Followers

Google+ Followers

Thursday, October 31, 2013

Bab 1 : Dear, Cinta...

Psttt...cerita ni ditulis untuk sebuah projek khas. Kalau saya cakap, you all akan dapat baca full story by end of this year, boleh? 





Dear Cinta…Ada apa dengan dia?

Apabila lelaki yang dah menjalinkan hubungan cinta dengan kita lebih dari sepuluh tahun, yang lewat kebelakangan ini asyik beri alasan sibuk bila kita ajak berjumpa dan kalau berjumpa pun dia lebih selesa menatap skrin iPhone dari muka kita, tiba-tiba telefon kita pada waktu pejabat, sewaktu kita sedang sibuk menelaah laporan audit yang perlu kita bentangkan kepada ketua kita yang harinya seolah-olah tak akan lengkap kalau tak menyusahkan hidup kita berkata ‘we need to talk’, percayalah, ia tak akan berakhir dengan baik! Malah, ia mungkin akan menjadi salah satu punca kenapa hidup kita yang ‘selamat’ selama ini akan menjadi kacau bilau.
“Tas?”
Tasneem capai white coffee dari atas meja lalu diteguk. Kelat. Pahit. Tak manis macam selalu. Kemudian dia capai pula Peanut Butter Thick Toast, digigit lalu ditelan. Kesat. Tawar. Tak creamy macam selalu. Oh Tuhan, tasteless! Semuanya. Apakah? Lidah dia dah hilang deria rasakah?
“Tasneem?”
Tasneem angkat muka, terkebil-kebil pandang wajah lelaki di hadapannya.  GQ-model-type. Square jaw. Thin lips. Oh, and he got a dimples!  Memang stok calon menantu mama. Tasneem buat penilaian sendiri. Muka nampak familiar. Tapi kenapa dia macam payah sangat nak ingat siapa lelaki ini?
 Mulut si lelaki pula nampak terkumat kamit tapi demi Tuhan dia tak dengar sepatah pun apa yang lelaki itu cuba sampaikan. Dia tengah bercakap atau dia tengah menyanyi? Tasneem cuba pasang telinga. Yang kendengaran hanya suara Sue Thompsan mendayu-dayu melantunkan lagu tentang filem sedih yang selalu buat dia menangis. So he’s not singing. Dah tu apa yang dia bebelkan dari tadi?
“Tasneem!” Si lelaki dah naik suara. Meja di hadapan mereka juga dipukul perlahan, cuba nak tarik perhatian Tasneem.
Tasneem tersentak. Mata dipejam celik beberapa kali. Oh, sekejap! Muka familiar ni…
“Zack?” Sebut Tasneem perlahan.
Si lelaki dah membulat mata pandang dia.
“Yes. Zack. Oh Tuhan, please don’t tell me you were day dreaming, Tas? Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?”
Day-dreaming? Aku? Dahi Tasneem dah berkerut-kerut berfikir. Apa yang Zack cakap dengan dia tadi?
“Look, Tasneem. Saya tahu benda ni memeranjatkan tapi saya rasa ini saja jalan yang terbaik untuk kita. Like I said before, it’s not you. It’s me. You’re fine, lovely and much smarter than me. It just… I don’t think we’re on the same page anymore.”
Page? Page apa pulak yang Zack cakapkan ni? Nak kata tengah baca buku tak ada buku apa pun atas meja ini.
“I think it’s fair for both of us that we go our separate ways. Ok?”
Separate? O-kay. Kenapa perkataan itu rasa macam pernah dengar sahaja tadi? Separate atau dalam bahasa kebangsaan, berpisah. Tiba-tiba badan Tasneem menegak. Wajah keruh Zack dipandang lama. Oh Tuhan! Sekarang baru dia ingat segala-galanya. Kenapa white coffee dia rasa pahit. Kenapa Peanut Butter Thick Toast dia rasa kesat di tekak. Kenapa dia rasa sedih sangat dengar Sue Thompsan mendayu-dayu bercerita tentang bagaimana dia nampak keksaih hati bersama perempuan lain ketika dia sedang menonton filem. Kenapa dia, Tasneem Sofi rasa macam dunia dia baru sahaja berkecai-kecai macam kaca.
She just got dumped!
***
Keluar dari pejabat, Tasneem berjalan dan terus berjalan. Tak tahu mana harus dia tuju. Hendak balik, rasa macam malas hendak mengadap wajah ceria housemate dia, Ayu yang sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya. Hati dia baru beberapa hari sahaja hancur berkecai dan perkara terakhir yang dia hendak tengok ialah wajah berseri-seri Ayu. It’s a big NO!  Dia pun dah tak larat nak berkurung dalam bilik, menghabiskan stok Klennexnya. Jadi apa yang broken hearted girl macam dia boleh buat? Berjalan sambil membuat sesi walking down the memory lane.
            Sepuluh tahun. Bukan sekejap dia bersama Zack. Sejak zaman sekolah lagi. High-school sweetheart kata orang.  Masa university sama walaupun kursus yang berlainan. Dia fikirkan Zack adalah happily ever after dia. Dia adalah pemilik tulang rusuk Zack. Cinta hati sampai mati. The one true love. Tapi akhirnya?
“We both want different things in this relationship.” Itu alasan Zack tadi.
            Different things? Apa yang bezanya? Bukankah masa di universiti dulu sama-sama dah berjanji setia akan terus bersama? Kalau Malaysia ada Rancangan Malaysia, dia dan Zack pun ada Racangan Zack dan Tas. Tahun ini, tahun kesepuluh, sepatutnya dah RZT10. Tiap-tiap tahun mereka akan buat senarai apa yang mereka inginkan sepanjang tahun itu dan seiingat dia, rancangan mereka jarang tak sama. Sama-sama hendak cari kerja yang bagus. Sama-sama hendak kumpul duit beli rumah. Sama-sama hendak berjaya dalam kerjaya. Jadi apa yang berbezanya?
            “Saya rasa kita dah tak ada sefahaman lagi. Spark tu dah hilang.” Itu kata Zack tadi.
            Tak ada sefahaman? Apa lagi yang dia tak faham tentang Zack? Rasanya dia lagi faham Zack dari Zack faham diri sendiri. Dia tahu apa yang Zack suka dan tak suka. Dia tahu apa yang Zack hendak dan tak hendak. Rasanya dialah teman wanita yang paling ‘memahami’ di dunia ini. Kalau Zack tak nak keluar dating dengan alasan sibuk, dia tak kata apa. Kalau Zack kata tak nak kahwin dalam masa terdekat ini sebab nak cari duit dulu, dia diam dan angguk. Siap tolong lagi kumpul duit! Jadi apa lagi yang tak ada sefahamannya?
            Spark dah hilang? O-kaylah. Itu mungkin juga. Sekarang kalau dia jumpa Zack, memang dia dah tak rasa debar-debar atau nampak bunga api lagi. Tapi dah sepuluh tahun bersamakan? Normallah tu. Dan Zack tak boleh nak salahkan dia kalau spark tu dah hilang. Seingat dia, Zack sendiri tak pernah nak cuba ‘hidupkan’ spark tu bila mereka bersama. Kalau keluar berdua itu serupa macam keluar dengan orang asing. Dia pandang Zack, Zack pandang telefon. Bila ajak berbual, macam hendak tak hendak sahaja Zack melayan dia. Paling ketara, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Zack keberatan hendak keluar berdua dengan dia. Alasan dia, sibuk dengan kerja. Jadi macam mana spark tu nak ada?
            Langkah Tasneem terhenti. Wait a minute! Oh my god! Tangan dah naik ke dada.
            “Zack?”
Mata dah membulat memandang pasangan  yang baru keluar dari butik pakaian berhampirannya sambil berpegangan tangan. Yang buat jantung dia rasa macam hendak tercabut bila melihat pemilik tangan yang dipegang Zack.
            “Kammi?”
Mata dipejam celik beberapa kali, cuba hendak memastikan apa yang dia lihat itu benar atau tidak. Yup, tak salah lagi. Si pemilik rambut ekor kuda itu adalah Kammi, rakan sepejabat Zack!
            “Ya Tuhan!”
 Dia menggeleng tak percaya. Mata terus memerhatikan pasangan yang semakin mendekati dia. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Ini bukan kali pertama dia terserempak dengan Zack dan Kammi. Dah berkali-kali. Cuma sebelum ini Zack beri alasan mereka keluar bersama atas urusan kerja.
            Dan aku bodoh-bodoh pergi percaya? Desis hati Tasneem.  
            “Zack?” Panggil Tasneem sebaik sahaja Zack berselisih dengan dia.
            Langkah Zack terhenti. Muka terus bertukar warna. Tangan Kammi yang dipegang tadi terus terlepas dari tangan.
            “Err…Tas. W…what are you doing here?”
            Tasneem tak tahu nak gelak atau hendak menangis mendengar soalan Zack. Lelaki ini  dah lupakah pejabat dia hanya selang satu bangunan sahaja dari kompleks ini?
            “Hai Tas…” Tegus Kammi tanpa rasa bersalah.
            Kali ini memang Tasneem tak tahu samaada hendak gelak atau menangis. Berani perempuan ini buat muka selamba tegur dia?
            “Is she the real reason you broke up with me?” Tanya Tasneem dengan suara tertahan-tahan. Cool Tas. Cool. Jangan nak buat drama air mata sangat!
            “Tas, look. I’m sorry…it just that…”
            Tak sempat Zack hendak teruskan ayat, Kammi dah menyampuk.
            “Yes. We’re in relationship right now. Dah berbulan dah pun kalau you nak tahu.”
            Tasneem rasa macam nak tumbang. Berbulan?
            “I’m sorry, Tas. Saya cuba hendak beritahu awak tapi…saya takut nak lukakan hati awak.”
            Tasneem ketawa tanpa perasaan. Takut lukakan hati? Kepala lelaki ni betul ke tidak? Habis tu menjalinkan hubungan secara sulit secara senyap tu tak melukakankah? Oh Tuhan! Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan orang macam ni dulu?
            “Tasneem…”
            “Shut up!”
            “Tas…”
            “I said shut up!” Tonne suara Tasneem dah mula meninggi.
            “Walk away, Zack. Walk away while I still have it in me to be civil. Jangan sampai saya buat benda yang boleh jatuhkan maruah kita semua. Walk away and don’t say anything!” Tasneem beri amaran bila dilihat Zack masih cuba hendak berkata sesuatu.
Sebaik sahaja Zack berlalu pergi dengan Kammi, Tasneem  terus terduduk di atas bangku batu berhampiran. Ya Allah, kenapa aku tak perasan semua ucapan dia kelmarin?
            “Saya rasa kita dah tak ada sefahaman lagi. Spark tu dah hilang? We both want different things in this relationship? My foot!” Gumam Tasneem geram.  Mata dah mula panas.
Semua alasan-alasan Zack itu tadi sangatlah tipikal ayat lelaki hendak minta putus. Google sahaja best break up lines, mesti benda yang sama keluar. Banyaklah dia punya alasan! Yang aku pula pergi beriya-iya fikirkan benda ini sedangkan hakikat sebenarnya Zack sedang main cinta dengan orang lain! Dasar lelaki tak guna!
            “It’s not you. It’s me. You’re fine, lovely and much smarter than me. You’re a good girl. In fact you’re too good for me. It just… I don’t think we’re in the same page anymore.”
            Alasan klasik terakhir yang Zack berikan pada dia kelmarin. Air mata yang jatuh ke pipi dikesat dengan tapak tangan. Well, guess what Mr Zakry. You got one thing right. I am smarter than you! Cukup-cukuplah dia membodohkan diri selama sepuluh tahun dengan Zack. Dah tiba masa dia buat sesuatu untuk diri dia. Biar Zack nampak, tanpa lelaki itu, Tasneem Sofi masih boleh hidup!

“Hai handsome,” tegur wanita yang baru tiba di sisinya.
Dia sekadar menjawab sapaan dengan senyuman dan anggukkan. Earphone yang ditanggalkan seketika tadi kembali disumbat ke telinga.  Playlist di skrol, perkataan ‘Play’ ditekan.  iPhone di tangan dimasukan kembali ke  armband yang dilekat di lengan. Butang ‘Start’ ditekan kembali dan had kelajuan yang agak tinggi dipilih dan dia mulakan semula larian di atas treadmill. Sambil berlari, matanya kembali memerhatikan gelagat gadis yang sedang mengesat air mata melalui cermin lutsinar gymnasium. Sejak dua puluh minit yang lalu, perhatiannya ditumpukan ke arah si gadis. Melihat rupa si gadis yang sedang mengesat air mata, mengingatkan lelaki dan wanita yang berlalu meninggalkan si gadis tadi, dia boleh mengagak apa yang baru berlaku. Ariff Hakimi tersenyum tawar.  Poor girl. She’s been dumped.