Gambar diambil dari website Alaf21
Penceremah Bengkel - Encik Ramlee Awang Murshid & Encik Eyman Hykal
Sabtu, 14.11.2009 yang lalu aku bersama dua lagi ahli AVA, Zuliana Abuas a.k.a JuliaEsqa dan Kak Noorul menghadiri satu lagi bengkel penulisan di Akademi Karangkraf. Bengkel anjuran Alaf 21 ini memfokuskan kepada genre penulisan aksi dan thriller. Penceramah kali ini adalah Encik Ramlee Awang Murshid dan Encik Eyman Hykal. Kedua-dua nama ini memang cukup gah bagi peminat novel aksi dan thriller di Malaysia. Sebut saja nama Ramlee Awang Murshid pasti novel-novel hebat seperti Bagaikan Putri, Cinta Sang Ratu, ADAM dan Mikhail akan muncul dibenak kita. Dan novel aksi Meniti Maut karya Encik Eyman, memang mengagumkan.
Bengkel ini memang menyeronokkan dan seperti biasa banyak tips yang peserta perolehi khususnya dalam menghasilkan novel genre aksi dan thriller. Walaupun asasnya sama seperti mana kita menghasilkan genre novel yang lain, ada beberapa elemen tambahan yang perlu dimasukkan bagi genre aksi dan thriller. Kami diajar tentang cliff hanger, hook dan macam-macam lagi. Sewaktu bengkel ini juga kami turut berkongsi pengalaman berharga yang dilalui oleh kedua orang penulis ini. Tentang betapa payahnya Encik Ramlee mencari bahan dan maklumat dalam menghasilkan karya memandangkan ketika beliau mula menulis zaman internet belum lagi bermula! Yang paling aku terharu adalah beliau tidak segan silu menceritakan tentang kekurangan beliau ketika zaman kanak-kanaknya. Siapa sangka kini beliau kini menjadi salah seorang penulis tersohor tanah air. Memang hebat!
Sesuatu yang disebut di sana membuatkan saya tersenyum sendiri. Perkara yang sama yang saya dengar lewat bengkel anjuran AVA. Malah di blog AVA dan sesi bual santai dengan AK pun perkara yang sama selalu dibangkitkan. Saya sendiri sebenarnya sudah sedar tentang perkara ini dan sekarang sedang cuba memperbaiki sikap saya. DISIPLIN! Walaupun perkataan ini tidak disebut secara jelas sewaktu bengkel tetapi disebalik setiap kata-kata mereka berdua, terselit maksud tersirat tentang hal ini. Untuk anda menjadi penulis, anda mesti berdisiplin. Jangan selalu mencari alasan. Bak kata seorang rakan yang merupakan penulis terkenal, kerana dia minat menulis dalam sehari dia akan memperuntukkan masa untuk menulis walau sesibuk mana sekalipun hari yang dilalui.
Jadi mulai hari ini bagi mereka yang merasakan anda benar-benar minat menulis (termasuk tuan punya blog ini, :P) disiplinkan diri anda. Iya, memang kita sentiasa sibuk dengan kerja dan pelajaran tapi demi minat dalam bidang ini kenapa tidak kita cuba meluangkan sedikit masa untuk menyiapkan karya yang tertangguh itu? Meminjam sedikit tips dari Agensi Villa Akasara:
"Kalau kau tak dapat siapkan satu bab, tulislah setakat beberapa perenggan yang kau termampu. Andai kata hanya mampu satu perenggan, maka lakukanlah. Kiranya tidak dapat juga, memadailah dengan sebaris ayat. Gagal? Maka, selaklah lembaran demi lembaran yang telah dituliskan. Di situ nanti, ilham akan menjelang tiba sekiranya kau tidak memburu ilham di tubir benak."
Satu tips lagi dari Encik Ramlee yang wajar dipraktikkan oleh semua ialah DOA. Mulakan segalanya dengan doa dan istifhar agar perjalanan kita dalam bidang ini dipermudahkan. Kerana segalanya dalam dunia ini datang dari Allah S.W.T. Idea, inspirasi, ilham hanya akan datang jika diperkenankan oleh-Nya. Jadi berdoalah sentiasa kerana Allah Maha Adil, Allah Maha Pemurah. Mintalah apa sahaja, Insya-Allah akan dimakbulkan.
Bulan hadapan satu lagi proses pencarian ilmu akan aku hadiri. Kali ini bengkel penulisan novel anjuran AVA yang akan dikendalikan pemudahcara Puan Nisah Hj. Haron. Bengkel kali ini memerlukan peserta menghantar sinopsis dan satu bab novel yang sedang diusahakan peserta. Dan sekarang aku sedang mencari-cari lagi sinopsis yang mana satu harus dibengkelkan...
Bersama peserta bengkel di Akademi Karangkraf
(Gambar diambil dari website Alaf21)
Sesi Bengkel
(Gambar diambil dari website Alaf21)
Makan tengahari - Terima kasih untuk hidangan yang sedap-sedap tu.. :)
(Gambar diambil dari website Alaf21)
Bersama Ramlee Awang Murshid, anak beliau dan Zuliana
(Gambar diambil dari kamera aku...hehehe)
Terima kasih kepada pihak Alaf 21 kerana mengangurkan bengkel penulisan aksi dan thriller ini. Menyeronokan dan tidak puas rasanya mendengar bicara Ramlee Awang Murshid dan Eyman Hykal. Dan seronok juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru dalam bidang ini . Semoga bengkel seperti ini akan diadakan lagi dimasa akan datang.
Salam farah..taniah ya semoga jadi penulis yang punya ilmu dalm penulisan..kalau nak berjaya dalam sesuatu kita kena ada ilmunya dan disiplin amat penting..bukan setakat nak jadi penulis pun kena ada disiplin,liza nak buat kek pun kena ada ilmu dan yg penting disipilin juga..he..he..agak2 apa disiplin liza buat kek ya?he..he..semoga dgan adanya krusus ni farah berjaya jadi penulis..menulis kerana minat dan cinta bidang tu, farah..selamat berjaya..liza nantikan kejayan mu dgan terhasilnya buku hasil tulisan farah dipasaran..he..he..dapat lah liza 1buku free sekali dgan ttg farah..liza jadi peminat ja..
ReplyDelete