Followers

Saturday, November 30, 2013

Bab 3 : Dear Cinta

Dear Cinta, misi nombor 13!

O-kay. Kenapa dia pandang aku macam tak pernah tengok perempuan? Tasneem cepat-cepat alih pandangan ke arah lain. Pura-pura berminat dengan mesin ala basikal di sebelahnya. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu betapa darah dia tengah menderu gemuruh. Dia pandang aku lagi ke?

Tasneem cuba curi pandang dengan ekor mata ke arah lelaki-lelaki yang sedang berdiri tak jauh dari dia. Dua-dua tinggi lampai. Saiz badan hampir sama. Well-built. Rupa paras? Yang seorang memang stok buat orang nak menoleh dua tiga kali kalau terpandang. Ala lelaki Caucasian pun ada juga. Mungkin juga kacukkan. Tapi entah kenapa bukan yang kacak rupa paras itu yang buat dia rasa tak selesa. Bukan pandangan si kacak itu yang buat muka dia rasa berbahang bila menjadi tumpuan.  Bukan dia. Sebaliknya si dia yang seorang lagi.

Yang sedang tersenyum ke arah Tasneem…

Yang rambutnya sedikit panjang dan jatuh ke dahi yang buat kita rasa hendak sentuh dan rasa adakah ia selembut yang dilihat….

Yang sedang pandang dia dengan pandangan yang menikam…

Yang sedang menanggalkan sweatshirt dari badannya, oh-em-gee, what a body!

Dan lelaki yang sama sedang berjalan mendekati dia.

Tasneem dah mula panik hendak mencai pintu keluar. Kenapalah aku ikut cakap Ayu dan Dayah?

Sebab kau nak berubah. Jadi Tasneem yang baru! Hati dia tolong jawab soalan yang otak dia fikirkan.  Dayah dan Ayu pun cakap benda yang sama.

“Go to the gym. Hire a personal trainer. Kau lebih dari mampu Work-out. Built your confidence. Bila semua itu dah ada, mesti kau akan jadi Tasneem yang sebenar-sebenarnya.”

Itu kata Ayu dan Dayah kelmarin. Disebabkan kata-kata itulah dia buat keputusan hendak melangkah masuk ke dalam gym ini hari ini. Dan saat ini, saat si lelaki bermuka nakal itu semakin menghampiri, dia mula rasa menyesal ikut cakap kawan-kawan dia. Oh crap! Mana aku nak lari? Nak berlari ke pintu keluar, ketara sangat pula. Nampak sangat dia tengah ketakutan. Hendak tak hendak, Tasneem terpaksa berpura-pura membelek basikal senaman di sebelahnya. Muka berlagak macam tahu apa kegunaannya sedangkan dia sendiri tak tahu macam mana mesin itu beroperasi. Kayuh macam basikal biasa, kut?

“That’s an upright bike.”

Tasneem dah telan liur. Amboi suara. Tak padan dengan muka. Garau dan err...seksi?

“Bagus. Untuk boost your cardio.”

Good to know! Jawab Tasneem dalam hati. Kenapalah pula suara aku tak nak keluar ni?

“Bagus juga kalau you nak burn your calory,” si jejaka dah pandang dia atas bawah. Bibir siap tersenyum lagi!

Kurang sopan betul! Burn your calory konon! Cakap sajalah burn your fat!  Aku tahulah aku ada beberapa ekstra lemak di badan! Tapi belumlah sampai tahap gemuk atau obes lagi. Ikut perkiraan BMI, dia ini sihat lagi tau! Tiba-tiba Tasneem rasa geram pula dengan mamat depan dia ini.

“Whoa! I tak maksudkan apa-apa ok. I cuma terangkan pada you kelebihan upright bike ini sahaja.” Si jejaka angkat kedua-dua belah tangan bila melihat muka Tasneem dah merah padam menahan geram.

“Tapi nampak macam you perlukan work-out tu…”

“Do you work here?” Soal Tasneem tiba-tiba. Baik hati sangat pula nak terangkan macam-macam dekat dia. Pekerja di gym inikah? Tengok gaya; Tasneem pandang si jejaka atas bawah. Macam ya.

“Lebih kurang.”

“Lebih kurang ya, atau lebih kurang tidak?”

Si jejaka ketawa. “You nak ya atau tidak?”

Tasneem dah buat muka jengkel. Benci betul dia jenis orang yang tak tahu bagi jawapan lurus ini.

“Are you a trainer?”

“Do you want me to be?”

“Can’t you just answer my question?”

“Can’t you just stop asking me?”

“Ughh! You’re annoying!”

Ariff senyum senget sebelum menjawab, “And you Puffy, are adorable.”

Mulut Tasneem ternganga. Puffy? Dia panggil aku Puffy? Ya Allah, sabar Tasneem. Sabar. Tarik nafas. Hembus. Jadi perempuan Melayu terakhir sikit dan jalan keluar dengan penuh sopan.

“Cik, tunggu!”

Langkah sopan Tasneem terhenti apabila terdengar ada suara yang menyeru dia. Tasneem menoleh. Si Caucasion sedang berlari mendapatkan dia.

“Saya minta maaf bagi pihak kawan saya…” Si Caucasian senyum pandang dia.

Tasneem jeling kawan yang sedang diperkatakan. Si dia sedang berdiri berpeluk tubuh di tepi upright bike yang menjadi bahan perbualan mereka tadi. Dan macam tadi, asyik tersenyum sahaja kerjanya.

“Cik berminat nak gunakan fasiliti gym ni, ke?”

“Err…” Berminat ke? Ikut hati yang waras memang berminat. Tapi ikut hati yang tengah sakit disebabkan si dia tadi, terus dia rasa tak berminat.

“Saya Benny. The Manager.” Si Caucasian mengenalkan diri.

“Oh…hai.” Tasneem angkat tangan kanan dan melambai perlahan.

“Dan itu, Ariff Hakimi. The o….” Belum sempat Benny sudahkan sesi perkenalan, Ariff dah potong cakap dia.

“Personal trainer. I salah seorang personal trainer dekat sini…” Ariff dah menghampiri mereka berdua.

Tasneem pandang muka Benny dan Ariff silih berganti. Macam ada yang tak kena sahaja antara mereka ni. Yang Benny muka dah berkerut-kerut pandang Ariff. Yang Ariff pula tak pandang muka Benny, gaya macam orang ada buat salah.

Arghh…biarlah. Bukan masalah aku! Ngomel hati Tasneem.

“Jadi cik…”

“Tasneem. Nama saya Tasneem.”

“Ok. Jadi Cik Tasneem berminat nak gunakan fasiliti di sini?” Soal Benny sekali lagi.

Tasneem gigit bibir. Hendak ke tak hendak? Hendak ke tak hendak?

“What does your heart tells you?” Ariff bersuara.

“Huh?”

“Masa you melangkah masuk ke sini tadi, apa kata hati you?” Tanya Ariff. Kali ini tiada lagi senyuman nakal macam tadi. Sebaliknya wajahnya kelihatan serius.

“Err…Saya nak cuba fasiliti di sini.”

“Jadi buat apa yang hati you nak buat.”

Tasneem terdiam. Buat apa yang hati aku nak buat?

“Look, I think we got off on a wrong foot. I minta maaf kalau apa yang I cakap tadi buat you tersinggung. I tak bermaksud apa-apa. Niat I cuma nak bergurau. Jangan biarkan hal tadi halang niat you pasang sebelum you masuk ke sini tadi. Ok?”

Wow! Terkejut Tasneem dibuatnya. Nampak gaya tadi macam bad boy sangat. Asyik hendak mengusik sahaja.Tapi tak segan hendak minta maaf bila terasa diri dah buat salah. Ada juga lagi lelaki spesis ini dalam dunia ini. Masih ada harapan untuk kaum wanita rupanya.

“Jadi? Sudi maafkan I?” Ariff lempar senyuman cari makan dia.

Tasneem Tarik nafas dalam-dalam. Benny yang sedang menggeleng di sebelah Ariff di pandang sebelum dia kembali memandang wajah Ariff yang penuh mengharap. Kalau aku tak maafkan, Benny akan ambil tindakan terhadap diakah? Bukanlah besar sangat pun salah Ariff tadi kan? Katanya pun sekadar hendak mengusik. Nanti kalau aku cakap tidak, hilang kerja pulak mamat ini. Isyhh… kejam sangat tu!

“Fine. Saya maafkan.”

“Tak marah I lagi?”

Tasneem menggeleng.

“Jadi Cik Tasneem berminat nak join GLF?” Soal Benny.

Tasneem mengangguk. “Tapi saya tak pernah cuba benda ni…”

“Jangan risau. Pihak kami ada sediakan brosur penerangan tentang GLF. Dan saya yakin, Ariff The Personal Trainer sudi beri penerangan pada cik, kan?” Benny dah tepuk-tepuk bahu Ariff.

“My pleasure. Shall we?” Ariff tunduk, sebelah tangan diletakkan kebelakang dan sebelah lagi mempersilakan Tasneem bergerak ke dalam.

Tasneem tarik nafas dalam-dalam sebelum kaki meneruskan langkah. Misi nombor 13 bakal dimulakan. Harapan dia, biarlah misi ini akan membuahkan hasil yang sepatutnya. Janganlah ada gangguan, bisik hati Tasneem sambil mata mencuri pandang ke arah Ariff di sebelah. Ini satu bentuk gangguan juga, kah?

1 comment:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif : arena-domino.net
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete