Janji Julia Terbitan: One Nusantara Sdn Bhd |
Berjanji memang senang. Hendak ditunaikan tu saja yang susah. Kalau kita terpaksa berhadapan dengan puak pemberontak, wabak maut dan kekacauan di sana sini, sanggup ke kita teruskan janji kita?
Tapi bagi seorang gadis bernama Julia, dia seorang yang amat bepegang pada janjinya. Walau apapun cabaran yang dihadapi, dia akan hadapi asalkan janjinya pada sahabatnya tertunai. Siapa pula Julia ni? (Saya pun tak kenal sangat lagi! hihihi) Hah! Kalau anda semua nak kenal siapa Julia, dapatkan novel karya mentor saya Pn. Maria Kajiwa yang berjudul Janji Julia. Novel ini berunsur aksi-thriller. Selepas membaca teaser2 yang disiarkan di blog Elara, saya boleh beritahu anda yang ia berjaya buat saya phobia setiap kali melalui Lebuhraya Utara-Selatan!
Novel ni boleh didapatkan di kedai buku online Bookstation . Janji Julia juga akan dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di Booth Gemilang Publishing. Kata Puan Maria, ada cenderamata 'kecil' menanti 15 pembeli terawal. Jadi, jangan lupa dapatkannya di sana nanti ya?
Blurb Janji Julia:
Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak yang disebabkan oleh virus Rhyto F99. Wabak ini membunuh hampir kesemua rakyat negara ini dan melumpuhkan sistem ekonomi dan pertahanan negara.
Dalam keadaan yang semakin genting akibat ancaman daripada puak pemberontak No-Mondus yang cuba mengambil alih negara, Julia, seorang pelajar jurusan Farmakognosi telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Di Lebuh Raya Utara-Selatan, kereta mereka diserang hendap oleh pasukan No-Mondus. Lebuh raya bertukar menjadi sungai darah dan Julia telah membawa Mimi lari ke dalam ladang kelapa sawit.
Mampukah Julia dan Mimi mencari jalan pulang?
Siapakah Dr Idzham dan Dr Simon yang mereka temui di dalam hutan itu?
Terima kasih Farah, intro yang mengujakan sekali.
ReplyDeleteLama menanti cerita ini dibukukan. Tak puas follw kat blog. Nak kena pegang gak.
ReplyDeleteYang ini pun saya sudah baca. Jangan jeles! =)
ReplyDelete