Mimpi buruknya bermula sekali lagi…
Alin terhendap-hendap dari balik tembok, memerhatikan susuk tubuh
seorang lelaki tinggi lampai yang sedang berdiri di hadapan bangunan pejabatnya
dengan sejambak bunga rose merah di tangan. Ya Tuhan, cepat betul dia bertindak.
Baru sehari mereka terserempak, Hairi dah mula mencari dia. Ni semua sos salad
punya pasal! Yang memandai-mandai beri kad kepada Hairi tu buat apa?
Macam tahu-tahu diri dia sedang disebut-sebut, Alin melihat kereta Amzar
berhenti di hadapan pintu pejabat. Macam biasa, kalau nampak sahaja kelibat sos
salad, cik jantung mula tergedik-gedik bergetar. Haip! Behave!
Dalam hati, Alin berdoa agar Amzar tak nampak kelibat Hairi. Tak tahu
kenapa, hati dapat rasakan kalau Amzar dan Hairi berdiri di tempat yang sama
pada waktu yang sama, ada benda yang tak enak akan berlaku. Amzar dilihat sedang
membaca sesuatu di iPhone miliknya. Bagus encik. Jangan angkat kepala. Jalan
terus masuk ke dalam. Yes, like that. Bagus…
No…no…no. Jangan berhenti encik. Jangan! Alin dah angkat tangan,
lagaknya macamlah tangan dia ada kuasa yang boleh buat sos salad meneruskan
langkahnya. Mampus! Kita ada masalah lagi besar sekarang ini, cik jantung! Alin
usap dada yang berdabar kuat bila melihat Amzar sedang bercakap sesuatu dengan
Hairi. Entah apa yang dicakapkan Amzar, air muka Hairi nampak berubah. Hah,
sudah! Janganlah bergaduh pulak…
Tolonglah jangan bergaduh. Tolonglah! Kali ini, suara hati dia bagai
didengari oleh Amzar dah Hairi. Hairi dilihat berlalu meninggalkan bangunan
Prima Group dengan muka yang tegang. Amzar pula dilihat sedang tersenyum sinis
sebelum masuk ke dalam. Alin, mengurut dada lega. Tak tunggu lama, takut kalau
Hairi kembali semula Alin pasang langkah besar masuk ke dalam.
Ingatkan bolehlah mengelak daripada terserempak dengan Amzar tapi nasib
dia tak baik mana. Tengah menunggu lif sampai, tiba-tiba dia terbau haruman
pewangi yang diselalu dipakai di sisi dia. Alin jelling Amzar dengan ekor mata.
Aduhai…pagi-pagi dah masam mencuka ni, mesti mood tak baik. Silap haribulan,
sekejap lagi mesti bertekak.
“Kenapa dia datang ke sini?” Soal Amzar dingin.
Kan dia dah cakap. Mesti akan bertekak punya. Sabar Alin. Dia tengah
jadi api, kau jangan jadi minyak pula.
“Dia? Dia siapa?” Alin buat-buat tak tahu. Takut nak sebut nama Hairi
depan Amzar. Tengok air muka Amzar ni pun cukup jadi bukti Amzar tak suka apa
yang sedang berlaku.
“Cut the crap, Alin. You ingat I tak nampak you berdiri belakang
tembok tadi?”
Erk…dia nampak? Hailaa… Alin tunduk pandang lantai.
“You nak jumpa dia?” Tanya Amzar.
Alin menggeleng laju.
“Sungguh?”
Alin mengangguk laju.
Amzar hela nafas panjang. Dia menggamit pengawal keselamatan yang
berdiri berhampiran agar menghampiri mereka.
“Ya, encik?” Tanya pengawal keselamatan yang memakai tag nama Halim itu.
“Pak Halim nampak lelaki yang pegang bunga tadi?”
Pak Halim mengangguk.
“Pastikan dia tak masuk ke sini. Kalau dia datang lagi halau sahaja.
Faham?” Tegas Amzar memberi arahan.
Pak Halim mengangguk.
Alin di sebelah rasa terharu. Sampai macam ini sekali Amzar nak tolong
dia. Oh encik, kalau macam ini gayanya macam mana cik hati dan cik jantung nak
matikan perasaan dalam diri kami ni encik?
Kalau dah namanya Hairi, memang tak tahu hendak berputus asa. Dia ingatkan
lepas kena halau dengan Amzar semalam, Hairi tak akan datang lagi. Tapi pagi
ini, dia nampak lagi kelibat Hairi di hadapan Prima Group. Serabut betul
dibuatnya! Menambahkan lagi keserabutan yang sedia ada, sekali lagi Amzar
terserempak dengan Hairi. Cuma kali ini, Hairi tak berlalu pergi seperti
semalam. Sebaliknya lelaki itu cuma bergerak menjauhkan diri dari premis Prima
Group dan berdiri di bawah pokok yang terletak di luar kawasan Prima Group. Kalau
semalam, muka Hairi yang tegang, tapi hari ini muka sos salad yang tegang dan
Hairi boleh pula tersenyum sinis. Aduh! Sah, sekejap lagi memang dia akan kena
dengan sos salad.
“Apa masalah lelaki tu? Kenapa dia
datang lagi?!” Salam tak ada, ucap selamat pagi pun tak ada, terus sahaja Amzar
menyoal dia sebaik sahaja mereka bertemu muka.
“Saya tak tahu!”
“Did
you plan to meet him?”
“No!”
“Make sure that you don’t!” Amzar beri amaran dan terus masuk ke bilik dia.
Alin terpinga. Apa masalah sos salad ni? Yang dia pula emo terlebih
kenapa? ALin pejam mata menarik nafas dalam-dalam. Just ignore him, Alin. Dan sepanjang hari itu, memang Alin abaikan
sahaja pandangan tajam Amzar, jelingan Amzar dan segalanya yang berkaitan
dengan Amzar.
“Alin, Kak Ida tak tahu apa hal antara Alin dengan lelaki tu, tapi tolonglah
pergi jumpa dia. Awak mengelak macam ini bukannya menyelesaikan masalah, dik.
Menambahkan lagi adalah. Pergilah jumpa dia Alin. Selesaikan apa yang tak
selesai. Orang dah mula bercakap-cakap ni dik sebab lelaki tu asyik menunggu
awak di bawah tu tiap-tiap pagi. Tahu dek orang atas, lagi haru Alin. Pergilah
jumpa.” Kak Ida cuba beri nasihat.
Alin tekup muka ke meja. Mulut
mengeluh panjang. Hailaa…Hairi. Memang dia tak boleh mengelak lagi dah. Hari
ini dia kena bertemu dengan Hairi dan selesaikan apa sahaja yang Hairi mahukan
dari dia.
Alin pantas bangun. “Kak Ida, Alin
nak turun sekejap. Kalau bos tanya, cakap Alin ke bahagian IT ya?” Pesan Alin.
“You nak buat apa ke bahagian IT?” Tiba-tiba
suara Amzar kedengaran di belakang dia.
Melompat Alin dibuatnya. “Kus
semangat. Terkejut sayalah!” Alin usap dada yang berdebar.
“You nak buat apa pergi bahagian IT?”
Soal Amzar sekali lagi. Wajah Alin dipandang penuh tanda tanya.
“Err…computer saya ada masalah
sikit. Nak minta budak IT tolong tengokkan.” Cepat dia reka cerita.
“Saya turun sekejap, encik.” Laju
Alin buka langkah sebelum Amzar soal dia macam-macam. Takut terlampau banyak
sangat buat cerita nanti, cerita menjerat diri sendiri.
Sebaik sahaja tiba di bawah, Alin berjalan pantas mendapatkan Hairi yang
sedang bercakap sesuatu dengan Pak Halim.
“Err…Pak Halim, biar saya uruskan dia.” Ujar Alin.
“Ini kawan cik ke?” Tanya pengawal itu sambil memandang Hairi.
Ikutkan hati dia hendak mengeleng sahaja tetapi takut nanti cerita jadi
panjang pula. Dengan hati yang berat, Alin mengangguk juga. Jawapan Alin
membuatkan Hairi tersenyum lebar.
“Alina…” Hairi mendekati dia sebaik sahaja pegawal keselamatan itu
kembali ke dalam.
Alin angkat tangan sebagai isyarat supaya Hairi menjaga jarak di antara
mereka. Apa ke hal nak rapat-rapat sedangkan ruang di bawah ini bukan main
besar lagi?
“Go away, Hairi.”
Hairi mengeleng laju. “Sayang, please. Hear me out?” Rayu Hairi.
“Please, go away!” Dia bersuara tegas. Sakit telinganya mendengar
perkataan sayang yang muncul dari bibir Hairi.
“No. Tak boleh. Puas I cari you selama ni. Bila dah
jumpa, you ingat senang-senang saja I nak lepaskan?”
Aduhlah. Payah sungguh kalau bercakap dengan orang faham bahasa tapi
benak sangat nak ikut!
“Ini office I, Hairi. Tempat I cari makan. Apa kata bos I nanti kalau
tengok you asyik berkhemah depan office
I ni?”
Hendaknya
kalau sos salad nampak lagi hari ini. Cukuplah semalam Amzar pandang dia macam
hendak ditelan sahaja. Ini kalau dia nampak lagi Encik Ex berada di sini,
memang kena telan betul agaknya. Entah apalah masalah sos salad itu, dia pun
tak tahu walhal dia juga yang baik hati sangat buat sesi ‘this is my card’
dengan Hairi kelmarin. Bahananya, hari-hari Hairi datang mencari dia di office.
“I don’t care what he says, Alina!”
“Well, too bad Hairi. I
care. A lot. Kita
tengah bercakap tentang majukan I. Orang yang bagi gaji pada I tiap-tiap bulan.
You jangan nak buat kacau dekat sini, boleh?” Alin cuba mengawal suara daripada
meninggi. Sesekali bibir menguntum senyum paksa bila da beberapa pasang mata
mula memandang ke arah mereka.
“Fine! I’ll go.”
Alin tarik nafas lega. Tapi tak lama sebab rupa-rupanya ayat Hairi belum
habis lagi.
“But you have to promise me. Lepas kerja, kita keluar.”
“Untuk apa?” Rimas betullah dibuatnya!
“Berbincang pasal kita.”
Alin dah rasa macam nak hantuk kepala di dinding. Eh, kejap. Kenapa yang
dia nak menyakitkan diri sendiri pula. Patutnya kepala si Hairi ini yang patut
dihantuk laju-laju supaya segala jenis wire di dalam itu berfungsi semula.
“Tak ada perkara yang hendak dibincangkan, Hairi. It’s all in the past. Lupakan sajalah.”
Hairi menggeleng. “Kalau I boleh lupakan, dah lama I buat Alina. But I can’t. Because you are here…” Tangan kanannya dinaikkan ke dada. “From the very beginning dan you tak
pernah hilang dari sini dan tak akan hilang sampai bila-bila.”
Oh Tuhan! Sweet talker. Dia
tak pernah berubah. Dari dulu hingga sekarang Hairi tidak pernah gagal
gula-gulakan perasaan dia dengan kata-kata manis. But I’m sorry, Hairi. I’m
older and wiser. Setakat ayat gula-gula lollipop Chupa Chups tu, tak jalan
lagi dah.
Nampak gaya Hairi memang tak akan pergi. Jadi jalan penyelesaiannya,
“Baiklah. Kita jumpa petang nanti. Lepas tu, I minta tolong sangat. Jangan
ganggu I lagi.”
“Thanks, Alina. You won’t
regret it. I promise.”
Alin hanya mengangguk tanpa perasaan. You and your promises, Hairi. Fool me once, shame on you. Fool me
twice, shame on me. Dan aku kena pastikan, itu tak akan berlaku.
“See you later, sayang.”
Aduhlah lelaki. Cukup-cukuplah tu. Tanpa membalas apa-apa, Alin
berpusing masuk ke dalam bangunan Prima Group. Tapi tak sempat kaki hendak
melangkah masuk , ada suara yang menegur.
“Sayang?”
Alin menoleh. Erk…sos salad. Adui, kantoi! Dia pandang Amzar yang sedang
berdiri berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding. Penyakit lama tak pandai
hendak senyum itu dah kembali menyerang sos salad.
“Encik, saya…” Belum sempat dia mahu meminta maaf, Amzar dah potong
cakap dia.
“I thought you hated him.” Soal Amzar mendatar.
“I do!” Alin cuba menyakinkan Amzar.
Amzar ketawa dingin. “You sure
have a funny way of showing it.”
Alin mengeluh. Bunga-bunga hendak bertengkar dah mula nak keluar. Can my day get any worse? Emosi dia dah
penat sangat rasanya. Malas hendak melayan, Alin terus melangkah tinggalkan
Amzar. Kalau dilayan, mahu jadi drama sebabak di bawah ni nanti.
“One strike!” Amzar bersuara tegas.
Terhenti langkah Alin dibuatnya. Dia menoleh memandang Amzar keliru. Amzar
berjalan mendekati dia.
“Three strikes and you’re
out. Remember?” Kata
bersuara perlahan. “And guess what,
Alina? You only have two left!” Amzar terus bergerak tinggalkan Alin yang…
Terkedu. Tergamam. Keliru. Apa masalah sos salad ini sebenarnya?!!!
Amzar hempas pintu biliknya. Tali leher dilonggarkan. Nafas ditarik dalam
sebelum dilepaskan panjang. Anak rambut yang jatuh ke dahi dikuak ke belakang.
Tengkuk yang tegang diusap kuat.
She lied to me! She dared to
lie to me! Kalau tidak
sebab dia terpaksa turun ke bawah mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal
di dalam kereta, mesti dia tak akan nampak apa yang cik kerani dan lelaki
bernama Hairi itu buat. Konon hendak turun ke bahagian IT. Tapi sudahnya pergi
berfoya-foya di depan pejabat dengan orang yang kononnya dibenci sangat itu.
Hari itu macam orang trauma yang amat sangat bila terserempak dengan Hairi. Dia
bagai terasa lagi betapa kuatnya Alin pegang lengan dia kelmarin. Dia boleh
ingat dengan jelas pucatnya muka Alin bila nampak wajah Hairi waktu itu. Tetapi
hari ini boleh pula dia tersenyum dan bersayang bagai dengan
orang yang sama. What the hell was that?
“See you later, sayang? Benci tapi boleh bersayang-sayang lagi?” Amzar
mengumam sendiri.
Kalau tak mengingatkan dia di presmis pejabat, memang dia dah lama
sergah Hairi dan Alin tadi. Sakitnya telinga dia mendengar Hairi panggil Alin
sayang, Tuhan sahaja yang tahu. Amzar genggam kedua belah tangannya kuat. Siapa
Hairi sebenarnya? Mata dipejam lama. Akal dan hati mula berperang sesama sendiri.
“Kenapa kau nak ambil peduli, Amzar?” Akal dia mula bertanya.
“Aku bukan nak ambil peduli. Aku cuma nak tahu.” Jawab hati dia.
“Ok. Kenapa yang sibuk nak tahu?”
“Because I’m curios!”
“Why are you curios?”
“Sebab dia…” Akal dia dah kehabisan kata.
“Sebab dia ada hubungan dengan cik kerani?” Tebak hati dia.
“No!” Akal dia masih cuba nak menafikan.
“Sebab kau cemburu, kan?”
“Shut up!”
“Sebab hati kau sakit bila tengok cik kerani dengan dia kan?”
“Arghhhh!” Amzar menjerit kuat sambil menghentak meja dengan kedua belah
tangannya.
Kenapa begini kuat sekali pengaruh cik kerani pada diri dia? Dia cuma perempuan
biasa Amzar. One that is crazy, impulsive
and seriously annoying. Tapi gadis inilah juga yang berjaya buat
dunia dia tunggang langgang. Damn it, Alina Suffiya, what have you done to me?
Rasa mcm nak hantuk je kepala si Hairi tu kat dinding! Huhu
ReplyDeletesila2... cari dinding yg tak simen elok tu. baru ketara kesannya.
DeleteAlamak... dan2 rasa nak jadi tamak.. tak cukup lagi ni... huhuhu.. :P
ReplyDeleteaiyooo
Deletewaaa,,, waht happen next? cik sos salad jgn salah faham dulu!
ReplyDeleteheheh... salah fahamm tu dah sinonim ngan diaorang ni
DeleteDah teruk Amzar ni.. Cik hati & cik jantung dia lak yg buat hal!!
ReplyDeleteheheh... kak norbiha, org baru nak bercinta
DeleteKantoi sudah alina & hairi...
ReplyDeletekantoi sudah!
DeleteJom main besball ngan sos salad!!
ReplyDeletekak ida jom3 hhehehhehe
Deletethree strikes, you're out tau!
Deleteand Amzar... what have you done to me????...
ReplyDeleteerr...make u cik jantung and cik hati tak stabil? :P
DeleteHairi tu perlu ada, untuk menyedarkan sos salad bahawa perasaan tak boleh di pendam terlalu lama..silap2 org potong trip, melopong la random guy...
ReplyDeleteYes...selalunya kena ada yg ketiga baru org nak perasan.
Deleten gadis ni jugak la yang berjaya wat idup i tunggang langkang, terbalik up side down 70 80x huhuhuhu...ape yg si hairi 2 dah buat sebenarnya neh?????? aaaarrgghhhhhh!!!!!x cukup x cukup
ReplyDeletehahaha...sabarrrr
Deletetetap pendirian alin..say no to hairi..Amzar jaga2..
ReplyDeletesusah kalau once upon a time hati pernah sayang
DeleteWah x sabar nk nanti next n3 huhhuhuhu
ReplyDeletesabtu...insya-Allah
Deleteish... damn it.. hihi sbuk jer hairi nie lah..tp bgus jugak klo x amzar xtaw prsaan dia kt alin..kn..
ReplyDeleteyes! tepat sekali
Delete♡♥♡♥♡♥♥♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♥♥ it !!! Deng! Awat sos salad jdik lagu tu...hihihi
ReplyDeletedeng! dia memang...sengal? hahah
DeleteEkekkekee... Mr sexy cemburu eh?
ReplyDeleteTp kan.. Awak ni baran betoii..
Cer siasat dlu. Ni asik nak marah je.. Sian Alin tauuu
Acu
tak penyabor namanya si amzar ni
DeleteAla... Cikitnye.. Xpuas plak mbaca...huhuhuuu
ReplyDeleteerk? sikit? dalam ms word dah 9 page ni!
Deleteoh sos salad.... sila sedar ye.... alina suffiya dah ambil hati u laaa..
ReplyDeleteheheh... dia ni slow lah kak norana.
Deletehi, bila la sos salad ni nak sedar dia pun crazily syok kat cik kerani ni.....
ReplyDeletea few more chapters, perhaps? ;)
Deleteapa yg sbnar nye yg trjd antara Alin n Hairi yek?..hisssh,xsaba sgguh nk tau nih!!..
ReplyDeletenext chapter
Deletesos salad dah sedar yg dia dah falling dengan Alin.. weeee.. geram betul dgn si Hairi.. *hempuk kat dinding laju2* hahaha
ReplyDeletesila2 hempuk dia!
Deletekan en sos salad da tergugat tp agk mengikut perasaan plak beliau bg one strike dkt cik kerani..tp yep utk kesedaran beliau juge tu..haha..thank u so much cik farah!!^____^
ReplyDeletewelcom capital iz
Deletesukanya,,,,,, nak en sos salad n alin .jom satukan meraka heheeee
ReplyDeletesila2... heheh
Deleteyeahh. . amzar dah jeles meles tu. . best2 pasni alina nk kena kan si hairi tu pulak. . good2. .
ReplyDeleteheheh..tq for reading
Deletepergh..membuat akak lagi seriously ni kepochi terlebih dan teruja nak tahu..apa yg berlaku dianrara Hairi dan Alin ..kenapakah Hairi mencari dan mengejar Alin sehingga sanggup melepak hari hari dipejabat Alin ..apa sebenarnya yg Hairi mahu kan daripada Alin..
ReplyDeletekenapa Alin perlu menipu Amzar ..mencari alasan untuk bertemu dengan mamat sengal Hairi tu..cakap sahaja lah yg dia dah give up ngan mamat hairi yg macam langau tu..
Amzar yg macho..macam tak percaya ..seriously hatinya dah terpikat ke ngan minah Alin tu..bagi akak cuba tanya gadis itu baik baik tak payah nak terjerit jerit kat minah tu..dia kena ingat..setiap org mempunyai sejarah silamnya..dan kemungkinan Hairi adalah masa silamnya Alin yg mana gadis itu cuba untuk hindari dan kemungkinan disebabkan jejaka sengal tu hari hari menunggu nya dipejabat memungkinkan gadis ini lemas dan bosan dan ingin menghentikan harrasment jejaka ini dengan berdepan dengan mamat ini..alahai amza give Alin a benefit of doubtlah..apa kata kalau Amzar sendiri bersemuka dengan Hairi dan bertanya sebab mengapa jejaka tu sibuk utk mengejar gadis itu sedangkan gadis itu tidak menyukainya..jadikan lah alasan yg Alin itu bakal tunangannya..boleh gitu..mungkin dengan cara itu..dia dapat mengali dan mengorek sejarah mereka berdua..dan hatinya tidak lah sesakit sekarang bila mengetahui cerita yg sebenarnya..
amz ni ego bebeno kak ida! heheh
Deletexske xske hairi..(ceh tetiba jer)haha
ReplyDeletetp nak tau sgt2 apa yg dia buat
sampai cik kerani yg ceria tu jd down sgt..
TQvm cik Farah..
hahah... next chapter ada a few hints
DeleteOh mai..DRG makin makinnn best kak farah.... Mmg uo and down citer... Wat amy sesak nafas jaa selalu... Hope sgt amz cepat2 luahkan perasaan dia kat alin... Diorg mmg sesuaii sgt.
ReplyDeletegraf turun naik namanya ni... ada famous writer ajar (wink)
Deletehahaha panas jugak bila aku baca bab yg ni.. sabar jelah..
ReplyDeletewowwww! Inche Nad baca?! terkejut den!
Deletefuhh!!! pnuh konflik bab neh... adoi amz sudah jiwa kacau...
ReplyDeleteharap2 pembaca tak jiwa kacau juga..:P
Deletehampir2 jiwa kacau..hee
Deletedear cik writter, saya mau lg..pls2 dh termimpi...:)
ReplyDeletenape akak pulak yang rasa nak hantuk pala hairi tu laju2 ke tembok ehhh? huhuhu
ReplyDelete