Psttt...cerita ni ditulis untuk sebuah projek khas. Kalau saya cakap, you all akan dapat baca full story by end of this year, boleh?
Dear
Cinta…Ada apa dengan dia?
Apabila
lelaki yang dah menjalinkan hubungan cinta dengan kita lebih dari sepuluh tahun,
yang lewat kebelakangan ini asyik beri alasan sibuk bila kita ajak berjumpa dan
kalau berjumpa pun dia lebih selesa menatap skrin iPhone dari muka kita, tiba-tiba
telefon kita pada waktu pejabat, sewaktu kita sedang sibuk menelaah laporan
audit yang perlu kita bentangkan kepada ketua kita yang harinya seolah-olah tak
akan lengkap kalau tak menyusahkan hidup kita berkata ‘we need to talk’, percayalah, ia tak akan berakhir dengan baik!
Malah, ia mungkin akan menjadi salah satu punca kenapa hidup kita yang ‘selamat’
selama ini akan menjadi kacau bilau.
“Tas?”
Tasneem
capai white coffee dari atas meja
lalu diteguk. Kelat. Pahit. Tak manis macam selalu. Kemudian dia capai pula Peanut Butter Thick Toast,
digigit lalu ditelan. Kesat. Tawar. Tak creamy macam selalu. Oh Tuhan, tasteless! Semuanya. Apakah? Lidah dia
dah hilang deria rasakah?
“Tasneem?”
Tasneem
angkat muka, terkebil-kebil pandang wajah lelaki di hadapannya. GQ-model-type. Square jaw. Thin lips. Oh, and
he got a dimples! Memang stok calon
menantu mama. Tasneem buat penilaian sendiri. Muka nampak familiar. Tapi kenapa
dia macam payah sangat nak ingat siapa lelaki ini?
Mulut si lelaki pula nampak terkumat kamit
tapi demi Tuhan dia tak dengar sepatah pun apa yang lelaki itu cuba sampaikan. Dia
tengah bercakap atau dia tengah menyanyi? Tasneem cuba pasang telinga. Yang
kendengaran hanya suara Sue Thompsan mendayu-dayu melantunkan lagu tentang
filem sedih yang selalu buat dia menangis. So he’s not singing. Dah tu apa yang
dia bebelkan dari tadi?
“Tasneem!”
Si lelaki dah naik suara. Meja di hadapan mereka juga dipukul perlahan, cuba
nak tarik perhatian Tasneem.
Tasneem
tersentak. Mata dipejam celik beberapa kali. Oh, sekejap! Muka familiar ni…
“Zack?”
Sebut Tasneem perlahan.
Si
lelaki dah membulat mata pandang dia.
“Yes. Zack. Oh Tuhan, please don’t
tell me you were day dreaming,
Tas? Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?”
Day-dreaming? Aku? Dahi Tasneem dah berkerut-kerut berfikir. Apa
yang Zack cakap dengan dia tadi?
“Look, Tasneem. Saya tahu benda ni memeranjatkan tapi
saya rasa ini saja jalan yang terbaik untuk kita. Like I said before, it’s not you. It’s me. You’re fine, lovely and much
smarter than me. It just… I don’t think we’re on the same page anymore.”
Page? Page apa pulak yang Zack cakapkan ni? Nak kata tengah
baca buku tak ada buku apa pun atas meja ini.
“I think it’s fair for both of us
that we go our separate ways. Ok?”
Separate? O-kay. Kenapa perkataan itu rasa macam pernah
dengar sahaja tadi? Separate atau
dalam bahasa kebangsaan, berpisah. Tiba-tiba badan Tasneem menegak. Wajah keruh
Zack dipandang lama. Oh Tuhan! Sekarang baru dia ingat segala-galanya. Kenapa
white coffee dia rasa pahit. Kenapa Peanut
Butter Thick Toast dia rasa kesat di tekak. Kenapa dia rasa sedih
sangat dengar Sue Thompsan mendayu-dayu bercerita tentang bagaimana dia nampak keksaih
hati bersama perempuan lain ketika dia sedang menonton filem. Kenapa dia,
Tasneem Sofi rasa macam dunia dia baru sahaja berkecai-kecai macam kaca.
She just got dumped!
***
Keluar dari
pejabat, Tasneem berjalan dan terus berjalan. Tak tahu mana harus dia tuju. Hendak
balik, rasa macam malas hendak mengadap wajah ceria housemate dia, Ayu yang
sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya. Hati dia baru beberapa hari
sahaja hancur berkecai dan perkara terakhir yang dia hendak tengok ialah wajah
berseri-seri Ayu. It’s a big NO! Dia pun dah tak larat nak berkurung dalam bilik,
menghabiskan stok Klennexnya. Jadi apa yang broken
hearted girl macam dia boleh buat? Berjalan sambil membuat sesi walking down the memory lane.
Sepuluh tahun. Bukan sekejap dia
bersama Zack. Sejak zaman sekolah lagi. High-school sweetheart kata orang. Masa university sama walaupun kursus yang
berlainan. Dia fikirkan Zack adalah happily
ever after dia. Dia adalah pemilik tulang rusuk Zack. Cinta hati sampai
mati. The one true love. Tapi
akhirnya?
“We both want different things in this
relationship.” Itu alasan Zack tadi.
Different
things? Apa yang bezanya? Bukankah masa di universiti dulu sama-sama dah
berjanji setia akan terus bersama? Kalau Malaysia ada Rancangan Malaysia, dia
dan Zack pun ada Racangan Zack dan Tas. Tahun ini, tahun kesepuluh, sepatutnya
dah RZT10. Tiap-tiap tahun mereka akan buat senarai apa yang mereka inginkan
sepanjang tahun itu dan seiingat dia, rancangan mereka jarang tak sama.
Sama-sama hendak cari kerja yang bagus. Sama-sama hendak kumpul duit beli
rumah. Sama-sama hendak berjaya dalam kerjaya. Jadi apa yang berbezanya?
“Saya rasa kita dah tak ada sefahaman
lagi. Spark tu dah hilang.” Itu kata Zack tadi.
Tak ada sefahaman? Apa lagi yang dia
tak faham tentang Zack? Rasanya dia lagi faham Zack dari Zack faham diri
sendiri. Dia tahu apa yang Zack suka dan tak suka. Dia tahu apa yang Zack
hendak dan tak hendak. Rasanya dialah teman wanita yang paling ‘memahami’ di
dunia ini. Kalau Zack tak nak keluar dating dengan alasan sibuk, dia tak kata
apa. Kalau Zack kata tak nak kahwin dalam masa terdekat ini sebab nak cari duit
dulu, dia diam dan angguk. Siap tolong lagi kumpul duit! Jadi apa lagi yang tak
ada sefahamannya?
Spark
dah hilang? O-kaylah. Itu mungkin juga. Sekarang kalau dia jumpa Zack,
memang dia dah tak rasa debar-debar atau nampak bunga api lagi. Tapi dah
sepuluh tahun bersamakan? Normallah tu. Dan Zack tak boleh nak salahkan dia
kalau spark tu dah hilang. Seingat
dia, Zack sendiri tak pernah nak cuba ‘hidupkan’ spark tu bila mereka bersama. Kalau keluar berdua itu serupa macam
keluar dengan orang asing. Dia pandang Zack, Zack pandang telefon. Bila ajak
berbual, macam hendak tak hendak sahaja Zack melayan dia. Paling ketara, sejak
beberapa bulan kebelakangan ini, Zack keberatan hendak keluar berdua dengan
dia. Alasan dia, sibuk dengan kerja. Jadi macam mana spark tu nak ada?
Langkah Tasneem terhenti. Wait a minute! Oh my god! Tangan dah naik ke dada.
“Zack?”
Mata
dah membulat memandang pasangan yang
baru keluar dari butik pakaian berhampirannya sambil berpegangan tangan. Yang
buat jantung dia rasa macam hendak tercabut bila melihat pemilik tangan yang
dipegang Zack.
“Kammi?”
Mata
dipejam celik beberapa kali, cuba hendak memastikan apa yang dia lihat itu
benar atau tidak. Yup, tak salah lagi. Si pemilik rambut ekor kuda itu adalah
Kammi, rakan sepejabat Zack!
“Ya Tuhan!”
Dia menggeleng tak percaya. Mata terus
memerhatikan pasangan yang semakin mendekati dia. Tiba-tiba dia teringatkan
sesuatu. Ini bukan kali pertama dia terserempak dengan Zack dan Kammi. Dah
berkali-kali. Cuma sebelum ini Zack beri alasan mereka keluar bersama atas
urusan kerja.
Dan aku bodoh-bodoh pergi percaya?
Desis hati Tasneem.
“Zack?” Panggil Tasneem sebaik
sahaja Zack berselisih dengan dia.
Langkah Zack terhenti. Muka terus
bertukar warna. Tangan Kammi yang dipegang tadi terus terlepas dari tangan.
“Err…Tas. W…what are you doing here?”
Tasneem tak tahu nak gelak atau
hendak menangis mendengar soalan Zack. Lelaki ini dah lupakah pejabat dia hanya selang satu bangunan
sahaja dari kompleks ini?
“Hai Tas…” Tegus Kammi tanpa rasa
bersalah.
Kali ini memang Tasneem tak tahu
samaada hendak gelak atau menangis. Berani perempuan ini buat muka selamba
tegur dia?
“Is
she the real reason you broke up with me?” Tanya Tasneem dengan suara
tertahan-tahan. Cool Tas. Cool. Jangan nak buat drama air mata sangat!
“Tas, look. I’m sorry…it just that…”
Tak sempat Zack hendak teruskan
ayat, Kammi dah menyampuk.
“Yes.
We’re in relationship right now. Dah berbulan dah pun kalau you nak tahu.”
Tasneem rasa macam nak tumbang.
Berbulan?
“I’m
sorry, Tas. Saya cuba hendak beritahu awak tapi…saya takut nak lukakan hati
awak.”
Tasneem ketawa tanpa perasaan. Takut
lukakan hati? Kepala lelaki ni betul ke tidak? Habis tu menjalinkan hubungan
secara sulit secara senyap tu tak melukakankah? Oh Tuhan! Macam manalah aku
boleh jatuh cinta dengan orang macam ni dulu?
“Tasneem…”
“Shut
up!”
“Tas…”
“I
said shut up!” Tonne suara Tasneem dah mula meninggi.
“Walk
away, Zack. Walk away while I still
have it in me to be civil. Jangan sampai saya buat benda yang boleh jatuhkan
maruah kita semua. Walk away and don’t
say anything!” Tasneem beri amaran bila dilihat Zack masih cuba hendak
berkata sesuatu.
Sebaik
sahaja Zack berlalu pergi dengan Kammi, Tasneem terus terduduk di atas bangku batu
berhampiran. Ya Allah, kenapa aku tak perasan semua ucapan dia kelmarin?
“Saya rasa kita dah tak ada sefahaman
lagi. Spark tu dah hilang? We both want
different things in this relationship? My foot!” Gumam Tasneem geram. Mata dah mula panas.
Semua
alasan-alasan Zack itu tadi sangatlah tipikal ayat lelaki hendak minta putus.
Google sahaja best break up lines,
mesti benda yang sama keluar. Banyaklah dia punya alasan! Yang aku pula pergi
beriya-iya fikirkan benda ini sedangkan hakikat sebenarnya Zack sedang main
cinta dengan orang lain! Dasar lelaki tak guna!
“It’s
not you. It’s me. You’re fine, lovely and much smarter than me. You’re a good
girl. In fact you’re too good for me. It just… I don’t think we’re in the same
page anymore.”
Alasan klasik terakhir yang Zack
berikan pada dia kelmarin. Air mata yang jatuh ke pipi dikesat dengan tapak
tangan. Well, guess what Mr Zakry. You
got one thing right. I am smarter than you! Cukup-cukuplah dia membodohkan
diri selama sepuluh tahun dengan Zack. Dah tiba masa dia buat sesuatu untuk
diri dia. Biar Zack nampak, tanpa lelaki itu, Tasneem Sofi masih boleh hidup!
“Hai
handsome,” tegur wanita yang baru tiba di sisinya.
Dia
sekadar menjawab sapaan dengan senyuman dan anggukkan. Earphone yang ditanggalkan
seketika tadi kembali disumbat ke telinga. Playlist di skrol, perkataan ‘Play’ ditekan. iPhone di tangan dimasukan kembali ke armband
yang dilekat di lengan. Butang ‘Start’ ditekan kembali dan had kelajuan yang
agak tinggi dipilih dan dia mulakan semula larian di atas treadmill. Sambil
berlari, matanya kembali memerhatikan gelagat gadis yang sedang mengesat air
mata melalui cermin lutsinar gymnasium. Sejak dua puluh minit yang lalu,
perhatiannya ditumpukan ke arah si gadis. Melihat rupa si gadis yang sedang
mengesat air mata, mengingatkan lelaki dan wanita yang berlalu meninggalkan si
gadis tadi, dia boleh mengagak apa yang baru berlaku. Ariff Hakimi tersenyum tawar.
Poor
girl. She’s been dumped.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif : arena-domino.net
100% Memuaskan ^-^