Followers

Google+ Followers

Tuesday, June 18, 2013

Tempahan : Dia...Random Guy


Alhamdulillah...
Dia...Random Guy bakal berada di pasaran pada penghujung June 2013. Sesiapa yang mahu menempah secara online, boleh berbuat demikian. Boleh terus menempah melalui saya atau terus melalui Idea Kreatif Publication. Email saya di farahusain@gmail.com atau terus kepada langganan.ideakreatif@gmail.com
Terima kasih atas sokongan. Jika ada sebarangan kekurangan dengan naskah ini, saya mohon halalkan segalanya. :)


Saturday, June 1, 2013

Bab 2 : Hanya Dia...Cinta


Dua puluh lapan tahun dia hidup, ini kalai pertama dia jumpa lelaki yang banyak mulut! Oh Tuhan, tak letih ke dia bercakap dari tadi? Sejak dia duduk (lepas dia pulih dari rasa terkejut dia melihat penampilan Adhan Mikhail), dia tak bersuara sepatah pun. Yang bercakap hanya mamat rambut pacak ini. Tanpa henti! Seriously, thanks to Adhan Mikhail, selepas ini kalau ada orang soal dia tentang Ed Hardy dan Chuck Taylor (demi Tuhan dia tak kenal langsung siapa mereka itu!), dia akan mampu jawab dengan cemerlangnya sebab dia dah tahu segala-galanya tentang dua orang manusia itu. Dari tarikh lahir, tempat lahir, bila kahwin, bila mati dan sejarah asal usul dua jenama itu. Semuanya Adhan Mikhail beritahu. Oh Tuhan, this is the worst day ever!
Oh my! Zara rasa nak hantuk kepala ke meja. Shoot me! Now! Zara rasa hendak menjerit kuat-kuat tapi memandangkan keadaan persekitaran tak mengizinkan dia hanya ketap gigi (nak tahan diri dari menempelak Adhan Mikhail), genggam tangan (nak tahan diri dari tangan mencekik leher Adhan Mikhail) dan istighfar dalam hati tak henti-henti (nak menyabarkan diri dari buat dua perkara tadi). Tapi rasa-rasanya kesabaran dia makin menipis. Dan kalau Adhan Mikhail masih teruskan lagi cerita sejarah Ed Hardy dan Chuck Taylor dengan dia…
“And did you know Chuck Taylor was…”
Oh that’s it! Tahap kesabaran dah turun ke angka kosong.
“Adhan Mikhail, SHUT UP!” Akhirnya dia bersuara.
“Ya Allah, kalau you sebut sekali lagi nama-nama tu, I swear I’ll choke you!” Zara capai gelas berisi air kosong di atas meja dan mengenggamnya kuat, membayangkan itu leher Adhan.
“O-key…” Adhan buat muka pelik sambil tarik gelas dari tangan Zara. Kemudian bibir Adhan menguntum senyum. Senyuman yang buat Zara bertambah sakit hati sebab senyuman itu membuatkan hati dia sedikit kacau.
“Stop that!”
“What?”
“Senyum!”
Ketawa Adhan pecah. “Sorry, sweetheart. Senyum itu kan sedekah dan I jenis pemurah.”
Zara mendengus geram. Arghhh! Kenapa ada manusia macam ini dalam dunia ini? Belum pernah lagi dia jumpa manusia yang menjengkelkan macma Adhan Mikhail. Kalaulah tak undang-undang di dunia ini, dah lama Adhan ni kena. Tanpa sedar, Zara capai cutlery knives di atas meja lalu digenggam kuat.
“Whoa! I tahu you tengah geram tapi itu…” Adhan muncungkan bibir ke arah tangan Zara.
“…a bit extreme, don’t you think?” Tanya Adhan bersahaja. Senyuman yang buat hati Zara sedikit kacau itu masih lagi melekat di bibir. Argh! It’s official. I hate his smile! Cutlery knives dihempaskan ke atas meja.
Err…are you ok?”
“No! I’m not ok. You nampak I macam ok ke? Telinga I dah hampir hendak bernanah dengar you bercakap pasal benda yang tak ada kena mengena langsung dengan I. Ed Hardy? Chuck Taylor? Who the hell are they?”
Adhan kecil kecil, menampakkan lekuk kecil di kedua belah pipinya.
“Err…babe, you’re wearing them but you don’t know them?” Soal Adhan bersahaja dengan kening ternaik sebelah.
Zara terpegun seketika melihat senyuman Adhan. Hati sedikit mendidih bila mendengar Adhan panggil dia babe tidak begitu dihiraukan. Tuhan! Kacaknya. Oh tidak, Zara. Fokus! Dia mengeleng laju. Dia tak kacak. Dia tak kacak. Dia tak kacak. Zara ulang benda yang sama dalam hati, cuba untuk psycho diri sendiri agar tak tertarik dengan Adhan Mikhail. Tapi bila mata dia kembali memandang…
Sepasang mata Adhan yang menjadi sedikit sepet bila dia tersenyum…
Hidung mancung yang elok terletak…
Bibir nipis yang sedikit kemerahan…
Lekuk kecil yang muncul di kedua belah pipinya bila dia tersenyum…
And that square jaw…
Zara tahu dia ada masalah baru. Buktinya, jantung dia dah mula berdegup tak menentu. Jadi sebelum masalah itu menjadi lebih besar, baik dia lari!
“I kena pergi.” Zara capai beg, angkat punggung dan terus keluar tanpa memandang sedikit pun ke arah Adhan.
Sampai di kereta, Zara cepat-cepat keluarkan kunci, buka pintu, masuk, kunci pintu dan dia hela nafas panjang. Stereng kereta digenggam kuat, kepala disandarkan ke kerusi. Apa yang dah jadi ni? Semua ini tak ada dalam rancangan dia. Dia sepatutnya datang ke sini, jumpa Adhan, buat perangai sedikit dan berharap Adhan akan reject dia. Tapi lelaki itu boleh senyum pada dia, panggil dia sweetheart dan babe, bercerita dengan dia macam mereka dah berkenalan sepuluh tahun. Dia tak sempat pun nak buat perangai emo-girl macam yang dia rancang dengan Nani. Tapi… Zara tegakkan badan. Dia baru pergi macam itu sahaja, tanpa berkata apa-apa dengan Adhan Mikhail. Sebelum tu sempat juga dia buat perangai macam perempuan psycho depan Adhan tadi (kes cutlery knives). Itu kira buat perangailah, kan? Zara senyum sendiri. Sure dia akan reject aku lepas ni kan? Senyum Zara makin melebar.
“Tok…tok…tok…”
Cermin kereta Zara diketuk. Dia menjerit terkejut. Mata memandang ke luar. Wajah Adhan yang sedang tersenyum lebar kelihatan di luar. Oh Tuhan! Memang dia ni pemurah!
Adhan buat isyarat agar tingkap diturunkan.
“What?” Tanya Zara sebaik sahaja tingkap diturunkan.
“Esok. Pukul 3. We’ll have that talk at your hotel’s coffee house. See you, sweetheart.” Beritahu Adhan sebelum bergerak ke arah sebuah Harley Davidson yang diparkir tak jauh dari kereta Zara. Tak sampai beberapa langkah Adhan menapak, dia berhenti kemudia dia berpusing semula kea rah Zara.
“Zara Harlina…”
Zara yang kembali membelek kad di tangan menoleh ke arah Adhan. Kali ini wajah lelaki itu nampak serius. Tiada lagi senyuman-sedikit-kacau seperti tadi.
“Hope to see the real you tomorrow.”
Zara terkedu. Sambil memandang Adhan yang berlalu pergi, dua perkara terlintas di fikirannya. Pertama, rancangan dia memang tak berjaya. Kedua, dia tak suka Adhan yang serius. TAK SUKA!

Adhan tenung Zara. Tenung dan terus tenung sampaikan Zara tak senang duduk dibuatnya. Sekejap tangan Zara di atas meja. Sekejap tangan dia pegang hujung rambut. Kemudian kembali ke atas meja memegang tisu dah ‘selamat’ diramas dan dikoyak-koyak tadi. Adhan cuba sembunyi senyum. Dia tahu Zara tak selesa sebab asyik direnung tapi dia tak boleh buat mata dia pandang benda lain.
            Semalam bila dia tinggalkan pesan ‘hope to see the real you’, dia tak sangka ini ‘the real’ Zara. Oh, dia tahu Zara Harlina memang manis. Dia dah pernah tengok Zara versi original tak lama dulu cuma ketika itu dia hanya melihat dari jauh. Sekarang bila dah tengok secara berdepan macam ini dia memang totally blown away. Ya. Dia memang tak salah pandang beberapa bulan lalu. Zara Harlina memang sweet and lovely. Rambut ikal paras bahu (Kali ini dengan warna asal tanpa apa-apa pewarna rambut mencacatkan keindahan itu). Mata bundar. Hidung yang kecil. Heart shaped-lips yang hanya dihiasi dengan pelembab bibir. Hari ini tiada lagi t-shirt Ed Hardy, jeans koyak dan kasut Chuck Taylor di tubuh Zara. Hari ini si manis mengenakan blouse berwarna putih dengan corak bunga-bunga kecil, skirt labuh berwarna ungu dan kasut bertumit warna hitam. Yup, this is the sweet and lovely Zara. Bisik Adhan dalam hati. Yang dah mula hendak naik angin, sambungnya lagi bila melihat muka Zara dah mula merah padam. Adhan senyum kecil.
            “Can we talk now? I ada appointment pukul pukul 3.30 nanti.” Tiba-tiba Zara bersuara. Dingin sahaja nadanya.
            “Laa, you ada appointment ke? Kenapa tak beritahu?” Baru ingat nak buat heart to heart talk, gumam Adhan dalam hati sambil mata melirik ke jam di tangan. Dah pukul 3.15! Nampaknya kena lupakan sahajalah heart to heart talk itu. Tapi bila fikir balik ok juga. Adalah lagi peluang dia hendak berjumpa Zara.
            “Last minute appointment. Jadi baik kita bercakap sekarang!” Balas Zara bersahaja.
            Adhan angkat kening.“15 minit untuk bercakap pasal masa depan kita? You serius?” Tanya Adhan. Dan sengaja dia senyum sebab dia tahu Zara tak selesa tengok dia senyum dan bila Zara tak selesa, dia akan naik angin. Dan sejujurnya Adhan suka tengok wajah si manis merah padam menahan rasa geram.
            “Habis tu bila lagi? And would you please stop smiling!”
            Adhan ketawa besar. Kan dah kata!
            “I tak setuju dengan cadangan parents kita.” Ujar Zara tiba-tiba.
            Ok. Nampak gaya Zara memang hendak bercakap sekarang.
            “Dan I rasa you patut minta your parent ambil semula cincin tu.” Zara terus bersuara tanpa beri peluang Adhan mencelah.
            “And why would I do that?” Tanya Adhan selamba.
            Zara buat muka tak percaya. “Which part of ‘I tak setuju dengan cadangan parents kita’ yang you tak faham?”
            “Oh no, princess I faham.”
            “Habis tu?”
           “Yang I faham, you tak setuju. Tapi I tak kata I tak setuju. Jadi kenapa pula my parent yang kena ambil semula cincin tu?” Adhan senyum lagi.
            “Sebab I tak setuju!”
            “So your parentlah yang kena pulangkan cincin.” Balas Adhan acuh tak acuh.
            “Ya Allah, you’re impossible!”
            “Hey, you yang tak setuju, you go and tell your parent. I tak ada masalah nak ikut kata my parent. They want us to get marry, then we’ll get marry.”
            “But I don’t want to get marry!” Beritahu Zara tegas.
            Adhan angkat bahu. “Jadi beritahu perkara tu pada your parent, princess.”
            “I can’t!”
            “Why not, princess?”
            “I just can’t and will you please stop calling me princess?!”
            “Can’t help it. You are a princess. Frog princess.” Balas Adhan bersahaja.
            “What? Frog princess?”
            “Ya. Malam tadi you the ugly frog. Wearing something that obviously isn’t you. But today you’ve turned into a beautiful princess. You’ve turned into the real you.”
Zara nampak terkedu. Mulut macam hendak bercakap sesuatu tapi tiada apa yang keluar dari mulutnya.
“Wow, I buat you terkedu, ya?” Adhan tersenyum nakal.
“It’s frog prince. Bukan frog princess!” Akhirnya itu yang terkeluar dari mulut Zara.
            “Ah…but that’s the Grimms version of fairytale.  In my version, it’s princess. And that princess is definitely you, my princess.”
            “Oh please! Jangan nak cheesy sangat ayat tu, boleh?” Zara mencebik geram.
            “I thought girls like cheesy line.”
            “Not this girl! I hate it. In fact I hate cheese!”
             “Ok. Noted.” Adhan keluarkan iPhone dari dalam jaketnya.
“Tak suka cheese. There, I've made a note in my phone. Lepas ni kalau kita pergi makan, I akan pastikan tak ada makanan yang bercampur dengan cheese untuk you.” Balas Adhan.
            Zara angkat tangan mengalah.
“Ya Allah! Kenapa susah sangat nak bercakap dengan you ni! You faham tak, I tak nak! Tak mahu! T.A.K M.A.H.U!” Sungguhlah dia tak tahu nak guna bahasa apa lagi untuk beri mamat ini faham.
            “Tapi I nak. I mahu. M.A.H.U. Mahu!”
            Zara tarik nafas dalam. Ada pertandingan mengeja ke apa ni? Memang menguji kesabaran betullah dia ini.
“You nak, I tak nak. Encik Adhan Mikhail, marriage is a union between two people. Kalau salah seorang tak ada, tak jadi benda tu.”
            “I tahu.”
            “Dah tu?”
            “Tapi I nak juga.”
            “Why?”
            “Because I want you.” Tegas Adhan menjawab.
            “Why?” Tanya Zara berang.
            “Just because.”
            “Just because is not an answer Adhan!”
“That’s all you’re going to get, Zara.”
Zara mengeleng. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam sambil pejam mata. Sebaik sahaja mata terbuka, wajah Adhan dipandang dalam.
“Adhan, dengar sini. You don’t want to marry me.” Tenang sahaja Zara bersuara.
“Ok. Boleh beritahu I kenapa?”
            “I tak pandai buat kerja rumah.”
            Adhan senyum segaris. Faham sangat apa yang Zara cuba lakukan. Fine, princess. Let’s do it your way.
            “I akan sediakan bibik.”
            “I tak pandai masak.”
            “Restoren ada.”
            “I tak suka basuh baju!”
            “Dobi banyak dekat KL ni.”
“I berdengkur bila tidur!”
            “Many thanks to Nathaniel Baldwin for the invention of headphones.”
            “I suka loud music!”
            “Metallica is one of my favorite band.”
            “I suka baca novel cinta!”
            “I akan set-up kan mini library untuk you.”
            “I…I…” Zara dah kehabisan kata.
            “Out of excuses, princess?” Tanya Adhan.
            Zara kemam bibir. Ya, dia dah habis alasan.
            “Sekarang giliran I pulak.” Adhan bangkit dari kerusi.
            “I nak kahwin dengan you hanya kerana tiga sebab. Sebab kedua…ini kehendak mama dan papa. Sebab ketiga…ini kehendak uncle and auntie…” Adhan berjeda sambil kaki berjalan menghampiri Zara. Sampai di depan Zara dia berhenti dan merenung tepat ke dalam mata Zara.
            Zara telan liur. Dalam berdebar dia juga rasa hairan. Mana sebab pertama? Kenapa terus lompat pergi sebab kedua dan ketiga?
            “What’s your prime reason?” Tanpa sedar mulut dia bertanya dalam nada berbisik.
            Adhan tersenyum penuh erti. Kedua belah tanganya memegang tempat letak tangan kerusi yang diduduki Zara. Badannya dibongkokkan hingga wajahnya dan wajah Zara hanya berjarak beberapa inci. Wajah mulus itu dipandang dengan penuh rasa. Dari kening yang semulajadi terbentuk pandangannya jatuh ke dalam sepasang mata yang redup pandangannya. Kemudian matanya menghala ke tahi lalat yang cantik menghias batang hidung Zara yang kecil. Dari hidung pandangannya melorot ke seulas bibir yang mungil memikat. Lama pandangannya singgah ke bibir yang sedang diketap kuat bakal tunangannya. Melihat wajah Zara yang merah menahan malu, Adhan ketawa kecil. Sekali lagi matanya memandang tepat ke dalam mata Zara.
            “Prime reason?” Dia bertanya perlahan.
“I’ll tell you…” Kemudian bibirnya didekatkan ke telinga Zara, “…on our wedding night.”

Dan Adhan terus berjalan meninggalkan Zara yang terkedu buat sekian kalinya.


Sneak peak #2 Part III
"But if there's a pill to help me forget, God knows I haven't found it yet
But I'm dying to, God I'm trying to, 'Cause trying not to love you, only goes so far
Trying not to need you, is tearing me apart..."
Zara terkedu.
"Damn Zarr. He's really into you!"