Followers

Thursday, February 20, 2014

Bab 10 - Hanya Dia...Cinta



Selesai sahaja perbincangan dengan Pengurus Perkhidmatannya, Zara terus naik ke biliknya di tingkat 13. Minggu ini jadualnya bakal sibuk lagi memandangkan tiga hari lagi ada majlis makan malam sebuah syarikat automobile terkemuka negara akan diadakan di hotel mereka. Sebagai Director Events dan Catering, menjadi tanggungjawab dia memastikan anak-anak buahnya menjalankan tugas dengan efisien. Hotel Emerald baru sahaja  dinaik taraf ke hotel Lima bintang jadi segala kualiti kerja perlu dijaga dan dipastikan sempurna.
Sampai sahaja di biliknya, Zara menuju ke meja setiausahanya, Yuezzie.
“Morning, Cik Zara,” sapa gadis yang berasal dari negeri di bawah bayu itu.
“Morning, Yuez. Any messages for me?”
“Only three. Cik Nadine nak jumpa cik. Your appointment with Encik Luqman from Equestrian Resort is postponed,” beritahu Yuezzie.
“Again?” Zara dah angkat kening sebelah. Masuk ini dah tiga kali temujanji dia dengan wakil resort di pantai timur itu dibatalkan. Serius atau tidak mereka ini hendak menjalankan usahasama dengan Emerald?
“Yes. Setiausaha dia cakap, Encik Luqman ada urusan peribadi yang tak dapat dielakkan.”
Zara dah menggeleng. Alasan itu lagi! Jemu dah telinganya mendengar.
“Macam inilah. You call EQ dan beritahu mereka kalau mereka serius dengan rancangan usahasama itu, sila hantar wakil mereka untuk kita sign MOU itu segera. Kalau tidak lupakan sahaja. Ada ramai lagi orang yang berminat nak jadi partner kita.” Tegas Zara. Dia dah tak boleh bersabar lagi. Kalau sekali dibatalkan ada jugalah ampunnya. Tapi kalau dah acapkali? Nampak sangat betapa tak seriusnya mereka.
“Baik, Cik Zara.”
“Ada apa-apa lagi?”
Tiba-tiba muka Yuezzie jadi ceria. Sehelai post-it note diserahkan kepada Zara.
“Your third message. From Encik Adhan Mikhail.” Yuezzie dah tersengih.
Selama dia menjadi setiausaha Zara, tak pernah lagi dia nampak bosnya ini menerima pesanan dari seorang lelaki yang tiada kena mengena dengan urusan pejabat. Ada masa dia ingat bos dia ini hati batu. Manakan tidak umur dah dua puluh lima tahun, cantik, kaya dan berpendidikan tinggi tapi tak ada teman lelaki. Aku yang muka kalah sikit sahaja dari Siti Nurhaliza ini pun dah bersuami!
“Adhan Mikhail?”Berdebar hati Zara dibuatnya sebaik sahaja mendengar nama itu disebut Yuezzie. Post it note dicapai. Panas pipi dibuatnya membaca pesanan si stubble.
“Call me…call me…call me.” Sampai tiga kali? Zara pandang wajah setiausahanya.
“He said this?”
“Yes.”
“Three times?”
“Yes.”
“No kidding?”
“No.”
“Macamlah tak boleh call I sendiri,” gumam Zara sendiri. Bukan Adhan tak ada nombor telefon dia. Selama ini pandai sahaja ganggu-gugat ketenangan dia dengan mesej-mesej manis-cheesey-overboard itu. Hari ini telefon pejabat pula? Saja nak kenakan dia ke apa? Hampeh punya Adhan!
“Actually dia ada cuba call Cik Zara. Tapi handphone cik off.”
Zara gigir bibir. Opss! Terlupa pula dia jenis yang matikan telefon kalau ada perbincangan atau mesyuarat. Sorry Mr Stubble. Tak fasal-fasal jadi mangsa kutukan dia.
“Cik Zara…”
Zara pandang Yuezzie sambil angkat kening.
“Siapa tu? Boyfriend eh?” Yuezzie dah tersengih-sengih. Dalam kepala dah terbayang-bayang bos dia di atas pelamin. Dengar nama Adhan Mikhail, dia dapat bayangkan mesti lelaki itu kacak bergaya. Barulah sesuai dengan bos dia yang cantik manis ini.
“Ehem…he’s just a friend. Dah. Sambung kerja. I nak pergi jumpa Cik Nadine.Call my handphone kalau ada apa-apa.” Zara cepat-cepat berlalu tinggalkan meja setiausahanya. Muka dah membahang bila mendengar ayat teman lelaki itu. Teman lelaki? Err…belum sampai masanya Adhan hendak dapat gelaran itu. Sekarang ini biar mereka berkawan dulu.
Dalam lif perjalan menuju ke bilik Nadine, Zara hidupkan Note II-nya. Berpusu-pusu pesanan masuk. Satu persatu dibelek dan bila tiba di pesanan dari lelaki bernama Adhan Mikhail, langkahnya terhenti.
‘Sayang…where are u?’
Zara dah angkat kening. Sayang? Amboi! Over sangat tu.
Jari laju skrol bahagian ikon whatsapp.
Zara :  x( (marah)
Tak lama kemudian dia terima balasan daripada Adhan.
Adhan:  :x  <3 b="" love="">
Zara: :-& (Sick)
Adhan :(( (crying)
Zara: Err…
Adhan : >:D< (hugs)
Zara dah juling mata. Memang mamat ni over! Kemudian dia membalas…
Zara: :| (straight face)
Adhan: -- /--@ (flowers) <3 b="" love="">
Zara menggeleng. Applikasi ditutup, telefon disimpan di dalam poket jaketnya. Makin dilayan, makin menjadi-jadi nanti.
 "Ah, ada je modal nak mengusik!" Dia mengumam geram. Tapi dalam geram, bibir dia tersenyum juga. Childish! But sweet...

Selesai perbincangan dengan Nadine, Zara kembali semula ke biliknya. Kerja-kerja yang menimbun menantinya diselesaikan satu persatu. Walaupun hati tak seratus peratus suka dengan kerjanya ini, tapi mengenangkan dia ada tanggungjawab terhadap babah dan mama, dia paksa juga diri sukakan tugasnya ini. Mujur jugalah dia memang minat event planning. Sebab itu bila babah suruh dia bekerja di Emerald dia minta babah tempatkan dia di bahagian event planning. Selepas tiga tahun, babah beri dia kepercayaan menjadi pengarah di jabatan Events dan Catering sebaik sahaja Uncle Manaf, pemegang jawatan itu sebelum ini bersara.
            Zara menguap kecil. Tiba-tiba terdengar perutnya berbunyi. Dia melirik ke jam Omega di tangan. Hah! Dah pukul 3.00 petang? Ya Allah, patutlah mengantuk dan perutnya dah berdendang. Lapar!
            Hendak turun, malas. Dia tengok fail-fail di atas meja. Ada tiga lagi yang perlu disemak. Kalau turun, semua itu akan ambil masa. Lebih-lebih lagi  kalau ada orang hendak temankan dia makan sekali. Hendak menolak, nanti dikatakan majikan sombong. Hendak melayan, nanti dia akan lewat naik ke atas. Bila zaman kerja nak selesai?
            Telefon dapur sajalah! Zara angkat telefon. Tapi belum sempat dia hendak tekanextension ke bahagian dapur, pintu biliknya diketuk.
            “Masuk…” Arah Zara dengan ganggang telefon masih melekap di telinga.
            Dari balik pintu, kepala Yuezzie menjengah ke dalam.
            “Cik Zara…err…ada orang nak jumpa.” Yuezzie dah senyum simpul di balik pintu.
            “Siapa?” Zara belek organizer di atas meja. Setahunya, dia tak ada apa-apa temujanji hari ini.
            “Encik Adhan Mikhail…”
            Zara terkejut sekejap. Adhan Mikhail? Biar benar!
           “Siapa?” Soal dia sekali lagi. Manalah tahu kotlah sebab lapar jadi pendengaran pun bermasalah sekejap.
            Dari mejanya dia nampak Yuezzie bercakap-cakap dengan seseorang di luar. Kemudian setiausahanya itu ketawa kecil sebelum kembali menjengah muka ke dalam.
        “Katanya your knight in shining armour datang nak menyelamatkan tuan puteri kesayangan,” ujar Yuezzie diselang seli dengan ketawa.
            “What?” Zara dah jatuh rahang. Telefon terlepas dari tangan, jatuh ke atas meja.
            Yuezzie hilang dari balik pintu. Tak lama kemudian ada bungkusan yang dipegang seseorang muncul di balik pintu. Perlahan bungkusan itu diturunkan ke bawah sebelum kepala Adhan dengan wajah yang sedang tersenyum senget muncul di balik pintu.
            “Hai, princess.”
            “Err…hai…”
            “Can I come in?”
            Nak cakap tak boleh, kaki dah masuk sebelah. Dan bungkusan yang dibawa Adhan mengeluarkan bau yang buat perut dia berdondang sayang semula. Temptation!
            “Masuklah…”
            Adhan melangkah masuk, menghampiri meja Zara.
            “May I?” Adhan minta izin hendak mengalihkan fail-fail di atas meja Zara.
Zara cuma mengangguk. Tiba-tiba lidah jadi kelu pula hendak berkata-kata. Apakah?
“You belum lunch, kan?”
Zara geleng dua kali.
      “Kerja, kerja juga Zara. Tapi waktu makan jangan lupa. You tu ada gastrik kan? Kalau sakit nanti siapa susah? Sementara kita belum kahwin ni, tolong jaga diri tu ok? Dah kahwin nanti biar I jagakan,” ujar Adhan selamba.
Ya Tuhan! Is this guy for real? Terkedu Zara dibuatnya. Terharu pun ada juga. Tak pernah-pernah lagi ada orang jaga dia sampai macam ini.      
“Dah, makan dulu. Kerja tu lepas ni sambung.”
Bungkusan yang dibawa diletakkan di atas meja. Bekas berlabel Café #2 dikeluarkan lalu diletakkan di hadapan Zara. Sepasang sudu dan garfu plastic disusun di tepi bekas makanan. Sebotol air mineral turut dikeluarkan lalu dibuka penutupnya sebelum diletakkan di sebelah bekas makanan tadi.
Zara terkebil-kebil pandang nasi goreng nenas kegemarannya. Masih panas berasap!
“Err…”
“Jangan risau. I tak letak cendawan. I tahu, you tak suka, kan?”
Zara dah ternganga.Sebenarnya dia nak tanya soalan lain, tapi apa yang diberitahu Adhan buat dia jadi tergamam kejap. Sungguhlah macam kawan-kawan dia kata. He’s really into me! Kalau tidak masakan semuanya tentang dia Adhan tahu. Sampaikan dia tak suka makan cendawan pun Adhan teliti. Arghh…kenapa baik sangat ni?
“Zara?”
“Hah?” Zara pandang muka Adhan.
“Makanlah. Nanti dah sejuk tak sedap. Penat I masak, tau.”
“You masak?” Soal Zara tak percaya. Dia pandang Adhan atas bawah. Dengan berpakaian pejabat macam ini, Adhan memasak? Tiba—tiba dia terbayangkan jejaka di hadapan dia ini di dapur, dengan lengan baju dilipat hingga ke siku, apron di tersarung di badan. Oh Tuhan! Man in a kitchen is seriously hot!
“I do own a café, princess.” Balas Adhan sambil tergelak.
Yup. Man in a kitchen is definitely hot!
Zara capai sudu dan garfu. Baru dia hendak menyudu, dia teringat soalan yang ingin ditanya tadi.
“Macam mana you tahu I tak makan lagi?”
Adhan dah bersandar di kerusi di hadapan meja Zara. Dengan sebelah tangan mengusap dagu, dia menjawab, “I ada sumber yang boleh dipercayai.”
Zara mencemik. “Kak Nadine?”
Adhan cuma angkat bahu.
Sahlah tu! Siapa lagi yang sanggup jadi perisik tak bergaji Adhan Mikail kalau bukan Nadine? Malas hendak panjangkan kisah (yang sebenarnya dia memang dah lapar sangat), Zara terus menyudu nasi goreng nenas di atas meja. Sekali suap, mata dia dah membulat. Oh heaven! Sedap! Lagi sedap dari yang selalu dia makan di Café#2. Kalau macam ini, kahwin nanti senanglah hidup dia. Dia memang gagal bab-bab di dapur ini. Ada Adhan, tak akan ada masalahlah nanti. Zara dah senyum sendiri.
Erk! Kejap. Kahwin? Where did that come from?
“Zara…”
“Hah?” Terkejut Zara dibuatnya. Wajah Adhan dipandang seram. Rasanya dia boleh baca tak apa yang aku fikirkan?
“Tolong I?”
“Apa?” Soal Zara takut-takut.
“Janji dengan I you takkan lupa makan lagi? Take care of yourself. Please? I tak nak you jatuh sakit. Hmm?” Pinta Adhan lembut.
Zara mengangguk sebelum kepala ditundukkan. Mata terasa panas. Sungguh dia tak sangka ada lagi lelaki sebaik ini yang wujud di muka bumi ini. Ya Allah, lelaki sebaik ini yang kau kirimkan pada aku? Layakkah aku untuk dia?  Zara angkat kepala perlahan, pandang wajah Adhan.
“Adhan…”
“Ya?”
“Terima kasih.”
Lekuk di pipi Adhan muncul lagi. “Kasih diterima, princess.” Balas Adhan. Lembut. Penuh makna.


No comments:

Post a Comment