby seumur hidup.
Amzar dah mula panas hati. Siapa si baby kurus keding ini? Berani pula nak pegang-pegang kaki anak dara orang depan mak orang itu. Dan cik kerani dia ni, dah tak tahu segan ke? Whoa…cik kerani dia? Sejak bila? Ahhh…that’s not the point.  Persoalan pokok di sini, kenapa boleh senang-senang beri orang sentuh dia? Kalau dengan dia, tercuit tak sengaja pun bukan main tajam cik kerani jeling. Ini boleh pula dia senang-senang bagi orang pegang kaki dia? Lepas itu manja bukan main lagi. Kalau dengan dia tu, nak berkasar saja. And she’s smiling! Dammit! Enjoy sangat ya?
“Ehem…” Amzar berdehem kuat. Kalau mak kepada cik kerani tak nak tegur, biar dia yang tegur. Tapi belum sempat dia hendak buka mulut…
“Alin, adik… sudah-sudahlah buat perangai mengada macam itu. Geli telinga mak dengarlah!” Tegur Puan Haniza sambil mengeleng. Anak-anak bertuah ni memang suka sangat buat orang kiri kanan salah faham!
Alin ketawa. Si baby adik pun ketawa. “Sorry, mak…” Jawab keduanya serentak.
Dan Amzar, fuhhh…kenapa hati lega tiba-tiba ni?
Hey, baby brother. Bila balik? Kenapa tak cakap dengan kakak?” Rambut si adik digosok Alin.
“Kak, kalau kakak tu alert sikit tentang jadual belajar  adik, me being home right now is not really a big surprised lah.”
Alin garu kepala. “Cuti semester ke?”
Si adik tepuk dahi. “You’re hopeless lah kak!”
Alin mencemik. “You love me anyway.”
“That is true…” Si adik senyum bahagia.
Amzar hanya jadi pemerhati. Oh, jadi inilah si adik tiri. Rapat juga mereka. Betullah laporan Fahmi. This is not another Cinderella story. Dalam diam, Amzar kagum melihat keluarga Alin. Tak sangka dalam zaman sekarang wujud lagi hubungan kekeluargaan yang begini.
“Err…ni siapa?” Si adik bertanya. Amzar dipandang atas ke bawah.
“Oh, lupa nak kenalkan.” Alin sengih. “Adik, meet my boss,  Zariel Amzar. Encik, this is my baby brother, Ijoy.”Amzar dan Ijoy bersalaman. Adik, I like the sound of it. Hati si sexy berkata sendiri.
“Eh…dahlah. Mari masuk. Kaki Alin terseliuh tu, kan? Tak elok berdiri lama-lama. Nanti bentan pula.” Puan Haniza bersuara.
“Yalah. Kak, what happened to you? Macam mana kaki boleh jadi macam itu?”
Puan Haniza dah mengeluh. “Adik, kot iya pun nak jadi sarjan pencen, bawalah kakak tu masuk dulu. Kasihan dekat dia.” Kemudian Puan Haniza tumpukan perhatian pada majikan si anak.
“Encik Zariel, jemput masuk sekali. Kita minum-minum dulu?” Pelawa Puan Haniza.
Alin dah kejung. Tanpa sedar kepala dah mengeleng. Eh…nak pelawa si sexy masuk? Tak boleh! It will become too personal.
“Panggil saya Amzar saja makcik dan tak apalah. Lain kali saya singgah.” Amzar menolak sopan. Cik kerani di sebelah dijeling. Kalau iya pun tak suka, tak perlulah hendak buat muka sampai macam itu sekali. Macamlah dia ni terhegeh-hegeh sangat hendak masuk ke dalam.
“Eh, janganlah macam itu. Dah terlanjur datang ni, masuklah dulu.” Puan Haniza cuba memujuk. Hailaa…mak. Tak perlulah baik sangat. Orang dah tak nak tu, jangan dipaksa-paksa.
“Betullah Abang Amzar. Masuklah. Mak ada buat karipap tu. The best karipap in town tau. Menyesal nanti kalau tak masuk.” Si adik pun dah join misi memujuk dengan mak tercinta. Wahai ahli keluargaku, kenapalah yang baik hati sangat ni? And Ijoy, Abang Amzar, seriously? Baru jumpa dah abang bagai?
Amzar telan liur. Mata bercahaya sekejap. Karipap? Favourite kuih since childhood. Tapi bila tengok muka cik kerani yang jelas tak selesa, dia simpan sahajalah keinginan itu. Balik singgah sahajalah di mana-mana gerai tepi jalan untuk elakkan kempunan.
“It’s okay. I’ll take a rain check. Lagipun saya ada hal lain. Minta diri dulu.” Dia tundukkan kepala sedikit tanda hormat pada Puan Haniza. Pada Ijoy, tangan dihulur untuk berjabat. Dan bila tiba pada cik kerani, senyuman hilang. Muka kembali serius. Rasa kecil hati dan geram bercampur baur. Dia pandang cik kerani. Lama. Kemudian dia cuma mengangguk kecil.
Itu sahaja yang dia buat? Tak ada ucapan bye-bye I’ll call you later atau take care of your leg. Angguk sahaja? Oh, cik hati dan cik jantung, kenapa kita rasa kecewa ini? Sungguhlah si sexy ini. Payah betul nak jangka mood dia. Kejap begini, kejap begitu. Ini kalau jadi suami, mahu makan hati hari-hari. Eh…terlebih sudah Alin.
“Amzar, tunggu sekejap.” Amzar yang baru hendak masuk ke dalam kereta menoleh. Puan Haniza dilihat bercakap sesuatu dengan Ijoy sambil berjalan masuk ke dalam rumah. Alin dah terpinga. Apa pula mak nak buat ni? Si sexy dijeling dengan ekor mata. Muka tu cubalah maniskan sikit, encik. Bila pandangan bertembung, si sexy jeling dia. Amboi…inilah agaknya yang dikatakan, if looks could kill. Tajam sungguh jelingan itu. Kalau pisau, dah membuak-buak darah dia keluar agaknya. But boy, he does look extra yummy bila menjeling begitu. Eh, terlebih lagi ni Alin!
“Encik…” Panggil Alin.
“Hmmm…”
“You’re ok?” Akhirnya dia tanya juga. Tak suka tengok mood si sexy yang satu ini.
“Hmmm…”
Alin dah jeling langit. “Care to elaborate the hmmm?”
Amzar gosok leher. Kenapa macam budak-budak perangai kau ni, Amz? Hanya sebab dia tak nak pelawa kau masuk rumah sampai hendak kecil hati macam ini? Cuba jadi reasonable sikit. We’re not that closed to begin with.
“Nothing. I’m just tired.” Itu alasan paling selamat dia boleh beri.
Alin mengeluh kuat. “Itulah. Kan saya dah kata tadi, tak perlu hantar saya balik. Saya boleh naik teksi sahaja. Dahlah hala kita tak sama. Tak pasal-pasal encik kena patah balik ke KL. Dahlah sekarang ni waktu orang balik pejabat. Dah tentu jammed jalan tu. Cari penyakitlah encik ni!” Alin dah mula membebel.
Amzar ketawa kecil. “Alina, tell me something. You ni memang suka membebel ya?” Memang boleh jadi bestfriend mama cik kerani ni. Damn! Kenapa selalu sangat terlintas fikiran-fikiran macam ini kebelakangan ni?
“Membebel? Hello, ini bukan membebel. Ini berkata-kata menggunakan kosa kata yang banyak namanya.”
Pecah ketawa Amzar mendengar ayat cik kerani. She and her words. Adakala menyakitkan hati. But there are times, it makes him…happy?
“Encik…” Lembut sahaja Alin panggil nama dia. Bergetar sekejap hati dibuatnya.
“What?” Dia balas dalam ketawa yang masih bersisa.
“You need to do that often.”
“Do what?” Dahi Amzar dah berkerut.
Alin tersenyum. Manis. “Laugh. I like it when you laugh.” It makes you less intimidating and much sexier. Oh yeah… Cik jantung dan cik hati dah melompat-lompat atas trampoline.
Amzar pandang Alin. Alin pandang Amzar. Tiada siapa yang terasa hendak alihkan mata. Buat seketika, terasa macam hanya mereka berdua yang wujud di hadapan rumah teres itu.
“Amzar…” And the connections broke. Amzar hala pandangan pada Puan Haniza.
“Nah…” Sebuah Tupperware berwarna hijau diserahkan kepada Amzar. “Karipap. Untuk menantu, mak.” Usik Puan Haniza sambil melirik ke arah si anak.
“Mak…” Alin dah panas muka. Susah pula kalau dapat mak yang terlebih cool ini.
Amzar dan tersipu. Segan. Cepat dia ucapkan terima kasih lalu masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan Audi A8 meluncur laju meninggalkan rumah teres itu. Dari cermin pandang belakang, Amzar memandang dia yang ditinggalkan di belakang.
“Laugh. I like it when you laugh.” Dan dia senyum sendiri.
***
Malamnya, pukul 11 Alin sudah berada di atas katil, bersedia untuk tidur. Painkiller yang dimakan buat mata dia mengantuk. Baru sahaja mata hendak terpejam, telefon bimbitnya berbunyi. Sebuah pesanan ringkas masuk ke dalam peti inbox. Melihat nama pengirim, mata dia kembali segar. Cik jantung dan cik hati, sila bawa bertenang!
“Take care of your leg. Later, lady.”
Alin tersenyum. Cik jantung dan cik hati, kita bakal tidur lena malam ini…



66 comments:

  1. sweet..kita pun boleh tido lena malam ni...

    ReplyDelete
  2. Hehhhhhheee... Chomel la dedua nihh..
    Alin2x..jgn la clumsy sgt! Kan da malu.. Ish3x

    Amzar da knapa? Nk sentap bagaiii.. Fefeling makwe ah tu.. Eekekekkeekee

    ReplyDelete
  3. alolo... cik jantung dan cik hati dah melompat keriangan.. yahuuuuu!!! laugh.. i like it when you laugh.. cwaahh.. en.amz kiter plak dah angau sama cik alina. wewiiit.. cool watak pn.haniza tue.. thanks for the update dear. dah boleh tdo lena nie.. zzzzzzzz -Lisa- ^^

    ReplyDelete
  4. kita pun akan tidur lena jugak lepas ni... sambil mimpi en sexy. yummy...

    ReplyDelete
  5. Akhirnya terlepas rindu setelah menunggu entry bbrp hari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa...sorry. sekarang dah tak boleh 1 hari 1 bab

      Delete
  6. kita pon blh tido lena sambil mimpi Amzar..kikikiki..
    ehh awat rasa mcm kenal jer adik pembantu klinik tu..hehehehe

    thanks Farah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AD, hihihihi... requested by yours truly nama tu. hahaha

      Delete
  7. tq utk entry ni..
    wah2...alin ni tgk amzar pn blh jatuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata Alin 'can't take my eyes off of you'

      Delete
  8. Cik jantung n cik hati asik tersenyum ja masa baca this n3...weeee
    Amzar n Alina,u both are so sweet ok!!cair~

    Thanks cik writer for da lovely n3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. auwwww...happy saya bila pembaca happy. hopefully, you'll continue to be happy ya.. :)

      Delete
  9. Bangun je pagi mood jadi ceria baca... Manisnya ceriter ni..thanks farah... Hati si ego mula mencair yea... Hoyayyyyy....

    ReplyDelete
  10. mihahahaha..... A kuasa2....awak cumel la.....

    ReplyDelete
  11. sweet sweet sweet... kdg2 terfikir nak cek apa yang ada dlm pala para penulis yang boleh create idea yg gini... tulis 'cerita' sendiri kot... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak HK, alhamdulillah...idea datang dari-Nya. Kami cuma taipkan sahaja... :)

      Delete
  12. Sukerrnyer akhirnya setelah lama menanti hehehe

    ReplyDelete
  13. oh my gosh!!... so sweet so cute...sudah jatuh chentakah amzar dan alin???miaaahahah... cik jantung dan cik hati tersenyum jer baca n3 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... cik jantung dan cik hati awak tersenyum..cik jantung dan cik hati saya pun hepi..

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. happy sgt2, penantian yg berbaloi.... da makin cemburu sexy goatee...oh my. thank you byk2 farah. you just made my day. and finally penggunaan perkataan yang betul, 'mahram' sebagai yg di maksudkan dan bukannya perkataan 'muhrim' yang bermakna org yang melakukan ihram haji

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...thanks to seorang adik yang betulkan penggunaan itu. tq delis for reading..

      Delete
  16. pewwwiiitttt!!! suke suke suke!!!! (tepuk2 tangan!)

    ReplyDelete
  17. wahhhhhh..comelllnyeeeeeeeeeee..kena potong kaki gayanye ni..t'lebih gula maa..ahahah..cik farah thanks update walaupon tgh byk keje tu..thanks ni boleh wat sepanjang weekend senyum je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi...jangan sampai potong kaki dear. takut saya! hahaha

      Delete
  18. waaaahhhhhh...x sangka la plak si sexy goatee 2 ngan adik pon jelez ke hahahha....nasib bek x sempat frust goling2 td kalo x mesti kesian kat alin nanti kene dera balik. huh??? adakah nanti akan bawa masalah besar kat alin bila cik tina jeling sudah x puas ati n dengki ngan dia dah 2...nampak gaya hidup alin pon x kan nye aman dengan mudah nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tina jeling tu sebeanrnya.... tunggu episode akan datang eh.. :P

      Delete
  19. Fini Mohd Salim23 March, 2013 09:56

    Seriously can't get enough of this Farah. aarghh too sweet mcm nak kena kencing manis. Alin is sooo cool. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. arghhh...bahaya ni kalau semua orang pakat nak dapat kencing manis! hahaha

      Delete
  20. best3x..berbaloi tunggu..dah xleh berhenti nak sengih jer ni..hehe
    tp mak mmg super cool la..xde adengan kejar-mengejar pun(over la ko alin),tp 'menantu random' mak dpt bekal karipap..
    lepas ni leh tukar jd menantu kesygan plak kensss..kihkihkih

    tqvm..Cik Farah Husain.. ;)

    ReplyDelete
  21. Gelak nak gila... kelakar betul dua org ni. Padan le tu.. I like!

    ReplyDelete
  22. Ouhh my.. senyum smpai ketelinga dah nii..

    ReplyDelete
  23. Cik jantung..cik hati... sila bawak bertenang, jangan nak angau sngt lerr... huhuu... kak farah... miza,angau sampai ke langit da ni =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik, tolonglah jgn angau sgt. risau akak ni!

      Delete
  24. Wakakakaka!!! Skodeng anak teruna org smpi jatuh? Mujur la tak patah gigi dua puntung. Kalau tak naya je si sexy potong duit hntarn. Senyum dr awal smpi hbis. Tenkiu kak farah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina, jgn ikut perangai skodeng anak teruna orang sampai jatuh eh...

      Delete
  25. wah..sweet gitu..cik jntung kita pn nk tegolek klo dpt pkwe mcm amzar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada Amzar dalam diri semua lelaki... kena cari je. :P

      Delete
  26. ♡♥♡♥♡♡♡♥♡♥♥♡♥♡♥♡♥♡♥ it so much

    ReplyDelete
  27. salam dik...it's awesome..E3 yg sungguh sungguh mengubat rindu setelah bebrp hari menunggu dengan penuh kesabarannya..
    Wah..tak sangka pulak dalam office dia pun ada org yg jeles giler dengan hubungan yg pada dasar dan pandangannya sahaja hanya antara boss dan pekerja tetapi disalah ertikan oleh si Tina jurutera yg sengal yg perasan diri dia cantik..dan mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya minah sengal itu tahu yg mamat sengal boss dia telah menghantar minah ni keklinik dan juga kerumah..
    kelakar juga melihat mereka bergaduh gaduh ala ala manja gitu diklinik hingga org salah sangka yg mereka adalah sepasang suami isteri yg tidak bersefahaman..nampak mmg macam comel saja perilaku mereka berdua yg tidak mahu beralah kan..
    Akak suka part yg minah tu gediks semacam dengan adik tirinya..kelakar giler sehingga menimbulkan salah sangka kepada mamat sengal tu..dan yg akak peliks kenapa minah tu mesti marah kepada mamat sengal tu sedangkan tujuannya adalah baik kan..dan tertarik dengan mak tirinya yg telah menanggap mamat sengal tu sebagai menantunya dalam pertemuan pertama mereka..macam tak masuk akal juga ya..kenapa perlu mamat tu mengupah seorang penyiasat untuk mengetahui latarbelakang gadis ini sedangkan gadis ini tidak lah seorg gadis yg boleh dikategorikan jahat dan mempunyai niat yg jahat keatas dirinya dan juga companynya..boleh cik writer tlg rungkaikan..

    ReplyDelete
  28. Wahhh. . Writer mmg awesome terbaik lahh. . Best2 teruskan menulis. .

    ReplyDelete
  29. x menahan sungguh dengan panggilan baby utk si adik .... mengelupur si Amzar yeee! siap bekalkan karipap utk bakal menantu yeee Pn. Haniza membuatkan si Alina .... kejung! yeaaahhhhh!!!!

    ReplyDelete
  30. Gatalnya Alin sampai tak perasan yg dah langgar ngan batu

    ReplyDelete