Hujung minggunya kembali dipenuhi aktiviti-aktiviti seperti dulu. Hari ini dia dan Nani bersama ahli kelab X-Treme, kelab yang disertai sejak dia belajar dulu akan mengikuti aktiviti menunggang ATV di ATV Adventure Park di Kemensah. Pia tak dapat ikut sama sebab demam selsema. Walaupun tak ramai ahli yang dapat turut serta, tapi memandangkan dah lama sangat dia tak menjalankan aktiviti ektreme begini, dia ikutkan juga.
Sebaik sahaja sampai di ATV Adventure Park, mereka berkumpul bersama beberapa orang lagi ahli kelab X-Treme yang sampai lebih awal.
“Hai Zara, lama tak nampak?” Tegur Fendi, ketua kelabnya.
“Sibuk sikitlah, Fendi. Kau apa khabar? Seorang je? Enaz mana?” Mata Zara tercari-cari kelibat Enaz, isteri Fendi yang juga ahli kelab mereka. Untung betul kalau dapat pasangan yang punya minat yang sama macam Fendi dan Enaz.
“Enaz outstation. Ke Singapura.”
“Oh…so, hari ni jadi bujang kembalilah?” Usik Zara.
Fendi ketawa besar. “Are you kidding? Tu, nampak tu siapa?” Fendi halakan pandangan ke arah pondok berhampiran.
Zara ketawa bila melihat, Fairuz, kembar Enaz sedang berbual-bual dengan sekumpulan lelaki. Memang tak ada peluanglah Fendi hendak berlagak bujang kalau abang ipar sendiri ada bersama.
“Fendi, berapa orang kita hari ni?” Tanya Nani yang baru mendekati mereka.
“Club members’ hanya 10 orang je yang dapat join. Tapi ada a few peoples akan ikut kita.”
“Siapa?”
“Tu, kawan-kawan Fairuz.”
Zara dan Nani menoleh memandang ke arah Fairuz dan sekumpulan lelaki tadi. Ada lima orang semuanya termasuk Fairuz.
“Eh…” Nani tiba-tiba tersenyum simpul.
“Kau ni kenapa?” Hairan Zara tengok kawan dia yang macam orang tak betul tiba-tiba tersengih-sengih.
“This is going to be fun.”
“Selama ni memang kita have fun pun kan?”
“Tapi hari ini extra fun!” Nani dah teruja gila.
Zara dah juling mata ke atas. Whatever! Dia sarung glove ke tangan. Topi keledar yang yang dipegang disarung ke kepala.
“Kau tak nak tanya kenapa ke?” Soal Nani bila Zara nampak macam tak berminat dengan keterujaan dia.
“Nak cakap, cakap. Kalau tidak diam je!” Tempelak Zara sambil mengetatkan tali topi keledarnya.
“Itu….” Panjang harkat ‘itu’ Nani. Jari dihala ke arah rakan-rakan Fairuz. Zara ikut memandang.
“Apa…” Ayat Zara tak sempat habis sebaik sahaja mata dia ternampak seseorang yang tidak disangka-sangka berada di kalangan rakan-rakan Fairuz.
Macam tahu-tahu diri sedang diperhati, orang yang tak disangka-sangka itu angkat kepala dan mula memandang ke sekeliling. Dan sebaik sahaja pandangannya singgah ke wajah Zara, pandangan si dia mencerun seketika sebelum bibir itu melarik senyum sengetnya. Si dia kemudian minta diri dari rakan-rakannya dan berjalan mendekati Zara yang dah melopong memandang dia.
“Hai, Nani.” Tegur si dia tapi mata memandang ke arah Zara.
“Hai, Adhan. Fancy meeting you here. Tak sangka you minat aktiviti macam gini juga ya?”
“I dah biasa datang sini sebenarnya. Dan extreme activity memang hobi I.
Pandangan masih tak beralih dari Zara.
“Ya ke? Wow! Suka extreme activities juga ke you ni?”
“I guess.”
“Pelik. Kenapa tak pernah nampak sebelum ni?”
Adhan angkat bahu. “Tak sampai jodoh lagi agaknya.” Jawapan Adhan mengandungi makna lain.
“Oh…sekarang dah berjodohlah ya?” Nani dah ketawa besar.
Adhan senyum. Senget. Kemudian kepala dirapatkan ke arah Zara, telinga Zara menjadi sasaran bisikkannya, “I don’t know. Dah berjodoh ke?”
Zara hanya diam membisu. Jodoh?
Kalau disuruh buat senarai pro dan kontra seorang lelaki bernama Adhan Mikhail, rasanya ruangan pro yang penuh. Minat muzik yang sama. Ada hobi yang sama. Suka kopi. Suka cheese. Macam dia. Kacak. Berkerjaya. Dan memang tak dinafikan, kalau Adhan tak buat perangai sengal dia, lelaki itu baik juga. Jadi apa lagi alasan untuk dia tolak lamaran keluarga Adhan? Lagipun bukannya dia kena paksa kahwin jam itu juga. Keluarga suruh mereka kenal-kenal juga dulu. Tapi kenapa hati dia degil sangat?
Bunyi benda terjatuh ke dalam air menyentak lamunan Zara. Serentak itu dia terdengar suara orang ketawa berdekah-dekah. Pantas dia menoleh ke arah tersebut. Berkerut-kerut dahi Zara melihat ahli kelab ATVnya sedang ketawa sambil memandang ke arah air terjun. Baru sahaja Zara hendak kalih pandangan…
Oh my! Jantung tiba-tiba rasa berdegup kencang bila melihat pemandangan di depan mata…
Adhan tiba-tiba muncul dari dalam air. Sleeveless t-shirt Ed Hardy warna putih yang tersarung di badan dah lencun, menampakkan susuk tubuh Adhan yang…gulp!
Zara menggeleng laju. Apa yang kau buat ni Zara? Itu Adhan Mikhail ok. You’re supposed to hate him. Bukan admire dia! Okay, mata. Divert your attention! Pandang pokok. Pandang air terjun. Pandang langit. Pandang apa sahaja kecuali Adhan.
Tapi macam biasa mata selalu nak menderhaka pada tuannya. Tak sampai lima minit, kelibat Adhan juga yang dicari. Bad eyes! Zara rasa macam nak cucuk mata sendiri.
God, why must he be so damn attractive?! Zara mengomel sendiri dalam hati.
Rambut masih tetap terpacak walaupun dah dibasahi air. Dan t-shirt yang dah basah tadi tak lagi tersarung di badan menampakkan susuk tubuh yang berotot. Perut berketak-ketak. Dada sasa. Dan jelas nampak otot lengan yang berketul-ketul bila Adhan mengelap tubuhnya dengan tuala di tangan. Drooling! Tiba-tiba Zara rasa perutnya mengebu-gebu. Apahal pulak ni? Takkan ada kupu-kupu kot?
“Wei…” Bahu Zara ditepuk kuat.
Zara menoleh ke arah Nani yang sedang tersenyum simpul.
“Kata tak suka?”
“Apanya?” Zara buat-buat tak faham.
“Eleh…sudahlah Zarr. Kau ingat aku tak nampak dari tadi kau asyik skodeng Adhan?”
“What? Pfttt… please. Macamlah aku tak ada kerja lain.” Nafikan selagi boleh!
“Habis tu kepala tu asyik nak terteleng ke arah sana je, apa kes?” Soal Nani lagi.
“Menikmati keindahan alam, salah ke?”
Nani ketawa besar. “Ya lah…keindahan alamlah sangat. Tapi bukan keindahan alam semulajadi ni kan? Tapi alam….” Nani dah angkat-angkat kening penuh makna sambil mata mengerling ke arah Adhan di hadapan mereka.
“Shut up Nani!”
Ketawa Nani makin besar hingga menarik perhatian beberapa teman yang berada berdekatan mereka. Zara dah panas muka. Tak tunggu lama, dia terus bangun tinggalkan Nani. Bikin malu kompeni sahaja kawan baik dia ni!
Langkah diatur laju ke arah air terjun. Niat hati nak basahkan muka yang terasa berbahang. Dalam kalut dia hendak melarikan diri, Zara tak sedar dia menuju ke kawasan yang agak dalam dan banyak batu. Dengan penuh hati-hati dia memijak batu-batu licin di dalam air.
Please don’t fall…please don’t fall. Terkumat kamit mulutnya berdoa. Namun, entah di mana silapnya tiba-tiba…
“Burr…”
Sekejap tadi Zara di atas di kelilingi udara, kini dia di bawah di kelilingi air. Dia cuba untuk berdiri tapi rasa panik tiba-tiba muncul. Dia terasa bagai ada benda yang menarik kakinya. Habis, hantu air nak ambil aku! Zara cuba meronta tapi makin dia mencuba, makin dalam rasanya diri ditarik. Dia cuba buka mulut menjerit meminta tolong tapi sebaliknya air berlumba-lumba masuk ke dalam kerongkong.
Tiba-tiba dia terasa ada sepasang tangan sedang memeluknya. Sekali lagi dia cuba meronta tapi pelukkan itu makin kuat dirasakan. Sah…memang ada hantu air nak tarik dia masuk alam lain. Tidak! Zara pejam mata kuat-kuat.
“Zara!” Dia terdengar namanya dipanggil.
Err…hantu air ni tahu nama dia? Mama…tolong Zara.
“Zara!” Kali ini dia rasa pipinya dipukul lembut. Crap! Dah main tampar-tampar pulak hantu air ni!
“Zara, open your eyes.” Pinta hantu air itu.
Zara menggeleng laju. Tak rela dia hendak tengok wajah hantu air itu.
“Zara, babe, please open your eyes…” Sekali lagi hantu air itu bersuara. Kali ini lebih lembut dari tadi.
Wait a minute! Kenapa macam kenal je suara hantu air ni? Sudah, aku ni dah angaukan dia ke sampai suara hantu air ni pun aku rasa macam suara Adhan?
“Zara…” Bahunya terasa digoncang kuat.
“Please open your eyes, princess…”
Princess? Macam mana pula hantu air ni boleh tahu nama gelaran yang selalu digunakan Adhan? Melainkan…
Jantung Zara kembali berdegup kencang. Matanya dibuka perlahan. Err… Dada …perut …lengan. Kalau tadi dia tengok dari jauh, tapi kini semuanya hanya beberapa inci sahaja jaraknya dari mata.
“You’re ok babe?” Soal si pemilik tubuh yang baru dibelek.
Zara mengangguk perlahan. Tiba-tiba rasa macam tak mampu hendak bersuara pula.
“You’re sure?”
Sekali lagi Zara mengangguk. Mana hilangnya suara aku ni?
“So, kalau you dah ok…” Suara Adhan dah tukar nada.
“Bolehlah lepaskan, I?”
Hah? Mata Zara membulat. Dia pandang Adhan yang tengah tersenyum nipis. Tangan Adhan elok di sisi. Dia pandang diri sendiri. Tangan dia? Elok melekap di pinggang Adhan. What the hell? Cepat-cepat dia lepaskan pinggang Adhan.
“Zara, kau ok?” Tanya Nani.
Zara hanya mengangguk. Malu bukan kepalang bila diri menjadi tumpuan semua orang.
“Go change your clothes. Dah basah lencun ni. Nanti demam pulak.” Arah Adhan di sebelah. Di tangannya ada sehelai tuala yang terus dibalut ke tubuh Zara. Dah tahu hendak datang tempat begini kenapalah nak pakai t-shirt warna cerah macam ini. Menduga iman orang betul Zara Harlina ni. Sempat Adhan membebel dalam hati.
“Err…”
“Kenapa?”
“I tak bawa baju spare.” Balasnya perlahan. Manalah dia tahu nak alami kejadian hampir lemas macam tadi, kan?
“Wait here.” Adhan dah berlari ke arah bag packnya. Tak lama kemudian dia kembali ke sisi Zara dengan sepasang baju-T dan sehelai seluar track bottom.
“Nah. Mungkin besar tapi oklah agak untuk sementara waktu. Pergi tukar.” Pakaian di tangan diserahkan ke arah Zara.
“Habis tu, you?” Bukan dia sahaja yang basah kuyup. Adhan pun sama. Takkan nak biarkan Adhan kesejukkan.
Adhan menggeleng. Lekuk di pipinya muncul sebaik sahaja bibir menguntum senyum.
“Don’t worry about me. I’ll live. Dah jangan tunggu lagi. Angin kuat ni. Pergi tukar baju. Nani, can you help her?”
Adhan dah tolak tubuh Zara ke arah Nani.
“Damn, girl. He’s really into you.” Bisik Nani perlahan.
Zara rasa hendak menangis. Tubir mata terasa panas. Dia menoleh ke belakang, memandang Adhan yang masih berdiri memandang dia. Terharu? Ya. Sangat. Kaki berhenti melangkah. Dia pusing dan berlari-lari anak mendapatkan Adhan yang dah berkerut dahi memandang dia.
“Zara…what’s wrong?”
Zara berhenti di hadapan Adhan. Caught in the heat of the moment. Panggillah apa saja. Ada rasa yang perlu dia suarakan. Dia dah tekad. Dia perlu beri lelaki ini peluang dan ruang. Mana tahu, mungkin dia juga boleh jadi seperti Sofea dan Reza? Cuma satu sahaja yang dia perlukan ketika ini. Dia perlukan masa. Dan dia berharap sangat lelaki ini dapat bersabar dengannya.
“Zara? Kenapa ni?” Soal Adhan bila dilihat Zara hanya berdiri memandang dia.
Zara tarik nafas dalam-dalam. “Please be patient with me,” pintanya sekali lafaz.
Adhan dah berkerut dahi. Kepala digeleng tanda tidak faham dengan kata-kata Zara.
“You. Me. Us. Whatever the future holds for us. Could you please be patient with me?”
Adhan terpenpam. You. Me. Us. Mendengar tiga patah perkataan itu meluncur dari mulut Zara, hanya satu perkara yang terlintas di fikirannya…
She’s giving us a chance!
No comments:
Post a Comment