Followers

Google+ Followers

Wednesday, July 23, 2008

Letih yang teramat

Hui..selesai dah majlis tunang adik aku, Emi. Penatnya Ya Rabbi!! Aku bukan complaint penat sebab buat kerja-kerja tu semua. Buat kerja-kerja tu dah jadi kewajipan bagi orang perempuan. Mengemas, memasak & melayan tetamu. Dalam tiga-tiga kerja tu yang paling aku tak gemar melayan tetamu. Tetamu yang paling aku tak suka layan tetamu yang suka bertanya itu ini. Korang faham-faham ajelah, kalau dah majlis tunang tu, soalan apa yang selalu akan ditanya. Hendaknya yang bertunang tu adik aku. Mestilah diaorang sibuk tanya kat aku, si kakak yang still single mingle lagi ni. Kalau seorang tanya bolehlah aku jawab. Tapi kalau dah hampir semua tetamu yang datang tanya, naik menyampah pulak aku nak jawab. Kadang-kadang terfikir, kenapa tak de orang yang buat peraturan bila kita ke mana-mana majlis adn kebetulan kat majlis tu ada anak dara/teruna yang single, jangan ditanya soalan jodoh pada mereka? Jadikan perkara itu satu kepantangan. Kalau ditanya majlis yang sedang kita hadiri tu akan ditimpa musibah? Hehehe..Wishfull thinking lah Cik Farah oii.. Mana lah ada benda macam tu nak jadikan?
Satu lagi yang buat aku penat sangat masa majlis tu ialah kerenah budak-budak. Aku memang suka budak-budak tapi tengok jugaklah jenis yang macamana. Kalau jenis macam aku dan adik-adik aku, memang aku sayang sangatlah. Pandai bawak diri kat majlis orang. Tak banyak kerenah. Dengar kata. Pandai hormat cakap orang tua. Tapi kalau perangai macam adik-adik sepupu and anak2 buah aku tu, Ya ampun, boleh tercabut nyawa dibuatnya. Degil, suka buat bising, tak reti bahasa, suka buat sepah adn yang plaing aku geram MELAWAN CAKAP! Nak aje aku tampar mulut budak-budak tu tapi apakan daya, anak orang. Haishhh... Nak salahkan siapa kan? Slah mak ayah diaorang juga sebab manjakan sangat budak-budak tu. Kalaulah diaorang tu dapat mak and ayah aku yang tegas tu, aku rasa tak jadi macam tu kot. Ntahlah...
Majlis adik aku tu berlangsung dengan selamatnya. Alhamdulillah. Majlis dekat rumah perempuan pun okay. Tapi sedih sikit aku tengok bakal adik ipar aku tu. Saudara mara jauh nun kat Sarawak so yang menyambut kami hari tu hanya dua tiga orang aje termasuklah kakak and abang ipar dia. Berubah jugak muka abang ipar die bila tengok kami datang ramai-ramai. Pucat. Hhehehe..Relaxlah bang, kitaorang tak makan orang lah. Emi akan bertunang selama setahun kalau ikut perancanganlah. Tapi kalau awal lagi bagus. Bukan apa, diaorang beruda dah lama kawan. Tak elok pulak rasanya asyik ke sana sini berdua tanpa ikatan yang sah.
Apa-apa pun sekarang semua dah okay. Tunggu tahun depan pulak, nak peningkan kepala aku dengan majlis kahwin dia..Insya-Allah...
Oppss...lupa pulak..next week aku nak ke Bandung...Yahooooooooooo..Pergi holiday!!!