Followers

Wednesday, December 24, 2008

Cuti-cuti Malaysia - Port Dickson


Yeay!! Secara rasminya aku akan start bercuti. Mulai esok 25.12.2008 hinggalah 4.1.2009 aku akan tinggalkan kejap dunia blog ni dan bercuti-cuti Malaysia dengan family aku. Destinasi tahun ni? Tak jauh mana pun. Setakat Port Dickson je. Tapi kira okaylah jugak sebab tahun ni percutian keluarga kitaorang melibatkan semua orang termasuk aunties and uncles aku. Kiranya ramailah yang akan berkapung di Ocean View resort tu nanti. Penuhlah apartment kat situ. Nampak gaya kena tidur berhimpit-himpitlah. Tak kisahlah kan, janji happy. Kitaorang plan nak buat barbeque nanti. Insya-allah, 29hb petang tu semua orang dah adalah kat PD. Hari Isnin petang aku akan bertolak ke PD. Eeee..tak sabarnya nak tengok laut. Aku memang suka sangat laut and pantai ni. Kalau boleh nak buat rumah tepi pantai. Hehehe..kiranya aku ni jenis yang tak takut di lambung ombak lah. :P.
Cuti kali ni aku memang nak enjoy habis-habisan. Nak rehat cukup-cukup sebab rasa penat sangat. Hal lain aku nak ketepikan dulu. Oh ye, hard disk komputer aku yang kena serang dek virus (atas kelemahan sendiri..huhuhu..) tak dapat nak diselamatkan. Jadi aku kena start from scrath balik lah cerita aku tu. Minta maaf banyak2 kat anita, jue and ari sebab terpaksa buat korang menanti lagi. Aku akan sambung balik operasi mengarang tu bila balik cuti nanti. Tapi tengoklah, kalau-kalau percutian kat PD tu bagi aku inspirasi nak menulis.
Dikesempatan ini aku juga nak ucapkan selamat tahun baru 1430H buat semua. Semoga tahu baru ni akan bawa seribu rahmat buat kita semua. Semoga apa sahaja yang kita azam kan akan menjadi tahun ni. Insya-allah.. Salam tahun baru semua...

Monday, December 22, 2008

virus! doakan aku...


Tolonglah!!!! Komputer aku..thumd drive dah jahanam dikerjakan dek virus. Semalam, masa aku tengah excited nak tamatkan cerita aku, aku on komputer tiba-tiba dia padam. Aku on lagi, padam balik. Masa tu dah cuak betul. Aku jerit panggil adik-adik aku, takut diaorang punya angkara tapi semua cakap dah seminggu diaorang tak pegang komputer aku tu. Dan mak aku pun mengesahkan cakap diaorang. Aku pun panggil la kawan aku, budak sc. computer tu datang check. Check punya check rupanya punca kejadian adalah dari thumb drive aku! Thumb drive tu dah dijangkiti virus ntah apa-apa nama die. So disebabkan aku asyik cucuk CPU aku dengan thumb drive yang dah sakit tu, jadi CPU aku pun berjangkit lah penyakit tu. Entahlah. Aku bukan pandai benda2 ni. Kalau member tu tipu aku pun aku tak tau. Apa-apa pun semalam mengalir gak lah air mata aku mengenangkan segala dokumen-dokumen penting aku ade kat dalam thumb drive and hard disk computer aku termasuklah cerita aku 'NADI'. Aku minta-minta member aku tu sebagus yang dia cakap dan dapat selamatkan a few chapters cerita aku kat dalam hard disk tu. Yang kat dalam thumb drive tu memang good bye lah jawabnye. Buat kawan-kawan yang tengah tunggu cerita aku tu, minta maaf lah ye. Mungkin akan lambat sikit. Aku pun satu (nasib baik satu, kalau banyak memang porak peranda dunia!) tak reti nak buat back-up file kat banyak2 tempat. Nasib baik ade buat notes tapi jenuh jugaklah nak karang ayat balik. Tertanya-tanya jugak aku, kalau-kalau novelis-novelis kegemaran aku ada alami benda-benda ni? Cik Nita? Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!

Friday, December 19, 2008

Cherry Blossom Korea



Tadi aku bukak email, nampak ade email dari Joe, tour guide aku kat korea dulu. He..he..he.. aku tak expect pula Joe yang reply email aku. Aku ingatkan staff die si Jimmy tu. Tapi tak kisahlah. Janji aku dapat apa yang aku nak. Excited betul aku bila tengok gambar-gambar yang Joe attached dalam quotation dia tu. Teringat balik kenangan-kenangan di Korea. Aku dah emailkkan quotation tu pada mereka-mereka yang gilakan Korea seperti aku. Hehehe..FYI, harga tu hanya harga tour sahaja. Memang agak murah sebab kita pergi direct through Korean agent. Kalau kita ikut agent kat Malaysia, mahal sikit lah sebab diaorg pun nak kena mark-up keuntungan diaorg kan? Yang membuat kan harga tu boleh mencecah ribu-ribu RM tu, ialah harga air fare. Memang mahal gila harga tiket kapal terbang ni. Boleh demam aku dibuatnya. Bayangkan, masa last aku pergi awal tahun 2007, aku kena spend RM3200++ untuk keseluruhan tour aku tu. Tapi bila sampai kat Korea, aku dapat tahu dari Joe, expenses kami di sana hanya dalam 250USD. Campur, tolak, bahagi, darab lebih kurang RM900 je duit kite! Maknanya selebihnya itu adalah harga untuk air fare, tax dan ‘benda-benda lain’ (apa benda pun aku tak tahu). Dengar cerita, yang bagi harga mahal-mahal tu adalah Agency kat Malaysia ni. Ntahlah, aku pun tak tahu. Walaupun agak ralat bile dengar benda tu, tapi aku enjoy juga lah time aku di Korea tu. Bukan senang seh nak pergi sana. Tiga tahun aku saving. Semuanya gara-gara Winter Sonata..hehehehe…
Kali ni, Joe offer tour waktu Cherry Blossom tengah berkembang. Hehehe..bile tgk je Cherry Blossom ni terus teringat kat Jue and Sakuranya. Macamana Jue? Interested? Mana tau, kita boleh teseremapk ngan Ryan. Hhehehe... Aduhai..terasa sangat nak pergi. Tapi mampukah? Hmmmm....

Wednesday, December 10, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha aku ucapkan untuk semua pengunjung blog ni. Sorry, tak dapat nak tulis panjang-panjang sebab internet connection kat kampung ni teramatlah slow. Aku naik bosan tunggu page ni loading. Hehehe.. Raya tahun ni amatlah 'seronok' buat aku sebab first time dalam hidup aku dapat rasa keadaan banjir! Walaupun tak naik sampai atas rumah (sebab rumah arwah tok and nenek aku kat atas bukit) tapi aku merasa jugaklah meredah banjir masa nak ke masjid sembahyang raya tu ari. Memang sengsara. Barulah aku faham perasaan orang-orang kat pantai timur bila tiba musim banjir. Buat adik-adik tu, janganlah main air kat luar rumah. Bahaya. Seronok memang seronok tapi fikirlah perasaan mak ayah kalau apa-apa jadi kat kita. Okaylah..need to go..nak kena kacau rendang..Selamat Hari Raya Korban semua...Semoga aidil adha kali ni memberi seribu keberkatan untuk kita semua..assalamualaikum...