Followers

Wednesday, May 7, 2008

“Kita melihat tetapi kita tak nampak”

Bila hati dah suka semuanya nampak indah di mata
Buruk di mata orang, itulah yang cantik di mata kita
Hina di mata orang, itulah yang mulia di mata kita
Hitam di mata orang, itulah yang putih di mata kita
Jahat di mata orang, itulah yang terbaik di mata kita
Satu nasihat pun tak nak kita terima
Tiada sesiapa pun mampu mengubah pandangan kita
Saat itu kata-kata ibu dan ayah umpama mencurah air ke daun keladi
Sia-sia dan tak berguna
Saat itu rakan-rakan yang mengambil berat dituduh cemburu
Sedangkan merekalah sahabat yang sentiasa berada di sisi kita
Saat itu dunia ini hanya milik kau dan aku
Tiada insan lain yang wujud

Tapi…
Bila ada sengketa
Mengapa semuanya berubah?
Tiada lagi yang nampak indah
Dulu cantik, kini kita nampak yang buruknya
Dulu kita muliakan, sekarang itulah yang paling hina
Dulu hanya putih yang kita nampak, kini noda-noda hitam sudah mula kelihatan
Dulu itulah yang terbaik tapi sekarang itulah yang sejahat-jahatnya
Kini setiap nasihat umpama penyelamat kita
Kata-kata ibu dan ayah ibarat azimat untuk meruskan hidup
Kini rakan-rakan yang kononnya mencemburui dicari untuk menemani di sisi
Dunia kini bukan lagi milik kau dan aku
Kini barulah kita nampak insan-insan disekeliling
Kenapa?
Mengapa?
Adakah kita terlalu mengikut perasaan?
Mana rasional akal kita?
Hilangkah kewarasan kita bila perasaan itu bertandang di hati?
Pepatah menyebut Cinta Itu Buta
Benarkah?
Cinta memang buta kerana cinta tidak mempunyai mata, baik di hati mahupun di kepala
Namun yang bercinta tidak buta bukan?
Kita dikurniakan mata baik dihati mahupun di kepala
Untuk melihat dan menilai
Apa yang baik apa yang buruk
Jangan dikaburkan mata itu dengan cinta yang membabi buta
Gunakan akal yang waras untuk membuat keputusan yang rasional
Dan yang paling penting berdoa dan bertaqwalah sentiasa
Kerana DIA Yang Maha Mengetahui segala-galanya.....