Followers

Saturday, January 4, 2014

Bab 5 : Hanya Dia...Cinta


Hujung minggu patutnya dia bermalas-malasan di rumah sendiri selepas penat mengadap kerja pejabat enam hari sebelumnya. Kalau tak beristirehat di rumah pun, waktu inilah dia keluar buat aktiviti kegemarannya dengan geng adrenalin junkies’ dia yang lain. Daki bukit, gunung, jungle tracking, ATV ride atau paling teruk pun pergi wall climbing. Tapi sejak Kak Long hendak kahwin, jadual hujung minggu Zara berubah jadinya. Apa jadi sekalipun, Zara kena balik tunjuk muka di rumah keluarga dia. Tolong Kak Long buat persiapan kahwinnya. Bila Puan Rohana dah keluar mandat, janganlah sekali-kali hendak membantah. Panjang tazkirahnya nanti. Tapi kalau hendak diikutkan macam tak ada fungsi pun dia balik. Nak tolong apa kalau semuanya dibuat bonda tercinta bersama dengan ahli persatuan wanitanya. Zara hanya duduk menjadi penonton di tepi sahaja.
“Isyh…jangan muncung sangat boleh? Kak ngah ikat juga muncung tu nanti!” Sergahan dari Nadine mengejutkan Zara yang tengah mengelamun.
“Kak ngah ni, terkejut oranglah.”
“Berangan lagi! Orang ajak balik suruh menolong, dia boleh pula termenung mengalahkan orang yang nak kahwin pula.” Nadine membebel.
Muncung Zara makin panjang.
“Bukan tak nak menolong tapi semua benda pun orang lain dah buat. Nak tolong buat bunga telur, tangan Zara tak berseni. Nak tolong siapkan goodies, Chik Yah tak bagi pegang. Jadi Zara nak buat apa? Kak ngah nak balik….” Zara dah merengek pada Nadine.
Nadine dah menggeleng laju.
“Tak boleh! Kalau awak nak dengar mama membebel tujuh hari tujuh malam beranilah balik. Lagipun, siapa kata tak ada kerja? Tu…di dapur tu, ada je kerja yang menanti.”
“Dapur? Oh hell no! Kak ngah nak suruh Zara bakar dapur tu ke apa?”
Kali terakhir dia masuk ke dapur (lebih sepuluh tahun yang lalu), hampir sahaja rumah mereka terbakar. Semuanya gara-gara Zara terlupa hendak tutup api dapur gas selesai buat scramble egg. Punyalah asyik makan, dia tak sedar dapur dah berasap. Tahu-tahu sahaja alat penggera dah berbunyi. Nasib baiklah abah pasang smoke detector di dalam rumah. Kalau tidak dah lama jadi arwah agaknya Zara Harlina. Disebabkan peristiwa tu, Zara naik fobia hendak masuk dapur. Sudahnya sampai sekarang dia tak pandai hendak memasak.
“Ada sajalah alasan dia, kan?” Nadine dah cubit lengan si adik.
“Ni nak kahwin nanti kak ngah tak tahulah macam mana nasib si Adhan tu!”
Mata Zara dah membulat. “Eh, apa kena mengena pula dia dalam ini cerita?”
“Aik, itu bukan ke bakal suami awak?”
Zara dah menggeleng laju. “Oh no!!! Zara tak pernah kata setuju pun ok!”
“Awak tak kata, tapi family kita dah kata.”
“Jadi biarlah family kita je yang kahwin dengan dia! Zara tak nak!”
Zara dah tarik muka. Geram. Menyampah. Nak marah pun ada. Tak habis-habis suruh dia kahwin. Macamlah dia dah tua sangat. Baru dua puluh lapan tahun saja pun! Dari kecil sampai besar, tak habis-habis hendak kawal hidup dia. Nak belajar di mana, nak ambil kursus apa, nak kerja di mana, semua nak ditentukan. Bab nikah kahwin ni tak boleh ke dia sendiri yang uruskan?
“You know what, adik. Dari pemerhatian kak ngah, kak ngah tengok dia tu sesuai sangat dengan awak. Dan nampak macam dia sayang saja dekat awak. Yang adik berkeras sangat tak nak dekat Adhan tu kenapa? Apa kurangnya dia?” Soalan Nadine buat Zara terdiam seketika.
Kurang? Sejujurnya memang dia tak nampak apa kurangnya Adhan. Tapi…entahlah! Bila sebut perkataan kahwin dan Adhan dalam ayat yang sama, dia rasa macam ada yang tak kena saja. Dan sayang? Betul ke Adhan sayang dia? Adhan cuma kata Adhan nak dekat dia saja. Nak tak semestinya sayang, kan?
“It’s not him, personally. It’s….” Apa dia? Arghhh! Payah betul dia nak terangkan.
"Kak ngah pernah terbaca satu quote ni. Katanya, pilihlah seseorang yang lebih sayangkan kita kerana orang yang kita sayang mungkin akan meninggalkan kita untuk orang lain yang dia sayang."
 “So?” Dahi Zara berkerut. Apa kaitan quote tu dengan dia? 
"Adik ni slowlah!" Geram dia tengok dahi si adik yang berkerut-kerut.
"Pulak? Kak ngah yang sibuk nak bermadah bagai. Cuba cakap straight to the point. Senang kan?" 
Nadine menggeleng. Kesian Adhan. Nasib kau lah kawan, kau yang nak sangat dekat si blur ni...
“Zara Harlina!” Perbualan dua beradik itu terhenti bila suara Puan Rohana kedengaran di belakang mereka. Kedua-duanya berpaling. Muka Puan Rohana yang nampak macam orang tak puas hati itu buat Zara dah tak tentu arah rasa.
“Ya Allah, dia boleh duduk bersenang-senang dekat sini!” Puan Rohana dah cekak pinggang.
“Kenapa tak pergi temankan Adhan dekat depan tu?” Soal Puan Rohana.
Zara dah ternganga. Temankan Adhan dekat depan? Bila pulak si mamat stubble tu sampai? Kenapa pula dia datang?
"Tunggu apa lagi? Pergilah layan Adhan tu."
“Layan apa pula mama ni? Bila pula dia sampai? Dia datang buat apa? Zara tak ajak pun!”
“Isyh…tetamu nak datang, takkan nak tunggu berajak?”
“Masalahnya apa kena mengena pula dia dengan kita yang nak datang selalu?” Tanya Zara geram. Tak malu ke asyik bertandang rumah orang?
“Datang sebagai anak kawan mama, tak boleh ke?”
“Kalau macam tu mama sajalah layan dia, aduh…” Zara dah gosok lengan. Mata menjeling ke arah Nadine yang baru saja menghadiahkan cubitan ketam padanya.
“Kenapa cakap macam tu dengan mama?” Aura seorang kakak dah keluar.
Zara gosok lengan. Auch..sakit. Sakit kena cubit. Sakit kena tegur. Sakit sebab terkurang ajar dengan mama sendiri.
“Sorry…”
Puan Rohana dah menggeleng. “Auntie Mai yang minta Adhan datang. Tolong-tolong apa yang patut. Malam ni kan abah nak buat doa selamat. Kita ni bukannya ramai saudara lelaki. Sebab itulah Adhan datang.”
Zara dah tunduk. Malu bila sedar diri terlebih syak wasangka pada Adhan.
“Dah, mama nak ke dapur. Pergi tengokkan Adhan tu. Kesian dia sorang-sorang di luar tu.”
Zara angkat kepala dan menjenguk sedikit ke bahagian luar rumah. Bibir mencemik bila melihat betapa ‘kasihannya’ si mamat stubble. Siap ketawa sampai nampak semua tiga puluh  dua batang gigi tu, kesian apanya?
"Ala...ramai je yang layan dia. Mama tengok tu, kawan-kawan mama tu. Bukan main mesra lagi dengan dia. Haa...ada yang berkenan nak buat bakal menantulah tu." Zara menjeling. Sebal. Sukalah tu orang 'hurung' dia macam semut hurung gula!
"Isyhh budak bertuah ni! Cakap tu doa tahu? Nak sangat ke Adhan pergi dekat orang lain?" Marah Puan Rohana.
"Kalau dah jodoh dia macam tu mama....Zara nak buat apa lagi?" Selamba Zara menjawab. Tapi…Erk! Kenapa rasa semacam saja hati ni?
"Amboi...pandai pula bercerita pasal jodoh ya? Bila kena dekat batang hidung dia macam-macam alasan dia bagi. Dah, jangan nak mengada-ngada lagi. Pergi depan tu temankan dia. Kalau tak nak layan sebagai bakal suami awak pun, layan dia sebagai tetamu. Tetamu ni datang bawa rezeki, tahu?"
"Ala ma... suruh kak ngah pergi." Zara cuba buat muka kasihan. Dia berpusing ke tepi tapi bayang kak ngahnya dah tak kelihatan. Bila masa pula dia cabut ni?
"No!"
"Mama...."
"Zara Harlina!"
Zara dah tunduk pandang lantai. Kalau Puan Rohana dah panggil nama penuh tu, tak ada makna lagi dah nak merengek segala. Tak ada kompromi! Dah masuk mode do or die!
Dengan muka bosan Zara berjalan mendekati Adhan yang sedang duduk di kerusi rehat di porch rumah. Macam tahu-tahu saja dia nak datang, makcik-makcik yang duduk dengan Adhan tadi beransur seorang demi seorang meninggalkan AdAdha
"Zara..." Tegur Adhan. Lembut.
"Adhan..." Balas Zara. Dingin.
Diam. Adhan renung Zara. Zara dah mula hangat muka. Terasa segan pula bila tak berkelip-kelip mata Adhan pandang dia. Be still my heart! Ini cuma seorang Adhan.
“Bila sampai?” Soal Zara dingin. Saja berbasa basi.
“Baru je.” Lembut Adhan menjawab. Hati Zara dah mula terusik. Isyhh…kenapalah yang baik sangat ni?
"Ehem...nak air?" 
"Tak nak."
"Nak nasi?"
"Tak nak."
"Nak kuih?"
"Tak nak."
Oh Tuhan, menduga kesabaran sungguhlah manusia depan aku ni!
Zara tarik nafas dalam-dalam. Cuba hendak menenangkan perasaan sendiri.
"Habis tu awak nak apa? Takkan datang rumah orang tak jamah apa-apa?"
Adhan senyum. Meleret. Senyuman yang selalu buat Zara tak tentu arah rasa.
Perlahan Adhan bangun dan bergerak mendekati Zara. Kepala ditundukkan sedikit dan selamba dia berbisik...
"I. Nak. You."
Whoa! Tenang Zara, tenang. Jangan nak cepat sangat cair dengan mamat sweet talker ni!
"Tapi I.Tak.Nak.You!" Zara sengih tayang gigi.
Adhan angkat bahu. Mulut dah senyum senget.
"Jangan yakin sangat, babe..."
"I memang yakin dengan benda ni, ok!" Tegas Zara. Yakin ke Zara? Kalau yakin kenapa tekak rasa kesat je nak luahkan ayat tu? Hati kecil Zara bersuara.
"If you say so, princess.”
“Adhan…”
Adhan dah senyum lebar.  “I suka dengar you panggil nama I.”
Zara ketap gigi. Ok. Mulai hari ini dia takkan sebut nama lelaki ni lagi!
“Kenapa?”
“Kenapa apa? Kenapa I suka dengar you panggil nama I?” Usik Adhan.
“No! Kenapa you beriya sangat nak kita bersama?” Soal Zara geram.
Adhan angkat bahu. "You're single. I'm single. Jadi I tak nampak apa masalahnya kita tak boleh bersama."
Zara angkat kening. Amboi, ayat penyata penuh kenyakinan diberinya. Don't be so sure mister!
"Who says I'm single?" Zara senyum sinis.
Adhan terkedu. Berubah air mukanya sebentar. Tapi tak lama lepas itu, bibir dah kembali senyum. Senget. Penuh makna.
Zara dah telan liur. He's up to something!
“Yes, you’re definitely not single princess.”
Adhan tundukkan sedikit kepala, hingga mulut berada dekat ke telinga Zara.
“Because you’re mine…”
Whoa! Zara dah terkedu.

No comments:

Post a Comment