Followers

Wednesday, December 30, 2009

Top 10 Novel 2009 - Selamat Tahun Baru 2010

Jangan ingat lagu saja ada top 10, buku pun ada tau! Hehehe...Ini cuma novel-novel yang paling best yang saya baca sepanjang tahun 2009. Walaupun banyak yang saya baca tapi hanya novel-novel ini yang meninggalkan kesan pada diri saya. Buat semua pembaca-pembaca novel, Selamat Tahun Baru 2010 saya ucapkan kepada semua. Semoga tahun 2010 ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelum ini. 


Bad Moon Rising - Sherrilyn Kenyon
(Kisah mengenai kumpulan werewolf. Novel ini adalah sebahagian daripada novel siri Dark Hunter beliau (Dark Hunter merupakan novel bersiri tentang sekumpulan lelaki yang dihidupkan kembali untuk membunuh kumpulan vampire!)



 
Street Vendetta - Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi 

Kisah komedi romantik yang mencuit hati. Boleh senyum sorang-sorang kalau membaca novel ini. Hehehehe



 
Viva Sakura - Zuliana Abuas  
Kalau terasa nak ke Korea, silalah baca novel ini. Hehehe...



 
Yang Sebenarnya - Aisya Sofea 
Karya terbaru daripada penulis kegemaran saya. Kisahnya kali ini agak santai tapi masih mampu buat saya terbuai. Aduhai...kalaulah saya juga boleh menulis karya romantik...





 
Evermore (The Immortal Series) - Alyson Noel

Kalau ada novel tu ada watak undead dan yang pelik-pelik saya memang suka. Dan Evermore ini merupakan salah satu daripada novel yang mempunyai elemen-elemen yang saya suka...



 
Born of Night (The League Series #1) - Sherrilyn Kenyon 
Buku pertama dari Siri League. Kisah kumpulan yang digelar League Assassin. Kisah ini adalah genre Sci-Fi. Sangat menarik. 




 

Born of Fire (The League Series #2) - Sherrilyn Kenyon
Buku kedua dari Siri League. Heronya merupakan teman baik hero dari siri pertama.



 

 Born of Ice (The League Series #3) - Sherrilyn Kenyon 
Buku ketiga dari Siri League. Kali ini di fast forward kan ke beberapa tahun akan datang (dari tarikh buku pertama dan buku kedua). Buku yang nombor tiga ini menceritakan tentang anak kepada pasangan dari buku no.2. Saya gemarkan novel-novel dari The League Series ini penulis menggunakan latarbelakang sci-fiction. Seronok membaca bagaimana watak-wataknya bergerak dari satu planet ke planet yang lain.




 

9 Nyawa - Ramlee Awang Murshid
Karya terbaru dari RAM. Karya yang ini saya senang nak cerna berbanding karyanya yang lain.



 

Lakaran Rindu - Ezi Afiza

Sebuah kisah romantik. Walaupun agak pendek tapi saya puas hati :-)

4 comments:

  1. 9 Nyawa-RAM tu dah ada kat pasaran ya...

    baru kuar ke kak. org x penah jumpa lg pun...

    ReplyDelete
  2. Haah Kaseh...9 Nyawa dah keluar. Dalam akhir bulan November dah ada dalam pasaran. Akak beli di Popular Selayang.

    ReplyDelete
  3. Hei lily pun peminat penulis Aisya Sofea. sampai sekarang masih berhayal dpt berganding dgn Ahmad Fuad, hero dlm salah satu novelnya. hehe.

    Kesemua novelnya ada dlm simpanan lily.

    Yang terbaru tu sayang nak baca. takut dah habis baca, lambat lagi nak tunggu karya terbarunya. :)

    Apa2 pun jumpa nanti di KL ya farah. Sabtu malam lily SMS.

    ~Putri Lily~

    ReplyDelete
  4. Wah Lily suka Ahmad Fuad ye? Hahaha...saya pulak suka Adam. Minat sangat2 dekat dia. :P

    Saya tak boleh tak baca lily. Asal ada buku baru je saya kena baca. Tak tahan nak simpan2 ni. Hehehe

    Ok..kita jumpa di KL. Apa2 nanti kita ber'sms'...

    ReplyDelete