Followers

Google+ Followers

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha



Salam Aidiladha diucapkan kepada pengunjung blog ini. Bagi yang memandu pulang ke kampung tu, aku doakan kalian selamat pergi dan selamat kembali. Berhati-hati di jalanraya. Bagi yang berada di pantai timur aku doakan segalanya berjalan lancar buat kalian. Selamat hari raya aidiladha semua. Mohon maaf kiranya ada tersalah atau tersilap sepanjang perkenalan di alam maya ini.


Wednesday, November 18, 2009

Bengkel Penulisan Thriller & Aksi - Alaf 21




 Gambar diambil dari website Alaf21
Penceremah Bengkel - Encik Ramlee Awang Murshid & Encik Eyman Hykal

Sabtu, 14.11.2009 yang lalu aku bersama dua lagi ahli AVA, Zuliana Abuas a.k.a JuliaEsqa dan  Kak Noorul menghadiri satu lagi bengkel penulisan di Akademi Karangkraf. Bengkel anjuran Alaf 21 ini memfokuskan kepada genre penulisan aksi dan thriller. Penceramah kali ini adalah Encik Ramlee Awang Murshid dan Encik Eyman Hykal. Kedua-dua nama ini memang cukup gah bagi peminat novel aksi dan thriller di Malaysia. Sebut saja nama Ramlee Awang Murshid pasti novel-novel hebat seperti Bagaikan Putri, Cinta Sang Ratu, ADAM dan Mikhail akan muncul dibenak kita. Dan novel aksi Meniti Maut karya Encik Eyman, memang mengagumkan.

Bengkel ini memang menyeronokkan dan seperti biasa banyak tips yang peserta perolehi khususnya dalam menghasilkan novel genre aksi dan thriller. Walaupun asasnya sama seperti mana kita menghasilkan genre novel yang lain, ada beberapa elemen tambahan yang perlu dimasukkan bagi genre aksi dan thriller.  Kami diajar tentang cliff hanger, hook dan macam-macam lagi. Sewaktu bengkel ini juga kami turut berkongsi pengalaman berharga yang dilalui oleh kedua orang penulis ini.  Tentang betapa payahnya Encik Ramlee mencari bahan dan maklumat dalam menghasilkan karya memandangkan ketika beliau mula menulis zaman internet belum lagi bermula! Yang paling aku terharu adalah beliau tidak segan silu menceritakan tentang kekurangan beliau ketika zaman kanak-kanaknya. Siapa sangka kini beliau kini menjadi salah seorang penulis tersohor tanah air. Memang hebat! 
Sesuatu yang disebut di sana membuatkan saya tersenyum sendiri. Perkara yang sama yang saya dengar lewat bengkel anjuran AVA. Malah di blog AVA dan sesi bual santai dengan AK pun perkara yang sama selalu dibangkitkan. Saya sendiri sebenarnya sudah sedar tentang perkara ini dan sekarang sedang cuba memperbaiki sikap saya. DISIPLIN! Walaupun perkataan ini tidak disebut secara jelas sewaktu bengkel tetapi disebalik setiap kata-kata mereka berdua, terselit maksud tersirat tentang hal ini. Untuk anda menjadi penulis, anda mesti berdisiplin. Jangan selalu mencari alasan. Bak kata seorang rakan yang merupakan penulis terkenal, kerana dia minat menulis dalam sehari dia akan memperuntukkan masa untuk menulis walau sesibuk mana sekalipun hari yang dilalui. 

Jadi mulai hari ini bagi mereka yang merasakan anda benar-benar minat menulis (termasuk tuan punya blog ini, :P) disiplinkan diri anda. Iya, memang kita sentiasa sibuk dengan kerja dan pelajaran tapi demi minat dalam bidang ini kenapa tidak kita cuba meluangkan sedikit masa untuk menyiapkan karya yang tertangguh itu? Meminjam sedikit tips dari Agensi Villa Akasara:
"Kalau kau tak dapat siapkan satu bab, tulislah setakat beberapa perenggan yang kau termampu. Andai kata hanya mampu satu perenggan, maka lakukanlah. Kiranya tidak dapat juga, memadailah dengan sebaris ayat. Gagal? Maka, selaklah lembaran demi lembaran yang telah dituliskan. Di situ nanti, ilham akan menjelang tiba sekiranya kau tidak memburu ilham di tubir benak."

Satu tips lagi dari Encik Ramlee yang wajar dipraktikkan oleh semua ialah DOA. Mulakan segalanya dengan doa dan istifhar agar perjalanan kita dalam bidang ini dipermudahkan. Kerana segalanya dalam dunia ini datang dari Allah S.W.T.  Idea, inspirasi, ilham hanya akan datang jika diperkenankan oleh-Nya. Jadi berdoalah sentiasa kerana Allah Maha Adil, Allah Maha Pemurah. Mintalah apa sahaja, Insya-Allah akan dimakbulkan.
Bulan hadapan satu lagi proses pencarian ilmu akan aku hadiri. Kali ini bengkel penulisan novel anjuran AVA yang akan dikendalikan pemudahcara Puan Nisah Hj. Haron. Bengkel kali ini memerlukan peserta menghantar sinopsis dan satu bab novel yang sedang diusahakan peserta. Dan sekarang aku sedang mencari-cari lagi sinopsis yang mana satu harus dibengkelkan...


Bersama peserta bengkel di Akademi Karangkraf
(Gambar diambil dari website Alaf21)



Sesi Bengkel
(Gambar diambil dari website Alaf21)




Makan tengahari - Terima kasih untuk hidangan yang sedap-sedap tu.. :)
(Gambar diambil dari website Alaf21)



Bersama Ramlee Awang Murshid, anak beliau dan Zuliana
(Gambar diambil dari kamera aku...hehehe)

Terima kasih kepada pihak Alaf 21 kerana mengangurkan bengkel penulisan aksi dan thriller ini. Menyeronokan dan tidak puas rasanya mendengar bicara Ramlee Awang Murshid dan Eyman Hykal. Dan seronok juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru dalam bidang ini . Semoga bengkel seperti ini akan diadakan lagi dimasa akan datang.


Monday, November 9, 2009

Zzzzz....



Aku di office dengan selsema dan batuk yang menjadi-jadi. Nak MC terasa rugi sangat sebab dah setengah hari berada di ofis. Nak tak nak, aku terpaksa juga makan ubat. Akibatnya aku menjadi begitu mengantuk! Huwaaa....benar-benar berharap jarum jam segera ke 5.30 petang!


Thursday, November 5, 2009

The Time Traveller's Wife



Semalam filem lakonan Eric Bana dan Rachel McAdams ini menjadi pilihan kawan baik aku Jo, untuk dijadikan filem melepas tekanan final examnya. The Time Traveller's Wife merupakan filem yang dibikin berdasarkan sebuah novel yag mempunyai judul yang sama.  Penilaian aku? Dari lima bintang, aku hanya boleh berikan 2.5*** sahaja. Maaf, aku tak dapat nak connect dengan filem ini. Mungkin harapan aku terlalu tinggi memandangkan aku pernah membaca novel karya Audrey Niffenegger ini sedikit masa dulu. Membaca novelnya lebih meninggalkan kesan berbanding menonton filem ini semalam. Hahaha...air mata aku mengalir dalam bab-bab terkahir di dalam novel ini dan semalam, ketika babak yang sama, aku tak dapat merasakan kesedihan yang dirasai Claire bila mendapat tahu yang suaminya akan mati. Teman aku Jo, dah tersedu sedan di sebelah aku.
Secara peribadi aku kurang gemar menonton filem yang diadaptasikan dari bestselling novel ini. Tengok saja apa yang terjadi pada Twilight, The Notebook, P.S I Love You, Message in A Bottle, Angels and Demons, etc (sekadar menyebut beberapa tajuk). Filem-filem ini tidak memberikan aku kepuasan seperti mana yang aku rasakan jika membaca novel. Mungkin kerana aku ini book person jadi aku lebih gemarkan buku dari filem. Bagi aku melalui novel aku lebih menghayati apa yang dilalui oleh watak-watak di dalamnya. Aku bebas membayangkan di dalam fikiran apa yang sedang dibaca. Jadi, bila novel itu dijadikan filem dan apa yang aku tonton berbeza dengan apa yang diimaginasikan, aku jadi kecewa.
Aku tahu, mana mungkin pembikin filem dapat mengikut 100% apa yang tertulis di dalam novel kerana tidak semua yang tertulis mampu divisualkan contohnya jika ia berkaitan dengan emosi dan perasaan. Di sini, yang memainkan peranan adalah pelakon yang mendukung watak tersebut. Jika tersilap pilih pelakon, memang hancurlah karya itu. Aku sendiri tidak tahu bagaimana sebenarnya pembikin filem memilih apa yang patut dan apa yang tidak patut dimasukkan di dalam filem (kita masih bercakap mengenai filem yang diadaptasi dari novel). Mungkin soalan ini boleh ditanya kepada Tuan Shahrul Ezad ketika Bengkel Penulisan Skrip Drama tahun depan. Hmmm...have to take note on this.
Hujung bulan ini ada satu lagi filem yang diangkat daripada novel akan ditayangkan. Filem yang ditunggu-tunggu bagi peminat Twilight Saga. New Moon bakal ditayangkan di pawagam pada 27.11.2009. Memandangkan umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban ketika itu, maknanya hanya pada awal bulan 12 sahajalah aku dapat memenuhi janji dengan kawan baik aku tu. Apa-apa pun, kali ini aku tak nak letakkan harapan yang tinggi. Aku akan pergi menonton tanpa memikirkan yang aku sudah membaca novelnya. Benda yang susah nak dilakukan tapi terpaksa juga dibuat agar tak merasa kecewa...