Followers

Sunday, March 17, 2013

Bab 10 : Dia...Random Guy


Keesokkan harinya, selepas sarapan Amzar mengajak Alina menemaninya bermain golf. Lama rasanya dia tak mempraktikkan skil permainan. Hendak mandi laut, Alin ajak pergi sebelah petang. Katanya hendak tengok sunset sekali. Amzar turutkan sahaja. Dah terlanjur berjanji di bawah cahaya bulan semalam, kan. Disebabkan Alin beriya nak mandi laut, dia tambah lagi sehari tempoh berada di sini.
“Golf?” Tanya Alin.
“Ya. Jomlah…”
Jatuh mood dibuat. Ada ke nak ajak dia main golf? Bosan sungguhlah encik bos ni. Tahukan Amzar, golf itu adalah sukan yang paling membosankan dalam hidup dia? Sungguh dia tak faham kenapa mereka sibuk nak pukul bola semata-mata hendak masuk ke dalam lubang kecil itu. Lagipun suka itu sesuai untuk orang-orang kaya sahaja. Golongan marhaen macam dia ni, setakat layan bola sepak itu bolehlah.
“Tak ada aktiviti lain ke encik?”  Janganlah paksa saya tengok encik golfing.
 Mati kebosanan saya nanti!
            “Habis tu, nak mandi laut you nak pergi petang. Nak buat apa lagi? Spa?”
Spa? Tegak badan Alin mendengar perkataan itu. Seumur hidup, tak pernah lagi pergi spa. “Ada ke?”
Amzar dah juling mata. “You asyik keluar masuk hotel ni, takkan tak nampak sign pasal spa tu?”
Alin gigit lidah. “Tak…”
Amzar tarik nafas cuba menenangkan hati. Remember your promises, Amz. “Ok. Macam ini. You go and get your spa. I nak play some holes. We meet up again for lunch? Let say around 12?”
“Set!” Laju sahaja Alin setuju. Demi spa dan mengelakkan diri dari melihat Amzar bermain golf.
Tepat jam 12, selepas badannya puas dimanjakan di pusat spa tadi, Alin turun menunggu Amzar di lobi hotel. Disebabkan dia tidak tahu ke mana Amzar mahu bawa dia makan tengah hari, dia hanya mengenakan sepasang jeans, blaus ungu yang dihiasi corak bunga-bunga kecil dan tudung bawal rona yang sama.
“Alina…” Suara Amzar kedengaran di belakangya. Dengan senyuman, dia berpusing dan zuppp… jantungnya bagai di panah sesuatu. Drooling! Oh, Tuhan close your mouth, Alin! Sangat tidak adil. Kenapa hanya dengan mengenakan sepasang jeans berwarna biru lusuh, t-shirt berwarna ungu lembut dan sepasang aviator, dia boleh nampak sangat kacak? Eh, t-shirt warna ungu. Oh…serasi bersama nampaknya kita encik!
“You’re ready?” Tanya Amzar. Aduhai…wanginya encik.
“Alina?!” Amzar panggil Alin sekali lagi bila Alin tak berkeli-kelip pandang dia. “Kenapa?” Tanya Amzar.
“Wangi…” Jawab dia tanpa sedar.
“Hah?” Dahi Amzar dah berkerut.
“Err…maksud saya, lobi ni. Wanginya bau. Diaorang pakai air freshner apa eh?” Alin cuba cover malu.
Amzar dah mengeleng. Ada-ada sahaja perempuan ni. “Dahlah. Jom. Nanti lambat.”
“Kita nak ke mana encik?” Tanya Alin sebaik sahaja kereta yang dipandu Amzar keluar dari kawasan hotel.
“Kerteh?”
“Buat apa?”
“Makan.”
“Makan di mana?”
“Mulut!”
Alin mencemik. Ciskek! Buat lawak pula. Oklah. Saya tak kan tanya apa-apa lagi!
Lima belas minit kemudian, mereka sampai ke tempat dituju. Mesra Mall. Nak makan tengah hari setakat di sini saja ke? Buang karan betul nak berahsia bagai! Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah itu, Amzar mengajak dia ke food court. Gerai Nasi Kukus Paka jadi pilihan. Baru sahaja punggung dilabuhkan, tiba-tiba nama Amzar diseru seseorang.
“Hi handsome!” Eh…si cantik manis?
“Hi beautiful!” Balas Amzar sambil ketawa. Amboi…gatalnya bunyi ketawa. Uiks…cik hati, kenapa nak pedih ni?
“And this is…Kak Alina?”
Eh, kenal I ke? Alin angguk.
“Akhirnya! Berjumpa juga kita. Aya asyik dengar nama akak je sejak kelmarin.”
“Err…awak ni?”
Si cantik manis dah bercekak pinggang. “Angah…Introduction please?!”
Amzar tersengih. “Sorry. Aya, meet Alina Suffiya. Alina, my cousin, Soraya.”
Oh, cousin? Cik hati kembal tersenyum. “Hi…Kak Alin.”
“Tau…comellah akak ni. Part tu, angah tak cerita.” Soraya tersenyum penuh makna.
“Cerita?” Alin pandang Amzar semacam. Amboi, mengumpat di belakang ya, encik bos?
“Err…let’s eat. I pergi order.” Cepat Amzar melarikan diri.
Soraya mengekeh. Wajah tak puas hati Alin direnung. Cute. And she can easily unnerve angah. Hmmm…Dalam kepala Soraya, dah mula merencana sesuatu.
***
Balik makan tengah hari, mereka kembali ke Awana. Soraya sudah berjanji akan datang ke hotel selepas asar untuk temankan Alin mandi laut selepas Amzar beriya-riya menolak. Katanya tak suka dengan air laut. Melekit! Manja betul.
Selepas asar, Alin turun ke bawah. Dia sudah berjanji dengan Soraya akan bertemu di kawasan kolam renang hotel. Sampai di kawasan kolam renang, Alin berdiri di bawah sebatang pokok kelapa. Matanya memerhati orang ramai yang asyik bermain di dalam pool. Apalah yang bestnya mandi kolam renang ni. Tak mencabar sungguh! Sempat dia mengomel sendiri. Mana pula si Soraya ni? Ini yang malas nak berjanji dengan orang ni. Tak pernah ada yang tepat!
Terasa penat berdiri, Alin mencari tempat untuk duduk. Sebaik sahaja ternampak sebuah tempat kosong, dia menapak ke sana. Tiba-tiba langkah Alin terhenti. Mata terpaku melihat sesusuk tubuh melangkah keluar dari dalam pool. Oh my! Si sexy goatee ni tengah buat photo shoot untuk GQ Magazine ke apa? Putus nafas. Air liur ditelan berkali-kali. Otak dah kata, pejam mata tapi hati kata, what the heck? Free show. Tengok sajalah!
Alin tarik nafas dalam. How can that man be so perfect? He is definitely sexy! From head to toe. Bukan setakat goatee itu sahaja. Dengan air yang menitik dari rambut ke pipi, jatuh ke dadanya yang bidang dan oh my, those abs. Teringat dia kata-kata Jen tak lama dulu. Rasa nak nips those abs inch by inch. Dan ya…dia pun dah macam ada keinginan begitu. Air liur ditelan lagi.
“Yummy, huh?” Tegur satu suara.
“Uhuh…” Dia jawab senafas. Strawberry and whipped cream yummys!
“Buat kita terfikir hendak buat all the naughty things, right?” Tanya suara itu lagi.
“Oh yes!” Alin bersetuju.
“Tapi kena kahwin dululah!” Tambah suara itu.
Alin ketawa perlahan. Kahwin? Dia dan sexy goatee? Uuuu…otak dah mula bayangkan baju pengantin, bunga rampai dan kompang.
“So, apa lagi? Try you luck lah kak. I’m sure mama will agree. I’ve already love you. And as for Angah Amz, well that can be adjusted. Rasanya dah ada bunga-bunga tu…” Beritahu suara itu sambil ketawa.
Try my luck? Alin dah sengih sendiri. Erks! Wait! Rewind! Mama? Angah Amz? Kenapa bunyi sangat weird? Kenapa pula ada suara asing dengan aku ni? Bukan tadi aku seorang diri, ke? Alin terus toleh ke tepi.
“Arghhhh!!!!” Dia menjerit sampai terduduk dek kerana terkejut. “Auww…” Sakit punggung sebab punggung mendarat atas batu. Soraya, pemilik suara asing dah ketawa berdekah-dekah. Ya Tuhan, Kak Alin ni memang funny! Kalau jadi pasangan Angah Amz yang kejung itu mesti menyeronokkan hidup.
“What’s going on?”
Alin mendongak. Aiyark…sexy goatee dah mari. Aduhai, encik. Tolonglah cover badan  itu dengan tuala. Mata saya ni bukan tahu malu! Isyhhh…bad eyes. Bad...bad eyes!
“You buat apa dekat bawah tu?” Tanya Amzar pada Alin. Alin cepat-cepat bangun. Muka berkerut menahan sengal kerana jatuh tadi.
“Errr…” Nak jawab apa? Nak jawab aku kantoi sebab skodeng anak teruna orang? Mahu kena kejar dengan penyapu kalau mak tahu, ni!
“Kak Alin terlalu asyik menikmati keindahan ciptaan Tuhan sampai terduduk dibuatnya, angah.” Soraya jawab bagi pihak dia sambil cuba menahan tawa dari terus meledak. Alin pandang Soraya. Mata menyalurkan isyarat ‘tolong jangan beritahu akak skodeng dia!’ pada Soraya. Mungkin faham dengan isyarat matanya, Soraya kenyit mata kanannya pada Alin.
“Aya pula buat apa dekat sini?” Tanya Amzar.
“Laa…kan ke tadi Aya dah janji nak temankan Kak Alin mandi laut.”  Soraya menunjukkan tuala yangs udah tersangkut di bahu sambil jari telunjuk diarahkan kea rah laut. Amzar pandang Alin. Atas ke bawah mata dia meneliti diri cik kerani. Cik kerani dia mengenakan sehelai seluar track, t-shirt lengan panjang yang ada gambar icon smiley di dan tudung ekspress. Di leher, tersangkut sehelai tuala berwarna kuning. Comel! Bisik hati dia. Whoaa…where did that come from? Amzar dah kerut dahi.
“You nak pakai macam ini mandi laut?”
Alin belek badannya. Memang dia mandi laut dulu pakai macam inilah. Apa yang tak kenanya?
“Haah. Dah tu, encik nak suruh saya pakai apa?” Dia bertanya pelik.
“Entahnya, angah ni. Takkan nak suruh Kak Alin pakai bikini kot?”
Bikini? Now, there’s a thought. Amzar dah mula senyum sendiri.
Alin dah angkat tangan peluk tubuh. Semacam saja dia tengok senyuman bos dia ni. Senyum gatal pun ada juga rupanya. Isyh…sejak dah masuk fasa berbaik-baik ni, asyik nak tersenyum sajalah pula kerjanya bos dia ini. Seram pula dibuatnya.
“Ehem…” Alin berdehem. “Saya pergi dulu, encik. Jom Aya…” Alin tarik tangan Soraya.
“Eh, wait for me. I nak ikut!”
“Hah?” Alin dah melopong. Mandi laut dengan encik bos? Jangan nak buat hal! Tak mahu!!!
“Jomlah! The more the merrier!” Soraya dah melompat suka. Isyhh…cik sepupu si sexy ni, kena juga dengan aku nanti ni!
“Tak naklah!”
“Laa…kenapa pula Kak Alin? Seronoklah ramai-ramai…”
Alin menggeleng. Dia baru bercadang hendak lepas geram berendam dalam air lama-lama. Lepas ini entah bila lagilah ada peluang hendak nampak laut. Setakat laut di Kuala Selangor, tak boleh kiralah. Bukan boleh dibuat mandi-manda. Kalau Amzar ikut sekali, macam mana dia nak enjoy? Nak jerit-jerit main air? Nak biar diri tu dilambung ombak? Soraya nampak macam orang yang happy-go-lucky. Memang bolehlah nak ajak jerit-jerit sama. Tapi Amzar? Kejung saja rupanya, mana seronok. Bosan jadinya nanti.
“Bolehlah…” Soraya cuba memujuk.
Alin dah tarik muka, muncung mulut. “Tadi pagi kata tak nak join!”
“Tadi pagi, pagi punya cerita. Sekarang I nak ikut!” Amzar berdegil.
“Tak boleh!”
“Nak ikut!”
“Tak boleh!”
“Tell me why?”
“You ni boring!” Alin tekup mulut. Oppsss…terlepas sudah.
Mata Amzar dah membesar. Mulut ternganga tak percaya? “Boring?” Tanya Amzar tak percaya. “You kata I boring?”
Alin dah gigit bibir. “Eh…apa ni?” Dia terjerit kecil bila Amzar mula mendekat. Hailaa…bos. Jantung baru nak stabil ni.
Amzar tersenyum sinis. Boring? Me? Oh, lady you have no idea how fun I can be. Amzar makin mendekat. Tangan diangkat separas dada Alin. Alin telan liur bila tangan itu mula diturunkan. Tiba-tiba…
“Arghhh…encik! Apa ni?” Alin menjerit geram bila tudung ditarik hingga senget dan tuala di bahu ditarik Amzar. “Bagi saya semula!”
Amzar dah berlari ke depan sambil ketawa suka. “You want this back?”
“Yes!” Alin dah hentak kaki. Tudung ekspress di kepala dibetulakan.
“Catch me if you can…” Amzar kenyit mata dan berlari laju menuju pantai.
“Zariel Amzar!” Alin memanggil kuat dan terus mengejar.
Soraya yang tertinggal di belakang sudah tergelak besar tengok keduanya. Kan dah kata, mereka ni menyeronokkan!
***
Beberapa jam kemudian, selepas puas berendam di dalam air laut…
Alin dan Amzar duduk di bawah pondok mengadap laut. Soraya sudah minta diri balik ke rumah. Bayu laut yang bertiup membuatkan tubuh Alin yang masih bersalut baju yang basah, mengigil kesejukkan.
“Sejuk?” Amzar bertanya.
Alin mengangguk sambil mengetap gigi.
“Kalau sejuk, jomlah masuk bilik.” Kesian pula tengok Alin yang dah mengigil. Dah balut badan dengan tuala kuning dia tadi pun masih lagi kesejukkan.
Alin pantas mengeleng. “Tak nak. Nak tengok sunset!” Alin merengek. Ewah…dah macam dengan kekasih sendiri pula aku ni. Bawa beringat Alin. Ini bos kau! Bos!
Amzar hela nafas. Degil! Tuala yang dibalut di tubuhnya ditarik lalu diselimutkan ke tubuh Alin.
“Eh, encik…” Alin terkedu.
“Pakai je…”
“Habis tu encik?” Oh mata, jangan nak mengada jeling otot-otot itu.
“Kulit I tebal. Bukan macam you.”
“Tapi…”
Amzar pandang Alin tajam. Alin terus diam. Faham sangat makna pandangan tajam itu. Dalam masa yang sama hati dah berbunga-bunga. Satu lagi sisi baik encik bos dapat dilihat hari ini. Dia, bila angin kus-kus tak masuk badan, caring juga orangnya. Tambah 5 markah untuk bos!
“So…” Amzar bersuara sambil mata menjeling cik kerani.
Alin angkat kening, menanti kata-kata Amzar.
“I ni masih membosankan lagi ke?” Senyuman tersungging di bibir si sexy.
Dia buat dah. Jangan senyum selalu encik. Nanti saya terjatuh hati, payah nak bangkit balik. “You’re ok, I guess…” Alin angkat bahu.
Amzar mendengus. “Ok? Ok saja?”
“Oklah… naik satu par dari ok. You’re better than ok. Boleh?”
Amzar mengeleng. “No. Give me a straight answer. Ok, better or damn good?”
Alin dah nak jatuh rahang. Tak malunya si sexy ni minta orang puji-puji!
“So?” Tanya Amzar sekali lagi. Tak puas hati selagi tak dapat jawapan. Entah kenapa, hati meronta-ronta hendak tahu pandangan cik kerani tentang dia.
“Eeee…encik ni macam budak-budaklah!” Alin memjawab geram.
Amzar ternganga sekali lagi. Tadi boring, ini macam budak-budak pula? Memang tak sayang mulut cik kerani aku ni. Kalau tak sebab mereka berada di tempat public, dah lama mulut tu jadi mangsa dia! Sudahnya Amzar tarik muka. Merajuk!
Alin curi pandang Amzar yang dah terdiam. Hailaa...macam merajuk sahaja gayanya. Bibir dikemam, nak elakkan dari ketawa meletus. Nanti panjang pula rajuk si sexy walaupun hati lucu melihat wajah si sexy yang sedang memuncung. Nasib baiklah hensem. Taklah buruk rupanya.
“Encik…” Panggil Alin. Diam, tiada jawapan dari orang sebelah.
“Encik…” Dia cuba sekali lagi. Tapi orang sebelah masih lagi diam. Aiyoo…payah juga nak pujuk kalau Zariel Amzar merajuk, ya. Kena tukar strategi. Dulu masa Ijoy merajuk, macam mana dia buat eh?
“Aduh…” Tiba-tiba dia menjerit. Badan ditundukkan dan tapak kaki kanannya digenggam kuat.
“Alina? Kenapa?” Amzar bertanya cemas. Terus dia bangun melutut di hadapan Alin. Dia bertambah panic melihat tubuh Alin terhenjut-henjut macam orang sedang menahan tanggis.
“Alina, you’re scaring me. What’s wrong?” Suara dia dah meninggi. Risau!
Alina angkat kepala. Ketawa yang ditahan sejak tadi akhirnya, meletus juga. Tanda peace diangkat. “Heee...cak!”
“You?!!” Amzar rasa macam hendak cekik-cekik leher cik kerani. Kita risau bagai nak gila, dia boleh buat lawak macam ini?
“Alalala…encik. Janganlah marah. Tak handsomelah!” Pujuk Alin sambil kedip-kedip mata.
Amzar mendengus. Dia bangun dan duduk semula di kerusi tadi. Alin di sebelah masih terus-terusan ketawa. Gembira betul dia petang ni!
“Encik…” Seru Alin. Lembut.
“What?” Mendatar Amzar jawab walaupun hati ada sedikit bergetar mendengar nada panggilan Alin.
“So. Damn. Good.” Sepatah-patah Alin sebut. Ya, bos dia ini taklah membosankan sangat. Bibir menguntum senyum mengingatkan perangai Amzar tadi. Hilang terus sikap kejung-sejuk-beku dia. Amzar yang tadi sangat menyeronokkan.
Amzar tersenyum bangga. “Alina…” Alin menoleh ke arah Amzar. “Look…”  Pandangannya ditala ke arah laut. Alin pantas menoleh. Dada terasa sebak tiba-tiba.
“Subhanallah…cantiknya…” Pemandangan di hadapannya dipandang dengan rasa kagum. Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T. Langit yang tadinya membiru kini sudah bertukar jingga. Perlahan-lahan, bola merah itu mula menghilang di bawah garis cakrawala.
“Encik…cantikkan?” Alin bertanya separuh berbisik.
Di sebelah, tumpuan Amzar bukan lagi pada ciptaan Ilahi di kaki langit tetapi pada ciptaan Ilahi di sisinya. “Ya. Cantik.” Balasnya perlahan. Cantik. Sangat.

98 comments:

  1. ♡♥♡♥♡♥♡♥ it so much! Tq cik writer

    ReplyDelete
  2. Cinta sedang berputik ya??

    ReplyDelete
  3. Dok tunggu-tunggu n3 baru. Happy, tapi balik KL nanti x tahu la mcm mana pulak.

    ReplyDelete
  4. Aiyorkkk..tak tido mlm la lepas ni encik goatee

    ReplyDelete
  5. ♡♥♡♥♡♥♡♥ it so much! Tq cik writer

    ReplyDelete
  6. ♡♥♡♥♡♥♡♥ it so much! Tq cik writer

    ReplyDelete
  7. Romantikknyerrrrrr.... Oh mayy...sweet jaa diorg nie...cepat2 laa kawennnn hehehe..sesuaiii sangattttt

    ReplyDelete
  8. Aaahhhhhhh sweet bangatt!!!

    ReplyDelete
  9. i love it farah.. sekali 2 bab keluar.. tq so much.. so romantic n sweet.. nxt n3 pls.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah janji nak bagi 2, jadi haruslah ditepati.. ;)

      Delete
  10. Alalala. . Cousin dah support tu. . Best lahh lepas ni. . Wuahh. . Terbaikk lahh <3

    ReplyDelete
  11. terbaikk lahhhh ~! :)

    ReplyDelete
  12. aarrgghh... kazen pun satu kepala...bunga2 suka dah kluar... lalalala... ;)

    ReplyDelete
  13. suka2! sweet & sexy..
    specially part strawberry and whipped cream yummys!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... try makan strawberry and whipped cream. :P

      Delete
  14. Saya seriously cant wait for this cerita utk diterbitkan!!!

    ReplyDelete
  15. wwooohhoooo lg sekali!!! sexy n sweeeeetttttttttt kak!!!! i loooiikkeee....=)

    ReplyDelete
  16. best, sweet sangt...tq cik farah..

    ReplyDelete
  17. pergh..ai speechless..menjadikan mereka couple yg secocok..akhirnya mamat sengal sejuk beku tu dah bertukar warnanya..kan.. adakah hubungan mereka ini akan berhenti disini dan akan menjadi berlainan bila menjelang keesukan hari..antara boss dan kerani yg akan disepadankan oleh satu garisan halus iatu jawatan mereka..teruja nak tahu adakah mamat sengal tu mmg ada hati kat minah tu..dan adakah minah tu pun sudah ada hati kat mamat sengal tu pulak dan adakah minah ini akan sambung belajar part time untuk menghabiskan degreenya kini gajinya sudah dapat menampung kehidupan familinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... akak, like you said, garisan halus je tu...

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Alina! behave ur thoughts please! I ni underage tau. Dan jgn nak senyum sngt, u make my face cramp bcos I keep smiling when the word smile appeared..

    “Catch me if you can…” Amzar kenyit mata dan berlari laju menuju pantai.
    The cute side of Amzar is now officially revealed..

    Kak Farah! thanks for da double entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome Aina. Underage? Oh la la... baca dengan hati-hati ye sayang. heheh...

      Delete
    2. Hati-hati? Ngee~ minda dah mlyang smpi planet neptun dah.. dok bysng mr.sexy je ni..

      Delete
  20. Thanx dear suke giler entry ni haish x tido malm dibuatnya

    ReplyDelete
  21. berbaloi sgt2 dok tunggu dr pg td... sweet sgt. smbil baca, rama2 pun dok terbang2 dlm perut ni... hihi

    ReplyDelete
  22. waaaaaaahhhhh!!! den sukeeee :)
    alina So.Damn.Sempoi
    Part kantoi usha anak teruna org lawak wehh kejung perut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AD, jangan diikut perangai skodeng tu ye. hahaha

      Delete
  23. Ehemm... Sexy goatee dah melting...

    ReplyDelete
  24. ♡♥♡♥♡♥♡♥ it so much! Tq cik writer

    ReplyDelete
  25. sy dah angau.. scene yg keluar dr pool tue...oohh la la la.. kekekeke. adoilaaa.. si sexy goatee dah ada bunga2 cinta.. x sabar nk tggu next chappy nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP, pool scene...errrr... gigil tangan saya menulisnya. hahaha

      Delete
    2. LOL~ scene2 yg mcm tue la bikin readers angau and senyum smpai telinga.. waaayy to go girl..!!! :D

      Delete
    3. Ooooo.. what have i donr to my readers? Lol!

      Delete
  26. *gelak sampai kejung* nyaris nak tersembur Nescafe. hahahaha
    Cayalah Farah. Kacau sampai manis meleceh bak kata orang Aloq Staq.kekekeke

    Tahniah. Tahniah. Anda berjaya ^^

    ReplyDelete
  27. sweetness to the max lah!!! dr mula baca asik senyum jaa..haiilaaa

    Thanks cik writer for da mabeles n3~

    ReplyDelete
  28. ohohoho...bad eye bad eye....So. Damn. Good.....

    ReplyDelete
  29. time kaseh cik farah..ni ubat senyum sepanjang hari ni..!haha

    ReplyDelete
  30. CAIR CAIR....... alahai sexy goatie dah mula terpikat ni.... n cik alina oii bukan main free show tu tak nak rugi ehhh.....

    ReplyDelete
  31. Berbaloi tunggu sejak Jumaat... Sweet couple.. :D

    ReplyDelete
  32. hati sudah cair...oh amzar..so sweet of you ... :)

    ReplyDelete
  33. Kahkahkah hahaha hehehe hohoho suke suke suke...... Tqvm Fara love U muah muah

    ReplyDelete
  34. OHHHH XSABAR NYE NAK TUNGGU NEXT ENTRY

    ReplyDelete
  35. encik bos ngan cik kerani ni swwet la..x sabar nk tau next n3..TQ cik penulis..taip laju2 lg..hehe

    ReplyDelete
  36. So sweet tapi mesti byk halangan, kan farah? maklumlah enggang ngan pipit..anyway, still hoping in the end, they will be together....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gee...mahu kena bako blog ni kalau a & a tak end up togther

      Delete
  37. dear... hari ni ada x n3??? meroyan rindu kat cik kerani & en. sexy.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah norana...keletihan minda. Heheh

      Delete
  38. aduhaii..Zariel Amzar dari sisi yg berbeza..sgt menarik..melting2x
    masa baca ni pun jantung dah dup..dap dup dap..ni kan pulak
    alin yg menengok nyer..putus nafas jap..kihkihkihkih

    tqvm cik Farah Husain..<3 <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're very much welcome dimie... (finally, i know your name)

      Delete
  39. Semakin lama makin best la entry farah.. i like♡♡♥♥♡♡ tak sia2 tunggu lama

    ReplyDelete
  40. so sweeeetttt ! oh my ! oxygen please ! bile nak smbung ?

    ReplyDelete
  41. those sweetness i coudnt bear...cant hardly breathe...huhu

    ReplyDelete
  42. Farah sambungler lg plssssss.........

    ReplyDelete
  43. scene yg keluar dr pool tu xtahan btui la..haila alin ni...nasib baik kantoi ngan soraya..kalau kantoi dgn mamat kejung tu baru la....hihihi

    ReplyDelete
  44. suke....suke...suke....soooooo sweet. bila depa akan jd couple nih....x sabar tggu next entry....

    ReplyDelete
  45. SO.DAMN.GOOD!!!

    i like amzar mucho now.. ;)

    tp kan Alin jgn cepat sgt baik ngan dia nih eh.. kang apa2 Alin jugakkkk yg kena

    ReplyDelete
  46. Alin ni gatal ye? dan orang actually enjoy tgk perempuan macam ini? haiiii...

    ReplyDelete
  47. sunset di pantai kijal pada waktu petang...di pantai,...alahai ini kali kedua saya baca novel yang ada sunset di pantai kemudian kat kemaman...ish...wahai cik penulis..kat pantai timur terutamanya kemaman, sunset bukan kat pantai lah wei. kita hanya dapat tengok sun rise ok..tak pernah seumur hidup saya nmpk sunset di pantai kemaman...fakta cek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik/Encik Anonymous (maaf sebab tak ada nama yg ditinggalkan)
      Terima kasih. Ya, saya mengaku tersalah fakta. Dan untuk makluman, versi novel saya dah tukar lokasi.
      Maaf kalau perkara ni menimbulkan rasa tak senang pada diri saudari/saudara.

      Delete
    2. terima kasih kerana sudi menerima komen..tak sabar menunggu novel ini di pasarkan di kemaman..selamat berkarya

      Delete