First cut is the
deepest. Baru sahaja punggung
mencecah kerusi, lagu nyanyian Sheryl Crow itu kedengaran di dalam restoren.
Alin tersenyum kecil. Ironi. Pengurus restoren ini macam tahu-tahu saja yang
dia sekarang sedang berhadapan dengan first love dan first cut dia.
Dia pandang wajah Hairi yang sedang meneliti menu di tangan. Tak banyak
yang berubah tentang lelaki ini. Mungkin kini wajah itu nampak lebih dewasa. Kacaknya
masih seperti dulu. Kulit cerah bersih. Bibir masih lagi merah tanda tidak
pernah menghisap rokok. Lesung pipit di sebelah pipi kanannya yang pernah
menjadi igauan dia dahulu semakin dalam pula dilihatnya.
“Two sirloin steak with black pepper sauce and two ice lemon tea.”
Hairi buat pesanan pada pelayan yang setia berdiri di sisi mereka.
Alin angkat kening sebelah. Dan perangai yang satu ini juga masih tidak
berubah. Tak tanya dia apa-apa, terus buat order? I don’t even like black
pepper! Kalau dulu dia anggap apa yang Hairi buat ini menunjukkan sikap
gentleman lelaki itu. Terasa diri dimanjakan kononnya bila semuanya diuruskann
Hairi. Oh, bodohnya kita dulu cik hati, kan?
“Sorry. Make that one sirloin steak and one ice leman tea, please.”
Alin ukir senyuman terpaksa pada si pelayan. Muka si pelayan dah nampak serba
salah. Mungkin dah mula terasa aura marah yang muncul dari dia.
“Alina? You tak nak makan ke?” Soal Hairi.
“No.” Ringkas jawapan Alin.
“Alina…”
Alin angkat tangan. “You ajak jumpa sebab nak bercakap dengan I, kan?
So talk! I tak ada masa nak makan ni semua.” Tegas Alin bersuara.
Hairi tarik nafas dalam. Dia bercakap sesuatu pada si pelayan yang
membuatkan pelayan itu pergi meninggalkan meja mereka. Kemudian Hairi kembali
memberi tumpuan pada dia.
“I miss you.” Ucap Hairi.
Alin dah juling mata ke atas. Ucapan Hairi dibiar tak bersambut.
“You macam mana sekarang?”
“Macam yang you tengoklah. Alive and still kicking!” Jawab Alin
bersahaja.
Hairi mengosok belakang lehernya. Alin tahu, itu tanda dia sedang cuba
menenangkan hati. Wow! Tak sangka walaupun sudah bertahun-tahun mereka tidak
bersama, dia masih ingat lagi setiap gerak lelaki itu.
“Alina…” Lembut Hairi sebut nama dia.
Tapi kesannya tak sama macam dulu. Kalau dulu, setiap kali suara itu
menyebut namanya dengan nada yang sama, cik jantung dia akan berdebar kuat. Cik
hati pula mula berbunga-bunga. Tapi sekarang, cik jantung dan cik hati hanya static
tanpa perasaan.
Sos salad sebut lagi romantic! Tiba-tiba cik hati bersuara. Alin pegang
dada. Haip…kenapa pula boleh ingat pada dia ni?! Dia geleng laju-laju, cuba
menghilangkan bayangan sos salad yang perlahan-lahan cuba muncul dalam fikiran.
“Alin, you ok ke?” Tanya Hairi. Pelik agaknya tengok dia
tergeleng-geleng sendiri.
“Err…ya. I’m ok.” Alin tarik nafas dalam-dalam.
“Let’s get this over
with. Kenapa you nak jumpa I?”
Tanya Alin. Dia tak mahu membuang masa lagi.
“I want us to be like
before.” Terus-terang Hairi
nyatakan tujuan dia.
Mata ALin membulat pandangg Hairi. Putus fius ke apa lelaki ni? Dia
sedar taka pa yang dia cakap ini?
“That’s not possible, Hairi.”
“Why?” Tanya Hairi sedikit mencabar.
“You dah gila ke?”
Memang sah ada wayar putus dalam kepala lelaki ini. Boleh dia tanya
soalan bodoh macam itu sedangkan jawapannya memang dah jelas?
“Memang I dah gila! I gilakan you, Alina.”
Alina mencemik. Menyampah. “Oh please! You ingat umur I ni 23
tahun lagi ke? I’m 32, Hairi. I’m older and much wiser. You ingat
senang-senang saja I nak percayakan you lepas semua yang terjadi?!”
Hairi pegang tangan dia. “Please, sayang. Keadaan dah tak sama
macam dulu. I’m not…”
“Stop it! I tak nak dengar!” Alin tarik tangan dia dari
genggaman Hairi. Dia terus capai beg dan bangun. Menyesal sungguh dia bersetuju
nak jumpa dengan Hairi tadi. Kalau dia tak turun jumpa Hairi tadi, dia tak akan
berada di sini mendengar semua ini.
Sos salad pun tak akan marah-marah kita tadi tau! Sekali lagi cik hati
bersuara. Haishh! Jangan ingat dia waktu macam ini, boleh tak?
“Alina, please. Dengar dulu!” Hairi cuba tarik lengan Alin tapi
segera ditepis Alin.
“Jangan berani nak pegang-pegang
I, faham?”
Memang dasar lelaki tak tahu hukum agama! Tak faham ke makna halal dan
haram? Alin terus berjalan keluar tanpa memperdulikan Hairi dan mata-mata
pengunjung restoren yang seronok menonton dia dah Hairi buat drama.
“Alina, stop!” Suara Hairi dah meninggi. Tapi Alin buat tak
dengar.
“Alina, I’m not with her, anymore!” Jerit Hairi.
Langkah Alin terhenti. Cik jantung dan cik hati dah mula menggigil
menahan rasa.
Tiba-tiba dia terasa hangat tubuh Hairi dekat di belakangnya. Cik
jantung dah berdegup kencang.
“I’m not with her
anymore, sayang.” Bisik Hairi
dekat dengan telinganya.
Alina terpaku.
Seperti biasa, selepas waktu pejabat Amzar terus ke gym. Fikirnya semua aktiviti fizikal yang akan
dilakukan di gym akan membuatkan dia lupa dengan cik kerani tapi entah kenapa
makin kuat pula bayangan cik kerani muncul di fikiran. Tak kiralah berapa laju
dia berlari di atas treadmill, atau berapa berat weightlifting yang dibuat, bayangan
Alina Suffiya sedang menaiki kereta milik Hairi tadi tak mahu hilang dari benak
dia. Sudahnya hanya sejam sahaja dia berada di sana.
Keluar dari gym Amzar tak terus pulang ke apartmentnya sebaliknya dia
terus memandu pulang ke rumah keluarganya. Kepalanya sedang serabut. Satu
sahaja lagi cara yang tinggal untuk dia hilangkan kekusutan dalam kepala. Berenang!
Dia tiba di rumah selepas Isyak. Papa dan Alongnya masih di masjid. Yang
ada hanya mama, dua orang adik kembarnya, Zarith Adila a.k.a Didi dan Zarith
Amiza a.k.a Mimi dan sepupunya, Soraya yang baru selesai solat. Mereka sedang
sibuk menyiapkan hidangan makan malam sewaktu dia melangkah masuk ke dalam
rumah.
“Eh, mimpi apa Angah balik sini hari ni?” Tanya Zarith Adila.
“Balik rumah keluarga sendiri pun nak kena tunggu mimpi ke?” Keras dia
menyoal semula sampai terkedu si adik dibuatnya.
Melihat air muka si adik dah berubah warna, Amzar tarik nafas dalam.
Rasa kesal muncul dalam diri sebab melepaskan geram pada orang tak bersalah.
“Sorry, Didi. I’m a bit
tired.” Kepala si adik digosok
lembut.
Si adik hanya senyum nipis. Dah biasa sebenarnya dengan perangai ala
perempuan PMS si abang.
“It’s ok. I’m used to
it.” Jawab Didi selamba sebelum berlalu ke dapur.
Amzar mengeluh panjang. Si adik dah merajuk! Dia pandang wajah Soraya
dan Zarith Amiza, konon nak minta pertolongan pujuk si adik tapi kedua-dua dah
angkat tangan tak mahu terlibat.
“Dahlah tu, Amz. Kejap lagi baiklah adik awak tu. Pergi naik mandi dan
solat. Sekejap lagi papa dan Along balik kita makan sama.” Akhirnya mamanya
bersuara.
Amzar mengangguk lemah. Ya, kejap lagi eloklah adik kesayangan dia itu.
Didi, memang jenis cepat merajuk tapi cepat juga hilang rajuknya. Kaki terus
menapak ke tangga menuju ke biliknya di atas. Dia mandi dan solat. Setengah jam
kemudian dia turun ke bawah. Kesemua ahli keluarga dah sedia menunggu di ruang
makan untuk makan malam.
Selesai makan malam si kembar dan Soraya laju mengemas meja makan.
Datin Zubaidah pula terus ke dapur menyiapkan pencuci mulut. Amzar dan Zafril
ke ruang tamu bersama papa mereka. Sementara menunggu mereka yang di dapur ke
depan, mereka berbual-bual tentang hal pejabat.
“So, how’s thing with
Salam Consultant, Angah?”
Tanya Dato Yusof.
“So far so good, papa. Angah bagi tempoh sebulan lagi, the firm
will get back on track.” Jawab Amzar yakin.
“Alhamdulillah. Senang hati papa dengar. Harap-harap lepas ni Pak Su
awak tu belajarlah dari kesilapan. Jangan terlalu nak lepas tangan sangat.”
Amzar mengangguk setuju. Harap-harapnya begitulah. Kalau tidak sia-sia
sahaja usaha yang dilakukan selama ini.
Tak lama selepas itu Datin Zubaidah ke hadapan bersama Soraya dan si
kembar bersama buah epal yang sudah dipotong-potong kecil.
“Jom main scrabble?” Ajak Soraya sambil memegang kotak Scrabble.
Zafril dan si kembar bersetuju. Hanya Amzar yang menolak. Dia tak ada
mood nak bermain permainan perkataan itu dalam keadaan kepala dia yang kusut
dengan cik kerani.
“Angah Amz ni kan, betullah kata Kak Alin. Membosankan!”
Tersirap darah Amzar dengar kata-kata Soraya. Belum sempat dia hendak
menempelak cik sepupu, Datin Zubaidah dah bersuara.
“Kak Alin mana pula ni?” Tanya Datin Zubaidah. Nama itu macam pernah
dia dengar tapi dia tak ingat di mana.
“Ala mama, bakal menantu olok-olok mama tu, lah.” Zafril jawab selamba.
Darah Amzar makin menyirap. Wajah Zafril dipandang tajam tapi alongnya
hanya buat muka tak tahu.
“Hah? Macam mana pula Aya boleh kenal dia?”
“Laa, kan ke Kak Alin kerja dengan Angah Amz, Mama Zu.” Balas Soraya.
Mata Datin Zubaidah membulat. Terkejut dengan berita yang baru
didengar. “She’s working for the company, Amz? Kenapa mama tak tahu?”
“Tanyalah anak kesayangan mama tu!” Amzar mencebik ke arah Zafril.
“Along? You know about this?”
Zafril mengangguk. “Along yang rekomen dia kerja di Prima Group. Papa
pun tahu.”
Datin Zubaidah pandang wajah suaminya yang ralit membaca tafsir di
tangan.
“Papa? You know about
this?”
Dato Yusof mengangguk. Datin Zubaidah mendengus geram. “Kenapa mama tak
tahu langsung?”
“Bukannya hal besar mana pun mamanya.” Jawab Dato Yusof bersahaja.
“Tak besar abang kata? Abang tak ingat ke gambar-gambar yang tersebar dalam
internet tu? Kalau orang-orang tu tahu perempuan tu kerja di syarikat kita,
dengan anak kita ni, makin besarlah hal ni jadinya!” Suara Datin Zubaidah dah
mula tegang.
Dato Yusof mengeluh panjang. “Bawa bertenang, Zu. Dalam gambar tu
bukannya jelas pun muka perempuan tu. Orang tak tahu pun siapa dia.” Ujar Dato
Yusof tenang.
“Alina.” Tiba-tiba Amzar bersuara.
“Apa dia, angah?” Soal Dato Yusof.
“Her name is Alina.
Stop calling perempuan tu, please.” Jawab Amzar tegas.
Datin Zubaidah terpempan. Terkejut pun iya mendengar nada suara si anak
yang agak defensive itu. Lain macam sahaja anak aku ni. Ada apa-apa ke? Dia
pandang wajah suaminya di sebelah. Dato Yusof dah mengulum senyum. Kemudian dia
pandang pula wajah anak sulungnya. Macam suaminya tadi, si anak sulung pun
sedang tersenyum penuh makna. Makin tak senang hati dibuatnya.
“Angah, you do remember what I said before, kan?” Tanya Datin
Zubaidah.
Amzar dah gosok dahi. Oh Tuhan, not that again!
“Clock’s ticking, Amz. Kalau tak ada juga, mama masuk pinang Helena
saja.” Datin Zubaidah ingatkan semula kata dua yang diberi pada si anak
beberapa minggu lalu.
“Mama…” Amzar bersuara lemah. Kenapalah hari ini semua benda
menyakitkan hati terjadi dalam hidup dia?
“I meant every word, Angah. Find a wife, a.s.a.p. atau mama masuk
pinang Helena!”
“Mama, Helen tu kawan baik Amz, ma!”
“Which is better sebab awak dah kenal hati budi dia daripada entah
mana-mana perempuan yang tak tentu hala perangainya!” Bebel Datin Zubaidah.
Amzar tarik nafas dalam, cuba tenangkan diri. Ingat Amz. Ini mama.
Jangan berani tinggikan suara!
“Annoying. A.n.n.o.y.i.n.g.” Tiba-tiba Zafril bersuara dari tempat
mereka bermain Scrabble.
“That’s 20 marks for you, Along. Impressive!” Puji Soraya.
Amzar menjeling abang dan adik beradiknya. Kenapa rasa macam Along
tengah perli aku je ni?
“Amz, mama serius ni, tahu?!!” Datin Zubaidah kembali ke topic tadi.
“Mama…” Amzar dah tak tahu nak cakap apa. Memang serabut!
“Mama tak kira, mama nak…” Belum sempat Datin Zubaidah habiskan ayat,
Dato Yusof dah potong.
“Zu…”
Datin Zubaidah pandang wajah suaminya.
“Jom naik atas. Badan abang lenguh-lenguh ni. Tolong urutkan.” Pinta Dato
Yusof selamba.
Muka Datin Zubaidah berubah rona. Anak-anak dah mula ketawa kecil. “Abang
ni! Malulah...”
“Laa…nak malu apa? Bukan nak buat apa pun. Abang minta tolong urut saja
pun. Lainlah kalau…” Dato Yusof dah senyum mengusik.
Tak tahan kena giat dengan suami dan digelakkan dek anak-anak, Datin
Zubaidah terus bangkit dan berjalan laju naik ke atas. Dato Tusof dah ketawa
besar.
“Angah…” Dato Yusof memanggil Amzar lembut. Amzar pandang papanya.
“Niat mama tu baik walaupun cara dia tu agak extreme. Ingat tu, hmmm?” Pesan
Dato Yusof sebelum naik ke atas.
Amzar mengangguk faham. Ya. Dia tahu niat mamanya baik cuma dia tak
suka didesak macam ini. Bukan dia tak nak kahwin tapi hati dia belum jumpa yang
berkenan lagi. Helena? Wanita itu kawan baiknya sendiri. Sayang dia pada Helena
serupa macam sayang dia pada Soraya dan adik beradiknya. Helena juga berkongsi
rasa yang sama dengan dia. Jadi macam mana dia hendak berkahwin dengan orang
yang sudah dianggap macam adik sendiri?
“Strike. S.T.R.I.K.E. That’s 10
marks for me, kan?”
Lamunan Amzar terhenti dengan suara
Zafril.
“Clerk. C.L.E.R.K. Alaa… 8 mata je?”
Soraya merengek tak puas hati.
“Clerk tu tak mencabar langsung, Aya.”
Ujar Zafril.
Soraya mendengus kuat. “Siapa kata
clerk ni tak mencabar? Silap haribulan boleh buat jiwa orang kacau, tahu?”
Amzar dah mencerun pandang along dan
adik sepupunya. Kenapa dia rasa lain macam sangat dah permainan manusia dua
orang ini?
“Along, cepatlah. Your turn!”
Gesa Mimi.
“Ok. Jealous. J.E.A.L.O.U.S.” Zafril
menyusun perkataan itu di atas papan Scrabble.
“Aya, your turn.” Zafril
singgung lengan sepupunya.
“Hurmm…” Soraya meneliti huruf-huruf
yang ada padanya dan perkataan-perkataan yang tersusun di atas papan Scrabble.
“Aha! Besotted. B.E.S.O.T.T.E.D.” Soraya
tepuk tangan puas hati.
“Wow, Kak Aya! Besotted? Kak
Aya angaukan siapa ni?” Usik Didi.
Soraya ketawa mengekeh. “Bukan Kak
Ayalah. Tapi kenalan Kak Aya. Teruk sangat angau dia sampai kalau kita sebut
nama perempuan tu dia boleh lose control!”
“Serius?” Tanya Mimi.
“Serius!” Jawab Soraya bersungguh
sambil menjeling ke arah Amzar dan berbalas senyuman dengan Zafril.
Amzar dah panas hati. Faham sangat
yang along dan cik sepupu sedang menyindir dia. Dia tak tahu apa yang along dah
sepupunya tahu tentang dia dan cik kerani. Yang dia tahu sekarang, dia perlu
jauhkan diri dari mereka segera sebelum dia melempiaskan rasa geram yang
terkumpul sejak pagi tadi pada orang yang tak bersalah. Tapi sebelum itu…
“Hey, guys. I got a
word for you…”
Semua mata tertumpu kepada Amzar yang sudah berdiri tegak dengan muka
yang tegang. Soraya dan Zafril buat muka tak bersalah.
“S.H.U.T.U.P. How many
marks for that?”
Tanpa menunggu jawapan Amzar terus menghala ke pintu gelangsar. Tak
lama kemudian terdengar air kolam renang di luar berkocak kuat.
Si kembar dan Soraya saling bertukar pandang.
“That’s two words, kan?” Tanya Didi, keliru.
“Angah tu kenapa? Nak naik angin je hari ni?” Soal Mimi, hairan.
“Dia berenang malam.” Didi melirik ke arah pintu gelangsar yang
terbuka.
“Dia tak pernah berenang malam unless dia ada
problem.” Sambung Mimi.
“Something is definitely
wrong with Angah Amz. I wonder
what’s eating him, huh Along Zaf?” Soraya buat-buat bertanya sambil pandang
wajah abang sepupu yang sulung. Mata dikenyitkan sebelah bila melihat Zafril
yang sudah tersenyum simpul. Mereka berdua cukup maklum what’s eating
Zariel Amzar. Jawapannya : Alina Suffiya!
Angah…you’ve got it
bad, bro. Ujar Zafril dalam hati.
Teringat dia perbualan antara dia dengan Alina di lobi Prima Group selepas
waktu pejabat tadi.
“Something’s wrong, Alin?” Tanya dia bila melihat wajah monyok Alin.
Alin tak menjawab sebaliknya ralit memandang wajahnya tanpa berkelip.
“Alin? Kenapa ni? Awak ada masalah ke?”
Mata Alin masih pegun memandang
dia. Risau pula dia melihat keadaan Alin yang macam orang yang tengah
menghadapi masalah besar.
“Alin, kalau ada masalah cuba cakap dengan saya. Kalau saya boleh
tolong, saya tolong.” Dia cuba memujuk Alin.
Tiba-tiba gadis itu mengeluh kuat. “Ada dua kemungkinan sahaja.” Ujar
Alin tiba-tiba.
“Hah?” Dia buat muka pelik. Kemungkinan apa pula ni?
“Pertama, dia anak angkat ibu bapa awak.”
Makin berkerut dahi Zafril dibuatnya.
“Kedua, masa lahir dulu ada mix up di hospital. Macam sinetron tu. Kes
tertukar baby.” Alin terus mengomel tanpa hujung pangkal.
“Whoa! Time up! Apa yang bebelkan ni? Saya tak faham sepatah pun.”
Berkerut-kerut dahi Zafril cuba nak cerna cakap Alin.
“Zariel Amzar! Awak yakin ke dia tu adik sedarah sedaging dengan awak?”
Bersungguh –sungguh Alin bertanya.
Zafril dah terkedu. “Ya Allah, kenapa sampai ke situ fikiran awak ni?”
Alin angkat kedua belah tangan lalu digenggam kuat. “Sebab awak dengan
dia berbeza sangat. Macam langit dengan bumi! Awak baik. Terlalu baik. Tapi
dia? Dia…dia….argghh! There are no words to describe him!”
Zafril dah gosok pelipisnya. “Apa Amz dah buat pada awak?”
“He gave me one strike!”
“Why?”
“Itulah masalahnya! Saya tak tahu kenapa.” Suara Alin dah mula meninggi.
“Cuba awak cerita apa yang jadi sebenarnya.” Pinta Zafril.
Alin pun bercerita dari a hingga z apa yang terjadi sepanjang hari.
Mulanya dia sendiri hairan kenapa Amzar bertindak begitu sedangkan Alin tak
buat apa-apa kesalahan. Tapi sebaik sahaja Alin minta izin untuk pulang dan dia
nampak Alin menaiki kereta yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya,
perlahan-lahan dia mula memahami. Dan
saat dia perpandangkan dengan wajah keruh si adik yang memerhatikan kereta yang
dinaiki Alin berlalu meninggalkan Prima Group, dia dapat jawapan yang
sebenar-benarnya. Amzar sedang cemburu. Amzar sudah angaukan Alin.
Zafril berdiri memandang Amzar yang masih lagi berenang. Dia menggeleng
sambil bibir menguntum senyum penuh makna. “You really got it bad, Angah!”
Cemburu sedang membako...
ReplyDeleteTenkiu chingu,really like this chapter.
ReplyDeleteTenkiu chingu,really like this chapter.
ReplyDeleteBesotted the right word to describe all of us yg slalu skodeng yr blog or fb just to see samada ada n3 baru ke tidak. Suka x 1000 n3 ini...
ReplyDeleteHaha kelakar la part scrabble tu..kekeke
ReplyDeleteThis is what i have been waiting for badly. You made my day. Thanks dear farah.
ReplyDeleteHuiiiii penangan alin buat sos salad x keruan. Besotted hahahaha
ReplyDeletewuhoo.. thnks for update. kelakar la part main scrabble tue. haha. sos salad dah cemburu giler ekk.. hrrmm
ReplyDelete-Lisa-
Angau tahap gaban tuu... si alin pulak... bg sbijiklah kat hairi tu.. menyemak je.. sos salad lagi sedap apa.. oooppsss... hihi
ReplyDeleteur tagline...dr dunia itu ke dunia ini ...i really luv your Dunia Ini....it kept me coming back for more....
ReplyDeleteOyeahhh.. puas hati bace entry ni. :D
ReplyDeleteHadoilaaa cik hati n cik jantung dua dua tak tenang, sian depa
ReplyDeleteJangan Amzar tenggelam dlm kolam tu.. udahlah! Sbb dah pun tenggelam dlm perasaan pd Alin.
ReplyDeleteAduh... Quit playing game with my heart... Approach la amzar... Ayooo, gentlement sikit...
ReplyDeleteHahaha... Good one farah... U nie buat i rasa nak main Scrabble jer.. Hahah.. While reading this entry i was accompanied by pink and nate...'give me a reason'... Somehow it sound so right...
ReplyDeleteHahhhaha...sian amz!!!!
ReplyDeleteJantung n hati tgh rentung
oh my!!! “You really got it bad, Angah!” oh cik jantung dan cik hati melompat2 nie... tq dear farah ;)
ReplyDeleteHahaha...jeles & suke...tp x nk mengaku hokey..
ReplyDeleteSaya sukeeee....!!!!!
ReplyDeletescrabble...that was really a clever move...keep it up cik write
ReplyDeletebest sangat2....hehehe
ReplyDeleteAura org jeles mmg ketara sgtlah....
ReplyDeletealaa..x cukop2.. nak lagi..:)
ReplyDeletecute!!!!!en sos salad jeles ma!!hahaha..cik kerani jgn lyn c hairi tu tau!pemusnah alam tu!haha..along zaf ngn aya mmg daebak!!!haha..terubat rindu kt beliau berdua ni..!^________^
ReplyDeleteYyeahhh.. Ai like!!
ReplyDeleteSian amzar.. He confuse ehh... ;)
Plg kesian alin...asik knaa je. N pls xpyh dh kuar ngn hairi tu.. Eii nyampah! Da xdee org sana br nakk blk cr alin (wlau tatau apa kes hairi nni)
Err..blh x xmo along dia ngnn kwn alin yg mulut jahat tu? Bekesan betoi watak dia smpai la ni ai nnyampahh ngn dia.. Haahahahhaa
Acu
Oh my....cutenya amzzzzz :)
ReplyDeletehehe. amz jeles. amz jeles (smbil tpuk2 tgn) =p
ReplyDeletedear fara,
ReplyDeleteam soo happy that i stumbled into your blog! i really like your style of writing and enjoy reading each entry ...luv the characters and will be waiting for the next entry! keep up the great and amazing job! :>
ALA... xsabar nak tg next entry....
ReplyDeleteCemburu dah mula menampakkan taringnya... I loike....
ReplyDeleteEh eh...adiela pun ads kat sini? Terjebak eh? Kiki
Deletesis, sy dh hbskn dh crita nie! yeah! best sngt sngt sngt! keep up sis!
ReplyDeletecemburu tahap cipan rupanya angah ni..alahai..apa yg dibuat oleh familinya yg sah sah mmg suka kan alin.. nikah kan sahajalah sebelum angah menjadi beku..pulak..kan kan..dan tak sangka pulak si Hairi menagih cintanya semula dati alin..adakah alin akan cair..dan apa yg akan terjadi pada angah bila jumpa alin esuk..adakah dia akan menyoal mcm PI atau biarkan sahaja..coz it non of his business..to know..minah tu kan hanya clerknya sahaja..so private life alin kenapa dia sibuk nak ambik tahu kecuali lah..mamat tu mmg ada hati kat Alin..kan..
ReplyDeleteho my ho my! New n3..hehe..evryday den ngechek blog ni tauu..bab ni lawak n amz jeles is hot..hikhik..salam
ReplyDeleteaduhh..payah nak handle bab jiwa kacau neh..
ReplyDeleteTQvm yer cik FH :)
amz jiwa kacau,,tk sbr tggu smbungan
ReplyDeletesuker, suker, suker ..... bila sos salad dah jiwa kacau.......
ReplyDeleteoh,cik jantung n cik hati,please stop melompat2 ea kt dlm sna...hehehe...
ReplyDeleten cik writer,thanks utk n3 yg A.W.E.S.O.M.E ni n wish u all da best to finish all the lines ya... :)
*tetiba rsa nk men scrabble
hahahaa. poyo giler along n the gang main scrabble. mata kelip2 buat muka cute. seriouly, gelak hbis masa tengah baca! hahaha. congrate utk farah sbab berjaya buat cite ni tersangat lah awesome! all the best to you.
ReplyDelete