Hi ladies! A new day for a new week. Ok. Saya tahu ramai yang nakkan stormy scene ala bumbung runtuh in Prima Group. Unfortunately, chapter 5 is not it. Let's focus on mamat kerek Amzar and Dato Yusof clans for a while, ok? No Alin in this chapter. Jangan marah saya...he he he... Enjoy reading and happy monday girls!
Sepanjang hari mood Amzar tak baik gara-gara
insiden pagi tadi. Dek sebabkan penangan lutut Alin, tiga empat jam jugalah dia
tak boleh hendak berjalan tanpa rasa sakit. Mulanya dia gaghkan juga diri itu
berjalan tapi bila Jehan dah pandang dia semacam sebab jalannya dah lain macam,
dia patah balik ke dalam bilik dan terus terperuk tak keluar-keluar sampai
sekarang. Tak pasal-pasal meeting dia dengan beberapa orang jurutera syarikat
itu terpaksa dibatalkan. Makan tengah hari pun terpaksa berpuas hati dengan
sandwich yang dibelikan Fahmi.
Dokumen di atas meja cuba dibaca tapi macam
tadi, satu benda pun tak boleh masuk ke dalam otak. Semua yang dia buat hari
ini serba tak kena. Tak pernah-pernah dia macam ini.
“Kenapa dengan aku ni?” Dia mengumam sendiri.
Tangan menggosok-gosok belakang leher yang terasa lenguh. Mungkinkah dia
kepenatan? Sebulan dua ini memang dia banyak kerja. Dengan permintaan paksu
minta dia tolong pulihkan Salam Consultant, lagi bertambahlah kerja dia. Nasib
baiklah Along ada membantu di Prima Group.
Dia melirik ke arah jam di dinding. Sudah
hampir ke pukul empat. Rehat mata sekejaplah sementara tunggu asar. Kepala
disandarkan ke belakang kerusi. Mata dipejamkan. Baru sahaja fikiran hendak
melayang, dia terdengar suara kuat orang bertengkar di luar bilik. Terus dia
buka mata.
“I tahu dia ada di dalam!” Suara nyaring seorang
perempuan kedengaran. Amzar mengeluh panjang. Another troublemaker!
“Maaf puan, Tuan Amzar tak mahu diganggu.”
Suara Jehan pula kedengaran.
“What? Puan? You called I, puan!?
Hello….I ni cik lagi, ok! You tak kenal ke siapa I?”
Amzar dah urut dahi. Tak semena-mena kepala
dia jadi sakit sebaik sahaja terdengar suara nyaring itu tadi.
“Err…puan ni, eh maaf. Cik ni siapa?” Tanya
Jehan. Amzar tesenyum kecil mendengar pertanyaan Jehan. Gerenti puan-cik itu
menjerit tak puas hati sekejap lagi.
“What? You tak kenal I? Hei…you ni
duduk ceruk mana selama ni?” Kan dah kata!
Belum sempat Jehan menjawab, kedengaran pula
suara garau seorang lelaki muncul di antara mereka.
“Suri? You buat apa di sini?” Tanya Fahmi.
“Oh,
great. Fahmi you tolong beritahu perempuan ni siapa I dan suruh dia beritahu Amzar
I nak jumpa dia.”
“You ada buat appointment dengan Amzar ke?”
“What? Sejak bila pula I kena buat
appointment jumpa boyfriend sendiri?”
Yakin sahaja Surihani menyoal.
“Sejak dari dulu?” Jawab Fahmi sinis. “Sejak
dulu lagi memang sesiapa yang nak jumpa Amzar kena buat appointment. You tu je yang tak reti-reti bahasa.” Perli Fahmi
lagi.
“What? Berani you cakap begini
dengan I? Dasar jantan tak sedar diri. Hey, you cermin dulu diri you tu, ya.
You tu siapa? I ni siapa? Nanti bila I kahwin dengan Amzar, I akan pastikan dia
pecat you!”
“Hadap sangatlah Amzar tu dengan kau…”
“What? Hey, you watch your mouth you….”
Di dalam bilik, Amzar mengeluh panjang. Dia
bangun dan terus menapak ke pintu. Dah tak larat telinga dia mendengar Surihani
asyik what…what…what dari tadi. Entah
apalah yang mak dia terkenan masa mengandungkan Surihani dulu agaknya.
“What
the hell is going on?” Ah, sudah. Aku pun dah terkenan penyakit ‘what’ ke?
Tiga pasang mata tertumpu ke arah dia di muka
pintu. Muka Surihani yang tadinya kelat macam tertelan buah dabai terus
berseri-seri bila ternampak si idaman hati. Tergedik-gedik dia yang memakai sundress merah hati berlari
mendapatkan Amzar.
“Sayang…you tengoklah staf you ni. Kurang ajar
sangat dengan I,” Surihani cuba mengadu. Lengan sasa Amzar dirangkul erat.
Amzar pandang dia dengan perasaan sebal. “Dia
orang tak akan kurang ajar dengan orang yang reti bersopan. And please, move your hands?” Tangan
Surihani di lengannya dijeling tajam. Manalah letaknya malu perempuan ini?
“Sayang…” Surihni merengek-rengek.
“Oh,
Tuhan! Please don’t whine!” Selamba Amzar sound Surihani. “Masuk!” Dia ajak
Surihani masuk ke dalam bilik dia. Di belakang, Fahmi pun mengekor masuk ke
dalam sekali. Manalah tahu kalau-kalau Amzar perlukan bantuan nak uruskan
perempuan ini.
“Leave
us. I nak bercakap privately dengan Amz.” Surihani beri arahan macam mem
besar kepada Fahmi sebaik sahaja dia masuk ke dalam.
Amzar
yang perasan muka Fahmis dah merah padam, cepat-cepat dia beri isyarat pada
kawannya itu supaya keluar. Dia tahu sangat Fahmi memang jaki betul dengan
Surihani. Fahmi memang tak berkenan sungguh dengan fashion designer perasan popular ini. Dan tak seperti dia yang
masih mampu bersabar dengan karenah Surihani, Fahmi akan cepat naik darah kalau
melibatkan perempuan seorang ini.
“Macam mana you tahu I ada sini?” Tanya Amzar
sebaik sahaja Fahmi keluar. Setahu dia dia tak pernah beritahu Surihani tentang
kerjanya di Salam Consultant.
“Err…” Teragak-agak Surihani hendak bagi
jawapan.
“Or is
this one of your kebetulan lagi?” Perli Amzar. Soalan itu memang dia tahu
jawapannya. Bukan dia tak tahu Surihani ada pasang spy di Prima Group. Cuma dia
belum tahu siapa. Kalau tidak masakan setiap pergerakkan dia Surihani dapat
kesan. Dia pergi lunch di mana, keluar dengan siapa, site visit di mana,
semuanya Surihani tahu. Di awal perkenalan dia anggap setiap pertemuan dia
dengan Surihani memang kebetulan. Tapi kalau dah asyik ‘terserempak’ sahaja,
kebetulan apanya?
“Fine! Tadi I pergi your office. Orang dekat
sana yang beritahu you ada di sini.”
“Orang dekat sana, huh? Siapalah orang itu
agaknya ya?”
“Ala…receptionist di sanalah,” tipu Surihani.
Tak senang duduk dibuatnya. Jangan haraplah dia hendak beritahu. Habislah nanti
sumber maklumat dia.
Receptionist? Memang nak kena soal juga nanti
ni. Malas hendak berlama-lamaan dengan Surihani, Amzar terus bertanya, “You nak
apa datang sini?”
“I rindu…” Jawab Surihani manja. Sekali lagi
lengan Amzar jadi mangsa tangan dia yang tak reti hendak duduk diam.
“Amz…I minta maaf sebab marah-marah dan tampar
you malam kelmarin? Tapi you pun salah juga. Kenapa nak bergurau pasal
pisah-pisah pulak. Benci tau!”
Gurau? Dia ingat aku bergurau? Ya Allah, ini
manusia ke alien, payah sangat nak faham benda mudah? Dah cukup jelas dia
beritahu Surihani tentang kesudahan hubungan mereka, tapi gadis ini masih lagi
tidak faham. Rasanya dia guna dua bahasa sahaja malam itu. Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Bukannya dia ada guna bahasa Jerman sampai perempuan ini tak
faham! Amzar pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam, cuba mengumpul kesabaran
sebanyak mungkin di dalam diri. Kenapalah nasib aku ni malang sangat hari ni?
Tak cukup dengan perempuan psycho pagi tadi, tambah pula seorang lagi. Aku ni
psycho magnet ke apa?
Dia tarik lengan dia kasar kemudian berdiri
tegak di hadapan Suri. “Kita ni bukan muhrim. Jangan nak pegang-pegang, boleh?”
Bertukar air muka Surihani lepas kena sound begitu. Malu pun ya!
“Sayang…”
Amzar angkat tangan. Meremang bulu roma dengar
Surihani panggil dia begitu. End this now, Amzar! “Kalau you tak faham apa yang
I cakap malam tu, I ulang sekali lagi. Dan I harap sangat you faham kali ini
sebab I tak akan repeat lagi. You dengan I tak mungkin akan ada apa-apa
hubungan, ok?”
“Habis tu yang selama ni kita berdua tu, apa?”
Tanya Surihani tak puas hati.
“I cuma anggap you kenalan sahaja selama ini.
You yang canang sana-sini kita ni pasangan!”
“Dan you tak pulak nafikan!”
Amzar urut pelipis. Ok. Mungkin dia silap di
situ. Dia ingat kalau dia buat tak tahu, benda ini akan dianggap khabar angin.
Rupanya silap perhitungan. Surihani pergi anggap dia bersetuju pula. Kalau dari
awal dia nafikan, tak akan jadi perkara remeh macam ini.
“Fine,
my bad.” Mengaku sajalah Amz. Tak payah nak tambah pening kepala.
“Sampai hati you, kan? Habis madu sepah
dibuang.” Surihani mula buat drama.
Mata Amzar mencerun pandang Surihani. Kau tu
bukan bunga segar pun nak ada madu segala! “Choose
your words wisely, Suri. Jangan nak timbulkan salah faham pulak.”
“Amz…” Surihani mula hentak-hentak kaki manja.
Nak pegang tangan Amzar, dia tak berani. Takut kena sound lagi. Mulut lelaki
seorang ini boleh tahan juga bisanya.
“Look, Suri. I ada banyak kerja jadi
kalau you ada apa-apa nak cakap lagi, cakap sekarang or get out from my office!” Dia
bersuara tegas. Dengan perempuan macam Surihani memang kena cakap gaya gini
kalau tidak tak faham.
“You kejam!”
“Fine, I kejam! Lagi?”
“Sampai hati you buat I macam ni!”
Tiba-tiba Amzar teringat kata-kata Alin. Dia
sengih sendiri. “Sampailah agaknya sebab ada orang berani claimed I ni heartless. Lagi?”
“You’ll
pay for this, Amzar!” Ugut Surihani.
Amzar angguk malas nak layan. “Ok. I will pay for this. Dah habis?”
“You…arghhhh!” Surihani akhirnya kehabisan
kata.
Amzar senyum nipis. Pintu bilik dibuka dan
dipersilakan si pereka fesyen yang dah merah padam mukanya keluar.
“I harap hidup you tak tenteram lepas ini,
Zariel Amzar.” Sempat lagi Surihani menyumpah. Dan seperti biasa, Zariel Amzar
hanya buat muka selamba tanpa riak yang menambahkan lagi sakit di hati
Surihani. Jaga kau, Amzar!
***
Selepas menunaikan solat maghrib di pejabat, Amzar
terus pecut kereta balik ke apartmentnya. Rutinnya ke gym setiap kali habis
kerja terpaksa dilanggar hari ini sebab kepala dia dah sakit sangat. Sudah lama
migraine tak menyerang tetapi hari ini penyakit lama dia ini datang semula dek
sebab penangan dua perempuan psycho itu. Sungguh dia memang harap sangat tak
akan bertemu dengan kedua-dua mereka lagi. Silap haribulan dia pun boleh jadi
psycho sama!
Sampai sahaja rumah Amzar terus ke bilik. Selepas
menyegarkan badan, dia terus solat Isyak. Usai solat rasa sakit kepalanya reda
sedikit tapi dia masih perlu mengambil ubat atau migraninenya akan berlarutan
hingga esok. Amzar tukar kain pelekat dan t-shirt yang dipakai untuk solat tadi
ke seluar pendek tiga suku dan sehelai singlet bewarna hitam. Kemudian dia
terus ke dapur.
Secawan susu segar dan dua keping roti menjadi
makan malamnya. Cukuplah sebagai alas perut sebelum dia menelan cafergot.
Selepas ubat dimakan, Amzar kembali semula ke dalam bilik. Telefon bimbitnya
dimatikan. Suhu penyaman udara dinaikkan sedikit. Lampu bilik dipadam. Bila
keadaan gelap gelita, dia terus merangkak ke atas katil. Doa dan zikir tidur
dibaca dan tak sampai beberapa minit, rohnya mula melayang keluar dari badan.
“Tok…tok…tok…ting…tong…ting…tong…” Lena Amzar terganggu
dengan bunyi pintu rumah dan loceng dibunyikan berkali-kali.
Amzar buka mata. Berkerut-kerut dahinya
menahan sakit kepala yang mencucuk tiba-tiba. Dia menoleh ke alarm radio di
night stand. Dia merengus geram bila melihat waktu yang tertera. Siapa pula
yang datang ke rumah dia pukul 1 pagi ni?
Loceng dan bunyi ketukkan pintu kembali
terdengar. Amzar terus bangkit. Berpandukan cahaya bulan yang mencuri masuk
melalui blind yang terbuka, dia
menapak ke pintu hadapan. Dia meninjau gerangan yang datang melalui peephole.
Segar matanya bila melihat wajah orang-orang tersayang di sebalik pintu.
“Mama…papa?” Tegur Amzar sebaik sahaja pintu
rumah dibuka.
“Zariel Amzar, kenapa awak tak jawab
handphone?” Tanpa salam terus Datin Zubaidah marahkan dia.
“Idah…cuba perlahankan sikit suara tu. Dah
tengah malam ni, kan?” Tegur Dato Yusof lembut.
“Mama…” Amzar tunduk cium tangan Datin
Zubaidah sebaik sahaja mereka masuk ke dalam. Kemudian tangan papanya pula yang
disalam.
“Angah…” Adik dia, Zarith Adila hulurkan tangan
untuk bersalam diikuti dengan kembarnya, Zarith Amiza.
“Amz…” Bahu Amzar ditepuk Zafril. Amzar tunduk
salam tangan si abang.
“Kenapa ramai-ramai datang sini, papa?” Tanya
Amzar bila semua orang sudah berada di ruang tamu. Tak pernah dibuat orang
keluarga datang melawat pukul 1 pagi!
“Mama nak tanya…” Tapi Dato Yusof pegang
tangan si isteri cepat.
“Mamanya…sabarlah dulu…” Tegur Dato Yusof.
Datin Zubaidah merungut tak puas hati. Adik-adik yang lain dah senyum kelat.
Kesian memikirkan nasib angah kesayangan sebentar lagi.
“Amz pergi segarkan diri dulu. Sekejap lagi
kita bincang,” kata Dato Yusof.
Tanpa banyak soal, Amzar masuk semula ke
bilik. Keluar dari bilik air, abang sulung sudah berada di dalam bilik.
“Apa halnya yang semua orang nak berkampung di
rumah Amz ni, Along?” Amzar pandang muka sorang-sorang ahli keluarga dia yang
berada di ruang tamu dari pintu bilik dia. Mama sibuk mengomel dengan papa.
Papa hanya angguk dah senyum, reaksi biasa Dato Yusof yang sememangnya
penyabar. Adik-adik perempuan dia pula buat muka bosan, reaksi biasa kalau dah
malas dengar mama membebel. Nasib baiklah adik bongsu dia, E-kay tak ada sekali
kalau tidak dah serupa macam family gathering
pula suasana di ruang tamu dia ini.
“Err…sebelum kita keluar, there’s something you should know.” Zafril tarik Amzar ke dalam
sikit Beberapa helai kertas yang dilipat dua dikeluarkan dari dalam poket
sweatshirt yang dipakai lalu diserahkan kepada Amzar.
“Apa ni?” Amzar buka helaian kertas itu satu
persatu. Bulat matanya bila melihat isi kandungan kertas. Gambar dia…gambar
Surihani…dan gambar belakang seorang gadis yang sedang memeluk lengan seorang
lelaki yang kelihatan seperti dia. Badan Amzar tegak. Gadis ini…
“Alina Suffiya?” Dia pandang muka Zafril minta
kepastian. Zafril angguk. Dalam masa yang sama kepala terjengah-jengah ke luar,
takut mama terjah masuk ke sini sebab sudah tak sabar menunggu di luar.
“Where
did you get this?” Tanya Amzar pada si abang.
“Jaja yang print out dari portal gossip tu.
Kau tahu sajalah adik tu kan suka dengan gossip-gossip ni semua.”
“Dan dia terus tunjuk pada mama?”
Si abang menggeleng. “Actually she showed it to me. Tapi terkantoi dengan mama sebab
Along terlupa nak sorok kertas ni masa mama masuk bilik bacaan tadi. Bila mama
nampak saja, mulalah dia soal along macam-macam.” Cerita si abang penuh sesal.
Kalaulah dia lebih alert tadi, rasanya tak akan kecoh macam ini.
“Dan along jawab apa?”
Zafril tarik nafas. Dengan muka penuh yakin
dia jawab, “Along dah cuba ok. Along dah cakap ini semua gossip semata-mata.
Tapi kau tahu sajalah mama. Mana boleh dengar benda-benda macam ini. Terus dia
suruh kami call kau. Yang kau pun
satu, kenapa pergi off telefon tu?”
Amzar gosok kepala yang kembali berdenyut.
“Kepala sakit. Amz tak nak gangguan.”
Si abang memandang simpati. “Dah lama tak kena
migraine ni kan? Sejak bila kena balik ni?”
Sejak dia kenal dengan seorang psycho! Jawab
dia dalam hati. “This is bullshit,
Along!” Amzar lempar kertas di tangan di atas table top. Ingatkan dah
selesailah semua perkara berkaitan dengan perempuan-perempuan psycho di dalam
hidup dia. Rupanya bertambah rumit lagi.
“Any
idea how this things get into the net?” Tanya si abang.
Amzar mendengus geram. “Surihanilah! Siapa
lagi?” Dia yakin, gambar mereka di Chintralada Palace itu diambil oleh rakan
wartawan Surihani yang perasan dirinya paparazzi itu. Untuk tujuan apa, dia tak
tahu. Mungkin jugalah hendak dijual di mana-mana majalah untuk naikkan
popularity Surihani. Serupa macam kes gambar dia di dalam majalah Cleo itulah.
Amzar pandang kertas yang bertaburan di atas
meja. ‘Kekasih curang.’ Tajuk di portal hiburan itu. Di bawahnya ada gambar dia
dan Surihani. Satu lagi caption, ‘MD
Prima Group bertunang?’ dan di bawahnya ada gambar Alina sedang merangkul
lengannya. Melihat gambar itu serta merta marahnya datang. Alina Suffiya! Ini
semua salah kau! Janganlah kita jumpla lagi, nahas kau kau nanti! Tapak
tangannya menghentak permukaan table top.
“Err…Amz. Bawa bertenang. Terangkan elok-elok
pada mama. Along dah cerita semua tadi. Mama cuma perlu dengar dari mulut Amz sendiri saja.”
“Kecoh! Ini semua salah perempuan psycho tu!”
Zafril telan liur melihat kemarahan si adik.
Tiba-tiba timbul rasa sesal mengenangkan cadangan dia pada Alina tadi.Kalau
tengok pada mood si adik, memang marah betul dia dengan cik tunang olok-olok
itu. Nak beritahu ke atau buat diam saja?
“Amz…” Baik beritahu. Si adik pandang dia.
“Sebenarnya….” Alahai kenapa payah sangat nak
keluar ni?
“What?” Sungguhlah dia dah terkenan dengan
penyakit Surihani.
“Along ada offer…”
Tapi belum sempat dia habiskan ayat, Datin Zubaidah dah menjerit panggil
anak-anak bujangnya datang mengadap.
“Zariel Amzar and Zafril Adam, get in here,
now!”
Amzar menghela nafas berat. Dia teringat
ugutan Surihani petang tadi. “You’ll pay
for this, Amzar.” Oh yeah, I’m
definitely paying for this.
Memang betul-betul kena bayar ni cik Amz..
ReplyDeleteSgt kesian jadi zariel amzar ni kan?
Deletela...tak pasal pasal kena fitnah pulak ..kesiannya mamat ni..walaupun dia nampak kejam macam hitler tapi dia anak yg baik..dan mempunyai sebuah famili yg penuh dengan kasih sayang dan prihatin pada setiap ahli keluarganya..kan..Teruja nak tahu apa pulak side of d story yg dia nak ceritakan pada ibunya yg dah macam lioness tu ek..dan lagi teruja nak tahu adakah ibunya akan memaksa dia untuk producekan siAlina untuk mendengar d other side of her story..dan apa akan terjadi bila dia terserempak dengan minah ni dipejabat..wah..mesti gempak..dengan mulut masing masing yg macam tak ada insurans...!!
ReplyDeleteLioness bg ultimatum nanti
DeleteHuhu sian kat alin...
ReplyDeleteHi hi...sy suka seksa watak
Deletemasak!hahaa
ReplyDeleteMmg masak
Deleteadoi masalah2.. kecoh btol surihani neh!!tp suke tgk keakraban zafril n amzar.. so sweet ble along amk berat tanya kshatan c adk.. xpe,xd ksah alin pn,ep kali ni tetp best!
ReplyDeletep/s: nk share. pkataan yg btol bg lelaki dan permpuan yg tiada ikatan adalah MAHRAM. MUHRIM pula sbnarnya org yg memakai ihram. maafkn sy kalo tsalah ye farah.. =)
ye? thank u!!! nanti sy betulkan dalam mss.. :D
Deletemy pleasure =) sbenarnya ramai yg x perasan bnda ni sbb x didedahkan secara meluas.. dlm flem drama p0n dorg gune pkataan sama..
Deleteada plak kt alin tu psiko....klau surihani tu ya la..gediks nyer
ReplyDeleteDia belum 'nampak' Alin lagi tu
Deleteadoyy la masalah berat nih...dah timbul gosip la pulak....makin sengsara la hidup alin pasni nampak gayanya...kesian kat alin nih...masalah bertimpa2 kat dia...yang si amz ni plak x reti2 nak bertenang ke...tau nak marah2 n salahkan alin je...ce selidik diri sendiri dulu tgk kat mana silap diri sendiri...oawang kata muhasabah dii jgn men nak tembak sesuka hati je....
ReplyDeleteNext chapter dia akn bertenang sikit
DeleteHahahaaa....masak rentung gara pempuan psiko
ReplyDeleteHehe...mmg kena gulai dia dgn mama
Deletehahaha. best la. kesian Amz, x tenang hidup sebab perempuan.
ReplyDeleteHehehe
DeleteAla kesian awak Suri. Tak pe, ai back up u okey :p
ReplyDeletePT, awak je yg nak sokong suri nih!
DeleteKesian pulak kat Suri tu. Tak pa, biarlah saya berkorban. I sokong you Suri. Nanti kita ganyang si Amzar tu sesama. kekekekeh.
DeleteP/s: Cik penulis. Kitaorang dah gigil ni menunggu bab seterusnya. *angkat2 kenin*
hee.. berbulu aku dgn surihani ni. miss suri, u jgn berani kacau amzar dan jgn cuba dtg dkt dkt ai, ai pancung u nanti. rimas! mampoih amzar bkal disembur dgn machine gun mama nanti. tahan ye amz..
ReplyDeleteMama sembur sbb sayang. Hahah
DeleteIsh..ish.. klu bab5 dh masak.. bab strusnya nnt gi mana ye?
ReplyDeletetu tatau lagi alin msk prima.. agak2 nanti bersilat berjudo ke dorang tu
Bab 6 akn terjawab apa yg keluar..judo, silat atau dia play it cool...
Deletehailaaa... kesian pulak amzar... xabis2 masalah dtg...
ReplyDeleteHehehe...susah dulu senang kemudian
Deleteadooiii..
ReplyDeletekesiannya amzar..
confirm alin kena teruk lepas nie...
Teruk tak teruk, sakit jiwa jugalah dibuatnya
DeleteUhh...dh bb 5 tpi mcm blum hbis lgi nasib malang si alin tu..kesian sangat! Tapi dalam masa yang sama bersimpati plak pd si amz tu kn!¦
ReplyDeleteHanya kerana dia sauk tangan seorg random guy, hidup semua org susah, kan? Hahaha
DeleteAbes laaaaa..... Kesiannn alin...kesian amz.... Dua2 mangsa keadaan...
ReplyDeleteHero n heroine kena susah dulu. Baru manis kesudahannya, kan?
DeleteAmz...kecian dia...hopefully datin boleh terima penjelasan amz.
ReplyDeleteDatin got something up her sleeve. Heheh
Deletebest..xde kisah alin pun ok..boleh tau riwayat amzar..next n3 pleazzz..
ReplyDeleteNext? Aiyooo... hahah
Deletebest..xde kisah alin pun ok..boleh tau riwayat amzar..next n3 pleazzz..
ReplyDeletemasak la alin nnt..hishh..msti mama nk suh kawen tu..hurmm ok gak..
ReplyDeleteHurmm...mmg alin akan kena gulai nanti
ReplyDeleteAlin lari bom nak meletop
ReplyDeleteSalam kenal Cik Farah,
ReplyDeleteDaku jd gelojoh pulak nk tau kisah lanjut Alin dan Amz neh...
Agak-agak bila versi cetak akan berkeliaran di pasaran? Adakah Ogos nanti?
Kalu Ya... lama lagi la daku terpaksa menunggu hihihi...
amboi kak ceni...agak gelojoh disitu yea..kekekekkeke you know who i am kan? hahahahhaha *gelak tanjat*
Deleteni mesti hari2 nak skodeng page Farah kan? sama lah kita, ni pagi ni pun dah tunggu bab 6, ada ke? huhuhuhuhuhu....im so into it..
phsyco magnet?? mungkin kot..hihi..kesian pulak kat amzar ni..
ReplyDeleteentry ni walaupun alin xde tp aura troublemaker tu bleh terasa..
sekarang pun dah bleh rasa yg..ribut,taufan,gempa bumi & tsunami
bakal melanda lepas amz tau yg along dah offer alin kerja kat Prima Group..hahahaadoii..
tqvm cik Farah Husin ;)
tqvm to you too for reading this small piece...
DeleteGegelFara, mana janji manismu-1 hari 1 bab-if x de ari ni babab nanti biasa eh...mungkir janji bagai...gegeltimsss
ReplyDeleteJaatlah c surihani tu... Eleh... Memul mmg hero benci ngan heroin.... Nanti jatuh cinta lak... X sabar nk baca episod seterusnya.... Mesti kelakar gilew... Lg kalau dah duk satu bumbung...
ReplyDeletealahai kena fitnah la pulak..siannya...tpi lgi kesian kt alina ...huhu
ReplyDeletemiahahahahha... boleh x nak kata pdn muka amzar>?
ReplyDeletebaru baca dari bab 1 last nite.
ReplyDeleteehh ... smpai masuk gossip ... retis ke ape? or are they really tat popular smpai ade wartawan bagai etc... tu - a bit confused wit this couple popularity! i mean is tat Prima Co vr giant co ... tat all pegerakan kena intai by wartawan or surihani tu popular!
if just sedang2 je -- tak kn wartawan nk kuarkn kat gossip or nk masukan kat majalah w'pon surihani bagi kat wartawan g konon kawan dia!