Show, don’t tell. Nak tahu apa maknanya tu? Itu adalah satu teknik yang saya pelajari sewaktu bengkel penulisan novel anjuran AVA pada 12.12.2009 kelmarin. Sebulan dua ni memang saya asyik bebengkel. Lepas cerpen, saya ikuti bengkel anjuran Alaf21. Yang terbaru bengkel penulisan novel anjuran AVA. Alhamdulillah, semangat saya masih kuat lagi walaupun novel Nadi di bedah sedalam-dalamnya. Tajuk Nadi yang saya pilih itu pun sebenarnya tidak kuat. Bibir tersenyum tapi dalam hati menanggis waktu tu. Aduhai…melihat ‘baby’ saya di bedah sebegitu rupa memang memedihkan. Tapi saya akui yang novel itu memang masih lemah. Itu baru Prolog dan Bab 1. Kalau diberi mereka baca kesemuanya mahu saya menanggis hari tu. Heheheh…
Jumlah kehadiran bengkel kali ini tak seramai bengkel cerpen dahulu. Walaupun tak ramai, suasana bengkel sangat meriah. Memang menyeronokkan bengkel ini. Kebanyakan yang hadir saya dah kenal kecuali Kak Lili, Nadir (karya KIUB nya sangat menarik), Farah No.2 (hehehe…sebab nama kami sama jadi kena letak nombor di belakang nama), dan peserta termuda sekali, Faiz. Hari itu kami juga bertuah sebab dapat berkenalan dengan penulis Saga Horizon, Fadli Al-Akiti. Saya dan Jue dah kecut perut bila nampak kehadiran beliau. Kenapa? Sebabnya beliau merupakan seorang editor di DBP. Mujur beliau seorang yang ‘sempoi’. Kurang sikit rasa gementar tu. Sesi bengkel bermula dengan penerangan tentang teknik menulis bab pertama dari Pn. Nisah. Saya ingatkan selama ini menulis ni boleh pakai hentam sahaja. Rupanya ada teknik yang perlu digunakan. Patutlah saya sendiri pening kepala baca Bab 1 novel Nadi. Hahaha… Sesi seterusnya adalah sesi membedah novel. Sesi yang paling saya dan Jue geruni. Jika di bengkel cerpen, sesi pembedahan saya di waktu-waktu akhir. Kali ini saya ‘terpilih’ menjadi orang pertama. Aduh! Tersekat-sekat suara menerangkan mana datangya idea untuk novel ini. Sebab terlalu gemuruh, saya terlupa baris lirik yang menjadi inspirasi saya menulis cerita ini sedangkan saya cukup hafal liriknya! Sesi bedah Nadi berlangsung hampir satu jam. Alhamdulillah, ramai tukang bedah yang memberi saya komen yang saya kira begitu membina. Terima kasih buat semua…
Syukur kerana digerakkan hati saya untuk ikuti bengkel ini. Baru saya sedar yang saya masih perlu perbaiki lagi teknik menulis saya. Kata Kak Maria (salah seorang peserta bengkel yang saya kira sudah layak menjadi mentor) "Cerita ini akan menjadi cerita yang hebat sebab gaya penulisannya sudah matang cuma dari segi teknikal sahaja yang perlu ditajamkan." Jadi sekarang saya sedang giat memperbaiki novel Nadi. Memandangkan novel ini dah saya tulis banyak, jadi kerja membetulkannya juga agak banyak. Jangan tak tahu, ada beberapa bahagian dalam novel ni yang saya potong dan buang. Selepas di potong saya dapati cerita ni masih boleh ‘berdiri’ lagi. Maknanya bahagian yang di potong tu tidak memainkan peranan langsung dalam novel itu sekadar nak menambahkan jumlah muka surat sahaja. Hahahah…Banyak lagi yang bakal di potong ni. Saya mohon pada Yang Esa agar dikuatkan lagi semangat yang ada ini. Kalau semangat tak kuat…entahlah.
Salam farah,
ReplyDeleteaduhai... lemahnya semangat lily bila baca cerita farah ni. Apa pula nasib novel lily nanti. Tambah pula semuanya lily belum jumpa dan kenal lagi. Takde yg boleh jadi penyokong.
Agak2 farah masih mampu ikuti bengel novel yg bulan Jan nanti, seperti yg kita janjikan ke?
~Putri Lily~
Lily,
ReplyDeleteJangan risau. Jangan lemah semangat. Kena naikkan semula dan kuatkan semangat tu sebab memang kita sangat-sangat memerlukannya. Sebenarnya bengkel tu menyeronokkan. Baru kita boleh nampak mana lebih dan mana kurangnya novel kita tu. Kalau tidak selama-lamanya kita akan terasa novel kita tu bagus.
Iya, program kita akan berjalan macam yang dijanjikan. Hehehe...Nah, Lily dah ada seorang penyokong.. :)
Kak Farah ni buat Kaseh betul2 teruja nak hadir ke bengkel bulan depan.
ReplyDeletedah tak sabar ni... tp kan actually... sinopsis pun tak siap2 lagi... alahai~~
Kaseh cepat siapkan!
ReplyDeletePL - jangan risau, semuanya friendly ozone! hehehe
Farah - hehehe ... kita sama-sama belajar, AK pun banyak belajar dari bengkel tempoh hari ... serius ...
Adoi~ kena smash dekat sini gak ke... AK ni kejamlah...
ReplyDeleteKaseh - kejam untuk kebaikan, hahahaha!
ReplyDelete