Followers

Wednesday, April 6, 2011

Bunga di Rimba



Rimba itu adalah rumahnya. Tempat di mana dia berbicara dengan alam, meneruskan kehidupan siang yang rutin tetapi mengembirakan. Menjalani kehidupan malam yang panjang tetapi cukup mendamaikan. Bagi Ajura, hidup dan matinya, biarlah di rimba itu. Namun sesuatu telah berlaku. Pemergian si ayah yang sudah melangkau waktu, benar-benar membuat dia buntu. Akhirnya, gadis itu terpaksa memberanikan diri, cuba menjengah dunia luar yang asing yang tidak pernah diimpi. Dalam pencarian, dia bertemu Yusri, lelaki yang berbudi. Lelaki yang dalam diam menyimpan hati padanya tapi takut meluahkan. Dapatkah Ajura bertemu dengan ayahnya semula, apakah hubungan Yusri dan Ajura akan berkembang mekar?  kredit to: NB Kara

Di atas ni adalah blurp dari novel sahabat baik saya, Zuliana Abuas. Siapa yang pernah membaca Viva Sakura pasti kenal siapa yang saya maksudkan. Ini adalah buah tangan kedua Jue (panggilan manja antara rakan-rakan...hehehe) selepas Viva Sakura. Diterbitkan oleh penerbit yang sama menerbitkan karya sulung Jue dulu iaiti NB Kara. Ini adalah salah satu novel wajib beli (ya, saya akan beli walaupun ini buku kawan sendiri!) sewaktu PBAKL 2011 nanti. Saya pernah ikuti novel ni sewaktu ia masih dalam versi e-novel beberapa tahun dahulu. Lepas tu Jue hentikan siarannya untuk dikemaskinikan ke dalam bentuk manuskrip lengkap. Dan alhamdulillah, April ini saya akan dapat membaca keseluruhan novel ini tanpa perlu tunggu update minggu ke minggu lagi. Kepada Jue, tahniah atas kelahiran novel ini dan yang no. 3 (Novel ke-3 Jue ialah Puteri Karla a.k.a Epik Cinta Laikra. Tapi tak boleh nak siarkan kat sini sebab belum dapat greenlight dari empunya badan). Aku doakan kau terus sukses dalam bidang ini dan semoga cita-cita kita berdua tercapai hendaknya. Proud to be your friend! *hug*

* Amaran awal: Ini bukan 100% cerita cinta. Prepare yourself sebelum membacanya, ya. :)

2 comments:

  1. Saya dah baca! =)

    Cerita yang penuh dengan tanda tanya. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. harus bersabar tunggu pesta buku untuk merungkai tanda tanya itu. hahah

    ReplyDelete