Followers

Tuesday, March 26, 2013

Bab 12: Dia...Random Guy


Take care of your leg.
Jangan gerak banyak sangat.
Tell my future MIL, the karipap are definitely the best in town. ;)
How’s the leg today?
Ambil mc lagi kalau kaki masih tak elok
You’re working today, right? Take care. Jangan nak berangan lagi masa berjalan!
Alin sengih seorang diri di mejanya. Setiap hari sejak kejadian kaki dia cedera itu, si sexy tak pernah lupa hantar SMS pada dia. Dia pula setiap hari tak jemu-jemu baca SMS itu. Terasa diri di awang-awangan saja. Siapa sangka, si sexy yang dulunya kerek dan selalu moody tak tentu pasal rupanya seorang yang sangat mengambil berat. Cik hati dan cik jantung dia sejak kebelakangan ini bukan main lagi perangainya. Bak kata orang Terengganu, suka sokmo!
Terengganu? Kenangan indah itu kembali menerjah fikiran. Makin lebar senyuman di bibir. Oh, stop it Alin! Angau overdose kau ni. Tapi... bila dah dilayan baik macam ini, siapa yang tak angau? Tak pernah seumur hidup orang lain selain daripada mak, Ijoy dan Wawa ambil berat tentang dia sebegini rupa. Ok, satu masa dulu adalah. Tapi itu kesilapan besar dalam hidup dia jadi tak boleh diambil kira. Tapi yang ini...Oh Tuhan, am I falling for this guy? This sexy and kind guy? Orang gila saja agaknya yang tak jatuh hati.
“Syarikat bayar you untuk senyum dan berangan ke?” Terbantut angan-angan Alin bila disergah seseorang.
“Err...Cik Tina Jeling!” Automatik dia berdiri.
Mata Tina Jeling dah mencerun pandang dia. “What did you call me?”
Alin gigit lidah. Rasa nak tampar-tampar sahaja mulut dia yang suka menderhaka ini.
Tina Jeling mendengus geram. Dua buah fail keras di hempas ke atas meja Alin. “Taip report ini. I nak ada atas meja I pukul dua tepat nanti. Faham?!”
Alin mengangguk. Haishhh...suara tu kalau tak memetir tak boleh agaknya. Hilang seorang yang suka menjerit-jerit pada aku, muncul pula seorang lagi. Ini tak tipu. Kerja di sini memang beri risiko besar untuk dia mengalami masalah pendengaran.
“Tunggu apa lagi? Do it now!” Tina Jeling jerit lagi.
“Yes, Cik Tina.” Alin pantas duduk. Mata memandang jam di skrin computer. Hah?! Biar betul?
“Cik Tina!” Alin panggil si jeling sebelum sempat perempuan itu masuk ke dalam pejabat dia.
Tina Jeling pusing dan pandang dia tajam.
“Err...sekarang dah nak pukul dua belas. Saya takut tak sempat...”
Tina Jeling senyum sinis. “Well, everybody said you pekerja yang cemerlang. Takkan a simple report macam itu pun tak boleh buat?”
Ewah...mencabar aku nampaknya si jeling ni. Cik hati dan cik jantung dah mula sarung boxing glove. Fine! Jom kita buktikan yang kita boleh. Ganbatte, Alin! Tumpuan diberikan seratus peratus pada tugasan yang diberikan.
Masa terus berlalu. Kemunculan Kak Ida di sisi dia mengejutkan dia yang leka membuat kerja.
“Lunch?” Ajak Kak Ida. Nyonya Anne sudah sedia menunggu di pintu.
“Laaa....dah pukul satu ke?” Alin pandang jam di komputer. Dia mengeluh lemah.
“Tak bolehlah kak. Kalau saya keluar lunch, tak siap laporan yang si jeling tu nak kejap lagi.” Hati macam nak menanggis mengenangkan laporan yang masih banyak lagi belum dibuat. Tapi perut memang lapar betul.
“Banyak lagi ke?” Soal Kak Ida. Alin mengangguk.
“Kalau macam itu, akak bungkuskan sajalah untuk Alin. Ya?”
Alin senyum senang hati. “ Ok kak! Terima kasih. Sayang akak banyak-banyak. Alin nak...”
Kak Ida dah angkat tangan. “Nasi goreng kampung, kan?”
“Wah, hebatlah akak ni!”
“Tak ada yang hebatnya. Kalau dah hari-hari itu yang kau makan, macam mana akak tak tahu? Dah. Siapkan kerja tu cepat. Nanti akak bungkuskan nasi. Tak tahulah mana silapnya kau ni. Asyik kena buli sahaja dengan si jeling tu.” Omel Kak Ida sebelum menapak tinggalkan dia.
Alin menjungkit bahu. Entah. Dia pun tak tahu mana silapnya dia. Takkanlah si jeling tu marah lagi pasal hal dia kena angkut ke Terengganu dengan si sexy? Tak masuk akal betul! Teringatkan si sexy, Alin panjangkan leher memandang ke arah bilik Amzar. Tertutup. Dia tak datang ke hari ni? Rindu pula rasanya. Eh! Stop...stop! Kurangkan angau, tingkatkan kerja. Nanti tak pasal-pasal kena bambu pula dengan si jeling itu.
Jari laju menaip. Office dah sunyi sepi. Yang tinggal hanya dia dan ikan emas tiga ekor yang berenang-renang di dalam akuarium berhampiran. Sedang asyik menaip, tiba-tiba dia rasa bulu romanya meremang. Choi! Siang hari macam ini pun, nak mengacau ke? Mulut Alin kumat-kamit baca segala jenis doa yang dia ingat. Tak lama kemudian, dia rasa panas semacam. Hah, sudah! Betul ke kena kacau ni? Kemudian terasa ada nafas hangat menyapa pipi kanannya. Oh Tuhan, apa pula ni?
“What are you doing?” Satu suara garau kedengaran dekat di telinganya.
Pantas Alin menoleh. Cik jantung macam hendak melompat keluar bila pandangan jatuh pada sebentuk bibir yang sedang tersenyum padanya. Nafas rasa macam susah hendak ditarik bila melihatkan jarak antara dia dan si dia yang menegur. Dekat...sangat dekat. Dan tiba-tiba...
“Allahuakhbar...Allahuakhbar...” Alunan azan yang diset secara automatic di computer mengejutkan Alin.
“Arghhh!!!” Dia menjerit kuat. Tubuh si sexy yang hampir dengannya ditolak kuat. Gagal mengawal pergerakkan, Alin sendiri jatuh terduduk dari kerusi. 
“Auwww...” Dia mengaduh sakit. Sengal punggung dibuatnya. Mata menjeling tajam si sexy yang sedang ketawa senang hati. Hah, tadi rindu sangatkan? Padan muka! Perlahan dia bangun. Tangan hendak sangat menggosok punggung yang pedih tapi tak sesuai pula sebab si sexy ada di hadapan. Tahan sajalah.
“Tiga...” Ujar si sexy tiba-tiba.
Dahi Alin berkerut. “Apa yang tiga?”
“Ini kali ketiga you jatuh depan I.”
Alin mencebik. Ciskek, siap kira! “Kalau encik tak buat saya terkejut, tak ada mana saya nak terjatuh!”
Amzar tergelak kecil. “Hey, yang ini I mengaku memang salah I. But the other two? Apa yang I dah buat?” Amzar angkat kening.
Wajah Alin dah kepanasan. Yang itu pun salah awak. Siapa suruh tayang body tu depan saya? Siapa suruh nak kacak bergaya sangat depan saya? Siapa suruh buat cik hati dan cik jantung ini over excited?
 “I wonder when you will fall again.” Amzar bersuara sambil tersenyum.
Oh dear! Keep on smiling like that and I will fall over and over again, encik.
“By the way, you buat lagi dalam office waktu macam ini? Kenapa tak keluar lunch?” Soal Amzar.
Alin buat muka kasihan. “Tak sempat. Saya nak kena siapkan laporan ini untuk Cik Tina Jeling.” Alin tunjukkan fail di atas meja pada Amzar.
“Cik Tina who?!”
Alin sengih tayang gigi. “Dah dia suka sangat menjeling saya. Saya panggillah dia Tina Jeling.”
Amzar menggeleng. Cik kerani dia ini memang handal bab bagi nick name pada orang. Teringat gelaran si sexy yang terkeluar dari mulut cik kerani tak lama dulu. Ok, Amz. Let’s not go there.
“I tak suka macam ini. Syarikat dah tetapkan bila waktu bekerja dan bila waktu berehat. Sekarang waktu makan tengah hari. I expect all my staff to obey the rules.” Awak tu dah lah kurus sahaja. Cubalah jangan nak skip makan sangat. Bisik hati Amzar.
“Habis nak buat macam mana. Dah orang atas beri arahan suruh siapkan kerja, kenalah saya siapkan. I am obeying your rules, ok.”
Amzar belek fail di atas meja Alin. Bekerut-kerut dahi dia melihat isi kandungan fail. “Tina suruh you taip report ini?”
            Alin mengangguk.
“But this isn’t due until next week. Dan tak penting mana pun. She can do it herself.” Beritahu Amzar. Dia pandang wajah Alin. Kemudian dia mengeluh. Tak ada lain, ini kes membuli pekerjalah ini.
Fail yang terbuka ditutup. Komputer Alin diset ke standby mode.
“Let’s go.” Ajak Amzar.
“Nak pergi mana?” Alin dah terpinga-pinga.
“Lunch.”
“Tapi encik...”
“Alina Suffiya...” Dia buat dah panggil nama penuh. Habis kerja aku ni siapa nak buat?
“My work?” Alin pandang fail di atas meja.
“I’ll talk to Tina. Dah, jom cepat. Clock’s ticking.” Amzar terus berjalan menuju ke pintu.
Alin mengeluh kuat. Makin bertambahlah kebencian si jeling nanti. Tapi dalam masa yang sama cik jantung dan cik hati dah keluarkan pom pom bersorak gembira. SMS dikirim pada Kak Ida. Tak perlu nak belikan dia nasi goreng kampung lagi. Hari ini dia lunch with Mr. Sexy Goatee. Hoyeah!

Dah, simpan pom pom itu. Tak perlu nak gembira sangat. Makan di kafetaria Prima Group sahaja pun. Marah Alin pada cik hati dan cik jantung. Ingatkan si sexy nak bawa dia pergi makan di restoren besar. Rupanya di kafetaria di bawah ini sahaja? Ceh, buang karan!
Alin pandang sekeliling. Macam biasa, memang tak ramai mana orang yang makan di sini. Yang ada pun pegawai-pegawai pangkat tinggi. Setakat kerani macam dia, memang tidaklah. Mahal bukan main, siapa yang nak? Tengok harga set makan tengah harinya cukuplah. Kalau makan di gerai Kak Ani di seberang jambatan, boleh bayar untuk dua orang punya makan.
“You nak makan apa?” Tanya Amzar yang beratur di hadapan dia. Mata ralit membaca menu di display board.
“Err...” Mahallah encik. Over budget saya ni.
“My treat...” Beritahu Amzar. Macam boleh baca pula apa yang dia risaukan.
“Nak set C!” Cepat Alin jawab. Rezeki jangan ditolak bak kata orang. Tekak dah terasa-rasa ayam masak merah, nasi beriyani dan air tembikai.
Sementara menunggu giliran mereka tiba, Alin ambil peluang meneliti Amzar di hadapannya. Hari ini si sexy mengenakan kemeja lengan panjang warna biru lembut. Macam biasa, kalau dah tengah hari, lengannya sudah dilipat ke atas. Tali leher bercorak jalur warna kelabu biru juga sudah dilonggarkan. Tanpa sedar Alin mengeluh perlahan. Why am I drawn to him?
“Zariel Amzar Yusof.” Tiba-tiba ada suara wanita yang serak-serak basah memanggil nama si sexy.
Serentak Alin dan Amzar menoleh. Rahang Alin rasa macam hendak jatuh ke bawah. Wajahnya penuh dengan rasa kagum. O-key. Ini ratu cantik sesat dari mana ni? Tinggi lampai, muka jangan cakaplah. Memang jenis yang boleh buat lelaki toleh dan renung tak henti-henti. Dengan rambut ikal hitam dibiarkan lepas. Wajahnya hanya dioleh make-up nipis. Kalau Amzar Mr Sexy, ini boleh sangat dipanggil Miss Sexy. Walaupun pakaiannya tak pendek macam orang tak cukup kain, tapi penampilannya memang memberi definasi baru kepada perkataan seksi itu. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, wanita ini memang ada kelasnya yang tersendiri. Tiba-tiba dia rasa rendah diri pula dengan baju kurung kain cotton dan selendang lilit dia ini.
“Helena?” Amzar sudah berjalan mendapatkan wanita itu.
Si sexy kenal wanita itu? Soalan jenis apalah kau tanya ni, Alin. Dah sebut nama bagai, takkan tak kenal?
“Hai, Amz.”
Amboi suara. Lembut dan husky. Dia terpaksa akui itu. Kalau lelaki dengar, memang confirm cair.
“When did you get back?” Tanya Amzar.
Si cantik itu hanya ketawa. “Mama you tak beritahu ke?”
Aduhai...ketawa pun bukan main sopan lagi. Dan dia sebut ‘mama you’. Mama si sexy ke? Dah kenal rapat ke mereka ini? Cik jantung dan cik hati, sila bawa bertenang!
“Mama? Dia tahu you nak balik?”
“Dear, malam ini dia siap invite I dinner at your house. Of courselah dia dah tahu.”
Dear? Wah...siap ada panggilan manja. Hati rasa pedih tiba-tiba. Oh, cik hati. Sabar dulu. Jangan cepat sangat nak jump to conclusion.
“I datang ni nak ajak you lunch. Jom? Banyak benda nak cerita dengan you.”
“Sure. Why not.”
Hah, sure, why not!? Hello, saya di sini nak buat apa? Jadi patung cendana? Cik hati dah mula sebak. Chill, cik hati. Jangan nak bikin malu kompeni.
“Oh, wait!” Langkah Amzar terhenti.
Cik hati mula nak senyum semula. Dia tak lupa kita lagi.
“Alina, sorry. I dapat tak makan sekali dengan you. Take this. Eat! Dah makan, baru mula kerja. Faham?” Si sexy hulurkan not lima puluh ringgit kepada dia. Alin pandang si sexy yang dah berada di sisi wanita bernama Helena itu. Helena senyum dan tunduk ke arah dia. Senyuman yang nampak ikhlas. Baiklah pula perempuan ini. Jadi dia tak boleh nak benci. Senyuma Helena dibalas terpaksa.
“Makan!” Pesan Amzar sebelum berlalu pergi dengan Helena.
Alin pandang duit di tangan. Kemudian dia pandang kelibat Amzar dan Helena yang sudah menghilang di balik tembok. Tangan yang menggenggam duit di bawa ke hati. Pedih dan sebak bercampur baur. Kenapa ya, dia rasa terhina dengan duit yang Amzar berikan?
  
Habis waktu pejabat, Alin tak terus pulang ke rumah. Hari ini Wawa ajak temankan dia beli barang dapur. Hati berat hendak pergi. Tak ada mood! Sejak tengah hari, memang semangat dia jatuh. Tentang Amzar satu hal. Yang si Tina Jeling pun mengusutkan lagi jiwa. Memang berbakul-bakul dia kena seranah dengan perempuan itu. Dia malas hendak menjawab sebab tahu memang salah sendiri. Yang si sexy pun satu, konon kata ‘I’ll talk to Tina’ tapi sampai ke sudah, tak nampak langsung batang hidung dia di pejabat. Ya, lah orang tengah mengulit perempuan cantik. Manalah nak ingat dia yang entah siapa-siapa ini, kan?
“Kita pergi Giant, ok?” Ujar Wawa sambil memandu.
“Dah kahwin pun nak beli barang dapur dengan kawan lagi. Encik suami mana?” Soal Alin tanpa perasaan.
Wawa gelak. “Ada je di rumah tu. Alah, Alin. Kau tahu sajalah Jaz tu. Kalau ajak dia beli barang-barang macam ini, manjang nak cepat saja. Tak sempatlah aku nak belek-belek, compare harga semua. Geram aku dibuatnya!”
Alin mendengus. “Lain kali ketuk saja kepala dia kalau dia buat perangai macam itu.”
“Amboi, yang kau nak suruh ketuk tu suami aku tau. Syurga aku.”
“Dah tu yang mengada sangat buat apa? Kau beli barang-barang ni pun bukan untuk orang lain. Nak bagi perut dia juga yang kenyang kan? Tak tahu nak compromise?” Tempelak Alin, geram.
Wawa terkedu. “Err... Alin. Kau ok ke?” Tanya Wawa takut-takut. Bukan dia tak perasan, sejak dia ambil Alin di tempat kerja tadi mood kawan baik dia ini tak ceria macam selalu. Muka jangan cakaplah. Masam mencuka. Bila bercakap pula, suara mendatar semacam saja.
Alin tarik nafas panjang. Tolonglah cik jantung dan cik hati. Bawa bertenang , boleh? Yang nak emo tak tentu pasal ini kenapa? Ini Wawa tau, kawan baik kita. Jangan nak lepaskan geram pada dia pula.
“Sorry, Wawa. Penat sikit hari ni.” Memang betullah dia penat. Fizikal dan emosi.
“Kalau macam itu, kita baliklah. Malam nanti aku ajak Jaz temankan beli.”
Alin tarik tangan Wawa. “Isyhh...dah sampai dah ni. Tak payah nak buat ayat drama melayu sangat. Jom, cepat pergi beli. Cepat beli, cepat balik, cepat aku dapat rehat.”
Beriringan mereka masuk ke dalam pasar raya. Dari satu lorong ke satu lorong mereka menyorong troli. Wawa asyik bercerita tentang perkembangan hidup dia. Alin hanya mendengar dan sekali sekal mengangguk. Tapi sungguhlah, satu apa pun tak masuk kepala. Semangat dia memang dah melayang-layang pergi sejak peristiwa tengah hari tadi.
“Ooo...salad dressing. Jom, teringin pula nak makan salad malam ni. Kau tahu, Alin. Sejak mengandung ni, anak angkat kau di dalam perut ni asyik nak makan western food saja. Mujurlah mummy dan ayah dia ni berduit. Kalau tidak, keluar nanti meleleh air liur dia.” Wawa tolak troli ke hadapan.
Alin berdiri di hadapan rak yang menempatkan pelbagai jenis salad dressing. Wawa di sebelah sibuk mengomel tak tahu yang mana satu mahu dibeli. Mata Alin menghala ke arah sebaris salad dressing yang berlabelkan wajah seorang lelaki. Newman’s Own. Dia pernah dengar tentang jenama ini. Ramai yang kata sedap. Selama ini, kalau teringin dia capai Thousand Island jenama Knorr sahaja. Tiba-tiba tekak teringin pula nak cuba yang ini. Tangan mencapai sebuah botol. Nampak sedap saja. Kemudian mata memandang harga yang terpampang di rak. Bulat mata dia melihat harga bagi sebuah botol yang kecil sahaja saiznya itu.
“Oh my, besar ini nak cecah dua puluh ringgit?” Dia mengomel sendiri. Manalah dia mampu nak beli! Bukan tak ada duit, tapi budget yang dia buat setiap bulan memang dah cukup-cukup untuk tampung kehidupan mereka. Tak ada kurang dan tak ada lebih. Tiba-tiba wajah si sexy muncul dalam kepala dan cik hati mula rasa sayu. Saat itu semuanya jadi jelas. Dia terasa macam baru tersedar daripada sebuah mimpi indah.
“Who am I kidding?” Alin tergelak sendiri. Tawar tanpa rasa.
“Huh?” Wawa di sebelah pandang dia.
Aku tak mampu nak beli ni. Walaupun ramai yang kata sedap. Tapi aku mana mampu, Wawa. Mahal. Tak setara dengan gaji yang aku dapat setiap bulan.” Alin tunjuk botol di tangan.
“Eh...kalau dah suka tu, ambil je lah. Sekali sekala apa salahnya langgar sikit budget kau tu!”
Alin genggam botol di tangan. Kuat. “Memang aku suka. Tapi tak semua yang kita suka tu, kita boleh dapatkan? Kita kena tengok juga kemampuan kita. Kesesuaian kita. Lagipun, kalau kita seorang yang saja yang suka, yang satu lagi tak suka, tak boleh jalan juga. Kan? Dan katakan kalau aku ambil sos ni. Aku suka. Suka sangat. Dan aku nak sos yang sama untuk seumur hidup aku. Macam mana? It’s too expensive. Aku tak mampu nak beli setiap bulan.”
“Err...Alin. Baru dua puluh ringgit. Taklah mahal mana.” Wawa tunjuk pada harga yang tertera.
Alin menggeleng. “Pada kau mungkin tak mahal sebab memang kau mampu, Waa. Tapi aku? Setiap bulan kena berkira-kira hendak belanja. Bukan boleh sebarangan. Dua puluh ringgit, aku boleh beli sos yang lebih murah. Mungkin rasa tak sama dengan yang ini, tapi kalau itu saja yang aku mampu, berpuas hati sajalah, kan?” Sungguh dia teringin. Tapi dia tak mampu.
“Err...” Wawa dah kehilangan kata. Apa kena dengan kawan aku ni?
Alin merenung botol Newman’s Own di tangan. “I want you, but I can’t afford you. Not now anyway but could I ever?” Alin bersuara perlahan.
Macam Amzar, bisik hati Alin. Boleh tenung, hyperventilate, berangan, drooling...itu sahaja yang dia boleh buat. Tapi lebih daripada itu?
“Babe, it’s just a salad dressing.” Ujar Wawa. Risau pula tengok kawan dia yang terlebih emosional.
Alin hela nafas panjang. Kepala mengangguk menyokong kata Wawa.  Botol Newman’s Own diletakkan kembali di rak. Kemudian tangan mencapai Sos Thousand Island jenama Knorr lalu dimasukkan ke dalam troli. Yang ini dia mampu.
“It’s just a salad dressing, Alin.” Dia pujuk hati sendiri.
  Dia pula hanya seorang lelaki. Yang kacak, kaya, sexy dan baik hati. Alin mengeleng laju-laju. Stop it! Even if he is within your reach but Alin, you are way out of his league. Alin buat mental note pada diri sendiri. Ok salad sos, shall train my mind and heart not to want you ....start by deleting all SMSes!


Malamnya, di atas katil, dengan cik hati dan cik jantung yang diam tanpa aksi, Alin belek SMS di dalam telefon. Newman’s Own dan Knorr.
“Belajarlah untuk sedar diri, Alina Suffiya.” Dia mengeluh sendiri. Satu persatu SMS dari si sexy di delete. Masa untuk bermimpi dah tamat. Nombor telefon si sexy direnung. Butang edit ditekan.
Y... di padam. It’s been fun, kan cik hati?
X... di padam. Hidup kita ceria seketika, kan cik jantung?
E... di padam. Esok kita behave, ok?
S... di padam. Bye-bye Sexy. Oh pedihnya hati!
Kemudian jari laju menaip nama penuh si sexy. Zariel Amzar. Cik hati mula nyanyi lagu sedih. Kita dah tak ada hak nak panggil dia sexy lagi, cik hati. It’s time to get back to reality. Cik jantung pun dah ikut sekali. Hush...hush...cik jantung. Jangan nak berteriak sangat. It’s not the end of the world...

92 comments:

  1. Alaa..napa jadi gini..poor alin ..tp kan alin jgn la cpt sedih..rasanya htlena tu..kwn je kot..amz kan dah cinta alin..dah..jgn sedih..waaa..sob..sob..

    ReplyDelete
  2. Alaa..napa jadi gini..poor alin ..tp kan alin jgn la cpt sedih..rasanya htlena tu..kwn je kot..amz kan dah cinta alin..dah..jgn sedih..waaa..sob..sob..

    ReplyDelete
  3. alooorrr.. sedih ler plak entry kali nie. why Alina.. whyyyy!!! x kan sebabkan kemunculan Helena, dia nak tarik diri dr menyukai Amzar.. haaaisshh Amzar nie, dah jmpa Helena terus lupa Alina.. marah niee.. hahaha. Amzar, you gonna regret it.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa, dia dapat wake up call! hahah

      Delete
    2. LOL~ cant wait for the next chappy ^__*

      Delete
  4. huhuhuhu...cian Alin...sampai ati si sexy tinggal dia camtu jer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe...mana ada tinggal camtu je. kan dia patah balik ckp elok2 ngan alin?

      Delete
  5. kenapa sedey ....huaaaaa nak nanges

    ReplyDelete
  6. aisey, mood happy sekejap jerr, now dah down.......

    ReplyDelete
  7. sob sob sob.. jangan sedih ye cik hati dan cik jantung...
    nanti saya sedih sama...T___T

    ReplyDelete
  8. cian alin..kn...tp 2 lah kdg2 kita sedar diri kn.. bpijak pd bumi yg nyata.. ahaks...

    ReplyDelete
  9. oww..sebak pulak rasenye..

    ReplyDelete
  10. alin, come on cheer up...ape lah si amzar tu, kan...(rasenya si sexy tu belum benar2 falling in love ngan alin lagi...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. or it could be si sexy taking things for granted? hehehe

      Delete
  11. owhhh myy...sedey nyer baca n3 kali nih...mengalir air mata sbb tgh imagine diri sndri...ouchhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouchhh...sorry kalau menggamit kenangan lama

      Delete
  12. halah halah kak...cik jantung dgn cik hati sy p0n trut rse pedih neh!!acanerrr tuu??? =P siann alin. tp kdg2 mmg ptot rse mcm tu...berjaga2 sblom rse pedih, sadis d mse depan..huhu

    ReplyDelete
  13. Hu..hu... Cian alin.. Baru nak seronok dengar sexy kirim salam sama mother in law...

    ReplyDelete
  14. Reading this entry buatkan utk ingatkan diri sendiri juga...facing ur reality
    Thanks for entry

    ReplyDelete
  15. Betul la cik hati dan cik jantubg saya pun rasa pedih sesangat tambh2 waktu nak delete nombor tu... Saya betul2 sedih ni huhuhu rasa cam saya plak yang ditinggalkan

    ReplyDelete
  16. hm..cian kat cik hati + cik jantung..tapi itulah kita kenalah sedar dirikan...manalah nak berdiri sama tinggi kalau dah sah2 mmg tak tinggi mana pon...cian alin....teruskan farah...i want more3

    ReplyDelete
  17. Walawehhhh kena tinggal kat tempat makan lepastu buat buat terlupa yg kita wujud kat situ memang sentap sangat la wehhhh Huhuhuhu sedih jugak

    Tina jeling lagi nak kena hadap. ... sian alin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... not a good day for Alin nampaknya.

      Delete
  18. Tumpang sedih jugak... kesian alinn... salahfaham kot. Helena tu mak sdara si sexy kot..hihi

    ReplyDelete
  19. Uwaaaaaaaa....sian alinn
    Alinnnn kena bertabahhh tauu!!!!!!

    ReplyDelete
  20. Wahai cik hati & cik jantung.... byk hal ko ya! Jangan ko melompat keluar udah le. Sian kat Alin!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..memang kesian kalau cik hati dan cik jantung keluar.

      Delete
  21. Farah Husain..sila up next chapter okey? Anda telah membuatkan saya sentap lepas baca entry ni...sentap kuciwa... Hihihihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fidd, dont forget janji tau. I entry, I picture. hahaha

      Delete
  22. hurm... sian alin... tak sedih part lunch tu.. tp sedih part salad dressing... taper taper... nnt ai courier utk u alin.. email ur address okeyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak hijab, alin_amz@yahoo.com... hahaha

      Delete
    2. FH wujudkah e-mail ni...nak add nih...leyh jadi member2 hahahhaha

      Delete
  23. alahai ..sedihnya..kena buli lagi dengan si Tina sengal tu kan..kesian minah tu ..seandainya lah ada tempat kerja baru..dan pekerjaan yg lebih baik dari ini sudah tentu dia akan berlalu pergi..adakah si sexy goat tu akan menakzirah si Tina tu..kerja dia ..kenapa mesti dilambakkan kepada diri minah tu kan..
    Akak kesian melihat Alin tu..baru hatinya terbuka untuk mamat sengal tu..bila kedatangan Helena ..tetiba mamat tu dah menjadi macam semut mengerumuni minah tu..dan siapakah minah itu ..adakah mereka mmg sepasang kekasih yg ingin disatukan oleh ibu mamat poyo tu..dan sentap juga bila membaca yg alin dah give up dengan rasa hatinya yg semakin hari telah bercambah kat mamat tu..dan adakah mamat tu pun ada perasaan yg sama pada minah ini..

    ReplyDelete
  24. sis...i beg you...plzzzzzz sambung cecepat yer..can't wait for the next entry...poor alin...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya allah, don't beg sayang oii. u make feel guilty..

      Delete
  25. huh???? nama SEXY dah kene delete????? owh la la ....nasib la sexy goatee nak wat cam ne...cam dah kene afundi keluar dari ati alin je nih...2 la amz sapa soh wat alin cenggitu....dah diaajak kuar mkn alih2 boleh plak dia join helena 2 huh....sengal kuasa 6 sungguh la mamat nih....yg si tina jeling 2 pon 1 x abeh2 lagi nak mendajalkan alin 2...ape yg kome dapat...kot ye la si amz 2 nak pandang kome kan hadoyyyy.....

    ReplyDelete
  26. cik writer...boleh x buat magic mlm nie...tlg up entry baru yer....sedih mak jemah ni haaaaa... :(

    ReplyDelete
  27. Huwaaaaa.....cik jantung n cik hati ikot sebak baca n3 kali i...geram plak kt sexy goatee ni,bleh plak tggl alin sorg2..xpe2,nnt2 dy plak yg sentap.. Ha.ha.ha *gelak jahat*

    And as usual,thanks cik writer for da mebeles n3...thumbs up!!!n

    ReplyDelete
    Replies
    1. yanims, just wait for si sexy tak senang duduk

      Delete
  28. reality can be very painful sometimes...wonderg now...is helena d future mrs sexy that u mentioned in ur teaser?

    ReplyDelete
  29. sy setuju sgt ngan Amz..
    cik Alin ni mmg champion sungguh bab bg gelaran kat org..hihihi

    adeih..mula baca dah senyum2,sengih2 pastu gelak2..tp bila nak
    sampai hujung2 tetiba touching plak..sentap seyhhh..huhuhu
    org tua2 dah pesan jgn gelak & suka sgt tu tandanya nak nanges

    Tq cik Farah..


    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... graf kena kasi turun sikit untuk bab ini

      Delete
  30. bgus lar,klau dah sedar diri...cegah sbelum parah,hihihihii..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah parah dah tak guna lagi dah, kan? heheh

      Delete
  31. sian alin.tp mujur sedar diri..klau lmbt lg parah

    ReplyDelete
  32. Ohhhh..mau nangis sy yg bc..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...ampun. tak bermaksud nak buat u nangis.

      Delete
  33. ciannye kat cik jantung & cik hati... kali ni alin ikut ckp cik otak laa... ikut sebak. mesti history mengajar alin jd lbh berhati2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik otak malas nak layan perangai gila2 alin. hahah

      Delete
  34. Aishhh... dah lah tengah sedih. entry kali ni pun sedihh.. waaaaa,, menangis bace.
    Terlebih beremosi pulak. Sabar yee Alin. Dorang kawan je kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..tgh sedeih ke? sorry menambahkan lagi kesedihan

      Delete
  35. Laa.. ingatkan si Amz tu cakap dia nak makan dgn Alin dulu pastu baru nak lunch dgn Helena tapi tak =.= boleh je dia tinggalkan si Alin tu. Kita pun sedih sekali utk Alin :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moon, dont worry. nanti kita ajar dia kaw2 eh.

      Delete
  36. saper la yg kopek bawang pg2 nih ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoey...entahlah. siapa eh? isk isk isk...tak pasal2 mengalir ayaq mata org

      Delete
  37. aduhhhh..terase saye plak yang nak menangis ni cik farahh..sabar cik kerani..

    ReplyDelete
  38. waaaaaaaaa... siannya Alinnnn!!
    how dare u Mr SEXY!!!

    okeh.. Alin, pasnih sila bertabah + wat tatau je kat Mr Sexy tu okey..

    ~m.a~

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.a, oh, he dare... but tunggu time alin pula kenakan dia. sentapppp

      Delete
  39. touching skit bab 12 neyh huhuhu sedey lak...

    ReplyDelete

  40. Ok after this silent treatment yer Alin. Tgk mcm mana gelabah nyer Mr Sexy.Kak Hana,

    ReplyDelete
  41. cpt smbung sokong alin klu akupun aku sedar diri

    ReplyDelete
  42. kesian nye kat alin...huhu...sedey tau bace..
    tak sabar nak tunggu next bab... farah tolong upload cepat sikit...hehe...

    ReplyDelete
  43. sedih akk baca..kesian..bagi ajar sikir amzar tu..waduh...moga ada persaingan sihat utk amzar pulak..alin kan cantik,,patut selain dr amzar ada watak lain yg berperanan...betul tak. kak g

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak G... watak lain itu bakal muncul tak lama lagi.

      Delete
    2. x sabau tunggu next entry..bila yer?
      **Farah, 1st time akk baca karya awak...gaya penulisan awak akk suka! awak dh masuk dlm list novelis pilihan.





      Delete
    3. glad to hear that..bila nak upload yg baru ni...tak sabar tunggu watak baru masuk.kak g

      Delete
  44. Yuhuuuuuuuu chingu.
    Right here waiting for my amz and alin.

    ReplyDelete
  45. hai....
    sye bru bce dia.. random guy...
    cite nimmg best cb lain dri yg lain.. bce 1skli trus nk wat meraton abiskn 14 chapter ni.. kikiki
    taniah kpd writer.. n
    writer x nk sambung lg ke??

    ReplyDelete
  46. ala..cepat sgt alin buat keputusan..don't give up alin..si amz tu caring ada makna la kot..

    ReplyDelete