Keesokkan harinya, pukul 7.30 pagi lagi Alin dah turun ke bawah untuk
sarapan. Sengaja dia turun awal walaupun semalam waktu tengah dalam mode damai
dengan Amzar, Amzar dah pesan supaya turun sarapan bersama dia pukul 8.00 pagi.
Eh, bukan dia mengada-ngada nak tunjuk protes atau nak buat layanan bahu-sejuk
dengan Amzar. Tapi dia nak elakkan dari memulakan hari ini dengan melihat muka
orang yang macam tertelan asam kelubi itu. Masam sokmo bak kata orang
Terengganu.
Meja buffet dihampiri. Pinggan kosong di tangan di isi dengan sedikit
meehon goreng, Dia tak ada selera pagi ini. Sebuah meja yang masih tiada
penghuni dihampiri. Selepas meminta kopi dari pelayan hotel, Alin mula menyuap
meehon.
“Err…excuse me?” Suapannya terhenti bila ada suara yang menegur. Kepala
didongak. Oooo…orang putih!
“Yes?”
“Is this sit taken?” Dia memandang ke arah kerusi di hadapan Alin. “All
the tables are full.” Tambah si orang putih.
“Err…” Alin pandang ke sekelilingnya. Memang dah penuh. “Have a seat.”
Pelawa Alin.
“Thank you, miss…?”
“Alina.”
“I’m Ray.” Si orang putih mengenalkan diri. Alin sekadar mengangguk.
“Business or leisure?” Ray mula bertanya. Peramahlah pulak orang putih
ni! Layankan sahaja Alin. Orang asing datang negara kita, cuba tunjuk sikit
budi bahasa.
“Err..business.”
“I see. I’m on holiday.”
Iya? Tak tanya pun. “Alone?” Alin tanya juga. Kesian pula tengok Mr Ray
yang beriya hendak berborak. Dan sudahnya, sarapan pagi dia pagi itu diisi
dengan sesi berbual-bual dengan Ray Weston. Pelancong dari Australia. Mujurlah
bila bercakap tak keluar accent Aussie dia. Kalau tidak, jenuh dia nak faham.
Sedang asyik berbual, tiba-tiba Alin rasa tengkuknya meremang.
Isyhh..pagi-pagi buta tak aka nada benda halus juga kot? Takut-takut Alin
menoleh. Laa…dia rupanya! Dia mengeluh kuat dan kembali mengadap Ray.
“Ehem…” Itu yang berbunyi sebaik
sahaja Amzar menghampiri dia.
“Waalaikumsalam to you too…” Jawab Alin sarkastik. Tak reti nak bagi
salam? Yang nak berdehem bagai tu buat apa?
“Buat apa?” Tanya Amzar.
“Main masak-masak.” Inilah dia orang
kita. Suka benar tanya soalan yang dah ketara jawapannya.
“Alina….” Suara kejung dah keluar.
“Err…this is?” Ray yang mula rasakan
suasana sedikit tegang cuba untuk redakan keadaan.
“Sorry, Ray. This is my boss. Zariel
Amzar. Encik, this is Ray, a tourist. From Australia.” Alin mulakan sesi suai
kenal. Dia buat pun sebab Ray. Kalau tidak, tak ingin dia kenalkan pada si kerek
ni.
“Hi,
I’m Ray Weston. Nice meeting you.” Ray hulurkan tangan ke arah Amzar.
Amzar sambut dan mengangguk kecil.
Alin yang dah naik lemas tengok muka Amzar yang tak manis-manis itu, terus
bangun.
“Oh, and for your info, dia belum kahwin!” Sindir Alin selamba. Dia pusing memandang Ray sambil tersenyum manis. “It's nice meeting you, Ray. Have a
pleasant stay in Malaysia.”
Pada Amzar dia menjeling. “Encik
belum sarapan, kan? Silalah sarapan dulu ya. Nanti kosong perut, masuk angin pula.” Lepas tu satu badan awak berangin, saya juga yang jadi mangsa,
sambung Alin dalam hati.
Baru Amzar hendak buka mulut, Alin dah angkat tangan dan berkata, “Later, sir!” Dan dia terus meninggalkan
Amzar.
Amzar tarik nafas dalam. Wajah
Ray yang nampak terpinga-pinga dijeling dengan ekor mata sebelum pandangan
jatuh ke rah belakang Alin yang sudah
jauh ke hadapan. This is going to be a
long day…
***
And what a long…tiring day! Gumam Amzar dalam hati. Walaupun baru sahaja pukul
4.00 petang, tapi dia rasa macam dah satu hari suntuk. Selalunya dia rasa macam
terlalu cepat masa berlalu, tapi hari ini masa terlalu lambat bergerak rasanya.
Selalunya kerja setakat buat lawatan tapak ini, tidak memenatkan mana. Malahan
dia lebih suka buat site visit begini daripada duduk di dalam pejabat. Tapi
hari ini, dia rasa semangat dia hendak bekerja jatuh sama sekali. Dan semuanya
kerana sebaris nam; Alina Suffiya. So
much for not wanting to let her get under my skin, huh?
Dia menarik nafas panjang dan dalam. Hati sedang menahan geram melihat
perangai cik kerani dia hari ini. Sejak dari hotel tadi, cik kerani dia buat
perangai. Mulut tak berkicau macam biasa. Mulanya dia tak kisah lagi. Elok juga
kalau diam sikit mulut itu. Tak adalah hati dia hangat hati sebab cik kerani
tak menjawab. Tapi bila dah sampai di site, nampak ketara perubahan cik kerani.
Sepatah ditanya, setengah patah dijawab. Itu pun kalau dia terasa hendak
menjawab. Bila sampai masa mulut tu berat, dia setakat angguk dan geleng
sahaja. Yang buat dia geram sangat itu layanan begitu hanya dia sahaja yang
terima. Dengan orang lain, bukan main lebar cik kerani senyum. Bukan main riuh
mulut bercakap. Siap boleh gelak ketawa lagi.
Teringat dia kejadian sewaktu makan tengah hari tadi. Disebabkan hendak
habiskan kerja cepat, dia ajak cik kerani makan di pejabat tapak sahaja. Cik
kerani hanya angguk setuju. Bila ditanya mahu makan apa supaya dapat dipesan
pada penyelia yang hendak keluar membeli makanan, dia cuma jawab “Nasi goreng
kampung.” Sewaktu sedang menikmati makan tengah hari bersama beberapa orang
pekerja tapak, dia terima panggilan telefon dari pejabat Prima Group. Semasa
dia tinggalkan cik kerani sebab hendak menjawab panggilan, bukan main diam
mulut cik kerani. Muka pun dingin beku sahaja.
Sepuluh minit kemudian, bila dia kembali semula ke pejabat tapak,
terkesima dia sekejap bila tengok bukan main seronok lagi cik kerani sedang
bergelak ketawa dengan pekerja-pekerja tapak. Sakan betul berbual. Tapi bila
dia tiba sahaja di sisi cik kerani, terus cik diam. Muka pun kembali tak
berperasaan. Waktu itu rasa hendak digoncang sahaja bahu cik kerani, minta dia
bercakap semula. Nasib baiklah ramai orang di situ, kalau tidak…
“Kita hendak balik hotel terus ke encik?” Soalan dari Keyrol mengejutkan
Amzar . Cik kerani yang sedang ralit memandang ke luar dipandang.
“Nak singgah di mana-mana?” Tanya dia pada cik kerani. Hari ini hari
terakhir di Kemaman. Manalah tahu kalau-kalau cik kerani hendak beli apa-apa
buah tangan untuk keluarga. Tapi cik kerani dia buat tak dengar dan terus menerus
merenung keluar.
“Nak singgah ke mana-mana ke?” Tanya dia sekali lagi. Kali ini suara dah
sedikit tinggi. Tapi reaksi yang sama dia terima. Oh, cik kerani. Jangan
dicabar kesabaran saya!
“Alina Suffiya, I’m talking to you!” Hah, dah keluar suara pitch tinggi
dia. Barulah Alina nak toleh pandang dia.
“Bercakap dengan saya ke?” Tanya Alin tanpa rasa bersalah. Lain kali
hendak bercakap sebut nama. Penat arwah abah pilihkan nama untuk dia.
Amzar tarik nafas dalam. Menguji kesabaran betul dia ni. “Tak, I
bercakap dengan cermin kereta ni. Cermin…cermin…kita nak singgah mana-mana ke?”
Alin hanya angkat kedua belah kening. Tak kelakar pun lawak tu. Dia
pandang Amzar tanpa perasan. Amzar tak pernah rasa nak cekik sangat orang macam
sekarang ni!
“Err…encik. Apa kata kita pergi makan sata atau kepok leko? Dah
terlanjur ke sini, encik dan cik Alin cubalah.” Keyrol cuba nak tenangkan
suasana.
“Apa-apalah, Keyrol!” Balas Amzar. Dia alih pandangan keluar. Tangan
dikepal-kepal, cuba menyabarkan hati.
Sampai di Kuala Kemaman, Alin menonong keluar kereta mengekor Keyrol.
Amzar di belakang dibuat tak tahu. Sampai disebuah gerai menjual keropok lekor,
bahunya terasa ditepuk dari belakang.
“Alin!” Alin menoleh.
“Ya Allah, Kak Maz! Buat apa di sini. Abang Keyrol, Kak Maz ni!” Alin
panggil Keyrol yang sedang membelikan keropok lekor untuk Alin.
“Eh, Maz. Buat apa kat sini?” Tanpa Keyrol sambil menyambut huluran
salam isterinya.
“Budak-budak nak makan sata. Maz datang beli. Maaf, lupa nak minta izin
abang.”
“Laa…iya ke? Kenapa tak beritahu abang, biar abang je yang belikan.”
“Tak apalah, abang kan sibuk. Bukan susah mana pun nak ke sini.”
“Ala…Kak Maz. Abang Keyrol tu bukan apa. Risau nak lepas isteri cantik
molek dia ni keluar sendiri.” Usik Alin.
“Isyh…Alin ni. Suka benar mengusik akaklah.” Maz dah tersipu malu.
Amzar yang sejak tadi sekadar menjadi pemerhati mula tak tentu hati.
Isteri? Wajah Alin direnung lama. Kenapa Alin nampak macam dah mesra sangat
dengan isteri Keyrol?
“Eh, encik, Lupa pula nak kenalkan. Ini isteri saya, Mazlinda. Maz,
inilah bos abang. Encik Zariel Amzar.” Keyrol memperkenalkan isteri tersayang
kepada majikannya.
Wajah Amzar dah mula hilang warna. Isteri?
“Oh…inilah bos abang dengan Alin? Semalam Alin asyik betul bercerita
pasal encik. Tak sangka hari ni, ada juga rezeki hendak jumpa.”
Amzar rasa macam hendak ketuk diri sendiri. Alin dipandang lama, cuba
menarik perhatian gadis itu agar memandang ke arahnya. Namun cik keraninya
masih lagi dengan muka tanpa riak. Patutlah dia marah. Patutlah dia buat perangai
hari ini. Dia berhak pun nak rasa macam itu. Oh Tuhan, what did I do? Alina…
***
Malam itu Amzar resah. Di atas katil dia asyik kalih ke kanan, kalih ke
kiri. Alin masih lagi dengan layanan bahu-sejuknya. Makan malam tadi pun Alin
tak nak turun. Katanya dia akan telefon room service sahaja. Nampak sangat cik
kerani tak nak tengok muka dia. Memang padan dengan muka dialah. Inilah
akibatnya kalau suka buat tuduhan tanpa usul periksa. Ikutkan sangat hati, diri
sendiri rasa macam nak mati!
Akhirnya dia bangun. Jam di dinding dah pukul 11 malam tapi mata masih
lagi segar bugar. Pakaian ditukar. Sehelai seluar track disarung bersama dengan
t-shirt. Sweatshirt hoodie turut disarung. Pergi jogging di pesisir pantai.
Mudah-mudahan bila dah letih, bolehlah dia tidur. Esok nak balik KL, biarlah
malam ini dia hirup udara segar di tepi laut.
Sebaik sahaja kaki menjejak kawasan berpasir yang membawa ke pantai,
mata dia menangkap kelibat seorang gadis sedang berdiri di pesisir pantai.
Matanya mencerun melihat gadis itu mula menapak ke arah gigi air. Nak bunuh
diri ke apa?
Tanpa tunggu lama, dia berlari ke arah si gadis yang sudah semakin
hampir dengan gigi air. Air laut sudah hamper sampai ke lutut si gadis. Amzar
semakin laju.
“Miss, no!” Pinggan si gadis di rangkul lalu di tarik ke belakang.
Hilang imbangan, kedua-dua mereka terjatuh di atas pasir.
“Gila ke?” Jerit si gadis kuat.
“Alina?” Sebut Amzar sebaik sahaja
si gadis bersuara.
“Encik?” Cepat-cepat dia bangun dari
atas badan Amzar. “Encik ni kenapa? Nak tarik-tarik orang bagai? Hilang akal?”
“I ingat ada orang nak bunuh diri!”
“Bunuh diri? Choi! Mulut tu, tak beragak betul kalau nak bercakap. Saya
ni ada iman lagilah. Takkan saya nak buat kerja gila serupa itu. Itulah, kan
saya dah pesan, jangan jalan-jalan tepi pantai malam-malam. Nanti kena sampuk
jembalang. Lepas tu mulalah buat benda bukan-bukan. Saya ni lainlah. Dulu arwah
abah ada turun ilmu sikit! Jalan di mana pun, Insya-Allah selamat. Dari
gangguan benda haluslah. Dari orang, harapkan yellow belt yang tak habis
belajar itu sajalah.” Alin membebel.
Dan Amzar, buat pertama kalinya
untuk hari itu, ketawa. Entah kenapa,
hati senang mendengar cik keraninya membebel begini. Satu hari suntuk dia
menantikan Alina versi yang ini. Rindu!
“Hah, sudah! Ketawa pulak. Ni sah
kena sampuk ni. Dahlah, jom balik!” Alin berdiri sambil menarik lengan Amzar.
Amzar berdiri tapi static di situ.
“You buat dekat sini?” Tanya Amzar.
Lembut.
“Nak main air.” Jawab Alin jujur.
“Malam-malam macam ini?”
Alin jungkit bahu. “Esok kita nak
balik dah kan? Saya ni dahlah jarang-jarang dapat peluang nak jumpa pantai. Nak
juga main-main sikit sebelum balik. Takut kempunan.”
Amzar mengeleng. Macam-macam hal cik
kerani dia ni. “Come…” Ajak Amzar.
“Nak pergi mana?” Tanya Alin. Malam-malam
ni jangan nak buat hal sangat, encik.
“Duduk sana…” Amzar menunding ke
arah kerusi yang disediakan pihak hotel.
Punggung dilabuhkan. Masing-masing
diam membisu. Yang kedengaran hanya bunyi ombak laut yang menampar pesisiran
pantai. Damai. Di dada langit, bulan terang memancarkan cahaya. Indah. Alin
tarik nafas sambil menutup mata. Segar rasanya.
“Alina…” Amzar menyeru namanya.
“Hmm?” Mata Alin masih terpejam. Nak
menikmati kesegaran udara pantai.
“I’m
sorry…” Lafaz keramat itu akhirnya keluar dari mulut Amzar. Tak semena-mena
hati yang resah tadi kembali tenang.
Alin buka mata perlahan. Amzar
dipandang lama. Akhirnya, terkeluar juga perkataan itu. Dari pagi aku tunggu,
dah malam gini baru hendak lafazkan? Slow
motion betullah si sexy ni!
“Sorry
for what?” Alin buat-buat tanya. Kenalah jual mahal sikit. Kalau tidak
nanti, bos dia ni buat balik perangai tiga suku dia itu.
“For
last night. For accusing you…” Amzar tak habiskan ayat. Risau kalau cik
kerani kecil hati lagi.
“Perempuan jahat yang suka porak
perandakan rumahtangga orang?” Alin tolong sambungkan.
Amzar terkedu. Mendengar perkataan
yang dilafazkan sendiri keluar dari mulut Alin, dia mula sedar betapa buruknya
perangai dia semalam. Wajahnya diraup. Sejak bila kau jadi macam ini, Amz? Dia
menyoal hati sendiri.
“I’m
sorry…” Itu sahaja yang dia mampu ucapkan.
“It’s
ok. Nothing I haven’t heard before…” Balas Alin perlahan. Rasa pedih itu
kembali bertamu di hati. Haish…syuh…syuh…Pergi jauh-jauh!
“What?” Amzar kurang dengar ayat
terakhir Alin.
Alin tersenyum pahit. Kepala
digeleng. “Forget it!”
“So,
am I forgiven?” Amzar
senyum. Hailaa encik. Dah senyum macam itu takkan nak cakap tidak? Tapi kita
jual mahal sikit lagi, eh…
“Hurmmm…on
two conditions.” Alin mula menjual.
“Oh?” Kening Amzar terangkat
sebelah. “And what are they?” Amzar
mula membeli.
“Pertama. Encik kena janji takkan
tinggi-tinggi suara dengan saya lagi. Saya ni nak kerja lama lagi encik.
Hari-hari dengar pitch encik yang tinggi tu, boleh rosak gegendang telinga
jadinya.”
Amzar tergelak. “Ok. Done. I will try to lower my pitch. What’s the second condition?”
Alin tunjuk langit. Ke arah bulan
yang bersinar indah. Amzar kerut dahi tak faham.
“Temankan saya, tengok bulan?” Pinta
Alin dengan senyuman manis terukir di bibir. Dan tanpa ragu-ragu, Amzar
menjawab, “My pleasure, lady.” Dan
malam itu, bermulalah episode baru dalam hidup mereka.
Cik writer...♡♥♥♡♥♡♥♡♡♥♥♡♥ u more
ReplyDelete♡♥♥♡♥♡♥♡♡♥♥♡♥ u more..more...more..
DeletePada la muka amzar ni..tuduh2 lg..ha kna dgn perangai alina..nganga la hang
ReplyDeleteheheh..
DeleteAhaks!! Amzar dah pandai rindu2 ni..
ReplyDeleteSayanggg sis ketat2...locve dis entry so muchhhh >___<...
ReplyDeletesayang awak juga... :)
Deletewooohaaaaa... bunga-bunga chenta??
ReplyDeleteAD, dgn mereka susah nak duga. hahaha
Deletehahaha.. so sweet mr sexy.. tq farah..
ReplyDeleteZara, tq to u too
DeleteHaikssshhhhh indahny la pula malam ni...nak ajak hubby tengok bulan juga lah..
ReplyDelete~alina & syam~
alina, dengan hubster tak apa. lagi digalakkan... ;)
Deletewohooo... wink wink...
ReplyDeletewink wink
Deletewohhooo!!! so sweetttttt...... ^_^
ReplyDeletechenta mula berputik ya...
ReplyDeleteya lah kot... ;)
DeleteCik writer..you're the besttt giler..
ReplyDeleteNorfazliyana, tq very much. The best tu jauh sangat lagi, dear. :)
Deletewhat can i say..it's really awesome and i like d idea when she put up a cold shoulder to mamat sengal tu..baru dia tahu..gadis ini bukan sebarangan gadis yg boleh dibuat main main..dia ada dignity..dan bagaimana pulak kan mamat tu boleh terasa ngan perilaku sigadis yg mmg dibenci itu boleh effect hidup dia..akak rasa hidup dia pun dah jadi huru hara pasai gadis yg tak makan disaman ini kan..akak suka cara mereka berkomunikasi tak ada lah minah tu nak gedik gedik sakan melayan kerenah mamat sengal tu kan..dia ngan selamba dia mengenakan bossnya..
ReplyDeletekak ida, itulah Alin. Gediks free type of girl. heheh
Deletehah,take that! amzar.. padan muka! kata lg kat org ikot sedap mulut.. heh... sentap! sentap! nasib la Alin tu baik sikit dari saya kalau tak dah lama awak kena lempar masuk laut tahu?!
ReplyDeleteuiks...garangnya Aina ni! hehehe
Deletengeh3.....melted sudah....oh som la Farah.....terbaekkk....akhirnye suasana dingin beku dah berubah...mr sexy goatee dah berbaik balik ngan alin...uwaaa ske3...kite tgk ape yg jadi plak pasni....adakah piching sexy goatee akan kekal rendah atau sebaliknye hehehe
ReplyDeletewahhh...melted ya? kikikiki
Deletehow sweet!!!hahaa..time kaseh cik farah..^_^
ReplyDeletethank you for reading CaPiTaL
Deleteai so suwit..series..like amzar yg mcm tu..soft spoken..ngeeeee
ReplyDeletethank you for reading misz nana. buat marathon ya, hari ni? ;)
DeleteOk cik kerani n En bos dah bedamai kan comel tu hahaha
ReplyDeletesaya sendiri penat menulis kisah mereka asyik nak gaduh je. hehehe
Deletehehe..bru cik kerani mogok..mr.sexy dah rindu..hihihi..
ReplyDeletexsia2 merajuk yer alin, xdpt mandi laut tp dpt tgk bulan
ngan encik boss pun dah ok..hmm..mmg sweet la Amz hari ni.. ;)
<3 tqvm cik Farah H.
U r welcome :)
DeleteAlahai.. Agak2 klu i yg mogok, encik sexy ni nak pujuk x??? Kikiki
ReplyDeleteHeheh...kalau ikutkan dia tak memujuk pun, kan? Direct minta maaf!
DeleteHeheh...kalau ikutkan dia tak memujuk pun, kan? Direct minta maaf!
Deletepatutnya alin jgn layan lagi dia nih.. asik nak menuduh org sajaaa...
ReplyDeleteeii.. geram dgn amzar ni.. sian alin