Semalam filem lakonan Eric Bana dan Rachel McAdams ini menjadi pilihan kawan baik aku Jo, untuk dijadikan filem melepas tekanan final examnya. The Time Traveller's Wife merupakan filem yang dibikin berdasarkan sebuah novel yag mempunyai judul yang sama. Penilaian aku? Dari lima bintang, aku hanya boleh berikan 2.5*** sahaja. Maaf, aku tak dapat nak connect dengan filem ini. Mungkin harapan aku terlalu tinggi memandangkan aku pernah membaca novel karya Audrey Niffenegger ini sedikit masa dulu. Membaca novelnya lebih meninggalkan kesan berbanding menonton filem ini semalam. Hahaha...air mata aku mengalir dalam bab-bab terkahir di dalam novel ini dan semalam, ketika babak yang sama, aku tak dapat merasakan kesedihan yang dirasai Claire bila mendapat tahu yang suaminya akan mati. Teman aku Jo, dah tersedu sedan di sebelah aku.
Secara peribadi aku kurang gemar menonton filem yang diadaptasikan dari bestselling novel ini. Tengok saja apa yang terjadi pada Twilight, The Notebook, P.S I Love You, Message in A Bottle, Angels and Demons, etc (sekadar menyebut beberapa tajuk). Filem-filem ini tidak memberikan aku kepuasan seperti mana yang aku rasakan jika membaca novel. Mungkin kerana aku ini book person jadi aku lebih gemarkan buku dari filem. Bagi aku melalui novel aku lebih menghayati apa yang dilalui oleh watak-watak di dalamnya. Aku bebas membayangkan di dalam fikiran apa yang sedang dibaca. Jadi, bila novel itu dijadikan filem dan apa yang aku tonton berbeza dengan apa yang diimaginasikan, aku jadi kecewa.
Aku tahu, mana mungkin pembikin filem dapat mengikut 100% apa yang tertulis di dalam novel kerana tidak semua yang tertulis mampu divisualkan contohnya jika ia berkaitan dengan emosi dan perasaan. Di sini, yang memainkan peranan adalah pelakon yang mendukung watak tersebut. Jika tersilap pilih pelakon, memang hancurlah karya itu. Aku sendiri tidak tahu bagaimana sebenarnya pembikin filem memilih apa yang patut dan apa yang tidak patut dimasukkan di dalam filem (kita masih bercakap mengenai filem yang diadaptasi dari novel). Mungkin soalan ini boleh ditanya kepada Tuan Shahrul Ezad ketika Bengkel Penulisan Skrip Drama tahun depan. Hmmm...have to take note on this.
Hujung bulan ini ada satu lagi filem yang diangkat daripada novel akan ditayangkan. Filem yang ditunggu-tunggu bagi peminat Twilight Saga. New Moon bakal ditayangkan di pawagam pada 27.11.2009. Memandangkan umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban ketika itu, maknanya hanya pada awal bulan 12 sahajalah aku dapat memenuhi janji dengan kawan baik aku tu. Apa-apa pun, kali ini aku tak nak letakkan harapan yang tinggi. Aku akan pergi menonton tanpa memikirkan yang aku sudah membaca novelnya. Benda yang susah nak dilakukan tapi terpaksa juga dibuat agar tak merasa kecewa...
sib baik tak p tgk lagi citer ni. Persoalan ko tu jgn lupa tanya masa bengkel ya.hehe...nk tumpang dengar.
ReplyDeleteyer aku bersetuju. aku rasa novel lebih memberi kepuasan jika dibandingkan dengan movie.
ReplyDeletetak tau kenapa dan di mana silapnya, tapi aku bersetuju dengan engkau sangat2.