Followers

Tuesday, July 7, 2009

Perjumpaan AVA

Abg Khar (sifoo di AVA)(:P), aku, Jue (a.k.a JuliaEsqa), Fadxiora,Ilmar Ilmia

Diskusi tentang penulisan dgn Sdr. Farid
(Nota: Gambar-gambar di ambil dari blog
http://ejenmanuskrip.blogspot.com.
Heheh..Jangan marah ye, sir. Anak murid tak bawa kamera pada hari kejadian)
Hari Sabtu tanggal 4 Julai 2009 jam 10.30 pagi yang lalu aku menghadiri satu perjumpaan tak rasmi dengan ahli-ahli Agensi Villa Aksara (acara sepatutnya mula pukul 10 tapi aku terlewat tiba..hehehe...jenuh le telinga tahan 'ayat-ayat power' dan jelingan abg. Khar). Walaupun hanya berenam tapi perjumpaan itu berjalan dengan jayanya. Aku harapkan ada ramai lagi ahli yang hadir tapi masing-masing punya komitmen dan hal yang lain. Tapi tak kisahlah. Jumlah kehadiran yang kurang tak menghalang aku mendapat info-info yang berguna dari mereka semua. Dapatlah dengar pengalaman Abg Khar dan saudara Farid dalam bidang penulisan ni. Memang teruja dengan perjumpaan tu. Lebih-lebih lagi bila dengar tentang program-program yang akan dianjurkan buat ahli AVA. Rugi tau siapa tak join agensi ni! Terharu rasanya bila ada pihak yang sanggup buka peluang pada kami yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan ni untuk ketengahkan bakat (erk..ada bakat ke? hehehe) yang ada. Lebih terharu lagi bila pihak agensi yakin yang kami boleh melakukannya. Kalau nak diikutkan aku sendiri sebenarnya tak yakin yang aku mampu buat. Tapi insya-allah, aku akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan impian untuk menulis ni jadi kenyataan (fuh...ayat klise habis...heheh).
(P/S: Kepada mereka yang minat menulis, marilah join agensi ni. Banyak benda berguna yang boleh kita dapat. Tak rugi punya...)

10 comments:

  1. Akak ni bab bab nak bejalan ke sana ke mari memang payah lah Farah... tak ada transport. Nak keluar dari umah ke main road pun jaun 2km. Biasa akak keluar harap ehsan Sarnia dan adiknya. Cian kan...

    Apa-apa pun, semoga Farah dan Jue dapat memperolehi ilmu yang berganda dalam penulisan ini. Tahniah kepada Sdr. Khar dan Sdr Farid berusaha menjayakannya.

    Akak akan menjadi ahlinya dlm sedikit masa lagi. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  2. Hehe.. baru tau gambar siapa tu siapa. Tanya kat blog AVA si Khar tak jwp, suruh jumpa kalau nak kenal.. hehe..

    Farah juga yg best.. jadi tau yg mana satu farahusain.. :)

    Lily tumpang happy.

    ~Putri Lily~

    ReplyDelete
  3. Kak Zara - Saya memahami situasi susah nak ke sana ke mari tu. Dulu asyik harapkan adik2 je tolong hantarkan ke sana ke mari. Sekarang ni je baru belajar nak bergerak sendiri. hehehe...Jom Kak Zara, join AVA sekali. :D

    Lily - Hehehe..itulah saya. Tak de rahsia lagi dah. NAnti kalau ada event lagi, turunlah KL ye. Boleh jumpa..

    ReplyDelete
  4. Finally update!..hahaha..sib baik tak naik semua sarang2 semut.

    Farah..prove dorg kaw2 kasi jeles..kikiki..

    ReplyDelete
  5. habislah, takda rahsia lagik ... heheh, farah dah tulis semua nama kita ... akekekke, semoga tak jemu mendengar bebelan abg khar ... hehehe, kalau naik sarang semut, peh kena pergi ke kota sarang semutlah jawabnya ...

    Putri Lily - amboi mengata dari kejauhan ya? :)

    ReplyDelete
  6. salam farah,kalau nak jadi penulis yang baik kena banyak menimba ilmu penulisan,kalau liza duduk dekat kl liza pun nak join mana tahu boleh jadi penulis...kha..kha..semoga farah berjaya menjadi penulis yg baik dan diminati..liza jadi peminat farah dan boyfren kyeril iskandar..ilham liza

    ReplyDelete
  7. jue - memang nak naik jadi sarang dah tapi telinga ni ternigiang-ngiang suara sifoo. hahah..itu yang cepat-cepat update tu takut kena jeling lagi

    abg khar - hehehe..setakat ni telinga ni masih boleh menerima bebelan tuan. tapi bebelan tu utk kebaikan kami jgk kan?

    liza - terima kasih atas sokongan. ni yang sayang liza ni..muahhhhh..

    ReplyDelete
  8. Farah > Insya-Allah kita semua (penulis2 baru- kalau betul menjadi lah kan..)pasti akan bertemu juga 1 hari nanti. :)

    Khar > Hehe.. jgn marah. Saja nak usik..

    ~Putri Lily~

    ReplyDelete
  9. Farah - siap kau nanti, bagi 3 kontena punya bebelan ... har, har, har ...

    PL - nanti pergi ke blog dia ... baru dia tauuuu ...

    ReplyDelete
  10. Khar > Nak ehem ehem lagilah tu.. takuuttt! Baik lari dulu.. :)

    ~Putri Lily~

    ReplyDelete